SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, December 31, 2012

UMNO Online - “Permaisuri Agong Gives Away Schooling Aid To Orphans” plus 5 more

UMNO Online - “Permaisuri Agong Gives Away Schooling Aid To Orphans” plus 5 more

Link to UMNO Online

Permaisuri Agong Gives Away Schooling Aid To Orphans

Posted: 30 Dec 2012 12:10 AM PST

ALOR SETAR, Dec 30 – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun today gave away schooling aid to 306 orphans from four districts in Kedah.

The aid was contributed by the Sultanah Bahiyah Orphans Foundation (YASH) at the Istana Seri Pelangi, here.

The orphans comprised students of primary and secondary schools in the districts of Kuala Muda, Sik, Baling and Kota Setar.

At the function, the Queen also gave away special contributions to orphans who had obtained outstanding results in the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) and Penilaian Menengah Rendah (PMR) this year.

A member of the YASH Board of Directors, Datuk Rosli Awang said the contributions aimed to ease the burden of the families of the orphans in making preparations for the new school session.

Three New National Type (Tamil) Primary Schools For Penang

Posted: 30 Dec 2012 12:09 AM PST

BATU KAWAN, Dec 30 – The construction of three new National Type (Tamil) Primary Schools (SRJK[T]) is expected to begin early next year under a special allocation of RM11.4 million, said Penang Barisan Nasional (BN) chairman Teng Chang Yeow.

He said that besides the construction of the three new SRJK(T), another nine SRJK(T) would be renovated using a special allocation provided.

“The three SRJK(T) which will begin construction early next year are SRJK(T) Valdor in Sungai Bakap, SRJK(T) Mak Mandin, Butterworth and SRJK(T) Subramaniya Barathee, Bukit Gelugor.

“This is an effort by the government to ensure that all students receive equal rights on education, besides ensuring that they have comfortable environment in school,” he told reporters after making a working visit to the SRJK(T) Ladang Batu Kawan construction site, here today.

Teng said the whole cost for the construction of the new building was RM6.35 million and it was expected to be fully completed in February 2014.

BN And UMNO Can Bring Many Development Projects To Kelantan

Posted: 30 Dec 2012 12:07 AM PST

KOTA BAHARU, Dec 30 (Bernama) — Many development projects can be implemented in Kelantan if Umno and the Barisan Nasioal (BN) are given the opportunity to wrest the state from the PAS rule, said the Political Secretary to the Prime Minister, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Mohd Fatmi, who is also the head of Kota Baharu Umno division, said the people of Kelantan should be far-sighted in determining their future because only Umno and the BN government could champion the cause of the people .

“The looming general election is not to promote any candidate or leader, but more to determine the future of the people,” he said.

He said this when officiating the Kelab Suara Muda (KSM) 2012 Annual Dinner, here last night. About 1,000 people attended the dinner organised by the club, the second oldest club after the Sultan Sulaiman Club, Kuala Lumpur.

He said that based on the closed-door meeting of Umno leaders recently, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had said that the mandate of the present government would expire in April next year and this meant that the general election could be held at any time now.

“As such, we must be prepared to face the general election at any time from now,” Mohd Fatmi said.

Banyak Projek Pembangunan Boleh Dibawa Ke Kelantan Jika BN Diberi Peluang

Posted: 30 Dec 2012 12:06 AM PST

KOTA BAHARU, 30 Dis – Banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan di Kelantan jika Umno dan Barisan Nasional (BN) diberi peluang menguasai semula negeri ini daripada Pas, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu berkata rakyat Kelantan mestilah berpandangan jauh dalam menentukan masa depan mereka kerana tidak ada kerajaan yang mampu membela rakyat selain daripada Umno dan BN.

“Pilihan raya umum yang akan tiba tidak lama ini bukanlah pilihan bagi mengangkat dan menaikkan seseorang calon atau pemimpin, tetapi lebih kepada menentukan jaminan nasib masa depan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan 2012 Kelab Suara Muda (KSM), di sini malam tadi.

Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis anjuran kelab kedua tertua di Negara ini selepas Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur itu.

Beliau berkata berdasarkan perjumpaan tertutup pemimpin Umno baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata edah pilihan raya umum akan tamat April tahun depan dan ini bermakna pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang.

“Oleh itu, kita harus meletakkan diri kita dalam keadaan bersedia untuk menghadapi suasana pilihan raya bila-bila masa dari sekarang,” katanya.

Rakyat Sabah Waspada Pendirian Politik Yang Sering Berubah Wajah

Posted: 30 Dec 2012 12:04 AM PST

KOTA BELUD, 30 Dis – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu rakyat Sabah berwaspada dengan pendirian politik pihak tertentu yang sering berubah wajah semata-mata untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka.

Beliau berkata semasa memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka sentiasa mendukung agenda pembangunan negeri dan negara serta memuji keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat namun nada mereka kini berubah apabila berada dalam kem pembangkang.

“Kini kita lihat mereka menyerang agenda pembangunan yang pernah mereka dukung dan menabur pelbagai janji manis atau luar biasa semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

“Sebenarnya ada di kalangan pemimpin pembangkang ini yang pernah menjadi pembantu menteri, menteri dan timbalan ketua menteri dalam barisan cabinet negeri Sabah selama bertahun-tahun sebelum menyeberang ke pakatan pembangkang.

Bolehkah rakyat mempercayai “political chameleon” (pendirian politik berubah wajah) ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Salleh berharap rakyat Sabah tidak mudah termakan janji manis pakatan, sebaliknya menilai kualiti kepemimpinan tokoh politik yang menyokong pakatan pembangkang sewaktu mereka masih berkuasa dan “bukan sewaktu mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan”.

Sambil mengetepikan dakwaan pakatan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ada membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat Sabah, Salleh berkata pemimpin pakatan rakyat sudah ketandusan isu, dan kini hanya bersandarkan kepada janji manis dan pembohongan untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya yang ke-13.

“Saya percaya rakyat bijak menilai kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan taktik kotor pembangkang,” katanya.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri yakin BN yang kini berada di tahap yang kuat akan mencapai kemenangan yang cemerlang pilihan raya umum akan datang.

Mengenai RELA, Salleh berkata anggota RELA seharusnya menjadi menjadi ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan terutama dalam aspek keselamatan termasuk yang berkaitan dengan isu kehadiran pendatang tanpa izin.

Anggota UMNO Perlu Sedia Berkorban

Posted: 30 Dec 2012 12:00 AM PST

SEREMBAN, 30 Dis – Setiap anggota Umno perlu bersedia berkorban dengan melupakan segala ketidakpuasan hati yang menimbulkan perpecahan terutama di peringkat bahagian, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pengorbanan tersebut amat penting untuk dilaksanakan setiap anggota parti bagi memastikan tumpuan sepenuhnya dapat diberi terhadap usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN).

“Masalah dalaman di bahagian masing-masing mesti dihapuskan ataupun dikurangkan, kerana jika tidak ia akan memberi kesan kepada (keputusan) pilihan raya nanti.

“Bagi mereka (anggota Umno) yang benar-benar sayangkan parti yang ingin parti menang, tentu akan dapat mengorbankan sedikit sebanyak apa-apa yang menimbulkan keraguan atau masalah terhadap diri mereka, untuk kebaikan parti,” katanya.

Katanya, jika anggota parti tidak dapat melupakan segala ketidakpuasan hati yang dirasai, kemungkinan menjelang pembubaran Parlimen nanti, akan menimbulkan suasana kelam kabut yang boleh memberi kesan terhadap aktiviti kempen parti.

“Kalau kita dapat melakukan pengorbanan ini (melupakan perasaan tidak puas hati) apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan sahaja pembubaran Parlimen, kita sudah boleh laksanakan tanggungjawab, walaupun sekarang ini kita sudah boleh laksanakannnya.

“Kita tidak mahu dalam tempoh berkempen nanti selepas pembubaran Parlimen, kita membuang masa dua atau tiga hari, bagi membetulkan calon atau sebagainya, ini tidak boleh kita amalkan, kita tidak boleh gunakan tempoh masa yang amat penting ini untuk menyelesaikan masalah dalaman,” katanya.

Mohd Isa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang turut mengingatkan agar anggota Umno tidak melakukan sabotaj terhadap parti dan perlu sentiasa merenung dan memikirkan nasib parti selepas PRU-13 nanti.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Felda berkeyakinan bahawa BN mampu memenangi kesemua 54 kerusi Parlimen yang mengandungi kawasan Felda di seluruh negara, kerana kerajaan telah berjaya membawa pelbagai kebaikan bagi masyarakat peneroka yang tidak mampu diberikan pembangkang.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT