SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Showing posts with label Bn. Show all posts
Showing posts with label Bn. Show all posts

Saturday, January 23, 2010

Nukilan Hati Orang Kapar ( Untuk Perhatian Bersama)

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima pihak tuan sudi mendengar komen serta cadangan-cadangan yang diberikan oleh ahli-ahli dibawah demi memastikan UMNO terus subur di negeri Selangor.untuk pengetahuan pihak tuan saya adalah ahli UMNO dicawangan KG. Sungai Sireh Utama. Selepas melihat suasana pilihanraya yang lalu, maka sudah tanggungjawab seluruh ahli-ahli UMNO selangor untuk memastikan PRU yang akan datang kemenangan dipihak UMNO dan BN.Tahniah saya ucapkan kepada Pemuda UMNO Kapar yang dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang telah dirancang dan telah dijalankan (walaupun saya tidak mengetahui apa-apakan aktiviti tersebut).tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Usaha-usaha perlu dijalankan secara berterusan dan menyeluruh untuk mengenalpasti kelemahan dan serta menambahbaikan proses-proses yang sedia ada bagi menawan semula hati masyarakat di bahagian masing-masing. Mengenai permasalahan yang berlaku, adalah menjadi budaya pihak PR untuk memastikan maklumat-maklumat yang betul dan jelas yang ingin di sampaikan oleh pihak UMNO tidak sampai kepengetahuan masyarakat Selangor Khasnya dan penyokong PR sendiri. Ini supaya kegagalan demi kegagalan dalam mengurus tadbir Negeri Selangor yang semakin hari semakin huru-hara. maka mereka ingin menutup kelemahan mereka dengan mencipta isu-isu lain supaya masyarakat akan lebih tertarik mengenai isu tersebut daripada kelemahan urus tadbir negeri.Akan tetapi kita mempunyai alternatif lain bagi menyampaikan maklumat-maklumat kepada masyarakat.

DI sini saya sertakan beberapa idea-idea yang mungkin dapat diguna pakai di dalam strategi kita merapatkan diri dengan masyarakat.1. menghebahkan majlis-majlis yang dijalankan melalui jaringan-jaringan blog-blog pro UMNO dan SMS (yang menjadi amalan sekarang) secara berterusana.2. merekod majlis-majlis penerangan ini didalam bentuk video dan sebarkan video di dalam jaringan blog-blog mahupun youtube.(Pakatan Rakyat banyak menggunakan youtube untuk menyampaikan maklumat mereka)3.menggunakan media masa elektronik supaya aktiviti dalam di sebarkan maklumat mungkin dalam bentuk pengikalanan.4.medium terakhir melalui hebahan komunikasi diantara masyarakat setempat. PEMUDA , WANITA , PUTERA dan PUTERI boleh digunakan untuk menyebarkan risalah secara tidak langsung dapat menanya khabar masyarakat. Ia lebih berkesan untuk menyelami hati masyarakat.

Disini saya juga ingin menyampaikan kecewaan beberapa blog yang mendakwa UMNO Selangor masih tido. Tidak gunanya Blog-blog ini aktif memaparkan isu-isu di selangor tetapi UMNO Selangor masih lagi lena tanpa perancangan untuk memastikan kemenangan UMNO pada PRU akan datang.AKhir kata saya berdoa moga usaha kita akan mencapai kejayaanan demi AGAMA , BANGSA DAN NEGARA tanpa mengabaikan kaum-kaum lain.Segala keraguanan mahupun informasi saudara bole menghubungi saya di talian 019-xxxxxxx

Rahanordin Abdul Rahim

Thursday, August 13, 2009

Perancangan Strategik PPUM KAPAR






































Semalam telah berlangsung satu mesyuarat diantara Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar dan Juga Jawatankuasa Penyelaras Dun.

Tuan Haji Roslee Bin Abdul Hamid , Ketua Pergerakkan Pemuda UMNo Bahagian Kapar, Saudara Nor Azizi Ishak, Naib Ketua Pemuda, Saudara Izam Idris, Bendahari Pemuda Saudara Muhammad Nor bin Hj Kassim, Ketua Penerangan Pemuda Bahagian Kapar. Turut sama hadir ialah Cik Hanimasra Marhaini, Ketua Puteri UMNO.

Dalam mesyuarat tersebut jentera parti di peringkat DUN telah memberikan banyak cadangan dan pandangan tentang bagaimana dan strategi-strategi untuk memenangi hati pengundi khususnya di Bahagian Kapar.

Tuan Haji Rosli dan jawatankusa Pemuda Bahagian juga telah mendengar dengan penuh teliti cadangan-cadangan dan pandangan dari jentera di peringkat DUN seterusnya telah memberitahu ROAD MAP tentang apa yang perlu dilakukan khususnya dibahagian Kapar. dan Isyaallah KAPAR akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional sekirayan semua yang dirancangkan ini berjaya.
Satu Suara, Satu Arah , Satu Malaysia


















Wednesday, August 12, 2009

Mak Angatt Dun Sementa




Semalam berlangsungnya perjumpaan Wakil Penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail di pejabatnya di deretan rumah kedai seksyen berkenaan. Ini rentetan daripada keengganan dan helah beliau yang sentiasa mengelakkan diri dari bertemu penduduk untuk membincangkan mengenai pembinaan kuil Hindu terbesar di situ. Penulis juga pernah mengupas isu yang sama, di sini.Di dalam perjumpaan semalam, Rodziah Ismail dengan bongkak dan angkuhnya mempertahankan pembinaan kuil tersebut. Menurut beliau Menteri Besar, barisan EXCO dan PKNS sudahpun meluluskan projek berkenaan dan beliau berharap penduduk dapat menerima seadanya. Di dalam mesyuarat malam tadi, bukan sahaja tiada penyelesaian diperolehi malah ADUN Batu Tiga tersebut beria-ia mempertahankan keputusan kerajaan negeri tersebut."Mengapa orang Melayu tidak boleh bertolak ansur dengan kuil Hindu? Cuba bayangkan perasaan penganut Hindu yang terpaksa mendengar azan dari surau berdekatan rumah mereka?Pertanyaan Rodziah ini bingkas dijawab oleh seorang penduduk, "Ini merupakan negara Malaysia yang Islam adalah Agama Persekutuan. Jangan nak samakan Islam dengan agama lain. Jika senang sangat mengapa tidak buat sahaj kuil-kuil tersebut di hadapan rumah YB?"Apabila ditanya kenapakah beliau tidak menjawab memo bantahan yang telah dihantar oleh penduduk. Beliau bingkas menjawab bahawa beliau tidak menerimanya. Apabila pihak penduduk menyerahkan surat berkenaan yang diakuterima oleh pejabat beliau, beliau yang agak kemalu-maluan mengaku dan meminta maaf kepada wakil penduduk kerana tidak membalasnya.Rodziah juga menjelaskan bahawa pemindahan tapak kuil tersebut bagi memudahkan kanak-kanak dan orang tua penganut Hindu ke kuil. Ini menimbulkan kemarahan penduduk yang datang. Salah seorang daripada mereka mempersoalkan penganut Hindu di seksyen berapa yang mudah. Jika dahulu di Seksyen 19 sekarang di Seksyen 22 apa bezanya? Bukankah mereka perlu bergerak juga. Jika diadakan di Seksyen 23 pun tentulah juga penganut hindu di seksyen 19, 20, 21 dan 22 juga perlu mencari pengangkutan.Seorang penduduk yang tidak dapat bersabar terus keluar sambil memarahi Rodziah, "Jangan bagi alasan-alasan yang bodohlah." Beberapa orang lain kelihatan marah yang agak sukar dibendung sehingga menepuk-nepuk meja. Wakil penduduk juga turut mempersoalkan tindakan Rodziah membawa beberapa gangster India berkumpul di bawah pejabatnya semasa sesi dialog tersebut. Namun beliau memberi alasan tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. Apabila beberapa penduduk termasuk penulis cuba bertindak ganas dengan mengugut gangster-gangster tersebut, akhirnya mereka mengakui bahawa mereka ditugaskan untuk menjaga EXCO-EXCO Kerajaan Pakatan Haram Selangor.Kami difahamkan kerajaan negeri telah mengarahkan PKNS memberi tanah komersial miliknya sebanyak 20, 000 kaki untuk pembinaan kuil tersebut. Kami bertanyakan soalan kepada YB bengap ini kenapakah tanah komersial milik PKNS diberi untuk pembangunan kuil tanpa melalui Pendengaran Awam seperti yang sering diperjuangkan DAP dan PKR semasa menjadi pembangkang? Beliau hanya terdiam tanpa berkata apa-apa.Inilah contoh YB Melayu bangsat yang mewakili Pakatan Haram Selangor.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT