SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, December 26, 2013

UMNO Online - “Second Wave Of Flood : PM Wants Closer Cooperation Between Resident And Security Agencies” plus 3 more

UMNO Online - “Second Wave Of Flood : PM Wants Closer Cooperation Between Resident And Security Agencies” plus 3 more

Link to UMNO Online

Second Wave Of Flood : PM Wants Closer Cooperation Between Resident And Security Agencies

Posted: 25 Dec 2013 03:38 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 25 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak hoped to see a more systematic cooperation between local residents and security agencies in facing the possible second wave of flood, expected end of the month.

He advised residents to give priority to ensuring their safety and that of their family members.

“I am made to understand that the second wave of flood is expected in several states end of this month.

“To avoid any untoward incidents, I hope residents and security agencies can work together more systematically,” said the prime minister in his latest Facebook posting today.

Yesterday, the Meteorological Department issued a warning on possible second wave of flood in Pahang, beginning Dec 30.

The recent floods in Pahang forced more than 40,000 victims to be evacuated to relief centres.-MediaUMNO

Himpunan 31 Dis – NGO Desak Polis Ambil Tindakan Awal

Posted: 25 Dec 2013 03:30 AM PST

PEKAN, 25 Dis – Sebuah gabungan di daerah ini hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pekan meminta tindakan tegas diambil terhadap mereka yang merancang mengadakan Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Dis ini.

Gabungan itu terdiri daripada Pemuda Umno Pekan, anggota jawatankuasa kemajuan dan kemajuan kampung (JKKK), persatuan pesara, bekas tentera dan polis, ibu tunggal, persatuan peladang dan nelayan, Belia 4B, Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC).

Wakil mereka yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Pekan, Asmayudim Uyub berkata mereka bimbang tanpa tindakan awal himpunan itu akan menimbulkan kejadian tidak diingini.

bersih tiga

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengheret rakyat ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang telah dipilih berdasarkan demokrasi dan mengikut undang-undang serta perlembagaan negara,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Pekan,  Lt Kol(B) Zulkiffly Mohd Tahir berkata tindakan tegas bukan sahaja perlu diambil ke atas penganjur tetapi juga penulis blog serta laman sosial yang mempromosikan himpunan haram tersebut.

Menurutnya, PBTM Pekan menyokong sepenuhnya sebarang tindakan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 diambil ke atas mereka yang terlibat.

Sementara itu di HULU TERENGGANU, 30 belia dari Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu serta lima badan bukan kerajaan (NGO) membuat enam laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Hulu Terengganu, berhubung perhimpunan tersebut.

Wakil mereka Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu Nik Azman Nik Abdul Razak berkata mereka mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang merancang perhimpunan itu.

“Himpunan itu juga bakal merosakkan belia negara dan kami menentang sekeras-kerasnya himpunan itu, malah kami sangat menyokong apa-apa tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama, di sini.

Selain Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu, turut membuat laporan polis hari ini ialah Belia 4B, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Pengakap, Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta Majlis Belia Felda Hulu Terengganu.

Di Kota Bharu, dua badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan agama iaitu Minda Pondok dan Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan membantah usaha mengadakan perhimpunan haram itu.

Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok Mohd Syamsul Mohd Yusoff berkataIslam melarang umatnya menjatuhkan kerajaan melalui cara kekerasan setelah kerajaan itu dipilih rakyat melalui pilihan raya yang sah.

“Jika kita lihat daripada sudut agama, adalah haram menjatuhkan kerajaan yang sedia ada manakala dari sudut akhlak dan moral pula, tidak elok mengadakan perhimpunan haram kerana ia hanya mendatangkan keburukan.

“Kerajaan sekarang ini telah diiktiraf (menerusi pilihan raya) dan kita tengok cara kepimpinan yang ada sekarang menggunakan sistem demokrasi…semua pihak bersetuju dan kerajaan sekarang ini tidak boleh dipertikai lagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Sementara itu, aktivis Ikatan Cendekawan Islam Kelantan Mohd Zawawi Awang menggesa masyarakat supaya tidak terjebak dalam perhimpunan haram.

“Kita lihat ada seruan ke arah menjatuhkan kerajaan secara anarki iaitu secara ganas dan pendekatan ini hanya menyebabkan keadaan huru-hara berlaku dalam negara kita.

“Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen dan jika tidak berpuas hati ada saluran yang boleh digunakan. Kami  berharap pihak berkuasa akan memerangi kumpulan ini,” tegasnya.-MediaUMNO

UMNO Kelantan Mahu Perkasa Biro Penerangan Bahagian

Posted: 25 Dec 2013 03:16 AM PST

KOTA BAHARU, 25 Dis – Umno Kelantan akan memperkasakan jentera penerangannya di setiap bahagian dengan memberi fokus terhadap kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS membangunkan negeri itu dalam pelbagai aspek.

datuk-md-alwi-che-ahmad-umno-bn-kelantan

Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata PAS sering mencipta isu baharu atau menuding jari kepada kerajaan pusat, semata-mata mahu melindungi setiap kegagalan mereka.

“Kerajaan negeri hari ini (contohnya) gagal tangani isu sosial orang muda, mempertahan akidah umat Islam, membangun bersama Islam, beri peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan,” katanya dalam sidang media di Bangunan Umno Negeri Kelantan di sini hari ini.

Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas mendakwa rakyat Kelantan turut berdepan dengan kenaikan pelbagai caj perkhidmatan yang dilaksana kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan pusat menubuhkan satu jawatankuasa khas di peringkat kabinet bagi menangani kos sara hidup yang dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini. -MediaUMNO

Rakyat Perlu Pentingkan Kebersamaan

Posted: 25 Dec 2013 03:10 AM PST

GEORGE TOWN, 25 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa rakyat menitikberatkan kebersamaan sesama mereka bagi mengukuhkan keamanan, keharmonian dan kestabilan negara.

Rakyat perlu mencari kebersamaan antara mereka berbanding mencari apa yang membezakan mereka, kata perdana menteri.

Beliau berkata sebagai contoh, walaupun terdapat perbezaan tafsiran seperti konsep Tuhan dalam agama Islam dan Kristian, ia tidak seharusnya dijadikan perbalahan yang boleh merenggangkan hubungan antara kaum.

najib-muhyiddin-jumpa-pemimpin-kristian-malaysia-islam-muslim

“Islam dan Kristian adalah dua agama terbesar di dunia. Kedua-dua agama ini boleh dikatakan mempunyai asal usul yang sama, ada permulaan yang sama iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim.

“Meskipun dari segi akidah kita ada perbezaan, umpamanya konsep Tuhan. Dalam Islam konsep Tuhan agak berbeza. Tetapi kalau kita sentiasa berbalah atas perkara ini, maka kita akan merenggangkan hubungan antara orang Islam dan orang Kristian,” katanya ketika merasmikan majlis Rumah Terbuka Krismas 2013 peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di sini.

Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Najib berkata sebagai Perdana Menteri, beliau amat menekankan aspek keamanan, keharmonian serta kestabilan dan komited untuk melakukan apa sahaja demi memelihara ketiga-tiga aspek itu.

“Saya pernah sebut saya tidak berminat untuk memenangi sesuatu pertengkaran berhubung sesuatu isu. Saya hanya memikirkan bagaimana mencapai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang sewajarnya untuk negara ini. Inilah tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Kita mesti faham sensitiviti antara satu sama lain dan bila kita faham sensitiviti antara satu sama lain, kita tidak seharusnya melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain.

“Orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati orang Kristian dan orang Kristian tidak seharusnya menyakiti hati orang Islam,” katanya.

Beliau berkata konsep rumah terbuka yang dianjur bukan hanya meraikan sesuatu perayaan semata-mata sebaliknya adalah medium untuk rakyat di negara ini berkongsi dan memahami adat serta budaya sesuatu kaum.

Najib juga berkata program rumah terbuka membolehkan rakyat berkongsi peluang yang merangkumi adab dan kemakmuran. Beliau berkata rumah terbuka juga boleh dijadikan tirai program Tahun Melawat Malaysia 2014 dan menyemarakkan lagi industri pelancongan negara.

Katanya, beliau percaya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di bawah pimpinan Mohamed Nazri bersedia untuk menjayakan program yang dirancang dan kerajaan pusat sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan industri pelancongan.

“Adalah penting untuk kita mengingatkan diri sendiri bahawa jika kita bekerjasama, kita akan berjaya mencapai potensi terbesar untuk Malaysia,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT