SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, August 10, 2013

UMNO Online - BN Perak Mahu Terus Maju Tadbir Negeri – MB

UMNO Online - BN Perak Mahu Terus Maju Tadbir Negeri – MB

Link to UMNO Online

BN Perak Mahu Terus Maju Tadbir Negeri – MB

Posted: 09 Aug 2013 11:52 AM PDT

PANGKOR, 9 Ogos — Barisan Nasional (BN) Perak mahu terus bergerak ke hadapan dalam memajukan negeri dan masyarakat di samping mengurangkan masalah atau kesan politik terutamanya selepas menghadapi beberapa petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata BN Perak perlu menuju ke hadapan tanpa melayan karenah politik selepas pilihan raya umum Mei lepas.

“Itu adalah proses yang dilakukan mereka (pembangkang) dengan membuat petisyen dan badan kehakiman telah membuat keputusannya,” katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor di Kampung Masjid di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen DUN Rungkup, Manong, Pasir Panjang, Lubuk Merbau dan Manjoi yang difailkan PAS yang mempertikaikan keputusan pilihan raya yang telah dicapai.

“Keputusan (mahkamah) telah dibuat, jadi kita perlu menerimanya,” katanya
yang juga Anggota DUN Pangkor.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata kerajaan pusat telah memberi respon positif terhadap permohonan kerajaan negeri supaya Pihak Berkuasa Tempatan mengambil alih pengurusan kemudahan marina di Pulau Mentagor berhampiran Pulau Pangkor.

“Kita berharap marina itu dapat diserahkan kepada kerajaan negeri dengan segera memandangkan keadaannya yang semakin usang dan jetinya hampir hilang.

“Jika cepat diserahkan, maka kita boleh ambil tindakan segera untuk baik pulih kawasan berkenaan,” katanya.

Beberapa perancangan sedang disusun oleh Majlis Perbandaran Manjung di kawasan itu antaranya membangunkan semula serta menjadikan ia sebagai sebuah resot marina, katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT