SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, July 30, 2013

UMNO Online - “11 Hospital Baharu Dibina Tahun Ini – Dr Hilmi Yahya” plus 9 more

UMNO Online - “11 Hospital Baharu Dibina Tahun Ini – Dr Hilmi Yahya” plus 9 more

Link to UMNO Online

11 Hospital Baharu Dibina Tahun Ini – Dr Hilmi Yahya

Posted: 29 Jul 2013 01:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Julai –  Kementerian Kesihatan mendapat kelulusan membina 11 hospital baharu di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ia melibatkan Hospital Parit Buntar di Perak, Hospital Shah Alam (Selangor), Hospital Tampin dan Hospital Rembau (Negeri Sembilan) serta Hospital Bera dan Hospital Rompin (Pahang).

Yang lain ialah Hospital Kuala Krai dan Hospital Bachok (Kelantan) serta Hospital Lawas, Hospital Petra Jaya dan Hospital Sri Aman (Sarawak).

“Berbanding 140 hospital yang ada sekarang, 14 termasuk Hospital Kuala Lumpur dikategorikan sebagai hospital negeri, masing-masing 26 hospital berpakar major dan minor, 66 hospital tanpa pakar dan lapan institusi perubatan khas,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini Isnin.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berhubung jumlah hospital daerah yang ada sekarang, bilangan yang akan dibina tahun ini dan bila sebuah hospital akan dibina di daerah Marang, Terengganu.

“Kementerian mendapati belum ada keperluan mendesak buat masa ini untuk membina hospital baharu di Marang. Ini kerana perkhidmatan rawatan pesakit bagi penduduk daerah itu telah diliputi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, kira-kira 20 kilometer dari Bandar Marang,” jelas Dr Hilmi.

Selain itu, beliau berkata statistik kesihatan penduduk sedia ada juga mendapati tidak ada justifikasi keberkesanan kos agak kukuh untuk membina sebuah hospital daerah baharu.

Bagaimanapun, beliau berkata sebuah projek klinik kesihatan di daerah itu dijangka mula dibina pada 2014 dengan anggaran kos RM25 juta.

Kepada soalan tambahan, beliau berkata kementerian berhasrat mengurangkan nisbah doktor berbanding penduduk kepada 1:400 menjelang 2020 berbanding seorang bagi setiap 700 sekarang.

“Tanda Putera Tak Boleh, The New Village Ok” Kenapa Jadi Begini? – Lokman Adam

Posted: 29 Jul 2013 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Perkembangan terkini berhubung kelulusan tayangan filem ‘The New Village’ tetapi dalam masa yang sama filem Tanda Putera masih gagal masuk panggung sangat mengecewakan masyarakat.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, sehingga kini majoriti rakyat negara ini ternanti-nanti bila filem “Tanda Putera” akan ditayangkan di pawagam negara ini.

“Hanya kerana “Tanda Putera” menayangkan secebis babak sejarah peranan DAP dalam mencetuskan peristiwa 13 Mei, filem yang sarat dengan sejarah pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr Ismail telah dipeti sejukkan.

“Lebih memilukan, tiba-tiba pula filem “The New Village” yang secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan Polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan ‘orang jahat’ yang perlu dihapuskan," ujarnya.

Tambahnya, tidak cukupkah buku-buku tulisan Dr Qua Kia Song dan sekutu ekstrimisnya yang secara terang-terangan cuba menulis semula sejarah kemerdekaan Negara ini?

“Mengapa begitu mudah filem dan buku yang secara jelas cuba menyeleweng fakta sejarah dan menghasut rakyat dibiarkan bermaharajalela. Saya menyeru agar kabinet mengkaji semula dasar kerajaan berhubung penerbitan filem dan buku sedemikian rupa.

“Dalam masa yang sama, kita mengalukan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menarik balik kelulusan penayangan filem tersebut, dan saya rayu agar kebenaran untuk menayangkan filem “Tanda Putera” yang telahpun dipersetujui oleh kabinet disegerakan tayangannya," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Buang Sikap Parasit Kepada Bangsa Dan Agama – Tengku Abdullah

Posted: 29 Jul 2013 01:04 AM PDT

JERANTUT, 29 Julai – Umat Islam di negara ini perlu mengetepikan perbalahan yang boleh melemahkan kekuatan ummah yang akhirnya menggugat agama Islam.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah agama Islam ketika ini dilihat menghadapi tekanan daripada pihak tertentu dan umat Islam tidak harus memburukkan lagi keadaan dengan permusuhan dalaman.

Titah baginda umat Islam wajib mempertahankan kemakmuran bangsa, agama dan negara, dan mereka perlu membuang sikap parasit serta mementing diri hanya disebabkan fahaman politik dan perbezaan pendapat.

“Pergolakan yang berlaku di negara Syria, Mesir, Iraq dan lain-lain di Timur Tengah perlu dijadikan iktibar berguna kepada rakyat negara ini terutamanya umat Islam.

“Pergolakan menjadikan negara terbabit dilanda peperangan saudara dan kehancuran menyebabkan rakyatnya terus dihimpit penderitaan dan menjadi pelarian, sehingga rakyatnya tidak dapat menjalankan ibadah berpuasa dengan sempurna kerana masing-masing bergelut dengan keselamatan dan kekurangan bekalan makanan,” titah baginda.

Baginda bertitah kepada pemberita pada majlis pengurniaan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di sini malam semalam. Terdahulu baginda berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Kampung Kuala Tembeling, Jerantut.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad, Anggota Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan.

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua MUIP bertitah, Pahang telah lama mengharamkan ajaran Syiah kerana umat Islam di Pahang mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Titah baginda Pahang akan mewartakan fatwa pengharaman ajaran Syiah bagi mengelak sebarang kekeliruan dan pemesongan akidah di negeri itu.

“Pengumuman pengharaman ajaran Syiah di negeri ini telah diumumkan beberapa tahun lepas, dan kita akan wartakan fatwa pengharaman ajaran Syiah ini,” titah baginda.

6,000 Graduan Doktor Falsafah Menjelang 2023 – Abdul Wahid

Posted: 29 Jul 2013 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Julai –  Kerajaan menyasarkan seramai 6,000 graduan Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2023, selari dengan usaha melahirkan pakar pelbagai bidang bagi memajukan dasar industrialisasi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar memberitahu persidangan Dewan Negara pada Isnin, sasaran itu merupakan mekanisme bagi mewujudkan kelompok sumber manusia berpengetahuan tinggi.

Katanya graduan berkenaan akan menjadi pemangkin kepada penyelidikan dan pembangunan selaras dengan kewujudan beberapa universiti berstatus penyelidikan termasuk Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

“Kapasiti institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta juga dipertingkatkan bagi menambah pakar pelbagai bidang … kita mempunyai 65 IPT awam dan swasta,” katanya menjawab soalan Senator Dr Ariffin SM Omar mengenai langkah kerajaan memastikan penambahan pakar dalam pelbagai bidang di negara ini.

Abdul Wahid berkata kerajaan telah menubuhkan empat universiti teknikal iaitu Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Teknologi Melaka, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan berjaya melahirkan 7,743 graduan teknikal, berdaya saing tahun lepas.

Abdul Wahid berkata kerajaan turut mengadaptasi kaedah pengwujudan tenaga kerja mahir dari beberapa negara luar dengan mewujudkan beberapa institut latihan teknikal antaranya Institut Jerman-Malaysia, Institut Brtish-Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur-Perancis.

Tahun lepas, katanya institutsi tersebut menglahirkan 2,636 graduan berkemahiran tinggi yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan industri negara.

Beliau berkata jalinan kerjasama IPT awam dan swasta serta institut latihan kemahiran dengan peneraju teknologi global turut membantu mendorong tenaga kerja muda memacu ke hadapan transformasi ekonomi Malaysia.

Menurut beliau, pada Jun 2012, program Crest (Pusat Penyelidikan Kejuruteraan, Sains dan Teknologi) melibatkan kerjasama 10 syarikat sektor elektrik dan elektronik dengan agensi kerajaan seperti Khazanah Nasional Berhad dilancarkan bagi merealisasikan hasrat melahirkan lebih ramai pakar tempatan.

“Kerjasama ini dapat membangunkan tenaga kerja teknikal berkaitan industri bagi memastikan pembangunan mapan industri elektronik berteknologi tinggi,” katanya.

KP1M Sedia Bawa Pulang Pelajar Malaysia Di Mesir

Posted: 29 Jul 2013 12:52 AM PDT

MUAR, 29 Julai – Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bersiap sedia untuk membawa pulang lebih 10,000 pelajar Malaysia dari Mesir sekiranya keadaan di negara itu, terus bergolak.

Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bagaimanapun berkata sehingga kini situasi di negara berkenaan, masih terkawal dan belum memerlukan tindakan untuk membawa pulang pelajar.

“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan kita harap pelajar Malaysia dapat menjauhkan diri dan tidak masuk ke kawasan konflik atau menyertai perhimpunan.

“Saya yakin mereka tidak akan mengganggu pelajar dan rakyat kita kerana pergolakan yang berlaku adalah konflik politik dalaman yang melibatkan dua pihak di negara itu,” katanya.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabunmg Haji (TH) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sumbangan zakat Program Ehsan TH peringkat negeri Johor 1434H di sini Isnin.

Turut hadir Pengarah TH negeri, Ahmad Sohaimi Abd Rahim.

Abdul Azeez turut meminta ibu bapa agar tidak bimbang dengan keadaan anak mereka kerana KP1M sememangnya mempunyai pengalaman dalam mengendalikan misi membawa pulang pelajar dari kawasan konflik.

Pemilihan UMNO Citra Baru Yang Wajar Dicontohi Parti Politik Lain

Posted: 29 Jul 2013 12:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Pemilihan UMNO yang bakal berlangsung tahun ini dengan julung kalinya menggunapakai Perlembagaan parti yang baru iaitu dengan membuka ruang kepada anggotanya di akar umbi sewajarnya menjadi contoh dan tauladan kepada parti-parti politik lain sama ada di dalam atau di luar negara, kata penganalisis politik tempatan Pro. Datuk Dr. Zainal Kling.

Katanya, kesungguhan UMNO sebagai sebuah parti politik dalam melakukan transformasi terbukti dengan mewujudkan pembinaan semula UMNO yang membabitkan keanggotaan yang amat ramai.

"Tindakan pemilihan yang sedemikian tidak pernah berlaku dalam mana-mana parti politik sama ada di dalam negara dan di peringkat antarabangsa dan ini adalah tindakan yang perlu dijadikan tauladan oleh parti-parti politik khususnya dalam negara.

"Dengan tindakan UMNO yang membuat pembaharuan melalui kaedah pemilihan lebih terbuka maka tentunya ia boleh dijadikan model pada semua parti-parti politik khususnya di Malaysia yang banyak terdedah kepada tuduhan-tuduhan kononnya berlaku penyelewengan, manipulasi kumpulan tertentu dan penipuan."

Ujar beliau, tindakan kepimpinan UMNO adalah amat hebat dan sangat-sangat demokratik kerana penglibatan ahli-ahli parti yang sangat ramai dalam pemilihan tidak pernah berlaku apatah lagi memasukkan anggota cawangannya di akar umbi sekali.

"Dengan tindakan tersebut ia akan dapat memperteguh lagi imej UMNO dan menampilkan citra baru dalam politik hari ini untuk dijadikan sebagai tauladan kepada parti-parti politik lain.

"Pembabitan anggota yang ramai ini juga akan membersihkan UMNO daripada fitnah dan tohmahan yang selama ini ditaburkan kononnya terdapat sogokan wang ringgit dalam pemilihan parti terbabit."

Jelas beliau yang juga profesor di Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), sebagai sebuah parti yang telah lebih 67 tahun usianya, maka perubahan dan pembaharuan ini memberi sumbangan besar dalam arena politik antarabangsa khususnya di negara ini.

"UMNO mempunyai struktur dan organisasi teratur dengan Perlembagaan yang mantap dan digunapakai sejak sekian lama maka pembaharuan ini membawa ahli-ahlinya diakar umbi terlibat sama dalam pemilihan," tambahnya.

Sebelum ini, Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memaklumkan perlembagaan baru UMNO dikuatkuasakan dengan kaedah pemilihan jawatan-jawatan dalam parti adalah berdasarkan kepada Perlembagaan baru yang memberi ruang sekitar 150,000 ahlinya untuk memilih pemimpin parti dan ahli UMNO layak mencalonkan diri untuk bertanding.

Pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli MT, peringkat Bahagian dan peringkat pergerakan sayap-sayap telah ditetapkan pada 7 September (Sabtu) di Badan Perhubungan UMNO Negeri dengan persidangan sayap pergerakan dan pemilihan serentak sayap pergerakan akan berlangsung pada 28 September (Sabtu).

Pemilihan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pula akan berlangsung pada 5 Oktober dan Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan diadakan bermula 2 hingga 7 Disember 2013. - MediaUMNO

UMNO Kuala Nerus Dan Giant Agih Baju Raya Kepada Anak Yatim

Posted: 29 Jul 2013 12:11 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 29 Julai – Sebanyak 100 anak yatim dan daripada keluarga miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir dan Bukit Tunggal di sini menerima sumbangan baju raya daripada UMNO Kuala Nerus dan Giant Hypermarket semalam.

Menurut Ketua UMNO Kuala Nerus Datuk Mohamad Nasir Ibrahim Fikri, dengan baucar bernilai RM100 itu masing-masing dapat memakai baju baharu pada Aildifitri nanti.

Ini adalah program tahunan Giant Hypermarket sejak bertapak di Terengganu tiga tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas mengiringi anak-anak terbabit memilih pakaian masing-masing di pasar raya berkenaan di Gong Badak.

Bagi adik Mohd Izzuddin Hafiz Imran, 11, pakaian baharu itu adalah pengubat dukanya sebagai anak yatim.

“Saya gembira dapat baju baharu dan tidak sabar untuk memakainya,” kata anak sulung daripada tiga beradik yang kematian bapa itu.

Nurul Syulia Fatihah Jaafar, 9, pula berterima kasih kerana dengan pemberian itu dia dapat menggayakan baju baharu pada hari raya nanti.

France Will Not Discriminate Palm Oil Products, Assures French PM

Posted: 28 Jul 2013 11:52 PM PDT

PUTRAJAYA, July 29  - The French Government will not discriminate palm oil products from other vegetable oils, French Prime Minister Jean-Marc Ayrault said today.

In giving the assurance, Ayrault said although there were some initiatives taken by members of parliament in France to impose a special tax for palm oil,  the government did not support their initiatives and this will not come true.

“The palm oil will not be treated differently from other vegetable oils and there will be no discrimination on palm oil,” he told a joint media conference.

Ayrault is on a two-day visit to Malaysia from yesterday.

Ayrault said he discussed the palm oil issue with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and understood how this commodity was very important to Malaysia.

“I know how palm oil is very important to Malaysia, given the number of people who rely on palm oil production for their living, particularly small producers,” he added.

Meanwhile, Najib said the Prime Minister of France has assured him that there will not be any new tax for palm oil and the commodity will be treated pari passu as other vegetable oils in France.

Ministry Responsive To Need For Subsidised Diesel

Posted: 28 Jul 2013 11:48 PM PDT

KOTA KINABALU, July 29 – The Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism is always responsive to the need for subsidised diesel by the rakyat.

In a statement today, the ministry said it has fixed a monthly quota of subsidised diesel for the oil companies based on the trend of the usage.

“However, if there is a need for an increase in the quota, the ministry, in cooperation with the Finance Ministry, will always consider the requests,” it said.

Based on the current situation and the results of the discussions with the oil companies, the ministry has approved an additional quota of 24.196 million litres of diesel nationwide and the supply to the petrol stations which experienced shortages, especially in Sabah, has begun, it said.

This increase was in addition to the 25.787 million litres which were approved earlier, it said.

“The ministry and the oil firms had not expected the increase in diesel demand. All the petrol stations that experienced the shortage are expected to get their supply today, or by the latest tomorrow,” it said.

The ministry hoped that with the additional quota it will end the shortage problem.

Nelayan Nikmati 7.7 Bilion Liter Diesel Bersubsidi Bernilai RM11.1 Bilion

Posted: 28 Jul 2013 11:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Julai  - Setakat Mac lepas, kerajaan telah mengagihkan 7.7 bilion liter diesel kepada nelayan dan pemilik bot membabitkan subsidi bernilai RM11.1 bilion.

Jumlah itu melibatkan 34,000 nelayan dan 6,800 pemilik bot, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau yang menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit itu, juga berkata kerajaan menggunakan GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global) bagi mencegah nelayan menjual tangkapan kepada pihak lain di laut tanpa mendaratkannya di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam jumlah ditetapkan.

“Selain itu kita kita juga memberi insentif sebanyak 10 sen bagi setiap kilo ikan yang didaratkan di jeti LKIM bagi mengelak subsidi yang diberi disalah guna,” katanya.

Mengulas mengenai pendaratan ikan di seluruh negara, Tajuddin berkata pada 2010 sebanyak 1.3 juta tan metrik ikan dengan nilai RM6.65 juta didaratkan, manakala pada 2011 sebanyak 1.37 juta tan metrik (RM6.69 juta) dan pada 2012 1.47 juta tan metrik dengan nilai RM7.78 juta.

Dalam usaha mengawal harga pasaran ikan, Tajuddin berkata LKIM telah mewujudkan pembinaan pasar nelayan bagi membolehkan nelayan menjual terus kepada pengguna.

Katanya setakat ini 75 pasar nelayan telah diwujudkan dan 100 buah lagi disasarkan bagi tempoh 2013 hingga 2015.

“Bagi program Ikan Rakyat iaitu pemasaran tujuh jenis ikan secara sejuk beku, sebanyak 35 buah kedai Ikan Rakyat telah wujud dan 100 lagi akan diwujudkan menjelang 2015,” katanya.

Selain itu kementerian juga menjalankan promosi ikan air tawar dan mengusahakan beberapa langkah untuk meningkatkan pengeluaran ikan terbabit bagi menyeimbangkan pengeluarannya dengan ikan marin.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT