SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Showing posts with label Dato Haji Abdul Rahman Bin Haji Palil. Show all posts
Showing posts with label Dato Haji Abdul Rahman Bin Haji Palil. Show all posts

Monday, December 28, 2009

Kejohanan Futsal Tertutup DUN SEMENTA






Semalam telah berlangung kejohanan futsal tertutup oleh Pergerakkan Pemuda UMNO Dun Sementa,. Kejohanan ini telah dihadiri 238 orang peserta yang mewakili 34 pasukan belia di sekitar DUN Sementa.

Dua gelangang futsal telah digunakan bagi melaksanakan kejohanan ini bagi ZON A kejohanan di Gelanggang Futsal D'soto Arena Kg Sungai Serdang dan Zon B di Gelanggang Futsal Batu 4. Manakala Final diadakan Di Gelanggang Futsal D'soto Arena.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Abdul Rahman Bin Haji Palil ADUN Bagi Kawasan Sementa. Dalam ucapan perasmian tersebut YB Dato Abdul Rahman bin Haji Palil rakyat masih menunggu-nunggu akan kemudahan fasiliti sukan untuk rakyat dari kerajaan pakatan.

berikut adalah pemenang kejohanan tersebut.

Tempat 1: Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Cempaka UTAMA
Tempat 2: Pergerakkan Pemuda UMNO CawanganSg Serdang jaya
Tempat 3: Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Cempaka Sari
Tempat 4: Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Kenangan

Monday, September 14, 2009

Pertandingan Kacau Dodol PPUM KAPAR

























DODOL adalah seni warisan kebudayaan bangsa melayu sejak turun termurun, DODOL antara satu jenis masakan yang mempunyai banyak maksud tersirat. Untuk menjadikan DODOL yang terbaik, Kenyal, tidak melekat, sedap, tidak terlalu manis dan sbgnya banyak benda yang harus dilakukan dan yang pastinya ianya tidak boleh dibuat seorang diri, kerjasama yang erat dan kesabaran yang hebat amat diperlukan selain daripada kesungguhan serta konsisten dalam mengacau dodol. Semuanya itu boleh diaplikasikan kedalam kehidaupan dan juga jentera parti.

Pada 12 September 2009 telah diadakan Pertandingan Kacau DODOL Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar yang mana kali ini Bandar Sultan Sulaiman telah berbesar hati menjadi tuan rumah kepada program tradisi ini.
Sebanyak 41 kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini yang mana melibatkan hampir 205 orang perserta. Tuan rumah sendiri menghantar 8 kumpulan.
Pertandingan ini telah dihadiri oleh Puan Norliza bt haji Ahmad ( EXCO Wanita UMNO Malaysia) merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar, Dato Haji Abdul Rahman Bin Hj Palil , Ketua UMNO Bahagian Kapar merangkap ADUN Sementa,, Dato Haji Faizal Bin Abdullah,(Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kapar) Tuan Haji Ghazali Bin Mohd Amin, (Naik Ketua UMNO Bahagian Kapar serta Cik Hanimasra Bt Marhani, ketua Pergerakkan Puteri UMNO Bahagian Kapar.
Mereka juga turut menyampaikan sumbangan kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding. Tahniah kepada semua peserta dan AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan program kali ini.

Monday, August 3, 2009

Kursus Jatidiri pemuda Kapar


























































Program JATI DIRI PEMUDA KAPAR telah berlangsung dari 31 JULAI 2009 hingga 2 OGOS 2009.. Dan telah dihadiri seramai 50 orang ketua pemuda cawangan dalam bahagian Kapar. Menurut Tuan Haji Mohd Roslee Abdul Hamid, program ini merupakan siri yang pertama..dan akan diadakan secara berkala dan selepas ini pimpinan pemuda di peringkat cawangan..dalam bahagian kapar. Program ini telah juga disertai oleh beberapa orang ajk pemuda bahagian. Menurut para peserta..setelah menghadiri kem ini ...mereka akan terus berjuang untuk mendapatkan kembali kerajaan selangor mengikut strategi dan ilmu yang telah mereka perolehi. Majlis perasmian penutup telah turut dihadiri oleh Tuan Haji Roslee Abdul Hamid, Saudara Sharul Nizal hj Ali, S/U Pemuda, ajk Pemuda Bahagian dan juga Ajk UMNO BHG KAPAR serta telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Abdul Rahman Palil, Ketua UMNO bahagian Kapar merangkap Adun Bahagian Sementa












TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT