SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, July 20, 2013

UMNO Online - “Tolak Pembangkang, BN Perlu Dikekalkan Di Kuala Besut” plus 9 more

UMNO Online - “Tolak Pembangkang, BN Perlu Dikekalkan Di Kuala Besut” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tolak Pembangkang, BN Perlu Dikekalkan Di Kuala Besut

Posted: 19 Jul 2013 07:59 AM PDT

KUALA BESUT, 19 Julai – Warga tempatan sepakat menolak calon Pas Endut @ Azlan Yusof yang bertanding di Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut yang menentang calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman bagi memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan terbabit.

Bagi penduduk Kampung Baru di sini, Hajah Faridah Abdullah, 60, kemenangan calon BN perlu dikekalkan di DUN Kuala Besut bagi menjayakan pembangunan yang telah lama dilaksanakan dan terus berkembang.

“Rakyat di sini perlukan pembangunan yang lebih maju apatah lagi sumbangan BN di sini tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.

"Parlimen Besut pun ditadbir oleh BN, Negeri Terengganu diuruskan BN malah kerajaan Persekutuan pun BN juga maka tentunya DUN Kuala Besut pun perlulah BN yang tadbir agar pembangunan dapat diselaraskan dan nikmatnya dapat dikongsi bersama.

Perkara ini turut diakui oleh warga emas di sini, Haji Wan Harun Wan Abu Bakar, 64, yang menganggap kemenangan BN di DUN Kuala Besut amat penting bagi meletakkan teraju pentadbiran Terengganu tidak tergantung dengan ikatan kerusi 16:16 yang akan mengikat kuasa BN.

"Saya akan bantu BN berkempen di kampung-kampung apatah lagi dengan kedudukan calon BN yang sememangnya menjadi teraju terbaik bagi mengekalkan kemajuan di sini."

Bagi penerima bantuan Program Pergerakan Puteri UMNO 'Ehsan Ramadan', Khamis Osman, 65, menganggap hanya BN yang benar-benar serius dalam membela dan membawa kemajuan kepada masyarakat.

"Rakyat perlu tahu menilai antara pemimpin yang hanya suka berpolitik dan pemimpin yang benar-benar mahu membantu sebagaimana kepimpinan BN yang sentiasa prihatin menghulurkan bantuan."

Beliau yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan mengusahakan bengkel motor persendirian amat menghargai bantuan yang dihulurkan dengan disampaikan sendiri oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Terengganu, Nordiana Shafie merangkap Ketua Penerangan Puteri UMNO.

Belia muda tempatan, Rosdi Abdul Hamid, 36, turut menyokong kepimpinan BN untuk terus menjadi teraju di DUN Kuala Besut apatah lagi telah banyak kemajuan dan pembangunan yang telah dilakukan oleh BN.

“Pentadbiran BN terurus dan calon BN sangat meyakinkan untuk mewakili golongan muda serta mempunyai penampilan yang amat baik.

"Terlalu banyak pembangunan yang dibawa oleh BN di sini malah jalan raya yang baik di kawasan ini dibina oleh kerajaan BN, masjid-masjid yang banyak di sini juga adalah hasil daripada pengurusan dan kejayaan BN. Rakyat perlu lihat itu semua dan berterima kasih kepada BN yang telah banyak berjasa kepada kita."

Bagi Wan Zabidah Wan Nor, 32, pula BN terlalu banyak memberi bantuan kepada masyarakat malah sumbangan berterusan sentiasa dilakukan yang antaranya bantuan perumahan dan kesihatan selain kemajuan kawasan Kuala Besut yang pesat.

"Rakyat Besut boleh melihat perubahan yang berlaku dengan melakukan perbandingan kerana jika dahulu amat payah untuk melihat bangunan-bangunan moden tetapi hari ini DUN Besut tidak ketinggalan daripada arus kemajuan," katanya. – MediaUMNO

DPM Fetes Ngos To ‘Buka Puasa’ At Sri Satria

Posted: 19 Jul 2013 07:42 AM PDT

PUTRAJAYA, July 19 – Over 700 guests from non-governmental organisations (NGOs) were today feted to ‘buka puasa’ by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin at his offical residence Sri Satria here.

Among the NGOs present were the Malay Consultative Council, the Malaysian Youth Council, the Malaysian Muslim Youth Movement, the Malaysian Pendekar Council, the Malaysian Muslim Consumers Association, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia and Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia.

At the event, Muhyiddin and wife Puan Sri Norainee Abdul Rahman also gave Aidilfitri contributions to 75 orphans from Kampung Jenjarum and Kampung Sri Cheding, Kuala Langat.

He and his guests then performed the ‘tarawih’ prayers.

Kekalkan DUN Kuala Besut Di Tangan Barisan Nasional – Mukhriz

Posted: 19 Jul 2013 07:39 AM PDT

KUALA BESUT, 19 Julai – Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mengekalkan pemerintahan Terengganu di bawah Barisan Nasional (BN) dengan memilih BN pada pilihan raya kecil DUN itu 24 Julai ini.

“Oleh kerana sudah ada yang baik-baik di negeri Terengganu ini, sehinggakan kami dari Kedah dan negeri-negeri lain pun datang untuk belajar dengan Terengganu, maka saya rasa tidak ada sebarang keperluan untuk penduduk negeri ini menukar kerajaan.

“Kami lihat kerajaan BN Terengganu adalah satu kerajaan yang begitu progresif dan mempunyai wawasan serta pendekatan luar kotak yang telah Berjaya melonjakkan negeri ini ke tahap jauh lebih baik berbanding terdahulu termasuklah bidang pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kedah.

Beliau turut menyampaikan wang zakat kepada lebih 100 penerima dari Kampung Air Terjun dekat sini hari ini.

Mukhriz juga berkata, Kedah akan mencontohi teknik pendidikan Terengganu terutama dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga mencatat keputusan cemerlang untuk 11 tahun berturut-turut.

Selain itu, Terengganu juga membuktikan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) paling cemerlang empat tahun berturut-turut dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tiga tahun berturut-turut.

Mukhriz turut menaruh keyakinan terhadap perwatakan dan peribadi calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk membawa kemenangan pada 24 Julai ini.

“Oleh kerana saya difahamkan pengundi muda di sini sebanyak 54 peratus, saya yakin dengan pendekatan secara terus dan perwatakannya yang rendah diri itu mampu menarik pengundi terutama golongan muda,” katanya.

Mukhriz turut melawat seorang warga emas, Hasan Ali, 68 serta bersolat Asar di rumah bekas bendahari PAS Gong Penaga.

Lebih Ramai Jentera Wanita UMNO Berkampung Di Kuala Besut

Posted: 19 Jul 2013 07:34 AM PDT

KUALA BESUT, 19 Julai – Seramai 600 anggota jentera Wanita Umno sudah turun padang bagi membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 24 Julai ini.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kesemua anggota jentera sayap parti itu dari seluruh negara akan menggerakkan program dan aktiviti berkonsepkan Jalinan Rakyat.

Selain anggota Wanita Umno, katanya seramai 160 anggota parti komponen BN yang lain juga akan turut berkempen dalam memberi penerangan betapa pentingnya kerusi DUN Kuala Besut kekal milik BN.

“Dengan cara lawatan dari rumah ke rumah, kita ada sentuhan dengan penduduk dan pengundi dan tahu pandangan dan masalah mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program Sentuhan Medik Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di sini, hari ini.

PRK Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

PPK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun akibat kanser paru-paru.

Terlebih dahulu, Shahrizat mengunjungi dan menyampaikan bantuan berupa lampin pakai buang serta beg kolostomi kepada seorang kanak-kanak, Abdul Mutalib Saipi, 10, yang terlantar sakit sejak lapan tahun lepas.

Shahrizat, selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN, berkata YKN akan terus turut padang di seluruh negara untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dari segi kebajikan, perubatan dan perkhidmatan sosial.

Sementara itu, lebih 3,000 bekas berisi bubur lambuk termasuk berperisa budu diagihkan kepada masyarakat sekitar Kuala Besut.

Program gotong royong memasak bubur lambuk melibatkan sembilan kawah yang bermula sejak 10 pagi itu dijayakan oleh jentera BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tok Saboh di sini.

Turut hadir untuk mengagihkan bubur lambuk itu ialah Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.

Indeks Jenayah Berdasarkan KPI Interpol – Hamzah Taib

Posted: 19 Jul 2013 03:35 AM PDT

KOTA KINABALU, 19 Julai – Indeks Jenayah yang dikeluarkan polis Sabah adalah berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diguna pakai Polis Antarabangsa atau Interpol, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

“Jenayah indeks ini merangkumi jenayah kekerasan, jenayah harta benda dan termasuk 14 kesalahan yang kerap berlaku dan digunakan sebagai penanda aras kepada indeks jenayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Polis Kontijen Kota Kinabalu, Kepayan di sini, Jumaat.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan baru-baru ini, mengenai tindakan sesetengah pihak mempertikaikan laporan indeks jenayah yang menurun kepada -9.34 peratus sepanjang tempoh Januari hingga Julai, tahun ini.

“Ia adalah jenayah yang kerap berlaku dan boleh dijadikan sebagai satu penanda aras untuk mengukur kadar sesuatu jenayah,” jelas Hamzah.

Namun, demikian katanya terdapat juga kes yang tidak boleh disiasat seperti kes sivil dan kes saman.

“Tetapi ini tidak bermakna pihak polis tidak menyiasat kes-kes yang lain, apa juga laporan yang dibuat, kita akan menilai laporan itu sama ada indeks ataupun bukan indeks,” katanya.

Terdesaknya Pembangkang Hingga Tahap Terpaksa Jual Isu Remeh-Temeh

Posted: 19 Jul 2013 03:33 AM PDT

KUALA BESUT, 19 Julai – Dakwaan kononnya berlaku ketidaksepakatan dikalangan anggota jentera Barisan Nasional dalam berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut adalah tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh pembangkang, kata ADUN Kota Putera, Muhamad Pahemi Yusof.

Jelas beliau, kegagalan parti pembangkang iaitu Pas yang bertanding di PRK Kuala Besut untuk mendapat sokongan daripada pengundi telah menyebabkan mereka cenderung mewujudkan tuduhan sedemikian bagi menarik perhatian masyarakat.

"Semua pemimpin termasuk di peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat tempatan turun padang untuk memastikan calon BN bukan hanya mengekalkan kemenangan tetapi menambahkan majoriti yang diperoleh.

"Melalui program-program yang dibuat sama ada diperingkat tertinggi atau di Pusat Daerah Mengundi (PDM), pemimpin-pemimpin duduk bersama dari pelbagai peringkat dengan kemesraan sedia terjalin dalam menggembling jentera ke arah kemenangan."

Terangnya, Pas ketandusan idea untuk diutarakan sebagai tarikan sehinggakan isu remeh-temeh terpaksa ditimbulkan walhal isu-isu terbabit tidak melibatkan masa hadapan masyarakat di Kuala Besut ini.

Dilaporkan, selain serangan berbentuk peribadi kepada calon BN yang dituduh orang luar, Pas mengetengahkan isu kononnya jentera UMNO tidak sepakat termasuklah pemimpin tertinggi parti selain dakwat kekal dan penipuan SPR.

"Pembangkang tidak ada isu yang boleh menarik minat pengundi terhadap mereka sedangkan BN terus cemerlang dalam mengusahakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penduduk tempatan."

Katanya, pengumuman projek pemecah ombak bernilai RM250 juta di muara sungai Kuala Besut oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu adalah antara bukti jelas usaha BN yang berterusan untuk rakyat.

"BN adalah kerajaan yang berkebolehan, kerajaan yang berintegriti, kerajaan yang akan menunaikan janji-janji kepada rakyat maka tentunya Insya-Allah uasaha yang berterusan ini akan membuahkan hasil yang cemerlang." - MediaUMNO

Perkasa Insists Vatican Envoy Be Replaced Over Remark

Posted: 19 Jul 2013 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 19 – The right-wing Malay NGO Perkasa today insisted that the Vatican envoy to Malaysia be replaced although he has apologised for his remark on the use of the word “Allah” by non-Muslims.

Perkasa president Datuk Ibrahim Ali said this would serve as a lesson to others not to interfere in the domestic affairs of the country.

He spoke to reporters after 30 representatives of Perkasa and other NGOs such as Jalur Tiga (Jati) and the New Indian Youth Welfare and Charity Organisation of Malaysia (Perinbam) handed over a protest note to the embassy of the Holy See at 2.50 pm.

The note was handed over at the security post of the embassy because Marino was apparently not in his office at that time and no representative came to accept the note.

Jalur Tiga (JATI) president Datuk Dr Hasan Ali said the Vatican ambassador, Archbishop Joseph Marino, had not only touched on the sensitivities of Muslims in Malaysia but also violated the principles held by an ambassador.

“We urge him (Marino) to retract his statement and make an open apology to Malaysians,” he told reporters.

Perkasa and other Muslim groups are upset with Marino’s alleged support for a local church's campaign for Christians to use the word ‘Allah’ to refer to God.

Marino has apologised for the misunderstanding and inconvenience that his comment might have caused and said it had never been his intention to meddle in the internal affairs of the country.

Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman had summoned Marino to Wisma Putra and advised him to be mindful of the religious sensitivities of the country and also informed him that the issue he had commented on was pending hearing at the Court of Appeal.

Iskandar Malaysia Expected To Receive More Foreign Investments

Posted: 19 Jul 2013 03:24 AM PDT

JOHOR BAHARU, July 19 – Iskandar Malaysia is poised to receive more foreign investments, especially from Indonesia and Singapore, following the aggressive promotions undertaken by the Iskandar Region Development Authority (IRDA).

Chief Executive Datuk Ismail Ibrahim said IRDA has, of late, been mounting visits to Surabaya, Semarang and Jakarta to lure investors to the special economic zone.

“We hope to draw the attention of Indonesian businessmen planning to expand their business to invest in Iskandar Malaysia,” he told reporters here today.

Ismail said IRDA was promoting Indonesia investments in the manufacturing  and services sectors like tourism, education and health.

Besides these countries, focus would also be placed on attracting investors from Japan and South Korea who have already shown initial interest to invest in Iskandar Malaysia.

“Japan and South Korea and several developed countries are always interested to invest in the manufacturing and services sector and we are also looking in that direction for the long-term,” he said.

Ismail also said those investing in the development corridor are also encouraged to adopt the state-of-the-art technology and utilise professional and skilled manpower especially in the manufacturing sector.

IRDA, he said would continue to draw more investors to the region and step up its promotion exercises.

Iskandar Malaysia has attracted new investments of RM7.56 billion in the second quarter of the year against RM5 billion registered in the first quarter.

This brings the committed cumulative investments to more than RM18.93 billion between 2006 and June 2013.

Undi Calon BN, Elak Tempah Tiket Ke Neraka

Posted: 19 Jul 2013 03:20 AM PDT

Pasti ramai yang masih ingat mengenai fatwa terbaru penghibur agama yang di angkat sebagai penceramah tersohor Azhar Idrus yang mengatakan 'Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka' di dalam akhbar Sinar Harian tidak berapa lama dahulu.

Sebelum kita ulas secara panjang lebar ada baiknya kita melihat sudut pandang ulamna terdahulu mengenai takrifan negara Islam. Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma'ili rahimahullah (wafat: 371H).

"Dan mereka (Ahlus Sunnah wal-Jama'ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman." (Rujuk: Abu Bakr al-Isma'ili, I'tiqad A'immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam – Maktabah Syamilah)

Bahkan majoriti ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi, Syeikh Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan negara.

Mereka telah menggariskan kriteria dan ciri-ciri utama sesebuah negara Islam itu ialah pemimpin utamanya seorang muslim dan majoriti rakyatnya beragama Islam, dilaungkan azan, didirikan solat jemaah dua Hari Raya setiap tahun dan solat Jumaat setiap minggu. Sekiranya ciri-ciri ini sudah terpenuhi maka wilayah atau negara tersebut adalah negara Islam.

Seterusnya mari kita lihat ungkapan pemimpin dunia yang pernah mengeluarkan kenyataan memuji Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam malah ada yang pernah mengatakan modul yang digunakan oleh kerajaan adalah yang terbaik.

Imam Masjid Nabawi, Madinah, Shaikh Solah Mohammed al-Budair ketika berada di negara ini tidak lama dahulu pernah memberikan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Menurut Shaikh Solah, kejayaan Malaysia sebagai negara Islam harus terus menjadi contoh dan teladan bagi umat Islam di negara-negara Islam yang lain.

Seterusnya Naib Mursyidul Am, Ikhwan Muslimin, Ir Khayrat Syater juga pernah mengatakan, modul negara Malaysia, adalah modul negara Islam pertama yang berjaya mencapai tahap negara maju.

Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati turut merasakan Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.

Malaysia juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat. Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan tidak berapa lama dahulu.

Selain dari itu ramai dikalangan pelawat luar yang ditemui seperti dari Palestin, Somalia dan Afghanistan, turut mengakui dan mengagumi kepimpinan Islam di Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membina transformasi.

Malah negara kita juga pernah diiktiraf oleh negara barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah sebagai negara Islam contoh kerana berjaya mengurus tadbir semua bidang termasuk perpaduan dalam kalangan semua masyarakat. Mereka juga turut kagum dengan kestabilan Malaysia di sebalik masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.

Presiden Guinea, Alpha Conde ketika seisi lawatan rasminya ke Malaysia juga pernah menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang berjaya dan patut diteladani. Selain dari itu, beliau turut berhasrat untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mahu mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang terdapat di negara ini.

Semua komen dan pandangan yang diberikan itu adalah merupakan salah satu dari manifestasi pengakuan pemimpin dan tokoh-tokoh Islam di negara lain tentang apa yang telah berjaya dilakukan oleh pemimpin negara ini.

Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya akur dan tunduk dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Azhar Idrus yang terkenal dengan jolokan ustaz kemah-keming. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah diiktiraf maka, sebarang percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam ini, akan menyebabkan mereka menempah ke Neraka.

Kepada para pengundi di Kuala Besut, pastikan 24 Julai ini anda tetap dengan pendirian untuk memangkah calon dari Barisan Nasional.

isuhot.com

Kempen Bersemuka Tambah Ruang Kumpul Maklumbalas Akar Umbi – Razali

Posted: 19 Jul 2013 03:08 AM PDT

KUALA BESUT 19 Julai – Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Razali Ibrahim melihat kempen bersemuka bersama pengundi bukan sahaja memberi peluang untuk menarik sokongan malah ianya memberi ruang untuk mendapatkan maklumbalas.

Bercakap ketika mengunjungi rumah ke rumah pada Program Pemuda Prihatin di Peti Undi Seberang Barat Luar hari ini, beliau menjelaskan bagaimana kunjungannya menerusi program tersebut telah membolehkannya menyelami senario penduduk setempat.

"Macam tadi kita pergi ke sebuah rumah ada seorang pesakit kanser tulang. Kita tengok bagaimana kita boleh bantu. Dalam Ramadhan ini kempen kita boleh gunakan untuk mendapatkan maklumbalas. Banyak perkara perlu kita laksanakan daripada kita mengata dan mencari salah orang yang tidak menguntungkan.

"Dalam bulan Ramadhan tentu sudah pasti buat sedikit pengubahsuaian. Bagi saya setakat ceramah, cerita pilihan raya umum dan sebagainya perkara itu tidak beri banyak manfaat. Untuk kita gunakan tempoh berkempen masa Ramadhan ini, kita pergi rumah terpilih yang dicadangkan penduduk tempatan," katanya.

Beliau bersama jentera Pemuda mengadakan kunjungan rumah ke rumah dalam usaha membatu menarik sokongan pengundi kepada BN dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kuala Besut yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Beliau seterusnya menambah calon BN Tengku Zaihan Che Ku Ismail layak memikul amanah di atas cabaran politik hari ini

"Dari kriteria dia lengkap. Kerja wakil rakyat adalah sepenuh masa menuntut kecerdasan fikiran dan tubuh badan. Jadi calon yang ditonjolkan BN ini layak untuk memikiul amanah diatas cabaran politik hari ini dan saya rasa dia menepati apa yang diperlukan.

"Dan yang akan untung bukan sahaja BN tetapi penduduk di Kuala Besut ini andaikaya insyaallah BN terus diberikan kepercayaan," katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT