SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, February 6, 2014

UMNO Online - “Pemuda Desak PBB Segera Campur Tangan Penindasan & Diskriminasi Etnik Rohingya” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda Desak PBB Segera Campur Tangan Penindasan & Diskriminasi Etnik Rohingya” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda Desak PBB Segera Campur Tangan Penindasan & Diskriminasi Etnik Rohingya

Posted: 05 Feb 2014 04:02 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO memandang berat dan serius di atas pembunuhan, penindasan, diskriminasi dan eksploitasi yang berterusan terhadap kaum etnik Rohingya di daerah Arakan , Myanmar.

Pengerusi Biro Hal-Ehwal Antarabangsanya, Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, setelah sekian lama Etnik Rohingya yang beragama Islam di Myanmar tidak di iktiraf kewarganegaraan mereka , ini menjadikan mereka kaum yang 'state-less' atau 'tanpa negara' .

"Laporan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa etnik Rohingiya adalah kaum minority yang paling dianiaya di dunia .

rohingya-muslim-myanmar-diskriminasi-buddhis-agama-etnik-minoriti

“Kami khuatir , jika penindasan ini berterusan , ini berkemungkinan etnik ini akan di hapuskan sama sekali , seperti apa yang telah berlaku di Bosnia-Serbia pada tahun 1992-1995.

“Myanmar, yang juga merupakan rakan Asean, seharusnya menunjukkan sikap toleran dan adil di dalam isi etnik Rohingiya di negara mereka," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, Malaysia yang akan mempengerusikan Asean tahun 2015, dan rakan Asean yang lain harus memainkan peranan yang instrumental dan proaktif , bagi membantu menyelesaikan perkara ini .

Perkara yang berlaku ini amat jelas telah mencabul hak asasi mereka sebagai rakyat di dunia , menurut Artikel 3 Hak Asasi Manusia , untuk berhak hidup , bebas dan mendapat jaminan keselamatan yang sepenuhnya.

kerajaan-tentera-rohingya-muslim-myanmar-diskriminasi-burma-agama-etnik-minoriti

Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB juga mengiktiraf maruah dan hak sama rata tidak terpisah yang melibatkan semua warga dunia.

"Biro Antarabangsa Pemuda UMNO akan mengadakan perjumpaan dengan wakil United Nations ( PBB ) di Malaysia , untuk mendesak campurtangan yang segera oleh PBB melalui Majlis Keselamatan, bagi menghentikan sebarang bentuk penindasan , diskriminasi dan eksploitasi ke atas kaum Rohingya di Barat Myanmar, seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi perkara ini.

Biro Antarabangsa Pemuda UMNO juga akan menghantar satu pasukan 'mencari-fakta' di daerah Arakan , Myanmar Barat , untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat dan terkini di dalam perkara ini.

Pada masa yang sama , pihak kami akan menghantar nota bantahan kepada kedutaan Myanmar di Malaysia untuk menyatakan keprihatinan kami dan kekesalan di atas penindasan kaum Rohingya Islam di daerah Arakan , Myanmar," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Tiada Kenaikan Tol Tahun Ini – Muhyiddin

Posted: 05 Feb 2014 03:46 AM PST

PUTRAJAYA, 5 Feb  - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tahun ini dan kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat.

Timbalan perdana menteri berkata pampasan itu adalah untuk syarikat konsesi di sekitar Lembah Klang yang sepatutnya menaikkan kadar tol.

Beliau memberitahu sidang media mengenai keputusan itu selepas mesyuarat jawatankuasa khas bagi menangani masalah kos sara hidup, yang dipengerusikan beliau di sini hari ini.

Muhyiddin berkata banyak lagi syarikat konsesi termasuk Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) tidak menaikkan tol.

“… macam PLUS tak naik, dan banyak lagi syarikat konsesi sekarang ini, ada 29 syarikat konsesi semuanya, cuma yang terlibat ialah kawasan sekitar Lembah Klang, kalau tak silap saya ada sembilan syarikat konsesi,” katanya.

Selain itu menurutnya jawatankuasa berkenaan juga bersetuju untuk meminta Kementerian Kerja Raya membuat kajian menyeluruh berhubung konsesi tol sedia ada dalam konteks jangka panjang, sekiranya ada cara-cara yang boleh dilakukan untuk berunding semula dengan pemilik konsesi berkaitan kutipan tol.

“.. kalau ada terma-terma yang boleh dipersetujui bersama, termasuk untuk lanjutkan tempoh konsesi sebagai satu cara menentukan kadar tol tidak dinaikkan di masa hadapan, ini boleh dibincangkan.

“Jawatankuasa hari ini bersetuju supaya Kementerian Kerja Raya mengadakan perbincangan awal dengan semua syarikat konsesi untuk hasrat itu,” katanya.

Police Arrest 44,343 Suspects In “Op Cantas Khas” – IGP

Posted: 05 Feb 2014 03:40 AM PST

KUALA TERENGGANU, Feb 5  - Police arrested 44,343 suspects in “Op Cantas Khas” until Dec 31, last year since the nationwide special anti-crime operation was launched on Aug 17.

Inspector-General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar said the operation obviously had positive results, whereby the crime index dropped by 4.3 per cent.

He said of the number arrested, Malays made up 19,444, followed by other races (10,329), Indians (9,370) and Chinese (5,200).

“Malays also comprised the biggest number, at 592,295, among those checked by police, followed by other races (317,938), Chinese (244,546) and Indians(213,630), bringing to a total of 1,368,410, while 807,319 vehicles were also inspected during the operation.”

Khalid said this at the Bicara Tokoh Programme which discussed national security issues from the perspective of the Royal Malaysian Police (PDRM), at  Universiti Malaysia Terengganu (UMT), here, today.

The talk programme was also attended by UMT vice-chancellor Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo and Terengganu police chief Datuk Jamshah Mustapa.

Khalid said PDRM had also formed an elite tactical team known as the Special Task Force on Organised Crime (STAFOC), specifically to tackle and manage the problems of serious crime, gangsterism, illegal gambling, prostitution, human trafficking, and drug trafficking by syndicates, effective Jan 1, this year.

He said overall, the crime index for the January-December 2013 period went down by 4.3 per cent, from 153,669 cases in 2012 to 147,073 cases in 2013.

“This achievement is only 0.7 per cent short of the targeted five per cent under the National Key Result Area (NKRA) of reducing crime.”

On narcotic crime, he said police arrested 175,198 offenders in 2013 compared to 171,649 in 2012, an increase of two per cent.

“From the operations conducted, the Narcotics Crime Investigation Department also seized 11.32 tonnes, 42,718 litres and 1.12 million pills of various types of drugs, estimated to be worth a total of RM402.73 million, up six per cent from RM381.09 million in 2012.”

Khalid said during the one-month long Narcotics “Op Cantas Khas” that ended last Dec 20, 14,896 arrests were made involving 14,138 cases, with the drugs seized worth RM30.82 million.

Four illegal drug processing labs were also uncovered and 16 more arrests made.

On cyber crime, Khalid said overall, the Commercial Crime Investigation Department had recorded a drop of 72.7 per cent from the number of cases in 2012.

“We believe that there is increasing public awareness on cyber crime despite the scams by syndicates getting more crafty and sophisticated,” he said.

Gerakan Confident BN Will Wrest Back Kajang Seat

Posted: 05 Feb 2014 03:35 AM PST

MELAKA, Feb 5  - Gerakan president Datuk Mah Siew Keong is confident that Barisan Nasional (BN) is capable of wresting back the Kajang state seat in the by-election on March 23, with the right strategy of its component parties.

He said this was because voters could see for themselves that the by-election was a political game by Parti Keadilan Rakyat (PKR) leaders facing a personal crisis.

“It is a game by PKR…not to benefit the people, but more for the personal gain of its leader (PKR adviser) Datuk Seri Anwar Ibrahim,” he told reporters after visiting Melaka Chief Minister Datuk Seri Idris Haron at Seri Negeri here today.

Mah said Gerakan, which had almost 1,000 members in Kajang, Selangor, had formed a committee led by Selangor Gerakan chairman David Ang Chin Tat to face the by-election.

Today, the Election Commission fixed March 23 for polling and March 11 as nomination day for the Kajang by-election.

The by-election is being held, following the resignation of PKR’s Lee Chin Cheh from the Kajang state seat on Jan 27.

Mah said Gerakan would send a message to voters that the country’s administration under the leadership of Datuk Seri Najib Tun Razak as prime minister was the best.

“Najib’s vision is the best for the country’s prosperity and progress, as well as for Selangor itself,” he said.

In another development, he said the party was in the process of identifying candidates as early preparation for the 14th general election.

“Moreover, Gerakan’s main performance index for the next general election is to field 70 per cent candidates from among those aged below 50, to give a chance to new faces,” he said.

Kata Nak Jaga Kebajikan Rakyat, Kakitangan PHSB Pun Tak Terbela

Posted: 05 Feb 2014 02:17 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Feb – Pemuda UMNO Selangor hari ini melahirkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku kepada hampir 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn. Bhd. (PHSB).

Ketuanya Zainuri Datuk Zainal berkata apa yang menimpa kakitangan tersebut cukup menyedihkan dan mereka seolah-olah tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak terbabit.

pekerja-pkns-phsb-selangor-dipecat-serta-merta-notis-kerajaan-negeri-pakatan-khalid

Menurut beliau atas apa jua alasan sekali pun, kakitangan terbabit tidak sewajarnya diperlakukan sedemikian rupa yang menyerlahkan hipokrit kepimpinan kerajaan negeri yang lantang melaungkan negeri berkebajikan.

"Kata nak jaga kebajikan rakyat…..Mereka itu bukan rakyat ke?….kena lihatlah jasa dan juga khidmat bakti mereka selama ini dan bukannya diperlakukan sedemikian yang mana ianya cukup menyedihkan.

"Bukankah mereka ada keluarga…bagaimana mereka mahu meneruskan kehidupan seharian selepas ini. Sekarang ini siapa yang zalim…Bayangkan jika perkara yang sama berlaku di bawah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Saya percaya pelbagai suara lantang yang akan keluar…..BN zalimlah…..Tidak berhati perutlah..tidak sepatutnyalah…dan pelbagai tohmahan lain yang akan keluar,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mempersoalkan apakah tidak ada jalan lain yang boleh difikirkan oleh kerajaan negeri khususnya dalam menangani perkara berkenaan.

"Apa pun yang berlaku dan apa pun kontroversi yang berlaku, kena lihat dan pandang dari semua sudut sebelum mengambil sebarang keputusan. Ini melibatkan periuk nasi rakyat juga," ujarnya.

Memetik laporan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn. Bhd.(PHSB) semalam memecat 30 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa semalam.

Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi tadi selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria

Manakala PKNS menerusi kenyataannya pada Rabu menyifatkan pemecatan seramai 20 kakitangan PHSB merupakan langkah perkhidmatan cekap atau ‘value for money’.

Menurut kenyataan itu, keputusan menamatkan kontrak dibuat dalam satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelak pertindihan tugas.

Sebelum ini, Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif PKNS, Norita Mohd Sidek ditukar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkuatkuasa serta-merta, berikutan isu pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 10 Januari lalu. -MediaUMNO

Campaign Period For Kajang By-Election Sufficient – Party Leaders

Posted: 05 Feb 2014 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 5  - Leaders of Barisan Nasional (BN) component parties and the opposition were happy with the campaign period for the Kajang by-election, which they feel will allow all parties to implement their strategies.

Selangor Umno Liaison chief Datuk Seri Noh Omar said Selangor BN are ready and waiting for directives from BN chairman Datuk Seri Najib Tun Razak, and the nomination of the candidate.

“Selangor BN are happy with the EC’s (Election Commission) announcement on the campaign period and I hope opposition parties don’t say they’re not happy after this,” he said when contacted by Bernama here today.

EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Yusof announced the Kajang by-election will be held on March 23 and nomination on March 11.

The seat fell vacant after its incumbent, PKR’s Lee Chin Cheh, resigned on Jan 27.

Umno Information chief Datuk Ahmad Maslan said all parties have begun various methods of campaigning and the period given will give an advantage to independent or party candidates.

“We hope the EC will be able to carry out the by-election well,” he said.

He hoped that Kajang voters and the public realise that the by-election, expected to cost RM1.6 million, should not take place because of the personal interest of an opposition leader.

Gerakan president Datuk Mah Siew Keong said they have formed a committee to prepare campaign programmes for the by-election.

While expressing his confidence in BN to retake the Kajang state seat, he said Gerakan will also go down to the field and go door to door to spread information and the government’s aspirations to the voters.

“Nomination and polling is next month. The campaign period is also sufficient for all parties. I hope the by-election will run smoothly and all quarters need to be responsible in avoiding controversy,” said Mah.

He said although Gerakan would not be fielding a candidate, it will support any candidate running for BN.

MCA deputy president Datuk Wee Ka Siong said the party has held several meetings to discuss the campaign approaches and strategy for the by-election.

“There’s no problem with the duration of the campaign period,” he said, adding that MCA will work hard to ensure BN’s win.

DAP election strategy planner Dr Ong Kian Ming said the opposition, DAP in particular, will use the 12-day campaign period wisely to help their candidate win.

He said he expects the majority not to be as big as the last, based on several factors including difficulty of Chinese voters to go home and vote because they just recently celebrated Chinese New Year.

PAS election director for the Kajang by-election, Dr Hatta Ramli said, he was not comfortable with the EC’s decision for nomination day on a Tuesday, which is a working day.

The Kuala Krai MP said the date will interfere with the mobility of party supporters, especially those who live far from the area.

“I prefer the weekend…Saturday or Sunday, so that we can give more focus,” he said.

KLIA2 Akan Dibuka Ikut Jadual – Hishammuddin

Posted: 05 Feb 2014 01:38 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Feb - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata tiada sebarang tarikh penangguhan untuk tarikh pembukaan KLIA2 dan menegaskan lapangan terbang itu akan tetap dibuka pada 2 Mei.

Kegagalan kontraktor usaha sama UEMC-Bina Puri mendapatkan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) tidak akan menangguhkan penyiapan projek ikonik KLIA2, katanya.

Lebai Malang, Pak Kaduk dan Pak Turut Kekal Jadi Imej Pas Dalam Pembangkang

Posted: 05 Feb 2014 01:07 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Karektor Lebai Malang, Pak Kaduk dan Pak Turut terus menjadi imej Pas apabila sekali lagi peranan parti tersebut di dalam perancangan, atau pun kepimpinan d iperingkat negeri Selangor diketepikan, khususnya berhubung perancangan peralihan kuasa di DUN Kajang baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata sebagai sebuah parti Islam yang sudah berpuluh tahun ditubuhkan, agak malang apabila Pas akhirnya terpaksa tunduk kepada apa juga keputusan PKR dan DAP di dalam pakatan mereka.

karpal-dap-tolak-hudud-negara-islam-pas-sergah-kalimah-allah

"Kita boleh lihat ini berlaku di Selangor. Pas mempunyai kelebihan kerusi berbanding PKR dalam PRU ke 13 sebelum ini. Sepatutnya pemimpin Pas yang dilantik menjadi MB Selangor, bukannya PKR jika berdasarkan kelebihan kerusi yang dimenangi. Namun itu tidak berlaku.

"Bagi saya, kepimpinan Pas patut sedar bahawa parti mereka lebih layak untuk memimpin dan mentadbir kerajaan negeri, namun akibat kelemahan kepimpinan Pas di Selangor, mahupun di pusat yang terlalu akur dengan kehendak Anwar, maka pimpinan PKR yang dilantik menjadi MB," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Rentetan kisah Lebai Malang Pas berterusan berdasarkan perkembangan terbaru yang melibatkan pilihanraya kecil DUN Kajang, di mana Pas langsung tidak tahu menahu berhubung keputusan untuk mengosongkan DUN Kajang bagi memberikan laluan kepada Anwar bertanding, ujarnya.

"Pengosongan DUN Kajang, tiada peranan penting di dalam pentadbiran di Selangor, sudah cukup untuk memperlihatkan bahawa sememangnya kepimpinan Pas hari ini bagaikan telah dicucuk hidung oleh Anwar Ibrahim.

"Biarpun keputusan itu cuba dialas dengan pelbagai alasan pelik dari kepimpinan PKR, namun Pas tidak dapat membantah atau berbuat apa-apa, biarpun ianya satu pembaziran yang nyata. Jelas, pemimpin Pas hari ini amat lemah untuk menentang kebatilan yang berlaku di depan mata mereka," tegasnya.

dap_karpal_anwar_pkr_guna_peralat_pas

Tambahnya, jika kebatilan yang berlaku di depan mata, begitu juga  tekanan dan desakan DAP berhubung pelbagai isu sentisitif dan agama tidak dapat Pas tangani, bagaimana rakyat khususnya umat Islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini mahu meletakkan harapan kepada parti tersebut untuk membela Islam, bangsa dan tanahair.

"Jika kebatilan di depan mata pun pimpinan Pas tidak mampu nak perbetulkan, bagaimana mereka mahu membela Islam, bangsa Melayu dan tanahair daripada diperkotak katikkan oleh pemimpin cauvinis DAP dan pemimpin aliran liberal di dalam PKR?

"Saya yakin rakyat, khususnya orang Melayu di negara ini tidak lagi mampu untuk bergantung harapan dengan Pas dalam menegakkan Islam, membela nasib bangsa dan memperkukuh negara, dengan kelemahan kepimpinan Pas yang begitu ketara hari ini," akhirinya. -MediaUMNO

UMNO Bukit Bintang Anjur Program Cintai Rasul Pada Feb Ini

Posted: 05 Feb 2014 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Feb – UMNO Bahagian Bukit Bintang melalui Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Bintang akan menganjurkan majlis Maulidur Rasul pada 9 Februari ini bermula pukul 6.30 petang hingga 10 malam bertempat di Masjid Al Bukhary, Kuala Lumpur.

maulidur-cintai-rasul-bukit-bintang-wilayah-2014-habib-ali-sagaf-zaenal-abidin

Menurut Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Mohd Zainal Abidin Rafique, majlis ini dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada umat Islam di sekitar Kuala Lumpur berkumpul dan bersama-sama menghayati sirah perjuangan  Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dalam membimbing manusia ke jalan yang diredha Allah SWT.

"Selain itu, ceramah tersebut juga akan memberi penekanan kepada pentingnya ajaran yang dibawa oleh agama Islam yang sentiasa mementingkan kepada keamanan dan memupuk semangat kerjasama serta menghormati diantara satu sama lain supaya kehidupan yang dilalui lebih bermakna dalam suasana penuh harmoni, " ujarnya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat  Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor bersama beberapa pimpinan masyarakat dan badan bukan kerajaan dijangka akan turut hadir di dalam majlis tersebut.

Pendakwah terkenal, Al Habib Al Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid turut diundang sebagai penceramah utama pada malam tersebut. Orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program. -MediaUMNO

altArR_Dgbk9rXtggaQPROdKS770NfUHZhV_6RkbanU04fN

‘Ops Selamat’ Brings Down Accident Rate

Posted: 04 Feb 2014 11:42 PM PST

KUALA LUMPUR, Feb 5 – The integrated traffic enforcement operation codenamed ‘Ops Selamat’, in conjunction with the Chinese New Year celebration, succeeded in reducing the number of accidents and fatalities, said Deputy Minister of Home Affairs Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

The number of accidents recorded during the period was 11,788 cases compared with 13,550 cases during the festive period last year.

The number of fatal accidents also dropped 11 per cent compared to the corresponding period of 2013 at 129 cases as against 145 cases in 2013.

“Although the Ops Selamat has entered its 13th day and will end in two-days’ time, 80 per cent of road users have returned to work and I am confident the accident rate will remain low,” he told reporters during the ‘Ops Selamat’ at the Gombak Toll Plaza, here today.

Also present were the Bukit Aman Director of Internal Security and Public Order, Datuk Salleh Mat Rasid and Bukit Aman Director of Traffic, Datuk Abdul Aziz Yusof.

Wan Junaidi said besides reducing the accident rate following the monitoring  by the police and various security agencies, ‘Ops Selamat’ had also succeeded in reducing the incidence of house breakings during the festive season with 745 cases reported compared with 807 cases during the corresponding period last year.

“It shows a reduction of 62 cases or eight per cent. This was due to the full cooperation of the community in reporting to the police when they were returning to their home towns and the police could monitor their homes more effectively while the tenants were away on leave,” he said.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT