SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, March 31, 2010

APCO: Kisah Sebenar ANWAR MEMANG........



APCO Denies Anwar's Claim It's Working With Israeli Government



KUALA LUMPUR, March 30 (Bernama) -- International communications consultancy APCO Worldwide on Tuesday reiterated that it neither worked with the Israeli government nor helped to create the 1Malaysia concept, as claimed by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim."The allegations repeated against APCO Worldwide Tuesday morning in the Malaysian Parliament are false. APCO Worldwide is not working for the government of Israel. We did not devise the 1Malaysia concept," it said in a statement issued to Bernama here.APCO Worldwide had also refuted on March 18 a similar allegation by Anwar.On Tuesday, in the Dewan Rakyat, Anwar called on the government to withdraw its contract with APCO Worldwide and set up a royal commission to inquire into the firm, alleging that it posed a risk to national security.Anwar had raised the issue of APCO Worldwide when providing an explanation in the Dewan Rakyat following a suggestion by Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) for him to be referred to the Rights and Privileges Committee for having alleged that the 1Malaysia concept had been copied from the "One Israel" slogan that he linked to APCO Worldwide.APCO Worldwide said: "In our work as communications consultants, we are not involved in policy formation but in the presentation of information the government intends to share with the public."We work for governments that are prepared to take our counsel on transparency, democracy and the rule of law. We are honoured to continue our work with the government of Malaysia."


ulasan*http://tunfaisal.blogspot.com/2010/03/apco-nafi-tuduhan-ketua-penipu-rakyat.html
*Kredibiliti Anwar sudah tiada lagi - selepas kes 16 September, kisah rekaan Altatunya, pemimpin dan ahli PKR berbondong-bondong keluar PKR dan terbaru APCO. Sudahlah kerusi tak cukup, masih terhegeh-hegeh nak jadi Ketua Pembangkang, apa merit sdr, Anwar?


Ulasan Suara BARU:

Ini Adalah Bukan Kali pertama ANWAR berbohong. Orang Tua-tua cukup marah dengan orang yang suka bohong, hingga tercipta sebuah pantun...


"Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri.."


Begitulah kuat nya kesalahan seorang pembohong.. dalam banyak cerita memang ANWAR


1) KISAH MASALAH SALAHLAKU SEKS LUAR BIASANYA...beliau mengaitkan DS NAJIB dengan UMNO dan Mengatakan ini Konspirasi UMNO DAN KERAJAAN.. tetapi sebenarnya...siapa....INI ADALAH MASALAH PERIBADI DIA NGAN SAIFUL


2)LARI KE KEDUTAAN TURKI KATA ADA ORANG NAK BUNUHNYA yang PELIK NYA SEMPAT BERI KENYATAAN MEDIA.


3)KISAH ALTATUNYA.... KISAH DONGENGAN ANWAR...BUKAN BN CAKAP TAPI BEKAS PEGUAM DIA CAKAP.


4) INI SEBENARNYA NAK MENUTUP AKAN KELEMAHAN BELIAU APABILA AHLI PARLIMEN YAHUDI dari AUSTRALIA MEMBERI SOKONGAN TERBUKA>> SEDANGAKAN SATU DUNIA TAHU BAHAWA DANBY INI ADALAH ORANG YANG SEMEMANGNYA YAHUDI.


5) BAYANGKAN PENIPUAN DIA AKAN MENURUNKAN HARGA MINYAK,


7)PENIPUAN YANG PALING DURJANA, ialah menjadi seorang punahsihat ekonomi selangor yang kita lihat tak der fungsi nya malah makin menjahanamkan ekonomi selangor.


8)FATWA YUSOF QARDHAWI.. yang mana kita tahu YQ tidak pernah berjumpa dengan Saypol


9)PERISTIWA 16 SEPTEMBER sapai berlompat hantu gigi parlimen Batu... terbang ker Taiwan hahahahaha


Kalo Ader tambah lah lagi....

Monday, March 29, 2010

PRK P94

Anwar bakal berdepan 4 bekas orang kuatnya di Hulu Selangor.


artikel dan gambar dipetik dari http://p94huluselangor.blogspot.com/2010/03/pkr-terdesak-guna-tipu-helah-dan-taktik.html#comments

Walau siapapun calon yang diletakkan oleh PKR di Hulu Selangor, Anwar pasti akan tak senang duduk kerana Hulu Selangor bakal dijadikan medan untuk "melondehkan" segala salah lakunya oleh bekas-bekas orang kuatnya dahulu.

Dikhabarkan, empat orang pemimpin "heavyweight" PKR yang melompat baru-baru ini telah menyatakan komitmen mereka untuk berkempen di kem Barisan Nasional.

Pastinya PRK Hulu Selangor ini akan menjadi lebih panas jika Zahrain meneruskan kesinambungan pendedahan mengenai cerita pembohongan 16 September Anwar. Begitu juga dengan sambungan episod konspirasi pembunuhan wanita Mongolia yang bakal diceritakan oleh Zul Kulim.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan bekas TKM 1 P.Pinang Fairus juga dikatakan akan menjadikan Hulu Selangor sebagai tempat untuk mendedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia siapa Anwar yang sebenarnya.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain seperti Lim Guan Eng dan Nik Aziz juga takkan terlepas dari mengalami tempias "serangan" empat bekas orang kuat PKR ini.

Pengaruh Anwar Saari, Ezam Md Noor dan Zahid Md Arip yang semakin lantang menyelak satu persatu kemunafikan pemimpin Pakatan juga bakal menenggelamkan seluruh jentera Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.

Mengikut pemerhati politik didalam PKR sendiri, Anwar bakal menghadapi tentangan paling sengit pada pilihanraya kecil kali ini. Zahrain, Zulkifli, Tan Tee Beng dan juga Fairuz pasti tak akan melepaskan peluang keemasan di Hulu Selangor ini bagi menelanjangkan Anwar.

Malah ada pandangan sinis yang menasihatkan Anwar supaya PKR seharusnya JANGAN bertanding di P94 Hulu Selangor ini bagi mengelakkan semakin banyak "dosa-dosanya" terdedah kepada umum.

Apapun, sama ada bertanding ataupun tidak, imej MADANI dan pengaruh Anwar semakin merosot di kalangan masyarakat negara ini. Generasi muda juga semakin menjauhi Pakatan Rakyat akibat dari kemungkaran yang dilakukan oleh Anwar.

Inilah dilema yang dihadapi oleh Anwar dan PR.

Ramai yang mengatakan bahawa karier politik Anwar bakal berkubur sebelum PRU13. Dan P94 Hulu Selangor ini menjadi permulaan detik tenggelamnya PKR didalam arus politik negara.


Al Fatihah

Bapa Kepada Suadara Rosly Mohamaed (selik) telah meninggal malam tadi , jenazah akan diekbumikan hari ini di tanah perkuburan Kg. Tok Muda. Al fatihah

Saturday, March 27, 2010

Seminar Taklimat Peluang Kedua dan Kerjaya "Peluang Kedua" Untuk Calon SPM/STPM







Pergerakan Pemuda UMNO Bahagaian Kapar dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) PERTAK, KOLEJ KEMAHIRAN MIDA ISBA-UK, PUSAT GIAT MARA RANTAU PANJANG dan LAGENDA EDUCATION GROUP telah menganjurkan "Seminar Taklimat dan Kerjaya "Peluang Kedua" UNTUK CALON SPM/STPM"

Program tersebut telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 80 orang pelajar dan ibubapa di sekitar Parlimen Kapar walaupun pada mulanya pihak penganjur cuma menganggarkan hanya 50 orang sahaja

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Roslee bin Abd Hamid, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Pada ucapan persamian beliau menegaskan supaya kita terus mengejar kecermerlangan dalam kehidupan .. jangan cepat berputus asa kerana kejayaan pasti hadir dengan Usaha dan TAWAKAL.. Belaiu juga memaklumkan bahawa sebenarnya banyak sumber pembiayaan yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk membantu para pelajar.

GST ... Siapa Pakar Ekonomi...



Isu GST telah menjadi isu hangat oleh pakatan haram...mereka yang bercerita mengenai isu ini ..ibarat seorang tua... menceritakan cerita dongengan kanak-kanak yang merupakan mitos semata...

Cuba saudara semua lihat diantara mereka siapa kah pakar ekonomi ... di selangor yang bercakap..pimpinan Pakatan langsung tidak tahu beerkenaan EKONOMI...

1) Perampasan Tanah YBK UITM Di Serendah adalah satu tindakan ekonomi "bijak" olehPakatan.. dengan merampas dan menidakkan YBK membina kampus itu .. sudah tentu peningkatan sosio ekonomi Hulu Selangor akan menjadi sekadar angan-angan .. kalo benar perjuangan nak merakyatkan ekonomi selangor.

2)PASIR sebelum kerajaan Pakatan Haram kutipan RM25 juta .. dan Kerajaan PR mengatakkaan Bahawa BN menerima rasuah ... kini apabila kerajaan Pakatan memerintah kutipan tidak sampai RM 10 juta atau lebih sikit kurang dari RM25 Juta... hahahah .siapa yang rasuah..declare lain..jawab lain... mungkin kener tanya exco..kot berkaitan ini

3) Janji untuk memberikan suri rumah elaun ..sampai hari ini tidak menjadi kenyataan .. walaupun setelah dua tahun... walaupun kaled flinstone mengatakan bahawa beliau mampu menjana ekonomi selangor dengan lebih baik dari BN.

4) oooh hampir Suara Baru terlupa ...rupanya dalam kelantangan exco memperjuangkan hak rakyat..sesorang telah mendapat keuntungan dengan menjadi ejen jualan Toyota Camry... begitu juga dengan claim palsu .. bebudak DAP....hahahhah.. yang mana kebajikan rakyat..

5) Tidak lupa juga kepada banyak pusat urut.. dan massage "luar dalam" telah tumbuh bagaikan cendawan....hahahahah .. Mungkin Exco Agama Tak terperasan tapi ..lalu Sahaja Di Setia Alam dan Shah Alam... lihat banyak pusat urut kini telah menggunakan "SignBoard " yang besar,, hahahh yang best DR.. RANI tukang pegang POSTER TBH di Dewan DUN.. telah tak perasan akan kewujudan nya... hahahah. Ohh lupa plak ..Dr Hellymah ngan DR Rani mukherji Kan orang PAS ..jadik biasanya mereka ni bila nampak maksiat depa "TUTUP SEBELAH MATA" Kah,kah,kah,, Tutup Jangan TAK TUTUP....

6) Kemudian Hushan Alley memberontak mengenai isu arak di Shah Alam.. namun Ronnie the Don Liu rupanya lebih gagah dari Hushan Alley.. abis telor Hushan Alley dipicitnya...terus hushan pung gostan... ini tidak mengejutkan kerana. memang "TRADISI PAS MODEN begitu.. masih ingatkah tentang Debat Di Balai Islam Lundang.... Husyaam dihadapannya begitu gah sekali mengatakan PAS akan laksana HUDUD... ahahahha lagi sekali Khalifah Ling Gueng Eng menjerit tidak sampai 24 jam itu terus PAS..gostan... jadik kita jangan terkejut..

7) Kehebatan PAS adalah omongan tin Kosong Sahaja.. ketawa berdekah-dekah.... kursus SPIES kene buat KAT KEM Salah seorangEXCO .... masyuk.... ekonomi exco..ekonomi rakyat plak cam ner... maka kata seorang pemimpin Pakatan... takper lah depa dah dapat diskaun air... oklah tu... esok bila rakyat nak memberontak kita panggil Husshan untuk sampaikan dakwah...... nak lagi hebat panggil Nicky Ajis sebab dia mempunyai pelbagai fk Ta yang boleh digunakan... hinggakan NGA koooooor Meng pun boleh baca ayat quran... dan gunakan ayat quran untuk menterbalikan fakta...







Friday, March 26, 2010

Alfatihah

alfatihah

Ayahanda kepada Sdr Ahmad Razari Ketua Pemuda Sg Berteh

Telah pulang ke rahmatullah sebentar td..

PRK hulu Selangor... Siapa Calonnya





PRk hulu selangor akan dimulakan pada bila-bila masa mungkin sebelum bulan 5 tahun ini. hahah .. tetapi PRK kali ini adalah yang akan menentukan masa depan Pengkhianat Negara..sama aada akan terus bermaharaja lela atau pun akan rakayt hulu selangor akan membenarkan Fitnah berleluasa... Siapakah calon PKR..... adakah dia yang diatas.. yang akan diapit oleh kedua duanya seperti yang diatas sekali. atau pun ketiga-tiganya sekali

Beliau merupakan salah seorang bekas ahli UMNO yang kalah di Kota Bharu...yang kaya menjadi senang melalui UMNO dan setelah senang maka dia akan lupa daratan hahahah


walaubagaimanapun .. walau siapa pun yang dipilih ianya sudah pasti akan ditentukan oleh
Anwar Bukan PAS... dan Ada kemungkinan Juga akan ader lagi orang tersayang nuar yang belum lagi nuar keluarkan iaitu Chuwa Jeiu Meeng.. adakah meraka akan bertanding atas tiket pkr..

Para pembaca sekalian .. sokongan tuanpaun kali ini haruslah kepada Barisan Nasional yang telah mememerintah lebih 50 tahun, dan sepanjang 50 tahun tersebut.. negara kita telah ditadbir dengan baik.. ye memang Suara Baru Tidak Nafikan bahawa Nama Nuaq memang tercatit dalam 50 tahun itu.. tetapi harus juga diingatkan bahawa masalah rasuah yang dibangkitkan oleh nuaq kini adalah semuanya berpunca dari zaman nya menjadi number 2.

UMNO dan Barisan Nasional dikambing hitamkan oleh nuar dengan mengatakan bahawa rasuah yang berlaku.. ini adalah UUMNO tapi semuanya sebenarnya apa yang dia buat dahulu semasa jadik menteri kewangang.. hahaha

hahah tuan puan IPP dan Direct Nego.. adalah diperkenalkan semasa zaman nuar.. dan kini dia memberitahu rakyat jelata.. bahawa dia nak selamatkan negara... hahahh sebenarnya dia cuma nak dapatkan No 1 yang didam idamkan tu.

Cuba tuan perhatikan senario.. semasa apabila lebih 60 orang ahli parlimen Australia menyokong perjuangan NUar.. kerana apa.. dan siapakan mereka yang sebenarnya menyokong nuar adakah Michael Danby atau adakah orang bersebelahan dengan Michael Danby... persoalan yang harus difikir kenapa mereka ini begitu nak menyokong NUar.. adakah Malaysia akan jadi Palestin Ke 2..

Sehubungan dengan ITU Berhati hatilah Ketika Memangkah.. bagi orang islam ingatlah bahawa apa yang kita buat akan dipersoalkan di akhirat nanti.. akhir kalam pkpkkanlah dan selamat beramal..





Aktiviti Minggu Ini. Taklimat Peluang Kedua

Taklimat Peluang Ke Dua bersama kolej swasta

27 Mac 2010

Jam 8 Pagi bertempat di

Pusat Latihan Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Semua dijemput Hadir

Wednesday, March 24, 2010

dulu zahrain bukakkan..lah ni Zul "bogelkan" jom Pakat Keluar Ramai-ramai

KUALA LUMPUR: Zulkfli Nordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) mendedahkan beliau pernah ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyah iman untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana dilindungi Allah daripada terbabit dalam fitnah itu dan menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.

sumber dari:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SayapernahditawarganjaranuntukkaitkanPM_isteridalamkesAltantuya_ZulkifliNordin/Article
Beliau yang membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong memberitahu Dewan Rakyat bahawa ada gangguan pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk beliau bertindak sebagai peguam yang profesional untuk mengendalikan kes itu. "Saya pernah diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bahawa Perdana Menteri dan isteri terbabit dalam kes pembunuhan.

"Kita perlu ingat takkan OKT (orang kena tuduh) sanggup dihukum mati ke tali gantung kalau benar Perdana Menteri dan isteri memang terbabit," katanya.

Monday, March 22, 2010

Kembara 1 Malaysia UMNO Bahagian Sungai Besar












21 Mac 2010- Pegerakkan Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam diketuai oleh ketua Pemudanya Saudara Budiman Bin Mohd Zohdi telah melakukan khidmat masyarakat di Masjid Al falah , Kampung Budiman,Meru dengang kekuatan seramai 100 orang pemuda bermotor.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah gotong -royong mengecat pagar masjid, sekolah tadika dan dan sekolah kebangsaan. Ketibaan mereka telah disambut oleh Naib Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Saudara Nor Azizi Ishak dan Pemuda UMNO Dun Meru, turut hadir ialah setiausaha pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, saudara Sharul Nizal Bin Haji Ali.

Friday, March 19, 2010

Konvoi Bermotor Pemuda UMNO Dun Selat Kelang

KONVOI BERMOTOR JATI DIRI JELAJAH MELAKA

Konvoi Bermotor Jati Diri Jelajah Melaka, Pemuda DUN Selat Klang, Bahagian Kapar ini telah berjaya di sempurnakan pada 13 dan 14hb Mac 2010. Konvoi Bermotor Jati Diri Jelajah Melaka ini berlepas pada 13hb Mac 2010 jam 10.00 pagi di Pejabat Barisan Nasional DUN Selat Klang. Majlis Konvoi Bermotor Jelajah Melaka ini juga telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Palil.

Ucapan Perasmian oleh Y.B. Dato' Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Palil.

Perlepasan peserta-peserta konvoi oleh Y.B. Dato' Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Palil, Tuan Hj. Roslee bin Hamid dan Tok Faisal bin Yahya.


Perjalanan peserta-peserta konvoi menuju ke Melakad


Teks Shabat Baik Anwar Ibrahim


Artikel asal dari :http://abangtuah.blogspot.com/2010/03/pendedahan-penuh-untuk-menyedarkan-yang.html


PENDEDAHAN PENUH UNTUK MENYEDARKAN YANG MASIH HAYAL DALAM TAIK.

Teks Penuh Ucapan YB Bayan Baru di Parlimen 18 Mac 2010
Dato Yang Di Pertua,

Semalam saya telah mendedahkan suatu kebenaran yang terpendam begitu lama. Memang berhadapan dengan kebenaran itu sesuatu yang menyakitkan, 'the truth hurts'. Sebab itulah kita dapat melihat reaksi yang bagaikan chimpanzee didalam sarkis semalam. kerana kebenaran itu menusuk kalbu mereka.
Nasihat saya kepada mereka, terimalah kebenaran dengan hati terbuka. kalau saudara memilih untuk terus hidup dibawah sindrom penafian 'denial syndrome' itu adalah ahak saudara. Tapi suatu ingatan daripada saya, kalau saudara memilih untuk hidup dibawah sindrom penafian kepada konspirasi pembohongan ini, kebenaran itu akan datang menghantui saudara dan menjadi suatu mimpingeri buat saudara kemudian hari nanti.

Sebenarnya saya memilih untuk membuat pendededahan ini kerana mereka memilih untuk memalukan dan mengaibkan saya serta keluarga. 'They hit below the belt' Mereka memilih untuk memfitnah dan membawa cerita palsu dengan niat untuk membunuh karektor dan peribadi saya. Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali meneruskan fitnah dengan membuat kenyataan dua hari lepas bahawa proses pembersihan telah selesai dan PKR kini sebuah Parti yang bersih dari daki dan najis.
Saya ingin menegaskan bahawa memang Tuhan telah melakukan proses pembersihan didalam PKR. memang kami yang bersih dan suci sudah dikeluarkan daripada PKR, yang tinggal didalam PKR sekarang hanyalah mereka yang berdaki dan najis sahaja. saya nasihatkan Syed Husin supaya membaca buku SHIT tulisan sasterawan negara Professor Emeritus Dato Shahnon Ahmad. Memetik kata-kata Dato Shahnon Ahmad, apa yang tinggal didalam PKR hari ini hanyalah SHIT sahaja. Dan Hari ini, di dewan yang mulia ini, saya ingin mendedahkan SHIT tersebut supaya rakyat tahu dan tidak terus terpedaya dengan mainan politik silap mata PKR ini.
Pada 12 Februari 2010, saya terpaksa mengambil langkah berani berhijrah daripada PKR menjadi Ahli Parlimen Bebas tanpa ikatan kepada mana-mana Parti. asas kepada penghijrahan ini adalah kerana keyakinan saya kepada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat sudah diselubungi keraguan.
Keraguan saya adalah berdasarkan kepada landasan perjuangan Paktan Rakyat yang berteraskan reformasi dan pengubahan sudah menjadi agenda peribadi. ini terbukti apabila pembohongan dan putar belit agenda 16 September terbongkar, agenda merampas Putrajaya 'at all cost' keghairahan mereka terhegeh-hegeh menghantar deligasi sandiwara dianggotai oleh YB Batu, YB Bukit Lanjan, YB Machang dan lain-lain ke taiwan membontoti Ahli Parlimen Barisan Nasional demi melaksanakan agenda sempit mereka.

Saya masih teringat pada masa itu kami Ahli parlimen pakatan Rakyat diperkudakan, diperalatkan dan dipermainkan. Kami dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen BN yang akan melompat sudah lebih daripada mencukupi. saya masih ingat anrata nama-nama yang disebut adalah seperti YB Kalabakan, YB Kimanis, YB Kinabatangan, YB Tawau, YB Sepanggar, YB Batu Pahat termasuk YB Jerantut dan YB Gua Musang dan lain-lain. Malahan salah seorang Timbalan Speaker dikatakan akan sama melompat ke PKR.
yang Di Pertuan Agong dikatakan sedang menunggu di Istana untuk mendapat pengesahan jumlah MP BN yang akan melompat dan memberi perkenan Tuanku untuk PR membentuk Kerajaan Persekutuan. Malahan yang Di Pertuan Agong dikatakan sudah berkenan dan merestui YB Permatang Pauh sebagai PM ke 6. Malahan nombor plate kereta pun sudah ditukar menjadi WMK 6! kami disogok cerita kononnya Panglima ATM dan ATM juga memberikan sokongan pembentukan Kerajaan Peesekutuan oleh PR.
Pada masa itu, kami Ahli-Ahli Parlimen PR khususnya PKR pada masa itu diarah berada didalam kawasan Parlimen untuk mengambil alih kuasa tersebut yang dikatakan akan berlaku bila-bila masa. kami dibohongi kononnya salah seorang Timbalan Speaker akan mempengerusikan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan terhadap Kerajaan Persekutuan dan menyokong PR mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Begitulah sandiwara pembohongan 16 September yang menyebabkan akhirnya keraguan mengatasi keyakinan saya terhadapa perjuangan PKR, 'doubt has overtaken my faith'.

keyakinan saya terhadap perjuangan PR hancur berkecai apabila melihat amalan politik sempit yang ditunjukkan oleh kepimpinan YB Bagan, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang. YB Bagan ini adalah pemimpin DAP yang sama yang dihambat dan ditendang keluar oleh DAP Melaka. ( YB Kota Melaka tentu tahu kisah ini ). sehingga terpaksa merempat ke negeri lain, iaitu Pulau Pinang. makin hari makin terserlah sikap diktatorial, chauvinis, ekstremis, anti islam dan berfikiran ala komunis beliau. dahulu slogannya ' malaysian Malaysia tetapi apabila slogan itu menjadi propaganda bankrap yang ditolak rakyat, slogan baru Middle malaysia pula dikompangkan. Slogan bertukar kulit, agenda jahatnya tetap sama!
Slogan baru ini jelas membuktikan agenda perkauman sempit yang dibawa oleh YB Bagan. Nasib bangsa Melayu dan umat Islam terpinggir dan semakin teraniaya. bukan sahaja golongan bawahan dan marhaen teraniaya, malahan institusi Islam juga dipermainkan. Bukan sahaja institusi seperti Pusat Zakat menjadi mangsa politik chauvinis mereka, malahan cubaan membatalkan sambutan perarakan maulidurasul membuktikan sikap anti Islam yang menebal dibawah kepimpinan YB Bagan.
namun YB Bagan bukan sahaja gagal menjawab teguran dan kritikan saya, sebaliknya memilih untuk melemparkan fitnah dan tomahan yang jahat terhadap saya dan ahli keluarga, kononnya terlibat didalam tender Kelab Golf Bukit Jambul melalui syarikat bermodal RM2 yang anak saya kononnya mempunyai kepentingan. Saya telah pun mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap dia.
dan yang paling malang, tindak tanduk diktatorial, chauvivis, ekstremis, anti Islam dan ala komunis YB Bagan mendapat sokongan daripada YB Permatang Pauh, seorang pemimpin Melayu yang kononnya menjadi juara Islam, Juara Keadilan dan juara segala juara.

Dan sikap YB Permatang Pauh ini telah mengembalikan ingatan saya kepada lipatan sejarah yang lalu. Kini saya menyedari bahawa kita, rakyat dan negara ini berdepan dengan manusia yang bertopeng pelbagai watak raksaksa pelbagai wajah. Ini juga watak yang sama yang menyokong pemecatan mantan ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas pada tahun 1988 yang membawa kepada kehancuran badan kehakiman. Dan inilah badan kehakiman yang mempertikaikan kewibawaannya oleh YB Permatang Pauh hari ini. Alngkah Ironisnya, bagaimana roda keadilan berputar, dahulu beliau bertindak menzalimi badan kehakiman, kini beliau pula mendendangkan lagu dizalimi oleh institusi yang beliau zalimi.

Kita tidak lupa inilah juga wataknya yang membiarkan Almarhum Datuk Mufti Selangor Dato Ishak baharom dipecat, dan hari ini mendabik dada kononnya dia mahu memperkasa Institusi Islam. dan jangan lah kita lupa inilah orangnya yang semasa berkuasa dahulu menggelar sahibul fadilah Tok Guru Nik Aziz, Murshidul Am PAS sebagai ulama terompah!

Inilah orangnya yang menjadi Hang Tuah membinasakan Institusi Raja-Raja Melayu apabila kekebalan Raja-Raja Melayu berbangkit tahun 1980an. Dan hari ini kononnya mahu mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.

Sejarah tidak berbohong, dan sejarah akan membuktikan bahawa kita sedang berdepan dengan seorang manusia yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamatnya. Political expediency at all cost. Putrajaya sudah menjadi seperti milik mutlaknya, tetapi saya yakin Putrajaya akan berubah menjadi mimpi ngeri beliau.

saya cukup yakin keputusan saya meninggalkan PKR dan berhijrah adalah tepat dan benar. Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam keadaan ini. saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama saya.

Dato Yang DiPertua, Yang Di Pertuan Agong dalam titah ucapan baginda melahirkan kedukacitaan tentang perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru termasuk media portal.

saya menyokong penuh titah Tuanku ini dan ingin menegaskan bahawa titah Tuanku itu sebenarnya ada kaitan dengan sikap political expediency at all cost ini yang tidak terhenti kepada politikus-politikus bertopeng ini, malahan menular ke mouthpiece mereka iaitu media portal MalaysiaKini. Saya menyaksikan sendiri bagaimana perbuatan politik bertopeng pelbagai wajah ini memperkudakan media portal untuk agenda jahat mereka.

baru-baru ini saya telah terpilih mengikuti rombongan lawatan kerja deligasi Parlimen Malaysia ke Washington DC untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia - Amerika termasuk menambah baik hubungan dagangan Malaysia-Amerika. Ini termasuk lawatan ke Kongres, Senat dan US Trade Representative dan menghadiri forum tertutup yang dianjurkan oleh CSIS ( Centre For Strategic & International Studies ) Amerika Syarikat.

Saya sangat terkejut apabila penganjur daripada CSIS memaklumkan kepada kami bahawa ada menerima panggilan dari seorang pembantu khas YB Permatang Pauh bernama Aasil kazi Ahmad yang meminta pihak penganjur CSIS membatalkan forum tersebut. Ini adalah kerana selama ini YB Permatang Pauh telah memonopoli sebarang pertemuan dengan pihak Amerika dan menentukan apa jenis maklumat yang boleh disampaikan kepada pihak pentadbiran Amerika. Namun senario ini berubah dengan usaha gigih YB Rompin merangkap Duta Besar yang baru Ke Amerika dan YB padang Rengas Menteri di JPM. Usaha ini telah berjaya memecahkan topeng politik mereka.

Dato Yang DiPertua, setahu saya Aasil ini adalah salah seorang pembantu khas YB Permatang Pauh yang bekerja di Pejabat Ketua Umum PKR di Ibu Pejabat PKR. Beliau juga adalah salah seorang 'spin doctor' bagi mereka khususnya bagi perhubungan luar dan antarabangsa mereka. Saya mendesak KDN untuk menyiasat watak bernama Aasil ini. Apakah dia mempunyai permit bekerja dalam negara ini, dan sama ada beliau sebenarnya antara dalang-dalang antarabangsa yang memainkan peranan menggugat kestabilan negara. Saya mengesaki Aasil adalah warga Amerika keturunan Pakistan, seorang warganegara asing yang pada saya adalah pengkhianat bagi negara ini. bagi saya. Malaysia tidak memerlukan pengkhianat asing seperti ini. Saya mendesak supaya KDN mengambil tindakan tegas dengan menghalau watak pengkhianat seperti ini.

selanjutnya semasa forum tertutup tersebut, hanya wakil media dari MalaysiaKini yang datang dari san Francisco dibenarkan oleh penganjur hadir membuat liputan. Apa yang mengejutkan saya, laporan awal mengenai forum tersebut tidak pula dilaporkan dalam MalaysiaKini, sebaliknya muncul dilaman portal kononnya dimiliki oleh Raja Petra, seorang fugitive yang bankrap yang kini didalam pelarian. Ini adalah laman web yang sering dipergunakan oleh pimpinan PR untuk melempar fitnah terhadap sesiapa yang menjadi sasaran mereka, terutamanya yang tidak sehaluan dan tidak menyokong mereka secara membabi buta. Ternyata laporan awal wakil MalaysiaKini disalurkan kepada Raja Petra untuk dicanaikan dahulu!

Dan laporan mengenai forum berkenaan, yang disiar dilaman portal milik Raja Petra tersebut sarat dengan fitnah, pembohongan dan putarbelit fakta.

Sehari dua selepas itu, lamanweb malaysiaKini pula menyiarkan laporan mengenai forum tersebut dengan memetik daripada laman web milik Raja Petra tersebut, tetapi tanpa fitnah, pembohongan dan putarbelit fakta.

Ini jelas membuktikan MalaysiaKini dan Raja Petra bersekongkol 'hand in glove' dengan pemimpin PR untuk melakukan putarbelit laporan dan character assassination terhadap sesiapa juga yang menjadi batu openghalang kepada impian mereka merampas Putrajaya at all cost.

saya yakin dengan teguran Tuanku tepat pada masanya, dan saya menyokong penuh. saya mendesak Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan menyeluruh dan mendalam terhadap kedua-dua laman portal MalaysiaKini dan Raja Petra, terutamanya samaada mereka menerima pembiayaan kewangan daripada politikus-politikus bertopeng ini.

saya ingin mendedahkan bahawa sebenarnya Raja Petra ini hanyalah barua politikus-politikus bertopeng ini. Beliau ini hanyalah bertindak sebagai ghost writer, penulis berhantu sahaja. Penulis hantu sebenarnya adalah mereka yang menjadi mercenary writer- penulis-penulis upahan yang dibayar oleh mereka. Dan saya tahu Raja Petra kini dilindungi disebuah kediaman mewah di London milik pemimpin kanan PKR. InsyaAllah tiba masa yang sesuai saya akan dedahkan siapa dalang yang membiayai penulis-penulis hantu ini.

Saya ingin menyatakan bahawa saya kenal pasti salah seorang penulis MalaysiaKini iaitu Terence Netto adalah penulis upahan mereka yang menjadi spin doctor kepada politikus bertopeng ini. Ini adalah golongan yang mengamal politik jijik dan kotor, dasar matlamat menghalalkan cara yang akan menyebabkan pengasas fahaman 'Machiavelli' boleh mati terkedu. Ini kerana Machiavelli merumus dasar matlamat menghalalkan cara untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. Sebaliknya para politikus bertopeng ini menyalahgunakan dasar tersebut untuk mencapai agenda sempit kepentingan manfaat peribadi mereka.

Dato Yang Di Pertua, saya menjemput Dato dan mereka yang berminat untuk membaca semua tulisan Terence Netto ini dan membuat penilaian sendiri. tetapi saya yakin tiada rumusan lain yang akan dapat dibuat melainkan bahawa Malaysiakini, Raja petra, terence Netto adalah barua-barua dan penulis hantu kepada politikus-politikus bertopeng ini.

saya mendesak supaya Suruhanjaya Multimedia dan SPRM untuk menyiasat penulis upahan Terence Netto dan dalang-dalang dibelakang beliau. Negara ini tidak memerlukan manusia bertopeng seperti ini.

Dato Yang Di Pertua, teguran YDP Agong hendaklah diambil dengan serius. saya mengingatkan diri saya dan rakyat negara ini bahawa jika tiada sebarang tindakan serius diambil terhadap mereka ini, percayalah bahawa budaya fitnah memfitnah akan tumbuh subur dan mekar dalam negara tercinta ini. dan janganlah kita menyesali kelak apabila budaya ini menjadi lumrah dalam masyarakat kita. Sekiranya budaya ini berterusa, saya yakin itulah petanda kepada kehancuran tamadun dan peradaban negara Malaysia yang tercinta ini.

Dato Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan ini menegur pimpinan Kerajaan BN. Saya melihat keupayaan pimpinan PR menjalankan kegiatan memburukkan dan menghasut negara asing supaya membenci negara kita adalah kerana kelemahan dan kegagalan kerajaan untuk menangani masaalah tersebut dengan serius dan terancang.

Contohnya, saya melihat perwakilan Malaysia diluar negara seperti Duta dan Diplomat gagal menjalankan peranan untuk membuat program penerangan yang jelas dan berkesan. Ada yang mengambil sikap tugasan mereka sekadar satu kerja mencari makan. habis waktu pejabat habislah tugas mereka. Saya percaya ramai para duta dan diplomat yang agak profesional dan pakar dalam tugasan mereka. Namun begitu kekadang mereka 'overlook' kepentingan politik dan impak sesuatu isu kepada negara.

Jadi saya mencadangkan kepada Kerajaan supaya menilai semula strategi dan kaedah lantikan para duta dan perwakilan Malaysia ke luar negara. Terutamanya ke negara-negara kritikal seperti Britain, Australia, Turki, Indonesia, India dan negara Timur tengah. saya mencadangkan agar kerajaan melantik ahli politik berpengalaman sebagai Duta malaysia ke negara-negara kritikal ini. saya melihat bagaimana keputusan melantik YB Rompin sebagai Duta Besar Malaysia Ke Amerika Syarikat membawa kesan yang positif dalam menangani masaalah ini.

Saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan para Diplomat kita. Saya sedar dan insaf ramai dikalangan mereka telah berjaya mengukir nama sebagai Diplomat yang hebat dan profesional. Nama seperti Tan Sri Razali Ismail adalah contoh yang pernah mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa. Namun saya berpendapat bahawa di negara-negara kritikal ini, seorang Duta yang mempunyai pendedahan dinamik dunia politik tempatan khususnya akan dapat memainkan peranan lebih efektif.

Akhirnya YB Tan Sri Speaker, saya mengalu-alukan titah diraja YB TS Speaker, saya mengalu-alukan titah diraja Yang Di Pertuan Agong yang pada saya memberi suatu garis panduan dan halatuju yang positif untuk dijadikan sebagai wadah untuk kerajaan melaksanakan dasarnya demi kebaikan dan kebajikan rakyat dan negara ini.

Sekian, Terima Kasih

Saya pohon menyokong.

http://sejarahmelayu.blogspot.com/2010/03/teks-penuh-ucapan-yb-bayan-baru-di.html

Tuesday, March 16, 2010

Program Futsal Pergerakkan Pemuda UMNO DUN SUNGAI PINANG

Pergerakkan Pemuda UMNO DUN Sungai Pinang akan mengadakan pertandingan futsal pada:

21 Mac 2010 bersamaan hari Ahad
8.00 pagi - 5.00 ptg
di Gelanggang Futsal Kg Rantau Panjang dan Kg Sungai Pinang

Semua dijemputhadir

aksideng lagi


Tahun ini sahaja dah dua orang kene langgar ngan Pakatan Rakyat



tapi kenapa tak der yang nak angkat gambar begini bagi menuntut keadilan

Budak Hilang


Edisi Khas : Siapa Nampak Budak Ini Minta Hubungi Polis !!!
#fullpost{display:inline;}


Fairol Nizam
Kpd sesiapa yg menjumpai @ ternampak kanak2 ini bernama Muhammad Adam Haikal Bin Jalil berumur 6 tahun.Sila hubungi : 012-279 1044 / 012-931 6653 @ Balai Polis Sg Besi 03-9058 5277 @ Balai Polis berhampiran.Kanak2 ini hilang ketika bermain di kawasan Flat Sri Kota Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pd hari sabtu lepas.
Harap Blogger BPN dan rakan Facebook dapat edarkan edisi khidmat masyarakat ini

Thursday, March 11, 2010

Program Rakan Surau

Program Rakan Sura Pemuda Kapar Akan diadakan pada 11/3/2010 di Surau Haji Alias, Jalan Nenas, Meru Jam 7 malam , Semua Dijemput hadir beramai-ramai.

Saudara Nizam Shaari menjalani pembedahan

Makluman, Saudara Nizam Shaari KP Sungai Sireh Tambahan 2 sedang dirawat di hospital Seri Kota Wad 507 kerana masalah pankreas dan hempedu, dan insyallah akan dibedah hari ini.

Suara baru mendoakan agar beliau akan sihat semula dan boleh berkhidmat seperti biasa

Wednesday, March 10, 2010

Qazaf - salah kaedah untuk lepaskan pesalah? www.tunfaisal.blogspot.com

Qazaf - salah kaedah untuk lepaskan pesalah?


Terima kasih kepada Ustaz Moden dan Panglima Perang Cyber kerana telah berkongsi maklumat mengenai soal Qazaf ini. Maklumat ini penting kerana terdapat usaha daripada golongan tertentu yang berusaha menyalah gunakan pengertian Qazaf dan kaedahnya bagi membebaskan Anwar Ibrahim. Maklumat ini juga penting untuk menyelamatkan umat Islam, terutamanya yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam dari terus dikelirukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab seperti terkelirunya mereka dengan sosialisme dan ajaran Islam.

Selain dari Soal Jawab di bawah, pembaca juga boleh mendengar pandangan mengenai isu Qazaf dan Mubahalah di sini (klik) , di sini (klik) dan di sini (klik).

Edisi Liwat : Penjelasan isu Qazaf

Penjelasan tentang isu Qazaf yang telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah telah diedarkan oleh Blog Ustaz Moden dan atas nama jihad untuk menegakkan kebenaran dan memerangi kejahilan dalam Islam, saudara/i digalakkan untuk menyebar luaskan penjelasan ini.

Memandangkan Suara keadilan edisi 19 - 26 Jan 2010 halaman 6 -7 telah menyentuh tentang isu qazaf dengan menyiarkan tajuk " Mahkamah Tinggi Syariah perlu bicara kes qazaf saiful" maka di sini kita kita perlu menyebarkan jawapan balas terhadap artikel tersebut.

Dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.

Justeru dalam hal ini Saiful adalah mangsa dan jelas TERLIBAT dalam kes liwat ini.

Maka akta di atas tidak dapat dikenakan terhadap Saiful kerana beliau adalah mangsa liwat dan bukan pihak ketiga yang langsung tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.

Harap kerjasama tuan/puan untuk menyebarkan penjelasan ini..

Terima kasih.


Soalan 1 : Apakah pengertian qazaf?

Jawapan : Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut:

i. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah¹, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina atau liwat'².

ii. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'³. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf 4. Hukumannya ialah ta’zir5.

Soalan 2 : Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa empat orang saksi6. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan ke atas perogol atau peliwat7, bukannya pengadu.

Soalan 3 : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan rogol atau liwat, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, adakah akan dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, hendaklah dilihat :

i. Jika dia tidak dapat membawa sebarang bukti8 yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, dia akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti.
Firman Allah?, “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik”.

ii. Jika dia membawa bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian rogol atau liwat, dia akan dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf¹°.

Soalan 4 : adakah ini bermakna seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, tanpa membawa empat orang saksi, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Ya. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf walau pun gagal membawa empat orang saksi.

Berdasarkan keterangan ulama, boleh disimpulkan, setiap aduan rogol atau liwat perlu melalui proses berikut:

i. Pihak berkuasa perlu mengumpul bukti-bukti yang menunjukkan mangsa betul-betul dirogol atau diliwat;

ii. Apabila terdapat bukti yang menunjukkan pengadu memang dirogol atau diliwat, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman¹¹;

iii. Jika pengadu tidak mampu mengemukakan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan pengadu betul-betul dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti.

Dalil kenyataan-kenyataan di atas ialah keterangan Imam Abd al-Bar. Beliau menyatakan:
Para ulama telah berijma’¹² bahawa perogol [dikenakan]¹³ keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya]¹4 atau dia mengakuinya¹5. Jika tidak ada [bukti yang boleh mensabitkan hukuman hudud], maka [dikenakan] ke atasnya¹6 hukuman¹7 dan tiada sebarang hukuman ke atasnya¹8 apabila terbukti bahawa dia¹? memaksa dan mendesaknya²° [melakukan zina tanpa kerelaannya]. [Wujudnya paksaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suaranya] meminta pertolongan dan jeritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenal pasti] dia seorang gadis, yang boleh diketahui melalui darahnya²¹ dan seumapanya yang boleh menerangkan keadaannya [bahawa dia dipaksa]²² ...Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf²³ di kalangan ulama bahawa [wanita] yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud²4 [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [keatas] nya dengan [bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpamanya”

Soalan 5 : Apakah bukti yang boleh digunakan bagi menunjukkan berlakunya jenayah rogol atau liwat?

Jawapan : Seperti yang disebutkan oleh sesetengah ulama zaman silam²5, bukti tersebut seperti:

i. Mangsa datang melapor kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis;

ii. Mangsa didengari berteriak meminta tolong; atau

iii. Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa ke dalam rumahnya²6 secara paksa.
Pada zaman sekarang, kajian saintifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.

Soalan 6 : Apakah dalil yang menunjukkan bahawa mangsa rogol atau liwat, tidak dikenakan hukuman qazaf bila menuduh seseorang merogol atau meliwatnya dengan membawa bukti seperti yang dinyatakan?²7.

Jawapan : Dalilnya iala keterangan Imam al-Baji²8. Beliau berkata :
“Jika kedua-dua³° orang [saksi] tidak melihatnya³¹ dipaksa [melakukan persetubuhan] dan [tidak juga menyatakan] kemungkinan dia dipaksa [melakukan persetubuhan]³², tetapi dia datang [kepada pihak berkuasa] sambil berpaut padanya³³ dalam keadaan berdarah³4 jika dia [seorang] gadis, atau [datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan] tidak berdarah jika dia seorang janda... maka dalam kitab Ibn al-Mawaz [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, [dinyatakan bahawa] “dia tidak dikenakan [hukuman] hudud³5 disebabkan tuduhannya ke atasnya³6”.

Soalan 7 : Jika mangsa rogol atau liwat tidak mampu mendatangkan empat orang saksi, tetapi dapat membawa bukti-bukti seperti yang dinyatakan³7, bagaimana dengan tertuduh?

Jawapan : Jika mangsa dapat mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, tertuduh dikenakan hukuman seperti berikut:

i. Membayar wang dalam jumlah yang sama dengan mas kahwin semasa kepada mangsa³8. Hukuman ini dikenakan dengan dua syarat, iaitu terdapat saksi yang melihat tanda-tanda berlakunya jenayah rogol atau liwat³?; dan mangsa bersumpah bahawa dia telah dirogol4°.

ii. Hakim boleh mengenakan hukuman ta’zir-iaitu hukuman yang diserahkan kepada budi bicara hakim-ke atas tertuduh seperti hukuman denda, penjara, sebat, buang daerah dan sebagainya.

iii. Hukuman ta’zir wajib dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya oleh syarak4¹.

[PERBICARAAN KES QAZAF MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH MALAYSIA]

Soalan 8 : Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah manakah yang mempunyai kuasa membicarakan kes rogol atau liwat?

Jawapan : Menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kes yang tidak melibatkan Undang-undang Keluarga Islam, dan kes tersebut berada di bawah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mahkamah yang berhak membicarakannya ialah mahkamah sivi atau jenayah, bukannya Mahkamah Syariah.

Soalan 9 : Mengikut Undang-Undang Syariah di Malaysia, adakah mangsa yang mengadu dirogol atau diliwat, akan dikenakan hukuman qazaf apabila gagal membawa empat orang saksi?

Jawapan : Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.

Ini bermakna, akta ini tidak merangkumi mangsa atau orang yang melakukan zina atau liwat itu sendiri, yang mendakwa perogol merogolnya atau menyatakan pasanganya melakukan zina dengannya.

______________________________________

1. Iaitu pengasas Mazhab Hanafi

2. Majid Muhammad (1997), al-Hudud Fi al-Fiqh al-Islami, Kuwait: Maktabah al-Falah, hlm 75

3. Ibid

4. Humana qazaf iaah 80 kali sebatan

5. Ta’zir ialah hukuman yang dijatuhkan berdasarkan budi bicara hakim. Lihat al-Zuhayli, Wahbah (1989), al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, cetakan ketiga, Damsyiq : Dar al-Fikr, jld 6 hlm 18.

6. Iaitu empat orang saksi yang menyaksikan kejadian rogol atau liwat.

7. Menurut pandangan Imam Abu Hanifah, peliwat hanya akan dikenakan hukuman ta’zir, bukannya hukum hudud. Lihat Ibn al-Hamam, Kamaluddin Muhammad Ibn Abdul wahid, Fath al-Qadir, Damsyiq : Matba’ah Mustafa al-Hilabi, Jld.5, hlm. 263

8. Contoh-contoh bukti yang boleh digunakan akan dinyatakan selepas ini.

9. Surah an-Nur :4

10. Dalil kepada kenyataan ini akan dinyatakan pada halaman berikutnya.

11. Dalam keadaan ini, yang dikenakan hukuman ialah tertuduh seperti yang akan dijelaskan.

12. Ijma’ ialah “persepakatan para mujtahidin dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w setelah kewafatan baginda s.a.w, dalam mana-mana zaman, berkenaan sesuatu hukum syarak”. Lihat al-Zuhayli, wahbah (1986), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyiq : Dar al-Fikr, Jld. 1, hlm 490.

13. Perkataan dalam [ ] adalah tambahan penulis bagi menerangkan maksud asal teks.

14. Iaitu empat orang saksi yang melihat dengan jelas kejadian rogol tersebut seperti melihat pen dimasukkan ke dalam tudungnya. Apabila wujud saksi seperti ini, progol dikenakan hukuman hudud.

15. Yakni mengakui bahawa dia merogol. Pengakuan tertuduh dianggap bukti yang boleh dijatuhi hukuman hudud.

16. Iaitu tertuduh.

17. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa seseorang yang dituduh merogol tetap akan dihukum apabila terdapat bukti. Jika bukti yang ada adalah selain daripada empat orang saksi-akan dinyatakan selepas ini-, tertuduh dikenakan hukuman ta’zir. Dengan ini, dapat difahami, dalam kes rogol, empat orang saksi diperlukan bagi mensabitkan hukuman hudud ke atas perogol. Tetapi bagi membebaskan mangsa rogol dari hukuman qazaf, empat orang saksi tidak diperlukan. Yang diperlukan hanyalah bukti-bukti yang akan disebut selepas ini-yang menunjukkan berlakunya kes rogol.

18. Iaitu mangsa rogol yang mengadu kes rogol.

19. Iaitu tertuduh.

20. Iaitu pengadu.

21. Iaitu darah yang keluar dari kemaluannya akibat dirogol.

22. Keterangan Imam Abd a-Bar ini bermakna bukti-bukti yang menunjukkan seseorang pengadu dirogol, tidak terhad kepada apa yang dinyatakan dalam teks di atas.

23. Perselisihan pandangan.

24. Samada hukuman zina atau qazaf.

25. Iaitu Imam al-Baji dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Imam Malik seperti yang akan dinyatakan dan Imam Abd al-Bar dalam kitabnya al-Istizkar seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

26. Iaitu rumah tertuduh

27. Lihat jawapan bagi Soalan 5

28. Beliau merupakan ulama dari Mazhab Maliki.

29. Al-Baji, Sulaiman Ibn Khalaf (1999), al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Malik, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Jld 4 hlm. 21.

30. Imam al-Baji menyebut ‘kedua-dua saksi’ kerana sebelum petikan di atas beliau memperkatakan tentang wanita yang mendakwa dirogol tanpa membawa empat orang saksi. Maka ‘dua orang saksi’ diambil sebagai contoh bagi saksi yang kurang daripada empat orang.

31. Iaitu wanita yang mendakwa dirogol.

32. Maksudnya saksi tidak memberikan sebarang keterangan yang menunjukkan kemungkinan mangsa dirogol seperti melihat mangsa dilarikan, mangsa dikasiri tertuduh dan sebagainya.

33. Iaitu pada tertuduh

34. Maksudnya dalam keadaan kemaluannya berdarah.

35. Iaitu hukuman qazaf.

36. Iaitu tertuduh

37. Lihat jawapan bagi soalan 5.

38. Dalam menentukan kadar semasa mas kahwin hendaklah dilihat kepada status, pendidikan, tempat tinggal mangsa dan sebagainya.

39. Seperti tertuduh dilihat membawa mangsa masuk ke dalam rumanya secara paksa seperti yang dinyatakan.

40. Al-Baji (1992), op.cit, jld 4, hlm 21.

41. Zaydan, Abdul karim (1992), Usul ad-Da’wah, Baghdad : Maktabah al-Quds, hlm. 293

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT