SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, January 1, 2013

UMNO Online - “Bersama Corak Masa Depan Negara Yang Lebih Cerah – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Bersama Corak Masa Depan Negara Yang Lebih Cerah – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Bersama Corak Masa Depan Negara Yang Lebih Cerah – Najib

Posted: 31 Dec 2012 06:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 Dis - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Isnin mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Najib berkata jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini.

“Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita,” katanya dalam perutusan Tahun Baru 2013 yang disiarkan melalui radio dan televisyen pada malam Isnin.

Perdana Menteri berkata, beliau dan kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu daripada seluruh rakyat.

Najib juga berkata negara amat memerlukan sumbangan daripada rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat di mana bagi kerajaan tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan untuk melakukan sesuatu.

“Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai.

“Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan hala tuju yang jelas.

“Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak dibawa,” katanya.

Menyimpulkan kesan transformasi kerajaan pada tahun 2012 sebagai positif selepas berakhir fasa pertama prakarsa transformasi yang melibatkan kerajaan, ekonomi dan politik, Perdana Menteri berkata angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa telah meningkat secara yang membanggakan.

Najib berkata ia terbukti melalui laporan Bank Dunia, “Doing Business 2013″ meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan “World Competitiveness Yearbook 2012″ telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Beliau berkata di sebalik semua yang berlaku, kerajaan tetap perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman lalu dalam menangani cabaran yang bakal mendatang tahun depan dengan meneruskan dan menambah baik apa yang terbukti baik dan terbukti berjaya serta setiap kegagalan ditamatkan dan dijadikan teladan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyarankan empat asas daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan, ditingkatkan dan dipastikan dalam memastikan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tercapai.

Pertama, katanya, perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan falsafah 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Kedua, usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial akan diteruskan di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan.

“Ini diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan di mana setiap rakyat yang memerlukan bantuan akan memperolehnya,” katanya.

Ketiga, katanya meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu tidak hanya dihadkan oleh daya imaginasi.

Beliau berkata sebaliknya daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupanindividu berkenaan untuk bekerja keras dengan gabungan kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

Najib berkata asas keempat yang perlu diteruskan dan ditingkatkan adalah memastikan Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina kehidupan berkeluarga dengan segala aspek dan keperluan hidup seperti keselamatan, kejiranan, kesihatan dan pendidikan dipenuhi sebaiknya.

Kalimah Allah Hanya Untuk Islam – Jakim

Posted: 31 Dec 2012 03:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.

“Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata, kalimah Allah merupakan kalimah suci yang perlu dijaga danv berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.

Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia.

“Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah Allah yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

“Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat ‘subjudis’”, katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia bertanggungjawab memberi sepenuh kebebasan kepada mahkamah untuk membuat penghakimannya dan Jakim berpegang kepada semangat patuh kepada undang-undang sedia ada iaitu biarlah mahkamah membuat keputusan yang benar-benar adil dan mengambil kira keharmonian semua kaum dan agama di negara ini.

Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan pendapat sendiri dan mendahului mahkamah dan mengkucar-kacirkan keharmonian antara kaum dan agama demi meraih keuntungan politik sempit amat dikesali.

Justeru, JAKIM menggesa semua pihak supaya kembali menghayati semangat kedaulatan undang-undang yang dilaung-laungkan selama ini untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Semua pihak harus menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang bermatlamat untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama,” katanya.

Mogok Lapar Lynas… Antara Tindakan Lucu Dan Kebodohan Diri

Posted: 31 Dec 2012 03:02 AM PST

Kumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013.  Laporan jam 8.00 semalam, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di 'tempat kejadian'.

Sebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam 'perjuangan' ini.

Acara kemuncak mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka akan menyertai mereka. Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah Pas di Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas Pas Chegar Mendang di Bentong sebelum menuju ke Gebeng.   Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi memeriahkan lagi protes tersebut.

Mengikut laporan hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini telah 'membanjiri' Dataran Merdeka setakat ini.

Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa, atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains.

Selain itu, terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli.   Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal Pas.

Jika diambil kira S.B dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang sahaja.

Walaupun jumlah ini dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu 'setback' atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja.

Protes secara mogok lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda, iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur.

Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk memberi semangat kepada mereka.

Namun, seperti laporan di atas, protes ini telah bermula dengan hambar sekali sehingga kelihatan agak menggelikan hati.

Lebih-lebih lagi jika melihatnya dari segi fakta di mana apa yang diprotes mereka adalah tidak relevan sama sekali kerana Lynas telah terbukti secara saintifik sebagai selamat dan tidak membawa mudarat kepada manusia mahupun alam sekitar.

Hakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka.

Hakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka.

Mereka dilihat terkial-kial menjawab soalan mengenai Lynas mahupun radioaktif.  Seperti juga hujah ketua mereka yang dibakul-sampahkan oleh mahkamah kerana tidak punya fakta khusus mengenai Lynas melainkan pendapat dan gambaran mengenai kesan radioaktif secara am, begitulah juga jawapan yang diberi oleh peserta protes ini, malah jauh lebih dangkal lagi.

Kerana itulah kita melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang.

Jelas, mereka telah diperbodohkan oleh pembangkang yang terdesak mencari isu sehingga menjadikan Lynas sebagai isu politik.  Mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak asing yang ingin melihat kerajaan tumbang.

Selain itu, mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak yang berkepentingan sampingan dari segi perniagaan, dalam memastikan Lynas ditutup.   Inikah puak yang merasakan mereka lebih bijak dari orang lain dan bercakap mengenai 'regime change'?

Dari satu sudut lain pula, hakikat bahawa Lynas amat berpotensi berdaya maju dan diterajui ahli perniagaan professional Melayu yang punya jati diri yang kuat juga, tidak wajar diketepikan.

Oleh itu, nisbah kaum dalam Himpunan Hijau yang menunjukkan hampir 100% peserta adalah kaum Cina perlu diambilkira untuk membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena dengan agenda sebenar penentangan terhadap Lynas.

Apapun, permulaan protes yang hambar adalah petanda jelas dari rakyat kepada Pakatan Rakyat iaitu demonstrasi untuk memburukkan kerajaan adalah kerja orang-orang bodoh yang dilakukan atas arahan pemimpin-pemimpin yang bodoh juga.

Ini kerana pemimpin yang bijak tidak akan 'menyiksa' rakyat berjalan kaki dari jauh, menahan lapar berpanas berhujan dan menghadapi risiko cedera atau tertangkap serta tergadai masa depan semata-mata untuk menang pilihanraya.

Sebaliknya, pemimpin yang bijak akan menjaga kawasan politiknya serta negeri jajahannya dengan sebaik mungkin untuk memastikan rakyat mengundi mereka.

Nampaknya, dalam usaha puak-puak bodoh Himpunan Hijau menghancurkan Lynas, Pakatan Rakyat telah pun hancur terlebih dahulu.

Mr Beruang Biru

BR1M 2.0 Dibayar Mulai Februari – Husni

Posted: 31 Dec 2012 02:22 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

“Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak,” katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M,  dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

Kalimah Allah : Apakah Anwar Mahu Rujuk Karpal dan LGE Sebelum Buat Pendirian?

Posted: 31 Dec 2012 02:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 Dis – ADUN Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin hari ini membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Pas ekoran pendirian yang tidak tetap dan berubah-ubah dalam isu kalimah penggunaan nama Allah untuk penganut Kristian yang cuba ditimbulkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini.

Menurut beliau,  isu kalimah Allah ini bukanlah satu isu politik, tetapi ia adalah isu yang berkaitan dengan akidah umat Islam di mana kepimpinan Pakatan Pembangkang yang berbangsa Melayu dan Islam, perlu memgambil pendirian yang tetap tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak yang bukan Islam.

"Kalau dulu, kepimpinan Pakatan Pembangkang, termasuk Pas bersetuju dengan isu kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam. Tetapi hari ini, saya lihat Pemuda Pas dan juga Datuk Harun Taib telah menyatakan rasa tidak setuju mereka. Begitu juga dengan Datuk Harun Din yang tetap konsisten dengan pendirianya. Tetapi mengapa Anwar selaku ketua dalam Pakatan, buat kenyataan perkara ini akan dibincangkan semula?

"Saya nak tanya pada Anwar, apakah isu kalimah Allah  ini beliau nak rujuk dulu pada Karpal Singh atau Lim Guan Eng? Apakah beliau perlu merujuk kepada dua individu ini baru nak ambil pendirian tetap tentang soal ini? Sekali lagi saya tegaskan, ini bukan soal politik tetapi soal akidah. Apakah soal akidah umat Islam, kita perlu rujuk pada orang bukan Islam?," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sekiranya dalam isu asas dan fundamental seperti ini pun tidak mampu di tangani oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimana mereka mahu menghadapi isu-isu yang lebih mencabar kelak sekiranya ditakdirkan Pakatan menguasai kerajaan?

"Sebab itu jelas, kepimpinan Pakatan Pembangkang tidak layak dan tidak mampu untuk mentadbir negara. Dalam isu seperti ini pun, mereka tidak mampu untuk mengambil satu ketetapan. Kepimpinan Pakatan memang tidak tetap pendirian dan sentiasa berubah-berubah mengikut kepentingan politik mereka.

"Saya harap rakyat tidak tertipu dengan permainan politik mereka. Pakatan sebenarnya tidak ada kesepakatan. Bahkan mereka juga tidak ada pendirian. Kenyataan atau janji mereka boleh berubah dari masa ke semasa dan saya yakin, rakyat sudah mula nampak dan menyedari perkara ini terutama di negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang," jelasnya. -MediaUMNO

Puteri UMNO Terengganu Sumbang Beg, Peralatan Sekolah Kepada 132 Murid Miskin

Posted: 31 Dec 2012 01:34 AM PST

MARANG, 31 Dis – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu hari ini menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada 132 murid miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, sebagai persiapan untuk memulakan sesi persekolahan 2013, esok.

Ketuanya, Nordiana Shafie berkata Program ‘Back To School’ yang dijalankan dengan kerjasama Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda itu bertujuan meringankan beban golongan ibu bapa berpendapatan rendah.

“Ini adalah program tahunan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang memperuntukkan RM5,000 bagi setiap negeri supaya diagihkan kepada murid dari keluarga miskin.

“Bantuan ini diharap dapat menceriakan murid supaya lebih bermotivasi ke sekolah apabila menerima beg dan peralatan sekolah yang baru,” katanya selepas penyampaian sumbangan itu di Sekolah Kebangsaan Tok Dir di sini.

Selain sumbangan itu, Nordiana berkata pihaknya juga melancarkan program English On Wheel di beberapa sekolah terpilih untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa utama dunia itu.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian dan bacaan puisi bahasa Inggeris, katanya.

Mengulas mengenai persiapan pergerakan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, Nordiana berkata pihaknya sentiasa turun padang untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan melalui Program Menyusur Akar.

“Puteri banyak membantu masayarakat dan peka dengan isu semasa, sebagai contoh ketika musim banjir ini, anggota Puteri di seluruh negeri telah digerakkan untuk membantu mangsa.

“Malah, apabila banjir surut, Puteri UMNO juga membantu mangsa banjir untuk membersihkan rumah yang terjejas teruk akibat bencana itu,” katanya.

BN Wants Penang Government To Guarantee Public Safety

Posted: 31 Dec 2012 01:25 AM PST

GEORGE TOWN, Dec 31 – Barisan Nasional (BN) wants the Penang government to guarantee that the assault on a Chinese language newspaper journalist by Voluntary Patrol Team (PPS) members does not recur.

Penang BN political affairs committee chairman Datuk Dr Teng Hock Nan said such incident should not happen as PPS, formed by the Penang government should be responsible for keeping the public safe.

“We want the Penang government to apologise and guarantee the public that such violence does not recur.

“The victim was a journalist who was discharging his duty and responsibility. What happened had raised public concern,” he told reporters at a press conference here today.

Journalist Ang Kean Siang, 32, was hurt after he was assaulted by four men while covering a crime case at an apartment in Jalan Perak here, at about 1.30am.

The Guan Ming Daily journalist was hit in the face and body and had his camera damaged by the men who were unhappy with him for photographing the body of a woman, believed to have fallen from 19th floor of the apartment.

Teng who is also Penang Gerakan chairman said the formation of PPS to support security guards was welcomed but must be provided by law so that its objectives are clear.

“The Penang government should do research before PPS was set up and there should be a specific act so that every member are registered to make them more accountable for their action.”

1Malaysia New Year Run Achieves Objective, Says Rais

Posted: 31 Dec 2012 01:22 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 31 – The 1Malaysia New Year Run held today achieved its objective, said Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.

He said that though the run was held on a working day, it still received good response with the participation of 10,000 people, some of whom came from as far away as Penang and Johor.

“Judging from the participation of the various races, it has actually achieved the 1Malaysia spirit and hailed the advent of the 2013 new year,” he told reporters after the run ended at Dataran Merdeka, here.

Rais and his wife, Datin Seri Masnah Rais, also took part in the event, which began at 7.30 am and ended by noon.

The event involved people from all walks of life, especially the younger generation.

Rais is scheduled to give away the prizes to the winners at the New Year’s Eve bash at Dataran Merdeka tonight.

Sombong Dan Angkuh, Hadi Perlu Tarik Balik Amanatnya Tanpa Syarat

Posted: 31 Dec 2012 01:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 Dis. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap bersifat angkuh dan sombong lantaran masih lagi tidak membuat sebarang kenayataan dan menarik kembali amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, kata Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakob.

Ujarnya, sebagai pemimpin tertinggi dalam Pas sewajarnya Abdul Hadi menghormati pandangan dan nasihat orang ramai, termasuk para ulamak dan bekas pemimpin parti terbabit terhadap fatwanya yang dikeluarkannya 31 tahun lalu dengan mengambil kira kesan amanatnya itu kepada perpaduan ummah.

"Haji Hadi perlu menarik balik fatwa dan amanat itu tanpa syarat. Cukuplah selama 31 tahun ratusan ribu ahli dan penyokong Pas menanggung dosa kerana mengkafirkan ibu bapa, saudara mara dan sahabat handai yang menyokong UMNO akibat taksub dengan amanat beliau.

"Cukuplah selama 31 tahun amanat itu dijadikan alat untuk mencapai matlamat politik Pas.

"Cukuplah selama 31 tahun Haji Hadi menipu penyokong Pas dengan amanat itu kerana atas nama Islam, kita perlu ingat kepada kematian dan pembalasan diakhirat nanti," katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Tambahnya, beliau yakin Abdul Hadi dari awal lagi menyedari amanatnya itu adalah salah dari segi hukum Islam, tetapi ketika itu tentunya kerana terdesak dengan keghairahan untuk memenangi pilihan raya dan cita-cita menegakkan sebuah negara Islam bagi melaksanakan hukum hudud maka ia dilakukan.

"Bersesuaian dengan matlamat Pas sekarang yang bukan lagi memperjuangkan negara Islam dan sudah berkawan baik dengan DAP, maka amanatnya dahulu tidak releven lagi. Yang tinggal ialah kesan daripada amanatnya itu kepada ahli dan penyokong Pas."

Baru-baru ini bekas aktivis dan penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani mendedahkan dalam bukunya 'Kafirkah Aku?' bahawa puluhan ribu pengikut parti itu masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan Umno .

"Pendedahan yang dibuat oleh C.N. Al-Afghani adalah berniat baik demi menyelamatkan akidah ahli dan penyokong Pas, malangnya Haji Hadi memperlekeh dan menghina beliau sebagai seorang bekas guru sekolah Melayu. Ternyata Haji Hadi sombong dan angkuh," katanya yang menyorot perbandingan dengan sifat Rasulullah SAW dan para ulama.

"Veteran UMNO Malaysia mendesar Haji Hadi agar menarik balik amanatnya dan bertaubat nasuha serta memohon maaf kepada ahli dan penyokong Pas atas penipuan dan pembohongan yang telah dibuat." – MediaUMNO

Mengarut Jika Kata DAP Bersih Dari Rasuah – Mohd Noordin

Posted: 31 Dec 2012 01:14 AM PST

PULAU PINANG, 31 Dis – Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim membidas kerajaan DAP yang menurut beliau bersikap tidak adil, mementingkan kroni dan bersikap rasis sepanjang mereka memegang kuasa kerajaan negeri tersebut.

Kata beliau, tindakan DAP yang seringkali mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan perlakuan rasuah hanyalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dan melindungi sikap kepimpinan DAP yang juga tidak terlepas daripada perbuatan rasuah.

"Kalau kata DAP bersih daripada rasuah, itu mengarut. Mereka taklah sebersih mana. Contoh di Pulau Pinang, banyak projek-projek kerajaan negeri yang diberikan secara terus, tanpa tender. Kalau ada 100 projek, mungkin satu atau dua sahaja yang akan ditenderkan, manakala yang lain-lain mereka akan berikan kepada kroni-kroni mereka tanpa perlu melalui tender.

"Kalau saya nak sebut banyak, tetapi antara contoh-contohnya ialah projek pengangkutan sampah di Pulau Pinang, kebanyakan diberikan kepada kontraktor baru yang merupakan kroni-kroni mereka. Projek tambakan tanah di Gold Cost yang diberikan kepada syarikat kroni mereka.

"Lepas itu, bukit-bukit tanah merah mereka korek merata tempat, atas alasan pembangunan. Dan ada banyak lagi kalau kita nak rungkai satu persatu. Kalau nak tengok betapa mereka mementingkan kroni, lihat sajalah senarai kepimpinan parti-parti di dalam Pakatan Pembangkang terutama DAP dan PKR, semuanya dikuasai anak beranak, " tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sebab itu jelas beliau lagi, amalan rasuah yang tidak terbendung di dalam DAP menyebabkan timbulnya siri-siri pendedahan perlakuan rasuah kepimpinan DAP seperti isu rasuah Tunku Aziz dan juga isu rasuah tanah terhadap dua orang kepimpinan tertinggi DAP Perak.

"DAP sengaja menuduh UMNO dan BN semata-mata menjadikan ia satu persepsi orang ramai, bahawa UMNO dan BN adalah pengamal rasuah. Sedangkan BN telah berusaha sebaik mungkin untuk membenteras amalan ini. Sebab itu ditubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bukti komitmen kerajaan untuk menghapuskan amalan rasuah.

"Namun mereka (DAP) memang sengaja secara berterusan untuk mengaitkan rasuah dan UMNO dalam usaha memberikan imej yang buruk kepada rakyat. Ini untuk kepentingan politik mereka. Padahal mereka sendiri melakukan perkara tersebut, bahkan lebih teruk lagi apabila kepimpinan tertinggi mereka sendiri yang mengamalkan rasuah. Jadi, tak usahlah nak dabik dada kata parti mereka itu bersih dan bebas dari rasuah," ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau turut menyelar corak pendekatan pentadbiran DAP di Pulau Pinang yang pilih bulu terutamanya pendekatan mereka dalam melayan para peniaga Melayu di negeri tersebut.

"Hari ini orang Melayu, terutama peniaga-peniaga kecil susah nak berniaga. Kalau di kawasan seberang, mungkin okay sikit, tetapi kalau di bahagian pulau, peniaga-peniaga kecil terutamanya orang Melayu susah sikit nak cari makan," akhiri beliau. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT