SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, August 8, 2013

UMNO Online - “Syawal Bulan Kemenangan Yang Beri Pengertian Cukup Bermakna – Najib” plus 4 more

UMNO Online - “Syawal Bulan Kemenangan Yang Beri Pengertian Cukup Bermakna – Najib” plus 4 more

Link to UMNO Online

Syawal Bulan Kemenangan Yang Beri Pengertian Cukup Bermakna – Najib

Posted: 06 Aug 2013 11:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kehadiran Syawal kali ini iaitu bulan kemenangan sebagai sesuatu yang cukup bermakna terutama kepada ahli UMNO seluruh negara.

Jelas beliau kehadiran bulan Syawal bukan saja kemenangan tanda kejayaan umat Islam melaksanakan ibadah puasa malah ia juga memberi pengertian bermakna kepada ahli UMNO berikutan kejayaan parti yang dicapai pada pilihan raya umum pada 5 Mei yang lalu.

"Syukur  ke hadrat Allah SWT dengan  kehadiran 1 Syawal ini bermakna selesai sudah kita melaksanakan ibadah puasa. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa kesyukuran dengan penuh kerendahan kepada Allah SWT, kerana memberikan peluang dan kesempatan untuk sama-sama kita menyambut hari kemenangan bagi umat Islam.

"Selaku Presiden UMNO, saya juga menyifatkan kehadiran Syawal iaitu bulan kemenangan pada tahun ini juga memberi pengertian kepada seluruh ahli UMNO berikutan kejayaan parti yang dicapai pada pilihan raya umum pada 5 Mei yang lalu di mana rakyat sekali lagi memberi mandat kepada UMNO khususnya Barisan Nasional untuk terus kekal menerajui kerajaan Malaysia", katanya kepada UMNO-Online dalam perutusan eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri  2013, 1 Syawal 1434 hijrah.

Justeru beliau mengajak seluruh ahli UMNO untuk terus rapatkan saf barisan, bersatu padu, pereratkan jalinan ukhuwah kerana perjuangan di masa depan akan menjanjikan suasana yang lebih getir.

"Perlu kita sedari betapa lanskap politik tanahair telah jauh berubah. Persekitaran perubahan inilah menuntut agar parti kita, parti UMNO perlu melaksanakan transformasi agar UMNO terus kekal relevan sepanjang zaman", ujarnya.

Oleh itu jelas beliau lagi pelaksanaan Pindaan Perlembagaan UMNO yang akan menyaksikan pemilihan secara terbuka adalah satu pembaharuan yang ditunggu-tunggu.

Tambah beliau dengan pelaksanaan pemilihan yang lebih terbuka ini maka tentunya ia akan menyumbang kebaikan pada parti kerana UMNO terbukti sentiasa bersedia menerima kritikan dan melaksanakan perubahan demi kesinambungan masa hadapan.

"Justeru kepada seluruh ahli UMNO terutama seramai 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Bersidang dan Selamat Hari Raya AidilFitri.

"Marilah kita  bermaaf-maafan, ziarah-menziarah antara sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan. Amalan baik ini bukan hanya tertentu pada bulan Syawal tetapi diteruskan sepanjang masa kerana merapatkan hubungan silaturrahim antara sesama Islam merupakan kunci kepada kekuatan ummah", katanya. -MediaUMNO

ucapan-selamat-hari-raya-presiden-umno-malaysia-najib-razak

Kedah Applies For RM3 Mln To Renovate Museums

Posted: 06 Aug 2013 11:24 PM PDT

ALOR SETAR, Aug 7 – The Kedah government has applied for a RM3 million allocation from the Ministry of Tourism and Culture to renovate six museums which are in a state of disrepair.

Arts, Culture and State Heritage Committee chairman and Kedah Museum Board chairman Aminuddin Omar said the museums were the Padi Museum in Gunung Keriang, State Museum, Balai Seni Negeri, Royal Museum, Rumah Seri Banai and Rumah Tok Su, all located in Alor Setar.

“The state government aims to attract more than 100,000 visitors to the seven-day Museum Festival starting on November 11,” Aminuddin told reporters here today.

He said the committee was just waiting for the funds to implement the renovations which include the repair of leaks, painting and landscape upgrade.

Peneroka Felda Usah Terperangkap Ajaran Syiah – MP Jerantut

Posted: 06 Aug 2013 11:17 PM PDT

JERANTUT, 7 Ogos - Peneroka tanah rancangan Felda diingatkan agar tidak mudah terperangkap atau terpengaruh dengan ajaran atau fahaman Syiah yang didakwa telah menular ke kawasan Felda, di negeri ini.

Anggota Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris berkata, walaupun ajaran tersebut belum disebar luas, namun peneroka tidak seharusnya mengamalkan ajaran yang ternyata songsang dan terpesong daripada Islam.

“Ajaran Syiah bertentangan sama sekali dengan Islam yang berpandukan al-Quran dan hadis, malah sesiapa yang mengamalkan ajaran songsang itu perlu bertaubat,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk Felda Kota Gelanggi, dekat sini Selasa.

Ahmad Nazlan berkata, peneroka perlu melaporkan kepada pihak berkuasa agama jika sekiranya mereka mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyebaran ajaran tersebut di kawasan Felda. “Kita tidak mahu ajaran salah tersebut bertapak di Felda kerana masyarakat tanah rancangan Felda kini sudah berada dalam keadaan aman dan makmur.

“Jika ajaran songsang meresapi ke Felda, maka sudah tentu ia akan berlaku perpecahan dalam kalangan penduduk dan akhirnya membahayakan keselamatan negara,” katanya.

Rakyat Malaysia Bertuah Tinggal di Negara Berdaulat & Aman – Imam Mesir

Posted: 06 Aug 2013 11:12 PM PDT

BENTONG, 7 Ogos - Rakyat Malaysia bertuah berada di dalam sebuah negara berdaulat, aman dan mewah serta mempunyai kerajaan yang prihatin dan bertimbang rasa terhadap rakyat, kata Sheikh Amru Jumaah Abduh, imam sebuah masjid terkemuka di Kaherah, Mesir.

gambar-hiasan

Katanya, keadaan aman dan sejahtera yang dinikmati rakyat berbilang kaum di negara ini perlu dipertahankan, berbeza dengan keadaan di negaranya yang kini berdepan dengan pergolakan politik sehingga menyebabkan rakyat menderita.

“Negara Mesir walaupun besar dan mempunyai kepelbagai hasil bumi terutamanya minyak, tetapi kini dilanda pergolakan politik sehingga menyebabkan rakyat menderita dan ada yang mati,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi penterjemah kepada Bernama pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim di Bentong oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob di sini, Rabu.

Sheikh Amru berkata anak-anak yatim di negara ini juga turut bernasib baik kerana mendapat pembelaaan daripada kerajaan daripada segi kewangan dan pelajaran sekali gus memberikan mereka masa depan yang lebih baik.

Keramahan rakyat negara ini juga menarik minat beliau manakala makanan tempatan yang digemari beliau adalah bubur lambuk.

“Sebahagian besar juadah yang dihidangkan hampir sama dengan makanan di negara Mesir, tetapi di Mesir turut dihidangkan roti dan sebagainya.

“Keakraban rakayat serta keikhlasan kerajaan memerintah akan menjadikan Malaysia lebih maju dan berdaya siang walaupun ia merupakan sebuah negara kecil, tetapi ia kaya dengan semangat, keamanan serta perpaduan kental di kalangan rakyatnya,” katanya.

Kemenangan BN di Semua Kerusi Bumiputera Sarawak Satu Kekuatan – Taib

Posted: 06 Aug 2013 11:05 PM PDT

KUCHING, 7 Ogos - Kemenangan Barisan Nasional (BN) di kesemua kerusi Bumiputera di Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 yang lepas, memberi kekuatan kepada kerajaan BN dalam usaha membawa perpaduan dan pembangunan yang lebih baik, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

pehin-taib-mahmud-sumbangan-ramadan-raya-oku-sarawak-bumiputera

Dalam mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk Sarawak yang telah mengundi BN, beliau berkata ia turut memberi perangsang kepada pemimpin sekarang dan yang akan datang untuk berusaha membawa perpaduan yang lebih mencabar dan dalam keadaan yang lebih mewah.

“Saya rasa bangga sekali bahawa orang kita telah banyak mengundi BN lebih daripada biasa,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri di sini, Rabu.

Taib, yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar negeri, berkata Sarawak, yang sedang melengkapi dengan persiapan Rancangan Malaysia ke-10, akan menghadapi banyak bentuk masalah perubahan yang berlainan mulai dari 2016, terutama keperluan perumahan bagi mereka yang berpindah ke bandar besar.

Memandangkan ia akan menjadi satu cabaran yang besar kepada rakyat yang berpendapatan rendah, beliau berkata mereka patut bersiap sedia untuk berhijrah ke bandar baharu, seperti Samalaju di Bintulu, Mukah dan Tanjung Manis, di mana kerajaan telah mengadakan rancangan ekonomi baharu untuk memperbanyakkan perumahan.

“Dalam masa dua tahun lepas, saya telah pun nampak kerana ekonomi semakin hari semakin rancak, harga tanah pun bertambah tinggi disebabkan pelabur dan mereka yang mempunyai wang banyak, keperluan kepada rumah akan bertambah dan makin ramai orang hendak membeli tanah, semakin naiklah harganya,’ katanya.

Beliau berkata bagi mengatasinya, kerajaan telah membuat industri di tempat di luar kawasan bandar besar agar tidak menambah lagi tekanan harga tanah yang melambung sangat tinggi.

Katanya bandar kecil yang akan muncul dapat berkembang kerana berjaya menukarkan hasil pertanian menjadi hasil industri asas tani.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT