SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, June 6, 2014

UMNO Online - “Peniaga Jangan Naikkan Harga Barang Sewenang-wenang Kerana CBP – Ahmad Maslan” plus 9 more

UMNO Online - “Peniaga Jangan Naikkan Harga Barang Sewenang-wenang Kerana CBP – Ahmad Maslan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Peniaga Jangan Naikkan Harga Barang Sewenang-wenang Kerana CBP – Ahmad Maslan

Posted: 05 Jun 2014 05:09 AM PDT

PUTRAJAYA, 5 Jun – Para peniaga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menggunakan alasan pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) untuk menaikkan harga sewenang-wenangnya, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata harga yang ditawarkan peniaga haruslah berpatutan dan sepatutnya mencerminkan kadar enam peratus CBP yang ditetapkan.

Peniaga yang didapati menaikkan harga sewenang-wenangnya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011, katanya selepas merasmikan Hari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) ke-57 di Institut Penilaian Negara (INSPENS) dekat sini hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas cadangan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda baru-baru ini agar kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 30 peratus sebagai persediaan menghadapi kos kenaikan barangan akibat pelaksanaan CBP.

Beliau berkata, penjawat awam tidak harus terpedaya dengan putar belit fakta pihak tertentu mengenai CBP dan layari laman web rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di http://gst.customs.gov.my/ untuk maklumat CBP.

CBP pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Mengenai JPPH, Ahmad berkata JPPH pada Jun tahun lepas merupakan yang pertama di Asia Tenggara menerajui penilaian harta intelek menerusi penubuhan unit penilaian harta intelek.

Beliau berkata unit baharu itu dapat membantu membantu industri kecil dan sederhana dalam mempromosikan hasil produk mereka ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

Unit penilaian harta intelek itu ditubuhkan bertujuan menilai kepentingan dari aspek paten, jenama, reka bentuk industri, hak cipta dan lain-lain perkara yang membabitkan harta intelek, kata Ahmad.

Lembaga Tabung Haji Introduces Debit Card Service

Posted: 05 Jun 2014 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 5 – Lembaga Tabung Haji (TH) become the first non-banking Islamic institution in the world to introduce a debit card service with the launch of its “Tabung Haji Debit-i MasterCard ” today.

Launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, the Tabung Haji Debit-i MasterCard would provide depositors another access to their TH account which works like cash or personal cheque in which all purchases and transactions would be debited directly from their saving accounts.

Speaking at the launching ceremony here today, Najib said the card would allow hajj pilgrims to conveniently withdraw and make purchases in the Holy Land.

Cardholders can also withdraw cash at more than 2.5 million automated teller machines worldwide, as well as, shop at over 38 million merchants locations where MasterCard was accepted in Saudi Arabia and around the world.

The application for Tabung Haji Debit-i MasterCard can be made starting Monday, June 9, 2014 at all TH counters nationwide.

TH Group Managing Director and Chief Executive Officer Datuk Ismee Ismail said the group expected between 5,000 and 10,000 customers to sign up for the debit card in the first two months.

As of May 2014, TH recorded 8.4 million depositors with savings more than RM48 billion.

At the ceremony, Najib also launched the Islamic Financial Services Centre (IFiC) and TH Coffee Table Book.

IFiC would house four agencies under the same premise providing various services and products for the convenience of TH depositors and Muslims in general.

It is now operational in Menara TH Johor and Kuala Lumpur providing services from TH, TH Travel and Services, Bank Islam and Syarikat Takaful Malaysia.

Ismee said TH would open IFiC in Malacca and Penang by the year-end.

Meanwhile, a coffee table book, published by TH in collaboration with the Malaysian National News Agency (Bernama), was launched today in conjunction with TH’s golden jubilee celebration.

The book titled, “TH – Malaysia’s Success Story”, showcased TH’s evolution and best performance in various aspects of Shariah-compliant economic activities.

Anwar Dan Rakan-rakan Pakatannya Dicabar Masuk Tender Cari Pesawat MH370

Posted: 05 Jun 2014 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan pakatan pembangkang yang lain untuk menyertai tender terbuka Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) bagi  mencari pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.

Menurut beliau, sebelum ini Anwar dan rakan-rakan pakatannya dilihat begitu lantang mendabik dada mendakwa sekiranya usaha mencari itu diketuai oleh mereka, pesawat tersebut pastinya akan ditemui dalam jangkamasa yang singkat.

"Anwar sebelum ini bukan main cakap besar lagi dalam wawancaranya dengan majalah Southern Weekly yang dimiliki Southern Media Group China, di mana katanya seperti yang ditertulis di dalam artikel tersebut, beliau hanya memerlukan waktu satu saat untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit

anwar-boleh-selesai-misteri-mh370-hilang-1-saat-second-man

"Bukan itu saja, kata Anwar lagi,  kalau dia yang mencari pesawat tersebut, tidak sampai satu minit pesawat MH370 itu akan ditemui.  Begitu juga dengan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dari DAP yang berlagak mengatakan jika pemimpin DAP dilantik menjadi komandan angkatan udara dan angkatan tentera laut di negara ini, mereka sudah pasti mampu mencari pesawat yang hilang berkenaan.

"Hari ini saya cabar kedua-dua individu yang bercakap besar ini untuk masuk tender tersebut. Ikutlah cara mana sekalipun untuk sertai tender terbuka mencari pesawat MH370 itu. Jangan cakap aja berdegar-degar, tapi habuk pun tak ada. Kalau betul mereka ini begitu hebat, saya fikir mereka patut sahut cabaran saya ini," demikian tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Semalam, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telahpun membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.

Tambahnya lagi, sekiranya Anwar dan DAP tidak berani untuk menyertai tender tersebut, ternyatalah Ketua Pembangkang itu bersama sekutu rapatnya DAP merupakan individu dan sebuah parti yang  kaki temberang dan hanya tahu bercakap besar sahaja.

"Anwar dan DAP patut sahut cabaran saya. Saya nak tengok Anwar dan DAP menyertai tender itu untuk mencari pesawat tersebut. Saya yakin, tidak sampai satu saat Anwar mampu selesaikan masalah itu. Tidak sampai seminit, pastinya pesawat itu ditemui semula.

"Bukankah ini baik untuk rakyat dan negara? Bukankah kelak jasa Anwar dan DAP akan dikenang bukan saja oleh rakyat di negara ini, malah di seluruh dunia? Ini satu peluang publisiti yang baik buat individu dan parti yang sanggup berbuat apa saja demi kepentingan politik mereka.

"Tapi kalau mereka diam, mereka buat tak tahu saja dengan cabaran saya, mereka mula berdolak dalih, ini bermakna mereka ini hanya tahu bercakap besar, berlagak hebat tapi tidak ada isi, macam tin kosong,"  tegas beliau.-MediaUMNO

 

 

Malaysia Akan Rayu Kuota Haji Tambahan – Najib

Posted: 05 Jun 2014 03:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Malaysia akan cuba mendapatkan kuota tambahan jemaah haji daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan lebih ramai umat Islam menunaikan ibadah itu pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata pengurangan kuota haji sejak tahun lepas serta peningkatan jumlah pendeposit di Tabung Haji (TH) menyebabkan lebih ramai umat Islam di negara ini terpaksa menunggu giliran yang lama untuk mengerjakan haji.

pm-najib-rosmah-haji-di-mekah-kaabah-solat-doa-zikir-muslim-islam-juga

Katanya sehingga Mei lepas, sebanyak 1.5 juta umat Islam mendaftar untuk mengerjakan haji dengan sejumlah besar daripadanya adalah golongan muda dan kanak-kanak.

“Ini gambaran tahap ekonomi umat Islam di negara ini semakin baik dengan semangat dan kesedaran untuk menunaikan haji yang tinggi. Namun senarai yang semakin panjang dan jumlah kuota yang terbatas menyebabkan ia mengambil masa kira-kira 50 tahun sebelum tiba giliran masing-masing.

“Saya menganggap ini suatu cabaran besar dan kita termasuk saya sendiri akan cuba merayu supaya kerajaan Saudi dapat pertimbangkan kuota tambahan bagi mereka yang ingin menunaikan haji,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Tabung Haji Debit-i Mastercard dan buku mewah TH di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata sejak 2009, kerajaan Arab Saudi telah memperuntukkan 27,900 tempat setahun bagi jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji namun berkurangan sebanyak 20 peratus sejak tahun lepas berikutan kerja-kerja pembangunan di Masjidil Haram.

“Oleh yang demikian, sejak tahun lepas, kuota Haji baru bagi Malaysia adalah sebanyak 22,320,” katanya.

Najib berkata Tabung Haji akan mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 seorang pada tahun ini yang melibatkan jumlah keseluruhan tanggungan kos haji melebihi RM130 juta.

Katanya kos sebenar bagi setiap jemaah haji untuk menunaikan ibadah tersebut adalah kira-kira RM16,000.

“Kalau dikira dari segi subsidi, ini merupakan kadar subsidi tertinggi yang pernah kita berikan bagi tiap-tiap seorang individu di negara ini,” katanya.

Kad Tabung Haji Debit-i Mastercard yang dilancarkan hari ini member kemudahan 24 jam kepada pendeposit Tabung Haji untuk melakukan transaksi pengeluaran dan pembelian di lebih 38 juta lokasi perniagaan di seluruh dunia.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan buku mewah yang mendokumentasikan peristiwa penting sepanjang 50 tahun penubuhan Tabung Haji.

Buku Tabung Haji itu diterbitkan dengan usahasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Turut hadir pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail.

Persatuan Pegawai Kanan Kastam Turun Padang Bila-bila Masa Demi CBP

Posted: 05 Jun 2014 03:04 AM PDT

PUTRAJAYA, 5 Jun – Persatuan Pegawai Kanan Kastam yang anggotanya terdiri daripada pegawai kanan kastam termasuk pegawai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), bersedia untuk turun padang pada bila-bila masa bagi member penerangan mengenai sistem percukaian tersebut.

Presidennya Mohd Noor Yusoff berkata setakat ini hampir setiap hari hujung minggu, persatuan yang dianggotai kira-kira 3,000 anggota itu dijemput untuk memberi penerangan mengenai CBP.

“Antara pihak yang memanggil untuk diberikan penerangan mengenai CBP adalah badan bukan kerajaan, kerajaan negeri, komuniti perniagaan serta institute pengajian tinggi.

“Kita juga dipanggil ke masjid-masjid serta lain-lain tempat terbuka untuk memberikan penerangan kepada orang awam dan nampaknya mereka dapat memahami dan menerima dengan baik,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata penerangan di peringkat negeri dilakukan pegawai CBP yang terdapat di setiap cawangan, selain terdapat juga pegawai yang pakar dalam sesuatu bidang dari Ibu Pejabat Kastam Putrajaya.

Mohd Noor berkata pegawai pakar disediakan untuk komuniti perniagaan dan dibahagikan mengikut sektor perniagaan tersebut seperi automatif, insurans serta banyak lagi.

Beliau berkata sesi penerangan berhubung pelaksanaan sistem percukaian tersebut telah giat dilakukan sejak ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014, Oktober tahun lepas.

Cukai tunggal CBP pada kadar 6 peratus akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus. CBP akan dikuatkuasakan pada 1 April, 2015.

Pemilihan PKR…. “Pemimpin Kencing Berdiri Ahli-ahli Kencing Berlari”

Posted: 05 Jun 2014 02:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun – PKR tidak perlu menjadikan pihak luar sebagai ‘kambing hitam’ terhadap segala kekecohan yang berlaku dalam pemilihan parti mereka kerana hakikatnya PKR adalah sebuah parti yang telah mendidik ahli mereka dengan politik “matlamat menghalalkan cara”

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata  segala kelakuan dan tabiat pemimpin PKR sebenarnya telah menjadi teladan kepada ahli mereka untuk bersikap buas dan ganas dalam mengejar pangkat dan kuasa.

jamawi-jaafar-tenom-sabah-umno-bn-pemuda

Oleh kerana itu tegas beliau setiap kali pemilihan PKR diadakan maka berlakulah insiden seperti penipuan, keganasan dan budaya samseng.

"Apa yang berlaku dalam pemilihan PKR umpama pemimpin kencing berdiri, ahli kencing berlari.  Dalam perkara pemilihan PKR ini ternyata kelakuan dan tindak tanduk pemimpin pembangkang dalam arena politik tanahair telah menjadi ikutan ahli mereka sendiri.

“Jadi tak perlulah salahkan pihak lain atau pihak luar sedangkan apa yang berlaku itu adalah hasil didikan mereka sendiri," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom.

Tambah beliau lagi  apa yang berlaku boleh disifatkan sungguh memalukan dan sudah pasti membuka mata rakyat tentang wayang kulit dan ketidakmampuan PKR untuk menguruskan pemilihan parti sendiri sama seperti DAP.

"Sehubungan dengan itu, PKR tidak perlu menyalahkan pihak lain termasuk UMNO apabila timbul kekecohan dalam pemilihan parti mereka di seluruh Negara.

“UMNO tidak perlu mencampuri urusan pemilihan parti mereka kerana kita masih banyak kerja lagi nak buat untuk membantu rakyat daripada melayan parti kelam-kabut dan tidak ada hala tujuan tersebut," tambahnya.

Dalam masa yang sama, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai, Tengku Zuhri Tengku Abd Aziz menasihat PKR agar tidak lagi membicarakan soal ketelusan pemilihan (pilihan raya) dalam negara kita jika pemilihan parti sendiri tidak terurus.

"Ini merupakan salah satu lagi contoh bagaimana Parti Keadilan Rakyat cuba untuk mengaburi mata rakyat dengan mengalih isu dalaman yang terpalit kepada mereka kepada pihak luar. Harapan kita ialah rakyat menolak kaedah “politik wayang kuno” seperti ini. Politik seperti ini tidak lagi releven di dalam dunia hari ini.

“Walaupun usaha kepimpinan PKR cuba mengaitkan pihak luar dalam isu politik mereka ini akan diteruskan, apa yang pasti, pemilihan PKR membuktikan kepada rakyat bahawa mereka adalah parti tong kosong…. mereka hanya pandai mencari salah orang lain sedangkan diri sendiri sebenarnya banyak tidak betul" ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. -MediaUMNO

anwar-berlakon-patah-tangan-diserang-ahli-ibu-pejabat-pkr-bantah-demo-pemilihan-tipu-bohong-batal-semula-aduan

pemilihan-kroni-tipu-bohong-tak-telus-pkr-sabak-bernam-selangor-ganas-kasar-baling-kerusi

pemilihan-pkr-2014-blackout-batal-calon-pengundi-hantu-salah-tipu-kira-undi-curiga-mana-tak-demokrasi

Jakim Never Betrayed The Muslims

Posted: 05 Jun 2014 02:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 5  - The latest result from the lab analysis conducted by the Chemistry Department on Cadbury Roast Almond and Hazelnut chocolate had confirmed that the chocolates did not contain porcine DNA as reported earlier.

However, the findings did not help to soothe the nerves of the public who seem to be disappointed over the whole affair that started with the Health Ministry’s findings that porcine DNA was found in the samples of the chocolate bar.

The ministry stated that the affected Cadbury Dairy Milk Hazelnut chocolate bars were from batch number 200813 M01HI2 (expiry date, Nov 13, 2014) and Cadbury Dairy Milk Roast Almond chocolate bar, batch number 221013 N01RI1 (expiry date, Jan 15, 2015).

Pengarah-JAKIM-Jabatan-Kefahaman-Islam-Malaysia-Othman-Mustapha

In a sudden turn of events, the contradicting findings between the Ministry of Health and the Chemistry Department has put the Islamic Development Department of Malaysia (Jakim) in a fix with its credibility and integrity as the agency responsible for providing the halal status being questioned.

Several non-governmental organisations (ngos) even made a police report against the Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Jamil Khir Baharom who announced the department’s findings. The Chemistry Department is JAKIM’s referral agency over halal matters.

And ever since Jakim has been criticised and taunted. At the social websites, some blamed Jakim for not being transparent and not telling the truth. Others went further in admonishing the department, saying Jakim is corrupted and even disputed the Chemistry Department’s results.

WE ARE MUSLIMS TOO

Jakim’s Director General Datuk Othman Mustapha noted that it is unfair to rebuke the body unjustly as it did its best in carrying out its responsibility.

The society has to calm down and think rationally because being an Islamic body, Jakim would certainly not betray the trust of Muslims.

“Like you, I’m a Muslim too, in fact my officers too are Muslims and we have families who are also Muslim consumers…we certainly don’t have the heart to see and allow our family and other Muslims consume products tainted with porcine DNA.

“In fact, many of the employees at the chocolate company are Muslims …don’t tell me they are going to allow the society and their families  consume something not halal,” he said in an interview at his office in Putrajaya recently.

Othman noted that every product with a halal logo have been screened using standard operating procedure (SOP) to ensure the product meets the high and stringent standards.

“It is not easy for us to issue the halal certificate and that is why Jakim is often blamed for being late in processing applications for halal status,” he said.

INTEGRITY

Othman also rubbished claims of misconduct and corruption within Jakim saying different teams and individuals were involved in processing the application for halal status.

All application process to obtain halal status, including the inspection and monitoring of the premises were conducted by Jakim and they were not outsourced to ensure the integrity of the whole process.

“Misconduct is next to impossible…if it involves bribery, which level is involved? At the process or audit level? They are not involved in making decisions, in fact there are auditors who make recommendation for the halal status but the panel can still reject the application if it is still not satisfied,” he said.

He stated that the implementation of the SOP is very important in maintaining impartiality and avoiding conflict of interest.

“There were proposals to outsource but we already have the in-house expertise …moreover if the inspection is outsourced then there will be issues over the charges, integrity and keeping up with the SOP…thus Jakim has decided to do it on its own,” he said.

THE HALAL CERTIFICATE CANNOT BE BOUGHT

Othman said it was next to impossible to buy the halal certificate as the applicant has to undergo a vigorous process and adhere to all conditions before the halal certificate is issued.

“If there was any halal certificate for sale, it is the work of unscrupulous third parties who claim they could acquire easily the halal certificate when in fact it involves a rigorous and difficult process,” he said.

Othman also made it clear that while it was not compulsory to apply for the halal logo, action would be taken if a product carried the halal logo without proper certification.

The consumers can download the Halal-Square application on their handphones or other devices to check the authenticity of the halal label at business premises.

“We provide the halal posters to restaurants and hotels that can be scanned with the Halal-Square application…thus the consumers will know instantly the halal status of the premises and whether the halal certification is still valid, has expired or its false,” he said.

CAN AFFECT THE NATION’S IMAGE

Othman pointed out any issues relating to halal if blown out of proportion before being verified could affect Malaysia’s image as a halal hub and a referral point for other nations on halal matters.

“Now the Arab nations refer to us for guidance and in developing their halal system.

“Being a nation that is referred to by many other countries don’t tell me we can ignore porcine DNA…I fear that these issue can bring a bad name for the country,” he said.

FOREIGN HALAL BODIES RECOGNISED

He said Jakim also has the Foreign Halal Bodies Recognition Scheme and hitherto 57 halal bodies from 23 nations have been recognised.

“This is to assist Jakim and the industry here when the businesses import raw material, it needs halal conformation from the producing country…the producing country issues halal certification and we accept them.

“As we cannot inspect every ingredient as each company has hundreds of products and thousands of ingredients, so we seek the cooperation of other nations using this approach,” he added.

WINNING BACK THE TRUST

Admitting that the Cadbury chocolate issue has affected public confidence on Jakim, Othman said Jakim’s immediate measure is to win back the people’s trust.

“Public awareness on halal is very high now, yet they do not understand Jakim’s procedures, thus they end up confused and indignant at Jakim’s uncompromising stand on halal,” he said.

DAP Cuba Tutup Malu Di Teluk Intan Dengan Memalukan Pas

Posted: 05 Jun 2014 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Sikap kepimpinan DAP yang tidak mahu menerima  kekalahan mereka di PRK Teluk Intan ekoran kesilapan percaturan mereka sendiri, sebaliknya menyalahkan Pas sebagai punca kecundangnya calon mereka di PRK Teluk Intan baru-baru ini jelas memperlihatkan sikap ego kepimpinan DAP yang sentiasa merasakan tindakan mereka itu betul belaka, demikian jelas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Puad Zarkashi.

dr-puad-zarkashi-ahli-majlis-tertinggi-batu-pahat-johor-umno-bn

Menurut beliau, tindakan DAP mendakwa  isu hudud dari Pas sebagai punca kekalahan itu juga seolah-olah sebagai satu mesej ketidakpuasan hati kepimpinan parti itu terhadap usaha kempen Pas yang tidak mampu menarik sokongan orang Melayu, biarpun calon yang diletakkan oleh parti tersebut berbangsa Melayu.

"Bagi saya, DAP mesti terima kenyataan bahawa faktor kekalahan mereka di Teluk Intan adalah hasil kesilapan mereka sendiri. DAP tidak boleh selamanya memperbodohkan rakyat dan menganggap rakyat, khususnya orang Cina akan sentiasa menyokong mereka.

"Bagi saya, DAP kalah kerana rakyat, khususnya pengundi Cina sudah merasa bosan dengan sikap double standard parti tersebut yang jelas tidak telus dan tidak pernah berubah. Saya yakin, bahawa kurangnya bilangan pengundi, khususnya dari kaum Cina adalah di sebabkan mereka sudah jelak dan jemu dengan Lim Kit Siang dan anak beranaknya yang sudah terlalu lama menguasai parti tersebut.

"Tetapi mereka terpaksa menjadikan Pas sebagai kambing hitam tempat mereka mengalihkan kesalahan agar tidak dilihat lemah dan gagal oleh penyokong mereka, khususnya kaum Cina," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau  lagi, Pas juga turut menerima kesan dari kekalahan tersebut di mana sokongan dan bantuan Pas dalam berkempen bagi calon DAP itu tidak dapat mempengaruhi pemikiran pengundi Melayu di kawasan tersebut untuk memberikan kemenangan kepada calon DAP.

"Saya yakin, Pas juga malu dengan kekalahan di Teluk Intan kerana ini membuktikan bahawa kempen mereka ditolak terutamanya oleh pengundi Melayu di kawasan itu. Bagi saya, ianya adalah disebabkan oleh sikap kepimpinan Pas sendiri yang tidak konsisten, terutamanya dalam isu hudud.

"Pas menguar-uarkan  usaha mereka untuk melaksanakan hudud, tetapi dalam masa yang sama mereka menyokong calon dari parti yang terang-terang membantah perlaksanaan hudud. Pendirian kepimpinan Pas ini sudah cukup untuk membuatkan pengundi Melayu khususnya membuka mata tentang prinsip dan pendirian Pas yang dilihat bercelaru," ujarnya.

Justeru itu kata beliau lagi, kekalahan DAP di Teluk Intan tidak berpunca daripada rakan-rakan sekutu mereka di dalam Pakatan Pembangkang, sebaliknya adalah disebabkan kesilapan percaturan kepimpinan parti itu sendiri dan juga sikap kepimpinan tertinggi DAP yang dilihat cakap tak serupa bikin.

"Bagi saya faktor utama kekalahan DAP adalah disebabkan pengundi khususnya kaum Cina tidak lagi yakin terhadap kepimpinan DAP, terutamanya Lim Kit Siang yang sudah puluhan tahun berada ditampuk kekuasaan parti dan masih tidak mahu melepaskan jawatan.

"Kurang jumlah pengundi yang keluar mengundi terutama di kalangan kaum Cina memperlihatkan wujudnya silent protest di kalangan pengundi Cina akibat daripada sikap kepimpinan DAP yang dilihat begitu ego dan merasakan diri mereka betul sepanjang masa.

"Bahkan setelah kalah dalam PRK Teluk Intan ini, mereka tetap tidak mahu mengaku silap tetapi sebaliknya cuba mengalihkan kesalahan dan kesilapan mereka kepada Pas untuk menjaga imej parti tersebut," jelasnya.-MediaUMNO

gobind-singh-deo-karpal-dap-kalah-teluk-intan-kerana-hudud-islam-melayu

parti-rasis-cauvinis-cina-guan-eng-salahkan-pengundi-kalah-teluk-intan

Empat Elemen Akan Diberi Fokus Untuk Perkukuh ESSCom – Hishammuddin

Posted: 05 Jun 2014 01:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Kerajaan akan memberi fokus kepada empat elemen yang dikenal pasti sebagai polisi, aset, latihan dan risikan untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCom).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata cadangan itu akan dikemuka dan diperjelaskan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan datang.

“Daripada mesyuarat hari ini, penting untuk kita kenal pasti sebab untuk memastikan keselamatan di rantau ini, aset-aset yang perlu digerakkan, latihan yang juga melibatkan polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta risikan yang turut melibatkan perisik antarabangsa.

“Dalam konteks ini, kalau cadangan ini dapat dikemaskini, saya harap ia akan menjadi satu lagi legasi yang dapat menjamin keselamatan rakyat, maruah, kedaulatan dan kedudukan Sabah,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Pelaksanaan Konsep ‘Sea Beasing’ di kawasan ESSCom di sini, hari ini.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pengarah ESSCom Datuk Mohamad Mantek.

Sementara itu, Hishammuddin berkata pihakya sedang mempertimbang pembelian radar baharu bagi menggantikan radar sedia ada yang sudah ketinggalan zaman.

“Kami sedang memperhatikan sekarang…sebagai mana anda sedia maklum pelantar minyak Petronas di pantai barat mempunyai radar mereka tersendiri. Kita  mempunyai antara satu dan enam radar yang telah ketinggalan zaman.

“… namun adalah penting untuk mengenal pasti di mana ancaman berada, di mana titik buta untuk radar. Ini merupakan aspek kecil pada aset, yang sedang kami pertimbangkan,” katanya.

Ditanya jumlah pelantar minyak yang akan digunakan, Hishammuddin berkata pihaknya sedang mempertimbangkan dua pelantar minyak menjelang akhir tahun ini.

Petronas sebelum ini telah memberi komitmen bagi menyediakan pelantar berhubung cadangan pelaksanaan sistem ‘Sea Basing’ (pangkalan laut).

Bagaimanapun, menurutnya terdapat dua buah lagi pelantar minyak yang boleh digunakan segera yang terletak di Lumut, Perak.

“Namun, ia dimiliki pihak ketiga lain yang akan kami rundingkan,” katanya.

Kementerian Kerja Raya Peruntuk RM1.037 Bilion Selenggara Jalan Persekutuan

Posted: 05 Jun 2014 12:56 AM PDT

JOHOR BAHARU, 5 Jun – Kementerian Kerja Raya memperuntuk sebanyak RM1.037 bilion pada tahun ini untuk kerja menyelenggara jalan persekutuan sepanjang 17,458km seluruh negara.

Menterinya Datuk Fadillah Yusof berkata daripada jumlah itu sebanyak RM409 juta diperuntuk bagi kerja rutin manakala peruntukan sebanyak RM628 juta ialah untuk kerja berkala.

Fadillah-Yusof-PBB-Sarawak-BN-Menteri-Kerja-Raya

“Kerja penyelenggaraan jalan persekutuan di Malaysia dilaksanakan secara penswastaan kepada lapan syarikat konsesi yang dilantik mengikut zon masing-masing iaitu tiga di Semenanjung Malaysia dan lima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran kerja undi penyelenggaraan Jalan Persekutuan 2014 peringkat negeri Johor di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Baharu, di sini.

Menurut Fadillah, sebanyak 581 projek penyelenggaraan jalan persekutuan bernilai RM28 juta akan dilaksanakan menerusi kerja undi pada tahun ini dan bermula secara serentak mulai hari ini.

Sebanyak 412 daripada projek terbabit dengan kos sebanyak RM20 juta dilaksana di Semenanjung Malaysia, manakala 81 projek pula di Sarawak dan 88 di Sabah yang menelan belanja sebanyak RM4 juta masing-masing, kata Fadillah.

Tujuan utama kerja undi dilaksanakan, katanya, supaya dapat membuka lebih banyak peluang kepada kontraktor kecil untuk terlibat sama dalam kerja penyelenggaraan jalan persekutuan.

“Program Kerja Undi dapat membuka peluang kepada syarikat kecil untuk terlibat sama dengan kerja penyelenggaraan jalan persekutuan sejajar dengan hasrat kerajaan supaya pengagihan kek ekonomi negara dapat dinikmati bersama,” katanya.

Mengenai usaha menurunkan kadar kemalangan jalan raya, Fadillah berkata sebanyak 74 projek pembaikan kawasan ‘blackspot’ bernilai RM31 juta dan 50 projek Lintasan Pejalan Kaki Searas 1Malaysia bernilai RM10 juta dilaksana tahun lepas.

Tahun ini kementerian, katanya, akan membelanjakan RM20 juta lagi bagi melaksanakan 50 projek pembaikan kawasan ‘blackspot’ dan RM7 juta untuk 35 projek Lintasan Pejalan Kaki Searas 1Malaysia.

Pelaksanaan kedua-dua projek telah dapat menurunkan kadar kemalangan jalan raya di kawasan itu secara mendadak, katanya.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT