UMNO Online - “Industri Pembinaan Dijangka Terus Meningkat Dengan Projek Berimpak Tinggi” plus 9 more |
- Industri Pembinaan Dijangka Terus Meningkat Dengan Projek Berimpak Tinggi
- Pakar Perubatan Kecemasan Akan Ditambah Setiap Tahun, Kata Timbalan Menteri Kesihatan
- Pendedahan Jusuf Kalla Tidak Mengejutkan, Anwar Memang Kaki Putar Alam – Iszeham
- BN Kedah Kerja Keras Baiki ‘Labu Rosak’ Tinggalan Pas
- Pembangkang Cakap Banyak Tapi Bertangguh Bawa Bukti Ke Mahkamah
- Najib Repeats Promise To Reduce Car Prices
- Kerajaan Sedia Terima Pandangan Mengenai TPP Sebelum Dimuktamadkan Akhir Tahun Ini
- Penyertaan Tenaga Kerja Wanita Mesti Ditingkatkan, Kata Najib
- Investing In Well-Being Of Girls, Women Is A Smart Move – Najib
- Pengurangan Harga Kereta Akan Dibuat Secara Berperingkat Sehingga 2017, Mustapa
Industri Pembinaan Dijangka Terus Meningkat Dengan Projek Berimpak Tinggi Posted: 28 May 2013 02:20 AM PDT JOHOR BAHARU, 28 Mei – Industri pembinaan negara dijangka terus meningkat tahun ini dengan pelbagai projek berimpak tinggi yang diumum dan sedang dilaksanakan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof. Beliau berkata peningkatan itu terbukti apabila kadar pertumbuhan industri binaan bagi suku pertama tahun ini mencatatkan 14.7 peratus berbanding kadar pertumbuhan bagi keseluruhan ekonomi negara sebanyak 4.1 peratus. “Keseluruhan projek pembinaan pada tahun ini dijangka bernilai RM110 bilion. Adalah dijangkakan pertumbuhan sektor pembinaan tahun ini kekal mapan kerana disokong 52 projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dianggarkan bernilai RM230 bilion,” katanya kepada pemberita selepas majlis graduasi 427 pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan, di sini hari ini. Turut hadir, Timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Ir Hasni Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim. Fadillah berkata antara projek berimpak tinggi itu termasuk Projek Greater Kuala Lumpur/Klang Valley dan pembinaan lebuh raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak sepanjang 2,300km yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun. Dalam pada itu, Fadillah berkata enam ABM akan diberi sijil pentauliahan sebagai Pusat Akreditasi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sebagai usaha memastikan pekerja binaan mencapai standard minimum yang disyaratkan. Katanya langkah itu penting sebagai persediaan mewajibkan pekerja mahir diakreditasi sebelum dibenarkan bekerja di tapak binaan apabila Akta 520 Lembaga Industri Pembinaan diwartakan kelak. “Apa yang penting, kita mahu lahirkan modal insan kerana ia amat diperlukan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Kita kena lahirkan tenaga mahir, bila ada tenaga mahir barulah ada persaingan,” katanya. |
Pakar Perubatan Kecemasan Akan Ditambah Setiap Tahun, Kata Timbalan Menteri Kesihatan Posted: 28 May 2013 02:12 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Mei – Kerajaan akan menambah jumlah pakar perubatan kecemasan di hospital seluruh negara pada setiap tahun bagi mengendali dan merawat kes-kes kemalangan. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata penambahan tenaga pakar itu perlu memandangkan Malaysia mencatat jumlah kemalangan yang tinggi. “Buat masa ini Malaysia mempunyai lebih 120 pakar perubatan kecemasan, kesemuanya adalah lulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). “Jumlah pakar perubatan kecemasan ini masih rendah dan ia tidak mencukupi untuk merawat mangsa kemalangan khususnya mangsa kemalangan jalan raya di seluruh negara,” katanya. Sehubungan itu, beliau berkata kementerian mensasarkan untuk menambah jumlah pakar berkenaan menerusi kerjasama dengan UKM, UM dan USM. Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan ‘The 3rd International Clinical Conference of Emergency Medicine 2013′ (ICCEM 2013) bertema ‘Pengurusan Kualiti Total dalam Aliran Klinikal Perawatan Kecemasan dan Trauma..Satu Proses Transformasi’. Persidangan tiga hari itu bermula hari ini dianjurkan oleh Malaysia Society for Traumatology and Emergency Medicine (MSTEM) dengan kerjasama The Malaysia College of Emergency Physicians (MCEP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Seramai 500 peserta dari dalam dan luar negara menghadiri persidangan itu. Turut hadir Presiden MSTEM dan MCEP yang juga Pengerusi ICCEM 2013, Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah. Mengenai persidangan itu, Dr Hilmi berkata kehadiran penceramah tempatan dan antarabangsa yang pakar dalam bidang perubatan kecemasan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para perserta. Persidangan itu tidak saja membentangkan kertas kerja seperti kebiasaan tetapi juga membentangkan kes-kes yang pernah dikendalikan pakar perubatan kecemasan dari dalam dan luar negara. |
Pendedahan Jusuf Kalla Tidak Mengejutkan, Anwar Memang Kaki Putar Alam – Iszeham Posted: 28 May 2013 02:09 AM PDT PANDAN, 28 Mei – Pendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Republik Indonesia, Jusuf Kalla bahawa Anwar Ibrahim mungkir janji sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pemimpin pembangkang itu memang dikenali sebagai 'sesumpah' dan kaki putar alam. Menurut Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Mohd Iszeham A Hamid, jika hendak disenaraikan segala penipuan Anwar Ibrahim, sudah pasti senarai tersebut akan panjang berjela. "Jika kita singkap kembali cerita pasal Anwar, terlalu banyak penipuan yang dibuatnya sehinggakan kita tidak tahu bila masa dia berkata benar. "Masa dalam penjara dulu pun dia dah banyak menipu misalnya dia pernah cakap telah disuntik dengan suntikan HIV tapi sehingga kini kita lihat dia sihat walafiat. Masa kempen PRU-13, dia cakap akan bersara sekiranya gagal menawan Putrajaya tapi bila dah terbukti gagal, dia tidak mahu bersara juga dan kononnya PRU-13 tidak telus. "Jadi, apa yang hendak dihairankan dengan pendedahan Jusuf Kalla. Menipu memang sudah menjadi darah daging Anwar Ibrahim. Segala penipuan yang dicipta olehnya sudah pasti akan ada orang lain yang terpalit getahnya tapi apa yang pasti BN dan Datuk Seri Najib Tun Razaklah yang sering dipersalahkan dalam semua perkara," ujarnya kepda UMNO-Online. Tambahnya lagi, rakyat seharusnya boleh menilai berapa banyak penipuan yang dilakukan oleh Anwar dan pakatan pembangkang sepanjang proses PRU-13 termasuklah isu pengundi hantu, tetapi sehingga kini tiada satu pun tuduhan yang dilemparkan oleh mereka berjaya dibuktikan. "Saya menyeru kepada semua penyokong Anwar terutamanya bangsa Melayu agar melihat dan menilai siapakah Anwar sebenarnya. Inilah identiti Anwar yang suka menipu dan menipu. Kita sebagai umat Islam mesti berpegang kepada janji dan janji wajib ditunaikan. "Manusia seperti Anwar ini harus kita tolak. Dia tidak layak diangkat menjadi seorang pemimpin. Saya percaya, selagi agendanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai, selagi itulah dia tidak akan berpuas hati. Pasti ada sahaja perkara yang akan dilakukan demi merealisasikan impiannya walau terpaksa menggadaikan keharmonian negara," tambah Iszeham lagi. Sebelum PRU ke-13, Jusuf Kalla dilaporkan telah mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Anwar dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kedua-dua pihak menghormati sebarang keputusan yang bakal berlaku pada pilihan raya umum tersebut. Bagaimanapun, Najib secara terbuka menerima dan bersetuju dengan perjanjian yang diatur oleh Jusuf kalla demi memulihara keamanan dan kestabilan negara.Sabtu lalu akhbar Wall Street Journal (WSJ) dikatakan telah mendedahkan dakwaan Jusuf Kalla bahawa Anwar telah melanggar perjanjian tersebut. Jusuf Kalla dilaporkan sebagai berkata bahawa Anwar enggan menerima keputusan PRU ke-13 ketika dihubunginya sehari selepas pilihan raya.- MediaUMNO |
BN Kedah Kerja Keras Baiki ‘Labu Rosak’ Tinggalan Pas Posted: 28 May 2013 01:55 AM PDT AYER HANGAT, 28 Mei – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu menyaksikan kegemilangan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali negeri Kedah dari pemerintahan Pas dengan masej jelas bahawa rakyat Kedah tidak mahu terus sengsara berada di bawah pentadbiran Pas yang dilihat caca marba sehingga rakyat menjadi mangsa. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Mohd Rawi Abdul Hamid, di dalam kegembiraan tersebut sudah pastinya membawa satu amanah dan tanggungjawab yang amat besar untuk dilaksanakan di negeri Kedah apatah lagi selepas lima tahun Pas memerintah Kedah telah membuka mata rakyat bahawa BN adalah parti terbaik untuk disandarkan harapan membela nasib rakyat. Jelas beliau, BN harus membaiki kelemahan ketika menjadi kerajaan negeri dahulu sehingga menyaksikan BN hilang kuasa di Kedah pada PRU-12. "Kini kita kembali di Kedah, bukan sahaja kita perlu perbaiki segala 'lubang' yang tinggalkan oleh Pas tetapi kita juga perlu baiki segala kelemahan ketika menjadi kerajaan negeri dahulu. "Saya yakin, seluruh rakyat Kedah mahu melihat perubahan besar yang positif di negeri Jelapang Padi ini. Kemusnahan yang ditinggalkan harus kita baiki dengan segera disamping membawa perubahan transformasi bagi membuktikan kepada rakyat BN adalah parti terbaik.” Katanya, taraf ekonomi rakyat dan keadaaan sosio-ekonomi perlu diberi perhatian dan dirancakan semula sebagaimana di Langkawi yang dicadangkan agar feri 1Malaysia diwujudkan untuk mengatasi masalah feri sedia ada. "Kita perlu rancakkan kembali sektor pelancongan di Langkawi. Walaupun menyedari terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan dan seakan tidak cukup tempoh lima tahun untuk kita perbaiki segalanya namun saya percaya rakyat Kedah akan menarik nafas lega melihat perubahan demi perubahan yang bakal dilakukan oleh BN kelak," ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah Rawi, beliau percaya dengan kredibiliti Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar untuk membawa Kedah ke satu fasa baru yang positif. "Demi memastikan Kedah berkembang pesat, semua pihak harus bersatu dan membantu Menteri besar merealisasikan setiap janji yang telah dibuat semasa PRU-13," jelasnya lagi. – MediaUMNO |
Pembangkang Cakap Banyak Tapi Bertangguh Bawa Bukti Ke Mahkamah Posted: 28 May 2013 01:49 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Mei – Pakatan pembangkang perlu mengikut saluran undang-undang dan membuat bantahan di mahkamah sekiranya benar berlaku penipuan dan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, baru-baru ini, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin. Katanya, dengan mengadakan himpunan sebagaimana 'Black 505' yang bermula pada 8 Mei lalu, pakatan pembangkang memperlihatkan bahawa mereka ibarat tidak menghormati undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara ini. "Persoalannya untuk apa himpunan diadakan sedangkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU ke-13 termasuklah pakatan pembangkang boleh mencabarnya melalui saluran yang sah di mahkamah namun malangnya sehingga hari ini tidak ada bantahan dibuat," katanya kepada UMNO-Online. Rabu lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata berikutan pewartaan keputusan pilihan raya, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan. Petisyen tersebut boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing. "Sekaranglah masanya untuk pakatan pembangkang bertindak dan membawa apa yang mereka pertikaikan dalam himpunan 'Black 505' ke mahkamah bersandarkan kepada bukti-bukti yang kukuh dan bukannya bercakap sesuka hati sahaja," katanya. Pakatan pembangkang meneruskan himpunan di seluruh negeri yang bermula pada 8 Mei lalu dan terbaru di Petaling Jaya selepas lapan himpunan lain dengan alasan membantah keputusan PRU ke-13 dan serangan dibuat kepada Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Ruang dan peluang sudah ada, tetapi pakatan pembangkang tetap menggunakan himpunan sebagai alternatif untuk mempopularkan diri mereka iaitu dengan membawa rakyat dan membazirkan banyak perkara. "Dikatakan juga pakatan pembangkangkan akan memfailkan beberapa patisyen yang sebelum ini dikhabarkan angkanya terlalu banyak dan kemudian berubah menjadi 27 yang mungkin ia juga belum pasti." Naib Presiden PKR, Tian Chua dilaporkan berkata partinya akan memfailkan 27 petisyen terhadap keputusan PRU ke-13 di mahkamah. "Ikutlah cara dan saluran yang betul dan jangan gunakan ketidakpuasan hati dengan alasan penyelewengan dan penipuan sebagai modal untuk mempolitikkan diri sendiri kerana sekarang adalah masa untuk bekerja," tegasnya lagi . – MediaUMNO |
Najib Repeats Promise To Reduce Car Prices Posted: 28 May 2013 01:37 AM PDT KUALA LUMPUR, May 28 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today reiterated the government’s promise to reduce the car prices in stages. “As promised, car prices will be reduced in stages until 2017. Insya Allah, I will ensure that every promise is fulfilled,” he said in his latest tweet. In its pledge for the 13th general election recently, the Barisan Nasional promised to review the National Automotive Policy to reduce the price of cars between 20 and 30 per cent in stages and to raise the competitiveness of the national cars, if given the mandate again to administer the country. |
Kerajaan Sedia Terima Pandangan Mengenai TPP Sebelum Dimuktamadkan Akhir Tahun Ini Posted: 28 May 2013 12:54 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Mei – Kerajaan bersedia menerima pandangan dan cadangan dari pelbagai pihak mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sebelum ia dimuktamadkan akhir tahun ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pelaksanaan TPP akan memastikan kepentingan ekonomi negara tetap terpelihara, terutamanya untuk sektor perusahaan kecil dan sederhana dan juga para usahawan Bumiputera. Mustapa berkata selepas menjawab pertanyaan wartawan mengenai perkembangan TPP selepas menghadiri sesi perjumpaan bersama dengan wakil-wakil dewan perniagaan di sini hari ini. “Proses ini masih berterusan dan pihak kerajaan sedia bekerjasama dengan pelbagai pihak dan menerima pandangan umum.” “Pandangan dari pihak media juga amat dialu-alukan untuk pelaksanaan perjanjian ini, dan kerjasama seperti ini akan ditingkatkan,” katanya. Beliau berkata penglibatan Malaysia dalam perjanjian perdagangan antarabangsa seperti itu harus dilakukan bagi memastikan barangan Malaysia mampu bersaing secara kompetitif di pasaran luar negara. “Sekiranya Malaysia tidak terlibat dalam perjanjian seperti ini, implikasinya adalah barangan tempatan akan dikenakan cukai import yang tinggi berbanding negara lain, maka ini akan menyukarkan syarikat kita untuk menembusi pasaran asing,” kata Mustapa. Malaysia merupakan antara 11 negara yang terlibat di dalam beberapa siri perbincangan perjanjian TPP dan perjanjian itu bakal membentuk satu jaringan perdagangan bebas terbesar di dunia, jika berjaya dilaksanakan. Mustapa turut menjelaskan mengenai senario politik semasa kini hanya akan memberi kesan sementara kepada perkembangan ekonomi negara ini. “Di setiap negara, pastinya akan ada pihak pembangkang dan semestinya terdapat perhimpunan yang dianjurkan oleh mereka, namun “silent majority” yang akan menentukan keadaan dan kemajuan negara,” katanya. |
Penyertaan Tenaga Kerja Wanita Mesti Ditingkatkan, Kata Najib Posted: 27 May 2013 10:54 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyertaan tenaga kerja wanita yang ketika ini berada pada kadar 47 peratus perlu ditingkatkan bagi memastikan pertumbuhan teguh dan mampan di negara ini. Perdana Menteri berkata lebih banyak peluang pekerjaan yang berkait rapat dengan keperluan wanita mesti ditawarkan untuk menggalakkan penyertaan mereka dalam tenaga kerja misalnya secara bekerja dari rumah, separuh masa atau waktu kerja anjal. “Wanita masih belum diwakili secara saksama dalam tenaga kerja. Ekonomi Malaysia menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan pada kadar 5.6 peratus tahun lepas. “Bagaimanapun penyertaan tenaga kerja wanita mesti ditingkatkan jika kita mahu terus menyaksikan pertumbuhan yang teguh dan mampan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Global Women Deliver 2013 kali ketiga di sini hari ini. Turut hadir Penaung Women Deliver 2013 yang juga isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden Women Deliver Jill Sheffield dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim. Najib menegaskan kerajaan melaksanakan dasar untuk menggalakkan peralihan itu, dengan melakukan perubahan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang memperteguhkan keperluan untuk menarik, meningkat dan mengekal petugas wanita dalam tenaga kerja. “Kami mempunyai beberapa sasaran yang menyeluruh bagi wanita dalam tenaga kerja seperti melonjakkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita kepada 55 peratus, dan meningkatkan jumlah wanita yang bekerja dalam lembaga syarikat senaraian awam kepada 30 peratus,” katanya. Lebih 3,000 perwakilan, termasuk penggubal dasar, penyokong dan pemimpin dunia mewakili lebih 150 negara, menghadiri persidangan tiga hari itu bermula hari ini. Malaysia menjadi negara pertama Asia diberi penghormatan menganjurkan persidangan global itu yang sebelum ini diadakan di London dan Washington D.C. Acara itu disifatkan sebagai sebagai persidangan global terbesar pada dekad ini yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan gadis serta wanita. Persidangan ini dianjurkan Women Deliver yang beribu pejabat di New York. Mengulas lanjut, Najib berkata Institut Pengupayaan Wanita Negara mengendalikan program latihan pengarah wanita untuk merealisasi sasaran yang ditetapkan berkaitan wanita dalam tenaga kerja. Beliau menarik perhatian sehingga ini, lebih 300 wanita telahpun dilatih dan kini sedia mengisi jawatan dalam lembaga korporat. Najib memperjelaskan kerajaan menyokong program kemahiran dan peluang keusahawanan bagi pekerja berpendapatan rendah. Perdana menteri berkata kerajaan merancang untuk membangunkan system sokongan sosial holistik untuk menyumbang kepada keseimbangan kehidupan peribadi dan profesional, yang antara lain menawarkan penyelesaian kepada penjagaan kanak-kanak dan orang tua. “Dasar ini bukanlah sebagai tambahan semata-mata, ia adalah pelopor penting bagi pertumbuhan ekonomi mampan yang sebenar. “Tambahan pula, jika kita ingin turut sama melihat demokrasi yang mampan, jelas bahawa kita perlu meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang politik,” kata Najib. Najib berkata beliau menjadi bersemangat dengan peranan aktif dan ketara yang dilaksanakan oleh beberapa wanita dalam politik negara namun percaya bahawa menjadi kewajipan mereka untuk mencari punca wanita kurang diwakili dalam wacana politik Malaysia. |
Investing In Well-Being Of Girls, Women Is A Smart Move – Najib Posted: 27 May 2013 10:48 PM PDT KUALA LUMPUR, May 28 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said investing in girls’ and women’s education, health, safety, rights and financial independence not only pays but is also a smart investment. He said there were undeniable values in such investments as when girls and women were empowered, the benefits would extend beyond the individuals. “Freed from the unnatural constraints of inequality, women can realise their potential as active participants in the community and in the world,” he said. Addressing the 3rd Global Conference on Women Deliver 2013 here today, Najib spoke about the government’s commitment to ensure that the health and well-being of girls and women in this country were viewed as priorities, not mere afterthoughts. Najib noted that with the government’s re-election came new and increased commitment to empower women and girls in an effort to drive the nation’s development forward. “Every girl and woman in Malaysia, regardless of her religion, political affiliation, social status or location, deserves a safe, healthy and prosperous life. Our national, regional and global stability depends on it,” Najib said. Present were his wife Datin Seri Rosmah Mansor, who is also patron of the conference, Women, Family and Community Development Minister Datuk Rohani Abdul Karim and Women Deliver president Jill Sheffield. More than 3,000 delegates, including policymakers, advocates and international leaders representing over 150 countries, are attending the three-day conference beginning today. Malaysia is the first Asian country to be given the honour to host the global conference previously held in London and Washington D.C. The event is touted as the largest global conference of the decade to focus on the health and well-being of girls and women. It is organised by Women Deliver which is headquartered in New York. |
Pengurangan Harga Kereta Akan Dibuat Secara Berperingkat Sehingga 2017, Mustapa Posted: 27 May 2013 07:38 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Mei – Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun. “Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan agensi-agensi di bawahnya di sini hari ini. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment