SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, November 1, 2013

UMNO Online - “Najib Mahu Masyarakat India Terus Bekerjasama Dengan Kerajaan” plus 9 more

UMNO Online - “Najib Mahu Masyarakat India Terus Bekerjasama Dengan Kerajaan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Najib Mahu Masyarakat India Terus Bekerjasama Dengan Kerajaan

Posted: 31 Oct 2013 04:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa masyarakat India untuk terus bekerjasama dengan kerajaan, berdasarkan kepercayaan yang dipegang sejak ia mula terjalin.

Perdana Menteri berkata kerjasama efektif ini akan terus memastikan kualiti hidup lebih baik untuk masa kini dan generasi akan datang kerana kerajaan tidak mahu sesiapa pun ketinggalan dalam kemajuan dan pembangunan negara.

“Saya mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada masyarakat India bagi kepercayaan mereka dan sokongan kepada kami untuk terus memimpin negara.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kami sedar bahawa lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk memastikan inisiatif-inisiatif dan perkhidmatan kami sampai kepada setiap orang India di Malaysia, yang memerlukan bantuan.

“Kami juga komited untuk menunaikan janji yang kami buat kepada masyarakat India dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya dalam perutusan Deepavali beliau yang dimuatkan dalam blog www.1Malaysia.com.my.

Bagi membolehkan kerajaan menunaikan janji itu secara efektif, Najib turut menggesa kalangan pemimpin masyarakat itu, badan bukan kerajaan India dan pihak berkepentingan lain untuk bekerja bersama-sama dengan beliau dan kerajaan.

Beliau menegaskan kerajaan mempunyai banyak lagi kerja untuk dilakukan bersama-sama.

Oleh kerana Deepavali melambangkan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan apabila cahaya menerangi kegelapan, beliau berkata perayaan itu juga merupakan masa bagi semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama bersyukur dengan “cara hidup kita dan pencapaian-pencapaian kita’.

Beliau berkata perayaan Deepavali tahun ini amat istimewa bagi rakyat Malaysia, terutama masyarakat India, kerana mereka telah memilih untuk terus menerangi kehidupan mereka menerusi sebuah kerajaan yang dapat memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.

“Inilah kemenangan kepada ‘nambikei’ (kepercayaan) antara kerajaan dan masyarakat India dalam usaha kami untuk meningkatkan kehidupan masyarakat India.

“Ia petanda bahawa inisiatif-inisiatif transformasi kami bagi tempoh empat tahun lepas telah diterima baik oleh masyarakat ini,” katanya.

Najib berkata beliau juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Deepavali Vaalthukal’ kepada semua penganut Hindu di Malaysia.

“Mari kita bersama-sama menyertai penganut agama Hindu dalam menyambut perayaan ini dengan keyakinan bahawa ia akan membawa cahaya dan harapan kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Stop Using Services Of Security Firm Linked To Fatal Shooting Of Bank Officer – Zahid

Posted: 31 Oct 2013 04:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 31 – Clients of a security firm whose employee had allegedly robbed a bank in Subang Jaya and shot dead its officer in the incident on Oct 23, are told to stop using the firm’s services.

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the ministry had issued verbal and written notices for the security firms’ clients not to use its services anymore.

He said those clients who continued to do so could face legal action.

“The contract agreements between the clients and security firm involved have been automatically cancelled and if they continue to use the security firm’s services, it is considered illegal,” he said after launching the Pertubuhan Pemidato Jaringan at Parliament building, here, today.

Ahmad Zahid said he had instructed an officer of his ministry to go to the security firm’s head office and its branch offices to ensure they were no longer operating.

He said the security firm was found to have committed various offences, including hiring illegal immigrants and individuals with criminal records.

The Home Ministry had on Oct 25, cancelled the licence of the security firm for having violated certain conditions including failing to do security screening of individuals it hired as security guards and also for violating the provisions under the Employment Agency Act 1971.

On Ops Cantas which commenced on Aug 17, aimed at reducing crime, Ahmad Zahid said 650,000 inspections conducted resulted in the arrest of 20,000 individuals and opening of 900 investigation papers.

Govt Agencies Need Preliminary Audit To Prevent Leakages

Posted: 31 Oct 2013 04:17 AM PDT

PETALING JAYA, Oct 31 – All ministries and departments have been urged to use the audit service provided by the government to carry out preliminary audit to prevent leakages.

Malaysian Institute of Economic Research (MIER) chairman Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob said currently, every government body had an audit department as provided for under the government policy, and it was imperative the department was used.

“Do not involve the (national) audit department on a daily basis. But use their service quarterly so that procedures could be improved and be more transparent,” he told reporters after a talk at the National Institute of Public Administration (Intan) in Bukit Kiara here.

The programme was organised by Intan to strengthen integrity and organisational management.

He was commenting on the National Audit Department’s move to conduct preliminary audit on projects valued at RM1 billion and above, and monitor projects valued at RM500,000 and above.

Sulaiman, who is also Jambatan Kedua Sdn Bhd chairman, said he agreed with the move by the audit department as carrying out audit at the end of the year would mean the harm had already been done.

He said when a government agency was alerted of any shortcoming, it could take immediate action, and need not wait till the end of the year to act.

Kerajaan Digesa Lebih Tegas Tangani Spekulasi Hartanah

Posted: 31 Oct 2013 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Kerajaan digesa melaksanakan undang-undang lebih tegas dalam membendung aktiviti spekulasi hartanah yang dipercayai didalangi sindiket.

Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) berkata spekulasi terlampau yang berlaku dalam pasaran hartanah di negara ini dipercayai punca utama kenaikan harga rumah yang kini mencecah tahap ‘tidak masuk akal’.

Beliau berkata perkembangan ekonomi dan pembangunan negara mungkin menarik minat spekulator hartanah, termasuk dari luar negara, untuk memanipulasi sector hartanah tempatan.

“Adat orang berniaga, di mana ada gula di situ semut berkerumun… bila mereka di sini kitapun tidak tahu,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Realitinya, kata Wan Khairil, rakyat khususnya golongan pekerja muda, kini tidak mampu memiliki rumah sendiri ekoran kenaikan harga berbanding 10 hingga 20 tahun sebelum ini yang mana pasangan baharu bekerja masih boleh memiliki rumah yang selesa di kawasan seperti USJ Subang, Ampang, Shah Alam, Kota Damansara serta di Pulau Pinang, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu.

“Tetapi sekarang mereka tidak lagi dapat menikmati perkara sama sebab harga rumah yang sudah melambung lebih RM400,000 hingga RM500,000… tidak keterlaluan dikatakan harga pasaran hartanah sudah hampir mencapai tahap tak masuk akal,” katanya.

Wan Khairil juga menyifatkan nilai hartanah di negara ini, khususnya di bandar besar, sudah setaraf dengan kota besar seperti London sehingga tidak lagi mampu dimiliki rakyat kebanyakan.

“Di Langkawi misalnya, ada pangsapuri yang bernilai RM1 juta lebih, apalagi di Kuala Lumpur, ada yang bertaraf dunia dengan harga mencecah sehingga RM50 juta malah untuk sewapun ada yang melebihi RM1,000 sebulan… nak belipun mahal, nak sewapun mahal,” katanya.

Beliau turut menggesa satu perangkaan dibuat berhubung pemilikan hartanah oleh warga asing bagi memastikan mereka bukan ‘penyanggak’ atau spekulator yang mengambil kesempatan dalam industri hartanah tempatan.

Justeru, langkah kerajaan dalam Bajet 2014 untuk meningkatkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) disifatkan sebagai tepat pada masanya kerana dipercayai mampu mengekang aktiviti spekulasi yang keterlaluan, dan seterusnya memastikan harga rumah stabil serta meningkatkan kemampuan rakyat membeli rumah.

Gagal Cari Kelemahan BN Punca Pas Terpaksa Guna Taktik Kotor

Posted: 31 Oct 2013 04:08 AM PDT

YAN, 31 Okt – Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan parti Pas kini seperti kehilangan punca untuk mencari kelemahan Barisan Nasional (BN ) sebagai modal kempen mereka sehingga terpaksa mengedarkan gambar palsu calon dan juga menjadikan ayahanda Datuk Seri Jamil Khir, Baharom Ramli, sebagai umpan untuk meraih undi simpati daripada pengundi di DUN Sungai Limau sepanjang kempen yang tinggal empat hari lagi.

Menurut mantan Menteri Besar Melaka itu, ini adalah satu taktik yang digunakan oleh parti tersebut bertujuan untuk mengelirukan sekaligus mempengaruhi para pengundi di kawasan DUN Sungai Limau ini dalam kempen mereka.

"Saya harap agar pengundi di DUN Sungai Limau supaya tidak terpengaruh dan terkeliru dengan tektik kempen Pas yang sememangnya suka mengelirukan pengundi dengan cara yang sebegitu, sebagai contoh menggunakan gambar dan video lawatan mereka bertemu ayah Datuk Seri Jamil Khir secara berulang kali.

ali-rustam-senator-punb-umno-bn-melaka

"Selain itu, Pas juga cuba menggambarkan calon mereka baik dengan Allahyarham Tan Sri Azizan dengan mengedarkan gambar calon mereka yang telah diubah suai kepada penduduk di sekitar kawasan DUN Sungai Limau ini untuk mempengaruhi pengundi.

"Apa yang mereka lakukan ini tidak lain tidak bukan hanyalah bertujuan untuk menimbulkan pelbagai persepsi negatif serta kekeliruan  di kalangan pengundi," ujarnya kepada UMNO-Online dekat sini hari ini.

Justeru itu beliau menyeru pengundi di DUN Sungai Limau agar memilih calon parti berdasarkan kepada kemampuan calon berkenaan untuk berkhidmat  serta melihat kepentingan penduduk di Sungai Limau untuk mempunyai wakil daripada BN supaya perubahan yang lebih besar dapat dilakukan di Dun Sungai Limau ini.

"Penduduk di Sungai Limau perlu mempunyai wakil BN berdasarkan hari ini kerajaaan negeri Kedah sudah diterajui oleh BN semula yang diketuai oleh Datuk Mukhriz Mahathir. Sudah tentu wakil rakyat dari BN akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dengan wujudnya kerjasama dan persefahaman yang baik antara peringkat negeri dan pusat.

"Bagaimanapun saya yakin bahawa umat Islam di DUN Sungai Limau ini telah sedar dan membuka mata terhadap khidmat parti Pas yang tidak mampu membawa apa-apa perubahan serta pembangunan di kawasan ini," akhiri beliau. -MediaUMNO

GST : Pembangkang Main Politik “Flip Flop”

Posted: 31 Oct 2013 02:56 AM PDT

YAN, 31 Okt – Pembangkang terbukti tidak tetap pendirian kerana sering menukar kenyataan berhubung pelbagai isu termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang habis-habisan pelaksanaan GST, bagaimanapun hari ini lain pula pandangannya.

Malah Anwar pernah menegaskan pakatan pembangkang akan melakukan bantahan di  seluruh negara dalam masa terdekat berhubung pelaksanaan GST sebanyak 6 peratus bermula 1 April 2015, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

anwar-1993-menteri-kewangan-sokong-gst-bagus-flip-flop-pakatan-2013-bajet-2014

Shafie mengulas kenyataan Anwar hari ini bahawa bantahan pembangkang terhadap pelaksanaan GST bukan bermaksud bantahan kepada sistem percukaian itu, tetapi terhadap kesediaan negara untuk melaksanakannya.

Anwar turut mengakui bahawa sistem percukaian itu adalah suatu sistem yang efisien dan telus serta memberi kebaikan kepada pendapatan negara.

Semalam, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali pada persidangan Dewan Rakyat menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah menolak GST, malah mengakui ia adalah satu sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang mampu memberi kebaikan kepada sistem ekonomi negara.

Shafie yang sebelum itu menyampaikan bantuan untuk membaiki rumah berjumlah RM100,000 kepada 20 keluarga sumbangan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Simpang Tiga di sini, menegaskan rakyat perlu sedar parti pembangkang sering menukar pendirian sehinggakan tidak tahu mana satu yang betul.

“Mereka berceramah di kampung-kampung kata GST bebankan rakyat. Tetapi di tempat lain, buat kenyataan hendak laksana GST pula. Memang tiada pendirian langsung,” katanya.

Beliau berkata kerajaan tentunya melaksanakan sesuatu pendekatan yang telah disusun atur secara terancang bagi memperkukuhkan serta memantapkan ketahanan ekonomi negara.

Shafie berkata pelaksanaan GST menjadi kontroversi sebelum ini kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang jelas mengenainya.

Malaysia Disenaraikan Antara 10 Destinasi Pelancongan Utama Dunia Bagi 2014

Posted: 31 Oct 2013 02:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Malaysia disenaraikan dalam kalangan 10 destinasi pelancongan utama di dunia bagi 2014 oleh Lonely Planet, penerbitan panduan pelancongan popular global.

Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia (Promosi) Chong Yoke Har berkata rangking itu keluar pada masa yang sesuai bagi Malaysia, ketika negara bersiap sedia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Kami gembira dengan ranking ini daripada salah satu penerbitan industry pelancongan paling berwibawa.

“Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 akan menjadi Tahun Melawat Malaysia keempat negara dan dianggar dapat menarik 28 juta pelancong ke negara ini, meraih RM76 bilion daripada perolehan pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan.

Lonely Planet menggambarkan Malaysia sebagai ‘melancarkan pelbagai daya tarikan baharu’, seperti Legoland Malaysia dan taman tema keluarga Hello Kitty di Johor, serta Gaya Island Resort di Pulau Gaya di Sabah.

Taman Burung Melaka yang baru dibuka juga disebut sebagai satu lagi daya tarikan utama.

Malaysia satu-satunya negara Asia yang berada dalam senarai 10 destinasi pelancongan utama itu.

Brazil, Antartica dan Scotland muncul sebagai tiga destinasi paling utama untuk dilawat pada 2014.

lonely-planet-malaysia-top-10-destination-holiday-countries

Terus Fokus Berkempen, Awasi Taktik-taktik Akhir Pembangkang Menjelang 4 Nov Ini

Posted: 31 Oct 2013 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu semua petugas jentera BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau agar tidak leka dan berpuas hati sebaliknya terus melipatgandakan kempen terutama bertemu seberapa ramai pengundi menjelang  hari-hari terakhir sebelum proses pengundian pada 4 November ini.

Tegasnya hari-hari terakhir sebelum pengundian adalah tempoh yang cukup kritikal yang perlu fokus sepenuhnya agar pengundi tidak terpengaruh atau terpedaya dengan taktik-taktik pihak lawan yang pada kebiasaannya akan menggunakan apa jua cara untuk meraih sokongan pengundi.

Tengku-Adnan-Tengku-Mansor-Kempen-BN-PRU13-Putrajaya

Ini kerana beliau berkeyakinan, jika bertemu dan memberi penenerangan kepada para pengundi secara langsung maka mereka akan memberi sokongan kepada BN kerana BN adalah merupakan sebuah parti yang benar-benar memikirkan masa hadapan rakyat, agama, bangsa dan negara.

"BN juga mahu membawa kebaikan dalam kawasan Sungai Limau dan meningkatkannya demi kepentingan dan kebaikan rakyat. Oleh itu rakyat di DUN Sungai Limau harus berfikir dengan sedalam-dalamnya ketika mahu membuang undi.

"Adalah lebih baik mereka ada seorang wakil rakyat BN kerana kerajaan negeri dan pusat adalah di bawah pimpinan BN maka ini akan memudahkan segala urusan untuk membela rakyat dan memajukan kawasan tersebut," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau  yang juga Setiausaha Agung UMNO  juga berharap agar pengundi Sungai Limau tidak terpengaruh dengan pembangkang yang menggunakan taktik kotor memutar belitkan segala fakta termasuklah memutar belitkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ketika berkempen di PRK Sungai Limau ini.

Ini jelas menunjukkan pembangkang sebenarnya sudah semakin terdesak dan tidak ada isu untuk berkempen maka segala kesempatan yang ada digunakan walaupun terpaksa menggunakan cara kotor.

Tambah beliau lagi ini termasuklah mengelirukan rakyat tentang Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri di parlimen Jumaat lepas.

” Tindakan pembangkang yang juga mengharapkan kononnya agar pengundi di Sungai Limau 'mengajar' kerajaan BN  di PRK ini bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap isu GST dan juga Bajet 2014 malambangkan kedangkalan pembangkang itu sendiri.

"Bajet 2014 adalah yang terbaik. Rakyat perlu faham mengenai GST kerana bila ada GST caj perkhidmatan  dan jualan sebanyak lima dan 10 peratus akan dihapuskan malah kerajaan akan memastikan GST ini tidak kena kepada keperluan asas seperti makanan dan lain-lain lagi.

"Sebab itu kerajaan mengambil masa untuk melaksanakan GST demi memberi kefahaman dan membuat perincian. Pengundi di Sungai Limau tidak perlu terpengaruh dengan dakyah pembangkang kerana apa yang kerajaan lakukan adalah yang terbaik di dalam mendahulukan rakyat.

"Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri jelas menunjukkan kita sedang menunaikan apa yang telah kita di sebut dalam manifesto sebelum ini. Inilah masa untuk menunaikan janji," ujarnya lagi. - MediaUMNO

20 Orang Bankrap Setiap Hari Di Negara Ini – Nancy

Posted: 31 Oct 2013 02:22 AM PDT

PUTRAJAYA, 31 Okt - Sebanyak 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Katanya kumpulan kedua tertinggi ialah berumur 45 hingga 54 tahun sebanyak 26.49 peratus, 25 hingga 34 tahun 20.09 peratus serta 55 tahun dan ke atas 11.77 peratus.

“Sehingga September (tahun ini sahaja) sebanyak 16,306 orang diisytiharkan bankrap dan jumlah kes tersebut terus meningkat setiap tahun. Dari 2007 hingga September tahun ini pula, seramai 116,488 orang diisytiharkan bankrap,” katanya.

Nancy berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sijil pelepasan kebankrapan kepada 30 orang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Rohana Abd Malek.

Katanya sejak MdI ditubuhkan pada 1924 hingga September tahun ini, sebanyak 251,209 orang disahkan bankrap, dan daripada jumlah tersebut hanya 28 peratus sahaja telah mendapatkan khidmat nasihat MdI bagi meneruskan pentadbiran kes, manakala selebihnya tidak dapat dikesan.

Mengikut statistik MdI, seramai 13,238 orang dikategorikan bankrap pada 2007, diikuti 13,855 orang pada 2008; 16,228 orang 2009; 18,119 orang 2010; 19,167 orang 2011; dan 19,575 orang pada 2012, dengan mereka yang menceburi sektor swasta dan berniaga menunjukkan peratusan tertinggi.

Dalam tempoh masa tersebut (2007-2013), kaum Melayu dan Cina merupakan kumpulan terbesar menjadi bankrap iaitu masing-masing mencatatkan 45.10 peratus (52,535 orang) dan 32.97 peratus(38,407 orang), berbanding India 12.63 peratus (14,710 orang) dan lain-lain sebanyak 9.30 peratus (10,836 orang).

Sementara bagi kategori pula (2007-2013), sewa beli kenderaan mencatatkan jumlah tertinggi kebankrapan iaitu 30,451 kes (26.14 peratus); diikuti pinjaman perumahan 20,529 kes (17.62 peratus); pinjaman peribadi 18,053 kes (15.50 peratus); dan pinjaman perniagaan 14,431 kes(12.39 peratus).

Statistik MdI juga menunjukkan bahawa hutang kad kredit hanya 4,875 kes (4.18 peratus) bagi tempoh masa tersebut.

Mengulas lanjut, Nancy berkata kebankrapan bukan penghujung hidup sebaliknya ia boleh menjadi pelindung apabila seseorang gagal untuk membayar hutangnya kepada pemiutang atas pelbagai faktor.

Katanya di negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, masyarakat menjadikan kebankrapan sebagai pelindung dengan memfailkan permohonan kebankrapan dan membuat penstrukturan semula hutang.

“Budaya inilah yang mahu diterapkan dalam kalangan rakyat kita. Kita tidak mahu rakyat yang hanya tahu berhutang tetapi akhirnya lari daripada tanggungjwab pinjaman yang telah dibuat.

“Bagi Januari hingga September sahaja, sebanyak 27,432 petisyen kebankrapan telah difailkan di mahmakah.

“Daripada jumlah tersebut 99.2 peratus (27,210 kes) petisyen kebankrapan dibuat oleh pemiutang, manakala 221 kes (0.8 peratus) sahaja petisyen kebankrapan dipohon penghutang sendiri,” katanya.

Bagi mereka yang mengalami bebanan hutang dan kesukaran membayar balik jumlah hutang yang tinggi, katanya kerajaan di bawah Bank Negara telah menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (APKP)yang berperanan dalam pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan pengurusan kredit.

Selain itu katanya, undang-undang kebankrapan sedia ada juga sedang dalam proses pembaharuan agar tidak ramai lagi yang menjadi mangsa kebankrapan.

Ministry To Investigate Complaints Of Critical Diesel Supply – Ahmad Bashah

Posted: 31 Oct 2013 01:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 31 – The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry (KPDNKK) will immediately investigate complaints of diesel shortage allegedly faced by more than 100 operators of petrol kiosks in the Klang Valley at the end of each month.

Its deputy minister, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah said the investigation was to determine whether the shortage was due to the problem of supply delivery or other things before resolving the matter in the near future.

“We are giving immediate attention because the problem of diesel shortage not only burdens the petrol kiosk operators but also involved small entrepreneurs and traders who frequently use the fuel,” he told reporters at the Parliament lobby, here today.

Ahmad Bashah was commenting on the statement by the vice-president of the Petrol Dealers Association of Malaysia (PDAM) Datuk Abu Saman Bachik that petrol kiosk operators in the Klang Valley were facing losses due to the shortage of diesel supply.

Abu Saman said the same problem was also faced by dealers in Muar, Johor, Melaka and Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT