SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, May 12, 2012

Kenytaan akbar Dtk Hassan ALI

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA

Kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melaksanakan hudud di negara ini memang sudah dijangka mendapat tentangan keras daripada DAP sebagai parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Alasan TG Abdul Hadi Awang bahawa hudud akan dilaksanakan setelah fenomena pengangguran dan kemiskinan dapat ditangani tidak sedikitpun mengubah pendirian DAP.

Pengerusi DAP itu dengan keras dan tegas mengulangi kenyataannnya bahawa atas apa alasan pun DAP sememangnya tidak dapat menerima syariat Islam dan perlaksanaan hudud. Seingat saya Setiausaha Agung DAP dalam salah satu sidang akhbarnya tahun lepas juga menyatakan perkara yang sama dengan apa yang ditegaskan oleh Karpal Singh. PAS tidak boleh sama sekali membuat kenyataan mengenai hudud apa lagi melaksanakannya sebelum mendapat restu daripada dua komponen parti yang lain khususnya DAP.

Ini bukan kali pertama kenyataan sedemikian diutarakan oleh pimpinan tertinggi DAP. Rakyat Malaysia termasuk ahli dan penyokong PAS memang dapat menduga respon daripada DAP berhubung dengan isu Negara Islam dan hudud tersebut.

Bagi saya, sebagai pemimpin parti Islam, tidak dibenar membuat apa-apa kenyataan berhubung dengan dasar perjuangan partinya, sama sekali tidak dapat diterima oleh akal orang yang siuman. Bagi saya juga, apa hak DAP untuk menyelar dan menidakkan kenyataan umum yang dibuat mengenai perlaksanaan hudud yang seperti diketahui pada dasarnya melibatkan penganut Islam sahaja. Saya menganggap tindakan pimpinan utama DAP begitu keterlaluan hingga tidak langsung mengambil kira sensitiviti umat Islam khasnya ahli dan penyokong PAS termasuk mereka di akar umbi yang ingin melihat syariat Islam dan hudud dilaksanakan. Itu jugalah janji PAS kepada mereka.

Seperkara lagi, isu ini timbul daripada mulut Presiden PAS sendiri termasuk Mursyidul Amnya beberapa bulan yang lepas yang bagi saya adalah merupakan individu-individu yang layak dan berhak menyuarakan sesuatu berkaitan dengan isu ini. Sayangnya apa yang saya saksikan hasrat dan saranan kedua-dua pemimpin ini tidak disambut oleh lain-lain pimpinan tertinggi parti terutamanya mereka yang selama ini saya gelarkan sebagai parasit-parasit dalam parti.

Secara peribadi, saya tidak sanggup dan rela ulama-ulama dihina sedemikian rupa. Saya tidak sanggup melihat ahli dan penyokong PASs terbabit sama dihina dan hilang maruah disebabkan pimpinan utamanya dicabar sedemikian rupa. Ahli dan penyokong PAS tidak seharusnya menganggap isu ini sebagai perkara yang mesti diletakkan ke pundak pemimpin tertinggi tersebut sahaja. Ahli dan penyokong PAS mesti menggalas sama tanggungjawab melaksanakan misi dan visi perjuangan PAS dan menjadikan PAS parti yang bermaruah bukan parti yang boleh ditunggangi sesuka hati seperti sekarang oleh pihak luar yang sememangnya mempunyai track record memusuhi Islam.

Dalam hubungan ini saya ingin kembalikan ingatan ahli dan penyokong PAS mengenai deskripsi yang diberi oleh Presiden PAS terhadap Karpal Singh satu masa dahulu berhubung dengan isu yang sama bahawa Karpal Singh tidak lebih daripada ubat yang sudah tamat tempoh. Bagi saya bukan sahaja setakat itu tetapi beliau tidak lebih daripada manusia yang sudah melangkah ke zaman "menopause" dalam arena politik yang tidak perlu lagi diberi perhatian sehingga boleh merugikan masa, tenaga dan pemikiran.

Sedikit pengalaman saya selama 4 tahun menjadi Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, apa yang disarankan oleh pimpinan tertinggi PAS itu, itulah juga yang sering saya timbulkan waktu di amanahkan untuk mendokong portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu di negeri Selangor. Demi mempertahankan posisi yang saya ambil selama ini, saya telah menjadi mangsa dan dipecat daripada parti Islam itu.

Saya ingin menegaskan kepada ahli dan penyokong PAS serta masyarakat Islam di negara ini, inilah realiti kedudukan, kemampuan dan cabaran yang berterusan serta tekanan yang dihadapi oleh sebarang usaha untuk melaksanakan hasrat murni merealisasikan hukum hudud dan syariat Islam. Saya terus berasa pesimistik terhadap usaha tersebut di dalam PAS disebabkan kehadiran majoriti golongan parasit yang menguasai saf kepimpinan tertinggi parti ketika ini. Saya meramalkan di bawah gagasan Pakatan Rakyat jalan ke arah itu semakin sempit dan semakin gelap. Telahan saya ini semakin hampir ke realiti lantaran sikap Karpal Singh tersebut serta kata-kata yang pernah diucapkan oleh beliau sendiri bahawa PAS perlu melangkah mayat beliau terlebih dahulu sebelum dapat melaksanakan hudud.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA
Pinggiran TTDI,
Kuala Lumpur
11 MEI 2012

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 1, 2012

Who is funding BERSIH

Satu dunia tahu siapa yg taja bersih. Sila baca....

Wall Street Fills Malaysian Streets With Unrest

Tony Cartalucci
Prisonplanet.com
April 29, 2012
In a repeat of last summer's protests, yellow-shirted mobs calling themselves "Bersih" have taken once again to the streets in Malaysia demanding "clean elections." Their tactics and demands mirror similar movements that have come out into the streets in Russia and across the Middle East, and just like in Russia and across the Middle East, they are entirely funded, directed by, and working for the interests of Wall Street and London.
Bersih's rank and file are responding to legitimate concerns regarding inequities that exist across Malaysia's diverse population. Ethnic Malaysians are perceived to be receiving more benefits and upward social mobility than Malaysia's large groups of ethnic minorities. Likewise it is perceived that Malaysia's ruling government has an unfair advantage come election time. However, the movement's demands and tactics seek simply to destabilize Malaysia politically and return known Western collaborators, and in particular Wall Street proxy and International Monetary Fund (IMF) functionary Anwar Ibrahim, back into power.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, April 8, 2012

Selamat ulang tahun umno

66 tahun sudah berlalu,
Kemajuan sekarang tak macam dulu,
Umno masih seperti dahulu,
Pemaju kemajuan , Rakyat didahulu.

Pelbagai onak , termasuk duri.
Ranjau juga telah dilalui
Malaysia tegap teguh berdiri
Selagi melayu kukuh jati Diri.

Dari merdeka kepada tranformasi
Sudah Ada enam perdana menteri
Perpaduan saranan dari dulu hingga kini
Jadikan malaysia senantiasa berseri.

Dulu basikal ..sekarang komuter
Dari kg masuk ke bandar
Buka saja orang nak Kater..
Jasa umno merata-rata.

Walau hang jebat dtg menyerang..
Walau dulu susah sekarang senang
Umno selalu tahan diserang
Ahli siap siaga menyerang

Walau umno pas Benci
Kehulu kehilir pas caci
Tapi semua tak boleh nak nafi
Pelajaran kemajuan umno Yang beri

Perlajaran kemajuan umno beri
Tidak mengira Mana parti
Walau kekadang tergigit sendiri
Umno masih terus memberi.

Terima masih dari ku sendiri
Sokongan ku untuk umno terus berdiri
Bukan untuk diri sendiri
Demi Agama bangsa dan tanah air
Masa depan Anak cucu tidak merempat dibumi sendiri
Pru 13 umno dpt 14 negeri




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, March 13, 2012

JEMPUT HADIR BERAMAI _RAMAI


....Meloncat lagi ..kali ni dr rani nak panggil sapa pulak...

Jumaat lepas ketika dato hassan ali bagi ceramah.... MB dan Kaled summort.. dbuat jugak ceramah... malan ni ruslan kasim pulak.......KLIK SINI

Thursday, March 8, 2012

Renungan

IrBadrul Hisham Mohd Ali

Hari ini 8 Mac, 4 tahun lalu (8 Mac 2008), BN kehilangan banyak kerusi Parlimen & DUN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU12. BN tumbang di Kedah, Selangor, Pulau Pinang, majoriti W. Persekutuan dan kalah lagi di Kelantan. BN juga gagal dapat majoriti 2/3 kerusi Parlimen. Walaupun bukan hari untuk diraikan, tetapi boleh dijadikan hari untuk muhasabah diri, membaiki iltizam dan membulat tekad bagi memastikan hari mendatang lebih baik dari semalam. Harap2 kita telah belajar dari kesilapan lalu, kerana kalau kalah lagi, untuk perbaiki keadaan akan menjadi begitu sukar.......
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, March 2, 2012

Open interview

TEMUDUGA TERBUKA
(WALK IN INTERVIEW)....

PENGAMBILAN KONSTABEL (LELAKI) 2012 MULAI 4 MAC - 20 APRIL 2012 DISELURUH MALAYSIA DAN DIJANGKA AKAN MEMULAKAN LATIHAN PADA BULAN JUN 2012

SILA DTG DGN MEMBAWA SEMUA SIJIL2 AKADEMIK DAN LAIN2 SEAWAL JAM 0715H PUSAT TEMUDUGA :-

KELAYAKAN :-MINIMUM SPM - LULUS ( 04 KREDIT TERMASUK BM )

PUSAT TEMUDUGA SABAH:-
IPK SABAH - 05/03 - 04/04
IPD KUDAT - 06/03 -13.../03
IPD SANDAKAN - 18/03 - 22/03
IPD TWU - 26/03 - 04/04

SARAWAK:- BALAI POLIS KOTA SENTOSA KUCHING - 05/03 - 04-04
IPS SERI AMAN - 06/03 - 04/04
IPD SARIKEI - 14/03 - 20/03
IPD SIBU - 22/03 - 02/04
IPD MIRI - 04/04 - 10/04

KELANTAN:-
BN 8 PGA PKLN CHEPA - 29/03 - 15/04
IPD MACHANG - 29/03 - 12/04
IPD KOTA BHARU - 01/04 - 18/04

TERENGGANU :-
IPD SETIU - 05/03 - 11/03
IPK TERENGGANU -13/03 - 27/03

PAHANG:-
IPK PAHANG - 05/03 - 26/03

SELANGOR:-
IPD SEPANG - 05/03 - 29/03

JOHOR:-
IPD BATU PAHAT - 28/03 - 18/04
PSP NO.2 JB - 25/03 - 17/04

PERAK:- BALAI POLIS PASIR PUTEH,IPOH - 05/03 - 26/03
IPD TAIPING - 05/03 - 21/03

MELAKA:-
IPK MELAKA - 29/03 -16/04

KEDAH:-
IPD KUALA MUDA - 05/03 - 27/03 KOMPLEKS LATIHAN POLIS ANAK BUKIT - 05/03 - 27/03

NEGERI SEMBILAN:-
IPD SEREMBAN - 29/03 - 16/04

KUALA LUMPUR:- BRIGED TENGAH CHERAS - 28/03 - 15/04

PULAU PINANG:-
IPD TIMUR LAUT - 13/03 - 26/03

PERLIS:-KOMPLEKS LATIHAN POLIS KUALA PERLIS - 05/03 - 11/03
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT