SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, June 27, 2013

UMNO Online - “Pakatan Pembangkang Tidak Perlu Dabik Dada Dengan Undi Popular” plus 9 more

UMNO Online - “Pakatan Pembangkang Tidak Perlu Dabik Dada Dengan Undi Popular” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pakatan Pembangkang Tidak Perlu Dabik Dada Dengan Undi Popular

Posted: 26 Jun 2013 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun  - Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mengingatkan pakatan pembangkang supaya tidak terlalu mendabik dada dan menjaja kononnya mereka berhak membentuk kerajaan selepas memperoleh 51 peratus undi popular pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas.

Bangkit mempersoalkan perkara itu, Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berkata pakatan pembangkang tidak berhak menuntut mengenai undi popular kerana mereka bertanding mengikut lambang parti masing-masing berbanding BN.

“Setujukah Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bahawa BN memperoleh 48 peratus undi popular atas nama satu parti, satu logo dan satu dasar berbanding pakatan pembangkang yang menggunakan tiga lambang berbeza.

“Sebenarnya undi yang diperoleh pembangkang tidak mengikut dasar, lambang atau parti yang sama, jadi tidak sah untuk dakwa bahawa pakatan pembangkang mendapat undi popular,” katanya ketika mencelah semasa Anwar membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat di sini.

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dalam perbahasaannya berterusan mendakwa wujudnya penyelewengan dalam pengendalian PRU13 selain menyatakan gabungan PAS-PKR-DAP mendapat sokongan rakyat berdasarkan undi popular yang diperoleh.

Menghangatkan lagi keadaan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim-Bandar Baharu) kemudiannya bangkit meminta pembangkang supaya menerima kenyataan serta keputusan PRU13 bahawa rakyat telah memilih memberi mandat untuk BN terus menjadi kerajaan.

Muka baharu di Parlimen itu juga menggesa supaya pakatan pembangkang untuk bersama maju ke hadapan, bukan lagi terus mempertikai keputusan PRU13 sambil menyatakan sebarang bantahan mengenainya perlu dilakukan mengikut lunas undang-undang melalui petisyen di mahkamah.

“Malah, semua di sini juga sudah bersetuju siapa yang mendapat majority daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan berhak membentuk kerajaan, jadi terimalah hakikat bahawa yang kalah tetap kalah,” katanya.

Anwar kemudiannya berkata permohonan pakatan pembangkang menjadi satu parti sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kira-kira tiga tahun lalu, namun tiada jawapan diperoleh berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, jawapan Anwar itu dipertikai Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) dengan menjelaskan apa yang dibangkitkan Annuar ketika mencelah bukan berkaitan permohonan pendaftaran untuk menyertai pilihan raya tetapi soal undi popular yang sering digunakan pembangkang sebagai hujah bahawa BN ditolak rakyat.

Reezal berkata BN bertanding dalam pilihan raya sebagai sebuah parti tetapi pakatan pembangkang masuk sebagai parti yang ‘berpecahbelah’ dan ‘berdiri sendiri’, bukannya ‘gabungan yang bersatu’ sehingga berlaku pertembungan antara PKR dan PAS di banyak tempat.

“Maka sebab itu, kalau diambil perkiraan populariti mengikut dimensi yang sedikit berbeza dan kalau dikira secara ‘berdiri sendiri’, Umno telah menang 88 daripada 120 kerusi yang ditandinginya,” katanya.

Pada PRU13 yang berlangsung 5 Mei lepas, gabungan PAS-PKR-DAP memenangi 89 kerusi Parlimen.

Persidangan bersambung esok.

Shahrir Samad Sekali Lagi Dipilih Pengerusi BNBBC

Posted: 26 Jun 2013 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Anggota Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad sekali lagi dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) bagi penggal Parlimen ke-13.

Shahrir, 63, pernah memimpin BNBBC bagi penggal Parlimen ke-11 selama dua tahun sebelum meletak jawatan pada 2006.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen di sini berkata pemilihan beliau secara sebulat suara dibuat pada mesyuarat BNBBC semalam, selepas pembukaan rasmi penggal pertama Parlimen ke-13 oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Shahrir berkata mesyuarat itu turut mengekalkan anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sebagai timbalan pengerusi dan anggota Parlimen Mersing, Datuk Dr Latiff Ahmad sebagai setiausaha.

Sebelum ini, jawatan pengerusi dipegang anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

Ditanya mengenai visi BNBBC pada penggal Parlimen kali ini, Shahrir berkata kerjasama antara eksekutif dan penyokong kerajaan (Backbenchers) perlu dimantapkan kali ini.

“BNBBC juga kena tunjuk sebagai BN kita kena bertindak atas fakta dan boleh berhujah, ada fakta dan tindakan selari untuk memajukan program dan asas polisi kerajaan,” katanya.

Tambah Shahrir, jawatankuasa BNBBC sedang dalam proses dimuktamadkan dan ia dijangka selesai minggu ini.

Isu “Perlekeh” Institusi DiRaja Hangatkan Dewan Rakyat, Akta Khusus Dicadang

Posted: 26 Jun 2013 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Tindakan sesetengah pihak yang seolah-olah memperlekeh dan tidak menghormati institusi diraja menghangatkan Dewan Rakyat hari ini, sehingga ada yang mencadangkan akta khusus diwujudkan bagi membolehkan tindakan diambil sebagai pengajaran kepada mereka yang bersalah.

Cadangan itu disuarakan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang penuh bersemangat menggesa akta khas digubal agar tindakan tegas, termasuk hukuman penjara, dikenakan terhadap mereka yang didapati menghina institusi diraja.

“Saya cadang diwujudkan Akta Derhaka supaya tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong…mana-mana orang yang menghina kenakan hukuman tegas termasuk dipenjara,” katanya ketika mencelah perbahasan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Shamsul Anuar ketika itu berucap mencadangkan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 semalam.

Menurut Bung Moktar, perkara itu telah diamalkan di Thailand terhadap rakyatnya mahupun orang luar yang menghina institusi diraja dengan mengenakan hukuman penjara.

Turut mencelah, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang menegaskan semua pihak perlu menghormati raja dan mencadangkan supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan sebaliknya.

Bersetuju dengan pandangan Bung Moktar, Shamsul Anuar menggesa kerajaan mengkaji cadangan mewujudkan undang-undang baharu atau bertindak mengukuhkan undang-undang sedia ada bagi menghalang mana-mana pihak daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh meruntuhkan institusi tertinggi negara itu.

Beliau turut mencadangkan undang-undang penyalahgunaan media social dipertimbangkan termasuk mengemas kini peruntukan sedia ada bagi meletakkan sikap kebertanggungjawaban rakyat terhadap kebebasan bersuara yang didokong negara.

“Institusi diraja adalah tonggak yang perlu dihormati dan tidak kira fahaman politik, kaum atau agama, ia adalah lanjutan pemerintahan diraja yang diwariskan dengan konsep raja berperlembagaan dan melalui sistem itu telah Berjaya meletakkan negara di tempat yang tinggi.

“Institusi ini bagaimanapun dikritik golongan tertentu kononnya atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara dan ini tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Menjurus perhatian mengenai penahanan dua individu berikutan kenyataan menyindir Yang di-Pertuan Agong awal bulan ini, Shamsul Anuar turut membidas tindakan mengheret institusi diraja ke kancah politik dan emosi, dengan menyifatkannya sebagai contoh penghinaan terhadap institusi diraja.

Dalam pada itu, hujah sinis Shamsul Anuar yang menyentuh kenyataan beberapa anggota Parlimen yang dilaporkan seolah-olah tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong semalam, menyebabkan sesi perbahasan beberapa kali terganggu apabila beberapa anggota pembangkang bangun membantah sehingga berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua belah pihak.

Tian Chua (PKR-Batu) dan Haniffa Maidin (PAS-Sepang) antara yang berulang-kali bangun menolak kenyataan Shamsul Anuar yang disifatkan sebagai “kenyataan jahat”.

Kekecohan itu menyebabkan beberapa anggota Parlimen hilang kawalan sehingga ada yang melontarkan kata-kata kesat menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee terpaksa mengingatkan mereka supaya tidak mengulangi ungkapan yang dilontarkan.

Bukan Sindrom Penat Berpolitik Tapi Sudah Penat Layan Karenah Anwar

Posted: 26 Jun 2013 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ada pemimpin tertinggi pembangkang yang kini mengalami  sindrom 'penat' berpolitik dibidas oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin, yang berkata bahawa kepimpinan pakatan yang lain bukannya penat berpolitik, tetapi sebenarnya mereka kini  penat melayani kerenah Ketua Pembangkang tersebut.

"Bagi saya, pemimpin-pemimpin pakatan yang lain, terutamanya pemimpin Pas bukannya penat berpolitik, tetapi mereka sudah penat melayani kerenah Anwar yang tidak habis-habis menggunakan politik jalanan.

"Saya kira bukan kepimpinan Pas saja yang sudah penat, tetapi rakyat di negara ini juga sudah penat dengan sikap Anwar yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan PRU ke 13, biarpun beliau sendiri tidak dapat buktikan wujudnya penyelewengan sepertimana yang didakwa pakatan," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Kenyataan Anwar itu menurutnya mungkin berdasarkan perhimpunan black 505 yang dianjurkannya di Padang Merbok baru-baru ini, tidak mendapat sambutan bahkan Presiden Pas sendiri tidak hadir di dalam perhimpunan tersebut.

"Ini membuatkan Anwar merasakan bahawa bahang penolakkan SPR yang cuba dicetuskannya sudah mulai mahu padam. Anwar mungkin menganggap bahawa pemimpin pakatan lain sudah tidak mempunyai stamina dan mulai merasa penat dalam memperjuangkan agenda politik mereka.

"Tetapi apa yang beliau sebenarnya tidak sedar bahawa ramai pemimpin dan rakyat yang sudah penat melihatkan kerenah beliau yang tidak habis-habis mengajak rakyat berdemonstrasi," ujarnya.

Tegasnya lagi, Anwar sepatutnya akur dengan takdir yang telah ditentukan Allah dan meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk membela nasib rakyat yang diwakilinya.

"Sebagai orang Islam, Anwar perlu akur pada takdir. Apa yang dilakukan oleh Anwar hari ini jelas bercanggah dengan syariat Islam, biar apa pun alasan dan matlamatnya.

"Janganlah kita  menolak dan menutup kebenaran di depan mata semata-mata hanya kerana nafsu amarah yang menyelubungi jiwa kita. Jangan korbankan keringat dan masa rakyat untuk kepentingan politik peribadi semata-mata," ujarnya.-MediaUMNO

Bekas Hakim Pun Terpedaya Dengan Pembangkang, Inikan Pula Rakyat – Noh

Posted: 26 Jun 2013 02:34 AM PDT

SHAH ALAM, 26 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar hari ini menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa titah Duli Yang Dipertuan Agong, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah,  merupakan sebagai satu kenyataan dan bukannya arahan untuk dipatuhi ialah sebagai satu kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Ini kerana menurut beliau, titah Yang Dipertuan Agong baru-baru ini  adalah berdasarkan perlembagaan yang sedia ada di negara ini.

"Kenyataan beliau yang seolah-olah mempersoalkan titah Yang Dipertuan Agong samada ia arahan ataupun satu pandangan, ia amat mengelirukan rakyat. Dari apa yang saya dengar, titah Yang Dipertuan Agong itu adalah berdasarkan perlembagaan.

"Misal katalah perkara itu tidak disebut oleh Yang Dipertuan Agong, kita sebagai rakyat Malaysia atau sebagai pemimpin parti politik, kita mestilah menjunjung, mempertahankan dan menghormati perlembagaan negara sepertimana yang kita lafaz semasa angkat sumpah di parlimen,"tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jadi tambahnya lagi, pembangkang diminta agar jangan cuba mengelirukan atau mempersoalkan apa yang dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong.

"Inilah masalah pembangkang. Apabila kita bercakap tentang perlembagaan negara, mereka mempertikaikan. Tetapi apa yang dilakukan oleh mereka hari ini, tidak mengikut langsung perlembagaan dan undang-undang.

"Tindakan mereka melanggar undang-undang pula dianggap betul. Budaya sebegini amat bahaya. Budaya mahu  mengajak rakyat tidak menghormati perlembagaan.

"Dan akhirnya mereka akan mengambil undang-undang di tangan sendiri dan perkara ini boleh menjadi sebab untuk berlakunya   perkara yang tidak baik untuk negara seperti Arab Spring dan sebagainya,"ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang seterusnya berkata pembangkang bukan saja bijak menipu rakyat, malah bekas hakim mahkamah persekutuan sendiri terpedaya dengan tipu helah pembangkang.

"Kita lihat bagaimana seorang bekas hakim yang menawarkan diri untuk bertanding menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat. Sudah tentu hakim itu mengetahui sekiranya ada dua calon, pasti akan berlakunya pemilihan menurut suara majoriti.

"Sekiranya berlakunya pemilihan, sudah tentu BN akan menang kerana kita mempunyai suara majoriti 133 berbanding 89 yang dimiliki oleh pembangkang. Mana mungkin beliau boleh menang tetapi bagaimana dia boleh bersetuju dengan tawaran pembangkang sehingga beliau sanggup menawarkan diri untuk jawatan tersebut," ujarnya.

Kesimpulan dari perkara ini menurut beliau, sekiranya bekas seorang hakim pun boleh diperdaya oleh kepimpinan pembangkang, masakan mereka tidak boleh memperdayakan rakyat biasa di negara ini.

"Jika bekas hakim pun boleh terpedaya dengan muslihat pembangkang, apatah lagi rakyat biasa yang kita lihat sanggup berarak di jalan raya. Mereka ini tidak tahu apa-apa. Golongan rakyat seperti ini hanya ditanam dengan semangat kebencian kepada kerajaan, tanamkan semangat supaya menentang undang-undang dan sebagainya.

"Bagi saya, inilah tugas besar bagi kerajaan untuk memperbetulkan semula persepsi  sebahagian rakyat yang selama ini telah disongsangkan oleh puak pembangkang," akhirinya. -MediaUMNO

‘Usaha Nakal’ Perlekeh Kepimpinan Najib, Satu Usaha Sia-Sia

Posted: 26 Jun 2013 02:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap mengajak kepimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya Ahli-Ahli Parlimen BN untuk teguh berdiri bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menolak sebarang usaha memecah-belahkan perpaduan dan kesepakatan di dalam BN demi memastikan survival perjuangan BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Tambahnya, di sebalik cabaran yang bakal dilalui oleh Ahli-Ahli Parlimen BN, selain jumlah yang semakin kecil sekarang, amat penting kepada kepimpinan BN untuk bersatu teguh dan saling bantu-membantu khususnya dalam menjayakan transformasi yang dibuat oleh Datuk Najib.

"Dalam pilihanraya umum yang lalu, BN telah menampilkan banyak muka-muka baru khususnya golongan muda untuk diberikan peluang mewakili BN di peringkat Parlimen dan DUN, ia merupakan cara terbaik untuk meremajakan UMNO dan BN itu sendiri.

“Jadi, saya harap pendekatan yang dibuat oleh pucuk tertinggi BN ini, khususnya peluang yang Datuk Najib berikan, harus diteruskan di masa akan datang. Peluang ini juga harus digembling bersama oleh setiap anak muda dalam BN untuk bersama-sama dalam kepimpinan agar BN terus relevan dan seterusnya mendapat tempat di hati rakyat," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sekijang.

Dalam masa yang sama, beliau membidas 'usaha-usaha nakal' pihak-pihak tertentu yang cuba memperkecilkan kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang dianggap satu usaha yang sia-sia memandangkan kebanyakan pemmpin dan ahli-ahli UMNO dan BN rasional dan mengenali Datuk Najib sebagai seorang pemimpin yang sangat dihormati dan disayangi rakyat.

"Jadi, sudah tiba masanya untuk kita semua memperkukuhkan parti UMNO selain merapatkan barisan bersama kompenan BN yang lain untuk memastikan pasukan transformasi BN ini akan terus disenangi oleh rakyat Malaysia dan dihormati di mata dunia," tambahnya. -MediaUMNO

Kesan Ketahanan Dakwat Kekal PRU 13 Bergantung Kepada Individu – Shahidan

Posted: 26 Jun 2013 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah bergantung kepada individu dan usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata ujian yang dibuat ke atas pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan pekerja media pada 2 Mei lepas membuktikan dakwat itu kekal seperti yang ditetapkan.

“Tarikh luput dakwat kekal ialah dalam tempoh empat bulan daripada tarikh ia dikilangkan dan diimport dari negara luar,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Soalan itu menyentuh kos perbelanjaan PRU13 dan dakwat kekal.

Shahidan berkata dakwat itu antara lain dihasilkan dengan menggunakan bahan pewarna makanan yang diluluskan.

Beliau berkata sebanyak RM400 juta telah diluluskan Kementerian Kewangan untuk menampung segala perbelanjaan PRU13 lepas.

EC To Meet After Receiving Letter On Assemblyman’s Death

Posted: 26 Jun 2013 01:19 AM PDT

PUTRAJAYA, June 26 – The Election Commission (EC) will hold a special meeting to set the by-election date for the Kuala Besut state seat after receiving an official acknowledgement on its vacancy.

EC Deputy Chairman Wan Ahmad Wan Omar said at the moment EC had not received any official letter from the State Assembly Speaker and was expecting to receive it shortly.

“After that, the EC will issue an official statement when the special meeting will be held. According to the State and Federal Constitutions, the by-election should be held within 60 days from the date of vacancy,” he said when contacted by Bernama here today.

The seat fell vacant following the death of incumbent Dr A. Rahman Mokhtar, 55, who passed away at the Sultanah Nur Zahirah Hospital (HSNZ) Terengganu today from lung cancer.

In the 13th general election on May 5, A. Rahman defended the seat he won in 2008 with a majority of 2,434 votes against Napisah Ismail of PAS.

Pemilihan UMNO Langkah Utama Kepada Pengukuhan Parti Berdepan PRU-14

Posted: 26 Jun 2013 12:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Manifestasi perubahan dalam UMNO bukanlah semata-mata dengan transformasi yang dilaksanakan dalam pemilihan parti sebagaimana yang diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan melibatkan lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara, kata Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.

Katanya, pendekatan paling penting bagi UMNO adalah ke arah pengukuhan parti dari semua peringkat yang bermula di akar umbi membabitkan cawangan, bahagian hinggalah ke peringkat pusat.

"Kekuatan UMNO akan dapat menyemai sokongan bukan sahaja di kalangan ahli-ahlinya tetapi juga rakyat Malaysia yang pelbagai kaum juga turut berpaut kepada keutuhan UMNO sebagaimana usianya 67 tahun dan menjadi teraju kemerdekaan dengan mentadbir negara ini sehingga kini," katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, kekuatan UMNO akan memberi impak besar kerana parti ini adalah payung yang turut menjadi teduhan kepada masyarakat pelbagai kaum, berbilang agama dan budaya di negara ini.

"Apabila pemilihan parti membuka laluan kepada anggota yang lebih ramai untuk memilih dan terlibat secara langsung dalam menentukan kepimpinannya maka ia akan turut memberi laluan kepada golongan muda yang akan menjadi pelapis masa hadapan.

"Melalui keterbukaan ini, proses meremajakan kembali parti berlangsung dengan menjadikan parti ini sentiasa sesuai dengan kehendak generasi hari ini yang tentunya menjadi bakal pemimpin masa hadapan."

Terang beliau, UMNO tidak mengambil endah sikap segelintir pihak termasuklah pakatan pembangkang yang seringkali menimbulkan permasalahan dengan tujuan untuk melengahkan pelbagai pelaksanaan dan janji-janji untuk rakyat.

"UMNO tidak perlu berlengah atau terpengaruh melayan manipulasi dan provokasi pembangkang sebagaimana himpunan 'blackout 505', 'readbean army' atau apa-apa sahaja yang sememangnya sengaja diwujudkan bagi mengalihkan tumpuan pemimpin dan rakyat.

"Fokus utama dalam parti adalah kepada pengukuhan UMNO dan pemilihan perlu menjadi agenda terbesar dalam mempersiapkan jentera dengan kekuatan maksimum bagi berdepan pilihan raya umum ke-14."

Jelas beliau, biarpun dalam PRU-13, kedudukan UMNO menjadi bukti bahawa sokongan rakyat terus padu berdasarkan pertambahan bilangan kerusi daripada 79 kepada 88 tetapi ia perlu terus diperkukuh.

Sedang berlangsung sekarang ini siri jelajah penerangan berkaitan pemilihan UMNO ke tiap-tiap negeri dan dijangka akan berakhir penghujung bulan ini sementara Majlis Tertinggi telah menetapkan Persidangan Cawangan bermula pada 15 Julai 2013 sehingga 31 Ogos 2013 dengan persidangan peringkat bahagian dan tarikh pemilihan akan ditentukan kemudian. - MediaUMNO

Bekas Adun Kuala Besut Banyak Bawa Perubahan

Posted: 26 Jun 2013 12:48 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 Jun – Pemergian Adun Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar bukan sahaja dirasai oleh keluarganya, malah turut dirasai oleh semua penduduk di DUN berkenaan dan rakyat Terengganu secara amnya kerana telah banyak membawa perubahan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Besut, Engku Naimah Engku Taib menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang disenangi rakyat dan telah banyak membawa perubahan serta pembangunan kepada penduduk di Kuala Besut.

"Pemergiannya bakal dirasai oleh semua penduduk Kuala Besut, walaupun bakal menerima wakil rakyat baru, namun jasa yang telah dilakukan oleh Allahyarham sebagai wakil rakyat tidak boleh dinafikan kerana telah banyak membawa perubahan kepada penduduk di situ.

"Ketika menjadi wakil rakyat buat pertama kali pada penggal lalu, Allahyarham telah membawa banyak perubahan dan pembangunan ke Kuala Besut yang telah membawa peluang ekonomi kepada penduduk tempatan kerana Kuala Besut adalah tempat tumpuan pelancong sebelum menuju ke Pulau Perhentian," katanya.

Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pagi tadi diakibat kanser paru-paru, pada mulanya Allahyarham mendapat rawatan di Hospital Besut sebelum menerima rawatan lanjut di Kuala Terengganu.

Allahyarham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat akan dikebumikandi  Tanah Perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala Besut selepas solat Zohor pada hari yang sama.

Pada pilihan raya umum ke-13, Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya pada pilihan raya 2008 dengan menewaskan calon Pas, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434.

Engku Naimah berkata, ketika hayatnya Allahyarham pernah menyuarakan kepada kerajaan supaya Hospital Besut itu dinaiikkan taraf sebagai sebuah hospital pakar yang mempunhyai pelbagai kemudahan kerana kedudukannya yang agak jauh daripada Kuala Terengganu,

Untuk mendapatkan rawatan pakar atau lanjutan, penduduk di kawasan terbabit terpaksa pergi ke Hospital Kota Bahru kerana dianggap paling hampir berbanding Hospital Kuala Terengganu.

"Sebuah hospital yang lengkap dengan pelbagai kemudahah amat penting bagi penduduk di sini, selain menjimatkan kos perbelanjaan, ia juga dapat menyelesaikan masalah pentadbiran terutama membabitkan kes pendaftaran bayi baru lahir.

"Ramai penduduk di sini yang berstatuskan rakyat Kelantan, sedangkan mereka adalah penduduk tetap di sini berikutan mereka dilahirkan di Koata Bahru, jika kemudahan sebegitu ada di Hospital Besut, masalah berkenaan dapat diatasi,"katanya.

Menurutnya, walaupun masih dalam suasana sedih dengan pemergian Allahyarham, Wanita UMNO Besut akan megerakkan jenteranya secepat mungkin kerana bagi memastikan kerusi  DUN Kuala Besut dapat dipertahankan berikutan senario politik di Terengganu apabila Barisan Nasional hanya berjaya membentuk kerajaan dengan kelebihan dua kerusi pada PRU 13 lalu. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT