SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, July 25, 2013

UMNO Online - “Kemenangan BN Dalam PRK Kuala Besut Bukti UMNO Masih Menyerlah – PM” plus 9 more

UMNO Online - “Kemenangan BN Dalam PRK Kuala Besut Bukti UMNO Masih Menyerlah – PM” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kemenangan BN Dalam PRK Kuala Besut Bukti UMNO Masih Menyerlah – PM

Posted: 24 Jul 2013 07:57 AM PDT

PUTRAJAYA, 24 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini membuktikan kekuatan Umno masih menyerlah.

Justeru itu, Perdana Menteri berkata usaha untuk memperkukuhkan Umno akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.

“Alhamdulillah..BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN.

“Insya Allah kita akan tunaikan semua janji-janji pilihan raya kita ,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di Seri Perdana di sini.

Najib berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan majoriti 2,592 undi ke atas calon PAS, Endot@Azlan Yusof pada PRK Kuala Besut.

Beliau melahirkan keyakinan dengan kredibiliti Tengku Zaihan, 37, untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat.

“Saya yakin beliau tokoh muda yang berkebolehan. Ini petanda baik sokongan rakyat terhadap BN.

“Pertambahan majoriti kemenangan menunjukkan prestasi yang menggalakkan dan semoga ianya dapat memberikan semangat yang lebih kepada semua anggota BN untuk menambah sumbangan dan daya juang,” katanya.

BN Kekalkan Kemenangan PRK Kuala Besut

Posted: 24 Jul 2013 07:42 AM PDT

KUALA BESUT, 24 Julai – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut hari ini dengan majoriti 2,592 undi. Calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mendapat 2,592 undi menewaskan calon Pas, Azlan @ Endut Yusof yang mendapat 5,696 undi.

KEPUTUSAN/RESULTS – TERENGGANU: N01: KUALA BESUT
N01: KUALA BESUT: TERENGGANU: 17,683

1. TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD RAHMAN (BN)…8,288
2. Endot@Azlan Bin Yusof (PAS)…………….5,696

Jumlah pengundi/Turnout………………….14,108
Peratus/Percentage……………………….80.00%
Undi ditolak/Votes rejected…………………125
Majoriti/Majority………………………..2,592

Penyandang/: Dr A. Rahman Mokhtar: BN
Undi diperoleh/: 2013: 8,809
Majoriti: 2,434

BN Mendahului Pas Dalam PRK Kuala Besut

Posted: 24 Jul 2013 07:01 AM PDT

KUALA BESUT, 24 Julai – Barisan Nasional (BN) mendahului PAS dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut hari ini dengan majoriti 2,600 undi, demikian menurut kiraan tidak rasmi sehingga pukul 9.15 malam ini.

Perjuangan Perkukuh Parti Tidak Pernah Selesai, Kata Najib

Posted: 24 Jul 2013 06:58 AM PDT

PUTRAJAYA, 24 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno perlu terus diperkukuhkan kerana perjuangan bagi memperkasa parti itu tidak akan pernah selesai.

Perdana Menteri berkata masih banyak cabaran yang perlu dilalui Umno sebagai parti sandaran dan harapan kepada orang Melayu.

“Cabaran besar menanti kita. Perjuangan kita tiada kesudahan. Kita perlu perkukuhkan Umno sebab Umno parti sandaran, harapan kepada orang Melayu. Kestabilan negara kita bergantung pada kekuatan Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di Seri Perdana di sini malam ini.

Beliau juga berharap pemilihan Umno yang bakal berlangsung kelak akan berjalan lancar.

Pada majlis yang sama Perdana Menteri turut menyambut ulang tahun ke-60 beliau dengan memotong pulut kuning bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota keluarga.

Perdana Menteri turut menerima pelbagai jenis kek yang disumbangkan pelbagai pihak.

“Terima kasih kepada semua yang hadir khususnya kepada rangkaian sahabat zaman saya jadi ketua pemuda Umno. Kini sama-sama sudah berumur dan bertemu sekurang-kurangnya setahun sekali sebagai satu perjumpaan sempena sambutan ulang tahun saya semalam.

“Umur saya tidak dirahsiakan dan sudah diketahui umum. Apa yang lebih bermakna persahabatan kita tidak pernah luntur dan masih kekal sehingga hari ini,” kata beliau.

Pada majlis itu kira-kira 2,000 tetamu hadir termasuk kumpulan anak yatim yang menerima sumbangan daripada Perdana Menteri.

Beliau kemudiannya menunaikan solat tarawih bersama para tetamu.

49,843 Kes Kemalangan Tempat Kerja Dilaporkan Hingga Mac 2013

Posted: 24 Jul 2013 01:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Julai  - Sebanyak 49,843 kes kemalangan di tempat kerja dilaporkan sejak tahun 2012 hingga Mac tahun ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib.

Beliau berkata daripada jumlah itu, kemalangan maut membabitkan 582 kes pada tahun lepas manakala 82 kes bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Ismail berkata kemalangan di tempat kerja berlaku disebabkan pelbagai factor seperti sistem keselamatan yang tidak berkesan, tiada penilaian risiko secara menyeluruh, latihan tidak mencukupi kepada pekerja, selain sikap pekerja yang tidak mementingkan soal keselamatan.

“Antara sektor yang terlibat ialah pembuatan dan pembinaan, pengilangan, perlombongan, pertanian, perhutanan, perikanan, pengangkutan dan perkhidmatan kepada orang awam,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Jaspal Singh pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Penipuan CEC DAP : Berapa Lama Lagi ROS Perlu Menyiasat?

Posted: 24 Jul 2013 01:34 AM PDT

Kes penipuan DAP dalam pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada dasarnya adalah kes yang amat mudah.

Ia bertitik tolak daripada keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012 yang didapati gagal menyerlahkan DAP sebagai sebuah parti berbagai kaum apabila kaum lain selain Cina telah tersingkir walaupun ada di antara mereka telah berpuluh tahun bersama DAP.   Berikutan itu, DAP dikritik teruk sebagai rasis.

Bagi menyelamatkan keadaan, DAP telah memilih untuk menipu iaitu dengan mengaku bodoh tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.  Kononnya, komputer telah tersilap kira dan pihaknya telah tersilap salin.  Oleh itu, pemilihan perlu di adakan semula.

Dalam pemilihan semula tiga minggu kemudiannya, sesuatu yang pelik telah berlaku apabila Zairil, seorang Cina yang memakai nama Melayu telah mendapat 305 undi dan berada di tangga ke 39 dalam pemilihan awal, tiba-tiba melonjak ke tangga 20 dalam pengiraan semula dengan 803 undi iaitu peningkatan sehingga 163% berdasarkan jumlah undi 1,823.   Beberapa nama lain turut mengalami perbezaan undi yang drastik dan tidak masuk akal yang mana menyebabkan ahli-ahli DAP sendiri mula mengeluh.

Malah, jumlah undi itu sendiri menjadi tandatanya kerana jumlah yang sepatutnya ialah 2,567 orang.    Ke mana perginya undi-undi lain?

Permainan kotor DAP semakin jelas apabila sejurus selepas kiraan semula itu, mereka mula menonjolkan Zairil secara berlebih-lebihan dengan merujuk kepadanya sebagai ëMelayuí.   Zairil diberi jawatan tinggi di dalam parti dan juga di dalam anak syarikat kerajaan negeri.

Namun, rakyat dan orang Melayu tidaklah sebodoh DAP.

Orang Melayu lebih gemar membaca sejarah politik dan cukup maklum siapa Zairil sebenarnya.  Zairil adalah anak kepada pasangan Cina yang bercerai di mana ibunya kemudiannya mengahwini Tan Sri Khir Johari.

Ini menjadikan Zairil 100% Cina dan tidak ada sebab DAP harus merujuk kepadanya sebagai Melayu.   Kita juga tidak lupa bagaimana ibu Zairil pernah mengejutkan Malaysia suatu ketika dahulu dengan menuntut harta pusaka arwah bekas isteri Tan Sri Khir.

Dengan sikap ibunya yang sedemikian, tidak hairanlah Zairil menggunakan nama bapa tirinya bagi mendapat keistimewaan sebagai anak pejuang UMNO.  Dan kini, atas nama bapa tirinya juga Zairil menyertai DAP yang memusuhi UMNO.

Percubaan DAP untuk memperlihatkan parti itu sebagai tidak rasis, nampaknya memakan diri.  Sebaliknya, terbukti sudah bahawa DAP adalah rasis kronik sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu untuk mewakili Melayu, tetapi meletakkan seorang Cina bagi mewakili Melayu!

DAP juga terbukti sebagai tidak telus, kalaupun tidak bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang tidak sampai pun 2,000.

Berikutan itu, beberapa aduan telah dibuat kepada ROS oleh ahli-ahli DAP sendiri.  Dari situ juga, seramai 753 ahli yang layak memilih turut tampil mempersoalkan kenapa mereka tidak menerima notis untuk pemilihan.

Berdasarkan fakta ini, kita tidak faham kenapa ROS mengambil masa begitu lama untuk menyiasat dan mengambil tindakan.  Ini bukan kes yang melibatkan bukti forensik tetapi semuanya berkisar mengenai angka dan angka tidak akan menipu.

Justeru, adalah tidak wajar bagi ROS untuk mengambil masa begitu lama untuk menyelesaikannya.

Rakyat sudah bosan dengan segala aduan dan siasatan tanpa apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa.  Takkanlah ROS juga sama saja?

Pena Utara

Senarai 10 Fitnah Pas Di PRK DUN Kuala Besut

Posted: 24 Jul 2013 01:30 AM PDT

Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

1.    Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ëmerampasí jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.

2.    Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.

3.    Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ëkaki perempuaní kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.

4.    Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.

5.    Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.

6.    Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.

7.    Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.

8.    Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004  untuk  dijadikan ladang limau

9.    Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan ìKeluarga Tuan Fatimah Tuan Longî yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.

10.  Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.

pisau.net

Pembangkang Berlindung Kekebalan Dewan Rakyat Untuk Tabur Fitnah

Posted: 24 Jul 2013 01:13 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 Julai –  Pembangkang tidak seharusnya menggunakan Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan atau tohmahan kepada mana-mana pihak demi untuk kepentingan politik mereka seperti apa yang terjadi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman menyifatkan tindakan pembangkang itu sebagai pengecut apabila menggunakan Dewan Rakyat kerana Ahli Parlimen yang bercakap di situ dilindungi oleh imuniti yang menyebabakan mereka tidak boleh disaman oleh mana-mana pihak.

"Jangan hanya berani bercakap di Dewan Rakyat, mengapa tidak nyatakan di luar dewan, bercakap di dalam dewan tidak boleh disaman dan tiada tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada Ahli Parlimen terbabit kerana dilindungi oleh imuniti.

"Jika benar apa yang dinyatakan itu betul, sepatutnya mereka berani, bukannya membuat tuduhan melulu termasuk menunjukkan bukti seperti apa yang berlaku kepada SPR. Sepatutnya, pembangkang perlu berani untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan termasuk tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang dibuat," katanya.

Hamidah berkata demikian kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas  cabaran Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar supaya Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli supaya mengulangi tuduhannya terhadap SPR mengenai dakwat kekal di luar Dewan Rakyat.

"Rafizi membuat tuduahn itu di Dewan Rakyat kerana mengetahui tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya kerana dilindungi imuniti. Apa yang dilakukan oleh Rafizi itu adalah untuk menimbulkan keraguan rakyat yang sejak dari dahulu tidak pernah berpuas hati dengan SPR," katanya.

Menurutnya, pembangkang sudah kehabisan modal untuk bercakap, jika dahulu mereka begitu yakin untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya lalu, namun ia tidak menjadi realiti, berikutan itu mereka menyalahkan SPR atas kegagalan itu.

Hamidah berkata, sudah menjadi lumrah kepada pembangkang yang akan cuba membangkitkan apa jua isu yang sensasi untuk mendapatkan perhatian walaupun tuduhan atau tohmahan yang dibuat itu tidak mempunyai bukti dan boleh dipertikaikan. -MediaUMNO

4,210 Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia Diwujudkan Setakat Ini – Jailani

Posted: 24 Jul 2013 12:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Julai  – Sehingga kini kerajaan sudah mewujudkan 4,210 Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia (KTW1M) di seluruh negara menerusi Program Perkhidmatan Penyediaan Sejagat (USP).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata selain itu  sebanyak 477 KTW1M dalam proses pemasangan.

“Kementerian yakin jumlah KTW1M sedia ada di semua kampung yang telah dikenal pasti memudahkan rakyat di luar bandar mendapat akses kepada internet jalur lebar,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Chiew Lian Keng pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.

Jailani berkata kementerian serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaksanakan pelbagai inisiatif merangkumi penyediaan perkhidmatan talian telefon tetap, perkhidmatan jalur lebar komuniti dan perluasan liputan telefon selular awam di bawah Pelan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI).

Antara projek di bawah NBI ialah pembinaan menara telekomunikasi, Pusat Internet 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar Komuniti Kecil, Perpustakaan Jalur Lebar dan KTW1M, katanya.

Menjawab soalan asal Chiew, beliau berkata  kadar penembusan jalur lebar telah meningkat daripada 25 peratus pada 2006 kepada 66.6 peratus setakat suku pertama tahun ini.

“Kadar liputan selular berpenduduk pula telah berjaya ditingkatkan dari 82 peratus pada 2008 kepada 96.9 peratus setakat suku pertama tahun ini,” katanya.

Jailani berkata kementerian juga memandang serius aduan berkaitan iklan sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada pengguna telefon selular menerusi kod ringkas seperti 6xxxx, 3xxxx dan 2xxxx dengan menguatkuasakan Standard Mandatori bagi Perkhidmatan Kandungan Mudah Alih.

Katanya hasil daripada inisiatif itu, jumlah aduan menurun sebanyak 88.2 peratus daripada 102 aduan pada enam bulan pertama 2012, kepada 12 sahaja bagi tempoh sama tahun ini.

Menjawab soalan Senator Abdul Shukor Mohd Sultan yang ingin tahu tindakan kementerian dalam menapis kandungan laman web, Jailani berkata sebanyak 6,640 laman web telah disekat kerana melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang bertulis lain sejak 2008 hingga kini.

“Sekatan itu termasuk ke atas laman web bank palsu, pelanggaran hak cipta, kandungan lucah dan yang didapati menghina institusi diraja. Sehingga Jun lepas sebanyak 29 kes sedang dalam siasatan merangkumi kes-kes laman web yang menghina Yang di-Pertuan Agong, institusi raja dan sultan,” katanya.

Jailani berkata SKMM juga mengambil tindakan terhadap laporan mengenai penyalahgunaan laman sosial seperti Twitter dan Facebook seperti ugutan, penghinaan atau menyentuh sensitiviti kaum.

Katanya menerusi Seksyen 263 (2) akta itu, pemegang lesen dikehendaki membantu mencegah kesalahan berkaitan media sosial atau pelanggaran undang-undang berkaitan termasuk blog berunsur hasutan atau fitnah.

“Apa yang kita perlukan ialah maklumat lengkap mengenai akaun seperti alamat URL, ‘print screen’ dan bukti-bukti yang membolehkan perkara itu disiasat dan diambil tindakan,” katanya.

Sehingga tahun lepas, lebih 13.2 juta pengguna Facebook dan 2 juta pengguna Twitter direkodkan di negara ini.

Hentikan Khabar Angin Gelombang Kedua Pengganas – Ketua Polis Negara

Posted: 24 Jul 2013 12:29 AM PDT

KOTA BAHARU, 24 Julai  – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran khabar angin kononnya akan berlaku gelombong kedua kemasukan pengganas Kiram ke Sabah.

Beliau berkata khabar angin yang tidak berasas itu, tidak seharusnya disebarkan ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.

“Apabila berita-berita sebegini disebarkan, ia menggusarkan masyarakat terutama di Sabah. Musim raya (Aidilfitri) dah nak sampai, jadi kenapa nak buat orang susah, menakutkan orang ramai, perkara tu tak benar sebenarnya,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini.

Beliau melawat anggota polis trafik Insp Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanan akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu, Rabu lalu.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Khalid berkata pihaknya bersama beberapa agensi keselamatan lain mempunyai cukup kekuatan untuk menangani sebarang kemungkinan pencerobohan dari luar.

“Marilah kalau mereka berani. Kita akan tahu kalau ada cubaan pihak musuh untuk masuk ke negara ini. Kita cukup kekuatan.. kita ada polis, tentera.. ada di laut, udara dan darat. Jadi janganlah risau.

“Penubuhan Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) untuk memastikan keadaan pantai Timur Sabah terjamin,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT