SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, October 8, 2013

UMNO Online - “BN Kedah Guna Strategi Berbeza Hadapi PRK Sungai Limau” plus 9 more

UMNO Online - “BN Kedah Guna Strategi Berbeza Hadapi PRK Sungai Limau” plus 9 more

Link to UMNO Online

BN Kedah Guna Strategi Berbeza Hadapi PRK Sungai Limau

Posted: 07 Oct 2013 05:43 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 7 Okt – Barisan Nasional (BN) Kedah akan menggunakan strategi berbeza dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau memandangkan kini BN ialah kerajaan di Kedah.

mukhriz-jerlun-umno-bn-calon-mb-kedah-kempen

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata strategi yang berlainan akan dilaksana kerana BN bukannya bergerak atas platform pembangkang lagi.

“Kita (BN) akan cuba meredakan keadaan yang tegang dan pertembungan yang biasa berlaku dalam mana-mana pilihan raya antara PAS dan BN, supaya tidak menimbulkan masalah kepada kedua-dua parti yang bertanding.

“Penekanan kempen juga tidak lagi kepada perbezaan ideologi antara Pas atau BN, sebaliknya kita akan fokus kepada kebaikan yang kita tawarkan kepada pengundi di Sungai Limau,” katanya di sini hari ini.

Mengulas mengenai calon untuk PRK 4 Nov depan, Mukhriz berkata BN Kedah sudah menyenarai pendek tiga nama sebagai calon boleh menang.

“Setakat ini kriteria yang kita perlukan ialah calon tersebut dikenali ramai (pengundi).”

Ditanya mengenai peluang BN untuk menang PRK itu, Mukhriz berkata:

“Kita (ketika ini) hanyalah sebagai `underdog’, namun sudah pasti BN akan terus berusaha untuk memastikan kebarangkalian menang itu akan terus meningkat berdasarkan gerak kerja berkumpulan,” katanya.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian wakil rakyat yang juga bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abu Bakar pada 26 Sept.

Pada pilihan raya umum ke-13, Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majority 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN.

Cina Sabah Senasib Orang Melayu Dalam DAP…

Posted: 07 Oct 2013 05:15 AM PDT

Walaupun BN sering dihentam kerana mengamalkan sistem 'perkauman' melalui parti-parti komponen, tetapi ternyata sistem itulah yang memastikan semua kaum tidak terpinggir kerana masing-masing punya suara yang sama lantang untuk bersuara.

Sebaliknya, DAP yang sering mendabik dada sebagai parti berbagai kaum terbukti bukan sahaja meminggirkan, tetapi menindas kaum bukan Cina dengan berbagai cara halus mahupun terbuka  Pemilihan CEC yang penuh kontroversi adalah bukti segala-galanya.

Di dalam DAP, bukan sahaja kaum lain tidak diberi peluang, tetapi kaum Cina dari Sabah juga turut dipinggirkan seolah-olah mereka merupakan Cina kelas kedua berbanding Cina Semenanjung.  Buktinya, tiada calon dari negeri itu yang bertanding dalam CEC yang lalu.

adun-luyang-cina-sabah-Hiew-King-Cheu-keluar-parti-dap-rasis-tak-telus-cat

Sedangkan, di masa yang sama, DAP sedang berusaha untuk menawan Sabah dan Sarawak sambil mengecam BN konon tidak membela rakyat kedua negeri itu dengan sebaiknya. Menurut Lim Kit Siang, parti itu akan memberi tumpuan khas ke atas Sabah bagi merampas negeri itu dari BN dalam PRU-14 nanti.

Walaupun bercita-cita tinggi untuk menawan Sabah, tetapi pertandingan CEC DAP menyaksikan tiada calon dari Sabah.  Sebagai 'ganti', DAP melantik wakil dari negeri itu sebagai Ahli Jawatankuasa bagi menunjukkan seolah-olah parti itu berlaku adil.  Dr. Edwin Bosi kini merupakan satu-satunya wakil dari Sabah di dalam CEC DAP.

Sebelum ini, DAP telah mengadakan program 'kawasan angkat' di kawasan-kawasan sasaran di Sabah di mana beberapa Ahli Parlimen dan ADUN dilantik sebagai 'pemantau' bagi memastikan kemenangan dalam PRU-14.

Jelas sekali DAP begitu bersungguh-sungguh ingin merampas Sabah, namun atas sikap kuku besi yang kronik, kepimpinan DAP keberatan memberi kuasa kepada wakil dari Sabah.

Sewajarnya rakyat Sabah mengambil iktibar dari apa yang berlaku ini dan belajar menilai DAP dengan minda dan hati yang terbuka.  DAP tidak segan silu berlaku tidak adil dan tidak segan silu menipu.  DAP juga tidak pernah merasa kesal atau bersalah serta tidak ingin berubah. Biarpun pemilihan CEC berlangsung dengan penuh manipulasi dan diskriminasi, DAP terus melakukan manipulasi dan diskriminasi yang sama dalam pemilihan semula.

Lebih teruk dari itu, DAP juga sanggup mengumumkan seorang Cina sebagai wakil Melayu.

Untuk rakyat Sabah, jangan sekali-kali lupa bahawa DAP telah menipu dan menindas kaum Melayu dan India di Pulau Pinang.  DAP telah mendiskriminasi dan memijak ahli-ahlinya sendiri yang berbangsa Melayu dan India dalam pemilihan jawatankuasa parti.  DAP turut memperlekeh kaum Cina dari Sabah.  Dan pastinya DAP tidak memandang sebelah mata pun terhadap pribumi Sabah.

Sabah, bagi DAP, hanyalah platform untuk merebut kuasa.

Stephen Samariang

Dewan Negara Lulus Dua Rang Undang-undang Berkaitan Perundangan

Posted: 07 Oct 2013 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Dewan Negara hari ini meluluskan dua rang undang-undang berkaitan perkhidmatan perundangan iaitu Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2013.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata kemasukan peguam atau firma guaman asing yang hendak berkhidmat di negara ini akan dipantau sebuah Jawatankuasa Pemilihan apabila Rang Undang-Undang Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 yang bertujuan meliberalisasikan sektor perkhidmatan perundangan negara berkuat kuasa kelak.

Rang undang-undang berkenaan juga bertujuan menjadikan amalan guaman di Malaysia selaras dengan peredaran zaman.

“Pindaan ini merupakan satu langkah positif yang akan memantapkan sector perkhidmatan perundangan timbang tara khususnya dan sektor perkhidmatan Negara amnya, seterusnya meletakkan sektor perkhidmatan perundangan Malaysia standing dengan negara lain,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Razali berkata peguam asing yang memperoleh lesen daripada Majlis Peguam juga tertakluk kepada Lembaga Tatatertib dan lesen mereka boleh digantung, dibatalkan pendaftaran atau diperintahkan membayar denda sekiranya terlibat dengan apa-apa salah laku.

Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2013 pula mengecualikan sektor perkhidmatan perundangan melibatkan prosiding timbang tara di Malaysia daripada pemakaian Akta 166 (Akta Profesion Undang-Undang 1976).

Persidangan dewan bersambung esok.

Jenayah Kekerasan Turun Hampir 33 Peratus Hasil Ops Cantas Khas – Wan Junaidi

Posted: 07 Oct 2013 04:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kes jenayah kekerasan seperti bunuh menunjukkan penurunan hampir 33 peratus daripada 104 kes kepada 69 kes, dalam tempoh 52 hari pelaksanaan Ops Cantas Khas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata setakat ini, polis menahan 15,877 orang daripada 41,922 yang diperiksa, selain merampas 469 senjata api dan senjata berbahaya lain, serta merampas 678 buah kenderaan.

“Sebanyak 352 kertas siasatan dibuka mengikut Akta Pertubuhan 1966, 62 fail mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan 144 kertas siasatan berkaitan kesalahan senjata api atau senjata berjadual.

“Daripada jumlah itu juga sebanyak 120 kes telah dituduh di mahkamah atas kesalahan berkaitan senjata api dan senjata berjadual,” katanya menjawab soalan Toh Puan Zaitun Mat Amin di Dewan Negara di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata polis akan meneruskan operasi yang dilancarkan pada 17 Ogos lepas itu bagi menjamin keselamatan negara dan sehingga rakyat berasa selamat serta mengurangkan rasa takut terhadap jenayah dalam kalangan masyarakat.

Tahaluf Siyasi : Perang Antara Ulama Buat Hala Tuju PAS Makin Misteri

Posted: 07 Oct 2013 04:52 AM PDT

PAS yang kita ketahui, telah lama terbahagi dua iaitu antara kumpulan Ulama dan Anwarinas.

Namun, hari ini 'pembahagian' ini semakin rumit kerana kumpulan Ulama PAS sendiri juga turut terbahagi dua di mana satu kumpulan cenderung menyokong Anwarinas, dan satu kumpulan lagi kekal membawa prinsip konservatif  PAS yang asal.

Apa yang menarik ialah kumpulan Ulama yang 'mesra' Anwarinas itu juga merupakan golongan Ulama yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti, termasuk Presiden dan Mursyidul Amnya.  Timbalan Presidennya yang terkenal dengan skandal dengan isteri orang pula turut terkenal sebagai anjing suruhan DAP, selain pengamal ajaran Syiah

geng_sokong_anwar_erdogan_pas

Dengan barisan kepimpinan yang sebegini rupa maka, tidak hairanlah PAS menjadi haru biru dan bercelaru.

Sebenarnya, akar umbi PAS, dan mungkin sebahagian dari umat Melayu di Malaysia, sedikit sebanyak tetap menaruh harapan kepada PAS sebagai pembangkang yang berlandaskan Islam, untuk menjadi 'pengimbang' kepada kuasa kerajaan.

Kewujudan PAS seharusnya mampu memastikan pentadbiran negara tidak terkeluar dari landasan dengan membuat teguran dan bangkangan apabila ada keperluan.

Maka, kepada Ulama-ulama peneraju parti PAS, diletakkan kepercayaan bagi melaksanakan tanggungjawab ini, iaitu mempertahankan agama yang digariskan sebagai hala tuju parti.

Malang sekali, Ulama-ulama PAS berpolitik bukan untuk mempertahankan agama tetapi untuk berkuasa.

Di sinilah bermulanya kecelaruan PAS iaitu apabila Ulama sendiri sanggup bekerjasama dengan pendokong liberalisasi dan pluralisme demi kuasa.

Ulama-ulama peneraju PAS penyokong Anwarinas ini percaya bahawa kesepakatan dengan kumpulan harbi, komunis, syiah, pluralis dan liberalis ini akan membantu mereka berkuasa. Kesepakatan ini disandarkan kepada konsep Tahaluf Siyasi bagi memberi gambaran 'Islam' agar dihalalkan oleh ahli-ahlinya.

Dan kemenangan empat negeri oleh pakatan ini pada PRU 2008 dijadikan sebagai pembakar semangat untuk PAS terus mengutamakan politik daripada agama.

Tanpa PAS sedar, 'tahaluf siyasi' walaupun telah menguntungkan Pakatan Rakyat, ia telah sebenarnya merugikan PAS.  Buktinya, PRU 2013 menyaksikan bagaimana PAS mendapat undi tercorot berbanding rakan-rakan lain di dalam pakatan.

Tanpa PAS sedar, 'tahaluf siyasi' walaupun telah menguntungkan Pakatan Rakyat, ia telah sebenarnya merugikan PAS.  Buktinya, PRU 2013 menyaksikan bagaimana PAS mendapat undi tercorot berbanding rakan-rakan lain di dalam pakatan.

Keputusan yang corot ini memberi kekuatan kepada sekumpulan Ulama di dalam PAS untuk bangkit mempersoalkan  hala tuju parti.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara yang pertama bersuara mendesak agar tahaluf siyasi dikaji semula.  Peneraju parti, yang juga merupakan kumpulan Ulama iaitu Datuk Seri Hadi Awang, bagaimanapun membuat kenyataan untuk terus berpaut kepada PKR dan DAP biarpun mereka masing-masing terbukti sebagai penyokong LGBT dan kafir harbi.

Justeru, perang antara Ulama PAS ini terus berjalan selama beberapa bulan tanpa penyelesaian.  Harun Taib dikatakan turut disokong oleh Harun Din, Ustaz Nasha dan beberapa Ulama muda lain.

syura-ulama-pas-terompah-selipar-erdogan-anwarista

Bagaimanapun, suara mereka tidak begitu kuat memandangkan Ulama di peringkat tertinggi iaitu Hadi Awang dan Nik Aziz masih berdegil ingin terus bertahaluf siyasi dengan siapa sahaja, biar syaitan sekalipun, asalkan bukan UMNO.

Nampaknya kepimpinan tertinggi PAS sudah dirasuki roh Anwarinas dan mula merasa selesa dengan ide-ide liberalisme, pluralisme.  Ini tentulah tidak mengejutkan memandangkan mereka juga turut mengiktiraf Syiah.

Oleh itu, hala tuju PAS kini cukup misteri.  Akibatnya, ahli-ahli PAS sendiri dilihat sebagai membawa fahaman, hujah dan pendapat sendiri dalam mempertahankan parti yang mana sebenarnya tidak menepati fahaman, hujah dan pendapat pemimpin atasan mereka.

Setakat ini, Hadi Awang dan Nik Aziz jelas tidak sanggup 'bercerai' dengan Anwar dan Lim Kit Siang. Mungkinkah Ulama-ulama ini enggan meminta cerai kerana bimbang akan hilang 'wang saraan'?

Tanpa sebarang keputusan tuntas mengenai tahaluf siyasi, sokongan terhadap PAS akan terus merosot.  Namun, itu bukan soal besar.  Soal yang lebih besar ialah ummah akan terus keliru dan bercelaru akibat Ulama-ulama yang haru biru.

Soal ini adalah lebih penting dan jika benar ada Ulama-ulama di dalam PAS yang serius ingin membuat pembaikan, maka mereka perlu melakukan tindakan drastik iaitu memilih untuk dipimpin Ulama Anwarinas, atau bangkit dan memimpin parti sendiri.

Jika itu tidak dapat dilakukan, maka adalah wajib bagi mereka untuk meninggalkan ulama-ulama yang sesat itu, sekali gus menyelematkan ummah dari terus terpesong.  Keputusan di tangan masing-masing, untuk dibawa ke kubur masing-masing.

Mr Beruang Biru

Dakwat Tidak Kekal…. DAP Dimalukan Di Kandang Sendiri

Posted: 07 Oct 2013 04:37 AM PDT

Mungkinkah Pemilihan semula CEC DAP yang berlangsung pada 29 September yang lalu telah ditimpa 'karma' kerana parti itu begitu keterlaluan dalam menuduh dan memfitnah orang lain?

Selama ini, DAP begitu lantang menghentam dan mengecam SPR serta kerajaan BN mengenai sistem pilihanraya. Seluruh tenaga kerja DAP digunakan untuk membentuk persepsi bahawa BN dan SPR itu bersekongkol, bahawa semuanya yang berkaitan kerajaan dan Malaysia adalah korup dan kotor. Pilihanraya yang lepas dicop sebagai pilihanraya paling tidak bersih dan rakyat dihasut agar berdemonstrasi menolak keputusannya.

Fitnah dirancang dan disebar konon terdapat peti-peti undi yang hilang dan ditukar. Konon terdapat gangguan bekalan elektrik dan pengundi hantu yang berpuluh-puluh ribu. Konon kes dakwat yang tidak kekal adalah bukti bahawa terdapat penipuan. Konon PR sepatutnya menang berdasarkan undi popular, dan bermacam-macam konon lagi.

adun-ketari-dap-pahang-lee-chin-chen-parti-rasis-tak-telus-pemilihan

Namun, semua tuduhan ini tidak mampu membuktikan yang pilihanraya tidak telus. Tiada kes mengundi dua kali atau dihalang mengundi atas sebab dakwat tidak kekal dan tiada seorang pun dari 40,000 pengundi hantu dapat dikesan. Malah, kemudiannya terdapat pemimpin-pemimpin PR sendiri yang tampil menafikan terdapat gangguan bekalan elektrik di kawasan yang dikatakan terlibat.

Semua kekalutan ini bagaimana pun terbukti sebagai membuang 'karan' saja apabila pemimpin PR akhirnya mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing dengan gembira ria. Pun begitu, usaha untuk memburukkan kerajaan dan menafikan kredibiliti SPR terus dilakukan mereka.

Dalam pada itu, parti PR sendiri, terutama DAP turut mengalami kekalutan akibat pemilihan parti yang tidak dijalankan dengan telus. Keadaan menjadi heboh apabila perwakilan DAP membuat aduan kepada ROS bahawa mereka telah dinafikan hak mengundi secara licik sekali.

Akibatnya, pemilihan semula terpaksa dilakukan, iaitu pada 29 September lalu.

Pemilihan semula itu telah membuktikan bahawa DAP telah sebenarnya melakukan semua penipuan yang telah dituduh mereka terhadap SPR dan BN.

DAP didapati mengambil 'khidmat' pengundi hantu apabila ahli yang telah dipecat juga boleh mengundi, manakala lebih 800 perwakilan yang sepatutnya mengundi pula, telah 'hilang'.

Jika DAP menuduh dakwat yang digunakan SPR tidak berkualiti dan mudah dihilangkan, maka dakwat yang digunakan oleh DAP tentunya jauh lebih tidak berkualiti lagi. Menurut sumber, ia boleh ditanggalkan dengan mudah dalam masa 5 minit iaitu sebelum proses pemilihan selesai sepenuhnya, atau sebelum sempat meninggalkan dewan.

Alasan Setiausaha Organisasi parti itu, Anthony Loke Siew Fook ialah pihaknya telah pun mengumumkan bahawa dakwat tersebut hanya kekal dalam dua tiga jam memandangkan jangkamasa pemilihan yang pendek. Beliau juga menekankan bahawa biarpun dakwat telah hilang tetapi tiada kes mengundi dua kali berlaku. Justeru, tiada apa yang patut dirungutkan.

dap-rasis-india-dinasti-kroni-tak-demokratik-demokrasi-pemilihan-kotor-ros-ahli-bantah-pejabat

Sedangkan, jawapan yang sama telah diberikan oleh SPR apabila diserang bertubi-tubi oleh DAP tetapi DAP enggan menerimanya. Kini, DAP meminta semua pihak agar menerima alasan mereka dengan jaminan secara verbal bahawa tiada penipuan berlaku.

Nampaknya, amalan dwistandard sudah menjadi satu kemestian dalam apa jua keadaan dan isu yang melibatkan DAP. Parti ini jelas mempunyai masalah besar untuk bersikap adil dan telus walaupun merekalah yang paling lantang melaungkan dasar kesamarataan dan meritokrasi.

Hakikatnya, DAP tidak mungkin dan tidak akan berani bersaing secara adil. Kerana itu, mereka sedaya upaya ingin memastikan kedudukan ekonomi bumiputera sentiasa berada jauh di belakang dengan menolak apa saja usaha untuk mengatasi masalah ini. Dengan cara ini, kaum Cina akan terus berada di hadapan tanpa perlu bersaing di atas pentas yang sama dengan bangsa lain.

Sudah terang lagi bersuluh kini bahawa DAP itu adalah parti yang paling kotor dan jahat, dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia.

isuhot.com

Harga Rumah PPR Kekal Buat Masa Ini – Rahman Dahlan

Posted: 07 Oct 2013 04:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) meskipun terdapat desakan ke arah itu atas alasan kenaikan kos barang mentah di pasaran.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata walaupun RM35,000 seunit adalah kadar lama namun buat masa ini, kerajaan tidak akan berganjak daripada harga itu.

“Saya tidak menafikan tekanan dalam membina rumah ini memang berlaku memandangkan biaya pembinaannya sudah meningkat dari setahun ke setahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Habitat Sedunia 2013 di sini hari ini.

Beliau berkata PPR dibina dengan kos RM160,000 seunit dan kerajaan member subsidi sebelum menjualnya kepada golongan yang berhak pada harga RM35,000.

“Bukan sekadar itu, kerajaan turut mentadbir dari sudut penyelenggaraannya dengan memberi dana khas,” katanya sambil menambah kajian jangka panjang juga sedang dibuat berhubung pemberian insentif khas, termasuk cukai, kepada pemaju perumahan yang membangunkan projek PPR.

Sambutan Hari Habibat Sedunia dirai selama tiga hari dan berakhir hari ini. Ia bertema ‘Urban Mobility’ yang memfokus kepada pengangkutan di kawasan bandar.

Tun Faisal Sah Bertanding Jawatan MT Pemilihan UMNO 2013

Posted: 07 Oct 2013 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Tun Faisal Ismail yang merupakan salah seorang daripada dua orang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang sebelum ini disahkan tidak layak bertanding bagi jawatan tersebut pada pemilihan UMNO 2013 disahkan layak untuk bertanding.

rauf-yusoh-tajol-rosli-buku-perlembagaan-baru-pemilihan-tata-etika-calon-ahli-umno-2013

Manakala Prof. Dr. Zainul Fitri Othman tetap tidak layak.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli,  dalam sidang media Pemilihan UMNO 2013  di PWTC hari ini.

Menurut Tajol, walaupun Tun Faisal tidak memenuhi syarat untuk bertanding jawatan tersebut iaitu tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa (AJK) Bahagian atau menjawat jawatan MT sebelum ini namun disebabkan Tun Faisal adalah calon yang dicadang dan diketengahkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan menjawat jawatan Exco pergerakan tersebut maka jawatankuasa pemilihan membenarkan pencalonan tersebut berdasarkan fasal 10.15 demi kesempurnaan dan kesejahteraan parti. - MediaUMNNO

Putrajaya UMNO, NGOs Want DAP’s Tony Pua To Apologise Openly Over “UMNO Dogs” Slur

Posted: 07 Oct 2013 04:09 AM PDT

PUTRAJAYA, Oct 7 – Four UMNO branches and three non-governmental organisations (NGOs) in Putrajaya today lodged police reports against DAP publicity chief Tony Pua and want him to apologise openly for calling the Registrar of Societies (RoS) and Malay daily Utusan Malaysia as UMNO’s running dogs.

The four UMNO branches are the Bunga Orkid, Bunga Ixora, Bunga Alamanda and Bunga Roselle, besides Putrajaya UMNO division which also joined the action, while the three NGOs are the Kelab Belia Komuniti Putrajaya, Kelab Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, Presint 9 and Koperasi Jaringan Komersial Melayu Putrajaya.

Bunga Ixora UMNO branch head, Zarina Ismail said Pua’s remark was malicious and seen as inciting the public to be angry and hate Ros and Utusan Malaysia.

“Pua should not have made the offensive remark as Ros was only carrying out its tasks as a body responsible for monitoring the running of associations and political parties in this country,” she said after lodging the report at the Putrajaya district police headquarters, here.

Last Friday, Utusan Malaysia reported that Pua had made the “UMNO running dogs” remark on his Facebook account on Sept 29 after the DAP central executive committee (CEC) re-election.

Zarina said the order for DAP to hold again the CEC election was not made on RoS’ own accord but following complaints from party members on irregularities in the earlier CEC election last December.

“Therefore, Pua must learn to accept the mistakes made by his own party,” she said.

Zarina urged Pua to openly apologise to all UMNO members for his abusive remark and said that her UMNO branch would not hesitate to take further action based on the law.

Seramai 33,012 Jumlah Muktamad Keseluruhan Calon Layak Bertanding

Posted: 07 Oct 2013 03:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli, hari ini mengumumkan jumlah muktamad keseluruhan perwakilan yang bertanding di semua peringkat termasuk bahagian adalah berjumlah 33,012 orang.

Daripada jumlah tersebut, 495 telah menarik diri, 334 pula dikenalpasti sebagai muflis dan mereka yang dikenakan tindakan disiplin berjumlah 39 orang.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis sidang media Pemilihan UMNO 2013 di PWTC di sini hari ini.

Dalam majlis yang sama, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh turut menerangkan bahawa mereka yang muflis akan dimaklumkan melalui saluran bahagian masing-masing.

"Ibu pejabat akan mengeluarkan tauliah kepada perwakilan yang disahkan untuk menghadiri persidangan di peringkat bahagian. Sekiranya mereka didapati muflis, maka nama mereka akan diberi tanda untuk dirujuk ke jawatankuasa pemilihan.

"Salinan daripada jabatan insolvensi akan disertakan bagi memastikan bahawa semua rujukan telah dibuat dan mendapati perwakilan ini tidak boleh menghadiri mesyuarat," jelasnya dalam sidang media  di sini, hari ini.

sidang-media-rauf-yusoh-tajol-rosli-tag-pas-media-pemilihan-calon-ahli-umno-2013

Sementara itu mengenai kritikan yang disuarakan oleh kebanyakan perwakilan mengenai syarat yang terlalu ketat sehingga menyusahkan untuk berkempen, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli berkata  Jawatankuasa pemilihan hanya melaksanakan apa yang termaktub di dalam buku perlembagaan dan semua syarat tersebut diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi.

"Hanya Majlis Tertinggi yang boleh membuat perubahan dan Jawatankuasa pemilihan yang melaksanakan malah jawatankuasa pemilihan juga tidak ada kena mengena dengan sebarang tindakan disiplin yang dikenakan. Hanya lembaga disiplin yang boleh mengambil tindakan berlandaskan tata etika parti.

"Saya harap mereka yang hendak mengeluarkan pendapat sila rujuk buku perlembagaan," jelasnya lagi.

Berikut adalah keputusan muktamad jumlah perwakilan Pemilihan UMNO 2013.

Jumlah calon peringkat pusat

Pengerusi tetap 1 calon (menang tanpa bertanding)
Majlis tertinggi -62 orang calon
Timbalan Pengerusi tetap – 3 orang calon
Presiden – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden – 1 calon (Menang tanpa bertanding)
Naib Presiden – 6 calon
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 3 calon
Timbalan Pengerusi Tetap – 5 calon
Ketua Pergerakan Pemuda – 5 calon
Naib ketua Pemuda – 4 calon
Ahli Jawatankuasa Pemuda – 77 calon
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalam Pengerusi Tetap – 2 calon
Ketua Pergerakan Puteri – 2 calon
Naib Ketua – 3 calon
Ahli Jawatankuasa – 30 calon
Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi tetap – 2 calon
Ketua Wanita UMNO – 3 calon
Naib Ketua – 3 calon (Seorang telah menarik diri iaitu datuk Hamidah Osman)
Ahli Jawatankuasa – 44 calon
Jumlah keseluruhan calon 260 orang

Peringkat Bahagian
Pengerusi Tetap Bahagian – 302 calon (muflis – 6, tarik diri – 9)
Pengerusi Tetap Pemuda 309 calon (tarik diri – 11)
Pengerusi Puteri – 222 calon (tarik diri – 1, disiplin – 1)
Pengerusi Tetap Wanita – 238 calon (tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi tetap bahagian – 330 calon (muflis – 2 tarik, diri – 1)
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda – 305 calon (muflis – 5, tarik diri – 13)
Timbalan Pengerusi Tetap Puteri – 209 calon (muflis – 2, tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi Tetap Wanita – 227 calon (muflis – 1)
Ketua bahagian – 438 calon (muflis -1, tarik diri – 16, disiplin – 4)
Ketua Pemuda Bahagian – 435 calon (muflis – 6, tarik diri – 17, disiplin – 1)
Ketua Puteri Bahagian – 296 calon (tarik diri – 1)
Ketua Wanita Bahagian – 358 calon (tarik diri – 6, disiplin – 1)
Timbalan Ketua Bahagin – 421 (muflis – 8, tarik diri – 29, disiplin 2)
Naib ketua Pemuda – 435 calon (muflis – 3, tarik diri – 32)
Naib Puteri – 282 calon (muflis – 1, tarik diri – 8)
Naib Ketua Wanita – 380 calon (muflis, 2, tarik diri – 14)
Naib Ketua Bahagian – 530 calon (tarik diri – 32 displin – 2)
Ahli jawatankuasa bahagian – 8466 calon (muflis – 140, tarik diri, – 78, displin – 12)
Ahli jawatankuasa Pemuda – 5131 calon (muflis – 50 tarik diri – 53, disiplin – 3)
Ahli jawatankuasa Puteri – 3465 (muflis – 10, tarik diri – 34)
Ahli jawatankuasa wanita – 4843 calon (muflis – 32, tarik diri – 27, displin – 9)
Perwakilan G7 bahagian – 2775 calon (muflis – 33, tarik diri – 56, displin – 2)
Perwakilan G2 Pemuda bahagian – 740 calon (muflis – 10, tarik diri – 26)
Perwakilan G2 Puteri bahagian – 543 calon (tarik diri – 1)
Perwakilan G2 Wanita – 827 calon (muflis – 6, tarik diri – 16)

Pemeriksa kira-kira bahagian – 504 calon (muflis – 12, tarik diri – 8, displin – 1)
- MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT