SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, January 23, 2014

UMNO Online - “Undi Tidak Percaya : Taktik Murahan Pembangkang Lagakan Kepimpinan BN” plus 9 more

UMNO Online - “Undi Tidak Percaya : Taktik Murahan Pembangkang Lagakan Kepimpinan BN” plus 9 more

Link to UMNO Online

Undi Tidak Percaya : Taktik Murahan Pembangkang Lagakan Kepimpinan BN

Posted: 22 Jan 2014 02:58 AM PST

IPOH, 22 Jan – Barisan NGO Negeri Perak menyelar kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar yang meminta agar ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melakukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik murahan pembangkang.

Pengerusinya, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, kenyataan Mahfuz itu memperlihatkan ketidakmatangan beliau ketandusan idea untuk memberikan buah fikiran yang terbaik demi rakyat dan negara.

"Ini merupakan taktik murahan pembangkang yang cuba untuk melaga-lagakan ahli parlimen BN dengan memberikan cadangan seperti itu. Apakah Mahfuz tidak ada idea yang lebih baik untuk dilontarkan demi kebaikan rakyat dan negara?

mahfuz-pas-harakah-ahli-parlimen-undi-tak-percaya-laga-najib-bn

"Bahkan dakwaan beliau bahawa ahli  kabinet kerajaan yang ada hari ini adalah kerana  ihsan isteri perdana menteri serta  merupakan bala besar kepada rakyat juga  merupakan satu tuduhan liar yang tidak berasas," jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelasnya lagi, pembangkang hanya tahu mencari kesalahan kerajaan sehingga terlupa tanggungjawab mereka sebagai pemimpin untuk memberikan buah fikiran serta cadangan demi kebaikan bersama.

"Idea pembangkang hari ini tidak lain hanyalah untuk mencela dan mengkritik kepimpinan negara. Sedangkan mereka sendiri tidak lakukan apa-apa, selain daripada mengeluarkan kenyataan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.

"Kita boleh lihat di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang. Apa yang mereka lakukan untuk kebajikan rakyat. Di Pulau Pinang, DAP lebih pentingkan pemaju perumahan mewah daripada membina rumah-rumah untuk rakyat termiskin.

"Manakala di Selangor pula, kepimpinan negeri lebih sibuk berpolitik daripada menumpukan perhatian terhadap kebajikan rakyat, sehingga perkara asas seperti air pun mahu dipolitikkan. Apa yang membuatkan pembangkang merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain," tegasnya.

Justeru itu, beliau meminta agar kepimpinan pembangkang mencerminkan diri mereka terlebih dulu sibuk mengkritik kerajaan dan kepimpinan BN.

"Pemimpin pembangkang janganlah buat kenyataan seumpama menepuk dulang, air terpercik ke muka sendiri. Tengok dulu apa kebajikan yang mereka dah lakukan kepada rakyat terbanyak di negeri yang mereka perintah, sebelum mengkritik BN.

"Jangan asyik menghina, mengkritik serta memberikan idea-idea murahan yang tidak membina serta tidak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk rakyat dan negara. Sikap pembangkang hari ini seperti pepatah ayam yang berkokok berderai-derai, tapi ekor penuh bergelumang tahi," akhiri beliau. -MediaUMNO

Isu Tuduhan Lahad Datu : Tian Chua Belum Terlepas Dari Hukuman

Posted: 22 Jan 2014 02:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Ekoran daripada polemik berkaitan kes UMNO tarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang masih berlarutan, Ibu Pejabat UMNO telah mengemukakan dokumen mahkamah bertajuk Perintah Penghakiman Persetujuan antara UMNO dengan Tian Chua dan 2 yang lain bertarikh 13 Januari 2014.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan bahawa daripada Perintah Penghakiman Persetujuan tersebut jelas bahawa Defenden Pertama iaitu Tian Chua kesal terhadap artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO' telah dirujuk kepada UMNO, sementara Defenden Kedua dan Ketiga iaitu Fazallah Pit (Editor KeadilanDaily.com) dan Aisha Geoffrey (pengarang artikel) dengan serta-merta mengeluarkan artikel tersebut dari sesawangnya.

"Di sini juga ditegaskan bahawa tawaran untuk menyelesaikan kes tersebut dibuat oleh Tian Chua kepada pihak UMNO melalui peguam UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dalam kehadiran Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh dan bukan sebaliknya."

keadilan-tian-chua-lahad-datu-hina-polis

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan walaupun UMNO menyelesaikan kes saman tersebut namun Tian Chua masih lagi berdepan dengan kes tuduhan jenayah hasutan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur yang mana laporan polis yang dibuat oleh rakyat berkaitan Tian Chua dalam insiden Lahad Datu adalah terangkum dalam kes jenayah tersebut.

"Saya menegaskan bahawa, sebagai sebuah parti yang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara, UMNO tidak akan sesekali berkompromi atau beralah dengan pihak yang berniat jahat tetapi dalam kes terbabit pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukan."

Antara kandungan pertuduhan jenayah yang dihadapi oleh Tian Chua ialah:

"Bahawa kamu, pada 1 Mac 2013 jam 11.00 pagi di alamat No: 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Off Metro Pudu, Jalan Yew, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan telah menyebutkan perkataan menghasut dengan membuatkan kenyataan bahawa

a. Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;

b. Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;

c. Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan

d. Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing;

dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama."- MediaUMNO

dokumen-penghakiman-kes-mahkamah-tian-chua-fitnah-umno-01

dokumen-penghakiman-kes-mahkamah-tian-chua-fitnah-umno-02

dokumen-penghakiman-kes-mahkamah-tian-chua-fitnah-umno-03

Muat Turun Dokumen Penghakiman Kes Mahkamah Tian Chua Fitnah UMNO Sini :
-Fail Dokumen PDF 1
-Fail Dokumen PDF 2

13 Items Listed Under Price Control Scheme For CNY 2014

Posted: 22 Jan 2014 02:27 AM PST

PUTRAJAYA, Jan 22  - The Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Ministry has listed 13 items under the Price Control Scheme for the Chinese New Year, which falls on Jan 31 this year.

Its minister, Datuk Seri Hasan Malek, said the scheme would be implemented for 15 days beginning Jan 26 to Feb 9.

“The scheme will be implemented much earlier as an additional measure to control the hike in the price of essential items,” he said when announcing the scheme here today.

The 13 items are live chicken, standard chicken, super chicken, Grade A, Grade B and Grade C eggs, round cabbage (from Indonesia and China excluding Beijing), garlic from China, white pomfret, white shrimp, live pig (only at farm level) and pig intestine, pork and lard.

Hasan said the ceiling prices of garlic and pomfret were fixed much lower under the scheme this year compared to last year.

“The low import price and the presence of sufficient supply have enabled the ceiling price for garlic from China to be fixed at RM5 per kg this year compared to RM7 per kg last year.

“The ceiling price of white pomfret is set at RM37 per kg this year compared to RM38 per kg last year due to the increase in the fish landing in the west coast,” he said.

Apart from that, Hasan said the ceiling price for standard chicken was fixed at RM7.50 per kg this year compared to RM7.70 per kg last year.

He said the ceiling prices for seven other items, including eggs, imported round cabbage, live pork and intestine, pork and lard, remained unchanged.

However, the ceiling price for while shrimp was slightly increased under this year’s scheme, he said.

The minister said the scheme was a part of government’s efforts to alleviate the people’s burden.

He also said that traders who failed to adhere to the regulations under the scheme would face imprisonment and fine up to RM100,000 for individual, and RM500,000 for a company, if convicted.

Wisma Putra Puts Out Travel Advisory On Bangkok

Posted: 22 Jan 2014 02:23 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 22 – Malaysians are advised to postpone or avoid visiting Bangkok following the worsening situation in Thailand’s capital.

Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said his ministry was monitoring the situation closely.

"By taking into account the current situation, the ministry urges all Malaysians to postpone or avoid visiting Bangkok at the present moment," he said after meeting with Turkmenistan Foreign Minister, Rashid Meredov at the Institute of Diplomacy and Foreign Relations, here, today.

To date, nine people were reported killed and almost 600 injured since the violent incidents erupted on Nov 30 last year.

Bumiputera Must Increase Participation In Business

Posted: 22 Jan 2014 01:38 AM PST

SHAH ALAM,  Jan 22 – Bumiputeras need to involve themselves in business as well as in the skills and professional field to improve their proficiency in the economic sector for a bighter future, said Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan.

He said Bumiputeras, especially the Malays, must be prepared to face pressure from inflation and price hikes by increasing their income.

“As an example, the monthly salary of a school leaver with Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) qualification is between RM800-RM900 but if they acquired skills training from the National Youth Skills Institute their pay can breach RM1,500 while they can earn over RM2,000 monthly if they receive training from the   Advanced Technology Training Centre (ADTEC),” he said here last night.

He was speaking at the People’s Forum : ‘Ummah Disunity is a Disaster, What will happen? (Malapetaka Perpecahan Ummah Apa Sudahnya?) jointly organised by Umno Information Bureau, UMNO Overseas Club Alumni Welfare Bureau and Shah Alam Umno division.

Most of the grumblings on the price hike were voiced by the Malays, the majority of whom were still in the lower income bracket, he said.

He said the government had also announced a fund of RM700 million under TEKUN and another fund of RM300 million to Amanah Ikhtiar Malaysia to increase Bumiputera participation in the business field under the 2014 budget.

Kemelut Azmin Dan Khalid Hanya Sandiwara Percaturan Politik PKR

Posted: 21 Jan 2014 11:36 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Jan - Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata kemelut di antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ini tidak lebih sekadar satu sandiwara permainan politik mereka bagi menutup isu-isu yang lebih besar di negeri itu.

Beliau yang juga merupakan bekas pemimpin PKR berkata  walaupun ada pihak khususnya di pihak UMNO dan BN melihat keretakan hubungan Azmin-Khalid di Selangor termasuk penguguran Azmin dari PKNS ini merupakan percaturan politik menjelang pemilihan parti PKR tidak lama lagi, tapi hakikatnya ianya merupakan sandiwara terbesar PKR untuk menutup segala isu yang lebih besar yang berlaku di Selangor termasuk isu Kalimah Allah dan penutupan Pusat Giat MARA baru-baru ini.

rebut-kuasa-pertikaian-dalaman-parti-pkr-anwar-azmin

"Azmin mastermind Anwar dan PKR, jadi mereka 'berlakon bersama' dalam sandiwara keretakan Azmin-Khalid untuk mengalihkan isu sebenar yang berlaku di Selangor. Malah saya sendiri mendapat maklum-balas dari sahabat-sahabat yang masih dalam PKR hari ini, bahawa isu Azmin-Khalid ini tidak memberikan apa-apa kesan khususnya dalam pemilihan parti tidak lama lagi.

“Jadi saya berharap, agar rakyat dan pimpinan UMNO agar tidak terjebak dengan permainan politik hebat Azmin-Khalid ini sebaliknya menumpukan pada isu-isu rakyat dan masyarakat seperti isu Kalimah Allah dan penutupan Pusat Giat MARA di Selangor daripada melayan karenah Azmin-Khalid Ibrahim ini," ujarnya yang juga bekas EXCO Pemuda Keadilan Pusat.

Dalam masa yang sama, beliau menyelar kepimpinan dan ahli yang muda dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini yang nampaknya hilang punca dan tidak berprinsip dalam hala tuju perjuangan mereka.

Anak-anak muda yang menyertai AMK hari ini jelas beliau hanya tahu mencari salah kerajaan, hanya mahu memberikan persepsi negatif pemimpin-pemimpin UMNO dan BN kepada rakyat.

"Begitu juga dengan tindakan Ketua AMK, Shamsul Iskandar semalam yang mengadakan demostrasi di hadapan Kedutaan Jepun yang menuntut penjelasan mengapa Anwar dilarang memasuki Jepun serta menganjurkan kempen Boikot Barangan Jepun, tindakan yang merepek dan tidak masuk akal.

“Tetapi, inilah masanya mereka (Shamsul Iskandar) nak menonjol untuk menjadi `hero' kepada Anwar Ibrahim. Inilah masanya mereka nak menunjukkan kepada rakyat khususnya ahli-ahli PKR bahawa dialah hero yang memperjuang dan mempertahankan Anwar dalam isu larangan memasuki Jepun baru-baru ini.

“Mereka nak boikot barangan Jepun, tapi datang demostrasi di Kedutaan Jepun pun naik Honda, naik Toyota…. boikot apa namanya tu," tambahnya. -MediaUMNO

KPDNKK Sedia Portal 1Pengguna Untuk Semak Harga Barang Setiap Hari

Posted: 21 Jan 2014 11:20 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Jan  - Orang ramai kini boleh menggunakan perkhidmatan semakan harga barang di pasaran setiap hari melalui portal khas www.1pengguna.com yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi merancang perbelanjaan harian.

Antara harga barang keperluan harian yang boleh diakses oleh pengguna ialah ayam, ikan cencaru, bawang, cili, sayur-sayuran dan santan yang dijual di pasaran mengikut negeri dan kawasan di seluruh negara, dengan harga dikemas kini setiap hari.

pantau-lapor-naik-harga-barang-pricewatch-1pengguna

Berdasarkan kepada senarai harga barang di Selangor yang dikeluarkan portal berkenaan hari ini, harga ayam bersih standard dijual antara RM5.99 hingga RM8.50 sekilo di pasaraya besar manakala ayam hidup antara RM5.20 hingga RM7.30 di semua pasar basah.

Harga bawang putih antara RM2.20 hingga RM9 sekilo manakala bendi antara RM3.20 hingga RM15.90 sekilo di pasaraya besar dan pasar basah di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut portal itu, cili hijau dijual antara RM7 hingga RM15 sekilo di pasar basah seluruh Johor manakala cili merah antara RM7.90 hingga RM23 sekilo di pasaraya besar dan pasar basah negeri itu.

Bagi kangkung pula, harga seikat kira-kira 250 gram dijual antara 38 sen hingga RM2 di pasaraya dan pasar basah seluruh Pulau Pinang manakala tomato antara RM1.90 hingga RM7 sekilo di pasaraya dan pasar basah seluruh Perak.

Melalui portal 1pengguna juga, orang ramai boleh mengemukakan aduan sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang menaikkan harga barang secara mendadak dan tidak mengikut harga yang ditetapkan melalui hotline KPDNKK: 1800-886-800 atau mengisi borang aduan yang disediakan menerusi portal itu.

Ajak Boikot Barangan Jepun… Saranan Pembangkang Tidak Cerdik

Posted: 21 Jan 2014 11:09 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Tingkah pakatan pembangkang yang bertindak balas terhadap larangan Anwar Ibrahim memasuki Jepun dengan mengadakan bantahan dan mengajak 'boikot barangan Jepun' membuktikan sifat tidak cerdik dalam kepimpinan mereka sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Zahida Zarikh Khan melihat sekiranya barangan buatan Jepun mahu diboikot maka bagaimana dengan pelaburan negara terbabit di Malaysia yang secara langsung memberi sumbangan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

"Sebenarnya mereka bersikap hipokrit apabila mengajak 'boikot barangan Jepun' kerana dalam keadaan mereka berdemo dan memegang sepanduk terbabit pun ada di antaranya yang menggunakan barangan Jepun termasuklah kenderaan buatan negara terbabit," katanya kepada UMNO-Online.

amk-pkr-keadilan-pakatan-pembangkang-demo-boikot-bakar-bendera-jepun-halang-anwar-masuk

Katanya, sewajarnya pakatan pembangkang memikirkan implikasinya terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu perkara sebagaimana demo yang berlangsung semalam di hadapan kedutaan Jepun.

"Sudahlah mereka tidak memikirkan atau menyelidik terlebih dahulu siapa yang salah apabila kerajaan Jepun melarang ketua mereka memasuki negara terbabit, dan kemudian mereka membuat bantahan dengan mahu memboikot barangan Jepun sedangkan ramai usahawan negara terbabit melabur di negara kita termasuklah pembinaan pelbagai kilang-kilang elektronik dan sebagainya."

Tegas beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, sepatutnya pakatan pembangkang khususnya yang berdemo dan mengajak orang ramai memboikot barangan Jepun menilai diri sendiri dengan melihat berapa banyakkah barangan Jepun yang mereka gunakan.

"Mereka sendiri bersikap hipokrit apabila mengajak orang lain laksanakan boikot terhadap barangan Jepun sedangkan dalam masa yang sama mereka ini masih menggunakan pelbagai barangan Jepun iaitu dari barangan elektrik di rumah, barang elektronik hinggalah kepada kenderaan mereka pakai."

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat melihat sendiri bagaimana sikap pembangkang dalam menangani masalah yang diakibatkan oleh kesalahan mereka sendiri tetapi menyalahkan pihak lain.

Semalam, pakatan pembangkang yang diketuai oleh Ketua Angkatan Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah mengadakan bantahan sebagai tindak balas terhadap larangan Anwar Ibrahim memasuki Jepun dengan membabitkan sebilangan peserta yang memegang poster bertulis 'boikot barangan Jepun'.

Dilaporkan, Ketua Pembangkang tidak dibenarkan memasuki Jepun kerana didakwa gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah Perkara 7 Kawalan Imegresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian dalam undang-undang Imegresen Jepun. - MediaUMNO

Malaysia’s Automotive TIV At All-Time-High Of 655,793 Units In 2013

Posted: 21 Jan 2014 11:04 PM PST

PETALING JAYA, Jan 22 – Malaysia’s total industry volume (TIV) recorded an all-time high high of 655,793 units in 2013, up 4.5 per cent against 627,753 units in 2012, the Malaysian Automotive Asociation (MAA) announced today.

This record figure outperformed MAA’s forecast of 640,000 units.

Its President Datuk Aishah Ahmad said this was the fourth consecutive year in a row that the local automotive industry surpassed the 600,000 mark since 2010 of 605,156 units.

“The all-time-high performance last year was due to aggressive sales campaigns by car companies as well as innovative and attractive offers and schemes for new car buyers.

“Consumers’ sentiment in 2013 was also positive due to the stable employment market coupled with normalisation of vehicle sales starting in the third quarter, resulting in the TIV in that quarter to increase by 12 per cent as compared to the previous quarter,” she told a media briefing here today.

Aishah however forecast a slower TIV growth of 2.0 per cent for this year to 670,000 units on expectations of rising cost of living, which would result in consumers downsizing their assets.

Kebiadapan Beruk Democrazy!!

Posted: 21 Jan 2014 09:05 PM PST

amk-pkr-keadilan-pakatan-pembangkang-demo-boikot-bakar-bendera-jepun-halang-anwar-masuk

Saya mengutuk keras tindakan pembangkang mengadakan himpunan haram dihadapan Kedutaan Jepun hari ini dan membakar bendera negara Jepun kerana membalas tindakan Jepun melarang kemasukan Anwar Ibrahim ke Jepun hari Ahad 19 Januari lepas.Pada saya ini adalah tindakan biadap dan amalan politik rimba oleh para peliwat democrazy yang tidak boleh diterima oleh mana-mana tamadun. Ini bukan sebahagian daripada akhlak dan amalan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

1. Menghormati Kedaulatan Jepun

Kita wajib menghormati kedaulatan negara Jepun dan pendirian Kerajaan Jepun yang mempunyai undang-undang dan peraturan imigresen yang ketat.Ketegasan Jepun dalam soal imigresen dapat dilihat sebelum ini yang pernah menghalang dan melarang tokoh-tokoh dunia dan antarabangsa seperti Sir Paul Macartney, Paris Hilton dan lain-lain daripada memasuki Jepun.

Siapa Anwar yang hanya ikan bilis berbanding tokoh-tokoh ini? Dan tokoh-tokoh ini tidak pula mempolitikkan tindakan Kerajaan Jepun; malah akur (walaupun tidak bersetuju) dengan keputusan itu kerana menyedari hak dan kedaulatan Jepun untuk menentukan dasar dan polisi imigresennya.

Tindakan Kerajaan Jepun menghalang Anwar atas alasan beliau mempunyai rekod sebagai sebagai banduan sepatutnya dihormati kerana tiada negara yang mahukan rakyatnya didedahkan kepada kegiatan bekas banduan jenayah.

Malahan insiden ini wajib membuka mata pembangkang untuk menghargai sikap Malaysia yang masih memberi ruang kepada bekas banduan dan pesalah jenayah untuk terus aktif dalam politik negara ini. Kita lihat sendiri bagaimana didalam Parlimen Malaysia terdapat beberapa bekas banduan dan pesalah jenayah yang boleh menduduki kerusi sebagai Yang Berhormat.

Kemungkinan Malaysia adalah satu-satu negara didunia yang mempunyai bekas banduan dan pesalah jenayah sebagai Ahli Parlimen!

2. Tumpu kepada tanggungjawab sebagai Penasihat

Selanjutnya pembangkang sepatutnya mendesak Anwar supaya memberi tumpuan kepada masalah dalaman partinya PKR & Kerajaan PKR Selangor yang sedang menghadapi kemelut perebutan jawatan dan politiking melampau sesama sendiri sehingga menjadikan penjawat awam sebagai mangsa.

Akibat pertelingkahan berkaitan perjawatan dan kedudukan sebagai Ahli Lembaga Pengarah didalam PKNS diantara Tan Sri Khalid dan Azmin Ali, dua penjawat awam iaitu Datuk Othman Omar (Pengurus Besar) dan Norita Sidek (Setiausaha) menjadi mangsa dengan ditukarkan serta merta ke ‘jawatan beku’ didalam SUK Selangor.

Anwar sepatutnya memberi 101% perhatian kepada menyelesaikan masalah dan kemelut ini kerana beliau memegang jawatan dan amanah sebagai penasihat didalam parti PKR dan juga penasihat ekonomi Kerajaan PKR Selangor.Adalah tidak wajar seorang penasihat sibuk ke luar negara didalam keadaan parti dan kerajaan parti nya menghadapi kemelut dalaman yang serius.

3. Cubaan Mengalihkan Isu

Saya juga melihat tindakan biadap dan kehaiwanan oleh pembangkang ini sekadar untuk mengalih isu serius yang sedang mereka hadapi.

Pertama, Anwar sedang berhadapan dengan perbicaraan rayuan kes beliau didakwa meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Sekiranya rayuan Pendakwaraya diterima, Anwar bukan sahaja akan berdepan dengan hukuman penjara yang panjang, malah statusnya sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang akan turut masuk ke longkang; bersama dengan impian menjadi Perdana Menteri bersemayam di Putrajaya akan ditong-sampahkan ke Sg. Buloh;

Kedua, kemelut politiking diantara Tan Sri Khalid dan Azmin Ali dilihat sangat serius, apatah lagi pemilihan PKR dijangka berlangsung Mac ini. Ini ditambah dengan desas-desus desakan supaya Wan Azizah mengosongkan jawatan sebagai Presiden kerana dilihat tidak berfungsi dan sekadar menjadi penghias parti.

Juga sudah timbul desakan bahawa kedudukan Anwar sebagai Ketua Umum dan Penasihat parti sudah tidak relevan; sebaliknya mereka mendesak Anwar mengambil alih jawatan Wan Azizah!

Ketiga, diwaktu yang sama, rakan sekongkol mereka iaitu DAP masih dilanda dengan masalah legitimasi pemilihan CEC, dan PAS pula dengan masalah penyerapan elemen syiah dalam kepimpinannya serta kemelut isu kalimah Allah, dan PKR dengan masalah perebutan jawatan dan habuan sesama mereka.

Maka jalan terbaik bagi mereka ialah mengalihkan isu supaya kepanasan api isu dalaman mereka dapat dipadamkan!

4. Tindakan tegas perlu diambil

Saya mendesak pihak polis supaya segera mengambil tindakan menyiasat dan menangkap serta mengheret mereka yang bertindak biadap terhadap kedaulatan Jepun ke muka pengadilan.

Kita khuatir sebarang kegagalan atau kelengahan bertindak terhadap mereka ini akan dilihat oleh Kerajaan dan rakyat Jepun serta masyarakat dunia sebagai persekongkolan Kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perbuatan biadap dan tidak bertamadun ini.

Malahan jika tiada sebarang tindakan tegas diambil, saya menjangkakan kebiaDapan gerombolan peliwat democrazy ini akan menjadi-jadi.

Kejayaan mereka menawan pentas utama sambutan Tahun Baru 2014 di Dataran Merdeka tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang menjadi api membakar semangat mereka untuk terus bertindak liar dan dliuar batasan undang-undang.

Kegagalan Kerajaan Ying Luk di Thailand menangani perlakuan biadap seperti ini harus menjadi pengajaran kepada Kerajaan Malaysia dan pihak keselamatan, kerana ia akan mengugat keamanan dan keselamatan negara!

Mungkin sudah tiba masanya Kerajaan dan rakyat Malaysia mengambil langkah berani mengembalikan undang-undang seperti ISA; Ordinan Darurat dan lain-lain dengan penggubalan undang-undang baru dinamakan Akta Keharmonian dan Keselamatan Negara (National Harmony & Security Act – NAHSA).

Apapun, kita sebagai rakyat Malaysia mengutuk keras tindakan & perlakuan biadap pembangkang ini. Dan kita mahu dan desak tindakan tegas tanpa kompromi diambil terhadap mereka.

Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com)

amk-pkr-keadilan-pakatan-pembangkang-demo-boikot-jepun-halang-anwar-masuk

amk-pkr-keadilan-pakatan-pembangkang-demo-boikot-pijak-bendera-jepun-halang-anwar-masuk

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT