SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, May 12, 2013

UMNO Online - “UMNO Tidak Rasis, Terus Jadi Pilihan Rakyat, Pembangkang Pamer Hipokrasi Terbesar” plus 9 more

UMNO Online - “UMNO Tidak Rasis, Terus Jadi Pilihan Rakyat, Pembangkang Pamer Hipokrasi Terbesar” plus 9 more

Link to UMNO Online

UMNO Tidak Rasis, Terus Jadi Pilihan Rakyat, Pembangkang Pamer Hipokrasi Terbesar

Posted: 11 May 2013 08:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei –Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan bahawa UMNO tidak tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sebaliknya parti tersebut berjaya menambahkan bilangan kerusinya daripada 79 kepada 88.

Tegas beliau, perhimpunan sempena ulang tahun ke 67 UMNO di Dewan Merdeka menunjukkan bahawa parti tersebut gagah perkasa.

"UMNO bukan parti rasis. UMNO parti yang sederhana dari dulu hingga sekarang. Kita memberi keadilan hak kepada bukan Melayu dalam negara kita dan kita menganggap mereka sebagai rakan kongsi.

"Kita tetap akan pertahankan dasar yang sederhana dan saksama dalam negara ini. Inilah formula yang terbaik dan bukannya formula keterlaluan untuk memancing undi yang akhirnya akan memusnahkan negara kita. Kita tidak akan benarkan politik yang sedemikian," tegas beliau.

Ujarnya, meskipun diasak dan diserang dengan pelbagai tuduhan, tohmahan, fitnah dan mehna tetapi akhirnya rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, ingin kepada kesinambungan dan ingin melihat agenda pembangunan dan transformasi negara yang dibawa oleh BN diteruskan.

"Saya sebagai Pengerusi BN lebih awal lagi menyatakan bahawa BN akan menerima apa juga keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam PRU namun yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi, yang mengatakan bahawa rakyat itulah yang akan menentukan segala-galanya setelah PRU berakhir tetapi enggan menerima keputusan demokrasi Parlimen yang telah ditentukan oleh rakyat Malaysia."

Katanya, pelbagai alasan diberikan oleh pembangkang kononnya telah berlaku penipuan dalam PRU13.

"Mereka bawa cerita kononnya kita mengimport 40,000 Mat Bangla untuk mengundi dalam pilihan raya. Kalau nak bawa 40,000 Mat Bangla, sebuah Jumbo muatannya 400 bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya kepada pembangkang, tunjuk d imana ada 100 buah jumbo yang telah mendarat di lapangan terbang kita.

"Mereka mengembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan dalam cerita-cerita yang tersebar dari mulut ke mulut seolah-olah satu cerita dongeng sebagai kebenaran yang mutlak. Yang menghairankan kita, orang yang dikatan cerdik pandai pun termakan dengan cerita tersebut. Inilah angkara yang telah dibuat oleh pembangkang."

Bidasnya, dakwat kekal dipertikaikan walhal dakwat kekal itulah yang dituntut mereka sebagai satu kaedah dalam pilihan raya.

"Cerita yang kecil dibesarkan, 'blackout' dalam satu kawasan dikatakan sebagai salah satu cara untuk menipu walhal daftar pemilih itu ada dalam tangan mereka di setiap saluran mengundi, ada 'polling agent' yang menunggu dan menyaksikan segala prosesnya.

"Sehingga ke hari ini belum ada bukti bahawa penipuan berlaku, maka kalau ada satu bukti bawalah ke mahkamah dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah tetapi jangan sekali-kali menyusahkan rakyat, mencemarkan nama negara kita ini semata-mata kemaruk kuasa yang tidak kesampaian."

Soal beliau lagi, inikah yang dikatakan mereka mengamalkan prinsip demokrasi, memperjuangkan sistem yang adil, yang terbuka dan sebagainya?

"Tidak ada rasuah, tidak ada nipotisme tapi hari ini Timbalan Presiden partinya telah pun berlaku nipotisme dalam parti.

"Adakah ini 'double standard' kalau sistem pilihan raya ini begitu tercemar, sudah dinodai dengan penipuan walhal kenapa angkat sumpah (Ketua Menteri) di Pulau Pinang, kenapa angkat sumpah di Kelantan, kenapa sudah terima di Permatang Pauh, kenapa sudah terima di Gelang Patah. Dengan sistem yang sama digunakan tapi jika menguntungkan mereka akan diterima sebaliknya jika tidak menguntungkan akan ditolak. Inilah hipokrasi yang paling besar."

Dalam masa yang sama, beliau juga mengajak rakyat bermuhasabah dengan memperbetulkan segala kelemahan dan kekurangan di samping berterima kasih kepada semua pengundi selain mencari punca kenapa mereka tidak mengundi BN.

"Jangan kita sombong, jangan kita angkuh kerana kita adalah parti yang disokong rakyat yang suka dan percaya dengan apa yang telah kita perjuangkan." - MediaUMNO

Ulang Tahun UMNO Ke 67 Dirai Penuh Semangat Dan Kesyukuran

Posted: 11 May 2013 08:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei  - Seminggu selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan ekoran pilihan raya umum Ahad lepas, sambutan ulang tahun ke-67 UMNO diadakan dengan penuh kesyukuran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Majlis itu dimulakan dengan solat Maghrib di Surau Ar-Rahman, PWTC diikuti bacaan surah Yasin, tahlil, doa kesyukuran serta solat Isyak.

Majlis bertemakan ’67 Tahun Menepati Janji’ itu dihadiri para pemimpin tertinggi UMNO termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berbaju Melayu biru, diiringi anak beliau Norashman Razak.

Turut hadir bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, naib-naib presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 2,500 orang termasuk anggota UMNO.

Selepas itu, upacara menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ serta nyanyian lagu UMNO ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’ disempurnakan di Dewan Merdeka PWTC sebelum Najib menyampaikan amanatnya.

UMNO Perlu Lalui Proses Transformasi Politik Komprehensif Dan Radikal

Posted: 11 May 2013 08:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei – UMNO perlu melalui satu proses transformasi politik yang lebih komprehensif dan radikal untuk mendepani pelbagai cabaran yang muncul bersama peredaran zaman, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menegaskan untuk menjadi sebuah parti politik Melayu Islam dan Malaysia yang lebih dinamis, inklusif dan berwawasan, parti keramat orang Melayu itu perlu lebih universal dari segi perjuangan tanpa melupakan objektif asal penubuhannya.

Untuk itu, katanya golongan kelas menengah Melayu serta generasi muda yang citra dan pemikiran mereka berbeza dengan generasi awal yang membina asas dan mencorak hala tuju Umno perlu disantuni dan didampingi secara lebih dekat.

“Golongan kelas menengah yang menghuni bandar-bandar besar merupakan pasak kekuatan UMNO yang baru. Dengan berdampingan bersama generasi muda, parti akan mendapat suntikan semangat dan idea-idea baharu untuk terus memperkukuh perjuangan UMNO seiring peredaran zaman,” katanya dalam perutusan sempena ulang tahun ke-67 UMNO malam Sabtu.

Sambutan ulang tahun itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.Muhyiddin berkata bagi memastikan proses peremajaan UMNO berlaku lebih pantas, parti itu perlu membuka ruang yang lebih luas kepada generasi muda, kumpulan profesional dan golongan kelas menengah Melayu untuk bergiat secara lebih aktif dalam UMNO.

Beliau berkata bukan sahaja kemasukan mereka ke dalam UMNO mesti dialu-alukan, malah mereka juga perlu dibimbing untuk mengambil peranan yang lebih besar dalam parti seterusnya menerajui parti pada masa hadapan.

Muhyiddin juga menekankan perlunya parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) melakukan proses perubahan yang lebih besar untuk memastikan mereka diterima oleh semua kaum di negara ini.

“Mereka perlu lebih peka membina parti yang lebih berpadu serta membina kerjasama strategik dengan UMNO agar BN disokong dengan lebih kukuh oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang bertindak selaku Pengarah Pilihan Raya B Npada pilihan raya umum ke-13 yang berakhir Ahad lepas, turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera dan penyokong parti yang bekerja keras untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN.

Beliau berkata komitmen itu memastikan kedudukan UMNO bertambah kukuh dengan kejayaan meningkatkan jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi kepada 88 dan 241 kerusi pada pilihan raya itu berbanding 79 dan 238 kerusi pada 2008, selain berjaya merampas Kedah daripada pembangkang.

“UMNO mempunyai tempoh selama lima tahun sebelum sekali lagi berhadapan pilihan raya umum bagi memperoleh mandat rakyat untuk terus menerajui negara yang mana ia menjadi titik penentuan penting kelangsungan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu.

“Dalam tempoh yang singkat ini setiap peringkat kepimpinan UMNO daripada pusat, negeri hinggalah bahagian dan cawangan perlu bermuhasabah melakukan pembetulan dan bertindak untuk memastikan UMNO dapat terus mengungguli perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara yang tercinta,” katanya.

Muhyiddin turut mengajak seluruh anggota UMNO untuk menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO.

“Sempena ulang tahun UMNO yang ke-67 ini, marilah kita menumpahkan taat setia kepada parti, marilah kita memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib untuk terus menerajui parti dan negara,” katanya. -

UMNO Wilayah Persekutuan Buat Laporan Polis Terhadap Tiga Pemimpin Pembangkang

Posted: 11 May 2013 07:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang didakwa membuat fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kamarudin Hassan berkata laporan polis juga dibuat mengenai perhimpunan haram di Stadium Kelana Jaya pada 7 Mei lepas dan fitnah kononnya Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dipaksa meletakkan jawatan.

Ketiga-tiga laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 3 petang, katanya kepada pemberita di sini.

Turut hadir Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Khyril Anuar Abd Rahim dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju Azha Mustapha.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan itu.

Keputusan PRU-13 Dijangka Diwarta Bulan Ini – SPR

Posted: 11 May 2013 03:25 AM PDT

PUTRAJAYA, 11 Mei –  Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dijangka diwartakan dalam bulan ini, dan pihak yang tidak berpuas hati mempunyai tempoh 21 hari selepas itu untuk memfailkan petisyen atau bantahan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pada masa ini urusetia SPR sedang menerima Borang 16 iaitu Borang Pengisytiharan Keputusan Pilihan Raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di seluruh negara.

“Kita akan semak balik setiap digit yang ditulis dan kita akan wartakan. Apa pun, keputusan yang telah diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada malam itu adalah muktamad dan sesiapa yang tidak berpuas hati gunalah saluran undang-undang dan mahkamah,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini Sabtu.

Wan Ahmad berkata Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas bahawa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata SPR kecewa dan mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang tidak mahu menerima keputusan pilihan raya dan menghasut rakyat terutama generasi muda dengan fitnah dan pembohongan mengenai SPR dan perjalanan pilihan raya.

SPR katanya akan meneliti perkara itu dan merujuk kepada penasihat serta pakar undang-undang berhubung bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang terlibat menyebar fitnah dan memperlekehkan SPR.

“Apabila waktu untuk memfailkan petisyen pilihan raya, kumpulkan semua bukti, bariskan segala peguam terbaik, berhujahlah di mahkamah untuk membantah atau mempertikai keputusan pilihan raya, bukannya menghasut rakyat terutama generasi muda ke jalan raya dengan menceritakan pelbagai perkara yang tak betul dan memfitnah badan yang mengurus pilihan raya.

“Betapa tidak bertanggungjawabnya mereka, apa akan jadi pada proses demokrasi di negara kita kalau pemimpin-pemimpin politik yang sebegini rupa mengajar rakyat yang perlu dibimbing supaya mematuhi undang-undang, supaya tidak menerima keputusan pilihan raya, keputusan yang dibuat oleh lebih 85 peratus rakyat yang keluar mengundi,” katanya.

Wan Ahmad turut mempersoalkan Majlis Peguam dan bekas presidennya yang juga Pengerusi Bersih S. Ambiga kerana tidak turut mengutuk tindakan yang menyalahi undang-undang itu.

Beliau pada masa sama turut menyeru rakyat di negara ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah terbabit, sebaliknya menumpukan usaha terhadap perpaduan kaum.

“Kita nak tegaskan, sesiapa rakyat yang sayang, pentingkan keamanan dan kedaulatan undang-undang, jangan terpengaruh dengan perbuatan permimpin yang tak bertanggungjawab, pemimpin yang hendak mengejar cita-cita peribadi yang tak kesampaian, telah merosakkan fikiran anak muda,” katanya.

Pengundi Cina Silap Percaturan Sokong Pakatan Rakyat – Nazri

Posted: 11 May 2013 03:23 AM PDT

PADANG RENGAS, 11 Mei –  Anggota Majlis Tertinggi UMNO,  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata pengundi Cina silap percaturan apabila menyokong pakatan rakyat pada pilihan raya umum ke-13 kerana menganggap hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan jika pakatan rakyat menubuhkan kerajaan.

“Bagi kaum Cina mereka tertipu…mereka hanya kejar pelangi sahaja kerana perkara ini tidak akan berlaku, siapa juga jadi kerajaan, hak keistimewaan bumiputera dan Melayu serta Islam sebagai agama rasmi tidak akan dipinda sesiapa termasuk kerajaan pakatan.

“Mereka (kaum Cina) mempunyai tafsiran bahawa 1Malaysia ini ialah sama rata, bila pakatan pembangkang menang mereka fikir hak Melayu boleh dihapuskan,” katanya  selepas majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Lubuk Merbau di sini Sabtu.

Beliau tidak percaya anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri (Adun) yang berbangsa Melayu serta beragama Islam daripada Pas dan PKR boleh bertindak sedemikian.

“Kalau berani saya nak cadangkan, sekarang di negeri Selangor mereka ada dua pertiga (kerusi dewan undangan negeri) dan mereka boleh pinda perlembagaan negeri dan dalam perlembagaan itu menyatakan bahawa menteri besar mesti Melayu.

“Saya nak tanya 15 Adun Pas dan PKR yang Melayu adakah mereka berani nak pinda pelembagaan negeri Selangor dan segala peruntukan yang ada kepentingan pada bumiputera, dia sanggup tak nak pinda?” katanya.

Mengenai pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN) beliau berkata mereka menganggap kerajaan tidak ikhlas dalam melaksanakan konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

“1Malaysia maknanya sama rata, tetapi kita (kerajaan) masih ada lagi hak bumiputera dan perdana menteri telah menjelaskan bahawa 1Malaysia berpaksikan kepada pelembagaan,” katanya. -

UMNO Celebrates 67th Anniversary Fresh From GE13 Victory

Posted: 11 May 2013 03:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 11 – Fresh from its 13th general election (GE13) victory, Umno today celebrates its 67th anniversary.

The celebration begins with the Maghrib prayer followed the Yassin recital, and Tahlil and thanksgiving prayers at Surau Ar-Rahman, the Putra World Trade Centre (PWTC) here tonight.

After the Isyak prayer, Umno leaders will attend the raising of the Umno flag ceremony accompanied by the rendition of the Umno song, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ (united, loyal, of service) at Dewan Merdeka, PWTC.

Umno president Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak is scheduled to deliver his speech at the ceremony.

BN component party leaders are also expected to attend the ceremony.

In GE13, the BN returned to power with a simple majority by winning 133 out of 222 parliamentary seats at stake to govern the country for an unbroken continuous period of 55 years.

(BN was previously known as Perikatan or Alliance before the coalition was enlarged).

Umno contributed 88 of the seats, nine more than GE12.

Founded by Datuk Onn Jaafar, who was the first Umno president, Umno was set up on May 11, 1946 to protest against the Malayan Union mooted by the British government.

Najib Visits Azizan At Penang Hospital

Posted: 11 May 2013 03:12 AM PDT

GEORGE TOWN, May 11 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today visited former Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak at the intensive care unit of Penang Hospital.

Accompanied by wife, Datin Seri Rosmah Mansor, the prime Minister arrived at 1.30pm and spent about 15 minutes with Azizan and his family members.

“I have just visited Azizan and thanks to God, the operation has been done. He is stable condition and being given the best treatment,” he told reporters here.

He prayed that Azizan would make a quick recovery.

“As a leader, although Azizan is from another party, I respected him as a friend. I thank his family for accepting my visit,” he said.

Najib said necessary assistance would be extended to Azizan to ensure he is given the best treatment.

Meanwhile, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, accompanied by wife, Tun Dr Hasmah Ali, and their son, Datuk Mukhriz, also visited Azizan today.

“He (Azizan) is unconscious because of the medicine so that he does not move too much, but he is not in a comatose state,” said Mahathir.

In a related development, Azizan’s press secretary, Mohd Helmi Khalid, requested the public cooperation to defer their plans to visit the Kedah PAS Commissioner for the time being to allow him to rest.

“On behalf of Azizan’s family, I seek the cooperation of members of the public as we wish to give the patient the rest as advised by the hospital authority,” he added.

On Azizan’s progress, he said, Azizan was showing positive signs, opening his eyes four times from 6.30am to 8.30am today.

Mohd Helmi also expressed regrets over the action of some quarters in posting pictures of Azizan on the websites and advised them to stop doing show as a respect for Azizan’s family.

Azizan, 69, who is Sungai Limau Assemblyman for Sungai Limau, underwent an operation to amputate both his legs which were affected by diabetic complications last Thursday.

BN Jamin Tidak Akan Pinggir Pembangunan Di Kelantan

Posted: 11 May 2013 03:08 AM PDT

KOTA BAHARU, 11 Mei – Barisan Nasional (BN) memberi jaminan tidak akan meminggirkan Kelantan daripada arus pembangunan walaupun sebahagian besar rakyatnya telah menolak BN di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat di negeri itu berhak menikmati pembangunan yang sama seperti di negeri lain dan bukan dasar BN mengetepikan aspek pembangunan walaupun gagal mendapat sokongan majoriti pengundi.

“Soal (tidak membawa) pembangunan tidak timbul sama sekali. Paling penting kita mahu meyakinkan rakyat Kelantan siapa sebenarnya yang mampu membela nasib mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan media dan penulis blog di sini.

Mengulas kepimpinan baharu kerajaan Kelantan, Mustapa yakin pihaknya boleh menjalinkan kerjasama yang baik dengan kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

“Menteri Besar baharu ini berperibadi tinggi dan bersopan santun dan kita yakin tidak akan berlaku pendekatan yang keras seperti kepimpinan dahulu. Apa yang penting kita mahu melihat PAS melaksanakan manifesto mereka dan kita pula mahu terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Mustapa juga turut bersetuju dengan cadangan agar pengundi luar boleh mengundi secara pos pada PRU akan datang kerana selain boleh mengurangkan ketegangan, langlah itu mampu mengurangkan kos.

Pada PRU13 BN Kelantan memenangi lima daripada 14 kerusi parlimen serta 12 daripada 45 kerusi dewan undangan negeri.

Mohamad Hasan Angkat Sumpah Jawatan MB Kali Ketiga

Posted: 11 May 2013 03:03 AM PDT

KUALA PILAH, 11 Mei – Pengerusi Barisan Nasional Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan untuk penggal ketiga, di Istana Besar Seri Menanti, di sini.

Mohamad yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas mengangkat sumpah menjawat jawatan itu di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud turut berangkat ke majlis itu.

Pada majlis berkenaan, Mohamad menerima watikah pelantikan daripada Tuanku Muhriz dan menandatangani sumpah jawatan yang turut disaksikan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu Datuk Musa Wahab, Undang Luak Johol Datuk Mohd Jan Abdul Ghani dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Mohamad, 57, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dilantik semula ke jawatan menteri besar selepas BN berjaya mengekalkan penguasaan di Negeri Sembilan apabila menang 22 daripada 36 kerusi DUN pada PRU13.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004, menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan dilantik untuk penggal kedua selepas PRU 2008.

Sementara itu ketika bertitah pada majlis berkenaan, Tuanku Muhriz mengingatkan bahawa semua wakil rakyat yang dipilih pada PRU13, diamanahkan oleh rakyat untuk mewakili dan menyuarakan segala permasalahan serta melindungi kepentingan mereka.

“Jangan sesekali mengkhianati amanah yang diberikan ini dengan menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan yang ada ini akan menjurus kepada ketidakadilan serta kerapuhan pelaksanaan sesuatu dasar yang telah dirangka untuk kebaikan rakyat,” titah baginda.

Mohamad dalam ucapan sembah ikrar taat setia kemudiannya berkata tanggungjawab yang digalasnya bukanlah sesuatu yang mudah, namun beliau berjanji untuk melaksanakannya sebaik mungkin demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

Katanya kesepakatan dan perpaduan semua pihak adalah faktor penting dalam memacu kemajuan negeri selari dengan program untuk pembangunan negara seperti yang diperincikan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

“Apatah lagi ia (RMK-10) berada di tahap pertengahan pelaksanaannya. Oleh itu adalah amat wajar sokongan semua pihak untuk memastikan graf kemajuan negeri berada di paras yang membanggakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT