SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, December 30, 2010

Selangor dah jadik negeri komunis dibawah komunis

B SELANGOR CUBA MENGAMBIL ALIH KUASA SULTAN

Regim Khalid Ibrahim Menteri Besar (MB) Selangor terus cuba mempolitikkan segala-galanya dalam menguruskan pentadbiran di negeri Selangor. Awal bulan ini kita menyaksikan bagaimana air dipolitikkan sehingga MB menyalahgunakan RM 265,000 wang rakyat untuk membiayai DEMONTRASI HARAM BAJU MERAH di masjid negara.

Yang terbaru isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pula hendak dipolitikkan oleh politikus pakatan. Apa kuasa MB ? Adakah lantik SUK itu kuasa MB ? Undang-undang mana yang perlu diikut dalam soal perlantikan ini ?

Dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, dengan jelas disebut antara kuasa Sultan adalah untuk memperkenan melantik MB dan Jemaah Exco. Jemaah Exco itu termasuk lah SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri. Ketiga-tiga pegawai kanan Pentadbiran negeri ini merupakan ahli Exco (Ex Officio) kepada Jemaah kabinet negeri yang disebut Exco itu.

Secara specifik juga dinyatakan SUK harus dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan. Suruhanjaya disini bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Walaupun perkataan "awam" tidak ada di sebut, namun ia membawa maksud SPA kerana jawatan SUK itu adalah jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kanan. Jawatan pegawai PTD kanan ini lahir melalui sistem SPA. Ia juga amalan lazim yang sudah diterima sebagai konvensyen kaedah perlantikan SUK di Selangor yang mewarisi sistem pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Yang lebih mustahak adalah MB tidak mempunyai kuasa lantikan tersebut. Juga perkenan dan makluman MB tidak perlu diminta. Lantik, perkenan atau maklumkan kepada MB memang tidak disebut dalam undang-undang tubuh Kerajaan Negeri.

Adakah MB boleh tubuhkan Suruhanjaya ? Jawapan nya tidak kerana Suruhanjaya perlu diluluskan oleh Parlimen dengan kelulusan Undang-undang. MB juga tidak ada kuasa di bawah Undang-undang negeri untuk menubuhkan Suruhanjaya. Apatah lagi bila MB "bermain pondok-pondok" dengan mewujudkan "panel" menemuduga bakal SUK. Lawak sungguh. Apa dia fikir nak lantik SUK ini macam nak lantik ketua kampung JKKK ke ?

Yang perlu diminta perkenan adalah Sultan, kerana baginda diberi kuasa demikian untuk melantik MB dan Jemaah Exco seperti mana yang disebutkan awal ini. Oleh yang demikian mempertikai perkenan Sultan merupakan perderhakaan kepada Institusi Beraja yang sekian lama terlaksana dinegeri Selangor ini.

Kisah pertikaian perlantikan SUK ini bukan pertama kali berlaku di negeri Selangor. Di zaman pemerintahan BN dan semasa Sultan Abd Aziz Shah menjadi Sultan, baginda juga pernah tidak memperkenan perlantikan seorang SUK, yang akhirnya calon SUK tersebut digantikan dengan orang lain.

Selangor lahir dengan tamaddun zaman berzaman sejak Bendahara Agung Melaka Tun Perak menjadi Penghulu di Kelang. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 merupakan undang-undang yang dinobatkan berpandukan pelbagai dokumen yang mengikat zaman-berzaman. Undang-undang ini akan terus mengikat sesiapa sahaja yang menjadi membesar dan pemerintah di Selangor ini.

Nyatanya Baginda Sultan tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri Selangor, seperti yang di gembar-gemburkan oleh juak-juak pakatan. Baginda cuma melaksana kuasa yang diberikan oleh Undang-undang, agar pentadbiran negeri berjalan dengan lancar, baik dan aman untuk kepentingan rakyat jelata.

GAPS menyeru kepada regim Khalid agar segera meletakkan jawatan kerana sentiasa mempolitikkan semua perkara dalam pentadbirannya dalam masa 3 tahun ini. Selangor nampaknya menjadi mundur, miskin dan kacau bilau dalam tempoh ini. Ini terbukti dari pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri lewat tiga tahun ini.

Selangor Darul Ehsan akan lebih sejahtera, aman dan makmur dengan kepimpinan negeri yang dinamik, terbuka, bertanggung jawab dan kurang “politiking’’.

Tuesday, December 7, 2010

Cakap kaki putaq....

dasar dua alam... sebenarnya apa yang diperjuang kan oleh PR nih.....mereka hanya take for granted..MB kater nak pertahan subsidi...... maka ketua skuad komunikasi selangor kater...taknak melayu jadi bangsa yang meminta-minta...hahahah.. ni macam mana?

air dah memang free..kalo kaled tak caya suruh di g amik kat sungai klang .. ader orang caj dier... tak der......

yang syabas caj ialah .. kos rawatan air dan penyelengaraan paip...apa ke benak sangat ceo nih...

pastu rumah besar atas tanah jer yang dapat subsidi..rumah flat tak dapat pun ..... benak betul kesiannya ...hahahahha. ni baru betul yang kaya makin lah kaya yang miskin .... dok umah flat tengok jer ler.....kuikuikuikuikuikk kezaliman kerajaan PR

Thursday, December 2, 2010

JOM Anak Selangor dan Rakyat Selangor


DIJEMPUT HADIR BERAMAI2 KEPERHIMPUNAN MENYOKONG TITAH DYMM SULTAN SELANGOR" ISU KETUANAN MELAYU" PD 3/12/10 (JUMAAT) 3.3O PTG DI ISTANA KAYANGAN. tukar pic profile anda sebagai tanda sokongan kepada DYMM Sultan Selangor

Wednesday, December 1, 2010

30 Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor




  1. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat apabila membeli hutang syarikat korporat Talam Corp. bernilai RM392 juta menggunakan wang rakyat.
  2. Kerajaan Negeri telah gagal untuk mengeluarkan kertas putih mengenai kedudukan hutang Talam Corp seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar dalam sidang DUN
  3. Kerajaan Negeri membatalkan pebinaan UITM Selangor di Serendah , Hulu Selangor
  4. Kerajaan Negeri merampas tanah rakyat yang diamanahkan kepada YBK di Hulu Selangor
  5. Kerajaan Negeri menutup institusi latihan kemahiran untuk bumiputera Institut kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)
  6. Kerajaan negeri menyita , mendenda dan menyewa tanah tanah untuk projek terusan dan kolam takungan padi di Tanjung Karang
  7. Kerajaan Negeri gagal mentadbir Universiti Selangordengan baik sehinggan ia mengalami kerugian yang besar dan pengurangan kemasukan pelajar baru amat ketara.
  8. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengfan membelanjakan RM 800 000 dalam program sambutan hari jadi Yayasan selangor
  9. Kerajaan Negeri gagal mengurus perlombongan yang mengakibatkan kecurian pasir dan kerosakan alam sekitar
  10. kerajaan negeri menipu DYMM Tuanku sultan Selangor dan rakyat apabila gagal mengutip RM 150 juta hasil pasir di engeri selangor
  11. Kerajaan Negeri gagal mengurus kewangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dengan cermat dengan memberi bonus yang tidak munasabah kepada kakitangan syarikat tersebut
  12. kerajaan negeri gagal mengurusa Institusi Pejabat menteri besar dengan baik senhingga ada intipan kamera litar dalam bilik Menteri Besar
  13. Kerajaan negeri gagagl mengurus kontrak bekalan kerajaan tempatabn dengan baik sehingga berlaku Surat Sokongan oleh Ahli Majlis dan pengerusi JKKK Kampung Baru untuk mendapatkan kerja kontark
  14. Kerajaan Negeri menyeleweng bila mana Exco dari pandamaran di biar lepas bebas walaupun dia menggunakan kepadala surat dan Cop beliau untujk melobi kerja kontrak
  15. Kerajaan Negeri gagal mentadbir PKNS dengan Baik Sehingga ia telah mengadaikan semua hartanah PKNS kepada REIT, yang mengakibatkan PKNS sekarang tidak punya premis sendiri dan terpaksa menyewa bangunan untuk beroperasi
  16. PKNS telah membelanjakan dengan boros jumlah perbelanjaan perpindahan ke pejabat baru yang tidak munasabah
  17. PKNS telah membazirkan wang rakyat dengan membiayai sebanyak RM520000 majlis perkahwinan angkasawan negara seperti yang disebut dalam sidang DUN
  18. PKNS telah membazir wang rakyat dengan membayar RM731000 kepada sebuah syarikat yang melaksanakan perkhidmatan tele marketing
  19. PKNS telah membazir wang rakyat sebanyak RM935000 kepada konsultan untuk berkhidmat selama 6 bulan
  20. kerajaan negeri gagal mengurus air diselangordengan baik sehingga menyekat pembinaan projek saliran air sungai dari pahang yang boleh menyebabkan Selangor akan mengalami krisis air menjelang 2014
  21. Kerajaan Negeri juga gagal memberikan air percuma seperti yang disebut dalam manifesto mereka dalam pilihanraya2008. Mereka sebaliknya menipu rakyat dengan memutarbelitkan dan mempolitikan isu air yang akhirnya rakyat akan jadik mangsa apabila berlaku krisis air pada tahun 2014
  22. Kerajaan Negeri menipu rakyat apabila membentangkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM50 billlion pada tahun lalu namun sehingga sekarang ia belum dilaksanakan
  23. Kerajaan Negeri selangor melalui Exconya dari DUN Pandamaran telah menghalang penguatkuasaaan sekatan jualan arak MBSA di Shah Alam
  24. Kerajaan negeri selangor talh mebiarkan institusi masjid menjadi gelanggan gpolitik
  25. Kerajaan Negeri mengurus Sumber kewanghan dengan bain pada tahun 2008 deefisit belanjawan menjadi RM 49 juta, kemudiaa 2009 defisit menjaqdi RM66 juta dan meningkat lagi 2010 menjadi lebih RM144 juta ni berbanding dengan pemerintahan BN pada tahun 2006-RM72.5 juta dan 2007-surplus belanjawan RM131.8 juta
  26. Kerajaan Negeri tidak cekap dalam merancang dan mengurus kewangan negeri apabila telah memohon 3 kali perbelanjaan tambahan bagi tahun 2010 iaitu pada mac 2010 sebanyak RM69 juta, Julai RM117 juta dan november 2010 sebanayak 8 juta
  27. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak RM330367.96 kos rawatan YB Dr Cheah Wing Yin di pusat Perubatan Sunway akibat kemalangan . kenapakah perlu beliau meneria rawatan di pusat perubatan swasta yang sudah diketahui perbelanjaannya berbanding dengan pusat perubatan kerajaan. ini merupakan dasar bermewah-mewahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri
  28. kerajaan negeri lebih pro mengutip hasil cikai pusat hiburan yang kini terdapat lebih dari 4000 premis hiburan,spa, pusat urut dan judi di negeri selangor
  29. Kerajaan negeri menyalahgunakan kepada surat pejabat menteri besar untuk mengutip dana parti sewaktu 1000 hari pentadbiran kerajaan negeri
  30. Kerajaan Negeri telah engkar kepada pelbagai titah DYMM Sulatan Selangor yang amat dukacita dengan pelbagai kelemahan pentadbiran di Negeri Selangor
GAPS-Gabungan Anti Penyelewengan Selangor

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT