SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, February 3, 2014

UMNO Online - “NGO Buat Laporan Polis Berhubung Klip Video Hina PM, Kerajaan” plus 2 more

UMNO Online - “NGO Buat Laporan Polis Berhubung Klip Video Hina PM, Kerajaan” plus 2 more

Link to UMNO Online

NGO Buat Laporan Polis Berhubung Klip Video Hina PM, Kerajaan

Posted: 02 Feb 2014 04:09 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Empat badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis meminta tindakan diambil terhadap seorang wakil rakyat kerana menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta kerajaan.

Laporan dibuat terhadap anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang didakwa terbabit dalam pembikinan klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia’ sempena Tahun Baharu Cina itu, dimuat turun dan tersebar meluas dalam laman YouTube sejak lima hari lepas.

teresa-kok-video-hina-sindir-dap-rasis-pm-kerajaan-onederful-tahun-baru-raya-cina-2014

NGO terbabit adalah Persatuan Aduan Rakyat, Persatuan Inspirasi Melayu Gombak (Impak), Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) dan Gabungan NGO Daerah Gombak.

Pengerusi Persatuan Aduan Rakyat yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah berkata laporan itu meminta polis bertindak terhadap pihak yang terbabit dalam mengarah dan menerbit klip video yang disifatkan boleh menggugat perpaduan kaum.

“Klip yang tersebar luas ini telah mengutuk Perdana Menteri, isterinya dan mengkritik kerajaan. Malahan klip ini mampu mencetuskan masalah perkauman dengan melaga-lagakan kaum di negara ini. Kami meminta polis menyiasat dengan segera.

“Kami juga berharap Teresa Kok meminta maaf dan menarik balik klip video itu,” katanya selepas membuat laporan polis kira-kira pukul 1.30 tengah hari di Balai Polis Gombak hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Impak, Muhammad Naguib Kaharuddin meminta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat secara menyeluruh berhubung klip video terbabit.

Klip video berdurasi 11 minit 39 saat itu memaparkan empat individu termasuk Teresa sedang berbual dan membincangkan pelbagai isu berkaitan kaum dan negara.

Di PUTRAJAYA, sebanyak 17 NGO di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu  menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Kok yang dianggap biadab dan kurang ajar mengikut Akta Hasutan 1948.

Pengerusi Persatuan Jaringan Kaseh Ixora Putrajaya Zarina Ismail berkata beliau yang mewakili 17 NGO berkenaan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan anggota Parlimen Seputeh itu yang mempersendakan kepimpinan negara dan memperlekehkan pentadbiran kerajaan.

Sehubungan itu, beliau bersama-sama NGO berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

“Teresa berani membuat video itu kerana menganggap tiada pihak yang akan mengambil tindakan terhadapnya…perbuatan Teresa itu adalah sangat kurang ajar dan tujuannya hanya untuk kepentingan politik semata-mata dan membawa budaya politik yang tidak matang,” katanya.-MediaUMNO

Kerajaan Bina 28,599 Rumah Mesra Rakyat Dengan Subsidi Hampir RM572 Juta

Posted: 02 Feb 2014 04:02 AM PST

TANJUNG MALIM, 2 Feb – Kerajaan telah membina 28,599 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan kos RM1.858 bilion melibatkan subsidi sebanyak RM571.9 juta, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata langkah itu sebagai usaha membantu setiap isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah dengan itu membantu meringankan beban mereka.

“Inilah bukti kerajaan bertanggungjawab dan kita akan perkembangkan lagi RMR bagi membantu rakyat dalam menghadapi kos hidup yang semakin meningkat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah RMR 1Malaysia di Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Kampung Balun, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Presiden Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh.

Ahmad Maslan berkata melalui Bajet 2014, kerajaan telah meluluskan pembinaan 8,000 RMR yang akan dilaksanakan oleh SPNB.

Katanya terdapat tiga jenis RMR iaitu rumah berkeluasan 1,000 kaki persegi yang dijual pada harga RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000.

Rumah yang berkeluasan 850 kaki persegi dijual pada harga RM55,000 dengan subsidi RM17,500 manakala rumah yang berkeluasan 700 kaki persegi dijual pada harga RM45,000 dengan subsidi RM15,000 setiap unit.

Ahmad Maslan berkata selain RMR, SPNB juga akan membina 15,122 unit Rumah Mampu Milik dan 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat tahun ini.

“SPNB diminta untuk menyiapkan pada tahun ini sebanyak 26,122 unit rumah keseluruhannya,” katanya.-MediaUMNO

Tindakan Perlu Diambil Ke Atas MP Seputeh Berhubung Video – Mohd Shafie

Posted: 02 Feb 2014 03:58 AM PST

KOTA KINABALU, 2 Feb – Tindakan perlu diambil ke atas anggota Parlimen Seputeh di Selangor Teresa Kok berhubung video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina yang diterbitkannya baru-baru ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

shapie-apdal-menteri-naib-presiden-umno-bn-sabah

Sambil melahirkan rasa kesal terhadap tindakan anggota Parlimen itu, Mohd Shafie berkata video bertajuk ‘Onderful Malaysia’ turut memaparkan seorang tetamu yang mempersendakan masyarakat Lahad Datu, khususnya dalam menarik pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Beliau berkata perasaan masyarakat di Sabah, khususnya di Lahad Datu, masih bersedih (berikutan insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo tahun lepas).

“Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.

Beliau menjelaskan insiden pencerobohan militan itu, yang turut mengorbankan anggota keselamatan negara yang bukan sahaja berasal dari Sabah, tetapi juga dari Sarawak dan Semenanjung, tidak harus diperkecilkan dan dijadikan bahan gurauan.

Dalam video yang dimuat naik dalam laman sesawang Youtube berdurasi 11:39 minit, seorang daripada tetamu dikenali sebagai Master Yan Yan berkata “you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire (anda boleh melancong ke Sabah dan berpeluang melihat lanun dengan pertunjukan bonus, penculikan dan babak tembakan)”.-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT