SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, February 22, 2010

Apabila Penasihat Ekonomi RM1 dan Adun Penipu Rakyat bekerja memegang gambar di Dewan Dun

Gambar Sumber dari UMB Malaysia inilah senario .. yang mana bila kaled kater nak bawak banyak pelabutr dari luar dan dia ambil pelabur jadik penasihat ekonomi


Gambar :Sumber Dari CTS, blogspot.. Berapa ramai lagi orang yang mati terjun bangunan tak der pun masuk sidang dun? kan ker ini juga pembaziran... psstt patutler kat meru ngak ada paper berubah ropernya peranan dia jadik adun cuma pegang gambar jer kot?

Friday, February 12, 2010

Bantahan Kepada MB Selangor...HAK ekonomi rakyat Selangor dizalimi



UITM telah melalui pelbagai fasa dalam penubuhanya sebagai penggerak, pemacu perubah corak sosio ekonomi sesuatu tempat atau negeri. lihat sahaja bagaimana ianya merubah struktur masyarakat di Shah Alam, yang mana pada awalnya hanyalah hutan kelapa sawit, Lihat pula di Seri Iskandar Perak, bagaimana kawasan yang dulunya dikelilingi dengan lombong kini dikelilingi dengan rumah dan kedai.. begitu juga di Puncak Alam selangor ...laluan yang dulunya seram dan berhutan kini limpahan ekonominya sehingga ke Ijok dan Meru...





Suara baru Pemuda Kapar tidak dapat memastikan bagaimana atau apakah perkiraan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat EKONOMI RM1 nya dengan merampas tanah YBK yang akan dibangunkan sebuah kampus UITM...



Adakah Penilaian RM1 sama dengan Pemikiran Penasihat Ekonominya atau Otaknya yang bernilai RM1!.Ataupun memang penasihatnya hanya mahukan Ekonomi RM 1 sahaja bagi negeri Selangor.


Kita lihat pula MB nya .. bermula dari tokoh korporat yang berjaya dengan D. E B kini telah hilang daya pemikiran strategiknya perniagaannya apabila Jawatan dalam YBK dijadikan isu atau pertukaran untuk meluluskan tanah YBK..pemikiranya telah diracun.. dek kerana kehilangan kuasa dalam GLC..



Rakyat harus ingat.. bagi memastikan umat melayu kekal berdaya saing dalam arena globalisasi.. aspek pembangunan sumber manusia dan ekonomi haruslah dijaga... BANGSA KITA TIDAK AKAN DIHORMATI SEKIRANYA KITA LEKEH.. DAN MENJADI HAMBA DITANAH SENDIRI.....walaupun kita menuntut UiTM adalah hak orang melayu..limpahan ekonominya bukan sahaja dirasai oleh ORANG MELAYU SAHAJA.. ianya dikongsi dengan rakan rakan kita yang berbangsa CINA dan INDIA serta lain-lain.. atas nama Semangat 1 Malaysia



Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang bagaimana Umat Melayu terus disisihkan dari berkongsi kekayaan dan kesenangan ekonomi Pulau Pinang.. dengan Konsep Middle Malaysia...

Apakah dinegeri Selangor juga begitu, apabila peluang pendidikan tinggi, perubahan sosio ekonomi Umat Islam terus diperkotak katikan .. Suara Baru ingin mengucapkan tahniah kepada DATO Seri Zahrain... diatas kenyataan berani dan tindakan beraninya untuk keluar dari PKR dan menegur DSAI yang mana hala tuju PKR kini hanyalah Samarata, Samarasa Depan Belakang Sama Sahaja..tidak membawa kebaikan kepada Umat Melayu di Pulau Pinang.. adakah MB selangor kini ibarat dicucuk hidung hinggakan tidak dapat lihat apa yang berlaku didepan mata.. dan yang paling patut kita pikirkan bersama ialah hampir kesemua Pengasas Penubuhan PKR telah tidak bersama PKR lagi... adakah UStaz Zulkifli Nordin Setuju.....Zainur Zakaria.. yang dulu merupakan peguambela DSAI tidak Lagi Mewakili DSAI...yang tinggal anak beranak Karpal Singh yang lain-lain...

Bangkitlah Bangsaku..bangkitlah.... bukalah dengan mata hati. Tumbangkan Kerajaan Selangor..







.





















Wednesday, February 10, 2010

Selamat Tahun Baru Cina, Semangat 1 Malaysia


MCA bahagian Kapar telah menganjurkan Program Penyampaian Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pimpinan parti komponen Barisan Nasional Kapar.

Dato Song Kee Chai beramah mesra dengan Kakitangan Hospital


Diatas Semangat 1 Malaysia , semua parti komponen menyampaikan "Ang Pow" dan buah limau kepada semua pesakit di Wad Kanak-Kanak 6c dan Wad Pembedahan Kanak Kanak 2 C, Sumbangan disampaikan tanpa mengira fahaman politik dan kaum,


Dari Kiri: Saudara Nor Azizi bin Haji Ishak, Dato Song Kee Chai.

Kegembiraan jelas terpancar dari wajah para pesakit dan ibubapa serta penjaga.



Program ini diketuai oleh Dato Song Kee Chai dan antara yang turut hadir pada majlis ini, ialah Encik T. Ganesan, Ketua MIC Bahagian Kapar, Saudara Nor Azizi Ishak, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, serta kepimpinan parti komponen dalam bahagian Kapar.

Al Fatihah

Assalammualaikum, Bapa mertua Saudara Fuad Syahrin Misbah telah meninggal dunia jam 2 petang semalam. Suara Baru Pemuda Kapar mendoakan supaya keluarga beliau tabah menghadapinya.

Saturday, February 6, 2010

Makluman Terkini

Untuk makluman rakan2 PPUM KAPAR, 3 buah rumah telah musnah di dalam kebakaran di kawasan Seri Gadong Tengah pada jam 11.00 mlm tadi (05/02/10). Kesemua mangsa kini ditempatkan buat sementara waktu di Bilik Gerakan UMNO Caw Seri Gadong Tengah. Bantuan Kilat Bencana Alam dari BN Selat Klang telah dihulurka...n kepada mangsa2. Rakan2 Pemuda , Putri Wanita diharap dapat membantu ketiga2 keluarga ini dengan mengumpulkan pakaian2 terpakai untuk didermakan kepada mangsa2 ini kerana mereka kini tinggal sehelai sepinggang... Kerjasama dan bantuan dari semua pihak amatlah diharapkan. tq...

Wednesday, February 3, 2010

Majlis Ramah Mesra BN Kapar

Majlis ramah mesra Pemuda BN Kapar telah diadakan di KEC Klang pada 2 Februari 2010. Majlis telah dihadiri semua ajk pemuda UMNO, MCA, MIC dan PPP.
Turut memeriahkan. Dato Haji Abdul Rahman bin Haji Palil, Ketua UMNO bahagian Kapar, Tuan Haji Faizal Bin Abdullah, Timbalan Ketua Umno Bahagian, Tuan Haji Roslee Bin Abdul Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Puan Hajah Norliza bt Haji Ahmad, Ketua Wanita UMNO bahagian Kapar dan Encik T Ganesan Penyelaras Pembangunan Parlimen Kapar
Majlis telah dimulakan dengan ucapan Ketua Pemuda PPP Kathirevan a/l laksamanan, Ketua Pemuda MIC Kapar Saravanan. Lee Chee Choon, Ketua Pemuda MCA Bahagian Kapar, Ketua Pemuda Gerakan Lee Eng Ho, dan seterusnya Tuan Haji Roslee Abdul Hamid, Ketua Pemuda UMNO bahagian Kapar Merangkap Pemuda BN Kapar.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Abdul Rahman Bin Haji Palil Pengerusi BN KAPAR.

Semua Ketua Pemuda parti komponen telah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Tuan Haji Roslee Abdul Hamid kerana ini adalah merupakan kali pertama majlis seumpamanya diadakan mereka juga telah berikrar untuk bersama sama dengan pimpinan Barisan Nasional merampas kembali negeri Selangor amnya dan Kapar khususnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT