SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, September 30, 2011

Fw: Salam.

Salam. Ibu kpd en faizal ramlan sedang kritikal d hospital tengku ampuan rahimah klg..mohon doakan kesihatan ibu beliau..sebarkn pd rakan2 yg laen..TQ.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 29, 2011

GEMPAR!!!!!DAP GESA HUDUD DILAKSANAKAN

E-|nfo@DRI


SEPERTI yang dijangka, Majlis Pimpinan Pakatan pembangkang menolak cadangan Pas mahu melaksanakan hukum hudud kerana tidak
menepati dasar bersama dan agenda Buku Jingga.
Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim berkata, lewat malam tadi, pakatan pembangkang hormati pendirian PAS tetapi pada masa yang sama menerima pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya. Turut hadir pada sidang media itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden PAS DS Hadi Awang dan Presiden PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail. - MediaUMNO
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 28, 2011

Hak apa.....

E-|nfo@DRI


Tarikh akhir pendaftaran SPR 29/09/2011... bagi yang berumur 21tahun ke atas sudahkan anda mendaftar..??

Tahukah anda..
Mengundi itu penting. Ini adalah kerana mengundi itu adalah hak setiap dr kita yang telah berusia 21 tahun ke atas sebagai seorang warganegara. Istimewanya setiap dari rakyat M'sia yang telah berusia 21 tahun ke atas ini kerana diberikan hak memilih kerajaan.

Percayakah anda..
Undian anda adalah penentuan ke arah hala tuju negara. Membangun atau mundurnya negara adalah terletak pada tangan kita. 1 undi bakal menentukan segalanya. UNDI ANDA ADALAH PENENTU... 

Oleh itu, segera lah mendaftar di mana2 Pejabat POS berdekatan anda untuk mendaftar. 

Bagi yang telah mendaftar atau tak pasti, boleh semak melalui sms. Sila hantar:
SPR<space>SEMAK<space>NO IC ke nombor15888.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, September 23, 2011

Akibat tak puas hati dengan pembahagian kerusi...pesuruhjaya PAS join Majlis UMNO ker?

Terima kasih...tan sri muhyidin yassin......sebuah sekolah menengah baru di bukit kapar...sumbangan kpd sekolah agama....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Peluang kedua

‎​[LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK BELIA TERCICIR]
Salam 1Belia 1Malaysia. TEKAT Automotive College, Kajang dengan kerjasama TAN CHONG MOTOR (NISSAN) memberi peluang kepada 100 orang belia berumur 16-30 tahun yang tercicir akademik/gagal PMR dan SPM untuk mengikut program Teknologi Automotif SECARA PERCUMA selama 1 tahun berkonsepkan 'Latihan Dalam Industri'. Elaun bulanan diberikan Kerajaan Malaysia sebanyak RM300 dan NISSAN sebanyak RM350. Penginapan disediakan. Tamat latihan akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1 & 2). Tamat latihan akan diserap bekerja dengan NISSAN. Kelayakan masuk 3M (Boleh Membaca, Menulis dan Mengira). Tarikh lapor diri pada 29/09/2011 di TEKAT, Kajang. Hubungi saya untuk pertanyaan dan pendaftaran. Terima kasih.
-RIZAN HASSAN, Tokoh Belia Negara 2011 (+60137733676)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 22, 2011

Peluang perniagaan untuk bumiputra

Sukacitanya dimaklumkan bahawa The RIGHTS dan UNIMEC akan mengadakan Taklimat Peluang Perniagaan Dalam Industri Aksesori Kereta di Bilik Seminar DPMM Putrajaya, Presint 9 Putrajaya. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang selok belok tentang pengurusan dan peluang perniagaan ini. Taklimat ini juga adalah sebahagian daripada usaha untuk memberi galakan kepada mereka untuk terus maju dan menjadi usahawan yang berjaya kelak.

Taklimat akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 01 Okt 2011 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 01.00 petang
Tempat : Dewan Seminat, DPMM Putrajaya

Kepada yang berminat sila email ke : event@rights.com.my dengan menyatakan maklumat berikut:

Nama
No. KP :
Alamat :
No. Tel :
Alamat Email :

Tempat terhad, pendaftaran tidak lewat pada 29 Sep 2011. Maklumat lanjut sila KLIK DISINI
Contact : 010 6303 888

www.rights.com.my


...The RIGHTS

Tel : +603 - 8961 7030
Fax : +603 - 8861 0384

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 21, 2011

Fw: Bantuan Derma Darah

------Original Message------
From: Ahamad Razman Arshad
To: FKJA Users
To: Users Shah Alam
To: Users Cawangan
To: Wan Aisyah Amni Wan Mohd Saferdin
Subject: Bantuan Derma Darah
Sent: Sep 21, 2011 13:17

 Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri   Seluruh Warga UiTM,   Saya Ahamad Razman Bin Arshad staf di Fakulti Kejuruteraan Awam, Shah Alam bapa kepada Irsyad Syahmi ingin memohon jasa baik dari semua warga Uitm yang ingin menderma darah anda agar dapat membantu saya menderma di atas nama anak saya yang mengidap Thalasemia. Beliau berumur 9 tahun memerlukan 2 pain darah setiap bulan. Saya tidak dapat menderma lagi untuk beliau atas nasihat doktor.   Thalasemia adalah penyakit dimana darah pesakit tidak mencukupi dan proses menjana darahnya sendiri tidak mampu untuk menampong tumbesaran dirinya sendiri.   Pihak Hospital Universiti Malaya tidak mempunyai tabung darah yang mencukupi bagi menampong keperluan pesakit.   Dengan ini saya memohon jasa baik warga Uitm agar dapat menderma darah keatas nama anak saya. Sesiapa yang ingin menderma boleh lah hadir ke Hospital Universiti, Unit Derma Darah, Petaling Jaya Selangor.   Bersama ini saya lampirkan butiran bagi memudahkan pendermaan tersebut.   Tiada ungkapan yang terbaik dapat saya ucapkan kepada penderma yang membantu demi anak saya menyambung kehidupan seperti insan lain, hanya dapat saya menadah tangan berdoa agar Allah membalas jasabaik  dan memberkati kehidupan anda dunia dan akhirat. InsyaAllah.   Wassalam.     Ahamad Razman Arshad 037413 Juruteknik Tertinggi Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM, Shah Alam Selangor   03-55211878 013-3326666    

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT