SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, July 2, 2013

UMNO Online - “Jangan Jadikan Parlimen Gelanggang Sarkis” plus 9 more

UMNO Online - “Jangan Jadikan Parlimen Gelanggang Sarkis” plus 9 more

Link to UMNO Online

Jangan Jadikan Parlimen Gelanggang Sarkis

Posted: 01 Jul 2013 04:58 AM PDT

Salam… Setelah Ketua Pembangkang menelan ludahnya sendiri dan mengangkat sumpah di Parlimen, maka bermulalah lembaran baru dalam pentadbiran Malaysia.

Walaupun sidang yang mulia tersebut dicemari oleh sampah-sarap yang ditabur Anwar di luar Dewan, namun rakyat tetap memberi harapan tinggi agar sidang kali ini mampu menampakkan satu transformasi minda di kalangan ahli-ahli politik.

Dalam kata lain, kita harap sikap mereka yang berbaring dan menjerit di luar dewan, tidak turut menggambarkan sikap yang di dalam dewan.

Ingatlah, di dalam dewan inilah rakyat bergantung nasib dan masa depan mereka.  Dengan barisan-barisan pemimpin yang digambarkan sebagai 'paling layak', 'paling tepat', dan 'paling bijak' kalaupun tidak 'paling popular',  maka inilah diharapkan agar usul-usul serta hujah-hujah perbahasan turut menepati semua gambaran itu.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa politiking di Malaysia sudah mencapai tahap tepu sehingga tiada lagi ruang yang tidak dipolitikkan.

Oleh itu, kita harap ahli-ahli parlimen sekalian memahami bahawa Dewan Parlimen bukan tempat berpolitik, tetapi merupakan satu platform untuk berbincang, berdebat dan mencari penyelesaian serta ide-ide baru mengenai negara.

Ia adalah satu sidang yang serius serta bukan tempat untuk mencari populariti mahupun membodek atau mengutuk sesiapa.

Rakyat tidak meletakkan anda di sana untuk membuat persembahan sarkas dan membodohkan diri sendiri.  Sesungguhnya tiada apa yang menarik melihat ahli-ahli politik membodohkan diri sendiri.

Justeru, rakyat ingin agar isu-isu yang dekat dengan diri mereka diperbahaskan secara professional dan matang agar penjelasan dan penyelesaian dapat diambil segera.

Semoga persidangan kali ini berjalan lancar tanpa gangguan makhluk-makhluk perosak yang membazir masa dan wang negara.  Bersikaplah sebagai pemimpin, bukan artis atau samseng jalanan.  Dan yang paling penting, janganlah bersikap macam binatang.

Abu Rayyan

Ustaz Kazim Mampu Tumbangkan Kerajaan DAP Pulau Pinang?

Posted: 01 Jul 2013 04:34 AM PDT

Saya tidak faham mengapa perlu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyekat program Forum Perdana di negeri jajahan "Khalifah" Lim Guan Eng itu dengan alasan yang bersifat kebudak-budakan, phobia dan jelas bermotifkan politik.

Alasan yang diberikan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu ialah ahli panel di program itu bernama Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz dan beliau dikatakan mampu menggugat kerajaan kerajaan negeri.

Kerana Ustaz Kazim maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarahkan program Forum Perdana yang dijadual diadakan di negeri itu pada 5 Julai ini dibatalkan? Kerana Ustaz Kazim? Biar betul!

Semalam Al-Fadhil Ustaz Kazim Al-Hafiz memberitahu media mengenai dirinya yang "digam" oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu. Katanya, Exco agama di negeri itu keluarkan arahan begitu dan membatalkan Forum Perdana tersebut.

Beliau meluahkan rasa kesalnya atas sikap kerajaan negeri pimpinan Guan Eng itu. Namun apakan daya, bila kuasa di pulau mutiara itu diserahkan pada kafir harbi, begitulah nasib penceramah bebas seperti Ustaz Kazim.

Peliknya, sejak bila pula Ustaz Kazim mampu mengganggu gugat Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Hebat benarkah ceramah Ustaz Kazim sehingga mampu memberi kesan pada sesebuah kerajaan negeri?

Apakah Ustaz Kazim berceramah dan menghasut supaya rakyat di Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan menghuru-harakan kerajaan pimpinan Guan Eng itu? Hebat sangatkah "aura" Ustaz Kazim hingga mampu tumbangkan rejim Dinasti Lim di negeri DAP itu?

Saya tertanya-tanya, kalaulah "Ostat Ferrari" atau "Ostat McD" yang dijemput memberikan ceramah politikkan agama di Forum Perdana itu, rasanya tak perlu permit pun, terhegeh-hegeh Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan sediakan segala kemudahan dan beri kerjasama erat.

Biarpun Ustaz yang baru saja tambah isteri yang masih dara itu sering mengeluarkan hukum ikut suka mak bapak dia saja da tidak menghiraukan hukum Islam yang sebenar, dia tetap diterima dan dibenarkan berceramah di Pulau Pinang.

Kenapa "Ostat" itu dialu-alukan di Pulau Pinang? Sebab dia boleh kukuhkan lagi rejim DAP kafir harbi di negeri itu? Padahal, dia tidak lebih dari "peserta Maharaja Lawak" yang "disqualified" kerana memperdagangkan agama dan ceramahnya untuk beli "roadtax" kereta Ferrarinya?

Exco agama di Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim sebenarnya menafikan dakwaan Ustaz Kazim tersebut. Katanya dia tak tahu menahu tentang arahan Kerajaan Negeri itu dan mungkin apa yang berlaku terhadap Ustaz Kazim itu merupakan "salah faham".

Pelik! Exco agama tak tahu pun tentang arahan itu? Sedangkan Ustaz Kazim sendiri yang mendakwa menerima arahan itu dari Exco terbabit. Siapa yang menipu? Ustaz Kazim atau Abdul Malik "itik"? Pada saya, saya lebih percayakan Ustaz yang punya gelaran Al-Hafiz berbanding ahli politik!

Salah faham apa yang Abdul Malik cuba katakan? Ustaz Kazim tidak faham arahan Kerajaan Negeri? Atau arahan terhadap Ustaz Kazim itu dikeluarkan oleh pihak tertentu tanpa pengetahuan Abdul Malik sendiri? Atau lebih tepat lagi, Abdul Malik makan gaji buta atau Exco sendiri yang tidak faham bahasa?

Saya agak terkilan perkara ini berlaku di saat umat Islam di negara ini begitu hampir untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam di seluruh dunia.

Saya tidak pasti sama ada ini adalah salah satu gerakan membalas dendam terhadap isu "Jonker Walk" di Melaka. Tapi pada saya, biar apa pun alasan di sebalik insiden ini, kita tidak perlu lagi beri muka pada DAP laknatullah itu. Mereka wajar diajar sewajarnya…

mykmu.net

Proses Dan Keputusan Pilihan Raya Hanya Boleh Dipersoal Di Mahkamah – Shahidan

Posted: 01 Jul 2013 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Proses dan keputusan pilihan raya hanya boleh dipersoalkan di mahkamah dan bukannya melalui siasatan oleh mana-mana suruhanjaya siasatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata ia boleh dipersoalkan di mahkamah kerana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sesuatu negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Lim mengajukan pertanyaan mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat proses Pilihan Raya Umum ke-13 dan keputusannya, sama ada ia bersih dan adil.

Shahidan berkata Seksyen 35, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) juga menjelaskan petisyen pilihan raya boleh dibuat sekiranya pempetisyen merasakan perisytiharan bahawa pilihan raya tidak sah, orang itu tidak dipilih dengan sewajarnya atau sepatutnya telah tidak dilapor pilih dan suatu tafahus, jika kerusi dituntut untuk seseorang calon yang tidak berjaya atas alasan dia mendapat majoriti.

Berhubung pertanyaan Lim mengenai penubuhan RCI bagi mencari fakta dan punca rusuhan yang berlaku pada 13 Mei 1969, beliau berkata berdasarkan Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) kuasa untuk melantik pesuruhjaya terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

Shahidan berkata bagi menangani isu-isu yang membawa kepada rusuhan itu, kerajaan telah menubuhkan Majlis Muhibah dan Jabatan Perpaduan Negara bagi menggalakkan semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat serta menyusun dan melaksanakan dasar serta aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum.

“Berhubung kes kematian tahanan di dalam lokap, serta salah guna kuasa dan keganasan polis, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan telah menubuhkan pasukan petugas khas mengikut Seksyen 28 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Akta 700) bagi menyiasat kes itu,” katanya.

Usah Buat Sebarang Persepsi SPR Disiasat SPRM – Tengku Adnan

Posted: 01 Jul 2013 03:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN)  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa pihak tertentu tidak membuat sebarang persepsi mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dakwat kekal.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pembangkang yang mendesak semua petugas SPR meletakkan jawatan berhubung isu itu sedangkan pembangkang yang bertegas mahukan dakwat kekal digunakan pada pilihan raya umum ke-13 lepas.

“Kenapa? Dia (pembangkang) yang minta dakwat kekal, tapi dia yang nak SPR letak jawatan bila dakwa ada isu.

“Saya dah pernah tegaskan, kita tak perlukan dakwat kekal, kita ada IC (kad pengenalan) untuk pengesahan (pengundi), tapi ada pihak yang takut (IC) disalah guna, jadi…sekarang suruh siasat pula,” kata Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, portal berita the Malaysian Insider melaporkan SPRM  telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh SPR.

Sebuah portal juga melaporkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di George Town yang meminta semua petugas SPR meletakkan jawatan berhubung isu dakwat kekal.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Adnan berkata BN tiada masalah jika pilihan raya kecil itu diadakan pada bulan puasa.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian wakil rakyatnya dari BN Dr A. Rahman Mokhtar pada Rabu lepas.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, yang pertama selepas PRU13, 5 Mei lepas.

Tidak Jadi Pensyarah Bukti Amalan Tepati Janji Bukan Prinsip Pembangkang

Posted: 01 Jul 2013 03:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menepati janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya Pakatan Pembangkang kalah di dalam pilihanraya, merupakan contoh terbaik amalan  tidak menepati janji yang diamalkan oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang, demikian kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut beliau, sikap yang dipamerkan oleh Ketua Pembangkang itu merupakan manifestasi kepada sikap dan amalan kepimpinan Pakatan Pembangkang yang tidak mengambil berat soal janji-janji mereka kepada rakyat.

"Mereka bercakap sekadar untuk menyenangkan hati rakyat, namun apabila sampai masanya mereka tidak tepati janji.

"Inilah juga yang berlaku di tiga buah negeri yang diperintah oleh mereka, di mana begitu banyak janji-janji yang mereka nyatakan di dalam manifesto masih tidak dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua rakyat di negeri yang diperintah oleh mereka," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang yang suka berjanji tetapi tidak mahu menepati janji itu cukup untuk membayangkan, bahawa kepimpinan pembangkang ini sanggup berbohong demi untuk survival politik mereka.

"Ini termasuklah melemparkan dakwaan dan tohmahan yang tidak ada asasnya sebagai contoh berhubung isu PRU yang lepas, di mana pelbagai dakwaan yang tidak benar mereka lemparkan kepada SPR dan BN.

"Kononnya ada 40 ribu warga Bangladesh diberi hak mengundi, dakwat hitam yang tidak kekal, penipuan peti undi, blackout dan lain-lain, yang ternyata hingga hari ini tidak mampu dibuktikan secara sahih dan jelas oleh mereka.

"Malah mereka tidak segan silu untuk menyebarkan kepada rakyat gambar-gambar palsu berhubung PRU ke 13 baru-baru ini sebagai propaganda untuk membina persepsi rakyat bahawa SPR dan BN berpakat untuk menipu bagi memenangi PRU baru-baru ini," ujarnya.

Justeru itu, beliau meminta rakyat supaya berfikir dan menyelidik terlebih dulu apa saja dakwaan yang datangnya dari kepimpinan pembangkang, agar tidak terangkap dalam mainan politik fitnah mereka.

"Ya, hari ini kemudahan untuk mendapat maklumat hanya dihujung jari. Apa yang kita sudah sedia maklum, pembangkang seringkali cuba menimbulkan isu.

"Jadi, kita sebagai rakyat yang menerima maklumat, mesti membuat saringan terlebih dulu untuk mengesahkan segala fakta yang kita dapati itu benar dan tepat. Jika tidak kita akan membuat keputusan yang salah yang akan menjejaskan agama, bangsa dan tanahair kita sendiri," jelas beliau. -MediaUMNO

Penerima Saman AES Perlu Jelaskan Kompaun – Hishammuddin

Posted: 01 Jul 2013 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai –  Saman AES masih berkuat kuasa meskipun proses pendakwaan mahkamah ditangguh, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Ini bermakna pemandu yang menerima saman AES masih perlu menjelaskan kompaun yang dikenakan kepada mereka,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat, Isnin.

Hishammuddin berkata saman itu perlu dibayar kerana notis yang dikeluarkan kepada pesalah adalah mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau berkata antara 14 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor yang terdapat penguatkuasaan AES setakat ini ialah Kilometer 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah utara), Kilometer 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh), Kilometer 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan), Kilometer 26 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah ke Selatan) dan Kilometer 204.6 Lebuhraya Klang Lama (persimpangan Jalan Sepadu) serta Jalan Lebuh Sentosa di Putrajaya (Kajang menuju PICC).

Sultan Johor Minta Semua Pihak Berhenti Pertikai Pelantikan Tee

Posted: 01 Jul 2013 02:28 AM PDT

JOHOR BAHARU, 1 Julai –  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meminta semua pihak berhenti mempertikaikan soal pelantikan Datuk Tee Siew Kiong sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor.

Baginda, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda Jaba Mohd Noah, bertitah sama ada pihak MCA ataupun pihak yang lain haruslah menghormati keputusan yang telah dibuat dan tidak wajar untuk terus mempertikaikan kuasa Sultan Johor sebagai sultan yang memerintah negeri ini.

“Tuanku telah melantik Datuk Tee supaya setiap kaum yang utama ada wakil di dalam barisan Exco kerajaan negeri.

“Baginda tidak perlu untuk mendapatkan mana-mana cadangan daripada mana-mana pihak dan tidak juga perlu menjelaskan mengapa Datuk Tee dipilih,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, Isnin.

Menurut Jaba, Sultan Johor juga menegaskan apa juga masalah yang timbul di dalam parti politik yang Tee sertai bukanlah menjadi isu terhadap pelantikan beliau sebagai Exco.

Katanya baginda bertitah apa jua tindakan ke atas Tee adalah hak dan kuasa pada parti serta pemimpinnya dan baginda tidak akan mencampuri urusan dalam parti politik dan dalam masa yang sama baginda juga tidak mahu ada mana-mana parti mencampuri urusan pemerintahan baginda

“Walaupun beliau dipecat daripada partinya, beliau tetap merupakan seorang ahli Exco kerajaan Johor yang telah dilantik oleh Sultan Johor atas perkenan dan pilihan tuanku sendiri di bawah kuasa melantik yang termaktub dalam Fasa 4 Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.”

Baginda juga berharap perpaduan rakyat di negeri ini mestilah dipelihara dan diperkukuhkan oleh semua kaum dan masyarakat yang tinggal di negeri ini.

MCA bertindak menggantung keanggotaan Tee selama tiga tahun pada 20 Jun lalu kerana menerima jawatan Exco.

Ketua Pemuda parti itu Datuk Dr Wee Ka Siong baru-baru ini turut mempersoal tindakan Tee itu dengan alasan masih ada wakil rakyat lain yang boleh mewakili kaum Cina dalam barisan Exco kerajaan negeri Johor.

BN Lantik Muhyiddin Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut

Posted: 01 Jul 2013 02:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai  - Barisan Nasional (BN) melantik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengarah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan kepada beliau berhubung pelantikan itu sebelum berangkat untuk lawatan kerja ke luar negara.

Katanya beliau akan dibantu Ketua UMNO Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh sebagai timbalan pengarah pilihan raya kecil itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

“Kita (BN) sudah sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu. Saya harap dengan bantuan beliau (Idris), BN boleh menang dan kekal di sana,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing tanpa izin di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya tentang persediaan BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A.Rahman Mokhtar Rabu lalu.

“Berdasarkan kekuatan dan pengalaman Idris sebagai bekas Menteri Besar Terengganu, beliau mampu menyumbang kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya itu nanti.

“Kita juga berharap pengundi akan terus mengundi BN,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata tidak ada keperluan bagi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff  meletak jawatan berhubung kualiti dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.

“Siasatan yang akan berlaku pada SPR oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah urusan dan bidang kuasa mereka. Kerajaan tidak akan bercampur tangan dalam urusan SPRM.

“Sekiranya ada perkara tertentu yang hendak disiasat, saya pasti SPR akan memberi kerjasama,” katanya.

Semalam, portal berita the Malaysian Insider melaporkan SPRM  telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh SPR.

Othman Muhamad Dipilih Semula Speaker DUN Melaka

Posted: 01 Jul 2013 01:17 AM PDT

MELAKA, 1 Julai –  Datuk Othman Muhamad pada Isnin dipilih semula dan mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka (DUN) untuk penggal kedua.

Beliau yang sebelum ini dilantik ke jawatan itu pada 21 April 2008, dipilih semula setelah memperoleh 22 undi daripada anggota Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) berbanding enam yang berkecuali.

Menarik perhatian apabila Othman mendapat undi Adun Bukit Baru daripada Pas, Dr Khalid Kassim selain 21 Adun Barisan Nasional (BN) sementara enam Adun daripada DAP membuat undi berkecuali.

Terdahulu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron yang juga Adun Sungai Udang mencadangkan Othman dilantik semula sebagai Speaker dan disokong Adun Gadek Datuk M.S Mahadevan.

Idris berkata, Othman sebelum ini telah menjalankan tugas dengan baik, lebih-lebih lagi dengan pengalaman serta pengetahuan luas beliau, membolehkan persidangan DUN dikendalikan dengan cekap dan berjaya.

Sementara itu, Adun Durian Tunggal, Datuk Ab Wahab Ab Latip dilantik sebagai Timbalan Speaker setelah dicadangkan Adun Ayer Molek Datuk Md Yunos Husin dan disokong Adun Klebang Lim Ban Hong.

Berucap setelah mengangkat sumpah sebagai Speaker, Othman mahu setiap Adun Melaka perlu menjadikan persidangan DUN sebagai tempat menyelesaikan masalah rakyat, bukannya tempat peperangan antara parti politik.

“Bawa masalah rakyat dalam dewan ini secara berhemah, mengikut budaya tinggi bangsa Malaysia,” katanya.

Sementara itu, seramai 28 Adun Melaka termasuk tujuh daripada pembangkang diketuai Idris mengangkat sumpah di hadapan Othman pada Isnin.

Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, BN berjaya mempertahan kemenangan denganmajoriti dua pertiga setelah memperoleh 21 kerusi daripada keseluruhan 28 kerusi DUN.

No Immediate Plans To Evacuate Malaysians In Egypt – Wisma Putra

Posted: 01 Jul 2013 12:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 1 – Wisma Putra has no immediate plans to evacuate Malaysians in Egypt amid the worsening political crisis in the Arab country.

A Wisma Putra desk officer when contacted by Bernama said the situation in Egypt was still under control and all Malaysians there were safe, while there were no reports of Malaysians involved in the public rallies held in the country.

“Currently, there are 10,050 Malaysian students in Egypt and they have been advised to stay at home, stay away from the conflict areas and not to join the rallies,” he said.

The Foreign Ministry is also closely monitoring the latest developments on the demonstrations in Cairo and other major cities of Egypt.

The officer said in the last several days, these demonstrations had resulted in injuries to hundreds of people.

“With rising uncertainties, Malaysians are advised to postpone their visit to Egypt,” he said.

It was reported that thousands of demonstrators gathered in Tahrir Square, Cairo to demand the resignation of President Mohamed Morsi while on the other side of Cairo in Nasr City, thousands of pro-Morsi supporters gathered to show their support for the government.

Malaysians requiring more information on the situation in Egypt may call the Malaysian embassy in Cairo at (202) 37610013/ 19/ 68/ 73 or its operations room at 00-2-02-37610270 or 02-37610013/02-37610068 ext 141. They can also be contacted via email at malcairo@kln.gov.my.

Monday, July 1, 2013

UMNO Online - “Calon Disenangi Rakyat Menjadi Pilihan Di Kuala Besut” plus 5 more

UMNO Online - “Calon Disenangi Rakyat Menjadi Pilihan Di Kuala Besut” plus 5 more

Link to UMNO Online

Calon Disenangi Rakyat Menjadi Pilihan Di Kuala Besut

Posted: 30 Jun 2013 05:44 AM PDT

BESUT, 30 Jun — UMNO Bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan yang disenangi penduduk Kuala Besut kepada Perdana Menteri untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri
(Dun) Kuala Besut tidak lama lagi.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata UMNO mempunyai ramai calon yang layak yang berasal dari Kuala Besut untuk dicalonkan.

“Kita mempunyai ramai calon yang berkaliber dan disenangi rakyat terdiri dari tokoh pendidik, tokoh agama, pegawai pentadbir yang semuanya akan ditentukan oleh PM selepas ini,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan PRK dengan Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan barisan UMNO Perhubungan Negeri di Damai Beach resort di sini hari ini.

Menurutnya, Kuala Besut masih merupakan kawasan luar bandar dan majoriti penduduknya terdiri dari kaum nelayan yang berfikiran sederhana tetapi mesra.

Jangan Biarkan Golongan Tertentu Ambil Kesempatan – Muhyiddin

Posted: 30 Jun 2013 05:39 AM PDT

KOTA KINABALU, 30 Jun — Rakyat tidak harus membiarkan golongan tertentu di negara ini mengambil kesempatan daripada kebebasan berhimpun untuk mewujudkan konflik antara masyarakat dan memecahbelahkan perpaduan, kata
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tindakan seperti mengadakan perhimpunan haram dan protes jalanan boleh menggugatkan kestabilan negara serta merugikan rakyat dan negara.

Rakyat harus memanfaatkan semua kekuatan kepelbagaian etnik dan warisan budaya yang unik di negara ini untuk membina perpaduan, katanya.

“Kemakmuran negara dan keharmonian rakyat akan terus wujud sekiranya kerjasama di antara pelbagai kaum sentiasa dipupuk,” katanya ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan di sini hari ini

Muhyiddin berkata rakyat harus bersama menjaga dan mempertahankan perpaduan demi melestarikan kehidupan dan kejayaan masa kini untuk kesejahteraan dan kemakmuran di masa akan datang.

Menurutnya, dengan semangat perpaduan tersebut, Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang dapat berkembang dan membangun dengan pesat sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial dan budaya.
“Kita seharusnya mempelajari daripada apa yang kita capai pada masa lalu untuk kita membentuk landasan yang akan kita lalui pada masa akan datang.

“Walau apapun bentuk landasan yang akan kita bangunkan nanti, apa yang pasti perpaduan rakyat Malaysia tetap merupakan tonggak kukuh yang akan membina negara ke arah yang lebih progresif di masa akan datang,” jelasnya.
Mengenai Tadau Kaamatan atau pesta menuai di Sabah, Muhyiddin berkata perayaan tersebut penuh dengan adat tradisi yang perlu diteruskan untuk generasi akan datang, di samping mampu mempelbagaikan unsur kebudayaan Malaysia yang
boleh dikongsi bersama ke arah integrasi nasional

.
“Perayaan seperti Tadau Kaamatan yang disambut setiap tahun bukanlah untuk bergembira semata-mata, tetapi untuk melahirkan rasa kesyukuran atas segala nikmat dan rahmat yang diperolehi,” katanya.

Muhyiddin berkata amalan menguatkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan mampu mengangkat martabat negara sebagai sebuah destinasi pelancongan dalam persekitaran yang berdaya maju, interaktif dan
dinamik.

“Tambahan pula dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan, strategi ini amat penting bagi memastikan matlamat kita tercapai,” katanya.

 

UMNO Besut Yakin Pengundi Sokong BN

Posted: 29 Jun 2013 08:45 PM PDT

BESUT, 30 Jun — UMNO Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata ini kerana pengundi melihat kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) melalui projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan terutama untuk golongan nelayan di kawasan itu.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.

Wan Zakaria berkata sepanjang tempoh Allahyarham Dr A Rahman menjadi wakil rakyat di kawasan itu, banyak projek pembangunan yang telah dilaksanakan dan masih banyak lagi sedang dibangun dan dalam perancangan.

“Pengundi di DUN Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan termasuk di Pulau Perhentian akan dilaksanakan kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Wan Zakaria antara rancangan besar yang sedang dibangunkan di Pulau Perhentian termasuk pembangunan penempatan penduduk melalui pembinaan tiga blok rumah pangsa, masjid dan projek pelancongan.

Wan Zakaria yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal berkata, pertandingan merebut kerusi DUN Kuala Besut dijangka menarik kerana ia pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 Mei lalu dan berdasarkan pengalamannya beliau yakin peluang BN untuk mempertahankan kerusi itu adalah cerah.

Pembangkang Kehabisan Modal Untuk Tutup Kegagalan PRU-13

Posted: 29 Jun 2013 08:33 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Jun – Pembangkang dilihat kehabisan modal untuk menutup kegagalan mereka memenangi pilihan raya umum ke -13 yang lalu dan perkara itu makin terdedah hari demi hari yang sekaligus menyerlahkan sikap serta tindak tanduk sebenar gabungan parti tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek Datuk Tajuddin Abdullah berkata sikap serta hipokrasi berkenaan tidak dapat disembunyikan lagi dan apa yang diwar-warkan seperti pengundi bangla dan sebagainya bakal menjerat leher mereka sendiri.

Menurut beliau rakyat boleh melihat taktik dan permainan politik mereka yang mana mengiktiraf kawasan yang dimenangi termasuklah negeri yang dikuasai mereka sebaiknya mengambil pendirian lain terhadap kawasan yang mereka kalah.

"Apa pun yang mereka buat dan apa pun yang mereka canang rakyat telah buat keputusan dengan memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui Negara dan mengembalikan negeri Kedah kepada BN.

"Kat Parlimen pun wakil mereka dah angkat sumpah….Terimalah dengan hati terbuka dan bersikap rasionallah demi kemajuan Negara dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin untuk rakyat.

"Itulah yang sepatutnya dan cukup-cukuplah berpolitik..Makin lama makin terdedah apa yang sebenarnya berlaku dan rakyat boleh memahami dengan jelas apa yang berlaku sebenarnya," katanya.

Beliau seterusnya menambah permainan politik pembangkang tidak akan kemana sebaliknya akan terus membuka pekung mereka sendiri.
"Dulu tidak silap saya ada kata pengundi bangle lah…macam-macam lagi. Tetapi hari ini kita boleh tengok pelbagai kenyataan pula yang keluar. Kita tengoklah apa kesudahannya permainan politik mereka itu," katanya.

BN Perlu Mula Gerak Kerja Bagi Pencapaian Cemerlang PRU 14 – Muhyiddin

Posted: 29 Jun 2013 08:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pemimpin Barisan Nasional (BN) segera memulakan gerak kerja untuk memastikan pencapaian lebih cemerlang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak.

“Tempoh lima tahun bukan satu tempoh yang panjang untuk menentukan pencapaian yang lebih besar (dan) kita telah mulakan kerja kita untuk PRU14 sekarang ini, bukan esok.

“Ada orang kata kita baru habis pilihan raya, (jadi) kita penat, saya pun penat…tapi selepas satu tempoh di mana berehat sudah habis, maka tugas dan tanggungkawab kita sudah ada tersedia di hadapan kita,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, berkata demikian pada majlis kesyukuran dan penghargaan jentera BN Wilayah Persekutuan di Padang Kejiranan Ayer Panas, Setapak, di sini hari ini.  Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor dan Ketua Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan.

Muhyiddin turut memberi jaminan bahawa segala yang dijanjikan dalam Aku Janji BN pada PRU13, 5 Mei lepas, akan ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita akan terus bekerja (bermula) sekarang untuk menentukan mereka (rakyat) percaya dan yakin kepada kita dan sampai waktu nak mengundi, mereka akan pilih BN,” katanya.

Beliau juga mahu anggota Parlimen BN yang telah terpilih pada PRU13, terutama dari Wilayah Persekutuan, menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin dan beliau yakin mereka mampu melakukannya.

“Di kawasan yang kita belum menang lagi, kita tidak harus berputus asa kerana tanggungjawab kita di hadapan adalah amat besar sekali,” katanya.
Pada PRU13, BN kekal di kerusi Parlimen Putrajaya, Labuan dan Setiawangsa, serta merampas kerusi Parlimen Titiwangsa daripada PAS.

Muhyiddin menarik perhatian parti-parti komponen BN dan juga bahagian tertentu perlu menyelesaikan segala masalah dalaman dengan segera selain perlu memperkukuhkan kerjasama dengan misi untuk menawan semula kawasan-kawasan yang dirampas pembangkang.

Dalam pada itu, beliau berkata tindakan 89 anggota Parlimen pembangkang, yang pada asalnya mewar-warkan akan memboikot majlis angkat sumpah anggota Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini, hanyalah “permainan wayang” pakatan pembangkang.

“…mereka secara hakikinya menerima keputusan pilihan raya (kerana) ahli-ahli Parlimen mereka datang ke Parlimen dan semuanya mengangkat sumpah di hadapan Speaker (Dewan Rakyat).

“Keputusan pilihan raya ini sesuatu yang mereka tak boleh nafikan dan mereka harus terima (bahawa) mereka dibuang rakyat dalam proses pilihan raya yang telus dan betul,” tegasnya.

UMNO Kelantan Bantu Pertahankan Kuala Besut

Posted: 29 Jun 2013 07:59 PM PDT

KOTA BAHARU, 29 Jun – UMNO Kelantan akan membantu UMNO Terengganu dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu kekal di tangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkatabeliau telah mengarahkan UMNO Bahagian Pasir Puteh, yang merupakan daerah jiran, supaya segera turun padang membantu jentera pilihan raya BN di DUN itu.

“Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman yang merupakan ADUN Semerak adalah bekas guru di Kuala Besut dan beliau ada pengaruh di situ dan saya sudah minta Umno bahagian itu untuk segera membantu.

“DUN Kuala Besut ini merupakan `anak angkat” saya, sudah tentu saya mahukan Kuala Besut ini terus kekal dipertahankan BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali pertama Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Cawangan Kelantan di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.

Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri. Pada pilihan raya umum ke-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN itu dengan mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berjanji akan menyelesaikan masalah petani Kelantan yang mendakwa tidak mendapat pelbagai bantuan termasuk subsidi seperti yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Pada persidangan itu, beberapa penyokong kerajaan negeri mendakwa petani di beberapa jajahan negeri itu tidak menerima beberapa peruntukan termasuk subsidi padi.
Berikutan itu, petani berkenaan didakwa akan memboikot musim baru penanaman padi dan juga akan menyekat pengaliran air yang melalui sawah mereka.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT