SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, September 11, 2009

Pertandingan kacau dodol

Semua dijemput hadir..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ULasan Ustaz Zul... Baik Ustaz naik kapal lain lah... takyah dok kapal yang haram tu lagi

Zulkifli bidas ‘Pak Janggut’

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIApengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al- Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.
“Yang paling jelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,’’ katanya.


Zulkifli berkata demikian di dalam blognya, http://zul4kulim. blogspot.com/ bagi mengulas isu pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam yang dirancang kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang tetapi dibantah penduduk Islam di situ.

Ia menyebabkan 12 penduduk Islam di kawasan itu dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam perhimpunan haram mengarak kepala lembu di hadapan bangunan kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini bagi membantah pembinaan kuil itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan identiti individu yang digelar ‘Pak Janggut’ itu.
Zulkifli berkata, memang umat Islam disuruh berlaku adil termasuk kepada bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tetapi ia hanya terhad kepada soal menjaga kebajikan mereka termasuk memelihara tempat ibadah.


Katanya, umat Islam di situ bagaimanapun dilihat seolah-olah tidak mempunyai hak untuk bersuara dan hidup dalam keadaan aman harmoni berdasarkan status quo mereka.
“Umat Islam di situ dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dan perintah itu dikatakan dibenarkan di dalam al-Quran.


“Malahan mereka dikatakan berdosa kerana tidak mengikut al-Quran untuk membenarkan pembinaan kuil itu,” jelasnya.

Katanya, pembinaan kuil itu telah banyak diputar belit dan digembar-gemburkan sehingga menyebabkan isu sebenar pencerobohan tanah di kawasan itu untuk menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

“Isu demonstrasi kepala lembu pula diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain,” katanya.
Bagaimanapun Zulkifli berkata, tindakan yang dilakukan penduduk Seksyen 23 itu mengadakan perhimpunan haram dengan membawa kepala lembu dan memijaknya tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan persepsi yang negatif.


Katanya, ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati dalam isu tersebut contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor itu.

* Ni Yang wacana pelek ni...(macam yang berlaku kat Sungai Pelek) selama ni memang wacana kenal dari jauh YB ZUL ni dia memang tegas dalam menegakkan sesuatu isu..sebagai contoh isu penggunaan Nama Allah s.w.t dalam gereja dia bersama dengan ustaz taib azamuddin telah membantah.. ,manakala simangkuk tu haled summart menyokong..

* Ustaz Zul telah mengeluarkan Artikel dalam blognya berkaitan dengan cercaan MANGKUK DAP KAT JOHOR yang mencerca Agama Islam dan Ustaz Ridhuan Tee.. sehinggakan ada sorang lagi mangkuk terus delete posting tu dalam blog nya pastu terus delete blog tu dan mangkuk tu pun buat report polis.

*Tu yang buat wacana rasa Ustaz zul ni sebenarnya salah naik kapal..... lebih lebih lagi bila keluar artikel ni.. tapi yang wacana pelek.. sepanjang ralley ini berlaku .. naper ustaz zul tak keluarkan kenyataan.. pastu bagaimana pulak dengan kenyataan nicky Ajiz tetntang Orang UMNO tak Masuk Syurga... adakah ustaz zul bersama-sama dengan Sahibul Samahah Datuk Harusani Zakaria.. atau Bersama dengan PKR atau tetap setia dengan Nicky.. dulu saya respect nicky sebab kesederhanaan nya.. tetapi bila melihat beliau terlalu taksub dengan KEPARTIAN dan boleh pulak dia cakap UMNO Tak masuk Syurga.. so wacana rasa dia ni dah tak betol kot.. so wajarlah dia Bertaubat.... dan wacan secara peribadi dah hilang rasa Hormat Kepada beliau

Thursday, September 10, 2009

Program Rakan Surau Jalan Hj Nasrun (terawih)

Kali ini program rakan surau (terawih) telah dijalankan di Surau Jalan Haji Nasrun, Meru. Ketua Pergerakkan Pemuda Umno Bahagian Kapar Tuan Haji Roslee Abdul Hamid bersama sama dengan AJK PPUM KAPAR.berserta dengan AJK Pemuda Penyelaras Dun Meru telah bersama-sam menunaikan solat terawih dengan penduduk kariah Jalan Haji Nasrun.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 9, 2009

Program Rakan Surau

Program Rakan Surau Pemuda Kapar 'Solat Terawih'

pada 10.9.09(khamis)

di Surau Haji Nasrun, Jalan Kenangan, Meru.

Semua muda mudi serta muslimin muslimat yg berkesempatan di jemput turut bersama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini

Program Rakan Surau

Program Rakan Surau Pemuda Kapar 'Solat Terawih'
pada 10.9.09(khamis)
di Surau Darul Islam, Jalan Kenangan, Meru.
Semua muda mudi serta muslimin muslimat yg berkesempatan di jemput turut bersama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini

Friday, September 4, 2009

Program Rakan Surai

Program Rakan Surau Pemuda Kapar 'Solat Terawih'
pada
4.9.09 di
Surau An-Nur, Seri Perantau.
Semua muda mudi serta muslimin muslimat yg berkesempatan di jemput turut bersama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini.

Wednesday, September 2, 2009

Pertandingan Kacau Dodol

Pertandingan Kacau Dodol
anjuran
Biro Belia, Sukan, dan Kebudayaan
PERGERAKKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAPAR
12 SEPTEMBER 2009 (SABTU)
Bertempat
Perkarangan Blok 37
Pangsapuri PKNS(Belakang Masjid As Sahadah)
Seisapa Yang Berminat Boleh Menghubungi
Saudara Ahmad Murdani Parto
0196161321

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT