SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, May 31, 2014

UMNO Online - “Politik Sempit Pembangkang Gagal Jejaskan Hubungan Malaysia-China” plus 9 more

UMNO Online - “Politik Sempit Pembangkang Gagal Jejaskan Hubungan Malaysia-China” plus 9 more

Link to UMNO Online

Politik Sempit Pembangkang Gagal Jejaskan Hubungan Malaysia-China

Posted: 30 May 2014 04:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Tindakan segelintir pihak khususnya parti-parti politik pembangkang yang gemar mengambil kesempatan atas kesempitan turut diaplikasi dalam hubungan antara Malaysia dan China dengan harapan kepercayaan kerajaan tembok besar terbabit beralih kepada mereka, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Katanya, politik perkauman yang dijadikan matlamat utama dalam parti pembangkang telah diangkat sebagai keutamaan dengan harapan para pemimpin China akan memberikan sokongan kepada mereka namun parkara terbabit tidak berlaku.

abdul-aziz-rahman-presiden-MUBARAK-majlis-bekas-ahli-wakil-rakyat-malaysia

"Perihal perkauman dan isu-isu sensitif sebagai asas utama dalam berpolitik tidak diterima sebaliknya kerajaan China tidak mengambil pendirian berdasarkan perbezaan kaum atau mengutamakan bangsa Cina semata-mata kerana teras persahabatan yang terjalin adalah antara kerajaan dan kerajaan," katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak politik perkauman biarpun anggota kompenannya adalah parti-parti politik yang berasaskan kepada satu-satu bangsa yang berlainan namun akhirnya kesatuan yang muafakat dapat membentuk BN dan mengadakan jalinan antarabangsa dengan negara-negara luar.

"Hubungan persahabatan dengan kerajaan China bukan berteraskan kepentingan peribadi tetapi ia membabitkan banyak perkara positif dan yang utama adalah pengiktirafan tertinggi kepada Malaysia sebagai satu-satunya negara di Asean.

"Sokongan rapat Malaysia dan China bukan baru bermula tetapi ia membabitkan usaha berterusan malahan ketika insiden MH370, Malaysia dan China berkongsi kedukaan, saling memberi sokongan dan mencari penyelesaian bersama dalam tragedi ini."

Jelas beliau, walaupun ada pihak yang cuba mengeksploitasi targedi MH370 dengan harapan jalinan hubungan akrab antara Malaysia dan China terlerai namun perkara tersebut tidak berlaku.

"Kematangan dan kejujuran dalam persahabatan membawa hasil yang baik dengan sikap saling percaya tanpa mengambil endah tindakan pihak lain yang mahu mengalihkan tumpuan kuasa besar dunia itu dari Malaysia, maka sewajarnya rakyat Malaysia berasa bangga."

Dalam mengulas berkaitan sambutan perayaan persahabatan ulang tahun ke-40 Malaysia dan China, beliau menganggap perkara tersebut adalah sesuatu yang wajar diraikan dan memperingati tarikh permulaan persahabatan amat tepat sekali.

"Ini adalah fasa baru selepas 40 tahun bermula, dengan Malaysia dan China membina hubungan kerjasama melangkaui ekonomi dan perdagangan yang membuahkan hasil positif kepada kedua-dua pihak selain hubungan sosial yang bertambah mantap."

Dilaporkan, prestasi perdagangan Malaysia dan China sepanjang tahun 2000-2013 telah berkembang pada kadar 20.3 peratus manakala purata pertambahan eksport pula sekitar 20 peratus dengan sasaran nilai perdagangan berjumlah AS$160 bilion menjelang 2017.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di China untuk sambutan ulang tahun persahabatan menegaskan fasa baharu hubungan Malaysia-China untuk tempoh 40 tahun akan datang perlu diperluaskan kepada aspek sosiobudaya, nilai-nilai dan kemanusiaan selepas fokus dalam bidang ekonomi, pendidikan dan teknologi sebelum ini berlangsung dengan jayanya. - MediaUMNO

sejarah-lawatan-hubungan-malaysia-pm-tun-abdul-razak-umno-bn-china-mao-tse-tung-china-parti-cpc-komunis

china-cpc-presiden-xi-jinping-malaysia-umno-bn-najib-razak-mou-kerjasama-sejarah-hubungan

Insiden ‘Kung Fu’ Pemimpin DAP Memalukan – Zambry

Posted: 30 May 2014 03:56 AM PDT

TELUK INTAN, 30 Mei  - Perbuatan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menendang risalah Barisan Nasional (BN) dalam satu ceramah di sini baru-baru ini, adalah memalukan, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar itu berkata tindakan Nga tidak mencerminkan sikap seorang ahli politik yang berhemah, walaupun memegang jawatan tinggi dalam parti di peringkat negeri.

“Amat malang apabila dibuat (aksi menendang risalah BN), dia terjatuh sendiri dan orang dapat saksikan. Waktu ini, mungkin masing-masing bercakap penuh emosi.

nga-kor-ming-meng-dap-biadap-kurang-ajar-sepak-manifesto-bn-teluk-intan-perak-daulat-sultan-kaki-cedera-kempen

“Tetapi perlakuan dan watak sangat penting kerana ia menggambarkan pemikiran dan peribadi yang sebenar,” katanya selepas menghadiri majlis jamuan rakyat di Masjid Sultan Idris II di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang cedera di buku lali selepas gagal dalam aksi ‘kung fu’ untuk menendang risalah yang mempromosikan calon BN Datuk Mah Siew Keong bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, pada Isnin lepas.

Susulan insiden itu, Nga dilaporkan menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Zambry menegaskan BN tidak sekali-kali mengajar anggota partinya bersikap biadap sehingga hilang pertimbangan seperti itu.

“Saya nak suarakan di sini untuk rakyat fikirkan. Apakah bentuk dan jenis ahli politik seperti ini yang kita perlukan untuk masa depan negara kita,” katanya.

PRK Teluk Intan esok menyaksikan Mah berdepan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Meneropong Peluang BN Di Teluk Intan

Posted: 30 May 2014 03:06 AM PDT

selamat-mengundi-prk-teluk-intan-undilah-bn-barisan-nasional-better-nation

Seawal jam 8.00 pagi esok para pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan akan keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab memilih wakil mereka yang baru. Persoalan samada calon BN, Mah Siew Keong atau calon DAP, Dyana Sofya yang menjadi pilihan majoriti hanya akan terjawab seawal jam 9.00 malam esok.

Sementara menantikan proses pengundian bermula dan keputusan rasmi diketahui, tidak salah untuk kita sama-sama membuat analisis ringkas menilai peluang kedua-dua calon yang bertanding sambil meneropong kemungkinan kalau-kalau BN mampu menawan kembali Parlimen Teluk Intan dari DAP.

Secara umumnya boleh dikatakan kebanyakan pemerhati politik berpandangan DAP berada dalam posisi yang selesa untuk mengekalkan penguasaan mereka berikutan mood pengundi Cina yang merangkumi 42% dari sejumlah 60,483 pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan masih memihak kepada DAP.

Pada PRU-13 yang lepas dianggarkan hampir 80% pengundi Cina yang keluar mengundi telah memilih DAP dan angka itu dijangkakan tidak banyak berubah dalam PRK ini. Kejayaan PKR mempertahankan DUN Kajang baru-baru ini juga disebabkan faktor sokongan sebahagian besar pengundi Cina yang mengundi sekutu DAP itu.

Satu-satunya musuh utama DAP dalam usaha mempertahankan sokongan pengundi Cina dalam PRK Teluk Intan hanyalah peratusan keluar mengundi di kalangan kaum itu yang mungkin merosot.

Jika kemerosotan itu berlaku hampir serupa seperti di PRK Bukit Gelugor mungkin majoriti kemenangan yang akan diraih DAP di bawah 5,000 undi.

Andai kata kemerosotan ketara itu berlaku ia sudah satu kemenangan moral untuk BN dan impaknya kelak boleh memudaratkan tahap sokongan umum kepada PR dan menjejaskan hubungan luar tabie antara DAP, PKR dan PAS kelak kerana sejak PRK pertama pasca PRU-13 bermula di DUN Besut hingga Teluk Intan menonjolkan satu persamaan – sokongan pengundi untuk PR terus berkurangan.

calon-bn-teluk-intan-mah-siew-keong-lawat-masyarakat-rakyat-pengundi-kaum-india-ladang-nova-scotia-kempen

Walaupun demikian bukanlah bermakna BN langsung tidak berpeluang menterbalikkan senario supaya kemenangan sebenar memihak kepadanya sementelah lagi diambil kira faktor kewibawaan Mah Siew Keong selaku Presiden Gerakan yang tidak pernah berhenti berkhidmat sedikit sebanyak diyakini mampu meningkatkan sokongan pengundi Cina.

Tak mustahil anggaran kasar perolehan kira-kira 22% undi masyarakat Cina untuk BN semasa PRU-13 yang lalu mungkin boleh mencapai sasaran 40% atau setidak-tidaknya mencecah 30%.

Jika sasaran itu dapat dicapai ditambah dengan jangkaan peningkatan sokongan pengundi Melayu Islam dan India, ada harapan untuk BN menawan kembali Parlimen Teluk Intan.

Data kajian tidak rasmi seperti disebut oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menunjukkan dalam PRU lepas BN dianggarkan berjaya menguasai kira-kira 72% sokongan pengundi Melayu Islam dan sekitar 45% undi masyarakat India.

Untuk merealisasikan kemenangan di PRK Teluk Intan ini BN perlu memperolehi kira-kira 80% undian orang Melayu Islam dan 60% undi dari pengundi kaum India.

Untuk merealisasikan kemenangan di PRK Teluk Intan ini BN perlu memperolehi kira-kira 80% undian orang Melayu Islam dan 60% undi dari pengundi kaum India.

Secara teori berasaskan data di atas kertas itu nampak seperti BN berpeluang untuk menang tambahan pula bila diambil kira dengan bebanan isu perlaksanaan hudud yang melingkari hubungan DAP dan PKR dengan PAS tika ini. Pendirian keras calon DAP, Dyana Sofya menolak hudud juga bakal menjejaskan peratusan undi orang Melayu Islam kepada DAP.

Pun begitu hakikatnya segala teori, data kajian serta bacaan politik berasaskan jangkaan tak semestinya mudah menjadi realiti. Dalam keadaan tiada kepastian sebegini, mahu tidak mahu hanya kerja keras meraih sokongan pengundi dan kempen saat akhir sahaja yang bakal menjadi penentuan.

Selain itu, satu lagi kaedah terbaik untuk BN benar-benar meraih kejayaan di Teluk Intan adalah dengan mencari, mengajak, memujuk dan membantu seramai mungkin pengundi putih BN yang berdaftar di Parlimen Teluk Intan untuk keluar mengundi pada esok hari.

Rekod PRU-13 yang lepas menunjukkan seramai 11,834 orang pengundi gagal menunaikan tanggungjawab mengundi di Parlimen Teluk Intan dan seramai 9,210 orang dari jumlah tersebut merupakan ahli komponen BN, termasuk 2,050 orang adalah ahli UMNO. Jumlahnya itu jauh lebih besar dari majoriti kemenangan DAP.

Congak kira dan teropong kot mana sekalipun jika semua atau 80% dari sejumlah 9,210 ahli komponen BN itu dapat dicari dan dipujuk untuk keluar mengundi BN dalam PRK ini sudah pasti kemenangan dalam tangan BN. Tidak syak lagi ini satu-satunya penentu sebenar untuk BN meraih kejayaan.

Mereka ini mungkin berada di mana-mana sekitar Teluk Intan atau di luar daerah dalam negeri Perak serta di negeri-negeri lain, rasanya dengan keupayaan jentera BN yang ramai dan lebih tersusun sepatutnya usaha mengesan dan memujuk mereka untuk balik mengundi BN tidak sukar untuk dilakukan.

Penulis percaya usaha ke arah itu sedang giat dilakukan oleh jentera BN Perak dan Pusat dan besar harapan kita untuk melihat mereka bersama-sama penyokong BN di Teluk Intan beramai-ramai keluar mengundi demi memastikan kejayaan BN.

Jika segalanya berjalan lancar InsyaAllah bermula malam esok Teluk Intan akan kembali ke pangkuan BN. Andainya BN masih kalah juga, maka teramat penting untuk BN memperbaiki kelemahan jenteranya disamping berusaha lebih keras lagi di masa akan datang terutama sekali dalam memobilasi ahli dan penyokongnya untuk keluar mengundi.

HackerXP

DAP Hanya Sekadar Tukar Dan Ganti Calon Di Teluk Intan

Posted: 30 May 2014 03:03 AM PDT

TELUK INTAN 30 Mei – Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menyifatkan DAP hanya sekadar pandai tukar serta ganti calon di Parlimen Teluk Intan dan bukannya serius untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.

Menurut beliau mereka hanya menanam tebu di bibir sahaja dan sewajarnya pilihan raya kecil kali ini adalah medan terbaik untuk pengundi setempat melakukan perubahan sekaligus mengubah wajah Teluk Intan.

"Yang mereka tahu hanya tukar calon. Sebagai pengundi kita jangan percaya dengan segala tohmahan terhadap BN dan tidak terikut-ikut dengan apa yang akan mereka lakukan khususnya menjelang esok dan apa yang penting kita keluar mengundi awal-awal pagi.

"BN sehingga hari ini bersikap 'gentleman'…tidak kata…tidak maki hamun…tidak kutuk…tidak fitnah mereka dan meneruskan kempen secara sihat. Saya percaya komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melantik Mah sebagai anggota kabinet akan memberi masa depan yang cerah untuk penduduk Teluk Intan ," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan pengundi agar berhati-hati dengan segala propaganda yang mungkin timbul dan menjelma pada saat-saat akhir tempoh berkempen malam ini.

"Kita perlu siap sedia dan yakin bahawa calon yang diketengahkan oleh BN, Datuk Mah Siew Keong adalah yang terbaik untuk penduduk di sini dan saya lihat dengan perkembangan terkini termasuklah kerja kuat jentera kita, peluang cukup cerah.

"Sekiranya itu berlaku banyak yang dapat dilakukan selepas ini kerana sepanjang kawasan ini dipegang oleh DAP banyak yang tertingal. Mereka hanya tahu bercakap dan inilah masanya pengundi Teluk Intan untuk melakukan perubahan," ujarnya. -MediaUMNO

mah-siew-keong-calon-bn-orang-untuk-teluk-intan-perak

bn-menang-teluk-intan-tambun-perak-senang-husni-siew-keong-menteri-kerajaan-pusat

Pilih Calon Yang Boleh Selesaikan Masalah Rakyat Bukan Selesaikan Masalah Kit Siang, Anwar

Posted: 30 May 2014 02:54 AM PDT

TELUK INTAN, 30 Mei  - Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan perlu memilih wakil rakyat yang mampu membela nasib rakyat dan membangunkan kawasan dan bukannya untuk menyelesaikan masalah dalaman parti

Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata: “Jangan kita beri undi kepada calon pembangkang semata-mata nak selesaikan masalah Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim. Kita nak mengatasi masalah penduduk di sini”.

“Pilih seorang wakil yang mampu membela rakyat bagi memastikan penduduk di  Teluk Intan ini benar-benar mendapat perhatian yang sewajarnya daripada wakil rakyat mereka sendiri,” katanya selepas menghadiri majlis santai bersama rakyat di Kampung Batak Rabit di sini, hari ini.

PRK Teluk Intan menyaksikan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Mohd Shafie turut menyangkal dakwaan pembangkang bahawa peruntukan yang disalurkan kepada penduduk di Teluk Intan bukan kerana PRK semata-mata, malah ia merupakan amalan kerajaan BN membantu rakyat mengikut keperluan dan menjadi kebiasaan sejak dahulu lagi.

Dakwaan sesetengah pihak, khususnya pembangkang, yang sering menuduh BN hanya memberi peruntukan ketika pilihan raya adalah tidak benar sama sekali, katanya.

“Kita perlu ingat apa kerajaan telah buat. Sebagai contoh baucar buku kepada murid sekolah yang tidak boleh mengundi pun, subsidi diesel untuk nelayan dari Perlis sehingga ke Sabah sedangkan sekarang ini tiada pilihan raya di tempat lain pun.

“Jangan dengar cerita pembangkang kononnya mereka menyuarakan segala-galanya. Selama ini pun, suara mereka hanyalah untuk menyalahkan kerajaan tanpa ada usaha membantu rakyat,” katanya.

Kaitkan Panda Dengan Janda…. Ukuran Terbaik Tahap Mentaliti Pembangkang

Posted: 30 May 2014 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar membidas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar yang  mendakwa kerajaan membazirkan jutaan ringgit untuk kos penjagaan haiwan Panda yang menjadi simbolik hubungan Malaysia dan China, daripada membantu golongan janda di negara ini.

Menurut beliau, inilah mentaliti pemimpin pembangkang yang hanya tahu mengkritik dan menyalah kerajaan tetapi  tidak mempunyai pandangan dan visi yang lebih jauh dan besar pada masa hadapan untuk memakmur dan memajukan negara.

"Memang benar kos perbelanjaan menjaga haiwan tersebut menelan jutaan ringgit, tetapi perbelanjaan penjagaan haiwan Panda itu bukanlah ditanggung oleh kerajaan, sebaliknya ditanggung oleh syarikat swasta.

ketua-penerangan-pas-mahfuz-omar-dari-panda-membazir-baik-janda-baik

"Dan apakah Mahfuz tidak tahu bahawa dengan jalinan hubungan baik kita dengan China, ekonomi Malaysia boleh berkembang dengan lebih besar apabila kita sudah mula membuat perjanjian dengan China untuk pelbagai projek kerjasama yang melibatkan jumlah ratusan bilion ringgit.

"Pembangkang hanya tahu mengkritik tetapi dia tak mahu pula jelaskan pada rakyat tentang usaha baik kerajaan bagi meningkatkan tahap ekonomi negara  dengan jalinan kerjasama Malaysi- China ini. Inilah pemikiran sempit pemimpin pembangkang yang tidak memandang jauh kehadapan dan hanya pandai memutar belitkan fakta sebenar," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Mahfuz dilaporkan berkata demikian di dalam sebuah portal berita pro pembangkang yang tersiar semalam.

Menurut Noh, Ketua Penerangan Pas itu juga mungkin tidak tahu bahawa hubungan strategik sedia ada antara Malaysia dan China akan dinaik taraf kepada hubungan ‘perkongsian strategik menyeluruh’ dalam semua sektor kerjasama dan berdasarkan keputusan itu, Malaysia akan cuba menambah nilai dagangan yang kini sekitar RM320.7 bilion yang dianggarkan China kepada kadar RM1.5 trilion.

"China adalah rakan dagang terbesar Malaysia berdasarkan perangkaan 2009 manakala Malaysia adalah rakan dagang kelapan terbesar kepada China. Dalam hubungan ini, kita yakin dapat mencapai nilai dagangan tahunan RM513.68 bilion seperti dirancang dalam program lima tahun. Bukankah itu satu jumlah yang besar bagi pendapatan negara?," ujarnya.

Kata beliau, inilah perbezaan antara kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan pembangkang seperti Mahfuz yang ternyata mempunyai pemikiran dan mentaliti yang sempit serta tidak mempunyai perancangan masa depan untuk memajukan negara.

"Kalau beliau nak sebut pasal ibu tunggal, lebih baik beliau nasihatkan kerajaan PKR supaya tunaikan janji untuk membantu ibu tunggal di negeri itu. Dulu sebelum dapat memerintah, antara janji mereka ialah mahu membantu ibu tunggal. Tetapi bila dah memerintah,mana bantuan kepada ibu tunggal seperti yang dijanjikan itu? Tidak ada!

"Kalau nak kata kerajaan tak bantu ibu tunggal, nampak sangat beliau tak ambil tahu perkembangan negara. Sudah sekian lama kerajaan bantu ibu tunggal melalui pelbagai program dari agensi kerajaan mahupun NGO yang mendapat sokongan kerajaan. Bantuan terhadap ibu tunggal ini kerajaan lakukan secara berterusan dan dakwaan beliau bahawa kerajaan tidak bantu ibu tunggal itu tak betul," akhiri beliau.-MediaUMNO

Pengundi Teluk Intan Jangan Tolak Tuah – Ahmad Maslan

Posted: 30 May 2014 01:18 AM PDT

PUTRAJAYA, 30 Mei  - Pengundi di kawasan Parlimen Teluk Intan diharap tidak menolak tuah untuk mempunyai seorang anggota Kabinet dengan memilih Datuk Mah Siew Keong sebagai wakil rakyat mereka, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Beijing semalam bahawa Presiden Gerakan itu akan dilantik sebagai anggota Kabinet jika memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu, esok.

“Penduduk Teluk Intan tidak harus menolak tuah ini kerana jika seseorang menteri berada di sesuatu kawasan, kawasan itu semestinya akan berubah.

ahmad-maslan-edar-risalah-bn-barisan-nasional-kempen-pilihanraya-pekan-teluk-intan

“Dari sudut pembangunannya berkali ganda boleh dibawa ke kawasan itu kerana atas kapasiti jawatannya itu akan mempunyai pengaruh untuk dia membangunkan kawasan-kawasan tempatan,” kata kepada media selepas menghadiri Majlis Taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) bersama Mufti Pahang di sini hari ini.

Pada majlis taklimat itu, Ahmad berkata rakyat harus memahami bahawa cukai yang dikutip kerajaan akan digunakan untuk kepentingan rakyat.

Malah, katanya, tidak menjadi kesalahan dalam Islam untuk mengenakan cukai kepada rakyat, asalkan ia adil dan tidak membebankan.

“CBP adalah cukai yang lebih adil daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta tidak membebankan,” tambahnya.

Mengenai kos sara hidup yang kian meningkat, Ahmad berkata cara menangani isu itu bukan hanya melalui penurunan harga barang tetapi juga meningkatkan pendapatan rakyat.

“Peruntukan besar kita berikan kepada rakyat untuk tujuan pendidikan adalah cara kerajaan untuk menambah pendapatan rakyat yang akan keluar melalui hasil pendidikan kelak,” katanya.

Katanya pelbagai dana dan tabung perniagaan serta peluang mendapatkan latihan kemahiran kepada para pelajar yang gagal ke universiti juga disediakan kerajaan dalam usaha menambahkan pendapatan rakyat.

“Ini adalah usaha kerajaan dengan memberi peluang kedua kepada belia supaya mereka mempunyai kemahiran dan apabila mereka masuk ke alam pekerjaan nanti gaji mereka lebih tinggi dan taraf hidup mereka juga lebih tinggi,” katanya.

pengalaman-anak-tempatan-pilihan-teluk-intan-calon-bn-mah-siew-keong

Belia China Hargai Hubungan Dengan Malaysia – Khairy

Posted: 30 May 2014 01:07 AM PDT

BEIJING, 30 Mei – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata belia China menghargai hubungan dengan Malaysia dan masih ingat Malaysia negara pertama dari Asia Tenggara yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan mereka.

Katanya belia China sentiasa membangkitkan fakta sejarah itu dalam pertemuan beliau dengan mereka.

“Ini (permulaan hubungan diplomatik) merupakan peristiwa yang membanggakan kita dan mereka sering membangkitkan peristiwa tersebut (semasa pertemuan kami),” katanya kepada media Malaysia di sini pada Jumaat.

Beliau ditemui semasa menghadiri perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2014: Hubungan Malaysia-China’ yang bermula hari ini sehingga 2 Jun, di Beijing Foreign Studies University, di sini.

khairy-menteri-belia-lawatan-china-selfie-pelajar-malaysia-bfsu-beijing-foreign-studies-university

Khairy mengetuai delegasi 100 belia Malaysia ke sini bermula 26 Mei lepas sehingga esok sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatic Malaysia-China.

Menurut Khairy, beliau dan delegasi telah mengadakan pertemuan dengan All China Youth Association dan Communist Youth League.

Selain itu katanya mereka juga melawat ‘The Central Party School of Chinese Communist Party’, iaitu sebuah sekolah untuk Parti Komunis China melatih pemimpin masa depan mereka.

“Sudah pasti ideologi mereka lain daripada kita, tetapi cara mereka buat latihan, contohnya sebelum mereka naik pangkat kena balik sekolah mengambil kursus selama dua bulan, saya rasa cara ini amat baik sekali,” katanya.

Selain itu katanya sekolah itu turut mendedahkan pelajarnya dengan isu antarabangsa dan ekonomi.

Mengulas lawatan secara keseluruhan, Ketua Pemuda UMNO itu berkata kunjungan bukan sahaja memberi peluang kepada belia Malaysia mempamerkan kebudayaan pelbagai kaum kepada rakan mereka di sini, tetapi juga membuka ruang untuk mereka mewujudkan tanggapan positif selepas tragedi MH370.

“Satu rombongan belia China akan membuat lawatan balas ke Malaysia pada September ini,” katanya.

Pesta Kaamatan Lambang Perpaduan Rakyat Sabah – Musa

Posted: 30 May 2014 01:03 AM PDT

KOTA KINABALU, 30 Mei – Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun di Sabah bukan sekadar membawa  mesej kegembiraan atas kejayaan petani tetapi juga lambang perpaduan rakyat pelbagai kaum dan etnik di Sabah, kata Ketua  Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Justeru kata Musa Pesta Kaamatan adalah perayaan unik dalam calendar perayaan di Sabah dan amat besar ertinya  kepada seluruh rakyat di negeri itu.

“Selain untuk menghargai jasa-jasa petani kita, Pesta Kaamatan juga  member peluang dan ruang kepada kita untuk  merayakannya dengan penuh rasa kekitaan dan persaudaraan sesama kita,” katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran  Pameran dan Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said dan anggota cabinet negeri.

Menurut Musa kerajaan negeri tidak teragak-agak mengeluarkan peruntukan bagi menyambut perayaan itu yang dilihat memainkan peranan penting dalam perpaduan rakyat Sabah.

Musa berkata sambutan bukan sahaja untuk memelihara kebudayaan tetapi turut berperanan menonjolkan kebudayaan Sabah kepada pelancong, luar sekali gus memaparkan keupayaan rakyat Malaysia di Sabah untuk hidup bersama dalam keadaan aman damai walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan etnik.

Sebab itu katanya adalah tidak menghairankan apabila  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sering menyatakan keunikan perpaduan kaum di Sabah adalah model perpaduan rakyat 1Malaysia.

“Soal agama tidak menjadi masalah di Sabah. Itulah yang selalu saya katakan, saya menghormati agama anda dan anda juga menghormati agama saya. Kita saling menghormati. Inilah yang harus kita  pamerkan kepada dunia,” katanya.

Mengenai kehadiran ribuan pengunjung untuk memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan berkenaan, Musa berkata ia melambangkan sokongan rakyat kepada program-program kerajaan.

Najib Calls For Mechanism To Shape Malaysia – China Ties Over Next 40 Years

Posted: 30 May 2014 12:15 AM PDT

BEIJING, May 30 – Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak Friday called for the establishment of a concrete and comprehensive mechanism to successfully implement plans to shape Malaysia-China diplomatic relations over the next 40 years.

He suggested that the mechanism encompass five measures, namely intensifying and strengthening relations in the socio-cultural, values and humanitarian fields; giving value added to the chair of Malay studies of the Malaysian government in China; stepping up cooperation in publication and translation; forging collaboration in research and intensifying regular exchange of students and participants between Malaysia and China.

Najib made the proposal in his speech opening the four-day International Conference on Malay Studies 2014: Malaysia-China Relations at the Beijing Foreign Studies University (BFSU). The prime minister’s visit coincides with the 40th anniversary of Malaysia-China ties.

The prime minister said the intensifying and strengthening of relations in the socio-cultural, values and humanitarian fields were important in shaping an excellent nation state founded on noble and humanitarian values.

"As such, the collaborative relationship between Malaysia and China encompassing various cultural activities should always be reinforced. Emphasis on noble and universal values should be stepped up and cooperation in the humanitarian field should be forged and empowered for mutual benefit,” he said.

On the chair of Malay studies of the Malaysian government in China, Najib said the chair, which was established in 2008, should be given value added to make it more proactive and productive.

"It should not remain just as it is. New methods and approaches should be thought out to enhance and expand its role.

“For example, it can play an active role in the cultural, values and humanitarian fields, expanding to the other cities of China where the Malay language or studies are offered,” he said.

On stepping up cooperation in publication and translation, Najib said efforts to step up cooperation in publication with China, particularly in the translation of major works for both countries by Malaysia’s Dewan Bahasa dan Pustaka should be enhanced.

The prime minister said that for forging collaboration in research, researchers from Malaysia could work with those from China in conducting studies and scrutinising historical records and sources, including on Malaysia.

"Many reputable and quality sources in China and its ancient civilisation are rich in information on developments in the political, economic, social and international relations fields,” he said.

Najib said intensifying the regular annual exchange of students and participants between Malaysia and China would require increasing the opportunities and incentives for the eligible students and participants from China to come to Malaysia to pursue education in the Malay language and literature.

"Their number should be increased from time to time,” he said.

As such, he concluded, the new phase of Malaysia-China relations over the next 40 years could focus on, besides the economic, educational and technological fields, the socio-cultural, values and humanitarian fields.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT