SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, September 2, 2013

UMNO Online - “Perincian Kaedah Pemilihan Baru UMNO Akan Diumum Tiga Minggu Lagi” plus 1 more

UMNO Online - “Perincian Kaedah Pemilihan Baru UMNO Akan Diumum Tiga Minggu Lagi” plus 1 more

Link to UMNO Online

Perincian Kaedah Pemilihan Baru UMNO Akan Diumum Tiga Minggu Lagi

Posted: 01 Sep 2013 09:55 AM PDT

Kuala Lumpur, 1 Sep – Pengurusan Ibu Pejabat UMNO Malaysia sedang mengadakan kajian dan rumusan dalam tempoh tiga minggu ini untuk memastikan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat mengikut kaedah dan sistem baru pemilihan dapat dijalankan dengan sempurna.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Dato Rauf Ab.Yusoh, kajian dan rumusan bagi perkara tersebut akan cuba diselesaikan sebelum tempoh pendaftaran calon pada 21 September ini.

"Ia dilakukan adalah untuk memastikan kaedah pemilihan baru ini dapat menjadi kaedah terbaik bagi pemilihan pemimpin khususnya di peringkat akar umbi.

“Kita akan adakan satu sidang media khas bagi melihat kaedah pemilihan baru ini untuk diwar-warkan kepada umum dalam masa yang terdekat, selepas selesai kajian dan rumusan berhubung  perkara ini. Mungkin lebih kurang dalam tempoh tiga minggu lagi,”jelas beliau kepada pemberita di program rumah terbuka di kediaman beliau di Ukay Perdana.

Menurut beliau lagi, kajian dan rumusan yang  dilakukan oleh ibu pejabat UMNO itu akan meliputi dari semua sudut pemilihan seperti kaedah pendaftaran, pemilihan, cara menjalankan undian serentak termasuk kaedah pengiraan undi.

Selain itu, Rauf memberitahu simulasi pemilihan bagi mereka yang terlibat sebagai pegawai pengurus pemilihan juga akan diadakan dalam tempoh terdekat sebagai persiapan dan latihan bagi mereka yang terlibat  agar sistem pemilihan baru yang pertama kali digunapakai  ini dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.

Sementara itu, rumah terbuka beliau meriah dihadiri lebih dari lima ribu jemputan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Lebih memeriahkan suasana apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut meluangkan masa untuk hadir pada majlis rumah terbuka tersebut.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 8.45 malam disambut meriah oleh tetamu yang hadir.

Najib kemudiannya diminta untuk memotong "Kek Merdeka", sebagai simbolik sambutan hari kemerdekaan dengan diiringi oleh Naib Presiden UMNO, Dato Zahid Hamidi, Ketua Penerangan UMNO, Dato Ahmad Maslan dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Shahrizat Jalil.

Turut kelihatan hadir ialah Setiausaha Agung UMNO, Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Besar Kedah, Dato Mukhriz Mahathir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan, Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishamuddin Hussein Onn,  Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Ali Rustam, pelakon veteran Dato Mustapha Maarof, Presiden Seniman, Zed Zaidi dan beberapa kenamaan lagi.

Pelbagai juadah disajikan kepada para tetamu yang hadir selain daripada persembahan tarian Melayu dan persembahan nyanyian tradisional Melayu.

Filem Tanda Putera Wajar Jadi Bahan Kajian Ilmiah Di IPT- Razali Ibrahim

Posted: 01 Sep 2013 09:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mencadangkan filem “Tanda Putera” dijadikan bahan kajian ilmiah oleh pelajar dan ahli akademik di institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata filem itu boleh dikaji dari sudut latar, karya dan jalan ceritanya bagi memberi kefahaman lebih jelas bagaimana pemimpin politik terdahulu menyelesaikan masalah perpaduan dan berusaha membangunkan negara.

“Elok ia dijadikan bahan kajian terutama oleh pelajar IPT supaya mereka boleh menilai dan mengkritik dari sudut perspektif serta maksud sebenar cerita itu,” katanya kepada pemberita media ketika ditemui selepas menonton filem itu di pawagam Golden Screen Cinema, Midvalley di sini, hari ini.

Razali yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno menonton filem itu bersama keluarganya serta 50 pelajar IPT dan anggota beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat Cina dan India.

Razali yang juga Pengerusi Biro IPT Pemuda UMNO berkata beliau akan meminta biro itu mengkaji kandungan filem berkenaan, yang diterbitkan oleh Pesona Pictures dan Finas.

Beliau berkata filem arahan Datin Paduka Suhaimi Baba itu juga wajar dijadikan pengajaran buat generasi masa kini khususnya dalam memahami peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di negara ini.

“Saya lihat, jalan cerita filem ini tidak seharusnya dipertikaikan walaupun ada babak tertentu yang sedikit menyentuh perasaan…filem tersebut adalah berdasarkan sejarah, tetapi yang penting pengajarannya (daripada sejarah itu),” katanya.

Mengulas mengenai tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan cuba menghalang penayangan “Tanda Putera” di negeri itu sebelum ini, beliau berkata ia tidak wajar berlaku.

Mengulas isu sama, Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan yang turut menonton filem itu berkata kandungan sejarah yang dipaparkan dalam setiap babak wajar dijadikan iktibar dan tidak seharusnya dipolitikkan.

Tayangan filem ‘Tanda Putera’ yang dibintangi Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim tertangguh hampir dua tahun berikutan kontroversi mengatakan ia berunsur negatif dan fitnah.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT