SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, February 10, 2014

UMNO Online - “Lima Teras Utama Jamin Institusi Keluarga Bahagia – Khaled” plus 5 more

UMNO Online - “Lima Teras Utama Jamin Institusi Keluarga Bahagia – Khaled” plus 5 more

Link to UMNO Online

Lima Teras Utama Jamin Institusi Keluarga Bahagia – Khaled

Posted: 09 Feb 2014 03:51 AM PST

JOHOR BAHRU, 9 Feb — Agama, keselamatan, akal, maruah dan harta adalah lima teras utama bersifat sejagat yang wajar diberi perhatian bagi membina sebuah institusi keluarga yang bahagia, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Beliau berkata jika lima teras itu dipelihara, ia dapat mengukuhkan lagi semangat kekeluargaan.

“Ini mestilah dilakukan secara berterusan supaya institusi keluarga yang dibina dapat berfungsi dengan baik dan efisyen," katanya ketika merasmikan majlis Anugerah Keluarga Bahagia Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata setiap keluarga perlu menunjukkan kemesraan dan keserasian yang tinggi di antara mereka serta mempamerkan sikap timbang rasa dan fleksibiliti jika diuji pelbagai masalah.

Menurutnya kerajaan negeri amat menitikberatkan keharmonian sesebuah institusi kekeluargaan walaupun negeri itu rancak melakukan pelbagai aktiviti pembangunan.

"Kita menginginkan keseimbangan antara tuntutan pembangunan material dan pembangunan sosial supaya dapat membentuk pembangunan modal insan yang kuat demi masa depan negara,” kata beliau.

Mohamed Khaled berkata pelbagai program akan dilaksanakan kerajaan negeri bagi menyokong kesentosaan institusi kekeluargaan seperti program keibubapaan, program keluarga bahagia, modul keluarga sakinah dan karnival wanita.

Pada majlis itu, Anugerah Keluarga Bahagia kategori Melayu dimenangi oleh keluarga Sapon Ibrahim dari Muar, keluarga Loh Hang Kiang dari Daerah Pontian (kategori Cina), keluarga Kailasam Muthusamy dari Muar (kategori India) keluarga Abdul Rahman Ahmad (kategori Orang Asli).

Anugerah itu, anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT), diberi berdasarkan beberapa kriteria termasuk tempoh perkahwinan, jumlah anak, sumbangan kepada masyarakat dan negara serta kualiti yang ada dalam diri anak-anak mereka.

Turut hadir Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Asiah Md Ariff, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Obet Tawil dan Ketua Eksekutif YPKDT Zulkiflee Abbas.

MCA To Follow EC Guidelines Before Mobilising Election Machinery For Kajang By-Election

Posted: 09 Feb 2014 03:47 AM PST

KAJANG, Feb 9 — The MCA election machinery for the Kajang by-election will only be mobilised after the nomination of candidates said MCA President Datuk Seri Liow Tiong Lai.

He said MCA would abide by the Election Commission’s (EC) guidelines and would only start campaigning according to procedures.

“We will start campaigning once the EC gives the green light. For the time being, we are only in the preparatory stage,” he told reporters after chairing the Selangor MCA Liaison Committee meeting at the MCA Hulu Langat operations room, here, today.

Liow said he was aware that ‘some’ involved in the by-election were not following the EC’s guideline by involving in campaigning.

“…even just now I was informed by MCA divisions that some people were not following the directive from EC before they have started campaigning even before the nomination process.

“However, in MCA we are more interested in serving the people,” he said.

Asked if the MCA would lodge a police report, Liow said the party would not
lodge a report since the EC would soon be aware of the situation.

Asked about the identification of the short listed candidates, Liow reiterated that though the party had short listed a number of candidates, it was in the process of scrutinizing the candidates.

“MCA has short listed the candidates. We will be carrying out a public survey before submitting the names to the Barisan Nasional leadership. We are confident of naming the candidate before the nomination date,” he said.

As for Malaysian United Indian Party (MUIP) president Senator Datuk S. Nallakaruppan’s offer to contest in Kajang, Liow stressed that MCA had already decided to contest the seat.

Liow also announced that the Selangor MCA would host a Chinese New Year Open House at the Dewan Persatuan Hokkien Kajang on Feb 16, starting 7pm.

Semangat Perpaduan Penting Untuk Capai Kejayaan – Musa Aman

Posted: 09 Feb 2014 03:43 AM PST

TAWAU, 9 Feb — Semangat perpaduan yang kukuh merupakan antara matlamat penting dalam mencapai kejayaan pada masa akan datang, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata dengan adanya semangat perpaduan itu maka pembangunan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan teratur sehingga berjaya.

“Rakyat di negeri perlu bersyukur kerana dapat menikmati segala pembangunan negara selain hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

“Semangat perpaduan itu dapat dilihat melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat berbilang kaum di negeri ini khususnya sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut setiap tahun,” katanya kepada pemberita sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Parlimen Tawau di sini hari ini.

Mengulas mengenai sambutan itu, Musa berkata ia telah menjadikan amalan dalam usaha mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat sekeliling sejajar dengan matlamat kerajaan dalam memantapkan lagi perpaduan rakyat.

“Ia juga memberikan manfaat kepada masyarakat sekeliling dalam mengukuhkan lagi semangat perpaduan, kekitaan, perasaan muhibah dan harmoni yang sememangnya sinonim dalam konteks kepelbagaian budaya serta etnik di negeri ini,” katanya

Beliau berkata, selain itu ia turut melambangkan semangat kerjasama yang erat dan kukuh dalam menjayakan agenda nasional ke arah memperkukuhkan lagi perpaduan rakyat.

Sambutan itu dihadiri lebih 3,000 masyarakat pelbagai kaum dari sekitar daerah Tawau.

Pendidikan Perlu Diutamakan Untuk Ubah Taraf Hidup – Shafie Afdal

Posted: 09 Feb 2014 03:39 AM PST

SEMPORNA, 9 Feb — Pendidikan anak-anak perlu dijadikan keutamaan dalam usaha ibu bapa merubah taraf hidup dan ekonomi keluarga, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna kerana ia bukan sahaja memberi sumbangan kepada keluarga malah masyarakat serta pembangunan negara.

“Dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga, jangan sesekali mengabaikan pendidikan anak-anak kerana ia adalah sangat penting untuk mewujudkan masyarakat berilmu serta dapat memberi sumbangan dalam pembangunan negara,” katanya di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pulau Silawa dekat sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan melalui pemimpin tempatan juga akan sentiasa berusaha menyalurkan bantuan agar rakyat dapat meningkatkan taraf hidup menerusi peluang pembangunan di dalam dan di luar bandar.

Pada majlis itu, Mohd Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna meluluskan projek menambah baik jeti dan pembinaan tangki air bersih di pulau berkenaan.

“Saya berharap kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk keselesaan rakyat di Pulau Silawa ini di samping menjadikannya pemangkin dalam usaha meneroka sumber pendapatan di pulau ini,” katanya.

Pulau Silawa terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Semporna dan dihuni 456 orang penduduk, majoritinya nelayan.

Pemuda UMNO Malaysia Muktamad KPI Awal Bulan Depan – Khairy

Posted: 09 Feb 2014 03:36 AM PST

LUMUT, 9 Feb — Pemuda Umno Malaysia akan memuktamadkan indeks prestasi utama (KPI) pada mesyuarat exco awal bulan depan, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata perbincangan bersama pengerusi dan ketua pemuda Umno negeri mengenai KPI telah dijalankan sebelum ia diperhalusi oleh jawatankuasa pengurusan Umno.

“Awal bulan depan kita akan serah KPI kepada biro-biro. Saya telah maklumkan kepada biro, sasaran realistik perlu ada dalam program Pemuda Umno Malaysia yang perlu dicapai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutupan Retreat Kepimpinan Pemuda Umno Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata KPI yang akan diumum bulan depan itu amat spesifik kerana ia
tidak hanya KPI secara umum.

“Ada KPI yang dikongsi bersama contohnya penambahan anggota, semua terlibat tetapi ada KPI-KPI yang khusus untuk biro dan negeri,” katanya.

Khairy berkata KPI itu sebagai penanda aras dan sasaran bagi biro-biro dan ketua-ketua pemuda Umno negeri.

“Apa sahaja yang kita buat perlu ada kesan positif politik kepada BN, jangan melaksanakan apa yang tiada pulangan positif kepada kita,” katanya.

Mengenai program Pemuda Umno Malaysia bagi tempoh tiga tahun akan datang, beliau berkata setiap biro dan negeri diminta membentangkan sasaran masing-masing mengenai pencapaian dan keberkesanan program mereka.

“Antara pembaharuan yang telah kita tekankan kali ini adalah pencapaian pemuda Umno, biro-biro, pemuda-pemuda negeri tidak hanya diukur melalui berapa banyak program yang dianjurkan tetapi daripada kesan program tersebut atau outcome daripada program yang dianjurkan oleh Pemuda,” katanya.

“Kita perlu lihat daripada segi penambahan anggota, berapa orang yang dapat
didaftar untuk menjadi pengundi, berapa ramai dapat dijadikan sebagai penyokong BN dan juga pemuda Umno, barulah kita lihat (kesan) program yang dirancang,” katanya.

BN Sarawak Terima Keputusan Taib Untuk Bersara

Posted: 09 Feb 2014 03:30 AM PST

KUCHING, 9 Feb — Kesemua empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini mencapai kesepakatan untuk menerima keputusan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk meletak jawatan dan menyokong sesiapa sahaja yang beliau pilih menggantikannya.

Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui Taib sebagai presiden, kesepakatan itu disuarakan menerusi presiden parti komponen BN lain iaitu Tan Sri Dr James Jemut Masing (Parti Rakyat Sarawak), Tan Sri William Mawan Ikom (Parti Progresif Demokratik Sarawak) dan Tan Sri Peter Chin (Parti Rakyat Bersatu Sarawak).

“Kesemua pemimpin bersetuju untuk bekerja keras sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada 2016 dan Yang Amat Berhormat Pehin Sri (Taib) memberi jaminan beliau sentiasa sedia untuk memberi nasihat kepada kami,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara Taib dan pemimpin berkenaan serta anggota Dewan Tertinggi BN di ibu pejabat PBB di sini.

Taib, menurut Dr Rundi, menegaskan bahawa tiga pemimpin PBB — Timbalan Presiden Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Anggota Majlis Tertinggi Tan Sri Adenan Satem — merupakan bakal penggantinya.

Ditanya sama ada pengumuman Taib semalam membayangkan tarikh khusus persaraan dan bakal penggantinya, Dr Rundi menjawab: “Hanya Tuhan dan beliau (Taib) saja yang tahu.”

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT