SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, October 27, 2013

UMNO Online - “90 Peratus Muka Baharu Terajui Ketua Puteri Umno Negeri – Mas Ermieyanti” plus 9 more

UMNO Online - “90 Peratus Muka Baharu Terajui Ketua Puteri Umno Negeri – Mas Ermieyanti” plus 9 more

Link to UMNO Online

90 Peratus Muka Baharu Terajui Ketua Puteri Umno Negeri – Mas Ermieyanti

Posted: 26 Oct 2013 05:59 AM PDT

MELAKA, 26 Okt – Pergerakan Puteri Umno akan melantik 90 peratus muka baharu untuk jawatan Ketua Puteri Umno Negeri, kata ketua pergerakan itu, Mas Ermieyanti Samsudin.

Beliau berkata ini berikutan hampir kesemua calon yang memenangi jawatan Ketua Puteri di peringkat bahagian pada pemilihan Umno baru-baru ini terdiri daripada muka baharu.

zahida-zarik-khan-naib-mas-ermieyati-ketua-puteri-mesyuarat-kempen-jentera-prk-sungai-limau

Katanya hanya dua Ketua Puteri negeri iaitu Norasimah Md Nowar di Kedah dan Norwahida Patuan (Kelantan) mengekalkan jawatan Ketua Puteri di peringkat bahagian masing-masing.

Mas Ermieyanti berkata beliau kini sedang dalam proses bertemu Pengerusi Badan Perhubungan Umno di setiap negeri bagi berbincang dan mengenal pasti calon terbaik menerajui pergerakan itu di negeri masing-masing.

“Kedah dan Kelantan saya belum bincang (dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno), saya tak pasti (mengekal kepimpinan atau muka baharu),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah di sini hari ini.

Mas Ermieyanti berkata pada masa ini, pergerakan itu memberikan tumpuan penuh bagi membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 Nov ini.

K’jaan Sasar 10 MBPS Dinikmati Penduduk Luar Bandar Menjelang 2016

Posted: 26 Oct 2013 05:44 AM PDT

KEMAMAN, 26 Okt – Capaian jalur lebar lebih pantas iaitu antara empat hingga 10 megabit persaat (Mbps) akan dapat dinikmati penduduk luar bandar di negara ini menjelang 2016, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata capaian antara 10 hingga 30 Mbps pula akan dapat direalisasikan di kawasan bandar menerusi komitmen berterusan kerajaan selepas pengumuman fasa kedua capaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSSB) yang diumumkan dalam Bajet 2014 semalam.

Beliau berkata inisiatif ke arah usaha itu sudah mula dilaksanakan iaitu melibatkan kerja-kerja asas.

“Peruntukan sudah ada dan kita sudah tentukan tapak mana nak dipasang kabel dan menara. Dalam masa tiga tahun lagi kita akan lihat suasana yang berbeza iaitu capaian Internet akan lebih laju,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalur Lebar anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) peringkat daerah Kemaman di Padang Astaka di sini hari ini.

Menurut Ahmad Shabery, ketika ini, penduduk di kawasan luar bandar sudah menikmati capaian Internet antara satu hingga dua Mbps dan antara dua hingga 20 Mbps di kawasan bandar.

“Dari segi liputan jalur lebar sebenarnya negara kita tidak jauh ketinggalan dengan negara maju yang kini sudah meliputi hampir 70 peratus penembusan jalur lebar di negara ini.

“Cuma dari segi kelajuan saya boleh katakan bahawa kelajuan purata di dalam kawasan bandar kita akui memang boleh dibanggakan tapi di luar bandar perlu satu komitmen yang berterusan,” katanya.

Di negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, kelajuan Internet mereka telah mencapai sehingga 70 Mbps.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan dalam Bajet 2014 bahawa kerajaan akan melaksanakan fasa kedua itu bersama sektor swasta melibatkan pelaburan hampir RM1.8 bilion yang akan memberi manfaat kepada 2.4 juta isi rumah di seluruh negara.

Pembangunan Sekolah Pondok Keutamaan Kerajaan Negeri Kedah – Mukhriz

Posted: 26 Oct 2013 05:02 AM PDT

YAN, 26 Okt – Isu berkaitan agama di negeri Kedah dianggap sebagai keutamaan dan institusi berkaitannya akan terus dibela kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

mb-kedah-mukhriz-pelajar-maahad-tahfiz-sekolah-agama-pondok-kempen-pilihanraya-prk-sungai-limau-masjid-surau-zuhur

Beliau berkata pendekatan itu bukan sekadar cakap kosong tetapi merupakan komitmen berdasaran kemampuan kerajaan negeri dengan dibantu kerajaan pusat.

“Soal agama ini kita letak bab paling awal (terdahulu) dan kita beri keutamaan berkait dengan agama termasuklah dalam soal kebajikan sekolah pondok, maahad tahfiz, sekolah agama bantuan kerajaan, surau dan juga masjid.

“Sebab itu tidak pelik apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang (di sini) dan banyak berjumpa dengan warga pondok yang menunjukkan kesungguhan kerajaan pusat membantu sekolah pondok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Asar berjemaah bersama Muhyiddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Pondok Moden Nahdzah, Bukit Besar dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM3 juta bagi pembinaan dewan makan Pondok Moden Nahdzah selain asrama bagi Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah yang terletak di hadapan pondok tersebut.

Pondok Moden Nahdzah merupakan pusat pengajian agama khas bagi warga emas yang dibuka pada Februari tahun ini yang menjadi pelengkap kepada SMA Nahdzah yang merupakan sekolah agama bantuan kerajaan yang dibuka sejak 1946.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Pondok Moden Nahdzah dan SMA Nahdzah, Nasir Othman berkata ini kali pertama sumbangan sedemikian diterima pihaknya dan juga kali pertama pimpinan tinggi negara hadir ke pusat pengajian agama berkenaan.

“Ini (peruntukan) satu anugerah besar tak terduga. Ini bukan masalah politik tapi masalah pendidikan. Saya juga rasa seronok kerana pemimpin tertinggi ambil berat mengenai agama dan pendidikan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini terdapat 40 pelajar di Pondok Moden Nahdzah dan 780 pelajar di SMA Nahdzah.

“Kita punyai asrama yang mencukupi bagi Pondok Nahdzah. Cuma di SMA Nahdzah, asrama yang ada cuma mampu menampung 420 orang pelajar,” katanya.

Peruntukan RM75 Juta Untuk Esscom Bukti Kerajaan Serius Jaga Keselamatan Rakyat Sabah

Posted: 26 Oct 2013 04:24 AM PDT

LAHAD DATU, 26 Okt – Peruntukan besar sebanyak RM75 juta bagi memantapkan lagi operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tahun depan menunjukkan kesungguhan kerajaan persekutuan untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah, kata Pengerusi Beliawira Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Negeri Sabah Firdaus Joseph Abdullah.

Sehubungan itu, beliau berkata Beliawira PBTM Sabah berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang benar-benar berpegang kepada prinsip dan aspirasi gagasan 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan rakyat terutama dalam soal keselamatan.

“Kami Beliawira Persatuan Bekas Tentera Malaysia negeri Sabah mengalu-alukan pengumuman peruntukan sebanyak itu yang kita harap dapat mengukuhkan lagi operasi Esscom dan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Kami melihat tambahan peruntukan untuk Esscom ini sebagai satu tindakan tepat yang akan memastikan keselamatan rakyat Sabah sentiasa terjamin. Kita tidak mahu lagi insiden pencerobohan Tanduo (di Lahad Datu) berulang,” katanya hari ini.

Firdaus berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Najib, yang juga Menteri Kewangan, berhubung perkara itu dalam pembentangan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam.

Penubuhan kawasan keselamatan khas, yang kemudiannya dikenali sebagai Esscom, diumumkan Najib pada 7 Mac lepas dalam lawatan pertamanya ke Lahad Datu bagi meninjau Op Daulat susulan pencerobohan pengganas Sulu di daerah itu pada Februari lepas.

Esscom yang menjangkau usia tujuh bulan kini diterajui Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek, merupakan ejen penguatkuasaan bagi Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE), yang merangkumi 10 daerah sepanjang 1733.7 kilometer di pantai timur Sabah, dan diwujudkan bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini ekoran krisis pencerobohan tersebut.

Esszone yang meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, antara lain bertujuan memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan pelbagai entiti pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen.

Sementara itu, Beliawira PBTM Sabah berharap pengwujudan beberapa battalion keselamatan di kawasan Esszone dapat dilaksanakan secepat mungkin demi kebaikan bersama.

Firdaus berkata pihaknya turut menyambut baik keputusan kerajaan persekutuan untuk memperuntukkan RM48 juta bagi tujuan kebajikan 20,000 veteran ATM meliputi perubatan, sagu hati dan pendidikan sebagai menghargai sumbangan mereka.

Briefings On GST To Be Held Nationwide: Ahmad Maslan

Posted: 26 Oct 2013 04:19 AM PDT

PETALING JAYA, Oct 26 – The government will give clear and systematic briefings on the implementation of the Goods and Services Tax (GST) to all levels of society, said Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan.

The briefings, led by his ministry and the Royal Malaysia Customs Department, will be held in all states including in interior areas and for groups such as traders, non-governmental organisations, political parties and academics, he said.

Speaking to reporters after a briefing on Budget 2014 for staff of the Inland Revenue Board (LHDNM) here today, Ahmad said public response to the announcement regarding the abolition of the sales tax to be replaced by the GST has been generally positive, adding the GST would not necessarily raise the prices of goods as claimed by some detractors.

Yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, in tabling Budget 2014, said the GST, which would come into effect on April 1, 2015 at six per cent, is a fair and comprehensive tax system that would benefit all Malaysians.

Pas Perlukan Khidmat Pakar Ekonomi Utk Faham GST – Muhyiddin

Posted: 26 Oct 2013 04:17 AM PDT

YAN, 26 Okt – PAS perlu mendapatkan khidmat pakar ekonomi bagi memberi pemahaman kepada mereka mengenai kebaikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tidak terus mengeluarkan kenyataan salah mengenainya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata PAS perlu faham bahawa pelaksanaan GST adalah untuk mengukuhkan ekonomi, selain mengekalkan keyakinan masyarakat antarabangsa untuk terus melabur di Malaysia.

“Saya percaya rakyat tidak akan termakan dakyah negatif yang dibawa pembangkang mengenai GST. Mereka (pembangkang) juga sebagai ahli politik faham bahawa akan sampai waktunya GST akan tetap dilaksanakan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) 2013 di Bukit Besar dekat sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai tindakan PAS menggunakan isu GST sebagai modal kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di sini.

Turut hadir isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom; dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Pada pembentangan Bajet 2014 di persidangan Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan melaksanakan GST mulai 1 April, 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kerajaan telah mengecualikan pelbagai barangan keperluan yang penting daripada dikenakan GST bagi mengelakkan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah terbeban dengan pelaksanaannya.

Beliau juga berkata kerajaan mengambil kira kepentingan nasional sebelum membuat keputusan melaksanakan GST, selain akan menyumbang semula hasil kutipan kepada rakyat yang memerlukan.

tpm-muhyiddin-pelajar-maahad-tahfiz-sekolah-agama-pondok-kempen-pilihanraya-prk-sungai-limau-masjid-surau-zuhur

“Semua pakar ekonomi buat keputusan bahawa tindakan Perdana Menteri semalam adalah bijak, tepat dan sudah sampai masanya. Lebih-lebih lagi waktu inflasi Malaysia agak rendah kira-kira dua peratus.

“Kedudukan ekonomi kita masih kukuh. Dengan inflasi yang rendah, kalau kita laksanakan (GST) ia lebih mudah diterima,” katanya.

Menyentuh mengenai kempen Barisan Nasional di DUN Sungai Limau, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata beliau melihat respon positif daripada pengundi di kawasan itu.

Bagaimanapun, jentera parti perlu memantapkan lagi usaha mereka, termasuk menyelaraskan gerak kerja.

“Kita sedar kawasan ini sejak sekian lama dikuasai PAS, iaitu sudah lima penggal. Tapi bagi saya tidak mustahil kalau kita betul-betul rancang strategi dan pendekatan berkesan, pengundi di sini sedia berubah,” katanya.

Beliau berkata inilah yang diharapkan berlaku.

PRK itu pada 4 Nov ini menyaksikan pertembungan antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengingatkan pengundi di DUN Sungai Limau supaya menolak dakyah pembangkang mengenai GST.

“Apa sahaja yang kerajaan buat semua tidak betul, sedangkan pembangkang bila menang hanya jadi wakil rakyat sahaja,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra di beberapa kampung di DUN Sungai Limau di sini, hari ini.

Beliau berkata hinggakan kerajaan bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pun salah.

Shafie berharap pengundi di situ melihat akan usaha dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat di negara ini dalam usaha mewujudkan pelbagai kemudahan.

Sementara itu, Mukhriz berkata sesi penerangan berkaitan GST perlu diadakan supaya rakyat benar-benar faham dan menerimanya dengan baik.

Sesi penerangan itu penting memandangkan kerajaan mempunyai hanya 17 bulan sebelum melaksanakannya.

GST adalah sesuatu yang baik dan rakyat perlu menerimanya, kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan program pusat transformasi komuniti bergerak dekat sini hari ini.

“Ia (GST) bukan cukai yang baru sebaliknya ia mengambil alih dua cukai sebelum ini, iaitu cukai jualan antara lima dan 10 peratus, serta cukai perkhidmatan enam peratus.

“Tetapi GST ini hanya pada kadar enam peratus yang dianggap terendah di rantau ini,” tambahnya.

90 Per Cent Of State Puteri UMNO Leaders To Be New Faces

Posted: 26 Oct 2013 04:13 AM PDT

MELAKA, Oct 26 – Ninety per cent of Puteri Umno state leaders will be new faces as nearly all the elected divisional heads, who won in the recent party election using the electoral college system, are new faces, the movement head, Mas Ermieyanti Samsudin, said today.

She said two state Puteri Umno leaders, namely Norasimah Md Nowar (Kedah) and Norwahida Patuan (Kelantan), retained their divisional head post.

“I am now in the process of meeting the state Umno liaison chairman in the respective states to discuss and identify the best candidate for the state leadership post,” she told reporters after opening Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah’s Co-Curriculum Day here today.

Currently, she said, the movement was focusing on ensuring victory for Barisan Nasional’s (BN) candidate, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, in the Sungai Limau state by-election.

On the vacancy of five executive council posts in Puteri Umno, Mas Ermieyanti said it would be filled by professionals and others capable restoring the young people’s confidence in Umno and BN.

TPM Umum Peruntukan RM3 Juta Untuk Asrama SMA Nahdzah Bukit Besar

Posted: 26 Oct 2013 04:07 AM PDT

YAN, 26 Okt – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi pembinaan asrama dan dewan Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar dekat sini.

Muhyiddin berkata peruntukan ini boleh dianggap sebahagian daripada peruntukan RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014 bagi membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

tpm-muhyiddin-pelajar-maahad-tahfiz-sekolah-agama-pondok-kempen-pilihanraya-prk-sungai-limau-masjid-surau-zuhur

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata beliau melihat pembangunan sekolah agama di Kedah amat istimewa dalam mempertingkatkan pendidikan Islam di mana di Dewan Undangan Negeri Sungai Limau sahaja terdapat banyak sekolah-sekolah pondok.

“Ini semua dibangunkan dengan kegigihan pimpinan Islam,” katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Asar di Pondok Moden Nahdzah, Bukit Besar, dekat sini.

Untuk rekod, calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat merupakan Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Agama Nahdzah sebelum meletakkan jawatan untuk bertanding dalam PRK DUN Sungai Limau, 4 Nov ini.

Muhyiddin berkata sudah menjadi dasar Kementerian Pendidikan, bahawa bantuan diberikan kepada semua sekolah agama tanpa mengira warga sekolah itu penyokong Barisan Nasional (BN) atau PAS.

“Soal utama sekarang adalah pembangunan Islam itu sendiri. Waktu saya nak beri bantuan, ada yang tegur, yang terima bantuan itu adalah orang PAS, bukan orang Umno. Saya cakap tidak apa.

“Saya sendiri ada berbincang dengan Perdana Menteri dan saya maklumkan bahawa Sekolah Agama Rakyat ini banyak yang ikut sistem kita (kebangsaan). Mereka ada ko-kurikulum khusus. Ma’had Tahfiz kini pun ada gabungan dengan sistem akademik,” katanya.

Hadir sama, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Lembaga Sekolah Menengah Agama, Nahdzah Nasir Othman.

Muhyiddin kemudian berlepas pulang setelah mengadakan lawatan kerja hampir sehari di DUN Sungai Limau.

Anwar Bersikap Populis, Kata Ketua Menteri Melaka

Posted: 26 Oct 2013 03:19 AM PDT

MELAKA, 26 Okt – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bersikap populis apabila menuduh Bajet 2014 terutama pengumuman pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebagai bajet menghukum rakyat.

idris-haron-penamaan-calon-sungai-limau-prk-kedah

Beliau berkata tindakan ketua pembangkang itu sekadar mahu mendapat perhatian segelintir rakyat tanpa memikirkan keseimbangan ekonomi negara.

“Tuduhan itu adalah bukti sahih beliau (Anwar) adalah pemimpin yang populis yang mana beliau hanya akan buat pengumuman yang baik sahaja di hadapan rakyat untuk kepentingan diri tanpa memikirkan kesannya terhadap masa depan negara.

“Seorang pemimpin tidak boleh popular sepanjang masa dengan memberikan perkhabaran yang indah kepada rakyat kerana ia akan membawa kepada kehancuran negara terutama apabila melibatkan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa Bajet 2014 yang dibentangkan semalam sebagai bajet menghukum rakyat, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Ke-9 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)di sini, hari ini.

Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pelaksanaan GST pada kadar 6 peratus berkuat kuasa 1 April 2015 merupakan langkah tepat dan sesuai dalam keadaan negara mencari punca pendapatan bagi mengekalkan keseimbangan ekonomi negara.

Beliau berkata ia kerana hasil bumi negara dijangka berkurangan menjelang 2018 dan pelaksanaan GST adalah cara terbaik bagi setiap rakyat bersama-sama memikul tanggungjawab untuk negara.

Katanya kerajaan telah mengkaji pelbagai aspek dan kesan pelaksanaan GST terhadap rakyat dan negara.

Kerajaan Galak Belia Rebut Semua Inisiatif Yang Disediakan, Kata Khairy

Posted: 26 Oct 2013 02:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Belia Malaysia digalakkan merebut semua inisiatif yang disediakan oleh kerajaan, terutamanya insentif kewangan, bagi masa depan negara yang lebih hebat, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kerajaan telah menawarkan banyak pinjaman dan dana melalui SME Bank, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), program-program latihan MARA dan lain-lain.

Bagaimanapun, peluang itu tidak diambil sepenuhnya disebabkan kurang minat terhadap keusahawanan.

“Pada masa ini, kadar pengangguran dalam kalangan belia di Malaysia ialah kira-kira sembilan hingga 10 peratus. Berbanding kadar purata pengangguran, iaitu di bawah tiga peratus, ini adalah isu serius.

“Ramai daripada mereka (belia) mempunyai kebolehan untuk memulakan perniagaan sendiri, dan kita ada dana … Amat penting minat terhadap keusahawanan dibina dalam kalangan mereka,” katanya kepada pemberita semasa berlangsungnya Hari Pelabur 2013 hari ini.

Khairy ialah seorang daripada penceramah pada acara itu dalam satu dialog bertajuk “Masa Depan Ekonomi Malaysia”.

Beliau berharap peruntukan sebanyak RM50 Juta bagi Tabung Keusahawanan Graduan yang diumumkan dalam Bajet 2014 akan menggalakkan belia dan graduan menceburi bidang keusahawanan selepas tamat pengajian.

Beliau menegaskan bahawa belia yang mempunyai minat dalam keusahawanan haruslah mendapatkan pinjaman yang disediakan oleh kerajaan kerana kadar faedah yang dikenakan amat rendah.

“Saya menggalakkan pelajar-pelajar universiti, yang khuatir tidak dapat kerja selepas graduasi, agar memikirkan kerjaya dan langkah-langkah dalam menceburi bidang keusahawanan.

“Kita telah memperuntukkan banyak wang dari segi pinjaman bagi peniaga muda.

“Saya berharap, kali ini, akan ada satu lagi galakan rasmi bagi generasi muda menceburi perniagaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT