YBK Tak Boleh Berhutang, MB Selangor Fitnah YBK Hutang RM100 Juta
Apr 13th, 2010 | By Isa Nikmat | Category: UtamaHULU SELANGOR, 13 April - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom menjelaskan YBK adalah pemegang amanah dan tidak layak memohon pinjaman, malah tidak dibenarkan berhutang.
Tetapi, katanya, Menteri Besar pakatan pembangkang Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak zalim apabila memfitnah yayasan yang mentadbir dan menjaga kebajikan anak-anak yatim dan miskin itu.
“ Khalid fitnah YBK berhutang RM100 juta. Dulu dia kata YBK dibantu oleh kerajaan negeri beratus-ratus juta , sekarang ini pula YBK dituduh berhutang RM100 juta. Nampak sangat serangan dia kepada YBK sudah bukan lagi serangan bersifat fakta.
“Saya hendak menyebutkan bahawa YBK tidak ada hutang. Boleh siasat YBK. Kami tidak boleh berhutang kerana kami hanya pemegang amanah. Bank pun tidak bagi kami berhutang,’’ tegas beliau.
Zainal berkata, MB Selangor itu sudah menjadi emosional kerana sebagai seorang yang berkuasa, dia melihat YBK semakin mendapat simpati orang ramai, walaupun difitnah.
Umpamanya, kata beliau, Khalid terlupa dalam pertandingan gusti, kalau orang badan besar bergusti dengan orang badan kecil, akhirnya penonton akan simpati dengan yang berbadan kecil.
Katanya , YBK difitnah lagi dengan berkata Melayu tipu Melayu.
“Saya hendak ingatkan dia bahawa al-Quran menyatakan sesungguhnya fitnah itu lebih teruk. Lebih berat dosanya dari membunuh.
“Kalau kita bunuh orang itu mati, tapi kalau fitnah , hilang kepercayaan orang , keyakinan orang buruknya dipandang orang, orang menceritakan hal dia sehingga dia jadi malu, anak cucu malu.
“Itu pasal dikatakan fitnah tu lebih besar dosanya daripada membunuh. Bunuh sekali mati tapi fitnah akan menyebabkan orang yang difitnah seumur hidup menderita,’’ katanya. -MediaUMNO
+of+IMG00486-20100411-2221.jpg)
+of+IMG00478-20100411-2132.jpg)
+of+IMG00474-20100411-2121.jpg)
+of+IMG00467-20100411-2115.jpg)
+of+IMG00466-20100411-2114.jpg)
+of+IMG00459-20100411-2105.jpg)
+of+IMG00454-20100411-2054.jpg)










