UMNO Online - “Khalid Dilantik Ketua Polis Negara Yang Baharu, Mohd Bakri Sebagai Timbalan” plus 9 more |
- Khalid Dilantik Ketua Polis Negara Yang Baharu, Mohd Bakri Sebagai Timbalan
- PRU13 Kuburkan Impian Dan Pembohongan Anwar
- Gardenia Quashes Rumours Of Price Hike
- Bilik Perang BN Tidak Gagal Malah Berjaya Bawa BN Dapat Mandat PRU 13
- Kelantan JPP Complements Efforts By State Govt To Help People – Mustapa
- Pembangkang Terus Putar Belit, Bidas PRU-13 Angkat Sumpah MB Selangor
- Tetap Lantik Wakil Kaum Cina Dalam Kabinet Bukti BN, UMNO Tidak Rasis
- Hentikan Penyebaran Fitnah Dan Hasutan Politik – Sultan Johor
- Parti Jadi Pilihan, Bukannya Individu Faktor Rakyat Tolak Pemimpin “Lompat”
- Selangor Sultan Gives Three Reasons For Abdul Khalid’s Re-Appointment As MB
Khalid Dilantik Ketua Polis Negara Yang Baharu, Mohd Bakri Sebagai Timbalan Posted: 14 May 2013 03:18 AM PDT |
PRU13 Kuburkan Impian Dan Pembohongan Anwar Posted: 14 May 2013 03:10 AM PDT Pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum berpuas hati untuk memberontak terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu yang memihak kepada Barisan Nasional dengan mengadakan rapat umum di Pulau Pinang pula. Bezanya jika di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu menarik kehadiran kira-kira 40,000 orang namun di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang yang datang untuk mendengar celoteh tidak sampai 20,000. Ini merupakan satu jumlah yang agak kecil jika dibandingkan kapasiti stadiumn tersebut boleh menampung lebih 60,000 orang. Rata-rata yang datang untuk berhimpun sambil meneruskan kemarahan mereka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah golongan muda di antara 21 hingga 40 tahun. Satu perkara yang ketara boleh dikatakan lebih 90 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kedua-dua perhimpunan tersebut terdiri daripada penyokong-penyokong berbangsa Cina. Kesimpulannya pengundi Melayu yang menyokong pembangkang nampaknya lebih rasional dan berfikiran terbuka dengan menerima kemenangan pada PRU13 pada 6 Mei lalu. Bagaimanapun pengundi Cina yang dibakar semangat mereka oleh Anwar terutamanya terus yakin di benak hati mereka bahawa kemenangan sepatutnya di miliki pakatan pembangkang tempoh hari. Mereka sebenarnya mempunyai fantasi yang tidak berpijak dibumi nyata tetapi memilih untuk mempercayai Anwar yang terus membohongi bahawa kemenangan mereka telah dinafikan oleh SPR.
Namun apabila Anwar didesak untuk membuktikan bagaimana SPR kononnya telah menerbangkan lebih 40,000 pengundi asing dari Bangladesh yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), beliau sehingga kini membisu seribu bahasa. Begitu juga dengan dakwaan pembangkang mengenai dakwat kekal yang kononnya tidak kekal. Namun penggunaan dakwat kekal adalah antara lapan tuntutan Bersih yang telah dipersetujui oleh SPR tetapi apabila dilaksanakan pembangkang pula mempertikaikannya. Begitu juga dengan senarai daftar pemilih yang terus dipertikai oleh pembangkang sehingga ke tempoh berkempen walhal SPR telah memberi semua pihak secukup masa untuk meneliti satu persatu nama di dalam daftar jika mereka kehendaki. Untuk mengguatkan dakwaan bahawa SPR menipu semasa proses pengiraan undi, pembangkang mencipta cerita bahawa TNB pula bersekongkol untuk menyebabkan ‘blackout’ atau putus bekalan elektrik di beberapa tempat mengundi. Kejadian ini dakwa mereka menyebabkan pembangkang kalah di beberapa tempat tetapi dakwaan ini telah disangkal oleh salah seorang calon Dap yang bertanding di Ketari, Pahang bahawa tidak pernah berlaku insiden tersebut sebagaimana yang canangkan di dalam laman-laman sosial media secara meluas. Pembangkang memikirkan bahawa dengan melontar sebanyak fitnah dan pembohongan terhadap SPR, pilihan raya semula akan diadakan atau setidak-tidaknya rakyat akan bangun menentang kerajaan. Untuk menunjukkan apa yang dilakukan oleh Anwar dan Lim Kit Siang adalah wayang politik semata-mata ialah betapa segeranya pembangkang di Pulau Pinang dan Kelantan menubuhkan kerajaan sehari selepas kemenangan mereka dengan upacara mengangkat sumpah ketua menteri dan menteri besar. Perdana Menteri mempersoalkan mengapa pembangkang hanya mengiktiraf keputusan di peringkat negeri yang memenangkan mereka dan menolak keputusan di peringkat pusat di mana mereka kalah walhal pada kedua-dua peringkat sistem yang sama digunakan secara terus menerus oleh SPR sejak PRU yang pertama pada tahun 1959. Ini adalah satu sikap hipokrasi paling besar yang ditunjukkan oleh pembangkang kerana mereka dahulunya mendakwa rakyat adalah penentu sebenar kepada keputusan dalam PRU13. Namun apabila impian mereka untuk ke Putrajaya gagal, individu pertama yang meraung kerana kecewa tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.
Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat yang kononnya bulat menyokong pembangkang pada PRU13 tidak membeli kelentong beliau dan akhirnya memberi mandat kepada BN. Anwar tidak dapat menerima dalam sanubarinnya bahawa menang kalah dalam sesuatu pertandingan adalah lumrah apatah lagi dalam pertandingan memilih sebuah kerajaan. Rakyat memilih BN kerana selama lebih 50 tahun mentadbir Malaysia sejak merdeka, BN telah membuktikan bahawa ia mampu bukan sahaja membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara malah berjaya mewujudkan kerjasama politik yang menghasilkan kestabilan, keharmonian serta semangat muhibbah antara semua kaum. Inilah yang menjadi pembangkang terutamanya Anwar dan Kit Siang yang tidak dapat menerima kejayaan yang dilakukan oleh BN selama ini. Pembangkang cuba meniru model BN dengan menjadikan slogan seperti ‘Ketuanan Rakyat’ dan sebagainya tetapi ia hanya sekadar retotik kosong yang tidak ada apa-apa nilai dan makna. Seperti mana yang dilihat daripada keputusan PRU13 yang memperlihatkan ‘swing’ atau sokongan besar pengundi Cina terhadap pembangkang, isu rasisme atau perkauman masih membelit pemikiran penyokong-penyokong mereka. Pembangkang tetap tidak dapat mengikis sifat perkauman yang tebal di kalangan pemimpin-pemimpin mereka dan justeru mereka menggunakan kelebihan itu untuk meraih undi. Sifat perkauman inilah yang akhirnya mengguburkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri bersama-sama pembohongannya yang dijaja sekian lama. Mr Beruang Biru |
Gardenia Quashes Rumours Of Price Hike Posted: 14 May 2013 02:49 AM PDT KUALA LUMPUR, May 14 - Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, a subsidiary of Singapore-listed food company, QAF Ltd, today clarified that there is no increase in the price of any of its products. “For over a year, Gardenia has been subject to a series of incredible lies spread by some people. The latest lie is that the price of our bread has been increased. “This is totally false. There is absolutely no increase in the price of Gardenia products in Peninsular Malaysia,” its Chief Executive Officer, Yap Kim Shin, said in a statement today. Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd operates in Peninsular Malaysia. Last week, certain irresponsible people started spreading rumours about an increase in the price of Gardenia bread. These rumours began on the internet and have since found their way into some mainstream media. Yap said the price of Gardenia products in Peninsular Malaysia has been stable for several years and that the company has been absorbing the increases in production costs. “The company believes price increases are only the last resort if all other avenues in achieving efficiencies and productivity are fully exhausted. “These lies and slander are aimed at sabotaging Gardenia. We would like to assure consumers that these rumours are totally untrue and urge them to verify the contents read on the internet. “There is absolutely no increase in the price of Gardenia products in Peninsular Malaysia,” Yap reiterated. Prices for Gardenia products are listed on the “kwik lok” tags and/or printed on the packaging. Consumers are advised to check the prices themselves and not listen to or spread falsehoods. For more information about Gardenia, visit www.gardenia.com.my. Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd rolled the first loaf of bread off its production line in 1986. Today, 26 years later, Gardenia has production facilities in five factories with 39 stock keeping units and produces 1.8 million units of products daily. Gardenia was recently awarded the prestigious Gold Award at the Putra Brand Awards 2013. |
Bilik Perang BN Tidak Gagal Malah Berjaya Bawa BN Dapat Mandat PRU 13 Posted: 14 May 2013 02:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 Mei – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa kesal dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada parti selepas berjaya mengekalkan mandat sebagai kerajaan Persekutuan. Katanya, tuduhan BN gagal mendapatkan pertambahan bilangan kerusi kononnya kerana kegagalan daripada Bilik Perang (War Room) BN menjalankan fungsinya adalah jelas tidak benar. "Tuduhan tersebut dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak berada dalam komiti Bilik Perang terbabit," katanya. Ujarnya, segala aktiviti dan pelaksanaan tugas yang dilakukan dalam Bilik Perang BN adalah bersifat rahsia dengan perbincangan dalaman dilakukan secara telus dan tepat. "Saya juga menolak manipulasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang dengan anggapan bahawa BN gagal malah UMNO sebagai komponen terbesar dalam BN berjaya menambah bilangan kerusinya daripada 79 pada 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini. "BN juga mendapat sokongan padu dengan mengembalikan kuasa pentadbiran di Negeri Kedah dan Perak kepada BN," katanya. Beliau turut menegaskan bahawa semua data dan maklumat yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini adalah tidak benar. "Saya menafikan semua tuduhan-tuduhan tersebut," ujarnya. Dilaporkan, selepas PRU-13, terdapat segelintir pihak khususnya pakatan pembangkang yang memainkan sentimen masyarakat dengan mengeluarkan data-data dan fakta palsu sebagaimana kononnya berlaku gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi, wujudnya pengundi hantu selain harga barangan keperluan yang naik. "BN sentiasa mendukung sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan dan yakin bahawa PRU-13 lalu berlangsung dengan sempurna." Tambahnya lagi, BN juga tidak akan mengkhianati rakyat sebaliknya melakukan pelaksanaan sebagaimana perancangan dalam Aku Janji pilihan raya. Manifesto BN yang dibentangkan oleh Pengerusnya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah aku janji yang bertemakan 'Rakyat Didahulukan' dengan tajuk 'Meniti Janji Membawa Harapan' memfokuskan kepada 17 perkara dan akan ditunaikan kepada rakyat. – MediaUMNO |
Kelantan JPP Complements Efforts By State Govt To Help People – Mustapa Posted: 14 May 2013 02:18 AM PDT KOTA BAHARU, May 14 - The Kelantan Federal Development Department (JPP) can be regarded as an agency to complement efforts by the state government to help the people in the state, said Kelantan Umno liaison chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed. He said among the roles of the JPP was to coordinate federal government programmes, activities and projects in the state to complement the service provided by the Kelantan government for the people. “JPP has channelled various aid to the poor, orphans, students and families hit by disaster. “We assist Cuepacs, the Indian Muslim Association, imagine if there is no federal government, where are they going to turn to for help. “Hence, the Kelantan people should be grateful there is JPP,” he told reporters after presenting allocations for 16 non-governmental organisations at the Kelantan JPP office here today. The recipients included the Red Crescent Society, Kelab Wisma Persekutuan, Kelantan Darul Naim Media Club (Kemudi) and the Kelantan Chapter of the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs). Mustapa, who is also the Kelantan Federal Development Action Council chairman, hit out at certain quarters calling for JPP to be closed. Closing JPP could increase unemployment in the state, he said, adding that the Kelantan JPP had been accepted by majority of the Kelantan people for the services it provided them. |
Pembangkang Terus Putar Belit, Bidas PRU-13 Angkat Sumpah MB Selangor Posted: 14 May 2013 02:11 AM PDT KUALA LUMPUR 14 Mei – Pembangkang hari ini terus dibidas apabila terus bersikap hipokrit mempertikaikan keputusan PRU-13 yang lalu serta menyerang Barisan Nasional (BN) yang berjaya mempertahankan Putrajaya di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam pada keghairahan mereka memutarbelitkan keputusan PRU13, hari ini seorang lagi pemimpin mereka mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Ahli Parlimen Hulu Selangor P.Kalamanathan berkata hakikatnya rakyat telah memilih BN untuk menerajui kepimpinan negara dan pembangkang seharusnya menerima dengan matang dan penuh terbuka. Menurut beliau pembangkang seharusnya mengambil sikap cermin diri dan melihat di mana kesilapan sebelum menuding jari kepada mana-mana pihak terhadap kegagalan mereka untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya kali ini. "Mereka perlu percaya dengan rakyat yang telah berikan mandat kepada BN di 133 Parlimen. Ini hakikat dan kebenaran. Jangan putar belit dengan merujuk undi popular dan sebagainya. Kita mengamalkan sistem first past the post. Dan berdasarkan kepada sistem itulah BN kini dipilih oleh rakyat sebagai kerajaan yang memerintah. "Kalau benar ada masalah seperti mana dakwaan mereka, mengapa tidak Ahli Parlimen mereka serta ADUN yang menang itu meletakkan jawatan kalau benar-benar ada kesalahan SPR dan sebagainya. Kalau hanya cakap BN menang tidak betul dan mereka pula menang betul itu tidak sepatutnya," katanya kepada UMNO-Online di sini. Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad pula melihat apa yang dilakukan oleh pembangkang dengan berhimpun dan sebagainya berhubung keputusan PRU -13 baru-baru ini adalah di luar batasan demokrasi. "Cerita yang timbul selepas PRU ini bagi saya tanggapan luar daripada batasan demokrasi. Sepatutnya kena akuilah kebenaran walaupun tidak menyebelahi mereka. Tubuh kerajaan negeri boleh pula terima..tak dapat tubuh kerajaan tak boleh terima. "Apa pun Alhamdulillah ada juga kalangan pembangkang yang dapat menerima keputusan PRU lalu seperti Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib. Ambillah dan tengok bagaimana keterbukaan yang ditunjukkan oleh tokoh mereka itu. "Pilihan raya dah selesai dan tunggulah PRU 14. Kita tengok di negara maju bagaimana apabila selesai pilihan raya kerajaan dan pembangkang sama-sama memandang ke depan untuk bangunkan masyarakat dan negara. Jadilah pembangkang yang konstruktif dengan membuat kritikan yang boleh membantu kerajaan dan bukannya berhujah dengan tujuan untuk rakyat membenci kerajaan," ujarnya. -MediaUMNO |
Tetap Lantik Wakil Kaum Cina Dalam Kabinet Bukti BN, UMNO Tidak Rasis Posted: 14 May 2013 01:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 Mei – Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata biarpun lebih 90 peratus masyarakat Cina memberikan undi mereka kepada DAP ketika Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 baru-baru ini, namun ini tidak bermakna kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meminggirkan suara masyarakat Cina di negara ini. Jelasnya, ini terbukti apabila Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap melantik wakil-wakil pemimpin di kalangan masyarakat Cina bagi menganggotai pembetukan kabinet baru beliau. "Memang kita akui, 90 hingga 95 peratus masyarakat Cina memberikan undi kepada DAP kerajaan terpedaya dengan helah parti tersebut dan juga muslihat kepimpinan Pakatan Pembangkang. Tetapi itu adalah semasa PRU dan kini, pilihanraya pun sudah habis. "Jadi keputusan Datuk Seri Najib untuk tetap melantik wakil pemimpin dari masyarakat Cina di dalam kabinetnya membuktikan bahawa BN, khususnya UMNO bukanlah satu parti yang rasis sepertimana yang digembar gemburkan oleh pembangkang. "Kita perlu melantik wakil pemimpin di kalangan masyarakat Cina di dalam kerajaan bagi menyampaikan sebarang permasalahan kaum tersebut kepada kerajaan," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi berkata, sekiranya kerajaan bersikap meminggirkan suara orang Cina dalam pembangunan negara, ia tidak memberikan kesan yang baik dalam pembangunan negara dari pelbagai sudut. "Sudah tentu kita memerlukan penglibatan semua kaum dalam menjayakan agenda nasional yang dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat di negara ini, tanpa mengira bangsa dan agama. "Dengan perlantikan wakil-wakil pemimpin masyarakat Cina di dalam kabinet sudah tentu akan dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memacu pembangunan dan ekonomi negara, serta mengekalkan keharmonian di antara kaum yang sudah terjalin sejak sekian lama di negara ini," ujarnya. Justeru itu, beliau menyokong penuh sebarang usaha PM untuk melantik wakil pemimpin di kalangan masyarakat Cina untuk bersama-sama menganggotai kabinet yang dipimpin oleh beliau sekurang-sekurangnya untuk tempoh lima tahun lagi. "Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, sudah pasti ia memerlukan penglibatan semua kaum dan etnik bagi menjayakan usaha kita mencapai wawasan 2020, bagi memastikan negara ini sebuah negara maju yang berpendapat tinggi. Jadi saya rasa kita tidak perlu meminggirkan mana-mana kaum dalam usaha ke arah itu," jelasnya. -MediaUMNO |
Hentikan Penyebaran Fitnah Dan Hasutan Politik – Sultan Johor Posted: 14 May 2013 01:13 AM PDT JOHOR BAHARU, 14 Mei – Sultan Johor tidak mahu ada lagi pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan serta keamanan negara. Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah waktu berkempen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) telahpun tamat dan sekarang ini adalah masa untuk bekerja. “Saya tidak mahu mendengar ada pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan dan keamanan negara,” titah baginda. Baginda bertitah demikian pada majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Permas, Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini Selasa. Turut sama mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor adalah sembilan Adun daripada Barisan Nasional (BN) bagi jawatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Menurut baginda, tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang adalah amat berat dan mencabar, dengan semua pihak mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatupadukan rakyat serta mengukuhkan kemajuan Johor. “Jika ada mana-mana wakil rakyat yang merasakan diri mereka tidak sesuai atau tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberikan, mereka boleh bangun dan keluar baris sekarang,” titah baginda. Sultan Johor mengingatkan wakil rakyat yang telah dipilih supaya tidak melupakan janji-janji yang dibuat ketika kempen PRU-13 lepas dan bertanggungjawab untuk menunaikan janji terbabit. “Saya amat prihatin dan akan sentiasa mengambil berat tentang keadaan rakyat dan negeri saya. Oleh yang demikian, bagi pihak rakyat saya mahu setiap janji yang dibuat mestilah ditunaikan,” titah baginda. Sultan Johor juga bertitah bahawa sebagai pemerintah yang menaungi semua rakyat Johor, baginda tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak memandang rendah mana-mana pihak. “Kerana pada mata saya, semua orang Johor adalah rakyat saya,” titah bagindadan menambah, sebab itulah baginda telah mengarahkan supaya mesti ada wakil daripada masyarakat Cina dan India di dalam barisan Exco kerajaan negeri Johor. Dua wakil masyarakat Cina dan India di dalam barisan Exco Johor adalah Datuk Tee Siew Kiong (Adun Pulai Sebatang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan dan R.Vidyanathan (Adun Kahang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia. Sultan Johor juga mengingatkan kesemua wakil rakyat supaya memahami isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan mematuhi peraturan serta tatacara Dewan Undangan Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor, menurut baginda, telah ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia di mana telah berpegang lama kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Turut hadir pada majlis angkat sumpah itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan kerabat diraja lain, anggota Majlis Jumaah Diraja, anggota Dewan Undangan Negeri termasuk daripada pembangkang dan pegawai kanan kerajaan negeri. |
Parti Jadi Pilihan, Bukannya Individu Faktor Rakyat Tolak Pemimpin “Lompat” Posted: 14 May 2013 12:01 AM PDT KUALA LUMPUR 14 Mei – Keprihatinan serta akujanji yang dibuat oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk terus membantu rakyat sama ada di bandar mahu pun kawasan pendalaman menjadi faktor mengapa BN terus menjadi pilihan rakyat pada pilihan raya umum ke 13 yang lalu. Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Dun menyifatkan kejayaan BN mempertahankan kerusi parlimen kawasan berkenaan adalah bukti bahawa pengundi di situ lebih mengutamakan parti daripada individu demi memastikan kesinambungan pembangunan dapat terus dilaksanakan di kawasan berkenaan. "Walaupun terpaksa berhadapan dengan calon pembangkang yang mempunyai nama besar di Beaufort, namun pengundi tetap memilih BN untuk mewakili mereka kerana yakin hanya BN sahaja yang mampu membawa perubahan untuk mereka. "Calon pembangkang, Datuk Lajim Ukim bukan calang-calang pemimpin di Beaufort, beliau sebelum ini adalah wakil rakyat BN dan sudah tentu pengundi di sini mengenalinya termasuk jasa yang dibuat ketika menjadi wakil rakyat dahulu. "Namun pada pilihan raya kali ini, rakyat Beaufort terpaksa menolaknya selepas beliau meninggalkan BN untuk bersama pembangkang, walaupun dikenali ramai, rakyat masih terus memilih BN kerana ingin memastikan nasib mereka terus terbela berbanding dengan pembangkang yang hanya pandai membuat janji," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaannya menewaskan Lajim pada pilihan raya lalu, walaupun dikenali ramai oleh penduduk Beaufort, tetapi ia masih belum cukup untuk mendapat sokongan daripada pengundi. "Pertembungan kali ini amat sengit, ianya bukan mudah untuk saya berhadapan dengan Lajim yang sudah dikenali oleh semua penduduk Beaufort, banyak kerja yang terpaksa dilakukan untuk menyakinkkan supaya terus memilih BN. "Ini menunjukkan rakyat Beaufort membuat pilihan yang bijak dan tidak terpengaruh dengan personaliti tetapi sebaliknya memilih parti untuk memastikan nasib mereka terus terbela seperti apa yang dilakukan oleh BN sejak dahulu," katanya. -MediaUMNO |
Selangor Sultan Gives Three Reasons For Abdul Khalid’s Re-Appointment As MB Posted: 13 May 2013 11:54 PM PDT SHAH ALAM, May 14 - The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, today gave three reasons for consenting to Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim’s appointment as Menteri Besar for the second term. The Sultan’s private secretary, Datuk Mohamad Munir Bani in a statement issued here, said the main reason was that Abdul Khalid’s name was the only one submitted for the post by the Pakatan Rakyat (PR) opposition pact, namely PAS, DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR). “Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim also met all the conditions required for the Selangor Menteri Besar’s post as provided under the Selangor State Constitution,” he added. Mohamad Munir said another reason was that Abdul Khalid had served as Menteri Besar and the sultan opined that the experience would be useful in ensuring smooth administration of the state. He also said that the delay in the Menteri Besar’s appointment was because the Selangor Sultan was waiting for the list of possible candidates for the post from the three parties in the opposition pact. “Apart from that, PKR president Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail had said that the candidate for the Menteri Besar’s post needed not necessarily be Abdul Khalid after Pakatan Rakyat (PR) won the 13th general election. “Hence, the Sultan of Selangor was waiting for the component parties in PR to submit their candidates and in the end was satisfied that only one candidate was submitted,” he added. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment