SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, August 12, 2013

UMNO Online - “MB Johor Bayangkan Tidak Bertanding Jawatan Dalam MT UMNO” plus 2 more

UMNO Online - “MB Johor Bayangkan Tidak Bertanding Jawatan Dalam MT UMNO” plus 2 more

Link to UMNO Online

MB Johor Bayangkan Tidak Bertanding Jawatan Dalam MT UMNO

Posted: 11 Aug 2013 04:52 AM PDT

PASIR GUDANG, 11 Ogos — Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini membayangkan beliau tidak akan menandingi sebarang jawatan peringkat Majlis Tertinggi pada pemilihan Umno kali ini.

khaled-nordin-mb-menteri-besar-johor-takzim

Sebaliknya kata Ketua Perhubungan Umno Johor itu, tumpuannya adalah kepada pentadbiran kerajaan negeri.

“Kalau naib presiden ni satu Malaysia. Jadi atas sebab itu saya akan memberi tumpuan kepada Johor.

“Adalah tidak adil kalau saya ambil apa-apa jawatan tinggi tapi tidak mampu beri perhatian dan sebagainya serta tidak adil kepada mereka yang memberi sokongan,” kata kepada pemberita, di sini.

Mohamed Khaled yang ditemui ketika rumah terbuka Aidilfitri beliau selaku Anggota Dewan Undangan Negeri Permas di Stadium Tertutup Pasir Gudang, ditanya sama ada akan bertanding sekali lagi untuk jawatan naib presiden seperti pada pemilihan lepas.

Mohamed Khaled dilantik Menteri Besar Johor pada 14 Mei lepas.

Pemilihan UMNO: ADUN Kuala Besut Mahu Tumpu Jadi Wakil Rakyat

Posted: 11 Aug 2013 12:07 AM PDT

BESUT, 11 Ogos — Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata beliau tidak akan menandingi sebarang jawatan pada pemilihan Umno kali ini kerana mahu menumpukan kepada tugas sebagai wakil rakyat.

“Saya tidak berhasrat bertanding baik untuk peringkat Pemuda bahagian mahupun bahagian,” katanya.

pengundi-tolak-fitnah-pas-sokong-abe-ku-tengku-zaihan-calon-bn

Beliau mengulas gesaan beberapa pihak yang mahu wakil rakyat muda itu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Besut.

Jawatan itu akan dikosongkan oleh Mohd Mahdi Musa yang mencapai had umur.

Tengku Zaihan, 37, yang menang kerusi dewan undangan negeri itu pada pilihan raya kecil bulan lepas, ketika ini hanya memegang jawatan anggota jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Nail, Kuala Besut.

Pada pilihan raya kecil yang berlangsung 24 Julai lepas, Tengku Zaihan mengatasi calon PAS Endut@Azlan Yusoh dengan kelebihan 2,595 undi.

Pindaan Mesyuarat Cawangan, Bahagian Dan Tarikh Penamaan Calon Pergerakan Sayap Dan Majlis Tertinggi UMNO

Posted: 10 Aug 2013 08:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan berkaitan tarikh pindaaan untuk mesyuarat Cawangan yang dipanjangkan dan tarikh-tarikh baru bagi penamaan calon pergerakan sayap dan pemilihan Majlis Tertinggi serta persidangan bahagian.

Berikut ialah siaran media berkaitan:

Dimaklumkan Presiden UMNO, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah bersetuju untuk meminda tarikh mesyuarat Cawangan UMNO, mesyuarat Bahagian UMNO dan penamaan calon untuk pemilihan parti kepada tarikh yang ditetapkan. Tarikh baru adalah seperti berikut:

I. Mesyuarat Cawangan UMNO dilanjutkan daripada 31 Ogos kepada 15 September 2013;

II. Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 7 September kepada 21 September 2013;

III. Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober 2013;

IV. Penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi UMNO daripada 7 September kepada 28 September 2013;

V. Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober 2013.

Pindaan tersebut dibuat berikutan cadangan dan permintaan dari UMNO Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan yang antaranya ialah tarikh mesyuarat Cawangan sebelum ini berlangsung dalam bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dan tamat tempoh mesyuarat pada 31 Ogos 2013. Dalam masa yang sama dua pemimpin negara luar iaitu Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat juga akan berkunjung ke negara ini pada awal Oktober 2013 dan persediaan untuk menerima kedatangan tetamu negara ini perlu dibuat.

Dengan demikian maka Presiden, Timbalan Presiden dan pengurusan UMNO telah bersetuju kepada tarikh-tarikh baru ini. Pihak pengurusan UMNO juga telah memaklumkan kepada ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan dengan perkara tersebut.

Sekian dimaklumkan, Terima kasih.

DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
(Setiausaha Agung UMNO)

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT