SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, December 21, 2013

UMNO Online - “Demokrasi Melalui Sistem Pilihanraya, Bukannya Sistem Di Jalanraya” plus 9 more

UMNO Online - “Demokrasi Melalui Sistem Pilihanraya, Bukannya Sistem Di Jalanraya” plus 9 more

Link to UMNO Online

Demokrasi Melalui Sistem Pilihanraya, Bukannya Sistem Di Jalanraya

Posted: 20 Dec 2013 03:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Mantan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menyelar tindakan kepimpinan pembangkang yang menganjurkan himpunan rakyat pada 31 Disember ini dan menyifatkan penganjuran tersebut sebagai taktik lapuk dengan mempergunakan nama rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Beliau seterusnya menyeru agar kepimpinan pembangkang berhenti daripada terus memperbodohkan rakyat di negara ini dengan anjuran himpunan yang sedemikian.

anwar-himpun-perhimpunan-haram-huru-hara-kucar-kacir-negara-guling-kerajaan-sah-tolak-demokrasi-pilihanraya-rakyat

"Mereka ini saya lihat cuba membawa masuk budaya asing, budaya luar yang bertentangan dengan budaya kita. Mereka lihat apa yang berlaku di Thailand, Mesir dan banyak lagi negara luar, yang menjatuhkan kerajaan melalui demostrasi jalanan, maka mereka cuba ciplak kaedah tersebut untuk di laksanakan di negara ini.

"Saya juga menyeru rakyat di negara ini agar tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang untuk mengadakan demonstrasi seperti ini. Ini bukan budaya kita. Budaya kita ialah dengan bermuzakarah dan berbincang bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Lagipun, sampai bila kita mahu berdemostrasi?," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sepatutnya ujar beliau, pakatan pembangkang yang mendabik dada mendakwa mereka itulah juara demokrasi perlu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13 baru-baru ini.

"Rakyat telah buat keputusan, maka mereka patut hormati keputusan majoriti rakyat di negara ini. Untuk apa lagi buat demo itu dan ini? Ini memperlihatkan pembangkang langsung tidak menghormati keputusan majoriti rakyat di negara ini.

"Negara kita mengamalkan sistem demokrasi di mana lima tahun sekali, rakyat akan memilih dan menentukan siapa yang layak untuk mentadbir negara ini, dan keputusan itu telahpun dibuat. Sistem pemilihan pemimpin di negara kita adalah berdasarkan sistem pilihanraya, dan bukannya sistem di jalanraya," ujarnya.

himpunan-bantah-gst-retorik-huru-hara-pembangkang-politik-gimik-sempit-anwar

Justeru itu beliau berpendapat bahawa sepatutnya kepimpinan pembangkang mencari jalan yang lebih baik untuk memberikan pandangan dan pendapat, dan bukannya dengan cara menghasut rakyat ke jalan raya.

"Jangan kata kerajaan tidak mendengar suara pembangkang. Contohnya dalam penggunaan dakwat kekal ketika PRU yang didesak oleh pembangkang, kerajaan dengar dan laksanakan. Begitu juga dengan beberapa perkara lain lagi.

"Jadi bagi saya, himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang ini memperlihatkan sikap mereka yang rakuskan kuasa, dengki, khianat serta tidak memperdulikan nasib dan suara majoriti rakyat di negara ini.

"Majoriti rakyat di negara ini mahukan perpaduan dan bukannya perpecahan serta huru hara. Tetapi kepimpinan pembangkang tidak peduli hasrat dan aspirasi rakyat terbanyak kerana  apa yang penting, matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan, dan dengan itu kuasa akan berpindah ke tangan mereka tercapai," jelasnya. -MediaUMNO

Anwar Gagal Cubaan Kedua Ketepikan Muhammad Shafee Sebagai Pendakwa Utama

Posted: 20 Dec 2013 03:30 AM PST

PUTRAJAYA, 20 Dis  - Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam cubaan keduanya untuk mengetepikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa utama dalam rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya daripada tuduhan liwat.

Ketika menolak permohonan Anwar, hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali, yang mempengerusikan panel tiga anggota, memutuskan permohonan Anwar itu tidak  mempunyai sebarang merit.

Dalam keputusan sebulat suara, Aziah juga memutuskan bahawa akuan berkanun (SD) bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, yang diguna Anwar untuk menyokong permohonannya, merupakan bukti dengar cakap dan tidak boleh diterima sebagai bukti meyakinkan.

“Kami (mahkamah) bersetuju bahawa akuan berkanun itu adalah bukti dengar cakap kerana pembuatnya tidak hadir untuk disoal balas bagi menentukan kesahihannya. Terdapat kecacatan pendam dalam SD berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa nombor kad pengenalan serta alamat pembuatnya juga telah disembunyikan.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusuf dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Aziah berkata tidak terdapat sebab yang boleh diterima tentang keengganan Mat Zain memberi nama dan alamatnya dalam SD itu.

Menurut beliau SD berkenaan hanya merujuk kepada kejadian ‘mata lebam’ Anwar dan panel itu juga mendapati tuduhan yang terkandung dalam SD terbabit tidak mempunyai kaitan dengan fakta rayuan.

Aziah seterusnya berkata mahkamah tidak mendapati pelantikan Muhammad Shafee sebagai pendakwa utama akan menafikan Anwar daripada mendapat perbicaraan secara adil kerana rayuan itu semata-mata berdasarkan rekod rayuan yang disediakan mahkamah.

Lagi pun, kata beliau, Muhammad Shafee bukan satu-satunya pendakwa raya yang tampil dalam rayuan iu kerana beliau dibantu dua timbalan pendakwa raya berpengalaman iaitu Mohd Hanafiah Zakaria dan Noorin Badaruddin.

“Oleh itu, kami dapati tiada dapatan lain yang perlu dibuat dan dengan itu memutuskan bahawa pelantikan Muhammad Shafee adalah mengikut undang-undang,” kata Aziah.

Sementara itu, di luar mahkamah, Anwar, yang diwakli peguam Tommy Thomas, memberitahu pemberita beliau telah meminta peguambelanya itu memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah hari ini kepada Mahkamah Persekutuan pada Isnin.

Pada 6 Dis, Anwar, 66, memfailkan permohonan kedua untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan. Kali ini, beliau menggunakan maklumat yang terkandung dalam SD Mat Zain sebagai asas untuk memfailkan permohonan itu.

Permohonan pertamanya ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 Sept dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan juga tidak berjaya.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kerajaan Tumpu Tiga Asas Sebagai Landasan Capai Negara Berpendapatan Tinggi

Posted: 20 Dec 2013 03:26 AM PST

ALOR GAJAH, 20 Dis – Pendidikan, kemahiran dan perniagaan merupakan tiga asas yang disediakan oleh kerajaan untuk menaikkan taraf hidup rakyat, terutama dalam merealisasikan negara berpendapatan tinggi.

kuala_lumpur_malaysia_maju_ekonomi

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan bukan sahaja menyediakan prasarana tetapi juga peruntukan dana yang besar dalam tiga bidang tersebut untuk direbut oleh rakyat.

Contohnya, sejumlah RM1.4 bilion diperuntukkan menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan Skim Usahawan Pasar Malam bagi membantu rakyat menjadi usahawan, katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan buku bertajuk ‘Peribadi Dr M’ yang ditulis oleh Saat Sulaiman.

Saat, 39, juga merupakan usahawan kecil dalam pelbagai bidang termasuk inap desa dan restoran.

Tuduh BN Punca Malapetaka Banjir Nafi Takdir Allah swt

Posted: 20 Dec 2013 02:53 AM PST

TEMERLOH, 20 Dis – Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mengaitkan banjir buruk di Pahang disebabkan negeri ini diperintah Barisan Nasional.

Beliau berkata mereka terbabit seolah-olah menafikan takdir dan ketentuan Allah.

“Ada pihak mendakwa kononnya kerana BN memerintah berlakunya bencana banjir sehingga rakyat susah. Apa yang dicakapkan itu bukan disebabkan kerajaan, tetapi jika siapa juga memerintah waima pembangkang sekalipun jika banjir berlaku, ia tetap berlaku.

menteri-besar-adnan-yaakob-sultan-ahmad-shah-pahang-doa-rakyat

“Janganlah kita menyalahkan sesiapa dengan mempolitikkan bencana banjir ini,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar, Temerloh, di sini hari ini.

Bantuan itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengenai kerjasama yang boleh diberikan pembangkang, menteri besar berkata apa yang perlu dilakukan ialah mereka turut turun padang membantu mangsa banjir.

“Tetapi bukan hanya dengan turun sekali-sekala dan membawa beberapa kampit beras untuk diberikan kepada mangsa banjir, sudah mendabik dada serta heboh dalam media sosial,” katanya merujuk sikap segelintir anggota parti pembangkang dalam menghulurkan bantuan di negeri ini.

Adnan berkata kerajaan melalui pelbagai agensinya telah dan sedang memberikan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir di Pahang membabitkan lebih 13,000 keluarga dan lebih 61,000 mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sebelum ini.

Beliau berkata selain kerajaan, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah juga prihatin terhadap musibah yang menimpa rakyat dengan memberikan bantuan wang tunai RM500,000 untuk membeli barang keperluan kepada mangsa banjir.

Adnan meminta semua rakyat Pahang yang ditimpa musibah banjir supaya banyak bersabar dan reda dengan ujian Allah itu.

Beliau turut berterima kasih kepada semua agensi kerajaan terbabit, para dermawan, pihak swasta serta individu yang memberikan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir di Pahang.

Cubaan Tumpang Kebanjiran Orang Awam Sambut Tahun Baru Memalukan

Posted: 20 Dec 2013 02:12 AM PST

KUALA LUMPUR 20 Dis – Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii menyifatkan  tindakan pembangkang yang dikatakan mahu mengadakan perhimpunan pada malam tahun baru pada kali ini sebagai cubaan untuk menumpang kehadiran ribuan orang awam untuk sambutan malam tahun baru 2014.

Menurut beliau kekhuatiran pihak terbabit terhadap sambutan pada himpunan sebelum ini yang dilihat hambar serta tidak mendapat sambutan memberangsangkan menjadi  pendorong terhadap tindakan pembangkang untuk memilih masa tersebut.

bersih tiga

"Jika dilihat pada himpunan-himpunan sebelum ini seperti Himpunan Blackout 505 yang tidak menepati sasaran, himpunan anak muda di hadapan parlimen dan sebagainya lagi ternyata pembangkang cuba mengambil kesempatan dari terus mendapat malu.

"Bukankah pada malam tahun baru, ramai kalangan warga kota khususnya golongan muda akan keluar bagi meraikan sambutan ambang tahun baru. Malah ada yang datang bersama keluarga dan beramai-ramai mengira detik berakhirnya tahun 2013 dengan disusuli persembahan bunga api.

"Apakah mereka mahu mengambil kesempatan dari sudut jumlah kehadiran dalam usaha menunjukkan kepada umum bahawa mereka mendapat sambutan," ujar beliau kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Seputeh seterusnya mempersoalkan sampai bilakan emosi akan menjadi modal politik kepada pembangkang.

"Cumanya apa yang kita bimbang ialah dalam suasana masyarakat ingin menyambut tahun baru bersama kaum keluarga dan bersantai, terdapat pula kumpulan atau pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka semata-mata.

"Inilah yang khuatirkan. Bukannya apa…. soal keselamatan dan sebagainya janganlah kita ketepikan. Jangan rosakkan keharmonian sambutan tahun baru dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya," ujar beliau. -MediaUMNO

A Balanced Budget Will Avoid Debts – Raja Nazrin

Posted: 20 Dec 2013 01:38 AM PST

IPOH, Dec 20 – The Regent of Perak, Raja Dr Nazrin Shah said an organisation should present a balanced budget that balances revenue with expenditure to avoid a deficit, leading to loans and debts.

The philosophy behind a balanced budget is not only relevant to the organisation but has a direct link to the life of every individual and family.

Raja Nazrin said loans were possible if they were for productive purposes that lead to good returns, positive or to be utilised in the long term.

“The source of revenue and wealth is limited, not abundant. As such, Islam asserts that human beings spend wisely, be thrifty and avoid being wasteful.

“As for individuals and families, spending beyond your means will lead to debt, lies, abuse of power, corruption and bankruptcy,” he said at the Perak Islamic and Malay Customs Council Conference at Darul Ridzuan Islamic Complex, here today.

Budget education should be introduced and practised by individuals and families, via lectures and religious classes in surau, mosques and government departments.

The Insolvency Department data shows that 116,488 people were declared bankrupt between 2007 and 2013. Of the number, 39,967 people were in the 35-44 years age group, 23,967 people in 25-34 years age group while 1,322 people did not reach 25 years.

Data in 2012 shows that 48.41 percent declared bankrupt were Malays, 33.15 percent were Chinese and 14.12 percent were Indians.

Raja Nazrin said the number of those declared bankrupt rose from 13,885 in 2008 to 19,575 in 2012, with woman comprising 30 percent of the total.

The conference will discuss the council’s budget for 2014 with estimated revenue of RM135.9 million comprising zakat collection (RM120 million), Baitul Mal (RM10 million )and accumulated funds (RM5.9 million).

Earlier, he presented zakat from ten agencies; National Farmers Organisation, Felcra Berhad (Perak), Perak Islamic Economic Development Corporation, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Hedd Industries Sdn Bhd, Smart Aladdin Sdn Bhd, Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad, Agro Bank and the National Cooperatives Movement.

Toll Rebate For Plus Electronic System Users On Christmas Day

Posted: 20 Dec 2013 01:35 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 20 – Plus highway users who pay toll electronically on Dec 25, will enjoy a 10 per cent rebate in conjunction with Christmas Day.

Plus Malaysia Berhad senior general manager (operations) Mohd Zulastri Mohd Amin said it covered all Class 1 vehicle highway users paying toll electronically with PLUSMiles cards, Touch ‘n Go or SmartTAG.

“The toll rebate can be enjoyed the whole day and not restricted to a particular time-frame,” he said in a statement here today.

Mohd Zulastri said electronic toll system users who were entitled to the rebate would be able to redeem it when they reload their PLUSMiles or Touch ‘n Go cards at Plus customer service centres from Jan 16 until April 15, next year.

However, the toll rebate will not be offered at the Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar and Penang Bridge toll plazas.

He said the rebate was part of the company’s strategies to spread the traffic and encourage people to travel during off-peak days.

Flood Victims Need More Aid, Says Najib

Posted: 19 Dec 2013 11:26 PM PST

TEMERLOH, Dec 20 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today the government would look for additional resources and aid for the victims of the recent floods in the country.

He said he realised that the federal government aid of RM500 per household was inadequate because many of the victims suffered major losses in the disaster.

“I am most concerned about the plight of the flood victims in the whole country, and particularly Pahang.

“I saw for myself the situation in (the settlement in) Sungai Isap, Kuantan. I saw the floodwaters up to the roof, for up to three days.

“I was able to picture the damage each of the families had to bear,” he said at the presentation of federal aid to flood victims and recognition of the services of flood relief volunteers at the Abu Bakar Mosque, here.

Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Shahidan Kasim and 1Malaysia Putera Club president Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim were also present at the event.

Najib said that going by his estimation, each household in Sungai Isap would have suffered a loss of between RM25,000 and RM30,000.

“In terms of the financial loss, the government’s aid (of RM500) has to be augmented. We have to look for additional resources. Today, we are carrying out a special programme of the 1Malaysia Putera Club,” he said.

The prime minister performed Friday prayers at the mosque.

The floods which hit Johor, Pahang, Terengganu and Kelantan earlier this month affected more than 100,000 people from about 30,000 households. In Pahang alone, 13,054 households fell victim.

Meanwhile, Abdul Azeez said the aid distributed by the club today in Pahang included mattresses, pillows and kitchenettes.

“A total of 29,921 mattresses, 59,842 pillows and 29,921 kitchenettes were handed over,” he said.

He also said that Tabung Haji had contributed, among other things, 10,000 pieces each of sarong, batik material, ‘tudung’ (head scarf) and prayer mat for the flood victims in Pahang.

Pemuda UMNO Buat Laporan Polis ‘Himpunan Guling Kerajaan’

Posted: 19 Dec 2013 11:21 PM PST

BUKIT MERTAJAM, 20 Dis -  Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang pada Jumaat membuat laporan polis berhubung usaha pihak tertentu menganjurkan perhimpunan yang dinamakan ‘Himpunan Guling Kerajaan’ pada 31 Dis.

Ketua pergerakan itu Rafizal Abd Rahim berkata polis perlu mengambil tindakan segera bagi menahan dalang yang cuba menimbulkan keadaan huru-hara di negara ini.

rafizal-abdul-rahim-ketua-pemuda-umno-penang-pulau-pinang-laporan-polis-perhimpunan-guling-kerajaan-bantah-gst-pembangkang

“Saya mendapat maklumat berhubung perhimpunan untuk guling kerajaan pada 31 Dis ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan seluruh negara melalui laman media sosial Facebook pada Khamis.

“Berikutan itu saya mewakili Pemuda UMNO Negeri membuat laporan polis berhubung perhimpunan itu dan tindakan segera perlu diambil,” katanya  selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini Jumaat.

Rafizal berkata kerajaan dipilih secara demokratik dan pertukarannya tidak boleh dilakukan melalui kekerasan dan perhimpunan seumpama itu bukan sahaja memburukkan negara sendiri malah menakutkan pelancong asing untuk melawat negara ini.

Baru-baru ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dipetik sebagai berkata polis memandang serius tindakan pihak yang mengedarkan poster mengajak orang ramai mengguling kerajaan pada 31 Dis ini dan akan menyiasat perkara itu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kerajaan Cari Jalan Kurangkan Kesan Kenaikan Elektrik, Tol – Najib

Posted: 19 Dec 2013 11:20 PM PST

TEMERLOH, 20 Dis -  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielakkan demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat.

“Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara-perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan.

“Implikasi kalau tak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih (lagi) sebenarnya,” kata perdana menteri semasa berucap pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar, Temerloh, di sini Jumaat.

Beliau memberi contoh kenaikan tol, dan menjelaskan bahawa satu mekanisme akan dibuat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit.

“Kalau tol naik, mungkin ada kadar waktu puncak, atau pas bermusim, (dan)yang guna tiap-tiap hari, mungkin kita beri kadar lebih rendah dan murah, (ini)semua kita (kerajaan) sedang tengokkan (fikirkan),” kata Najib.

Perdana menteri berkata lebuh raya di negara ini yang berstatus negara maju memerlukan pembiayaan tertentu, dan tol perlu dinaikkan secara berperingkat dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat.

Beliau juga menegaskan pada hakikatnya, kerajaan masih menyediakan subsidi berjumlah RM42 bilion untuk rakyat, jumlah peruntukan yang hampir bersamaan dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT