SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, May 4, 2013

UMNO Online - “Slog Harder On Last Day Of Campaigning, Muhyiddin Urges On” plus 9 more

UMNO Online - “Slog Harder On Last Day Of Campaigning, Muhyiddin Urges On” plus 9 more

Link to UMNO Online

Slog Harder On Last Day Of Campaigning, Muhyiddin Urges On

Posted: 03 May 2013 05:51 AM PDT

MUAR, May 3  - Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has urged all the Barisan Nasional (BN) election machinery to work even harder on the last day of campaigning to ensure victory for BN in the 13th general election (GE13).

He said the time left before polling day (this Sunday) would be crucial for the outcome for BN, hence its election machinery should not easily feel comfortable with their efforts so far.

“We must not take it easy and be too confident or over-confident as to feel jubilant even before the voters cast their votes.

“Our work is only finished by 5pm the day after tomorrow. When the polling centres have closed, only then can we relax or go home and wait for the election results.”

Muhyiddin said this after handing over the offer letters and keys to 17 1Malaysia People-Friendly Housing (RR1M) unit recipients in Kampung Renchong, here, today.

The deputy prime minister also thanked the BN election machinery at all levels including in Sabah and Sarawak who had worked very hard for the ruling coalition in the run-up to the GE13.

He said he had never seen such a high-level fighting spirit like now as they realised the very tough challenge they faced this time.

Muhyiddin also recorded his appreciation for the media for their coverage on BN.

Also present at the event were his wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman and Syarikat Perumahan Negara Berhad chairman Datuk Idris Haron.

The RR1M programme was initiated by the government to assist the low-income group like farmers and fishermen and less fortunate families without a permanent home to have one, or those living in old, dilapidated houses but having suitable land to build a house on.

Sokongan Memuncak, Barisan Nasional Yakin Mendapat Majoriti Dua Pertiga – Najib

Posted: 03 May 2013 05:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Dengan sokongan yang terus meningkat daripada semua lapisan rakyat Malaysia dan faktor-faktor positif yang lain, Barisan Nasional (BN) yakin kembali memerintah dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ketika membuat penilaiannya kira-kira 48 jam sebelum pusat pengundian dibuka di seluruh negara Ahad ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak mustahil untuk mendapat majoriti dua pertiga jika diiringi dengan sedikit usaha keras.

“Sebenarnya, saya akan terkejut jika kita tidak mendapat majoriti dua pertiga,” kata Najib penuh yakin semasa bertemu beberapa ketua pengarang media menjelang pengundian di sini hari ini.

Najib, yang menerajui BN buat kali pertama sejak menjadi perdana menteri pada 2009, berkata perkembangan di lapangan menunjukkan BN mendapat antara 140 dan 155 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum yang amat dinanti-nantikan itu.

BN perlu mendapatkan 112 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sementara majoriti dua pertiga memerlukan ia mendapat 148 kawasan Parlimen.

Semasa Parlimen dibubarkan pada 3 April, BN menguasai 137 kerusi Parlimen.

Dalam perbincangan dengan para pengamal media, Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor BN, agak optimis BN menguasai kembali Selangor daripada pakatan rakyat.

Peluang menguasai kembali Kelantan daripada pemerintahan PAS selama 23 tahun semakin bertambah baik, katanya dan menjangka satu perubahan haluan yang menyebelahi BN di Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

Dengan menyediakan penilaian mengenai peluang BN mengekalkan pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya yang ditandingi BN dan PAS, Najib melahirkan keyakinan bahawa para pengundi yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam akan mengundi menyebelahi BN.

Katanya sokongan masyarakat Cina dan India kepada BN sedang meningkat berdasarkan sambutan positif yang boleh dirasai semasa berkempen selain respons menggalakkan bagi inisiatif mesra rakyat bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan.

Najib menjelaskan bahawa kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat Cina dan kerana ini, beliau tidak nampak sebarang sebab bagi mereka untuk enggan memberi sokongan kepada BN.

“Dengan kedudukan ekonomi yang kukuh, pasaran saham yang pada setiap masa berada pada kedudukan yang tinggi, projek-projek besar seperti kereta api berkelajuan tinggi, semua ini telah memberi manfaat kepada masyarakat Cina.

“Malah BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), mereka juga mendapat manfaat daripadanya kerana penerima bantuan itu membelanjakan wang mereka di kedai-kedai yang dikendali orang Cina,” katanya.

Najib menganggap bahwa perhatian yang diberikan terhadap pendidikan Cina seperti pembinaan lebih banyak sekolah-sekolah Cina, telah meletakkan BN pada kedudukan yang baik pada pandangan masyarakat itu.

Menyentuh mengenai tahap sokongan daripada masyarakat India, Najib berkata: “mereka kini bersama BN sekarang, malah Hindraf (Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu) kini bersama kita sekarang.”

Mengenai pengundi muda, Perdana Menteri berkata majoriti golongan itu bersama dengan BN yang telah bertungkus lumus menangani kebimbangan mereka dengan cara melaksanakan program-program yang mesra golongan muda.

Najib juga menggesa pengundi supaya tidak terpengaruh dengan cara jahat DAP dalam usaha mendapat kuasa.

Beliau menyelar pakatan rakyat kerana memainkan isu perkauman dan mengeluarkan kenyataan menghasut yang boleh membawa kepada polarisasi kaum yang serius di negara ini, apatah lagi kesan buruk terhadap kestabilan dan persekitaran perniagaan.

Sambil mengingatkan pengundi supaya berfikir dengan bijak sebelum memangkah kertas undi Ahad ini, Najib berkata begitu banyak yang dipertaruhkan dalam pilihan raya dan jika tersilap memilih parti yang salah untuk mentadbir negara, segala usaha penah lelah yang dibuat BN bagi membangunkan negara ini akan menjadi sia-sia.

Beliau berkata satu undi untuk BN bermakna satu undi untuk dasar yang adil bagi semua kaum dan ini tidak akan berlaku jika rakyat mengundi pakatan rakyat.

Menurut Najib, pasaran yang sudahpun berada pada trend menaik sejak kebelakangan ini sudah pasti akan terus memuncak jika BN mendapat mandat besar daripada para pengundi.

Sentimen terhadap Bursa Malaysia terus mendapat keyakinan sejak minggu lalu berikutan usaha belian yang kukuh daripada pelabur asing dan institusi dengan indeks mencatat bacaan baharu yang tinggi sepanjang masa iaitu 1,717.65 mata pada Selasa.

Para pelabur menjangkakan pasaran akan terus mendapat sokongan jika kerajaan BN yang menyokong perniagaan mendapat mandat baharu bagi tempoh lima tahun lagi.

Para peniaga berkata para pelabur asing begitu yakin bahawa BN akan kembali berkuasa dan ini akan memastikan kesinambungan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sedang dalam proses meningkatkan aktiviti perniagaan di semua sektor, yang memperkuat ekonomi dengan asas yang kukuh.

Sesi Najib bersama ketua pengarang media dihadiri Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid dan pengarah eksekutif Star Publications dan ketua pengarang kumpulan Datuk Seri Wong Chun Wai.

Mereka turut disertai pengarang kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak, pengarang kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Ketua Pengarang BERNAMA Datuk Zulkefli Salleh.

Jentera BN Digesa Waspada Hingga Saat Akhir, Awasi Gerak Geri Pembangkang

Posted: 03 May 2013 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Mei – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Dr Mohamad Fairus Khairuddin mengingatkan seluruh jentera Barisan Nasional (BN) agar berhati-hati dengan segala tindak tanduk pihak pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 Ahad ini.

Menurut beliau berdasarkan pengalamannya, sehingga ke saat-saat akhir mereka akan menggunakan segala yang berlaku dalam usaha meraih sokongan khususnya kalangan pengundi yang akan mengundi kelak.

"Macam-macam cerita akan timbul dan pelbagai kontroversi akan berlaku. Kepada jentera BN, jangan sesekali terperangkap dengan segala kontroversi oleh mana-mana pihak kerana apa yang penting adalah memastikan kemenangan parti.

"Bersabar dan insyaallah kemenangan akan menyusul dan mereka yang tersepit sanggup melakukan apa sahaja. Jangan sesekali terikut-ikut sebalilknya terus istiqamah berkempen dan terus berkempen," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kata beliau lagi pelbagai dakwaan yang dilemparkan pembangkang ketika ini tidak lebih sekadar melambangkan mereka benar-benar berada dalam keadaan tertekan serta terdesak.

"Tidak keterlaluan juga jika apa yang ditimbulkan itu hanyalah sekadar untuk menutup kelemahan mereka khususnya soal kerjasama serta kesepakatan parti-parti pembangkang yang menjadi bualan akar umbi.

"Saya percaya soal kesepakatan khususnya perasaan tidak puas hati antara rakan-rakan pembangkang masih berlaku. Itu mungkin berlaku dan tidak mustahil hari esok lebih banyak kontroversi yang akan timbul," ujarnya.  -MediaUMNO

BN Ada Peluang Cerah Ambil Semula Parlimen Marang – Yahya Khatib

Posted: 03 May 2013 04:54 AM PDT

MARANG, 3 Mei – Calon Parlimen Marang, Datuk Yahya Khatib yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang untuk merampas Parlimen Marang dari penguasaan Pas berdasarkan respon pengundi di kawasan parlimen tersebut.

Jelas beliau, adalah tidak mustahil Presiden Pas Datuk Seri Haji Hadi Awang boleh ditumpaskan di Parlimen Marang, malah berkemungkinan juga di peringkat DUN berdasarkan perubahan senario politik yang mempengaruhi pengundi di parlimen ini.

"Dari segi respon rakyat hari ini, saya lihat mereka sudah mula bangkit untuk memastikan Parlimen Marang kembali ke tangan BN pada PRU kali ini. Ini disebabkan terlalu banyak isu-isu negatif termasuk ketidakyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Pembangkang.

"Dalam tempoh ini juga, kesemua calon BN d iperingkat Parlimen dan DUN telah bersepakat dan sekata untuk bekerja keras bagi memastikan bahawa BN memperolehi kemenangan di peringkat parlimen dan di kesemua DUN yang ada.

"Setakat ini, daripada pemerhatian kami, Alhamdulillah ceramah-ceramah BN mendapat sambutan dari rakyat berbanding dengan ceramah Pas hari ini yang mendapat sambutan yang amat hambar daripada pengundi-pengundi di kawasan ini," ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Berdasarkan senario tersebut, beliau yakin bahawa rakyat kini sudah mula sedar akan kepincangan Pas terutamanya apabila parti tersebut bersekongkol dengan DAP dan bersedia untuk menolak kepimpinan Pas pada PRU kali ini.

Justeru itu, beliau menyeru pengundi di Parlimen Marang supaya tetap dalam istiqamah dan yakin bahawa tidak ada kerajaan lain yang lebih dari BN untuk memerintah dan mentadbir negara.

"Saya harap ke semua pengundi di Parlimen ini, termasuk pengundi yang tinggal di luar dan balik ke sini untuk mengundi, tetapkan tekad anda untuk terus mengekalkan kerajaan yang sedia ada demi untuk memelihara memelihara pembangunan, keharmonian serta keamanan negara," ujarnya. -MediaUMNO

Anwar Burukkan SPR Kerana Tahu Akan Kalah

Posted: 03 May 2013 04:25 AM PDT

Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya kenapa pakatan pembangkang yang diketuai Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim begitu bersungguh benar menyerang kredibiliti SPR meskipun badan rasmi pengendali pilihan raya yang sama inilah yang membolehkan PR menang di lima buah negeri semasa PRU 12 2008.

Satu persatu isu dibangkitkan dari hal remeh temeh seperti nama pengundi yang sama, keraguan terhadap undi pos, pendatang asing yang kononnya dibenarkan mengundi sehinggalah yang terkini isu dakwat kekal yang dikatakan tidak bertahan lama dan mudah hilang kesannya.

Perihal dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi asalnya idea oleh NGO Bersih sekutu PR selepas keberkesanan kaedah biometrik dipertikaikan, kini bila SPR mengesahkan penggunaan dakwat kekal untuk PRU-13, tanpa segan silu PR juga yang memanipulasikannya untuk menghentam SPR.

Pendek kata SPR yang sudah berjaya melaksanakan tanggungjawab mengendalikan 12 pilihan raya umum dan beratus lagi pilihan raya kecil ini dianggap sebegitu buruk sekali, ada sahaja yang tak kenanya meskipun SPR ini jugalah yang mengisytiharkan PR menang di 8 daripada 16 Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak pasca PRU 12.

Yang hairannya, dalam duk sibuk pertikai itu ini dan persoalkan ketelusan dan kredibiliti SPR, boleh pula para pemimpin PR  bersungguh benar untuk menyertai proses PRU-13 siap ada di sesetengah kawasan berlaku pertindihan antara calon PKR dan PAS.

Itu satu hal, yang paling tak boleh tahan sampaikan masing-masing dalam PR sibuk meramalkan konon mereka akan menang PRU-13 termasuklah sehingga menyebabkan Anwar terbayang-bayang akan menjadi Perdana Menteri. Tak ke bangang namanya tu?

Sebetulnya, serangan berterusan Anwar dan pemimpin PR yang lain ke atas SPR terselit agendanya yang tersendiri yakni untuk menimbulkan persepsi buruk kepada SPR kerana Anwar tahu PRU-13 tidak menjanjikan kejayaan yang sama seperti PRU 12 2008 dulu.

Samada laporan dan risikan di pihak BN mahu pun PR, masing-masing tahu senario mutakhir dan trend semasa menunjukkan amat besar kemungkinan PR akan menerima kekalahan memalukan disebabkan kebangkitan semula BN yang berterusan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Disebabkan itulah Anwar dan PR berusaha untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap SPR selanjutnya menyemai keraguan penyokong PR terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya di negara ini. Sampai satu masa, rasa ragu boleh bertukar menjadi benci dan dendam sehingga akhirnya menjadi protes jalanan dan mungkin berevolusi menjadi keganasan.

Awal tahun ini Anwar pernah membayangkan akan ada "Malaysia Spring" yang bermaksud kebangkitan jalanan dan kejatuhan pemerintah melalui kuasa jalanan dan keganasan sebagaimana yang berlaku di negara Arab yang dikenali sebagai "Arab Spring".

Bukankah itu kelihatan seperti isyarat tersirat oleh Anwar yang menandakan akan ada sesuatu yang seiras Arab Spring samada sebelum atau selepas PRU-13?

Demonstrasi ganas Bersih 3.0 pada April 2012 membuktikan PR sanggup melakukan apa saja untuk mencapai kemaruk menuju puncak kuasa, jadi tentulah ada kemungkinan kejadian yang sama berulang, bukan begitu?

Andai tidak terdetik sedikit pun sedemikian, rakyat amat mengalu-alukan sekiranya Anwar sanggup membuat satu kenyataan dan akujanji bahawa PR yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS berikrar untuk memastikan proses pilihan raya ini berjalan aman, samada sebelum dan selepasnya.

Khalayak ternanti-nanti untuk mendengar jaminan tersebut selari dengan jaminan yang sama yang pernah diikrarkan oleh BN. Soalnya sekarang beranikah Anwar dan PR memberi jaminan tersebut?

mykmu.net

BN Layan Semua Agama Sama Rata – Abdul Taib

Posted: 03 May 2013 04:18 AM PDT

PADAWAN (Sarawak), 3 Mei -  Barisan Nasional mempunyai rekod yang sudah terbukti tidak memihak dalam mentadbir penduduk pelbagai kepercayaan dan agama di negara ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata pendirian ini membolehkan kerajaan BN memperoleh keyakinan rakyat daripada pelbagai agama, dan menerusi nilai baik semua agama, jalinan kerjasama yang kukuh telah dapat diwujudkan.

“Dari Kerajaan Pusat hinggalah kepada kerajaan negeri, sokongan rakyat selama ini menunjukkan Barisan Nasional boleh diberikan kuasa, tidak menyalahgunakan kuasa, dan dipandu oleh prinsip keadilan dan kesaksamaan,” katanya semasa merasmikan masjid baharu, Masjid Darul Iman, di Kampung Sri Arjuna di sini.

Program itu merupakan sebahagian daripada siri kempennya di kawasan ParlimenKota Samarahan, yang menyaksikan calon muka baharu Barisan Nasional, Rubiah Wang, berhadapan calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Ahad ini.

Abdul Taib yang juga pengerusi BN negeri berkata menerusi BN, umat Islam dapat bekerja bersama-sama bukan Islam dan saling menghormati satu sama lain yang membolehkan penduduk hidup dalam suasana aman dan stabil.

Mengenai persingggahannya di Kampung Sri Arjuna, Taib berkata kampung itu instrumental baginya kerana di situlah beliau mula berkempan sebelum memenangi kerusi Kota Samarahan buat kali pertama pada 1969.

Taib menyandang kerusi itu selama sembilan penggal berturut-turut sehingga 2008 apabila anak lelakinya Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman, bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Menurutnya Penghulu Dollah Sabri Wongso, ketua kampung itu merupakan teman rapatnya sepanjang menjadi anggota Parlimen Kota Samarahan.

“Saya berharap sebelum bersara, saya dapat kembali ke Kampung Sri Arjuna untuk menyampaikan sendiri ucapan terima kasih kepada penduduk yang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional selama lebih 40 tahun saya menjadi wakil rakyat di situ,” katanya.

Rakyat Perlu Beri Noktah Putar Belit, Politik Kotor Pembangkang 5 Mei Ini

Posted: 03 May 2013 03:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Menjelang hari pengundian pada 5 Mei ini, rakyat diseru agar memantapkan sokongan untuk memastikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) dan seterusnya kembali menerajui mandat kepimpinan negara.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub menegaskan bahawa hanya BN yang dapat melaksanakan kesinambungan pembangunan yang telah dirancang bagi memastikan Malaysia mencapai negara maju pada tahun 2020.

"Kita mesti menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dan menolak semua tipu helah serta kemungkaran yang telah dilakukan oleh pakatan pembangkang," katanya.

Tegas beliau lagi, lihat saja bagaimana pembangkang mentadbir selepas PRU ke-12 lalu dan mereka berani meletakkan atau menamakan macam-macam perkara termasuklah buku jingga dan ekonomi negara melalui pembentangan bajet sedangkan janji-janji yang sudah dibuat tidak dilaksanakan.

"Kabinet bayangan, bajet alternatif, buku jingga dan hudud hanyalah antara bahan propaganda dalam sandiwara pembangkang untuk menarik perhatian rakyat khususnya bagi mengalihkan tunpuan rakyat.

"Rakyat juga tak pernah lupa dengan janji 16 September kononnya kerajaan akan bertukar kepada pakatan pembangkang kerana itu juga adalah sandiwa terbesar mereka."

Tegasnya lagi, sekiranya benar kepimpinan pakatan pembangkang khususnya PKR sendiri berjuang untuk rakyat maka tentunya mereka akan mencari pemimpin di kalangan rakyat dan bukannya mengguna pakai kembali bekas pemimpin dari BN.

"Ini semua mainan politik pembangkang yang hanya tahu berjanji, berjanji dan berjanji sedangkan sehingga sekarang iaitu hampir satu penggal mereka mendapat mandat di empat buah negeri tetapi apa yang telah mereka lakukan?

"Sudahlah tidak bawa sebarang pembangunan kepada negeri-negeri tadbiran mereka malah banyak pula masalah yang timbul sebagaimana di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

"Kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang wajib dihentikan demi kesetabilan politik, perpaduan umah dan kemakmuran ekonomi," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat keseluruhan agar terus menolak kata-kata manis pembangkang yang sanggup menyatakan maca-macam janji sedangkan ia bukanlah bersifat realiti.

"Kata-kata manis pembangkang adalah sandiwara biasa sebagaimana mereka banyak memainkan peranan dalam pelbagai janji-janji yang ditaburkan sebelum ini kepada rakyat khususnya dalam semasa berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 lalu.

"Siapa yang berjanji pada ibu tunggal dan golongan warga emas di Selangor sehinggakan mereka telah membawa tuntutan hingga ke mahkamah? Bukankah ini juga muncul hasil daripada sandiwara pemimpin pembangkang?"

Tambah beliau, apa pun yang dilakukan oleh Anwar, BN tetap teguh dan kukuh kerana para pemimpin di dalamnya bukan saja tidak endah apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang sebaliknya anggota BN lebih fokus kepada tanggungjawab dan amanah untuk rakyat.

Dalam masa yang sama, beliau turut melahirkan keyakinan bahawa BN akan beroleh kejayaan berdasarkan prestasi cemerlang dan semangat jentera untuk memperoleh majoroti lebih dua pertiga selain merampas kembali negeri-negeri di bawah tadbiran pembangkang. – MediaUMNO

Seramai 1.4 Juta Kakitangan Awam Perlu Ingat Penghinaan Pembangkang

Posted: 03 May 2013 03:48 AM PDT

KLUANG, 3 Mei – Ketua UMNO Bahagian Kluang, Jais Sarday meminta agar 1.4 juta kakitangan awam berfikir secara bijak menjelang hari mengundi pada 5 Mei ini bagi menentukan parti apakah yang bakal menerajui negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke13 nanti.

Ujarnya, beliau yakin, kakitangan awam secara keseluruhannya teguh berdiri menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kerajaan sedia ada sentiasa menjaga kepentingan rakyat termasukalah kakitangan awam. Kerana itu setiap kali pembentangan bajet, kakitangan awam tidak pernah dilupakan. Ini jauh berbeza dengan sikap pembangkang yang belum apa-apa sudah menghina kakitangan awam.

"Sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan, seharusnya kakitangan awam lebih mengatahui bagaimana kerajaan di bawah pimpinan BN sentiasa menjaga kebaikan mereka.

"Adalah tidak patut sekiranya mereka terpengaruh dan mahu menukar kerajaan sedia ada. Harus diingat, sekiranya kerajaan ditukar, masa hadapan mereka juga akan terjejas. Jangan percaya dengan sentimen sama rata yang dipermainkan oleh pembangkang kerana kerajaan BN mengamalkan kesaksamaan dan adil. Kesaksamaan dan sama rata adalah berbeza," ujarnya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, lagi, pembangkang sudah terang-terangan menghina penjawat awam.

"Calon PKR Parlimen Johor Bharu, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein hina penjawat awam umpama kera,  Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua juga pernah mengeluarkan kenyataan mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya mereka berkuasa. Naib Pengerusi baharu DAP, Senator Dr Ariffin S M Omar pula cakap rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam.

"Ini semua membuktikan bahawa penjawat awam dipandang sebelah mata oleh pembangkang. Adakah penjawat awam sanggup memperjudikan masa hadapan untuk pemimpin seperti ini?" jelasnya lagi.

Jais yang juga merupakan calon BN bagi kerusi DUN Mahkota menegaskan, apa yang kerajaan BN lakukan selama ini adalah yang terbaik bukan sahaja untuk kakitangan awam tetapi juga untuk semua rakyat di negara ini.

Tambah Jais lagi, pembangkang menghina penjawat awam sebenarnya adalah bertujuan mencetus api perkauman.

"Bukan saya mahu mengetengahkan sentimen perkauman tetapi inilah kenyataanya. Di kawasan saya Kluang, DAP dalam ceramah mereka bukan sahaja memainkan sentimen bencikan kerajaan malah turut memainkan sentimen membenci kaum lain.

"Jadi saya berharap, penjawat awam fikir-fikirkanlah. Jangan terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang hanya mahu memperalatkan rakyat demi mencapai hasrat mereka. Jangan perjudikan kenikmatan yang kita perolehi sekarang ini semata-mata untuk sesuatu yang tidak pasti," jelasnya lagi. – MediaUMNO.

Jentera BN Diingat Tidak Lalai Dengan Perangkap Pembangkang

Posted: 03 May 2013 03:38 AM PDT

MELAKA, 3 Mei – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak lalai dengan perangkap pembangkang menjelang hari pengundian Ahad ini.

Beliau berkata pembangkang dilihat menumpukan kepada aktiviti merakam gambar situasi sekeliling atau mencari salah laku BN ketika berkempen dan hari mengundi sebagai kaedah untuk membuat petisyen jika mereka gagal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

“Mereka sebenarnya tidak buat kerja sebaliknya lebih memberi perhatian bagaimana mereka boleh menang melalui cara teknikal,” katanya selepas melawat Asrama Anak Yatim Payasum Sungai Udang di sini, hari ini.

Idris turut mengingatkan jentera parti dan penyokong BN supaya menjaga tindakan, kelakuan dan mulut mereka bagi mengelak kejadian provokasi yang boleh menjejaskan kelancaran PRU13.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang berkata gerak kerja jentera BN bagi DUN berkenaan berjalan lancar dan berada pada tahap maksimum.

Katanya peratusan pengundi DUN berkenaan keluar mengundi pada Ahad ini dijangka meningkat berdasarkan maklum balas melalui perjumpaan bersama penduduk yang telah diadakan.

DUN Sungai Udang mempunyai 17,693 pengundi berdaftar.

Pada PRU12, calon BN Datuk Yaakub Md Amin menewaskan calon PKR Zulkefli Othman dengan majoriti 8,005 undi.

Rakyat Highly Convinced With National Transformation Policy, Says Najib

Posted: 03 May 2013 03:33 AM PDT

KUALA LANGAT, May 3 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has asked the Barisan Nasional (BN) machinery to continue to work hard until the last minute of the 13th general election (GE13) on Sunday.

He said this was because he noticed that the people were highly convinced by the national transformation policy propagated by the party.

“I notice that the mood is perfect and we have another one-and-a-half days more, not much time left, so carry on with your work because the people are most convinced with the national transformation policy.

“We have implemented many programmes which had benefited the people all this while. What is most important is the country’s future, we must convince the rakyat that they have no better choice than the BN,” he said in his speech at the ‘People-Friendly Programme’ for the Kuala Langat parliamentary constituency.

The event was held at the residence of the BN treasurer for the Kuala Langat parliamentary constituency, Datuk Nordin Selamat at Sijangkang, here today.

Also present were the BN candidate for the Kuala Langat parliamentary seat, Sharuddin Omar, the BN candidates for the State Assembly seats of Sijangkang, Zurihan Yusop, Telok Datok (Tan Cheng Chai), and Morib (Hasiman Sidom).

The Prime Minister said that besides wresting the administrative power in Selangor, BN must also retain Putrajaya to ensure that the policies adopted by the federal government would be consonant with the policies of the state government.

“A lot of problems will crop up if Putrajaya is (under) a different party from Selangor. All of us have gone through for five years and we know of the difficulties we face in implementing many things because many quarters were giving unfair consideration.

“Even worse is their (opposition’s) failure to fulfil the promises made in 2008, they made too many promises…many of them are left unfulfilled. But for the BN government, we certainly will fulfil all our pledges,” he said.

Najib also thanked the Kuala Langat BN machinery for being highly committed and united in ensuring victory for all the BN candidates in the parliamentary constituency for GE13.

The Prime Minister also announced an allocation of more than RM1 million to upgrade the Surau Al-Ansor, Taman Sri Medan, Sijangkang, to a mosque.

Earlier, the Prime Minister performed Friday prayers at the surau together with the local residents.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT