SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, October 31, 2013

UMNO Online - “MDCA Berupaya Jana Pendapatan Hingga RM564 Juta – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “MDCA Berupaya Jana Pendapatan Hingga RM564 Juta – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

MDCA Berupaya Jana Pendapatan Hingga RM564 Juta – Najib

Posted: 30 Oct 2013 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt -  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Gabungan Pusat Data Malaysia (MDCA) berupaya menjana pendapatan antara RM292 juta dan RM564 juta untuk ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata demikian dalam akaun Twitter beliau pada Rabu.

Dua hari lepas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melancarkan MDCA, iaitu hab data serantau yang pertama di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata MDCA adalah kemudahan penyimpanan data secara berpusat untuk individu dan syarikat di negara ini, dikendalikan oleh swasta.

Sebelum itu, dalam tweet beliau hari ini, Najib mengucapkan syabas kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerana memenangi dua pingat emas dalam penyertaan sulung di British Invention Show (BIS), di London baru-baru ini.

Tweet itu turut mempunyai pautan pada artikel yang disiarkan Bernama bertajuk, ‘USIM Menang Dua Pingat Emas Di British Invention Show’.

USIM mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi dua pingat emas iaitu ‘Best Invention Award of The Year’ dan ‘British Invention of The Year’ bagi produk perisa tambahan makanan daripada rebung. 

BN Mampu Tawan, Tolak Persepsi Sungai Limau Kubu Kuat Pas

Posted: 30 Oct 2013 04:27 AM PDT

YAN, 30 Okt – Rakyat Sungai Limau diseru untuk menjadikan Sik sebagai contoh dalam membawa perubahan dan pembaharuan lantaran keberanian masyarakat di situ beralih kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu biarpun ia dianggap kawasan Pas, kata Mahadzir Abdul Hamid selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri.

Katanya, jika dilihat secara keseluruhan, Sungai Limau sepatutnya membangun lebih awal berbanding dengan kawasan lain.

"Dari segi geografi dan demografi penduduk sepatutnya mereka sudah lama maju apatah lagi jika dibandingkan dengan kawasan saya iaitu di Sik tetapi mungkin ini kesan daripada politik menyebabkan Sungai Limau ketinggalan agak jauh dari sudut pembangunan," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sik menganggap pilihan raya kecil DUN Sungai Limau pada 4 November depan adalah masa terbaik untuk rakyat membawa pembaharuan.

khairy-ketua-azwan-naib-pemuda-umno-bn-kempen-prk-sungai-limau-belia-kedah

"Rakyat di sini juga dahagakan pembangunan dan PRK ini adalah satu peluang untuk mereka membuat satu keputusan agar dapat bersama-sama kerajaan BN untuk memajukan kawasan ini dan hasilnya bukan setakat orang UMNO tetapi rakyat Sungai Limau yang pelbagai parti pun akan merasainya."

Dalam masa yang sama beliau turut menolak anggapan bahawa BN tidak mungkin menang di kawasan ini kerana ia dianggap sebagai kubu kuat Pas.

"Saya rasa kalau di daerah Sik juga pernah dikenali sebagai kawasan yang dianggap sebagai kubu pembangkang tetapi sekarang daerah Sik sudah berubah dan rakyatnya sudah sedar sehinggakan BN dapat memenangi Parlimen Sik dengan dua DUN di dalamnya iaitu Jeneri dan Belantek.

"Kali ini rakyat Sungai Limau wajar mengikuti jejak langkah rakyat Sik yang telah mula berubah sesuai dengan slogan BN di sini iaitu 'Berani Hijrah' kerana rakyat Sungai Limau perlu memberi peluang kepada BN untuk membawa pembangunan dan perubahan di sini."

Beliau yang turut berkampung di Sungai Limau dalam membantu kempen PRK di sini yakin bahwa BN akan dapat memenangi kerusi DUN tersebut apatah lagi melihat kepada perkembangan jentera Pas yang dianggap dingin.

"Dari segi kempen Pas kurang mendapat sambutan dan jentera-jentera mereka juga tidak begitu aktif untuk mereka melaksanakan program gerak gempur. Ini seolah-olah gambaran bahawa mereka sendiri mula menyedari bahawa hari ini mereka tidak perlu bersama dengan parti yang tidak membawa apa-apa perubahan sebaliknya beralih kepada parti yang membawa kemajuan dan kebaikan kepada negara kita," katanya. – MediaUMNO

COMANGO Diingat Jangan Cuba Bermain Api, Kesabaran Ada Hadnya

Posted: 30 Oct 2013 04:26 AM PDT

YAN, 30 Okt. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menyelar tindakan segelintir pihak yang menamakan kumpulan mereka sebagai gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) lantaran mengetengahkan tuntutan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan di Konsil Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, tuntutan yang diterkandung dalam laporan COMANGO adalah satu penghinaan dan cabaran kepada agama Islam dan masyarakat di negara ini.

comango-tolong-jangan-main-api-agama-perlembagaan-malaysia

"Jangan bermain api. Ini dianggap permintaan atau amaran dari saya. Jangan permainkan isu-isu agama dan isu sensitif dalam negara ini," katanya kepada UMNO-Online.

Sebelum ini, pemimpin parti pembangkang termasuklah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menganggap tuntutan COMANGO tidak mengancam keselamatan negara.

"Kalau tidak dibendung ia akan mengakibatkan perkara yang lebih buruk daripada apa yang kita sangkakan.

"Jangan ingat kesabaran orang Islam di Malaysia ini rendah, kerana ada juga yang tinggi kesabarannya. Kalau cuba disogok, cuba diprovok dengan cara yang berlebihan tanpa menghormati sensitiviti kita maka akibatnya mungkin lebih buruk daripada apa yang kita sangkakan. Saya harap hentikan perkara ini," tegas beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sarapan 1Malaysia di Kampung Kuala Dulang, di sini hari ini.

Antara tuntutan yang terkandung dalam laporan Comango adalah desakan terhadap beberapa perkara seperti membenarkan kebebasan beragama, menyentuh kedudukan Islam di negara ini dengan setiap warganegara ini diberi kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatan undang-undang atau campur tangan kerajaan.

Mereka juga menuntut kerajaan menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau 'perkahwinan' golongan seks sejenis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dengan menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat malah Comango turut membantah pusat-pusat aktiviti LGBT diserbu pihak berkuasa. – MediaUMNO

Anwar Buat Pusingan ‘U’, Akui Sistem GST Efisien

Posted: 30 Oct 2013 04:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengubah pendiriannya apabila mengakui bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu sistem percukaian yang baik dan efisien.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau sedia maklum mengenai GST sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 (yang juga Menteri Kewangan ketika itu).

“Saya setuju sistem GST efisien…tetapi saya tidak laksanakannya sampai 1998, ada sebab kenapa saya tidak laksanakan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Parlimen, di sini.

Menurut Anwar terdapat dua aspek yang perlu dilihat sebelum system percukaian yang telah lama diguna pakai di negara maju dan negara jiran seperti Singapura serta Indonesia itu boleh dilaksanakan di negara ini.

“Kita harus memastikan bahawa pendapatan rakyat adalah tinggi dan kita juga perlu memastikan negara mempunyai struktur percukaian yang baik,” katanya yang menjelaskan dua faktor itu menyebabkan GST tidak pernah dilaksanakan semasa beliau berada dalam pentadbiran negara.

Pada sesi taklimat anjuran anggota Parlimen pembangkang itu, dua pakar ekonomi iaitu Dr Lim Kim-Hua dari Penang Institute dan Azrul Azwar Ahmad dari Institut Rakyat dijemput untuk memberi penjelasan mengenai GST dan membuat perbandingan antara Belanjawan 2014 yang dikemukakan Barisan Nasional dan belanjawan bayangan pembangkang.

Lim dan Azrul Azwar dalam ‘penerangan’ mereka berulang-kali mendakwa GST adalah satu cukai bersifat jalan pintas kepada kerajaan untuk mendapatkan pendapatan tanpa memberikan pengiraan yang jelas.

GST pada kadar enam peratus diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2014 Jumaat lalu, dan akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015.

Cukai itu akan dikecualikan pada barang-barang keperluan asas seperti makanan dan pelaksanaannya akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dibayar rakyat pada masa ini.

SPRM, KPK Indonesia Tubuh Pasukan Kerja

Posted: 30 Oct 2013 04:07 AM PDT

PUTRAJAYA, 30 Okt - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Komisi Pemberantasan Rasuah (KPK), Indonesia akan menubuhkan pasukan kerja untuk mengkaji bidang-bidang keutamaan yang perlu diberi tumpuan untuk dibincangkan dalam mesyuarat dua hala yang akan datang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pembentukan pasukan kerja itu adalah susulan daripada pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama lebih erat antara kedua-dua pihak.

“Dalam mesyuarat yang akan datang kita mesti bagi keutamaan yang mana paling penting.

“Jadi sebelum mesyuarat itu diadakan perbincangan mesyuarat peringkat kumpulan kerja akan diadakan untuk mendapatkan konsesi sama ada tajuk-tajuk dan perkara-perkara mana yang akan dibawa dalam mesyuarat dua hala yang akan diadakan setiap tahun,” katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Terdahulu SPRM yang diwakili Abu Kassim dan KPK oleh Pengerusinya Abraham Samad menandatangani MoU, disaksikan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah.

Abu Kassim berkata MoU itu adalah yang kelapan ditandatangani SPRM dengan Agensi Penguatkuasa Undang-undang Rasuah dunia.

Antara bidang kerjasama yang akan dilaksanakan termasuk pertukaran maklumat berhubung rasuah dan penyalahgunaan kuasa, perkongsian teknik penyiasatan berkesan, amalan terbaik dalam mengumpul maklumat serta penganjuran mesyuarat dan seminar berkaitan rasuah, katanya.

Beliau berkata sebelum itu dalam mesyuarat itu kedua-dua pihak turut membincangkan perbezaan undang-undang antara kedua-dua negara serta berkongsi pengalaman dan halangan masing-masing semasa menjalankan tugas.

“Antara yang amat mendapat perhatian saya apabika KPK menjelaskan di Indonesia, anggota Parlimen mesti melaporkan penerimaan hadiah mereka kepada KPK dan kalau tidak dilaporkan dalam tempoh 30 hari adalah satu kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman,” katanya.

Sementara itu, Abraham berkata kedua-dua pihak akan berkongsi pengalaman dan idea dalam pelbagai bidang, menjalani latihan serta menjalin kerjasama mengesan saksi-saksi kes siasatan dan pendakwaan melibatkan warga Indonesia.

“KPK juga ingin menggali pengalaman SPRM dalam menguruskan kakitangan yang begitu ramai, supaya kita juga dapat menambah lagi bilangan tenaga kerja yang ketika ini hanya kira-kira 700 orang,” katanya.

Gambar Palsu Di Sungai Limau… Bukan Yang Pertama Dan Bukan Yang Terakhir

Posted: 30 Oct 2013 04:04 AM PDT

Pendedahan oleh Sinar Harian berkenaan sekeping gambar wartawannya yang diubahsuai oleh jentera PAS sebenarnya tidaklah mengejutkan sangat kerana dalam bab palsu memalsukan gambar untuk tujuan perang saraf sudah menjadi tabie semulajadi jentera PAS terutama sekali menjelang pilihanraya.

Dalam kes yang didedahkan itu, wajah seorang wartawannya ditukar menjadi muka calon PAS yang bertanding dalam PRK DUN Sungai Limau dengan tujuan untuk memperlihatkan keakraban hubungan calonnya itu dengan Allahyarham Ustaz Azizan.

Dengan demikian jentera PAS mengharapkan para penyokong dan ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azizan akan mengundi PAS. Dan biasanya bila didedahkan kepalsuan itu, para penyokong PAS yang taksub cepat-cepat menyalahkan UMNO.

Mujurlah bukti dipaparkan oleh Sinar Harian adalah jelas dan terang, maka mahu tak mahu pemimpin PAS Kedah terpaksa mengakui kesilapan mereka.

Jika tidak, agaknya sampai selesai PRK DUN Sungai Limau pun ramai penyokong PAS yang masih menyakini keaslian gambar tersebut dan terus menuduh UMNO yang melakukannyya.

Seperti penulis tegaskan ini bukanlah kali pertama jentera PAS atau penyokong parti itu melakukannya. Sudah acapkali dan ia tidak terhad pada gambar semata-mata kerana turut membabitkan pengubahsuaian surat rasmi atau logo pertubuhan tertentu.

Dalam kebanyakan kes membabitkan pengubahsuaian gambar, selalunya pemimpin BN atau personaliti yang berkaitan dijadikan mangsa oleh jentera saraf PAS semata-mata untuk mewujudkan persepsi buruk dan pandangan negatif umum terhadap UMNO sekaligus memberi manfaat politik kepada PAS atau rakan sepakatannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib misalnya pernah dianiaya apabila gambar beliau digubah supaya kelihatan menyembah Pope Benedict XVI untuk menimbulkan perasaan kurang senang orang Melayu Islam terhadap PM. Lama sebelum itu gambar Najib juga pernah di edit menghalalkan tuduhan bahawa PM ada hubungan peribadi dengan Altantuya.

Bekas PM, Tun Dr Mahathir juga tidak ketinggalan apabila semenjak PRU 1990 hingga PRU 1999 menjadi mangsa kejahatan penyokong PAS yang kreatif bila mana gambar beliau sedang minum jus epal bersama PM Jepun dimanipulasi seolah-olah sedang meneguk arak. Keadaan yang sama pernah dihadapi Pak Lah semasa kempen PRU 11 2004.

Selain itu, saksi utama kes liwat Anwar Ibrahim iaitu Umi Hafilda juga pernah di edit gambarnya supaya kelihatan seperti menunjukkan isyarat lucah dan ia disiarkan dalam portal rasmi PAS, Harakahdaily.

Di Kuala Besut baru-baru ini pula, taktik kotor digunakan oleh penyokong PAS dengan memanipulasi logo NGO Melayu seperti Perkasa, MBM dan beberapa lagi NGO lain bertujuan untuk mengabui pertimbangan para pengundi demi untuk menjayakan kempen 16-16 yang dipelopori parti itu.

Dalam kes yang lain, penyokong PAS juga gemar mengubah suai gambar himpunan PR yang kurang sambutan yang kemudian dimanipulasi supaya kelihatan dipenuhi hadirin seperti yang melibatkan gambar HKR, Bersih 3.0 dan Blackout 505.

Banyak lagi sebenarnya jika mahu diungkit salah laku dan sikap bobrok jentera kempen PAS yang terbukti gagal menghayati keperibadian muslim yang sebenar. Nama saja Islam pada partinya tapi pembawaan kempen jauh melangit tak menyerupai ajaran Islam.

Inilah realiti wajah sebenar PAS yang terlalu melebihkan kaedah kempen ala Machiavelli akibatnya fitnah bermaharajalela, bila penyokong dan jenteranya sendiri pun gagal mencerminkan watak seorang muslim yang hakiki, maka ia boleh disimpulkan sebagai kegagalan pucuk pimpinan PAS dalam membawa hala tuju parti.

HackerXP

pas-sungai-limau-mahfuz-azim-tipu-bohong-nafi-gambar-palsu-azizan-kempen-prk

Pemberian Bantuan Bukan Untuk Beli Sokongan Pengundi – Muhyiddin

Posted: 30 Oct 2013 02:45 AM PDT

YAN, 30 Okt – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan segala bentuk peruntukan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah untuk membeli sokongan rakyat, khususnya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 Nov ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata sama ada pilihan raya itu berlangsung atau tidak, kerajaan tetap mengutamakan kebajikan rakyat dan membantu di mana yang diperlukan.

“Saya sebagai Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO tak ada duit…kerajaan yang ada. Dan kita tidak tidur, 24 jam bekerja. Bila ada orang minta tolong, kita bantu.

“Bukan beli undi, kebetulan ini masa pilihan raya kecil kita turun, jadi mudah untuk (rakyat) dapat bantuan,” katanya selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama masyarakat Cina di Sungai Limau Dalam dekat sini.

muhyiddin-shahrizat-kempen-prk-sungai-limau-bantuan-sumbangan-kewangan-kerajaan

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden Gerakan Dr Cheah Soon Hai dan calon Barisan Nasional Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Muhyiddin dalam pada itu menafikan masyarakat Cina disisihkan dalam Bajet 2014 yang memperuntukkan lebih RM200 bilion untuk kesejahteraan rakyat.

“Melayu, India, Cina, Kadazan, Dusun…semua kumpulan sasaran kita dapat faedah. Terbukti (kerajaan) tidak sisihkan mana-mana kumpulan dalam masyarakat,” jelasnya.

Tegasnya, BN komited membantu semua golongan masyarakat agar tidak dilabel melakukan diskriminasi, dan berharap rakyat sedar akan perkara itu.

Menyentuh PRK DUN Sungai Limau, Muhyiddin berkata pemerhatian beliau sendiri dan maklum balas MCA serta Gerakan menunjukkan perubahan sikap masyarakat Cina di kawasan itu untuk lebih terbuka menerima BN.

“Kali ini adalah waktu terbaik untuk mengukur perubahan masyarakat Cina,” katanya.

Terdahulu, semasa berucap di hadapan kira-kira 500 masyarakat Cina DUN itu, Muhyiddin berkata beliau dapat melihat golongan itu kini lebih sanggup datang ke hadapan memberi sokongan kepada BN.

Bagaimanapun, beliau berharap masyarakat Cina tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa kerajaan tidak memberi tumpuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi menambah baik tiga buah SJKC dan menubuhkan tabung pendidikan SJKC bagi DUN Sungai Limau.

Peruntukan itu, katanya, termasuk RM1 juta bagi SJKC Aik Min, RM750,000 bagi SJKC Yuk Meng dan RM50,000 bagi SJKC Pei Hwa, selain RM200,000 sebagai dana permulaan bagi tabung pendidikan SJKC itu.

Selepas majlis itu, Muhyiddin turut melawat Bilik Gerakan Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO di Taman Mahsuri dekat sini, bagi meninjau gerak kerja di hari-hari terakhir kempen sebelum hari mengundi 4 Nov ini.

Dakwaan Syarikat Gula Untung RM1 Bilion Serlahkan Kebodohan Anwar

Posted: 30 Oct 2013 02:12 AM PDT

Semasa perbahasan Bajet 2014 di Dewan Rakyat Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang telah mendakwa kesan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen oleh Kerajaan BN akan membolehkan syarikat-syarikat gula melonjakkan keuntungan mereka di antara 20 hingga 24 peratus.

Berikutan lonjakan keuntungan itu katanya, syarikat-syarikat gula akan meraih keuntungan tambahan terkumpul mencecah RM1 bilion setahun. Agaknya kembang dada Anwar bila dapat mendedahkan perkara itu, betul atau tidak belakang kira sebab lahirnya Anwar ke dunia ini bukannya untuk membawa kebenaran.

anwar-to-hell-and-back-economy-anwarnomics-kewangan-penasihat-newsweek

Harga gula sebelum subsidi dihapuskan ialah RM2.50 sekilo, itu harga selepas Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 34 sen. Maksudnya setiap kilo gula yang kita beli pada harga RM2.50 Kerajaan BN terpaksa membayar 34 sen bagi setiap sekilo kepada syarikat pengeluar gula.

Itu jugalah jumlah subsidi yang Kerajaan perlu bayar bagi setiap kilo meskipun sebahagian dari gula di pasaran dibeli dan dimamah sehingga menjilat jari oleh pendatang asing yang bekerja di negara kita. Kekal 34 sen sekilo tetap perlu dibayar guna wang saku Kerajaan untuk masuk ke poket syarikat pengeluar gula.

Oleh sebab subsidi sebanyak 34 sen sudah dimansuhkan secara automatik harga gula sekarang menjadi RM2.84 sekilo. Harga itu juga untuk pendatang asing dan harga yang sama jugalah perlu dibayar oleh Anwar Ibrahim yang bergaji puluhan ribu ringgit sebulan.

Bila sudah demikian, maka setiap kilo gula yang dibeli oleh pengguna, Kerajaan tidak perlu lagi membayar kepada syarikat pengeluar gula. Hasilnya Kerajaan dapat menjimatkan RM551.25 juta untuk tahun depan dan tiada lagi duit subsidi yang mengalir masuk buta-buta ke kocek syarikat pengeluar gula.

Peningkatan keuntungan yang ketara hanya akan berlaku kalau berlaku penurunan kos bahan mentah atau wujudnya permintaan melampaui kebiasaan.

Jadinya, di mana logik pengiraan Anwar yang mendakwa syarikat gula akan dapat tingkatkan keuntungan tambahan sehingga RM1 bilion berikutan penghapusan subsidi 34 sen sekilo? Tak wujud pun, sebaliknya angka itu hanyalah propaganda Anwar bertujuan untuk membangkitkan kemarahan khalayak.

Apa jenis matematik yang diguna pakai tak tahulah. Dari sudut mana pun difikirkan, penulis cuma nampak dakwaan Anwar itu hanya menyerlahkan kebodohannya. Malangnya masih ada lagi balaci PR yang teruja mencerna setiap propaganda Anwar tanpa terdetik sedikit pun untuk memikirkan logik kebenaran.

mykmu.net

Skrip Pembangkang.. Kalau Banyak Insentif Bajet Gula-gula, Kalau Sebaliknya Hukum Rakyat

Posted: 30 Oct 2013 02:01 AM PDT

JOHOR BAHRU, 30 Okt – Bajet 2014 merupakan bajet yang bertanggungjawab dan responsif terhadap keluhan rakyat yang dibebani dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, tindakan pembangkang yang menuduh Bajet 2014 sebagai bajet yang menghukum rakyat dan sebagainya memang sudah diduga kerana mereka hanya ingin meracuni pemikiran rakyat.

belanjawan-pakatan-bajet-belanja-kawan-pakat-makan-rakyat-2014

"Insentif pembinaan rumah mampu milik dan inisiatif kerajaan untuk mengekang kegiatan speKulator hartanah disambut baik Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru memandangkan isu pemilikan rumah adalah isu yang cukup menekan golongan muda dalam bandar seperti di Johor Bahru ini.

“Dalam masa yang sama, peningkatan BR1M yang akan turut dinikmati oleh isi rumah berpendapatan antara RM3 ribu hingga RM4 ribu serta pelepasan cukai RM2 ribu bagi pendapatan RM4 ribu hingga RM8 ribu turut melegakan golongan pertengahan yang selama ini tidak banyak diberikan perhatian dan pembelaan," ujarnya mengulas tindakan pihak pembangkang yang menidakkan Bajet 2014 dengan menuduh ianya bajet menghukum rakyat.

Tambahnya, tiada apa yang baik di mata pembangkang.

“Jika bajet yang dibuat sarat dengan subsidi dan inisiatif untuk membantu rakyat maka, ia pasti akan dilabel sebagai Bajet Gula-gula

"Begitu juga sebaliknya, jika bajet lebih kepada mengukuhkan asas ekonomi dan mendisiplinkan rakyat melalui belanjawan berhemah ia akan dilabel sebagai menghukum rakyat.

“Pemuda UMNO Johor Bahru kesal dengan sikap pembangkang yang hanya berminat meraih keuntungan politik daripada bergandingan bahu dengan kerajaan meningkatkan kesejahteraan rakyat," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Muhyiddin Grateful Family Of Azizan Accepts Apology Over Remark

Posted: 30 Oct 2013 01:56 AM PDT

YAN (Kedah), Oct 30 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said today he was grateful that the family of the late Tan Sri Azizan Abdul Razak has accepted his apology over a remark that PAS claimed was an insult to the former Kedah menteri besar.

Muhyiddin said the fifth of Azizan’s children, Mohd Rafi’ie, had sent a text message today to Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir saying that Azizan’s family had accepted the apology that the Barisan Nasional (BN) deputy chairman had made yesterday.

“I am grateful that the text message stated that Azizan’s family had accepted my apology,” he told reporters after attending a luncheon with the Chinese community of the Sungai Limau state constituency at the BN operations centre in Sungai Limau Dalam near here.

Muhyiddin said he hoped that the issue was settled and would not crop up again.

PAS had demanded last Monday that Muhyiddin retract a statement that it alleged linked the removal of the subsidy for sugar to the diabetes suffered by Azizan and that it had been hurtful to the family of the late menteri besar.

Muhyiddin extended his apology during a visit yesterday to Bukit Choras, but denied that the statement was an insult and asked those making the accusation to review the recording of his speech delivered at SMK Sungai Limau last Saturday.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT