SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, November 7, 2013

UMNO Online - “Pas Meroyan Menang Di Sg Limau… Tetap Salahkan BN” plus 9 more

UMNO Online - “Pas Meroyan Menang Di Sg Limau… Tetap Salahkan BN” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pas Meroyan Menang Di Sg Limau… Tetap Salahkan BN

Posted: 06 Nov 2013 02:38 AM PST

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar hari ini mendakwa BN telah mencuba untuk sabatoj dalam PRK Sungai Limau yang telah berlangsung dengan aman semalam yang memperlihatkan Pas menang.

Kata Naib Presiden Pas itu, cubaan sabotaj dari pihak BN adalah menetapkan hari membuang undi pada hari biasa.

pas-sungai-limau-mahfuz-azim-tipu-bohong-nafi-gambar-palsu-azizan-kempen-prk

Justeru bagi Mahfuz, cubaan sabatoj itu telah gagal kerana calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat telah menewaskan calon BN, Dr Abdul Sohaimi Lazim dengan majoriti undi sebanyak 1,084 sekali gus mempertahankan kerusi yang menjadi kubu kuat Pas.

Keadaan inilah yang boleh disamakan dengan pepatah Melayu, 'rumah sudah siap, pahat masih lagi berbunyi'. Hakikatnya, yang menentukan tarikh penamaan calon, pengundian dan perjalanan pilihan raya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sekiranya BN yang menentukan maka lebih baik BN menetapkan tarikh pilihan raya sebelum 25 Oktober 2013. Ini kerana pada tarkh tersebut kerajaan telah membentangkan Bajet 2014 yang tidak begitu popular kepada rakyat berikutan tindakan menarik subsidi gula dan memperkenalkan GST.

Sesungguhnya, Mahfuz sekadar mencari alasan untuk mempertahankan dirinya selaku Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Pas bagi DUN Sungai Limau. Jelas sekali hari bekerja tidak menjai masalah kepada pengundi di DUN Sungai Limau yang rata-rata bekerja sendiri.

Malah jumlah keluar mengundi sebanyak 85.5% pada semalam menunjukkan penetapan hari mengundi pada hari bekerja bukan masalah kepada Pas dan juga proses demokrasi.

Memahami mentaliti penyokong Pas yang taksub dan taklid buta kepada parti, hari bekerja atau tidak bukan masalah kepada mereka. Mereka terkenal dengan penyokong tegar yang menganggap mengundi Pas adalah satu jihad. Justeru jika ada pengundi Pas yang bekerja pasti mereka akan mengambil cuti atau ponteng kerja.

Ini berbeza dengan penyokong BN dan pengundi atas pagar yang selalu mengambil mudah proses pengundian terutamanya dalam pilihan raya kecil. Mengundi di hari bekerja mmeberi kesan lebih kepada BN berbanding Pas. Penyokong BN jarang yang sanggup berkorban cuti dan masa untuk pulang mengundi bai satu pilihan raya kecil yang tidak memberi apa-apa makna kepada pembentukan kerajaan lagi.

Sama seperti keadaan ketika berlangsungnya PRK di Kuala Besut. SPR telah menetapkan hari mengundi PRK Kuala Besut pada 24 Julai, iaitu pada hari biasa, hari Rabu yang juga hari bekerja.

Keputusan PRK Kuala Besut menunjukkan BN menang dan tidak menjadi masalah buat para pengundi untuk keluar mengundi.

Kerana tidak berpuas hati dengan keputusan BN menang, Pas menuduh hari mengundi yang ditetapkan pada hari biasa itu sebagai cubaan untuk menjatuhkan semangat pengundi untuk pulang mengundi.

Sekali gus, menyatakan penetapan hari mengundi yang jatuh pada hari biasa sebagai cubaan sabatoj terhadap parti Pas.

Kebenarannya, sama ada dalam PRK Kuala Besut atau Sg Limau, istilah untuk sabotaj parti Pas langsung tidak timbul apatah lagi untuk dilancarkan.

Ini kerana, kempen dan pertempuran antara calon BN dan Pas berlaku secara sihat dan tiada unsur-unsur yang mencurigakan.

Sebenarnya, Mahfuz masih lagi tidak berpuas hati kerana Pas tidak menang majoriti semalam.

Jadi, menuduh BN sebagai mencuba sabotaj Pas adalah jalan terbaik untuk menutup malu kekalahan Pas dalam meraih majoriti undi.

Modal mengatakan salah tetapkan hari mengundi juga diambil kira Mahfuz untuk terus menunjukkan SPR dan BN telah melakukan silap dalam setiap pilihan raya diadakan.

Rasanya, sekiranya Pas diberi kelebihan tetapkan hari mengundi, kalau ditakdirkan mereka kalah, kesalahan SPR dan BN juga akan tetap dicari kerana puak ini tidak pernah berpuas hati.

mykmu.net

Melaka Reviews Condotions For Asset Ownership For Foreigners – Idris Haron

Posted: 06 Nov 2013 02:32 AM PST

MELAKA, Nov 6 – The state government will review conditions for property ownership for foreigners in Melaka in an effort to increase asset ownership among local citizens, especially the Melaka-born, said Chief Minister Datuk Seri Idris Haron.

He said the main proposal to be looked into in the review would be to raise the value of property that foreigners would be allowed to own from more than RM250,000 currently to more than RM500,000.

He said the conditions of asset ownership that would be re-evaluated involved various sectors including agriculture such as the land must be more than 1.6 hectares, industry such as factories and housing.

“If we look at the foreign exchange, RM250,000 is equivalent to only about SGD97,000 which is cheap for Singaporeans to own property at that price…so a lot of Singapore nationals buy houses in Melaka to the extent that there is a boom and Melaka people find it difficult to buy houses.

“Melaka does not prevent foreigners to own property, and on the contrary, encourages them (to do so) which would result in foreign investment increasing…we do this so that more locals, particularly the Melaka-born, will own property in the state,” he told reporters after chairing the State Exco Meeting at Ayer Keroh, here today.

Meanwhile, Idris said the state government might consider the appointment of two Exco members from MCA Assemblymen using the method of ‘one plus one’, ie, to appoint one first which will later be followed by the appointment of another one.

However, he said, the MCA had so far not given any official letter on its willingness to accept the post at the state level nor a meeting to discuss the matter.

“There have been numerous unofficial meetings and discussions with the state (MCA) chairman (Datuk Gan Tian Loo) because we are very close with the MCA, but there has been no official meeting yet,” he said.

On Oct 20, the MCA extraordinary general meeting had passed a resolution allowing party members to accept positions at the state government level.

Melaka has three MCA Assemblymen namely Datuk Lai Meng Chong (Machap), Datuk Ng Choon Koon (Bemban) and Lim Ban Hong (Klebang).

Pindaan Akta Kerja 1955 Berhubung Cuti Bersalin Dikuat Kuasa Sejak April 2012

Posted: 06 Nov 2013 02:28 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pindaan Akta Kerja 1955 yang melibatkan penambahbaikan mengenai faedah bersalin pekerja wanita di negara ini telah berkuat kuasa sejak April tahun lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata penambahbaikan itu termasuk faedah bersalin bagi pekerja wanita tanpa mengira gaji yang diterima.

“Dahulu, faedah ini hanya dinikmati oleh pekerja wanita bergaji RM1,500 ke bawah dan pekerja manual wanita tanpa had gaji,” katanya ketika menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PAS-Kuala Langat) di Dewan Rakyat hari ini.

Abdullah Sani bertanya bila pindaan cuti bersalin untuk pekerja wanita di bawah Akta Kerja 1955 akan dilaksanakan dan sama ada peruntukan kelahiran lima orang anak dalam akta itu akan dipinda.

Ismail berkata mengikut pindaan Akta Kerja 1955, pekerja wanita yang bersalin selepas hamil 22 minggu juga layak menerima cuti bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu.

“Mengikut pindaan Akta Kerja 1955 itu, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja wanita semasa tempoh cuti bersalin kecuali atas alasan penutupan syarikat,” katanya.

Ismail berkata pindaan Akta Kerja 1955 antara lain bertujuan memastikan hak dan kebajikan pekerja wanita terpelihara.

Menjawab soalan Abdullah Sani mengenai cadangan menaikkan had cuti bersalin berbayar daripada lima anak kepada tujuh anak dan cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari di sektor swasta, Ismail berkata perkara itu akan diperhalusi terlebih dahulu oleh Kementerian Sumber Manusia.

“Menurut Subseksyen 37 (C) Akta Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin yang dibayar elaun adalah dihadkan sehingga lima orang anak dan ia sama seperti mana had kelayakan bagi pekerja di sektor awam,” katanya.

Ismail berkata berdasarkan pertemuan Kementerian Sumber Manusia dengan majikan sektor swasta, mereka belum bersedia untuk melaksanakan cadangan menaikkan had cuti bersalin berbayar dan menambah cuti itu sehingga 90 hari kerana ia melibatkan pertambahan perbelanjaan yang banyak kepada syarikat.

DAP Memang Tidak Pernah Hormati Konsep “Majoriti-Minoriti”

Posted: 06 Nov 2013 01:40 AM PST

Karpal Singh telah menzahirkan perasaan sebenar DAP apabila mendesak agar semua parti politik yang berasaskan bangsa dan agama dimansuhkan. Konon-kononnya itu merupakan sebagai pelancar kepada segala fahaman RASISME yang sedang berakar umbi di Malaysia.

Dan reaksi yang ditunjukkan oleh para pemimpin dari parti-parti terbabit, sudah boleh dijangka.

karpal-parti-dap-rasis-angkuh-biadap

Ramai yang marah dengan kenyataan Karpal Singh. Kalau ada yang tidak berani marah depan-depan, maka dikeluarkan kenyataan yang sedikit lembut tetapi tetap bernada marah dan membuktikan yang Karpal Singh tidak tahu realiti.

Sudah lama sebenarnya pendedahan dibuat berhubung gerak kerja DAP yang mahu menghapuskan segala yang berbentuk Melayu-Islam dan Bumiputera di negara ini.

Sudah lama sebenarnya pendedahan dibuat berhubung gerak kerja DAP yang mahu menghapuskan segala yang berbentuk Melayu-Islam dan Bumiputera di negara ini.

Bagaimanapun, yang kuat membuat penafian adalah pemimpin-pemimpin Melayu-Islam-Bumiputera dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Malahan dengan hanya sedikit cakap daripada Lim Kit Siang kononnya DAP tidak berkemampuan untuk mengubah Perlembagaan Malaysia, semua sudah percaya dan menyatakan bahawa pendedahan tentang niat jahat DAP, hanyalah satu fitnah semata-mata.

Yang Kit Siang dan seluruh pimpinan DAP tidak ceritakan ialah, bagaimana kemenangan bermajoriti mudah walau satu kerusi pun, akan memberi hak kepada parti berkenaan untuk menjemput mana-mana negara luar menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Dan sudah pastilah jemputan tersebut akan turut membawa bersama-sama kemenangan dan penguasaan parti dari negara kedua itu menjadi sebahagian daripada parti yang telah memenangi majoriti mudah di Malaysia.

Dan penguasaan 2/3 majoriti Parlimen Malaysia (bersama-sama parlimen baru) akan membolehkan mana-mana parti pemerintah untuk menggubal akta dan perlembagaan yang baru!

DAP baru menang sebahagian daripada kerusi Parlimen di Malaysia. Dan bukan satu rahsia lagi, apa sebenarnya corak kempen yang telah dijalankan oleh DAP untuk memperolehi sokongan daripada masyarakat yang menyokong parti berkenaan.

Walaupun pada masa yang sama, DAP bercakap tentang anti rasisme dan liberalisme namun semua orang tahu bagaimana DAP berkempen untuk mengukuhkan kaum Chauvinist dan menjadikan Katholik sebagai satu lambang ekstrimisme terutama sekali di Sabah dan Sarawak.

DAP tidak pernah menghormati dan memperakui tentang konsep ‘MAJORITI-MINORITI’ sebaliknya bagi DAP, segala-galanya harus mengikut telunjuk mereka.

Jadi, kalau ada pemimpin PAS atau UMNO yang sibuk marahkan Karpal Singh, seharusnya simpan sahaja kemarahan tersebut di dalam telur masing-masing.

Karpal hanyalah mengutarakan pendapat DAP dan pendapat itu merupakan satu KANUN yang perlu dipraktikkan di negara ini kerana DAP mempunyai sejuta satu macam pendapat dan KANUN yang lain, yang perlu dilayani dan disanjungi!!!

Cucu Tok Wan

Pas Menang Tapi Cedera

Posted: 06 Nov 2013 01:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Seperti yang telah dijangkakan sebelum ini, Pas akhirnya berjaya mengekalkan penguasaannya mereka di Sungai Limau apabila menyaksikan calon parti itu berjaya mengalahkan Barisan Nasional / UMNO dalam pilihanraya kecil pada kali ini.

pas_kalah_nik-aziz-tak-tahu-anwar

BN meletakkan bekas pensyarah kanan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, 52 sebagai calonnya menentang satu lawan satu dengan calon Pas, Mohd. Azam Abdul Samat, 37.

Mengikut data rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada malam tadi, calon Pas telah berjaya memperolehi 12, 069 undi berbanding calon BN sebanyak 10,985 dengan jumlah majoriti 1,084 dengan jumlah yang keluar mengundi sebanyak 85.5 peratus.

Pada pilihanraya umum ke-13 (PRK-13) yang lalu, Pas berjaya memperolehi sebanyak 13,294 undi berbanding calon BN 10,520 undi dengan majoriti 2,774 dengan jumlah yang keluar mengundi sebanyak 89.44 peratus.

Sebanyak 23,249 pengundi yang keluar untuk mengundi bermula pada pagi tadi, 27,222 pengundi akan menentukan calon daripada parti manakah yang bakal 'ditabalkan' sebagai wakil rakyat baru kawasan itu berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.

Daripada jumlah pengundi tersebut, 25,323 pengundi atau 93.02 peratus terdiri daripada kaum Melayu manakala Cina (1,842 atau 6.77 peratus) dan India (15 atau 0.06 peratus).

Pada PRK-13 lalu, Allahyarham Azizan menewaskan calon BN, Mohd.Fazillah Mohd.Ali dan dua lagi calon Bebasn dengan majoriti 2,774 undi.

Walaupun pada awalnya, Pas dijangka mendapat laluan mudah untuk mengekalkan kerusi tersebut memandangkan DUN Sungai Limau dikatakan kubu kuat parti itu, namun BN dikatakan berjaya menembusi kubu itu khususnya melalui jentera dan gerak kerja yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Malah melalui keputusan tersebut juga menyaksikan bagaimana beberapa kubu kuat parti itu seperti Bukit Choras, Bukit Besar, Sungai Dedap, Kabu Sepuloh, Sungai Limau dan Sedaka berjaya ditembusi oleh BN. Ia secara tidak langsung membuktikan wujud penolakan di kalangan ahli dan penyokong parti itu yang pernah mengundi Allahyarham Azizan.

Malah menurut laporan yang diterima, rata-rata masyarakat di Kedah menyedari akan wujudnya perancangan jahat untuk menyingkirkan Allahyarham Azizan yang dikatakan begitu mesra dengan pemimpin dan orang Umno. Ia sekali gus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penyokong Phahrolrazi dan Mahfuz Omar.

Kesimpulannya penyusutan undi Pas adalah berpunca dari masalah dalaman parti itu yang saling ingin menjatuhkan antara satu sama lain. UMNO seharusnya menjadikan ia satu pengajaran sekali gus memperbaiki segala kelemahan yang telah dilakukan.

Program ‘SAVE’ Berjaya Jimat Tenaga Keseluruhan

Posted: 06 Nov 2013 01:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Program Kelengkapan Elektrik Cekap Tenaga (SAVE) berjaya jimatkan kos sebanyak RM64.1 juta bagi tiga jenis peralatan yang disasarkan iaitu peti sejuk, penyaman udara dan ‘chiller’.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata sejak program itu dilancarkan pada 2011, usaha menggalak penggunaan tiga kelengkapan elektrik itu yang mempunyai alat cekap tenaga bertaraf lima bintang, juga menjimat jumlah tenaga sebanyak 246.4 GigaWattjam (GWj).

“Pengeluaran gas karbon dioksida telah dikurangkan sebanyak 167.6 juta kg CO2,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah) di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ongkili berkata sehingga 31 Dis 2012, program SAVE telah mencapai penguasaan  pasaran peralatan cekap tenaga iaitu sebanyak 40.8 peratus untuk peti sejuk, penyaman udara (21.6 peratus) dan chiller (39.2 peratus), berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 25 peratus bagi peti sejuk, penyaman udara (20 peratus) dan chiller (39 peratus).

Program itu juga mendapat sambutan positif dari pengguna dan pengeluar barangan elektrik.

“Sejak dilancarkan, terdapat 17 jenama penyaman udara dan 16 jenama peti sejuk berlabel 5-Bintang di pasaran berbanding hanya enam jenama sahaja sebelum program itu diperkenalkan,” katanya.

Cadangan Karpal Strategi Halus Lenyapkan Kepentingan Melayu – Syed Ali

Posted: 06 Nov 2013 01:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya parti politik atau persatuan berasaskan kaum dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar disertai semua rakyat sebagai tidak relevan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat cadangan tersebut dilihat sebagai strategi halus untuk melenyapkan penguasaan dan kepentingan masa depan orang Melayu di negara ini.

karpal-parti-dap-rasis-angkuh-biadap

Katanya, apabila parti politik berasaskan kepentingan kaum dan agama dibatalkan secara tidak langsung asas perjuangan sesuatu kaum itu sudah tersasar daripada matlamat asalnya.

Beliau menyebut contoh bagaimana penyatuan seluruh orang Melayu termasuk tokoh-tokoh agama bersama UMNO telah berjaya menumbangkan Malayan Union dan menjadi perintis kepada kemerdekaan negara.

“Orang Melayu khususnya umat Islam  bersatu di bawah lambang UMNO atas semangat nasionalis dan menjunjung syariat agama ketika menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris,” tegasnya di dalam entri terbaru umnobahagiancheras.blogspot.com.

Justeru kata beliau, cadangan karpal Singh itu selain daripada tidak relevan juga dilihat sebagai strategi halus pihak tertentu untuk melenyapkan ketuanan Melayu dan umat Islam di negara ini.

Semalam dalam sidang media di Pulau Pinang, Karpal Singh telah mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Beliau dipetik sebagai berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.

"Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu,” kata karpal Singh.

Cadangan Karpal Singh itu bagaimanapun turut menerima kecaman keras daripada sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS yang menyifatkannya sebagai tidak berasas dan membahayakan kepada kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Menurut Syed Ali lagi, orang Melayu khususnya umat Islam dikhuatiri tidak mempunyai tempat untuk memperjuangkan nasib mereka jika parti politik berasaskan kaum dihapuskan.

Katanya, orang Melayu di negara ini masih lagi meletakkan harapan mereka kepada parti politik berasaskan kaum seperti UMNO dan PAS dalam memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.

Sebaliknya beliau menegaskan, DAP yang kononnya parti berasaskan kaum merupakan parti rasis yang sengaja meminggirkan kepentingan orang Melayu yang menjadi ahli parti itu.

“Mengapa Karpal Singh bercakap tidak serupa bikin, orang Melayu dalam DAP pun diketepikan dan tidak diberi ruang untuk memegang jawatan penting dalam parti itu,” tegasnya.

“Pelbagai kaum kononnya ada dalam DAP tetapi malangnya telah dan akan disisihkan, sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan kaum mereka (China).

Menurut Syed Ali, UMNO sebagai parti terbesa mewakili orang Melayu dan umat Islam di negara ini tetap berpegang kepada prinsip perjuangan untuk kepentingan Melayu tetapi dalam masa yang sama turut menjaga kepentingan kaum lain.

Oleh sebab itu katanya, gagasan penubuhan PERIKATAN yang kini dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) tetap mengambilkira kepentingan kaum-kaum lain yang mewakili pelbagai parti untuk membetuk sebuah kerajaan yang adil.

“Gagasan serta kaedah permuafakatan BN diterima sehingga ke hari ini di mana orang Melayu dan bukan Melayu termasuk Islam dengan bukan Islam boleh hidup dalam sebuah kerukunan berasaskan semangat perpaduan dan bertolak ansur,” ujarnya.

Pembentukan itu tambah beliau, menjadi batu asas kepada perpaduan rakyat pelbagai kaum dan kestabilan negara yang diasaskan sejak awal kemerdekaan sehingga sekarang.

“Cadangan Pengerrusi DAP itu sebenarnya muslihat untuk meruntuhkan tembok perpaduan yang dibina sekian lama, agenda mereka untuk menguasai negara ini walaupun menggadaikan kepentingan rakyat,” tegasnya.

Tambah beliau lagi, cadangan Karpal Singh itu amat membimbangkan dan perlu diberikan perhatian serius kerana ternyata mempunyai maksud yang tersirat.

“Hari ini dia cadangkan parti politik berasaskan kaum dan agama dibatalkan, mana tahu esok lusa ada pula pihak yang akan cadangan perkataan ‘Melayu’ dihapuskan termausk kedudukan Raja-Raja Melayu,” tegasnya.

SPRM Cadang Wujud Agensi Penyelaras Pantau Agensi Terlibat Projek Berimpak Tinggi

Posted: 06 Nov 2013 12:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Nov - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu mencadangkan kerajaan menubuhkan sebuah agensi penyelaras untuk memantau secara khusus agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam projek berimpak tinggi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata agensi penyelaras itu juga akan bertanggungjawab mengawal selia perkembangan dan perjalanan keseluruhan projek.

Ia adalah antara 12 cadangan penambahbaikan yang telah digariskan dalam Laporan Tahunan SPRM 2012 dan Laporan Tahunan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) 2012, berikutan kegagalan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Laporan itu dikemukakan oleh Abu Kassim kepada pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang juga Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Kedua-dua laporan itu akan diteliti oleh JKMR yang dianggotai tujuh anggota Parlimen dan kemudiannya laporan penuh akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam waktu terdekat.

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Abu Kassim berkata laporan itu turut mencadangkan supaya memandatorikan setiap projek kerajaan yang melibatkan rundingan terus, pinjaman mudah, geran dan lain-lain kemudahan kewangan terutamanya yang melibatkan anggota pentadbiran, keluarga dan sekutu mereka, dibentangkan ke mesyuarat Kabinet.

Bagi meningkatkan ketelusan, katanya laporan itu mencadangkan supaya semua anggota pentadbiran mengisytiharkan kepentingan sekiranya anggota keluarga terdekat mereka mendapat kemudahan pinjaman daripada kerajaan.

“Kementerian Kewangan perlu menyediakan satu garis panduan standard, jelas serta telus berhubung pinjaman mudah bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif atau keraguan.

“Kementerian Kewangan juga perlu menyediakan kriteria yang jelas menentukan jumlah sesuatu pinjaman mudah serta memastikan permohonan dibentangkan di peringkat Kabinet terlebih dahulu untuk kelulusan dan mewujudkan satu standard dokumentasi apabila satu kelulusan dasar dibuat terutama melibatkan kepentingan negara serta rakyat,” katanya.

Abu Kassim turut meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah yang bertanggungjawab melantik, mengesah dan meluluskan kenaikan pangkat anggota SPRM.

Menurutnya Seksyen 23 Akta SPRM 2009 perlu dipinda kerana ia didapati boleh mewujudkan ruang dan peluang bagi penyalahgunaan kuasa khususnya berhubung isu pemberian kontrak, tender, tanah, perolehan atau sebagainya oleh seseorang anggota pentadbiran kepada anggota keluarga terdekat.

“Pihak pendakwaan SPRM telah pun mengenal pasti beberapa peruntukan di dalam akta ini yang perlu dipinda demi kejayaan pendakwaan kes rasuah di mahkamah. Sehubungan itu, LPPR berharap tindakan akan diambil dengan pihak relevan untuk menghasilkan matlamat ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abu Kassim juga menarik perhatian mengenai kejayaan SPRM sepanjang 2012 termasuk peningkatan kadar sabitan iaitu 85 peratus tahun lepas berbanding 75 peratus 2011, 71 peratus 2010 dan 54 peratus 2009.

“Ini telah mencapai standard antarabangsa kerana dapat melepasi 80 peratus. Ini terhasil sumbangan semua peringkat tugas iaitu perisikan, siasatan dan pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata keseluruhan denda dikenakan ke atas pesalah rasuah mencatatkan RM14,570,799.

Sepanjang tahun lepas, SPRM menerima 5,496 aduan berunsur rasuah dan 1,078 kertas siasatan telah dibuka, manakala 701 orang telah ditangkap dengan 75 peratus kertas siasatan berjaya disiapkan dalam tempoh itu.

“Kejayaan pendakwaan tahun lepas mencatatkan peningkatan dan keseluruhan pertuduhan 313 orang iaitu melibatkan 33.5 peratus penjawat awam, 53 peratus orang awam, 13 peratus sektor swasta dan 0.5 peratus ahli politik,” katanya.

Ramai Lagi Wakil Rakyat Bakal Angkat Kaki Keluar Pakatan Pembangkang Di Sabah

Posted: 06 Nov 2013 12:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar yakin, bukan setakat dua orang ADUN dari pembangkang yang keluar parti dan menjadi Wakil Rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), malah ia akan disertai ramai lagi wakil rakyat dan ahli parti pakatan yang sudah tidak yakin dengan perjuangan dan hala tuju pakatan.

Jeremmy-Malajad-Keluar-Parti-Pkr-Pr-Sabah

"Saya difahamkan, dalam minggu ini pun ada seorang lagi wakil rakyat mereka akan keluar parti dan menjadi Wakil Rakyat Bebas, ini semua adalah kerana kehendak serta tuntutan rakyat dan pengundi di kawasan-kawasan yang di wakili wakil-wakil pakatan ini yang mahukan pembangunan kerana mereka tidak mahu ketinggalan dari arus pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN melalui wakil-wakil rakyat BN.

“Jadi, demi kepentingan dan mendahulukan rakyat, mereka keluar parti. Kita juga yakin, PKR bukanlah satu parti yang relevan dalam politik Sabah, cuma sedikit penolakan rakyat terhadap calon-calon BN yang telah lama seperti di Kadamaian dan Luyang, menyebabkan mereka menang dalam PRU yang lalu," ujarnya yang juga bekas EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Terdahulu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah, Jeremmy Malajad mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas yang menyokong BN.

Beliau yang disertai oleh kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian berkata, keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.

adun-luyang-cina-sabah-Hiew-King-Cheu-keluar-parti-dap-rasis-tak-telus-cat

Sebelum itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang yang juga Bekas ketua DAP negeri Sabah, Hiew King Cheu keluar parti dan menjadi wakil bebas pada 27 September lalu.

“Sebagai wakil rakyat baru dipilih oleh rakyat, saya yakin mereka sedar tentang harapan tinggi rakyat di kawasan yang mereka wakili untuk melihat perubahan dalam bidang pembangunan khususnya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, klinik desa dan banyak lagi pembangunan luar bandar yang menjadi isu semasa yang sentiasa dilaung-laungkan masyarakat Kadamaian.

“Ini juga bukti jelas bahawa hanya Barisan Nasional yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat berbanding pakatan pembangkang yang hanya pandai beretorik dan berlakon semata-mata untuk mendapat undi daripada rakyat,” tambah Jamawi lagi. -MediaUMNO

Malaysia Telah Bersedia Mencapai Wawasan 2020 – Abdul Wahid

Posted: 05 Nov 2013 11:43 PM PST

NEW YORK, 6 Nov – Perkembangan ketara Malaysia daripada hanya sebuah ekonomi membangun yang baru bermula kepada Malaysia hari ini seperti disifatkan oleh sesetengah pakar AS sebagai “ekonomi sedang pesat membangun ke hadapan”, ialah satu peringatan negara telah bersedia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020, matlamat yang telah tertanam di dalam Wawasan 2020 kerajaan.

Tahap pembangunan dan kecanggihan ekonomi Malaysia hari ini turut diketengahkan oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kini berada di New York bersama-sama delegasi 14 syarikat Malaysia untuk penerangan bergerak Invest Malaysia USA (IMUS) 2013 di dalam usaha menarik para pelabur dari Amerika Syarikat ke pasaran modal Malaysia.

Abdul Wahid turut disertai oleh Datuk Tajuddin Atan, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia dan Datuk Abdul Farid Alias, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Group.

Maybank, bank terbesar dunia, telah menganjurkan IMUS 2013 dengan kerjasama Bursa Malaysia.

“Seiring dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020, kita telah menggariskan objektif kita untuk meningkatkan pendapatan per kapita negara daripada US6,750 kepada US$15,000 pada tahun 2020.

Pada masa ini, kita berada di sekitar US$10,000 dan telah bersedia untuk mencapai sasaran pendapatan US$15,000 menjelang tahun 2020. Ini ialah pertumbuhan pendapatan merangkumi semua yang kita cuba dapatkan,” kata Abdul Wahid dalam temu bual dengan Bernama di New York.

Abdul Wahid, antara pakar terkemuka Malaysia dan presiden dan ketua pegawai eksekutif Maybank Group sebelum dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menyokong “komitmen besar” kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan kesemua warga Malaysia, termasuk mereka berpendapatan rendah.

“Matlamat kita ialah untuk mencapai kemampanan. Ini bermakna, kita bukan hanya merujuk kepada persekitaran mesra dan penggunaan bijak sumber asli negara seperti minyak dan gas, tetapi juga keseluruhan pengurusan ekonomi negara.

“Prinsip pedoman kita ialah memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia, dan pada masa yang sama tidak terlepas pandang akan tanggungjawab ekonomi kita untuk mengurangkan defisit dan mencapai belanjawan seimbang menjelang 2020,” jelas beliau.

Abdul Wahid juga bercakap mengenai “transformasi dramatik” ekonomi Malaysia yang telah beralih daripada berasaskan pertanian menerusi pembuatan kepada ekonomi perkhidmatan.

"Sektor perkhidmatan menyumbang 55 peratus kepada ekonomi dan telah melepasi sektor pembuatan,” kata beliau.

Menjelaskan lagi sumbangan positif sektor korporat Malaysia, Abdul Wahid berkata syarikat-syarikat Malaysia hari ini lebih baik dari segi permodalan, paras hutangnya lebih rendah berbanding pada tahun 1997/98, tatkala krisis kewangan melanda beberapa negara di Asia Tenggara dan pinjamannya pula adalah dalam ringgit daripada dolar AS, sekali gus berjaya menampan daripada kemeruapan mata wang.

"Sebelum ini, saiz rizab antarabangsa ialah di antara US$19 bilion dan US$30 bilion. Hari ini, rizabnya ialah sekitar US$106 bilion," kata beliau.

"Sementara itu, dengan pembentukan Komuniti Ekonomi Asean pada 2015, saya percaya para pemimpin Asean komited terhadap wawasan Asean. Syarikat-syarikat Malaysia berjaya beroperasi di rantau Asean dan ini secara tidak langsung akan memberikan syarikat Amerika banyak kelebihan, termasuk akses ke pasaran modal bernilai US$2 trilion," tegas beliau.

Sementara itu, Bajet 2014, yang diumumkan pada 25 Okt, merupakan “belanjawan paling dijangkakan di dalam sejarah Malaysia”. Bajet ini menekankan kepada kemampanan, mengukuhkan daya ketahanan ekonomi, mempercepatkan transformasi negara menjadi negara maju dan memenuhi janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya umum pada 5 Mei lepas.

Bagi menerangkan “tanggungjawab ekonomi” kerajaan, Abdul Wahid berkata defisit belanjawan tahun ini ialah pada empat peratus.

"Defisit ini akan dikurangkan secara progresif kepada 3.5 peratus pada tahun 2014 dan tiga peratus pada tahun 2015.

“Selepas itu, kita akan terus menerus mengurangkan defisit sehingga mencecah belanjawan seimbang menjelang 2020,” kata Abdul Wahid.

Untuk akaun imbangan pembayaran, Malaysia diunjurkan mempunyai lebihan RM25 bilion tahun ini. Bagaimanapun, lebihan akaun pembayaran telah menurun dan ini dikaitkan terutamanya kepada eksport yang rendah, peningkatan import, terutamanya pembelian besar-besaran seperti pesawat komersil besar oleh syarikat penerbangan.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT