SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, December 15, 2012

UMNO Online - “Penjaja Dan Peniaga Tawar MR1M Diberi Keutamaan Pinjaman Skim Mikro” plus 9 more

UMNO Online - “Penjaja Dan Peniaga Tawar MR1M Diberi Keutamaan Pinjaman Skim Mikro” plus 9 more

Link to UMNO Online

Penjaja Dan Peniaga Tawar MR1M Diberi Keutamaan Pinjaman Skim Mikro

Posted: 14 Dec 2012 04:18 AM PST

PUTRAJAYA, 14 Dis – Penjaja dan peniaga kecil yang menyediakan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) akan diberi keutamaan untuk mendapatkan pinjaman skim mikro kredit sehingga RM50,000 yang ditawarkan bermula Januari.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata skim itu melibatkan peruntukan berjumlah RM50 juta.

“Skim pinjaman tanpa faedah itu akan dikendalikan Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat). Keutamaan diberi kepada mereka yang terbabit dalam MR1M sebagai satu insentif kepada mereka,” katanya selepas Sambutan Hari Inovasi dan Perhimpunan Bulanan kementerian, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata pada masa ini, Bank Rakyat sedang mendapatkan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melaksanakan skim tersebut.

Kira-kira 1.5 juta peniaga dan penjaja kecil di negara ini dijangka mendapat manfaat melalui insentif yang ditawarkan itu.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kementeriannya berjaya menepati sasaran untuk program MR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) serta Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar).

“Kementerian pada tahun depan bercadang untuk menambah 1,000 lagi kedai MR1M, namun ia bergantung kepada persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada perlu lebih atau sebaliknya,” katanya.

Sehingga kini terdapat 3,188 kedai yang menawarkan MR1M, 85 kedai KR1M dan 565 kedai Tukar.

Sabotaj Dalam PKR… Bagaimana Kepala Begitulah Ekornya

Posted: 14 Dec 2012 04:12 AM PST

Sabotaj mengsabotaj dalam parti menjelang pilihanraya bukanlah sesuatu yang asing bagi mana-mana parti politik pun.  Selagi namanya politik dan manusia, selagi itulah perkara begini wujud.

Namun, walaupun ianya berlaku dalam hampir semua parti politik di dunia, kita menjangkakan sabotaj paling buruk dalam parti PKR menjelang PRU ini.

Parti PKR adalah parti sampah, iaitu parti yang dipenuhi ahli politik yang kotor lagi berkarat dan bergelumang maksiat serta rasuah yang telah dibuang, terbuang atau membuang diri dari UMNO.

Bermula dari kepalanya, iaitu Anwar Ibrahim sehinggalah yang menurutinya dibelakang termasuk yang baru saja menyertainya seperti Kadir Sheikh Fadzir semuanya terkenal dengan 'bau busuknya'.

Pemilihan parti PKR yang lepas sahaja sudah cukup untuk memperlihatkan kita betapa kotornya parti ini sehinggakan habis berserakan kerusi meja kerana bergaduh dan habis comot lantai dengan peluh malah ada juga yang berdarah.

Semua ini berlaku bukan kerana orang bawahan yang gila kuasa tetapi kepimpinan atasan sendiri, yang sudah berkuasa dan menggunakan kuasa itu untuk memastikan orang-orang pilihan mereka sahaja yang terpilih ke jawatan tertinggi.

Jika yang  di bawah yang membuat onar bolehlah diadili oleh jawatankuasa disiplin atau yang sewaktu dengannya tetapi jika yang di atas sendiri yang bersifat korup, siapa pula yang boleh memantau dan mengadili mereka sedangkan mereka sendiri yang melantik jawatankuasa disiplin itu?

Kerana itu, sampah-sampah ini mendapati diri mereka tidak sesuai berada di dalam BN kerana BN sentiasa mencari jalan untuk membersihkan parti dari unsur-unsur ini.  Maka, PKRlah tempat mereka bergelumang sesama sendiri.

Justeru, kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengenai kemungkinan berlaku sabotaj dalam parti itu menjelang PRU mungkin sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri dan kepimpinan atasan parti itu.

Beliau pastinya lebih mengenali siapa dirinya dan siapa kawan-kawan dan pemimpinnya dan apa yang mereka mampu lakukan untuk berkuasa.

Konon PKR sudah bersedia dengan langkah pro-aktif untuk menghadapi kemungkinan ini adalah satu kenyataan yang kelakar.

Apa yang pasti langkah pro-aktif yang bakal diambil hanyalah untuk memastikan Anwar, keluarga dan inner-circlenya terus menguasai tempat tertinggi parti dengan tiada kompromi.

PKR adalah parti anak beranak dan sahabat handai dan ia akan dipastikan akan terus kekal begitu oleh kepimpinan tertinggi dengan apa jua cara termasuk mengsabotaj pilihan ahli-ahli sendiri.

PKR adalah parti anak beranak dan sahabat handai dan ia akan dipastikan akan terus kekal begitu oleh kepimpinan tertinggi dengan apa jua cara termasuk mengsabotaj pilihan ahli-ahli sendiri.

Perkara ini juga berlaku di dalam DAP yang juga menghadapi masalah yang sama menjelang konvensyen mereka esok.

Dari desas desus yang kedengaran, terdapat dua tiga atau lebih kem yang berebut jawatan dan kawasan secara bersungguh-sungguh kerana percaya PRU ini adalah peluang terbaik mereka untuk ke Putrajaya.

Bayangkan, Khalid, Azmin, Nurul Izzah, malah Wan Azizah sendiri masing-masing punya cita-cita berasingan, untuk diri sendiri dan bukannya parti.  Dengan masing-masing punya pengikut yang sanggup berbuat apa saja untuk memastikan pemimpin mereka duduk di singgahsana, PKR mungkin terpaksa menghadapi perang PRU dalam keadaan tempang.

Kenyataan Fuziah Salleh, Naib Presiden PKR bahawa kekecewaan yang mungkin dirasai oleh segelintir yang tidak terpilih adalah sementara hanyalah kenyataan untuk memujuk diri sendiri sahaja.

Hakikatnya, PKR dipenuhi dengan manusia-manusia rakus yang tidak akan berdiam diri sekiranya kalah.  Sifat ini terpampang jelas dari personaliti Anwar Ibrahim sendiri, iaitu manusia yang melahirkan parti itu.

Sama ada PKR sedar atau tidak, ikon mereka iaitu Anwar Ibrahim kini semakin hilang pengaruh di kalangan parti sekutu, DAP dan Pas walaupun Anwar menumpukan sepenuh tenaga kepada agen-agennya yang diserap ke dalam Pas sehinggakan mengabaikan PKR sendiri.

Kerakusan Anwar untuk menguatkan diri sendiri, dan bukannya parti membuatkan PKR berada dalam keadaan sepertimana hari ini iaitu, berserabut dan kelam kabut.  Kini, 'kesetiaan' pada Anwar sudah menjadi sesuatu yang objektif, apatah lagi kepada parti.

Justeru, sabotaj di dalam PKR adalah sesuatu yang pasti.  Persoalan yang tinggal kini hanyalah sama ada ia seburuk yang dijangka atau tidak.  Apapun, ia tetap akan menjejaskan lagi kedudukan parti itu di dalam PR sekali gus melemahkan PR dalam  menghadapi PRU.

Dr Muslim Umar

ECER Woos A Staggering RM37 Billion Investments Until Nov 2012, Says Najib

Posted: 14 Dec 2012 03:43 AM PST

PUTRAJAYA, Dec 14 –  The East Coast Economic Region (ECER) has attracted a staggering RM37 billion investments between 2007 and last month, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today.

He said the investments have created nearly 30,000 jobs for the people.

The total investments include RM12 billion of committed investments for this year alone, surpassing the original RM10 billion investment target for this year, he said.

Of the committed investments, 27 per cent was in the tourism sector, 37.5 per cent in the logistics sector, 16.8 per cent in the manufacturing sector, 10.4 per cent in the property sector and 8.3 per cent in the agriculture sector.

Terengganu received the highest investments with RM18.7 billion; followed by Pahang (RM11.1 billion), Kelantan (RM5.6 billion) and Mersing in Johor (RM1.6 billion), said Najib, who is also Finance Minister.

To date, the government has allocated RM2.6 billion to implement 80 high- impact projects and programmes in ECER under the Ninth Malaysia Plan and the 10th Malaysia Plan (Rolling Plans 1, 2 and 3), the prime minister said.

Najib said the projects comprise infrastructure projects such as construction and upgrading of roads and water treatment plants in the region, spanning Pahang, Kelantan, Terengganu and Mersing district in Johor.

To further spur economic growth in the ECER Special Economic Zone, the Kuantan Port expansion project is moving ahead as planned and the port will be turned into a deepwater port by 2015, capable of handling bigger and most modern ships up to 200,000 deadweight tonnes (DWT).

Najib also announced the rebranding of the Palm Oil Industrial Cluster in Kuantan to Kuantan Integrated Biopark in line with the East Coast Economic Region Development Council's objective to promote biotechnology-related activities based on oil palm biomass in the park.

To stimulate the growth of knowledge-based economy and information communications technology industry in ECER and to further develop the local small and medium enterprises, the council will also embark on the development plan for the Gambang Technology Park next year.

Among the key project in the ECER is the 685ha Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) located within the vicinity of the Kuantan Port City.

MCKIP is the first bilateral project in Malaysia to be accorded national-level status and it is expected to attract RM7.5 billion investments from local and international investors and create 5,500 employment opportunities by 2020.

"We are optimistic that our investment target for MCKIP is achievable as several international players from various industries have already expressed their interest in the project," said the council’s Chief Executive Officer Datuk Jebasingam Isaace John.

Targeted industries at MCKIP include plastics and metal equipment, automotive components, fibre cement board and stainless steel products.

MCKIP will be developed by a master developer made up of a joint-venture company between a Malaysian consortium and a Chinese consortium.

The Malaysian consortium will own 51 per cent equity in the joint-venture company while the Chinese consortium will hold the balance 49 per cent equity.

The Malaysian consortium consists of SP Setia Bhd, Rimbunan Hijau Group and the Pahang State Government through Perbadanan Setiausaha Kerajaan and Pahang State Development Corporation.

The Chinese consortium comprises Guangxi Beibu Gulf International Port Group, CCCC Real Estate Co Ltd, China Harbour Engineering Co and Qingzhou Investment Co.

Ground work for the MCKIP commenced in September and the official ground- breaking ceremony by Najib and government officials from China is expected to be held in the first quarter of next year.

Wanita BN Tubuh Pasukan Petugas Pantau Polisi 30 Peratus Wanita Pembuat Keputusan

Posted: 14 Dec 2012 03:36 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Dis –  Wanita Barisan Nasional (BN) akan mewujudkan sebuah pasukan petugas bagi memantau pelaksanaan polisi 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pasukan itu akan beroperasi bermula 2 Januari ini.

Diharapkan di bawah polisi yang diluluskan kabinet pada 27 Jun 2011 itu lebih ramai wanita dilantik sebagai pengerusi dan anggota lembaga pengarah syarikat yang disenarai di bursa saham, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat korporat lain, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

“Selain daripada Program Pengarah Wanita, saya menggesa syarikat korporat memberi peluang kepada lebih ramai wanita yang mempunyai pengalaman, bakat dan potensi untuk dilantik di tempat pembuat keputusan dan peringkat tertinggi sektor korporat.

“Saya harap wanita yang tidak dapat menyertai Program Pengarah Wanita tidak akan kecewa kerana Wanita BN akan terus memperjuangkan isu ini sepertimana Wanita BN memperjuangkan polisi 30 peratus wanita di tempat pembuat keputusan,” katanya.

Bina Lebuh Raya Hubung Bentong Dan Kota Bharu – Tengku Razaleigh

Posted: 14 Dec 2012 03:35 AM PST

GUA MUSANG, 14 Dis –  Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyarankan kepada kerajaan agar membina lebuh raya yang menghubungkan Bentong, Pahang dengan Kota Baharu, Kelantan melalui Gua Musang.

Beliau berkata ini bagi mengatasi masalah kesesakan jalan utama itu yang sering berlaku pada setiap musim perayaan selain menghindari kemalangan maut.

“Saya percaya kerajaan dapat menimbangkan pembinaan lebuh raya dengan dua hingga empat lorong yang berharga lebih RM3 bilion. Saya telah menyatakan perkara ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau melawat Gua Musang pertengahan tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis Program Sentuhan Rakyat di Balai Raya Kampung Baru Hulu di sini, Jumaat.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Gua Musang, berkata jalan utama sedia ada itu wajar dinaik taraf kepada lebuh raya kerana semakin ramai yang menggunakannya.

“Lebuh raya ini kelak akan memberi keselesaan kepada semua pengguna selain menjimatkan masa perjalanan sama ada dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu atau sebaliknya,” katanya.

Tengku Razaleigh juga mencadangkan kepada kerajaan supaya menaik taraf Hospital Gua Musang dengan menempatkan doktor pakar bagi merawat pesakit kronik dari Hulu Kelantan.

Isu 300,000 Tiada IC : Pembangkang Main Wayang Selepas Aib Ketepikan Kaum India

Posted: 14 Dec 2012 03:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Dis. – Pakatan pembangkang tidak boleh bermain dengan angka jika apa yang dinyatakan tidak wujud sebagaimana dakwaan terdapat 300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara, kata Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Seri M. Kayveas.

Katanya, jika 50 tahun lalu ada dakwaan sedemikian dibuat maka tentunya ia boleh dipercayai namun dalam kehidupan yang moden dengan pelbagai peralatan canggih sewajarnya data yang jelas berserta dengan bukti-bukti kukuh dikemukakan.

"Sesiapa saja boleh menyebut angka tetapi mana orangnya, mana senarai nama yang dikatakan 300,00 itu, dimana alamatnya atau jika pakatan pembangkang benar-benar ikhlas dan jujur mahu membantu kenapa tidak bawa saja mereka ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)?" soalnya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, beliau sendiri telah menyelidik berkaitan perkara terbabit dan meminta penjelasan dari pihak berkuasa malah JPN sendiri telah membuka kaunter khas bagi menangani masalah warganegara Malaysia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan.

"Saya cabar pakatan pembangkang agar berkata benar dan sekiranya angka 300,000 ini benar-benar wujud maka tunjukkanlah bukti kerana sekarang zaman yang canggih, gambar boleh diambil di mana saja berada dan data-data juga boleh disemak dalam masa yang pantas tanpa perlu ke pejabat JPN pun.

"Janganlah hanya kerana gilakan kuasa dan mahu memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) maka dakwaan yang tak berasas sedemikian dilakukan."

Katanya, kerajaan sentiasa telus sebagaimana pasport antarabangsa yang boleh disiapkan dalam masa yang cepat dengan wujudnya kaunter khas maka tentunya urusan kewarganegaraan pun boleh.

"Dakwaan sedemikian muncul hasil daripada niat buruk mereka yang mahu mengambarkan keburukan BN dan mewujudkan suasana tidak selamat serta huru-hara dikalangan rakyat agar mereka boleh menangguk di air keruh untuk mendapat kuasa."

Tambahnya, sebagai seorang pemimpin sewajarnya pakatan pembangkang juga akur dengan perkembangan terkini yang mana segala data direkodkan dan jika ada mana-mana yang tertinggal maka mereka boleh rujuk kepada ketua kampung atau ketua kuil kawasan-kawasan tertentu dan dirujuk terus kepada JPN."

Tambahnya, ini adalah antara taktik politik kotor pakatan pembangkang dalam usaha mereka untuk cuba menawan hati masyarakat India sebagai menutup kembali kesilapan mereka mengenepikan bangsa terbabit sebagai penyumbang undi untuk pilihan raya.

"Jika pada 2008 mereka mempergunakan masyarakat India dengan HINDRAF namun setelah menyedari banyak kesilapan yang berlaku dalam pakatan pembangkang dan sokongan telah kembali kepada BN maka mereka cuba mengaitkan semula kaum India dengan isu terbabit.

Baru-baru ini, segelintir pemimpin pembangkang telah berdemonstrasi di hadapan JPN dalam usaha kononnya untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Inilah sandiwara pakatan pembangkang yang tidak ada modal lain selain menipu dan berbohong dengan mengupah sebilangan masyarakat India yang ada diantaranya pekerja ladang dari India dan memang orang luar dengan dijanjikan untuk menjadi warga Malaysia.

"Jika mereka ini benar-benar ikhlas dan mahu membantu individu yang tidak mempunyai kad pengenalan maka sepatutnya dibawa terus ke kaunter khas JPN dan bukannya dengan berkumpul di tepi jalan sebagaimana yang dilakukan mereka. Kerajaan telah sediakan saluran yang betul maka pergunakanlah."

Tegasnya, tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang akan menyediakan kemudahan khusus sebagaimana JPN yang membuka kaunter khas dan membuka ruang seluas-luasnya dengan mengambil risiko sedemikian.

"Inilah niat kotor pakatan pembangkang yang berjuang pada perkara yang tidak wujud dan sengaja diada-adakan."

Dilaporkan, melalui kempen MyDaftar yang dilancar khusus untuk menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri kaum India, sebanyak 9,529 telah mendapatkan borang permohonan dan 7,061 menyerahkan permohonan lengkap. Daripada jumlah itu, 6,612 mendapat kelulusan dokumen pengenalan diri dan program tersebut masih berlangsung. - MediaUMNO

Sama Ada Manifesto Atau Tawaran Mega Hasilnya Tetap Janji Kosong

Posted: 14 Dec 2012 02:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Pada 29 Ogos lalu ketika Rakyat Selangor menyuarakan tuntuan tunggakan air percuma berjumlah RM300 juta dilangsaikan oleh Kerajaan PKR Selangor sebagaimana yang termaktub di dalam manifeso mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah memberikan jawapan bahawa manifesto bukanlah satu janji. Oleh yang demikian, tuntutan tersebut tidak semestinya dipenuhi.

Mungkin menyedari sebahagian besar rakyat masih mengingati kata-kata keramat pemimpin PKR maka perkataan 'manifesto' dan 'janji' itu kini digantikan dengan perkataan 'tawaran mega'.

Bagi Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin  sama ada ia satu manifesto, janji politik ataupun tawaran mega itu dan ini, maksudnya tetap sama, bunyinya saja berlainan.

Hakikatnya tegas beliau reputasi Anwar dan pemimpin pembangkang dalam bab menabur janji sana sini sudah terkenal.

Ujarnya, di Selangor, Kedah, Pulau Pinang mahupun Kelantan sehingga kini tiada satupun pendidikan percuma hatta untuk anak-anak yang bersekolah di tadika pun masih perlu membayar yuran bulanan dan yuran pendaftaran tahunan walaupun mereka sering menekankan kepada kerajaan agar memberi pendidikan percuma.

Malah katanya Institut Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah pentadbiran kerajaan PKR Selangor yang hanya dua buah pun tidak termampu untuk diberi pendidikan percuma malah Kedah yang memiliki sebuah IPT juga tidak tertanggung yuran pengajiannya oleh Kerajaan Pas Kedah.

Walaupun kebanyakan janji pembangkang masih tidak tertunai jelas beliau, kini pakatan pembangkang masih ada hati untuk memberikan janji baru menerusi tawaran mega.

"Ibu tunggal yang dijanjikan elaun bulanan sampai sekarang tertanya-tanya di mana perginya janji yang ditaburi. Gaji minima RM1500 yang diwawarkan sampai sekarang tak terlaksana di Selangor, Kedah, Penang mahupun Kelantan.

"Ini semua realiti dan hakiki bila kita membicarakan janji pakatan pembangkang. Bagi mereka segala janji manis sama ada yang termaktub dalam manifesto, pengisytiharan di pentas politik mahupun janji yang ditaburi di media-media, semuanya sekadar untuk mengaburi mata rakyat sahaja.

"Saya percaya bahawa tawaran pakatan pembangkang ini tidak akan mampu menggugat keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) kerana sudah jelas terbukti bahawa BN mengamalkan prinsip janji ditepati berlainan dengan pakatan pembangkang yang mengamalkan janji manismu sahaja," ujarnya Rosnah. – MediaUMNO

Tangguh Penguatkuasaan Lesen Kedai Gunting Bermotif Politik – Pemuda MCA

Posted: 14 Dec 2012 02:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Dis – MCA hari ini mendakwa tindakan kerajaan Pas Kelantan menangguhkan serta-merta penguatkuasaan syarat perlesenan kedai gunting di negeri itu adalah bermotif politik demi “menyelamatkan” undi.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata tindakan itu tidak menampakkan keikhlasan kerajaan Pas Kelantan dan pakatan pembangkang dalam melaksanakan dasar yang adil tanpa mendiskriminasi rakyat, terutama bukan Islam.

“Mereka ini mengatakan Pas untuk semua tapi apa yang dibuat itu bukan menjaga kebajikan semua, ia dilakukan tanpa mengambil kira perasaan kaum lain.

“Ini adalah perkara yang tidak direstui oleh masyarakat bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pemuda MCA di sini.

Kerajaan Kelantan baru-baru ini dilapor menangguhkan serta-merta penguatkuasaan syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Sebelum ini, seorang pengurus kedai gunting rambut di Kelantan mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan sejak 2010, kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Akibatnya, beliau didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting rambut menghadapi perkara sama.

Dalam pada itu, Wee berkata tindakan yang dilaksanakan pihak berkuasa tempatan negeri tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa kedai gunting rambut adalah tempat maksiat.

“Ini adalah tidak adil kepada pengusaha ‘hair saloon’ kerana inilah tempat mereka mencari rezeki halal. Lagipun ia dibuat secara terbuka dan tidak ada aktiviti yang boleh dirahsiakan,” katanya.

Pembangkang Kitar Isu Lapuk Bukan Perkara Pelik – MP Hulu Selangor

Posted: 14 Dec 2012 01:36 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan melihat pembangkang ketandusan isu untuk mempengaruhi rakyat sehingga terpaksa mencari modal lama untuk dikitar semula.

Menurut beliau tidak menghairankan dan bukanlah sesuatu yang pelik sejak akhir-akhir ini pelbagai cerita lama dan isu-isu lapuk menjadi medan kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan yang ada hari ini.

"Nampak sangat mereka bankrap isu…Kitar semula isu-isu lapuk. nak jaja cerita baru dah tak ada modal. Atas dasar itulah kita melihat mereka mencari isu-isu yang mereka tidak dapat menjuarai seperti isu Mykad kaum India dan sebagainya lagi.

"Hakikatnya dalam isu seumpama ini, rakyat berketurunan India sedar kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sedang melaksanakan yang terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan.

"Dan jelaslah matlamat mereka hanya sekadar untuk menampilkan kecurigaan masyarakat kaum India khususnya terhadap kerajaan hari ini," katanya kepada UMNO-Online, di sini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah pembangkang tidak ada modal lain dan yang ada pada mereka hari ini hanyalah sekadar untuk mewujudkan isu dalam khayalan mereka sendiri.

"Apa yang mereka buat itu dengan harapan agar rakyat percaya. Namun percayalah sesungguhnya rakyat tidak akan terpedaya dengan khayalan yang dilontarkan oleh pembangkang itu.

"Apabila dinilai dan diperhatikan secara ikhlas, sebenarnya kita akan dapat lihat apa yang dilontarkan oleh pembangkang itu khayalan semata-mata. Apatah lagi jika kita mengimbau pelaksanaan oleh mereka empat tahun yang lalu," katanya.

Kamalanathan seterusnya percaya banyak lagi cerita lapuk dan cerita lama akan diungkit oleh pembangkang menjelangnya pilihan raya umum nanti.

"Apa pun kita harus bersedia untuk memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Ini cukup penting untuk memastikan rakyat mendapat penerangan yang sejelasnya dan sekaligus tidak terkeliru dengan apa yang dimomokkan oleh pembangkang," katanya. -MediaUMNO

 

Govt Firm In Not Allowing Lynas Plant Residue To Remain In The Country

Posted: 14 Dec 2012 01:29 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 14 – The government is firm on its stand not to allow any residue from the Lynas Advanced Materials Plant in the Gebeng Industrial Park, near Kuantan, to remain in the country.

“That is a Cabinet decision. The Cabinet decision is that all residue must be shipped out of the country,” said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.

He said there was no change in the government’s position despite certain news reports claiming that exporting the toxic waste was not a provision in the temporary operating licence given to the Australiam mining firm.

The reports claimed that Lynas was not bound to convert the waste into commercial products and that it was done on a voluntary basis.

“We want to emphasise that whatever the conditions are in the licence, no residue can remain in the country,” he told reporters after witnessing the exchange of documents for biomedical partnership between Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd and various parties.

Liow added that failing to comply with the decision could result in Lynas losing the licence awarded to them.

He also said that the temporary operating licence for Lynas was published on the Atomic Energy Licencing Board’s website on Sept 8 for public scrutiny.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT