SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, May 31, 2013

UMNO Online - “Rakyat Sudah Lali Dengan Politik Kebencian Dan Fitnah Pembangkang” plus 9 more

UMNO Online - “Rakyat Sudah Lali Dengan Politik Kebencian Dan Fitnah Pembangkang” plus 9 more

Link to UMNO Online

Rakyat Sudah Lali Dengan Politik Kebencian Dan Fitnah Pembangkang

Posted: 30 May 2013 03:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Rasman percaya politik kebencian tidak akan ke mana dan rakyat secara keseluruhannya tidak akan terjerat dengan budaya politik sedemikian.

Menurut beliau budaya berkenaan yang disemai oleh parti pembangkang hanyalah bertujuan untuk kepentingan politik sempit mereka dan tidak membawa apa-apa kebaikan untuk rakyat dan negara.

"Saya yakin budaya politik sebegini tidak akan ke mana, contohnya pelbagai tohmahan dan dakwaan terhadap kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat menunjukkan mereka tidak mampu untuk menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

"Sampai bilakah mereka sanggup berbuat demikian. Gagalnya pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki Putrajaya akan menambahkan lagi bahang politik sedemikian.

"Hari ini kita boleh tengok bagaimana pelbagai dakwaan dan tohmahan ditabur selepas pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini. Bukankah makin hebat dengan pelbagai dakwaaan yang tidak munasabag. Apakah makna dan gambaran kepada semua itu,” katanya.

Kata beliau lagi agenda pakatan pembangkang hanyalah memburukkan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun ianya benar-benar memberi pelbagai manfaat secara menyeluruh.

Tambahnya mereka seolah-olah cukup sinonim dan budaya sedemikian dan bukan perkara baru hari ini apabila kerajaan yang ditubuhkan atas pilihan rakyat pada pilihan raya umum yang lalu ditohmah dengan pelbagai dakwaaan.

"Cuba kita tengok dan perhatikan sejak sekian lama bagaimana serangan mereka terhadap apa yang telah dibuat dan dilaksanakan oleh kerajaan. Politik sebeginilah yang akan merugikan rakyat dan negara.

"Keikhlasan kerajaan dalam membela dan menunaikan tanggungajwabnya kepada rakyat seolah-olah dipandang sinis oleh mereka. Kita tunggu selepas ini setelah kabinet baru yang dibentuk dan diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam merencanakan dasar dan program apa pula komen dan tanggapan mereka. Tunggu dan lihat,” katanya. – MediaUMNO

400,000 Bunga Dan Tumbuhan Bakal Hiasi Floria Putrajaya 2013

Posted: 30 May 2013 02:33 AM PDT

PUTRAJAYA, 30 Mei – Kira-kira 400,000 pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan pelbagai spesies termasuk 5,000 pokok bunga Orkid bakal menghiasi Persiaran Tasik, Presint 2 di sini, pada Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya 2013) bermula 22 hingga 30 Jun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata festival bertema ‘Bunga Orkid – Khazanah Tropika’ itu akan mempamerkan lebih 200 spesies, kultivar dan hibrid orkid dalam bentuk taman dan gubahan.

“Floria Putrajaya kali ke-6 ini bakal mewarnakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini sebagai ‘intelligent garden city’ dengan kepelbagaian flora yang berwarna-warni dan menonjolkan identiti Putrajaya sebagai sebuah Bandar Dalam Taman dan Bandar Bunga-bungaan,” katanya pada prapelancaran Floria Putrajaya 2013, di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata lebih sejuta pengunjung domestik dan pelancong asing dijangka datang pada festival kali ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Md Ikhsan dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat, Presiden Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing.

Floria Putrajaya merupakan pameran bunga dan taman berbentuk festival yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan disokong Kementerian Wilayah Persekutuan.

Festival itu yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat, mempamerkan produk komersil industri hortikultur dan landskap, pertunjukan taman, demonstrasi oleh pereka taman dan pertunjukan bunga-bungaan dari dalam dan luar negara.

Tengku Adnan berkata penganjuran Floria Putrajaya 2013 akan menampilkan beberapa konsep dan elemen baharu yang lebih kreatif dan inovatif seperti 'longest landscape vertical wall', perarakan bot berhias, ‘Magic of The Night’, Taman Diraja, Taman Inovasi, dan Taman Jamuan Teh.

Selain itu, beliau berkata lebih 200 aktiviti akan diadakan sepanjang sembilan hari festival termasuk ceramah dan bengkel perkebunan, demonstrasi gubahan bunga, pertandingan fotografi, lukisan cat air, penghasilan kraf tangan dan lain-lain.

Katanya sebanyak 50 ruang niaga akan disediakan bagi pengusaha dalam industri berkaitan memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka.

Sementara itu, Aseh berkata PPj mahu menjadikan Floria Putrajaya satu jenama yang unggul dalam pertunjukan bunga-bungaan di peringkat antarabangsa seperti Chelsea Flower Show di London.

“Selaras dengan usaha untuk menjadikan Putrajaya Bandar Dalam Taman, Floria Putrajaya menjadi serampang dua mata iaitu meningkatkan keindahan Putrajaya dan dalam masa yang sama menggalakkan industri pelancongan negara,” katanya.

Floria Putrajaya 2013 akan menampilkan 23 peserta dari 18 negara iaitu Afrika Selatan, Australia, Chile, China, Filipina, Hong Kong, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Korea, Myanmar, New Zealand, Singapura, Taiwan, Thailand, United Kingdom dan Vietnam serta tuan rumah Malaysia.

Perdana Menteri Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Bot Ekspres Karam

Posted: 30 May 2013 02:30 AM PDT

BELAGA, 30 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi bot ekspres karam di Jeram Tukok-Jeram Bungan, di Sungai Rajang, Selasa lepas.

Ucapan takziah itu disampaikan menerusi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim, yang berkata perdana menteri dan anggota Kabinet bersedih dengan tragedi itu.

“Semalam dalam mesyuarat mingguan Kabinet, perdana menteri begitu sedih dengan kejadian itu dan oleh yang demikian beliau mengarahkan saya untuk datang (hari ini) sebagai wakil kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita di pusat operasi gerakan mencari di sebuah pulau di tengah Sungai Rajang, di sini hari ini.

Terdahulu semasa di pekan Belaga, beliau mengikuti taklimat di bilik gerakan dan akan mengemukakan laporan kepada menteri yang menjaga hal ehwal Majlis Keselamatan Negara Datuk Seri Shahidan Kassim untuk melihat keperluan lain dalam operasi dan menyelamat.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Belaga Liwan Lagang, dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon.

Rohani mengumumkan sumbangan RM1,500 daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada setiap keluarga mangsa yang dijumpai dan disahkan meninggal dunia.

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM300 sehari juga daripada YKN berupa sardin, mi segera, tong gas, dan beras untuk tujuan memasak ketika gerakan mencari dan menyelamat dijalankan, selain sumbangan peribadi RM3,000 bagi keperluan operasi dan menyelamat yang kini memasuki hari ketiga.

Pada majlis yang sama, beliau menyerahkan sumbangan RM10,000 masing-masing kepada Rumah Panjang Uma Tevok dan Rumah Panjang Uma Tanjong yang membantu menempatkan mangsa bot karam yang terselamat.

Sementara itu, Jabu yang mewakili kerajaan Sarawak berkata persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan semalam berjaya mengumpul RM80,000 untuk tabung mangsa bot ekspres karam itu.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah daripada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta seluruh rakyat Malaysia kepada keluarga mangsa tragedi itu.

Selain itu, Jabu mencadangkan agar MKN menyediakan perancangan luar jangka andainya tempoh gerakan mencari dan menyelamat terpaksa dilanjutkan sehingga lebih dari satu minggu.

Jangan Asyik Ghairah Berhimpun….Tempoh Petisyen Berbaki 14 Hari Lagi

Posted: 30 May 2013 01:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Pemimpin parti pembangkang diingatkan agar tidak melupakan tempoh untuk mengemukakan petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang masih berbaki 14 hari supaya segala dakwaan mereka dapat dikemukakan secara jelas menerusi saluran yang dibenarkan.

Exco Pemuda UMNO Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata dalam keghairahan mereka untuk mengadakan perhimpunan dan sebagainya seperti yang dilaporkan oleh media, janganlah sesekali melupakan tempoh yang ada itu kerana ianya adalah jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak.

Menurut beliau segala dakwaaan seperti pengundi hantu, lampu padam dan sebagainya lagi perlulah dikemukakan dengan jelas dan janganlah membawa politik kotor yang tidak ada faedahnya sebaliknya menyusahkan rakyat.

"Tempoh yang ada itu kumpullah sebaik mungkin segala bukti yang ada dan kemukakan menerusi saluran yang telah dibuka itu dan masih lagi berbaki 14 hari. Bawalah segala bukti berkenaan dan kemukakan sebaik mungkin.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya merupakan orang yang pernah duduk dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan nombor dua dalam negara maka beliau sepatutnya lebih arif dan faham bagaimana pembentukan sebuah kerajaan dan tahu soal petisyen dan sebagainya.

"Namun hari ini beliau menjadi manusia yang cukup berbeza sedangkan beliau tahu dalam soal tersebut. Jadi gunalah tempoh yang ada ini sebaik mungkin dan itu adalah lebih baik daripada berhimpun yang saya fikir hanya menyusahkan rakyat dan sebagainya. Tidak lebih daripada itu," katanya.

Megat seterusnya melihat perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang hanyalah sekadar untuk menutup kegagalan mereka untuk menawan Putrajaya.

Katanya apa yang diimpikan selama ini tidak menjadi kenyataan setelah rakyat sekali lagi memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan dan Datuk Seri Najib kekal sebagai Perdana Menteri.

"Hentikanlah, cukup-cukuplah politik sebegini. Bercakap soal politik sepanjang hari dan sepanjang masa tidak akan kemana, sepatutnya fikirkan bagaimana kita sama-sama mahu memacu negara selain menunaikan khidmat bakti kepada rakyat.

"Apa pun saya yakin dan cukup percaya rakyat boleh menilai perkara ini, mana yang baik untuk mereka dan mana yang tidak elok untuk negara," katanya – MediaUMNO

‘Anwar Spring’ Sesuai Dengan Matlamat Himpunan Pembangkang

Posted: 30 May 2013 01:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang atas alasan untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah agenda peribadi ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang selayaknya menerima gelaran 'Anwar Spring', kata penganalisis politik tempatan, Prof Dr. Ahmad Atory Hussein.

Semalam, Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan siri perhimpunan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang dilabel sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Anwar Sping amat tepat dengan apa yang dilakukan kerana perhimpunan terbabit mempunyai matlamat untuk agenda peribadi Anwar yang sememangnya mengidamkan jawatan Perdana Menteri negara ini," katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, jika dilihat dari keputusan PRU-13 lalu, Anwar tidak kalah kerana beliau yang bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dapat mengekalkan kemenangannya, begitu juga dengan anaknya, Nurul Izzah di Lembah Pantai.

"Pembangkang termasuk Anwar mempertikaikan keputusan PRU-13 sedangkan dalam masa yang sama mereka masih dapat mengekalkan tiga negeri tadbiran mereka dan pemimpin mereka menang di kawasan bertanding namun malangnya mereka tidak memperolehi bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan dan mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Apabila BN dapat menguasai kerajaan maka tentulah Anwar Spring dimulakan kerana impiannya adalah untuk menjadi Perdana Menteri sekalipun melalui huru-hara dan kekacauan," katanya.

Ujarnya, tindakan pembangkang ini seakan memperbodohkan para pengundi dan penyokong mereka dengan menghasut untuk memberontak dan melakukan keganasan tetapi ia gagal mencapai matlamat.

"Apabila mereka memilih demonstrasi dan himpunan untuk membantah keputusan PRU-13 maka secara tidak langsung bahawa mereka telah terkeluar dari prinsip asas demokrasi iaitu menerima keputusan yang dilakukan dalam pilihan raya. Yang kalah, kalahlah dan yang menang akan memerintah."

Ujanya yang juga pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), Anwar cuba mempengaruhi rakyat melalui pelbagai insiden yang berlaku di Timur Tengah tetapi tindakan yang menggunakan kekerasan dengan hanya terjerit-jerit tidak akan dapat membawa apa-apa manfaat.

"Pembangkang sengaja mewujudkan isu untuk dijadikan alasan bagi membangkitkan kemarahan sebagaimana tuduhan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penipuan dan penyelewengan sedangkan mana-mana individu yang berfikiran rasional akan menerima keputusan PRU-13 setelah melalui pelbagai proses," katanya.

Jelasnya, dengan lebih 700 kerusi membabitkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), SPR telah menyediakan petugas seramai lebih 200,000 yang diberi kursus dan latihan agar semua proses sepanjang PRU-13 lancar.

"Apa juga tuduhan kepada SPR adalah untuk mengalihkan tumpuan kepada kemenangan BN/UMNO dalam PRU-13 kerana sememangnya BN/UMNO tetap relevan selagi mana parti ini berpegang kepada asas dan tujuan penubuhannya iaitu demi agama, bangsa dan negara," tambahnya lagi.

Pada PRU-13 yang berlangsung 5 Mei lalu, pembangkang hanya menang 89 kerusi Parlimen berbanding BN 133 kerusi untuk kekal sebagai teraju kerajaan Malaysia. – MediaUMNO

Sultan Titah K’jaan Selangor Tunai Janji Manifesto Pilihan Raya

Posted: 30 May 2013 12:50 AM PDT

KLANG, 30 Mei – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan pimpinan kerajaan negeri yang diteraju gabungan parti PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya yang lepas, secara adil dan saksama berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor.

Baginda bertitah manifesto yang dibuat oleh sesebuah parti adalah “satu janji dengan rakyat” yang mesti dilaksanakan tanpa berlengah apabila mereka memerintah negeri.

“Oleh itu, amatlah penting ianya (manifesto) ditunaikan dan janganlah melupakan rakyat yang menaruh penuh harapan untuk menikmati sebuah negeri yang aman makmur dalam suasana rakyat hidup dengan penuh harmoni,” titah baginda pada majlis pengurniaan watikah pelantikan dan mengangkat sumpah Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Alam Shah, di sini hari ini.

Sultan Selangor menyeru pimpinan kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membangunkan program yang memberi impak sebenar kepada negeri itu untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran.

Titah baginda setiap tanggungjawab yang dipikul hendaklah dikendalikan secara intelektual, bukan secara emosi dengan mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri berbanding kepentingan diri atau parti masing-masing.

“Apabila menjalankan tugas, Ahli-ahli Yang Berhormat mestilah berpandukan kepada peraturan dan undang-undang yang telah digariskan dan janganlah sekali-kali melanggar undang-undang ini serta membuat sesuatu dengan mengikut kehendak hati semata-mata,” titah baginda sambil mengingatkan wakil rakyat Selangor menjauhkan diri daripada amalan rasuah.

Dalam pada itu, Sultan Selangor mengingatkan wakil rakyat Selangor yang dipilih memahami kehendak dan keperluan rakyat dan sentiasa menitikberatkan perpaduan berteraskan konsep muhibah antara kaum.

Titah baginda, keutamaan perlu diberi kepada memajukan negeri Selangor di samping memastikan kehidupan rakyat berbilang kaum berada dalam keadaan selesa dan aman sehingga ke generasi akan datang.

Titah baginda, wakil rakyat Selangor hendaklah sentiasa berdamping dengan rakyat untuk mengetahui kehendak dan keperluan mereka serta mengatasi masalah-masalah yang dihadapi mereka.

“Janganlah apabila memerlukan undi, Ahli-ahli Yang Berhormat menjanjikan bulan dan bintang serta sanggup melawat mereka sehingga ke dapur rumah mereka, tetapi apabila telah mendapat undi dan memperolehi kemenangan, kelibat Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian pun tidak kelihatan.

“Beta tidak berkenan mereka yang telah mendapat mandat mengambil kesempatan untuk memperolehi sesuatu demi kepentingan diri sendiri,” titah baginda.

Jangan Heret Istana Dalam Tulisan Media Sosial – Istana Selangor

Posted: 30 May 2013 12:48 AM PDT

KLANG, 30 Mei – Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengingatkan pengamal media sosial termasuk blog agar tidak mengheret pihak istana terutama Sultan Selangor, dalam apa juga perkara tanpa siasatan terlebih dahulu, bagi mengelakkan tanggapan salah rakyat terhadap baginda.

Beliau menafikan dakwaan yang mengatakan kelewatan pelantikan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor adalah disebabkan untuk memenuhi kehendak Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamad Munir berkata kelewatan berlaku kerana Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya menghadap Sultan Selangor pada Isnin lepas bagi mendapat perkenan baginda berhubung senarai calon anggota exco.

“Oleh itu, tidaklah benar tohmahan yang menyatakan kelewatan pelantikan Ahli Exco Selangor disebabkan untuk memenuhi kehendak Sultan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPDNKK Jalin Kerjasama Dengan NGO Pengguna Laksana Program ‘Reach Out’ Kepenggunaan

Posted: 30 May 2013 12:26 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 30 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) kepenggunaan dan bukan kepenggunaan bagi melaksanakan program-program ‘Reach Out’ kepenggunaan.

Menteri berkenaan Datuk Hasan Malek berkata kerjasama itu bertujuan memudahkan pengaliran maklumat dan pendidikan kepenggunaan dilaksana dengan dengan lebih tersusun.

“KPDNKK akan memperluaskan lagi hubungan dengan NGO bukan pengguna seperti ibu tunggal, seniman, pesara, kumpulan wanita dan peniaga dengan pelaksanaan program mentor mantee iaitu NGO pengguna akan bertindak sebagai mentor dalam pelaksanaan program pendidikan kepada anggota dan memberi latihan jurucakap kepenggunaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis kemuncak Bulan Pengguna di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri PDNKK Datuk Ahmad Bashah Mat Hanipah dan Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi negeri Roslee Daud.

Hasan berkata kementerian juga akan mempergiatkan pelbagai program dengan peniaga kerana penglibatan komuniti peniaga akan lebih menyemarakkan amalan perniagaan yang baik di kalangan mereka.

Beliau berkata antara program itu ialah menggalakkan penghayatan Kod Etika Perniagaan, mengadakan anugerah kecemerlangan perniagaan beretika dan anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia bagi memberi penghargaan kepada premis yang menawarkan harga barangan keperluan pengguna pada paras yang munasabah dan berpatutan.

Sementara itu, Hasan meminta pengguna agar lebih peka dan prihatin terhadap tindakan yang dilaksanakan kementerian dalam melindungi pengguna agar mereka bukan hanya mengetahui hak dan peranan sebagai pengguna tetapi mampu menterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Beliau berharap menjelang tahun 2020, pengguna di negara ini mampu melaksanakan perlindungan kendiri dan peniaga dapat menjalankan kawal selia kendiri untuk kesejahteraan sejagat.

Kementerian juga akan memperkasakan skuad pengguna yang berperanan sebagai mata dan teliga kerajaan untuk membantu memantau harga barang dan perkhidmatan di pasaran, katanya.

Beliau berkata sehingga ini terdapat lebih 130,000 orang anggota skuad pengguna di seluruh negara yang turut menikmati insentif potongan harga daripada rakan dagang.

Govt Will Not Implement GST In The Near Term, Says Ahmad Husni

Posted: 30 May 2013 12:24 AM PDT

CYBERJAYA, May 30 – The government will not implement the goods and services tax (GST) in the near term as it is still studying its implications and rate to be imposed.

Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said the government is still engaging with politicians, the private sector and the general public before arriving at a decision.

“We are relooking our earlier study by taking a holistic view of it.

“We do not want to just see the GST from the point of government revenue but also the prosperity of the people,” he told reporters here today after opening the 19th Meeting of the World Savings Bank Institute (WSBI) Asia/Pacific Regional Group.

Ahmad Husni said besides generating revenue, the implementation of the GST, is also in tandem with the government’s intention to reduce corporate and personal tax.

“We are also looking at providing some assistance to the people,” he added.

Commenting on the GST rate that may be imposed,” he said: “We have to again look it in terms of its benefit to the government, the private sector and the general public,”.

He also said the government had set no timeline for the implementation of the GST.

Earlier in his speech, Ahmad Husni urged banking institutions to pay attention to urban “under-incomers” or those who may have fixed salaries, but with little room to expand their revenue base.

“The term ‘under-incomers’ is new. This group spans across to even the upper-middle income earners, including young professionals and managerial level personnel.

“They are vulnerable to cash flow issues and illegal lenders, primarily due to the rise in unfilled credit demand, and the wider cost of these illegal activities to our social fabric is too high.

“I hope all of you can assist in steering the under-income group away from the illegal credit activities and towards regulated, responsible and safe borrowing,” he added.

Kerajaan Tidak Akan Laksana GST Dalam Tempoh Jangka Dekat, Kata Husni

Posted: 30 May 2013 12:15 AM PDT

CYBERJAYA, 30 Mei – Kerajaan tidak akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh jangka dekat kerana ia masih mengkaji kesan dan kadar yang akan dilaksanakan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan masih berunding dengan ahli politik, sektor swasta dan awam sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Kami masih belum memutuskan mengenai GST kerana kami perlu mengkaji semula perkara itu dan kami kini sedang di dalam proses mengkajinya dari sudut yang menyeluruh.”

“Semua tindakan yang diambil perlu dilihat bukan sahaja dari segi perolehan kerajaan, malah perlu dilihat dari segi kemakmuran orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat ke-19 Kumpulan serantau Asia/Pasifik Institut Bank Simpanan Dunia (WSBI) di sini hari ini.

Selain menjana pendapatan kerajaan, pelaksanaan GST itu juga adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai korporat dan cukai peribadi.

“Kami juga mengkaji sama ada kami boleh menyediakan sedikit bantuan kepada orang ramai,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kadar yang akan dikenakan, Husni berkata: “Kami perlu mengkaji semula di segi manfaat terhadap kerajaan, sektor swasta dan orang ramai,” kata Husni, sambil menyatakan kerajaan tidak menetapkan satu tempoh tertentu untuk melaksanakan cukai itu.

Semasa berucap sebelum itu, Husni menyeru institusi perbankan supaya member perhatian terhadap golongan berpendapatan rendah di bandar yang menerima gaji tetap tetapi sukar menyeimbangkan pendapatan masing-masing.

Katanya golongan itu terdedah kepada “jerung” peminjam wang haram berikutan peningkatan tekanan melebarkan permintaan kredit.

“Kesan aktiviti haram ini terhadap kehidupan sosial kita terlalu besar dan saya berharap anda dapat membantu menjauhkan kumpulan berpendapatan rendah itu daripada aktiviti kredit haram dan menarik mereka membuat pinjaman yang dikawal selia, bertanggung jawab dan selamat,” katanya.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT