SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, May 21, 2013

UMNO Online - “Dalang Pencerobohan Lahad Datu Tidak Akan Didedah, Elak Prejudis – Zahid” plus 9 more

UMNO Online - “Dalang Pencerobohan Lahad Datu Tidak Akan Didedah, Elak Prejudis – Zahid” plus 9 more

Link to UMNO Online

Dalang Pencerobohan Lahad Datu Tidak Akan Didedah, Elak Prejudis – Zahid

Posted: 20 May 2013 04:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei –  Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

“Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti… kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

“Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Isnin.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

Anwar Diseru Jadi Muslim Yang Baik, Jangan Lupa Kekuasaan Allah swt

Posted: 20 May 2013 04:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Bekas Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (Pas), Datuk Nakhaei Ahmad menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat  Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.

Jelasnya, Anwar sepatutnya bermuhasabah diri di atas kekalahan Pakatan Pembangkang pada PRU kali ini dan bukannya bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kekalahan pakatan pimpinannya itu.

"Saya yakin, Anwar tahu bahawa PRU kita memang telus. Dia tahu tentang itu. Jika benar PRU di negara ini boleh dicatur, saya rasa adalah lebih baik BN mengatur keputusan di Permatang Pauh untuk menjatuhkan beliau.

"Saya cuma mahu ingatkan Anwar, janganlah mencampur adukkan antara perkara yang hak dan batil dan jangan menyembunyikan perkara yang benar sedangkan dia mengetahuinya," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, Anwar mungkin sudah terlupa tentang kekuasaan Allah dalam memberikan kerajaan kepada siapa yang Dia kehendaki dan mencabut kerajaan dari siapa yang Dia kehendaki.

"Dulu Anwar hanya selangkah lagi untuk menjadi Perdana Menteri tetapi seperti yang saya sebutkan, Allah akan memberikan kekuasaan, pangkat dan jawatan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

"Apabila Allah tidak mengkehendaki untuk memberikan kerajaan atau kekuasaan, maka Allah akan mengadakan pelbagai sebab untuk menarik atau mencabut kekuasaan itu. Dan itulah yang terjadi kepada dirinya (Anwar). Beliau harus sedar tentang perkara itu," katanya lagi.

Justeru itu, beliau menyeru Anwar agar kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.

"Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?

"Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka," jelasnya. -MediaUMNO

Karpal Ibarat Cacing Kepanasan, Main Politik Ugut Selamatkan DAP

Posted: 20 May 2013 04:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Mei – Menyedari lebih banyak rahsia parti itu terbongkar, Pengerusi DAP, Karpal Singh terpaksa mengugut bekas Naib Presidennya, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya berdiam diri jika tidak mahu diheret ke mahkamah.

Tindakan itu terpaksa dilakukan oleh Karpal bagi menyelamatkan bukan sahaja DAP tetapi parti pembangkang yang lain mengenai taktik jahat mereka termasuk cadangan untuk mengulingkan kerajaan berikutan kegagalan menawan Putrajaya pada pilihan raya lalu.

Pensyarah Universiti Malaysia Perlis, Datuk Dr Abdul Razak Omar berkata Karpal terpaksa bertindak sedemikian kerana ingin menyelamat pembangkang daripada dibenci orang ramai terhadap apa yang dirancang oleh mereka seperti yang didedahkan oleh Tunku Aziz.

"Tunku Aziz mempunyai banyak maklumat dan rahsia, bukan sahaja DAP malah parti pembangkang yang lain, pendedahan yang dibuat oleh Tunku Ibrahim akan menunjukkan wajah sebenar pembangkang terhadap negara ini. Ini yang merisaukan Karpal.

"Banyak taktik kotor pembangkang terutamanya DAP telah terdedah, pendedahan demi pendedahan itu akan menyebabkan masyarakat akan tahu niat sebenar pembangkang dan ini menyukarkan mereka untuk mendapatkan sokongan terutama di kalangan orang Melayu.

"Di samping itu, pendedahan yang dibuat itu juga boleh menyebabkan hubungan antara parti-parti terbabit akan renggang dan mungkin juga boleh menyebabkan permasalahan sehingga boleh merungkaikan pakatan tidak rasmi di kalangan ketiga-tiga parti berkenaan, ini menyebabkan Karpal terpaksa bertindak sedemikan terhadap Tunku Ibrahim.," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Karpal yang ingin mengheret Tunku Aziz ke mahkamah jika masih terus membongkar serta mendedahkan apa jua perkara yang diketahuinya ketika menjadi Naib Pengerusi DAP tidak lama dahulu.

Dr Abdul Razak berkata, pendedahan yang dibuat oleh Tunku Aziz boleh memberi kesan besar kepada pembangkang kerana mereka tidak boleh menafikan apa yang didedahkan kerana ianya datang bukan daripada orang sebarangan tetapi yang mempunyai jawatan penting parti.

"Ini sebenarnya menyebabkan Karpal dan pemimpin pembangkang lain yang tidak boleh duduk diam, mereka kini boleh diibaratkan seperti cacing yang kepanasan, apa yang didedahkan itu adalah rahsia sulit dan kini telah diketahui umum," katanya.

Menurutnya, jika sebelum ini pembangkang boleh mengatakan apa yang didedahkan itu adalah usaha UMNO dan Barisan Nasional untuk memburuk-burukkan pembangkang apabila perkara itu didedahkan oleh pemimpin BN, tetapi perkembangan terbaru ini menyebabkan pembangkang merasakan ia sebagai satu perkara yang perlu ditangani segera bagi memastikan tidak bertambah teruk. -MediaUMNO

No More Warnings, But Action Against Those Bent On Creating Trouble – Ahmad Zahid

Posted: 20 May 2013 02:57 AM PDT

PUTRAJAYA, May 20 – The government would not be issuing warnings anymore but would act tough against individuals whose extreme actions would only disrupt public order, said Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today.

He said the Inspector-General of Policen (IGP), and heads of departments and agencies under the home ministry had been given the full power to carry out the task within their respective jurisdiction and without political interference.

Ahmad Zahid said any action taken by the ministry to maintain public order must not be regarded as politically motivated but was based on the existing laws of the country.

Hence, he reminded the opposition leaders not to politicise the actions to be taken by the authorities in order to preserve peace and stability in the country.

He warned these leaders that they would face a big risk if they insisted on being stubborn.

“Lim Kit Siang and Lim Guan Eng should differentiate political objectives and political measures from the implementation of laws. Do not politicise every law enforcement by the IGP and other agencies under the ministry.

“We will not compromise but will act in accordance with the existing Acts and enactments. We will not give anymore warnings, so don’t be angry with us when we take action,” he said at a news conference in conjunction with his first day as home minister, here.

Also present were his deputy Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar and the new IGP, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

To ensure smooth implementation of whatever by the ministry, Ahmad Zahid said it required the cooperation, support, views, suggestions and feedback from all quarters including the local communities, institutions, NGOs and political leaders from in and outside the government.

“This is not for our (Barisan Nasional) own political interest but for the good of society and country,” he said.

On statements made by opposition leaders over various matters recently, Ahmad Zahid said these could be argued out in parliament.

“As politicians, we meet in the political arena, not on the street or at the open field but in the Dewan Rakyat,” he added.

Akhirnya Yang Terbukti Adalah Ramai Pemimpin Hantu…

Posted: 20 May 2013 02:51 AM PDT

Penulis sebelum ini pernah mendedahkan mengenai ketelanjuran pakatan pembangkang yang menggunakan isu 'pengundi hantu' untuk menafikan kemenangan Barisan Nasional/UMNO dalam pilihanraya umum yang lalu.

Ekoran terlalu ghairah untuk mempengaruhi minda masyarakat kononnya wujud penipuan dalam proses pilihanraya, mereka akhirnya tanpa disedari turut menuduh penyokong sendiri sebagai Bangla. Alasan yang digunakan, muka mereka mirip pekerja Bangla, Nepal, Indon dan sebagainya. Menarik bukan!

Terbaru ahli parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang mewakili kawasan Serdang terpaksa melutut membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan 'pengundi hantu' yang dilemparkan sebelum ini. Mangsa yang dikenali sebagai Chua Lai Fat, merupakan pengundi kali pertama telah dijadikan sebagai modal kempen Kian Ming bagi menipu rakyat.

Lai Fat dituduh sebagai pengundi hantu hanya kerana wajah Indianya, yang dilihat tidak selari dengan nama Cina yang digunakan seperti yang tertera di kad pengenalannya. Sedangkan secara faktanya beliau memang berketurunan India namun telah dijadikan sebagai anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang. Nama yang digunakan adalah merupakan nama yang diberikan oleh keluarga angkatnya.

Dr Ong melalui akhbar Cina baru-baru ini telah memohon maaf atas kesilapannya menuduh Lai Fat sebagai pendatang asing yang mengundi pada PRU-13.

"Saya akhirnya dapat mengenal pasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat. Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya," kata wakil DAP itu yang turut memanjangkan permohonan maaf kepada pengundi dan keluarga mangsa.

Mudah bukan!!! Setelah mereka puas menggunakan isu tersebut untuk menipu rakyat dan memalukan mangsa dengan pelbagai tuduhan fitnah, ia dianggap selesai dengan sepotong ayat maaf.

Isu ini bukanlah merupakan isu yang baru. Malah setiap kali menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, pakatan pembangkang akan sering membangkitkan isu tersebut yang kononnya akan mengundi untuk BN/Umno.

Malah Anwar Ibrahim sebelum ini juga, berulang kali menuduh kononnya kemenangan pembangkang telah 'diragut' oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menggunakan warga asing sebagai pengundi.

Ketua pembangkang itu, melalui kempen jelajah 'Kemerahan Rakyat' sering berkata, penipuan tersebut terbukti dengan kehadiran warga 'Bangla' di pusat-pusat mengundi pada PRU-13.

Yang pelik dan anehnya, isu pengundi hantu ini segera lenyap apabila pembangkang kekal memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Yang pelik dan anehnya, isu pengundi hantu ini segera lenyap apabila pembangkang kekal memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Kenapa dakwaan terbabit seolah-olah berhenti apabila menang di 3 negeri?  Jelas, segala dakwaan pengundi hantu adalah merupakan helah politik dan sandiwara mereka yang langsung tidak berpijak kepada fakta.

Impian untuk menjadi perdana menteri, seperti menghantui diri Anwar yang sehingga kini masih enggan menerima keputusan majoriti rakyat yang menolaknya.

Rakyat sewajarnya bangkit beramai-ramai untuk menyatakan ketegasan supaya pakatan pembangkang khususnya 'Bapa Sandiwara Negara' Anwar Ibrahim akur untuk menerima dan menghormati proses demokrasi seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Cukup-cukuplah berpolitik, rakyat mahukan pemimpin menumpukan kepada usaha memajukan negara. Janganlah diheret pelbagai pihak untuk memenuhi nafsu politik sempit Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat sudah memilih, maka tibalah masa wakil rakyat yang menang untuk bekerja.

Sebenarnya tidak wujud pengundi hantu, yang wujud hanyalah pemimpin hantu, Pemimpin hantu ini setiap hari menghasut rakyat kononnya pilihan raya tidak adil biar pun satu demi satu tuduhan dibuktikan palsu.

Zul Rawi

Muka Baharu Dilantik Exco Mampu Beri Perkhidmatan Terbaik – MB Pahang

Posted: 20 May 2013 02:37 AM PDT

KUANTAN, 20 Mei –  Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata lima muka baharu yang dilantik anggota Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang diyakini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata mereka diberikan portfolio yang mereka mempunyai pengalaman luas.

“Semua ada pengalaman yang luas…contohnya Datuk Burn (Abu Bakar Harun)…beliau dah berapa lama dalam Felda, tahu apa yang dimahukan oleh peneroka, Datuk Shahaniza (Shamsuddin), yang memegang portfolio pembangunan wanita, mempunyai pengalaman luas sebagai Puteri Umno.

“Begitu juga Syed Ibrahim (Syed Ahmad), yang memegang portfolio dakwah, bertahun-tahun berpengalaman sebagai penceramah bebas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco di Kompleks Yayasan Pahang di sini Isnin.

Dua lagi muka baharu ialah Datuk Mohd Johari Hussain yang memegang portfolio Belia dan Sukan dan Norol Azali Sulaiman, portfolio Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas.

Mengenai peningkatan wakil pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri, Adnan berkata kerajaan negeri yang diwakili oleh Barisan Nasional tidak tergugat dengan keadaan itu.

“Situasi ini pernah berlaku sebelum ini…apa yang penting kita (kerajaan negeri) dapat menjalankan tugas kita dengan baik kepada rakyat,” katanya.

Bersama Bina Kemakmuran Negara, Rakyat Muak Politik Kebencian Pembangkang

Posted: 20 May 2013 02:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Rakyat Malaysia mempunyai peranan yang besar dalam membentuk sebuah negara yang maju dan sewajarnya kembali bersatu selepas melalui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih dua minggu lalu.

Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Seriwani Sabtu melihat agenda pembinaan bangsa Malaysia perlu dilaksanakan bersama-sama dan bukan sepenuhnya peranan pihak yang menang iaitu Barisan Nasional (BN) walaupun telah mendapat mandat daripada rakyat tetapi pembangkang juga.

"Rakyat sudah muak dengan politik kebencian yang ditaburkan khususnya oleh pihak pembangkang sepanjang berkempen dalam PRU13 lalu malah sehingga ke hari ini ia masih berlarutan dengan kecenderungan kepada politik perkauman dan perpecahan," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, dalam sisitem demokrasi, semua pihak memainkan peranannya dan bukan terletak kepada golongan yang menang semata-mata malah pihak yang tewas juga perlu akur dan menerima kekalahan dengan sikap yang profesional.

"Generasi hari ini tidak boleh ditiupkan dengan semangat kebencian sebagaimana yang dibawa oleh pembangkang apabila mereka mempertikaikan keputusan PRU13 dan membawa kepada himpunan atas dakwaan berlaku penyelewengan dan penipuan kepada kemenangan BN.

"Berdasarkan keputusan PRU13, sewajarnya pakatan pembangkang mengakui bahawa suara majoriti adalah kepada BN selaku penerima mandat kerajaan Persekutuan tetapi dalam masa yang sama tidak bermakna mereka sebagai golongan minoriti tidak boleh memberikan sumbangan."

Tambahnya yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Setiawangsa, pakatan pembangkang perlu akur dengan kehendak rakyat yang memberikan suara majoriti kepada BN selepas PRU13.

"Ini tidak bermakna bahawa peranan pakatan pembangkang sebagai rakyat Malaysia ditolak kerana mereka juga boleh memberikan ruang dengan meneruskan kerja-kerja dan usaha yang baik serta tidak menonjolakn perkara-perkara yang tidak betul.

"Pembangkang juga boleh buat kerja dengan menumpukan kepada kawasan yang mereka sendiri menangi dan bukannya menanamkan agenda negatif kepada rakyat yang mana kesannya amat buruk untuk generasi akan datang."

Ujarnya lagi, peranan pemimpin bukan saja melaksanakan tugas untuk kebajikan rakyat tetapi apa yang lebih penting adalah pengisian untuk generasi awal khususnya di peringkat sekolah agar mereka dapat menyemai budaya permuafakatan yang cemerlang pada masa hadapan.

Selepas menerajui kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyeru rakyat agar mengadakan penyatuan nasional supaya sikap ekstremis dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan atas dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah.

BN mendapat mandat baru pada PRU13 apabila menguasai 133 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti yang meyakinkan. Pakatan pembangkang pula mendapat 87 kerusi dengan DAP memperoleh 38 kerusi, PKR (28 kerusi) dan Pas (21 kerusi). - MediaUMNO

Jangan Politikkan Segala Tindakan Pihak Berkuasa – Ahmad Zahid

Posted: 20 May 2013 01:45 AM PDT

PUTRAJAYA, 20 Mei –  Menteri Dalam Negeri,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin pembangkang supaya tidak mempolitikkan segala pelaksanaan dan tindakan pihak berkuasa dalam usaha memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.

Pihak berkenaan boleh menghadapi risiko besar sekiranya terus berbuat demikian, katanya pada sidang media selepas memulakan tugas hari pertama sebagai menteri dalam negeri.

“(Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng harus membezakan antara objektif politik, langkah politik dengan pelaksanaan undang-undang. Jangan mempolitikkan segala pelaksanaan undang-undang yang dilaksanakan oleh IGP (ketua polis negara) atau lain-lain agensi yang berada di bawah KDN,” katanya.

Ahmad Zahid berkata ketua polis negara, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN, diberi kuasa sepenuhnya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut bidang kuasa masing-masing, tanpa campur tangan politik.

Sebarang tindakan yang dilakukan di bawah KDN tidak boleh dianggap sebagai tindakan bermotifkan politik, tetapi berlandaskan kepada asas-asas perundangan yang sedia ada, katanya.

Beliau mengingatkan bahawa kerajaan tidak lagi memberi amaran, sebaliknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan menjejaskan ketenteraman awam negara.

“Kami tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang, akta dan enakmen yang sedia ada, katanya.

Menyentuh kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung beberapa perkara berkaitan kenyataan beliau baru-baru ini, soal perundangan, pilihan raya dan sebagainya, Ahmad Zahid berkata perkara itu boleh dipertikai di Parlimen.

“Sebagai orang politik, kita berjumpa di gelanggang politik, gelanggangnya bukan di jalanan, bukan di padang terbuka, tetapi di Dewan Rakyat. Jangan gunakan forum di tempat lain,” jelas beliau.

Ahmad Zahid turut membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta beliau supaya tidak menjadikan negara ini seperti milik keluarganya.

“Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia,” katanya.

Anggota Parlimen Bagan Datoh itu dibidas kerana membuat kenyataan menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berhijrah ke negara di mana mereka boleh mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Ahmad Zahid juga berkata bagi memastikan pelaksanaan KDN berjalan lancar, cadangan, pandangan dan kerjasama padu daripada semua pihak dialu-alukan, selain kritikan dan teguran.

“Kami perlukan sokongan dan dukungan daripada masyarakat keseluruhannya, ini termasuk pemimpin-pemimpin politik, sama ada dalam kerajaan mahupun di luar kerajaan, NGO, individu dan institusi.

“Bukan sekadar memberikan maklum balas, aduan atau rungutan tetapi memberikan cadangan dan kerjasama kepada apa yang sedia ada dalam perundangan,, peruntukan yang digaris pandukan. Ia bukan untuk kepentingan politik kami,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Menteri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Buntu Lantik Exco Serlahkan Konsep Sepakat Untuk Tidak Sepakat Pakatan Pembangkang

Posted: 20 May 2013 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Walaupun pilihan raya umum ke-13 sudah lebih dua minggu berlalu dan pihak pakatan menang lebih selesa dan mengekalkan penguasaan di negeri Selangor, namun sehingga ke hari ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masih gagal mewujudkan barisan EXCO kerajaan negeri, membuktikan bahawa pihak pakatan ini hanya 'tidur sebantal tapi mimpi lain-lain'.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, senario politik pakatan di Selangor ini membuktikan tidak wujud konsep persepakatan dan permuafakatan dalam menentukan barisan kepimpinan negeri, sedangkan pada dasarnya, PRU13 ini, penguasaan mereka lebih baik berbanding pada PRU12.

"Ini berbeza dengan BN, kita mempunyai prinsip yang jelas siapa yang layak dan sewajarnya menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri sehinggalah kepada kepimpinan kerajaan negeri di bawah pentadbiran kerajaan BN.

“Dalam masa yang sama, perlantikan menteri kabinet ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan ianya diterima baik oleh akar umbi," ujarnya yang juga mantan Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional.

Tambahnya, konsep persepakatan dan permuafakatan dalam BN ini tidak wujud dalam pakatan pembangkang kerana mereka saling berebut kuasa dari jawatan Perdana Menteri sehinggalah ke jawatan Exco Kerajaan negeri, contohnya di Selangor.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali difahamkan mengintai jawatan penting di negeri terkaya itu sehingga tercetus sedikit pertikaian dan drama dan berakhir selepas Abdul Khalid mengangkat sumpah Selasa lalu, lebih seminggu selepas selesai pilihan raya umum 5 Mei.

Khalid telah dilantik semula sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013 dengan meraih 44 kerusi 56 kerusi DUN.

Pas dan DAP memenangi 15 kerusi setiap satu, manakala PKR pula 14 kerusi. -MediaUMNO

Program Kementerian Kesihatan Dinilai Semula – Dr Subramaniam

Posted: 19 May 2013 11:42 PM PDT

PUTRAJAYA, 20 Mei – Kementerian Kesihatan akan melihat semula semua program yang telah dan sedang dilaksana bagi menilai keberkesanannya.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, jika perlu, pihaknya akan membuat perubahan pada program terbabit untuk memastikan kementerian itu mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

Langkah ini penting bagi memastikan Malaysia terus menawarkan perkhidmatanterbaik sekali gus meningkatkan tahap kesihatan rakyat, katanya pada sidangmedia sempena hari pertamanya di kementerian itu, di sini, Isnin.

Turut memulakan tugas pada Isnin ialah timbalan beliau, Datuk Seri Dr HilmiYahaya.

Menurut Dr Subramaniam, walaupun negara ini mempunyai sistem perkhidmatan kesihatan terbaik, masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Sehubungan itu katanya, kementerian berkenaan sentiasa mengambil langkah proaktif termasuk melakukan pelaburan dalam sumber manusia bagi memastikan sektor kesihatan sentiasa mempunyai tenaga pakar mencukupi, setanding negara maju.

Katanya, kementerian itu juga akan memberi tumpuan dalam mengurangkan penyakit tidak berjangkit yang pada masa ini terus mencatatkan peningkatan bilangan kes setiap tahun.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT