SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, June 4, 2014

UMNO Online - “Workshop Suggests Reduction Of VLT Of Back Screens To 30%” plus 9 more

UMNO Online - “Workshop Suggests Reduction Of VLT Of Back Screens To 30%” plus 9 more

Link to UMNO Online

Workshop Suggests Reduction Of VLT Of Back Screens To 30%

Posted: 03 Jun 2014 05:25 AM PDT

PUTRAJAYA, June 3 – A workshop, reviewing the regulation on the use of tinted glasses for vehicles, has suggested that the Visible Light Transmission (VLT) of the side glasses of the rear passenger seats and rear screen be reduced to 30 percent from 50 percent presently.

Deputy Transport Minister Datuk Ab Aziz Kaprawi said the two-day workshop, which started yesterday, also suggested that the VLT for the front screen (70 percent) and glasses on the front window (50 percent) be maintained.

“Tomorrow I will submit to Acting Transport Minister (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) for his consideration and for immediate implementation if accepted,” he told a media conference at his office here, today.

The workshop, which was held at Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur, was attended by 100 participants comprising government agencies, non-government bodies and the private sector.

On the first day, the Royal Malaysian Police, Road Transport Department (RTD), Malaysian Institute of Road Safety, Malaysian Road Safety Department had made presentations on the use of tinted glasses.

Aziz said the proposal for the reduction was for safety reasons as motorists would be worried if they were approached by a car with tinted glasses as the occupants could not be seen.

“The enforcement authorities can also carry out enforcement activities easier. For example, they can see if the driver is wearing the safety belt or not,” he said.

He said RTD would cooperate with the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry in standardising the percentage of tinted glasses in the market before enforcement was carried out if the proposal was accepted.

He added that the ministry would not compromise on the matter especially on imported vehicles which had built in tinted glasses, which was outside the law.

During the workshop it was also suggested that traders selling the tinted glass accessories had the equipment to test the VLT and which had to be recaliberated every 12 months.

DAP Akhirnya ‘Dicelakakan’ Pengundi Dalam PRK Teluk Intan

Posted: 03 Jun 2014 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Fairus Khairuddin berkata kekalahan DAP di dalam pilihanraya kecil Teluk Intan baru-baru ini adalah bukti di mana pengundi di kawasan telah 'mencelakan' DAP sehingga menyebabkan parti tersebut kecundang kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong, sekaligus melenyapkan undi majoriti sebanyak 7313 yang diperolehi parti tersebut pada pilihanraya umum ke 13 yang lalu.

Menurut beliau, ini jelas merupakan mesej yang disampaikan oleh pengundi di mana strategi DAP yang cuba memanipulasikan pemikiran pengundi, khusus di kalangan orang Melayu gagal dan ditolak oleh para pengundi di kawasan itu.

Bekas-Timbalan-Ketua-Menteri-Pulau-Pinang-Penang-Pkr-Mohd-Fairus-Khairuddin

"Bagi saya, semua orang tahu bahawa DAP merupakan sebuah parti yang ultra kiasu dan cauvinis, di mana perjuangan mereka hanyalah untuk kepentingan satu kaum saja. Justeru itu, apabila DAP meletakkan calon berbangsa Melayu,  ramai yang sedar Dyana hanyalah sekadar boneka bagi DAP untuk meraih undi Melayu khususnya.

"Biarpun mereka meletakkan calon Melayu namun ianya tidak dapat mengubat hati rakyat terutama pengundi Melayu tentang kenyataan-kenyataan kepimpinan DAP yang biadap berhubung Melayu dan Islam, sepertimana RSN Reyer baru-baru ini mencelakan UMNO dan orang Melayu. Hari ini, mereka pula telah 'dicelakakan' oleh pengundi di Teluk Intan," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu, beliau sekali lagi menyeru kepada rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu agar menolak DAP kerana jelas parti tersebut amat tidak senang dengan agenda yang melibatkan orang Melayu dan Islam di negara ini.

"Ini pengalaman peribadi saya bersama mereka dulu. Bila kita sebut tentang agenda pemerkasaan Melayu dan juga Islam, mereka akan menentang dengan sekeras-kerasnya. Kepimpinan DAP tidak akan merasa senang hati apabila agenda Melayu atau Islam diketengahkan.

"Inilah hakikat sebenar parti DAP. Biarpun kononnya Lim Guan Eng menyanjungi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, malah ada pihak di dalam Pas yang menyamakan Setiausaha Agung DAP itu dengan Umar Abdul Aziz, ini hanyalah sebagai kosmetik bagi menutup sikap rasis dan cauvinis mereka bagi menarik sokongan orang Melayu. Hakikatnya Dap tidak senang dengan agenda Melayu dan Islam," ujarnya lagi.

Malah, kenyataan Lim Guan Eng yang mendakwa calon mereka kalah kerana Dyana berbangsa Melayu menurut Fairus, merupakan satu penghinaan terhadap bangsa Melayu.

"Ulasan yang dibuat oleh Lim Guan Eng secara terbuka yang mengatakan bahawa Dyana kalah kerana beliau berbangsa Melayu itu bagi saya merupakan satu penghinaan secara terbuka, bukan saja kepada Dyana tetapi kepada bangsa Melayu secara keseluruhannya.

"Sudahlah budak mentah itu diperalatkan oleh DAP dan apabila kalah, beri pula ulasan kerana Dyana berbangsa Melayu, sebab itu ia ditolak oleh pengundi di situ.

“Jelas ini satu kenyataan yang rasis, menghina dan memalukan. Sebab itu, ada benarnya apabila sesetengah pihak mengatakan DAP tidak boleh bernafas di dalam arena politik di negara kita ini, jika tidak menjadi juara dalam isu perkauman dan PRK Teluk Intan menjadi bukti kebenaran dakwaan itu,"ujarnya. -MediaUMNO

pas-dyana-melayu-sokong-pemimpin-parti-rasis-cauvinis-cina-india-lim-kit-siang-rsn-rayer-umno-celaka-islam

ADUN UMNO Sedia Maafkan Rayer Jika Beliau Kesal Dengan Kelantangannya

Posted: 03 Jun 2014 04:39 AM PDT

GEORGE TOWN, 3 Jun – Anggota Dewan Undangan Negeri UMNO Pulau Pinang sedia memaafkan Adun Seri Delima R.S.N Rayer sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas kesal atas kelantangannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap UMNO dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid.

Beliau turut meminta Rayer supaya tidak mempermainkan isu permohonan maafnya berhubung perkara itu.

“Mengapa Rayer perlu menunggu sehingga enam bulan (sesi persidangan DUN yang akan datang) untuk memohon maaf? Sekiranya beliau seorang yang budiman, permohonan maaf itu boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jahara mengulas kenyataan Rayer semalam dalam The Malaysian Insider yang memetik beliau sebagai berkata “sekiranya ada pihak yang mendesak mahukannya menarik balik ungkapan beliau, ia harus dibuat semasa sidang DUN yang akan datang”.

Rayer mengatakan “UMNO Celaka” dalam ucapannya pada persidangan DUN 20 Mei lepas yang mencetuskan insiden rempuh masuk bangunan DUN oleh sekumpulan pemuda sehari selepas itu.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda UMNO Pulau Pinang turut membuat laporan polis terhadap Rayer kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam beberapa ceramah kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, baru-baru ini.

Jahara menyifatkan Rayer sebagai seorang ahli politik yang penakut kerana hanya berani berselindung di belakang tabir imuniti Dewan.

UMNO Hantar Surat Tunjuk Sebab Kepada Ibu Dyana Sofya

Posted: 03 Jun 2014 03:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun – UMNO menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat hari ini kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Yammy perlu menjawab surat tunjuk sebab itu dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan UMNO.

mak-dyana-sofya-calon-dap-teluk-intan-ketua-wanita-perkasa-tipu-bohong-pengundi

“Kita ada proses dan sistem sendiri sebelum ambil tindakan terhadap mana-mana anggota.

"Jika tiada jawapan, terpulang kepada parti sebab tugas saya telah selesai dan saya hanya menjalankan tugas,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Guru anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di sini, hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu tindakan diambil terhadap Yammy yang didakwa telah berkempen untuk Dyana.

Yammy sebelum ini dilaporkan berkata beliau berharap kekal bersama UMNO dan terpulang kepada parti itu untuk menentukan kedudukannya.

Pada PRK Teluk Intan Sabtu lepas, Dyana Sofia, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong, 53.

Govt Has Never Neglected Rural Folks

Posted: 03 Jun 2014 03:16 AM PDT

JEMPOL, June 3 – Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said the government has never neglected the rural community all this while, adding that the urban areas too need to be developed.

As such, he said, the 2015 Budget should be perceived in terms of how to distribute the limited allocation so that other areas too could be developed.

“We realise that the Barisan Nasional (BN) strongholds are in the rural areas, but this does not mean that we brush aside the urban centres because we have supporters in the urban areas too…this we have to look into. But I am certain efforts to reward the rural community had been stated by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

“This we have to work on, that is, increasing national revenue and channeling as much of this revenue to the areas that need them including the rural areas, the suburban areas as well as the town centres,” he told reporters after the handing over ceremony of the Desa Lestari Kampung Lonek project, near here today.

He disclosed this when asked to comment on the allocation for his ministry in the 2015 Budget.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had said that the 2015 Budget was scheduled to be tabled in Parliament on Oct 10.

Mohd Shafie said various efforts were being taken to expand rural economic development activities.

He said the government had spent billions of ringgit to provide basic infrastructural facilities in the rural areas aimed at achieving a balanced development between the rural and urban areas.

Kerjasama Komponen BN Faktor Kemenangan Di Teluk Intan – Zambry

Posted: 03 Jun 2014 03:02 AM PDT

TELUK INTAN, 3 Jun – Kerjasama kukuh parti komponen Barisan Nasional (BN) merupakan antara faktor utama BN mencatat kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Sabtu lepas, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata kemenangan itu juga terhasil daripada usaha gigih anggota parti dalam mengatur strategi dan kombinasi rapi di setiap pusat daerah mengundi bagi membolehkan jentera parti bergerak dengan baik sekali.

muhyiddin-mah-siew-keong-liow-tiong-lai-zambry

“Kita menyaksikan eksperimen yang cukup baik antara (parti) Gerakan dan MCA, bekerja secara satu hati bersama-sama memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini,” katanya selepas mengadakan tinjauan mesra bersama anggota Parlimen Teluk Intan Datuk Datuk Mah Siew Keong di beberapa daerah mengundi di sini hari ini.

Katanya peranan parti komponen yang mewakili masyarakat India dalam BN juga turut menyumbang kepada kemenangan dan kejayaan BN merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan yang dikuasai pembangkang selama dua penggal.

Beliau berkata kemenangan itu diangggap sukar memandangkan Teluk Intan juga dikatakan kubu kuat DAP namun, apabila mempunyai perancangan yang baik, ia sekali gus membolehkan BN memenanginya.

Dalam pilihan raya kecil berkenaan, BN menang menerusi Mah yang mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi. Mah memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya 19,919 undi.

Zambry berkata justeru itu, semua pemimpin dan anggota parti perlu menggandakan usaha mendampingi dan menyelesaikan masalah rakyat di Teluk Intan sebaik mungkin.

Sementara itu, Mah berkata DAP seharusnya menerima keputusan PRK itu dengan hati terbuka dan bukannya menyalahkan pihak lain berhubung kekalahan parti itu.

“Pembangkang tidak henti-henti menyalahkan pihak lain kecuali diri mereka sendiri. Pilihan raya sudah habis dan kita nak teruskan kerja, jangan bermain politik lagi,” katanya.

Beliau mengulangi janjinya untuk bekerja kuat ke arah pembangunan dan pembelaan penduduk Teluk Intan.

“Projek berimpak besar akan ambil masa tetapi masalah kecil seperti jalan berlubang, lampu jalan atau longkang tersumbat perlu diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Implikasi Pemansuhan Tol Perlu Dikaji – Fadillah

Posted: 03 Jun 2014 02:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Kerajaan perlu menimbang pelbagai factor termasuk implikasi kewangan jika ingin memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Beliau menarik perhatian bahawa perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi telah ditandatangani dan jika tol dihapuskan, pampasan perlu dipayar kepada pihak berkenaan.

Fadillah-Yusof-PBB-Sarawak-BN-Menteri-Kerja-Raya

“Jadi kerajaan akan membuat pertimbangan sewajarnya dan rakyat perlu terima keputusan itu secara terbuka,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.

Beliau mengulas rayuan UMNO Selangor yang mahu kerajaan persekutuan memansuhkan kutipan tol di dua lokasi itu.

Menurut Fadillah, perjanjian konsesi Lebuh Raya Persekutuan tamat pada 2038.

Fadillah menjelaskan perbincangan dengan beberapa syarikat konsesi mengenai penstrukturan perjanjian konsesi lebuh raya di seluruh negara telah dibuat.

Bagaimanapun, beberapa cadangan yang dikemukakan syarikat terbabit member impak kewangan yang besar kepada kerajaan.

“Ada syarikat konsesi yang perlu dibayar pampasan sehingga RM20 bilion dan kita ada 30 konsesi lebuh raya secara keseluruhannya.

“Bagaimanapun, cadangan tersebut sudah dibentangkan kepada kabinet dan akan dikemukakan kepada Majlis Ekonomi Negara bagi mengenal pasti jika ada cadangan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak,” tambahnya.

Beliau turut mengulas mengenai insiden bumbung kanvas di kolam Pusat Akuatik Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra yang koyak akibat angin kuat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-17.

Fadillah berkata laporan awal mengenai kejadian itu akan diserahkan kepada kerajaan negeri Perlis, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis.

“Terdapat tiga faktor kemungkin menyebabkan ia berlaku – reka bentuk, kualiti bahan atau hasil kerja yang kurang baik.

“Bagaimanapun, tindakan seterusnya akan diputuskan KBS kerana ia adalah pelanggan utama projek itu,” katanya.

PWD To Monitor ‘Sick Projects’ – Fadillah

Posted: 03 Jun 2014 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 3 – The Public Works Department (PWD) is closely monitoring three development projects for the police which work is delayed and categorised as sick projects, Works Minister Datuk Fadillah Yusof said today.

The projects are construction of the Johor police contingent headquarters (IPK), Public Order Training Centre in Bentong, Pahang and a Police Musuem in Bukit Kepong, Muar.

“The contractor for the IPK project has problems, financially and in terms of work quality, despite repeated warning and discussions, so the contract has been terminated.

However, we have identified a new contractor and work on the project will resume in July,” he told reporters after presenting the excellent service award to staff of the ministry here today.

The Johor IPK project, comprising an administrative block, a multi-storey car park and housing, was launched in 2010. It was supposed to be ready in July last year.

As for the other two projects, Fadillah said work would resume by the existing contractors under the supervision of PWD.

“The project in Bentong is scheduled for completion in July this year. The PWD will terminate the contract and appoint a new one if the existing contractor still fail to proceed with the project.

On the Bukit Kepong project, there were some problems with the design work and the project was scheduled for completion in November this year.

He said this in response to a statement by Deputy Home Minister Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yesterday on the delay in the construction of 14 police projects nationwide, worth RM1 billion.

Presiden, Setiausaha Kerja UMNO Fail Saman Fitnah Terhadap Malaysiakini

Posted: 03 Jun 2014 12:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua editor dan ketua pengarang laman web portal Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.

Writ saman difailkan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada Jumaat lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dan pihak media memperoleh writ saman itu pada hari ini.

pejabat-portal-pembangkang-mkini-malaysiakini-fitnah-saman-rasis-diskriminasi-bias-anwar-pakatan

Najib dan Ab Rauf menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Editor Malaysiakini.com Steven Gan dan Ketua Pengarang Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan telah melaporkan, mengeluarkan dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan yang bertajuk ‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’.

Kedua-dua artikel fitnah itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.

Mereka mendakwa artikel tersebut diletakkan di bawah ruangan ‘Yoursay’ di laman web portal www.malaysiakini.com oleh defendan-defendan sendiri atau pembantu mereka melalui komen daripada pelanggan atau pengguna laman web itu yang kemudiannya digabungkan sebagai satu artikel di bawah tajuk utama.

Artikel pertama iaitu ‘A case of the PM reaping what he sows’ adalah berkaitan dasar kerajaan dan hudud manakala artikel kedua ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’ berhubung isu kemelut politik di Terengganu bulan lalu.

Najib, yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi dan Ab Rauf bagi pihak UMNO, mendakwa defendan-defendan membenarkan penerbitan artikel berkenaan dengan sengaja selain mengetahui ia adalah tidak benar dan tuduhan melulu tanpa mempedulikan kebenarannya.

Najib mendakwa kata-kata fitnah itu telah menjejaskan reputasinya sebagai ahli politik, presiden UMNO dan perdana menteri.

Selain itu, kedua-dua plaintif mendakwa komen-komen tersebut telah membawa maksud secara sindiran untuk menunjukkan UMNO tidak kompeten sebagai sebuah parti politik dan tulang belakang Barisan Nasional.

Mereka juga mendakwa kata-kata finah itu bertujuan menggambarkan UMNO telah menyalah guna kuasa untuk kepentingan parti politik dan sebuah parti yang tidak demokratik serta sengaja mengada-adakan situasi yang tidak diingini.

Kedua-dua plaintif mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasi mereka telah terjejas teruk apabila UMNO dikecam terutama di media sosial dan media massa.

Dakwa plaintif lagi, artikel berkenaan adalah komen-komen yang diberi tanpa sebarang asas dan hanyalah tuduhan melulu yang berniat jahat terhadap UMNO, menyebabkan ketegangan antara rakyat dan UMNO.

“Artikel-artikel fitnah tersebut menyebabkan ketegangan antara rakyat terhadap UMNO, dilibatkan dengan skandal awam, diaibkan dan dihina oleh khalayak ramai dan masyarakat awam serta antarabangsa.

“Kerosakan pada reputasi UMNO adalah sesuatu yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya disebabkan oleh penerbitan artikel fitnah tersebut yang boleh diakses dengan meluas di mana sahaja kerana ia diterbitkan di laman portal tersebut dan mempunyai pembaca virtual di serata dunia yang mana artikel itu juga boleh dikongsi di laman sosial lain termasuk forum-forum dan blog-blog persendirian tanpa sempadan,” kata plaintif dalam pernyataan tuntutan.

Kedua-dua plaintif berkata pada 15 Mei lalu, satu notis tuntutan telah dihantar kepada defendan-defendan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak untuk menuntut permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik artikel fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya.

 

Pada tarikh sama, plaintif-plaintif juga menuntut supaya kesemua defendan menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan kenyataan serupa.

 

Bagaimanapun, pada keesokannya (16 Mei) Malaysiakini menjawab notis tuntutan itu dengan pembelaan komen yang wajar untuk kepentingan awam dan menawarkan kepada plaintif-plaintif menjawab artikel berkenaan tanpa memenuhi tuntutan seperti yang dipohon plaintif-plaintif.

 

Pada 28 Mei, plaintif-plaintif telah menolak tawaran itu dan menerusi saman fitnah berkenaan menuntut ganti rugi am dan khas yang akan ditaksirkan mahkamah.

 

Turut dituntut adalah ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan, faedah, injunksi untuk menahan defendan-defendan atau pembantu mereka menerbitkan artikel tersebut, perintah bahawa defendan-defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar dan kos.

najib-umno-saman-portal-mkini-malaysiakini-portal-pembangkang-fitnah-kes-mahkamah-peguam-terengganu-bn

Rasuah Dan Budaya Samseng… BN Dijadikan Bahan Tutup Kelakuan Sendiri

Posted: 02 Jun 2014 09:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun – ‘Mengata dulang paku sepih kata orang dia lebih’, demikianlah peribahasa yang sesuai ditujukan kepada pemimpin Pakatan Pembangkang yang sibuk mendakwa UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan politik rasuah dan politik samseng sebaliknya mereka boleh diibaratkan sebagai ‘bangkai’ kerana merekalah sebenarnya yang mengamalkan perlakuan sumbang politik tersebut.

Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mimie Harianie Alias berkata Pakatan Pembangkang tidaklah sebersih mana dan tidak terlepas daripada perlakuan rasuah dan budaya samseng, malah lebih teruk dan memalukan.

mimie-harianie-alias-exco-puteri-umno-malaysia-bn-shah-alam-selangor

Jelas beliau lagi lihat sahaja apa yang berlaku dalam pemilihan parti mereka terutamanya ketika proses Pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang, budaya membeli undi atau rasuah ini diperkatakan dan ditonjolkan sendiri pemimpin mereka, termasuk pendedahan yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

“Jadi tak usahlah mereka selalu menuduh yang mengamalkan politik rasuah atau yang politik samseng tu kepada UMNO dan BN, sebaliknya mereka perlu melihat dulu kepada pendekatan dan gaya politik pemimpin mereka terlebih dahulu sebelum menuduh kepada orang lain.

“Kalau nak kata UMNO samseng, kita sendiri telah melihat macam mana samsengnya ‘orang-orang’ PKR semasa dalam pemilihan di cabang-cabang mereka sendiri, berapa banyak kawasan yang dibatalkan pengundiannya atau ditunda, angkara politik samseng dan politik rasuah yang mereka lakukan sendiri”, katanya yang juga AJK UMNO Bahagian Shah Alam.

Justeru tegas beliau  jangan jadikan UMNO dan BN sebagai alat untuk menutup kelemahan dan perlakuan yang mereka sendiri buat.

“Sekadar untuk menunjukkan parti mereka parti yang telus dan bersih sedangkan hakikatnya parti mereka parti yang penuh dengan ‘kurap’ dan ‘nanah yang busuk’ dari akar umbi sehinggalah ke pucuk pimpinan tertinggi mereka sendiri,” ujarnya.

Tambahnya lagi hari ini rakyat boleh melihat satu persatu pendedahan tentang salah laku rasuah oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang yang berjaya dibongkar termasuk episod pendedahan penggunaan wang untuk membeli undi oleh Menteri Besar Selangor sendiri oleh pemimpin mereka sendiri yang menentangnya sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor sehingga pengantungan keahlian beberapa pemimpin mereka kerana mendedahkan penyelewengan ini kepada media.

"Ini adalah episod lanjutan daripada rentetan pembongkaran berlakunya perlakuan rasuah di dalam Pakatan Pembangkang khususnya pada Pemilihan PKR tahun ini. Selama ini mendakwa mereka sebuah parti yang bebas rasuah, selama ini mereka (pembangkang) menuduh UMNO dan BN parti rasuah, samseng dan macam-macam lagi, tapi hari ini terbukti, bahawa mereka lebih teruk dari itu apabila kepimpinan tertinggi mereka sendiri turut melakukan perbuatan ini.

“Jadi, usahlah mendabik dada dakwa mereka itu bersih sangat dari rasuah. Tuduh sana tuduh sini, alih-alih mereka sendiri yang lakukan rasuah. Tak usah nak kata parti mereka tu telus sangat. Pakatan memang tak dapat lari dari isu rasuah dan budaya samseng ini, " tegas beliau kepada UMNO-Online. -MediaUMNO

pemilihan-pkr-2014-blackout-batal-calon-pengundi-hantu-salah-tipu-kira-undi-curiga-mana-tak-demokrasi

pas-dyana-melayu-sokong-pemimpin-parti-rasis-cauvinis-cina-india-lim-kit-siang-rsn-rayer-umno-celaka-islam

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT