SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, June 4, 2013

UMNO Online - “Dakwaan Rakyat Bangladesh Mengundi Pada PRU13, Hanya Palsu – Pesuruhjaya Tinggi” plus 9 more

UMNO Online - “Dakwaan Rakyat Bangladesh Mengundi Pada PRU13, Hanya Palsu – Pesuruhjaya Tinggi” plus 9 more

Link to UMNO Online

Dakwaan Rakyat Bangladesh Mengundi Pada PRU13, Hanya Palsu – Pesuruhjaya Tinggi

Posted: 03 Jun 2013 05:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia Atiqur Rahman menyelar pihak yang mendakwa rakyatnya merupakan pengundi hantu semasa pilihan raya umum ke-13, di Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata propaganda bahawa warga Bangladesh mengundi dalam PRU13 itu ‘cuma rekaan oleh beberapa kumpulan berkepentingan dan gambaran fakta yang salah semata-mata” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, dakwaan sesetengah pihak menerusi media sosial bahawa terdapat 40,000 warga Bangladesh telah datang ke Malaysia dalam tempoh seminggu untuk mengundi dalam PRU13, adalah  tidak masuk akal.

Atiqur berharap semua pihak mengelakkan diri daripada menyebarkan khabar angin melalui media cetak, media elektronik mahupun media sosial dan tidak sepatutnya mengaitkan Bangladesh dalam isu domestik Malaysia.

“Kita percaya bahawa undang-undang berkaitan di Malaysia dan Bangladesh tidak membenarkan dan meluluskan pengudian sedemikian,” katanya.

Beliau berkata propaganda xenofobia itu boleh meletakkan kumpulan sasaran terutama pekerja Bangladesh dalam risiko yang lebih besar daripada penderaan fizikal, mental dan sukarela.

Sehingga kini katanya, Pesuruhanjaya Tinggi tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mana-mana warga Bangladesh ‘secara salah dan dengan niat jahat mengundi mengundi dalam PRU13′.

Pakatan Pembangkang Cuba “Blackout” Penipuan Pilihan Raya

Posted: 03 Jun 2013 05:12 AM PDT

Satu perkara yang perlu difahami oleh khalayak apabila timbul tuduhan oleh pemimpin pakatan pembangkang terhadap pihak lawan, penting diketahui kebiasaanya tohmahan itu menggambarkan apa yang sedang dan telah dilakukan oleh pakatan pembangkang.

Maksudnya, bila mana pemimpin pakatan pembangkang sibuk mencanang wujud salah laku rasuah dalam Kerajaan Pusat pimpinan BN, maka yang sebetulnya ialah amalan rasuah sudah lama mendarah daging di kalangan pemimpin pakatan pembangkang.

Amalan politik wang dalam UMNO misalnya, ia hanya wujud selepas kehadiran Anwar dalam parti itu dan agak memuncak ketika Ketua Umum PKR itu berusaha untuk merampas jawatan Timbalan Presiden daripada Allahyarham Tun Ghaffar Baba.

Sebelum itu, semua pemilihan dalam UMNO dilakukan secara bersih tanpa melibatkan wang ringgit dan kini bila Anwar berada dalam PKR dan mengetuai pakatan pembangkang, gejala yang sama menjangkiti PKR dan rakan sepakatannya seperti DAP dan PAS.

Demikian bila pakatan pembangkang rancak memperkatakan berlakunya penipuan dalam pilihan raya kelolaan SPR, maka ketahuilah tipu daya dan silap mata dalam pemilihan parti-parti gabungan pakatan pembangkangt sudah lama menjadi adat kebiasaan.

Tengok sajalah apa yang berlaku dalam pemilihan DAP yang hiruk piruk dan serba meragukan baru-baru ini di mana Zairil Khir Johari atau nama sebenarnya Christopher Ross Lim yang tersingkir dari pemilihan tiba-tiba saja menjadi anggota CEC DAP. Ajaib, bukan?

Begitu juga dengan pemilihan PKR sekitar 3 tahun lalu di mana wujud penipuan jumlah mengundi dan berlaku kekecohan sana sini sehingga kerusi dan meja berterbangan.

Kini dalam PRU-13, mereka sibuk memperkatakan mengenai penipuan yang kononnya dilakukan oleh SPR walhal yang berlaku sebenarnya ialah cubaan pakatan pembangkang untuk mengalih pandangan umum dari membicarakan kemungkinan yang melakukan penipuan ialah pakatan pembangkang sendiri.

Pakatan pembangkang yang melakukan konspirasi mengupah warga Bangladesh untuk berlakon sebagai pengundi, kemudian mengarahkan pula penyokongnya dari keturunan India berlakon sebagai warga asing, tapi akhirnya SPR yang dituduh semata-mata untuk menimbulkan keraguan umum.

Dalam kes yang lain pula, warga Sabah dijadikan sebagai bahan taruhan politik apabila dituduh sebagai pengundi hantu sedangkan di masa yang sama puluhan ribu warga China yang ‘hilang’ kemudian mengundi untuk pakatan pembangkang cuba disembunyikan.

Untuk mewujudkan momentum kemarahan di kalangan penyokongnya pula, pakatan pembangkang menyebarkan pula beberapa video parodi yang dilakonkan bagi menyakinkan khalayak kemudian menganjurkan himpunan blackout di merata-rata tempat.

Semua ini sebenarnya hanyalah satu taktikal strategik yang dilaksanakan semata-mata untuk menutup kejahatan mereka sendiri dengan harapan rakyat akan bangkit di jalanan sama seperti Arab Spring yang berlaku di beberapa negara Arab.

Menyedari hakikat ini, amatlah perlu untuk rakyat Malaysia berlapang dada setiap kali wujudnya tohmahan atau tuduhan dari pemimpin pakatan pembangkang, jangan sesekali tertipu untuk kali yang seterusnya.

Wan Meor Syed Mahboob

One-Stop Centres To Provide Post – Emergency Assistance For Fire Victims

Posted: 03 Jun 2013 04:17 AM PDT

PUTRAJAYA, June 3 – The Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM) will set up a one-stop centre in each of its 265 stations nationwide to help fire victims in post-emergency matters.

Urban Well-being, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahalan said the one-stop centre would, among others, enable fire victims to re-apply for important documents, provide reports on fire and liaise with the police.

“The one-stop centre will simplify applications by the victims for important documents. JBPM will coordinate the applications by proactively contacting the departments and agencies concerned,” he said in a media conference after an official visit to the JBPM headquarters here today.

In line with the service under the ‘humanitarian concept’ to approach society, he said the operation commander on the ground would spend one to two hours with the victims or family members to reduce the trauma they faced.

Furthermore, Abdul Rahman added, the operation commander would act as a spokesman for JBPM to issue statements on the facts of the case, each time a rescue operation was carried out.

He said JBPM would increase efforts to implement its corporate social responsibilities by repairing and rebuilding the homes of the poor, which were destroyed by fire.

Meanwhile, Abdul Rahman said JBPM would place 200 units of emergency medical rescue service (EMRS) worth RM98 million nationwide in stages, beginning this year until 2015.

He said EMRS would provide early emergency aid to victims of accidents and fires, promptly and effectively to save lives.

Furthermore, he said, the government would allocate RM136.8 million to procure 100 water tanks with a capacity of 20,000 litres each in stages from this year, namely, 20 units (2013), 50 units (2014) and 30 units (2015) to overcome the problem of water pressure when putting out fires.

On last Tuesday’s express boat capsize in Sarawak, Abdul Rahman thanked the operations commander and 26 firemen who were involved in the search and rescue operation in the Rajang River, Giam Bungam, Kapit.

Tinggal 10 Hari… Isu Pengundi Hantu ‘Bangla’, ‘Blackout’ Makin Terbukti Bohong

Posted: 03 Jun 2013 03:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Lenggeng, Datuk  Ishak Ismail berkata, kini hanya tinggal 10 hari lagi bagi Pakatan Pembangkang mengemukakan sebarang bukti bagi mengesahkan dakwaan mereka berlakunya penyelewengan dan ketidaktelusan ketika berlangsungnya Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 baru-baru ini.

Menurut beliau, jika benar seperti mana dakwaan Pakatan Pembangkang berlakunya penipuan dan penyelewengan seperti pengundi hantu, ‘blackout’ dan sebagainya, maka mereka perlulah menampilkan bukti-bukti kukuh bagi menyokong dakwaan tersebut.

"Hari ini sudah terbukti, dakwaan mereka kononnya wujud pengundi hantu dari Bangladesh seramai 40,000 orang itu ternyata tidak benar dan disanggah sendiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh sendiri.

"Malah, dakwaan mereka berlakunya ‘blackout’ ketika waktu pengiraan undi juga dinafikan oleh calon-calon daripada Pakatan sendiri. Jadi, jika dalam masa terdekat ini, tidak ada sebarang bukti baru bagi menyokong dakwaan mereka, ternyatalah mereka ini memang suka menggembar gemburkan cerita yang tidak ada asasnya," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu, beliau yakin bahawa rakyat juga tertunggu-tunggu sebarang bukti berhubung penyelewengan yang berlaku ketika PRU ke 13 baru-baru ini di mana atas sebab itu, Ketua Pembangkang menghasut rakyat untuk berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan PRU ke 13 ini.

"Apa yang saya lihat, komen-komen dari pemerhati politik dan pemimpin negara luar juga mengiktiraf ketelusan sistem pilihanraya kita. Jadi saya tak tahu apa bukti dan dari mana bukti itu datang yang  bakal dijadikan hujah Pakatan bagi menyokong dakwaan mereka itu.

"Mereka telah gagal untuk membuktikan dua perkara, iaitu isu pengundi hantu dari Bangladesh dan juga isu ‘blackout’ ketika pengiraan undi. Kini dalam tempoh 10 hari lagi, kita akan menunggu bukti dari Pakatan bagi dakwaan lain mereka itu. Saya yakin, rakyat di negara ini juga turut tertunggu-tunggu bukti-bukti tersebut," ujarnya.

Jika Pakatan Pembangkang gagal untuk membuktikan segala dakwaan mereka itu dalam tempoh yang telah diberikan, maka tegas beliau terbuktilah  Pakatan Pembangkang hanya sengaja menimbulkan perkara tersebut untuk mengelirukan rakyat.

"Memang pembangkang kerjanya adalah mengelirukan rakyat. Bila rakyat keliru, maka senanglah mereka untuk meracuni pemikiran rakyat dengan memburuk-burukkan imej BN, kononnya tidak telus dan menipu dalam pilihanraya.

"Saya berharap agar rakyat di negara ini tidak menelan bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Siasat dan teliti terlebih dulu. Saya yakin, rakyat akan dapat melihat sejauh mana kebenaran dakwaan mereka itu sekiranya setiap dakwaan pembangkang itu diteliiti dan dikaji dengan pemikiran yang rasional tanpa dipengaruhi emosi," ujarnya. -MediaUMNO

More Nurseries Needed At Govt Agencies, Says Rosmah

Posted: 03 Jun 2013 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 3  - More nurseries need to be set up at government agencies to support work-life balance for women civil servants, said the Prime Minister’s wife Datin Seri Rosmah Mansor.

She said Welfare Department statistics showed so far only 90 such nurseries were available but there were more that 400 government agencies nationwide.

Providing nurseries at workplaces was more beneficial including in saving time and costs, she said when launching Puspanita’s Annual Conference 2013 here today.

Rosmah, who is also the patron of Puspanita (Association of Wives of Civil Servants and Women Members of the Civil Service), said provision of nurseries  would also help women civil servants with little children give their best at work,’

“To ensure Puspanita members, specifically career women give their full commitment to their jobs without sacrificing the family institution, it is important that an eco-system that supports work-life balance is instituted,” she said.

As such, she urged Puspanita to form a strategic collaboration with Permata Negara, which is championing early childhood education, to champion the cause (call for nurseries to be set up at government agencies).

She drew attention to the fact that Permata Negara, of which Rosmah is also the patron, had much expertise in the matter after having set up 600 Permata Negara nurseries within seven years.

“Permata Negara is ready to help Puspanita at anytime,” she said.

At the same time, Rosmah said Puspanita could become a platform to develop women civil servants to be more dynamic, innnovative and efficient.

This was in line with the evolution of the organisation from a body to bring together wives of civil servants and women in the civil service to one that played a more holistic role with the focus being on education and knowledge and skills generation besides leadership development.

Rosmah also suggested Puspanita introduce a ‘mentor-mentee’ programme for leadership development.

Jangan Kurang Ajar, Hormati Institusi Beraja Di Malaysia – Pemuda UMNO

Posted: 03 Jun 2013 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik laman facebook yang dimiliki Melissa Gooi yang didakwa menghina dan mempersenda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Agong.

Wakil Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, akaun FB ini jelas bertindak kurang ajak dan menjadikan Tuanku Yang Dipertuan Agong sebagai bahan jenaka selain menuduh Tuanku telah 'dirasuah' dan mendakwa duit rasuah tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun di Switzerland.

"Sehubungan dengan itu, kami Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mendesak pihak berkuasa khususnya pihak Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera terhadap mereka yang berkenaan.

“Kita tahu asas kepada sikap kurang ajar ini bermula pada kempen Pilihan Raya Umum ke13 lalu, yang diterajui oleh kumpulan Red Bean Army yang bersama DAP yang sering memainkan isu perkauman, dan kini kita lihat segelintir orang Cina jelas sangat kurang ajar dan tidak menghormati institusi Raja di Malaysia," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Ujarnya, PDRM dan SKMM perlulah memainkan peranan penting kerana dalam jangka masa panjang, setiap sentimen yang berbaur perkauman ini adalah untuk menanam kebencian rakyat kepada kerajaan dan institusi beraja di dalam negara ini.

"Jangan sekadar melihat insfrastuktur pembangunan internet semata-mata, sebaliknya SKMM juga kena melihat pengisian dalam intenet itu amat penting dalam kita membina negara kita.

“SKMM kenalah ambil tindakan dan ambillah langkah-langkah berkesan seperti di negara-negara maju, kandungan dalam internet tersebut, kita bukan nak menghalang tetapi kita kena jaga kandungan dalam intenet dalam menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat di dalam negara kita," tambahnya.

Dalam masa yang sama, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin pula berpandangan bahawa asas sebagai rakyat di negara ini ialah dalam Rukun Negara, salah satunya ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan negara.

"Itu adalah salah satu asasnya. Tidak kiralah dianya orang UMNO atau orang DAP, tetapi jika asas itu tidak diguna pakai ataupun tidak dihormati, dia tak layak untuk menjadi rakyat Malaysia," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Bintang. -MediaUMNO

Pemuda UMNO Mahu SKMM Bertindak Cepat, Tegas Individu Hina Agong

Posted: 03 Jun 2013 02:39 AM PDT

JOHOR BAHARU, 3 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak cepat dan tegas terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial Facebook.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata perbuatan menyalahgunakan kebebasan untuk menulis dalam media sosial itu tidak boleh dikompromi dan tindakan perlu dikenakan kerana ia melampaui batas.

“Pemuda UMNO memandang serius beberapa ‘posting’ yang telah dibuat dalam media sosial terutama dalam Facebook. Yang terkini adalah ‘posting’ dalam Facebook iaitu kenyataan-kenyataan yang menghina kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

“Walaupun saya selaku Ketua Pemuda UMNO menyokong kebebasan bersuara tetapi ada batasnya dan sikap bertanggungjawab,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, di sini,  hari ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pihaknya sudah cuba mendidik dan berhubung dengan pengamal media sosial sejak dahulu lagi, namun, masih terdapat di kalangan mereka yang tetap berdegil dengan terus mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata keamanan negara dapat dikekalkan sekiranya undang-undang sedia ada di bawah SKMM dapat dikuatkuasakan tanpa rasa takut.

“Kita (Pemuda UMNO) sudah melakukan banyak cara untuk mendidik mereka, cuba berhubung tetapi apabila mereka masih lagi degil dan keluarkan kenyataan yang jelas berbaur hasutan, maka SKMM mesti bertindak,” katanya.

Golongan Anwarinas Ingkar, Gagal Tunjuk Hormat Pendirian Dewan Ulama Pas

Posted: 03 Jun 2013 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Pemimpin golongan Anwarinas di dalam Pas dilihat ingkar dan langsung tidak menghormati pendirian Dewan Ulama Pas dengan  terus menyokong siri perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun Dewan Ulama parti tersebut telah menyatakan pendirian bukan saja tidak menyokong sebarang perhimpunan haram yang bertujuan menjatuhkan kerajaan malah menyeru menerima keputusan PRU 13 lalu dengan redha.

Menurut bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Fairuz Khairuddin, sikap golongan Anwarinas yang  tidak menghormati golongan ulama  bukanlah sesuatu perkara yang menghairankan.

"Tindakan sebegini sememangnya sudah dijangkakan. Ini terbukti apabila golongan Anwarinas yang berada di dalam Pas terus-terusan menyokong apa jua tindakan Anwar, biarpun tindakan Anwar ternyata salah dari segi undang-undang negara bahkan bertentangan dengan ajaran Islam.

" Sikap mereka itu memanifestasikan fahaman khawarij  mereka dan membuktikan bahawa puak Anwarinas ini  tidak lagi menjiwai perjuangan dan prinsip Islam lagi, bahkan kini mengambil sikap sanggup melakukan apa saja demi untuk mencapai hasrat dan matlamat politik mereka," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, berdasarkan sumber-sumber dalaman yang beliau perolehi, kini telah wujudnya satu gelombang penolakan yang besar terhadap pemimpin-pemimpin Pas yang pro kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mahu tidak mahu, ahli-ahli Pas harus akur bahawa kini terdapat dua kem yang amat besar, iaitu golongan yang menyokong kepimpinan ulama dan golongan yang pro kepada Datuk Seri Anwar.

"Namun, apa yang jelas, usaha untuk menolak dan menjatuhkan kepimpinan pro Anwar kini semakin kuat dan terserlah apabila kita lihat dalam PRU ke 13 yang lepas, nama-nama  besar pemimpin Pas yang pro Anwar seperti Husam Musa, Mat Sabu tewas.

"Saya berkeyakinan bahawa dengan gerakan golongan yang menyokong kepimpinan ulama yang begitu kuat kali ini, golongan Anwarinas akan tersingkir daripada terus berikan jawatan tertinggi di dalam parti itu pada masa yang akan datang," ujarnya.

Sementara itu, beliau mengharapkan agar UMNO terus memperkasa dan memartabatkan Islam kerana rakyat, khususnya umat Islam di negara ini telah memperlihatkan keyakinan mereka terhadap UMNO dalam memelihara institusi agama, bangsa dan raja-raja sebagai asas fundamental di negara ini.

"Penambahan kerusi UMNO, daripada 79 pada PRU ke 12 kepada 88 kerusi pada PRU ke 13 ini membuktikan bahawa sokongan umat Islam terhadap UMNO semakin kuat.

"Justeru itu, saya amat berharap agar pemimpin UMNO terus memperkasakan perjuangan Islam dan bangsa selaras dengan mandat yang telah diberikan oleh umat Islam di negara ini kepada UMNO. In shaa Allah, sekiranya UMNO bersungguh-sungguh perjuangan alif, ba, ta, sokongan umat Islam khususnya orang Melayu kepada UMNO akan terus meningkat," ujarnya. -MediaUMNO

5,000 Kad Touch ‘N’ Go Percuma Sempena Hari Bersama Pelanggan KWP 2013

Posted: 03 Jun 2013 01:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun –  Sebanyak 5,000 kad Touch ‘n Go percuma ditawarkan sempena Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi 2013 bermula 7 hingga 9 Jun ini.

Ketua Setiausaha KWP, Datuk Adnan Md Ihksan berkata, pengunjung bertuah boleh mendapatkan kad berkenaan di kaunter KWP dengan mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan KWP sepanjang program tersebut berlangsung di Ruang Legar Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur.

“Pihak Touch ‘n Go merupakan ‘main partners’ (rakan utama) program ini danturut sama menjayakan Customer Rewards Program khususnya kepada warga WilayahPersekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Adnan berkata, program yang bermula dari 9 pagi hingga 9 malam itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Pejabat Pengarah Tanah Galian Wilayah Persekutuan, Alam Flora, Touch ‘n Go dan lain-lain.

“Ia memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan perkhidmatan kementerian dan agensi secara telus tanpa perlu ke pejabat seperti pembayaran dan diskaun cukai walaupun selepas waktu bekerja dan hujung minggu,” katanya.

Sementara itu, katanya turut akan diadakan pertandingan mewarna bendera Wilayah Persekutuan pada 7 Jun (Jumaat) dari jam 3 hingga 5 petang membabitkan 1,500 kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun.

Hadiah wang tunai dan cenderamata menarik menanti peserta dan perkhidmatan komuter percuma dari stesen Petaling, Pantai Dalam dan Angkasapuri ke KL Sentral disediakan untuk kanak-kanak yang mahu menyertai pertandingan itu.

Filem ‘Tanda Putera’ Akan Ditayangkan Pada 29 Ogos

Posted: 03 Jun 2013 01:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun  - Filem kenegaraan ‘Tanda Putera’ yang telah ditangguhkan penayanganya kepada umum sebelum ini akan mula ditayangkan pada 29 Ogos depan, kata Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Raja Rozaimie Dalnish Shah.

Beliau berkata tarikh itu juga merupakan tarikh sebenar yang dipohon pihak penerbit filem tersebut.

“Finas telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa (Wajib Tayang) yang dipengerusikan Datuk Mustapha Maarof (pengerusi jawatankuasa itu), dan keputusan yang dibuat jawatankuasa itu ialah filem ‘Tanda Putera’ akan ditayangkan pada 29 Ogos ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ke Finas, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Filem terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Finas itu memaparkan kisah perjuangan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman untuk memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.

Filem yang diterbitkan pada 2011 dan dilulus tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem dengan sijil PG13 itu, sepatutnya menemui penonton mulai 15 Nov 2012, bagaimanapun Jemaah Menteri membuat keputusan menangguhkan filem itu berikutan terdapat babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik dalam masyarakat.

Sementara itu, Ahmad Shabery pada sidang media sama menjelaskan filem ‘Tanda Putera’ telah ditangguh penayangannya kerana terdapat beberapa perkara yang boleh menimbulkan kontroversi pada waktu itu sehingga Kabinet memutuskan penangguhannya buat sementara waktu.

Katanya, filem genre sejarah itu sepatutnya boleh ditayangkan setelah kontroversi mengenainya berakhir dan selesai pilihan raya umum, serta ia tidak akan memberi kesan kepada orang ramai.

“Saya kira ‘Tanda Putera’ satu lagi hasil karyawan filem kita yang patut dilihat dari perspektif seninya, tentang soal bagaimana orang melihat perspektif itu adalah berdasarkan tafsiran masing-masing.

“Yang pentingnya, kita nak lebih banyak filem tempatan ditayangkan di Negara ini dan jika boleh dipasarkan di luar negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT