SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, May 1, 2013

UMNO Online - “BN Yakin dapat Semula Parlimen Sepanggar Dan Kota Kinabalu” plus 9 more

UMNO Online - “BN Yakin dapat Semula Parlimen Sepanggar Dan Kota Kinabalu” plus 9 more

Link to UMNO Online

BN Yakin dapat Semula Parlimen Sepanggar Dan Kota Kinabalu

Posted: 30 Apr 2013 06:38 AM PDT

KOTA KINABALU, 30 April – Selepas lebih seminggu berkempen siang dan malam, Barisan Nasional (BN) yakin dapat memenangi semula kerusi kawasan parlimen Kota Kinabalu dan Sepanggar,

Keyakinan itu disuarakan calon BN bagi kawasan Parlimen Kota Kinabalu Chin Teck Ming dan Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris bersandarkan sambutan rakyat yang menunjukkan sokongan kepada gabungan parti pemerintah itu.

Bagaimanapun, Chin dan Jumat tidak leka dengan keadaan itu, sebaliknya meningkatkan usaha serta memperluaskan kawasan kempen bagi memberi penerangan terhadap segala persoalan dan keraguan di kalangan masyarakat di kawasan majoriti Melayu dan Cina yang dianggap sebagai antara kerusi panas di negeri ini.

“Selepas menyampaikan mesej kepada rakyat di seluruh pelusuk kawasan sepanjang kempen, kami yakin boleh memenangi semula Sepanggar,” kata Jumat pada ceramah di Telipok Ria.

Sepanggar disandang Parti Maju Sabah (SAPP) yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 atas tiket BN. Parti itu keluar daripada BN selepas itu dan Anggota Parlimennya Datuk Eric Majimbun, kini adalah wakil pembangkang.

Pada pilihan raya umum ini Jumat akan menghadapi pertandingan empat penjuru menentang Chin Hon Kiong (SAPP), Jeffrey Kumin @ John (DAP) dan Daniel John Jambun (STAR).

“Saya telah lama berada di sini dan pengundi kenal saya. Tugas kami kini ialah untuk menerangkan kepada rakyat rancangan kerajaan untuk rakyat dan negara, secara keseluruhan.

“Berdasarkan rekod baik BN sebagai landasan kepercayaan rakyat, kami kini menggandakan usaha kami untuk meningkatkan majoriti, serta kami akan menawan semula kerusi Sepanggar, yang merupakan kerusi tradisi kami,” kata Jumat yang merupakan ketua UMNO Sepanggar.

Kerusi kawasan Parlimen Kota Kinabalu pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu antara calon BN Chin Teck Ming, Liew Hock Leong @ Michael (STAR) dan Jimmy Wong Sze Thin (DAP).

Chin, seorang peguam, berkata pembabitan aktif beliau sebagai pegawai dalam program pembangunan masyarakat banyak membantunya berkempen.

“Saya percaya dengan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan BN sekarang ini rakyat yang sebelum ini menyokong pembangkang telah berubah kepada menyokong BN.

“Semua ini kerana mereka percaya bahawa BN adalah sebuah parti yang bersedia mendengar masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata komitmen BN dalam memenuhi janji-janjinya ditambah dengan manifesto yang meliputi pelbagai segmen dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama akan menjadi faktor kemenangan BN.

Pada pilihan raya umum lepas, Chin kalah kepada calon DAP Dr Hiew King Cheu dengan majoriti 106 undi.

Pembangkang Sendiri Ramal 11 Pemimpin Utama Bakal Kecundang

Posted: 30 Apr 2013 05:56 AM PDT

Salam 1Malaysia…. Mungkin di kalangan sesetengah penyokong pembangkang, mereka agak teruja mendengar dan membaca pelbagai propaganda murahan PR yang mendabik dada bakal menang selesa dalam PRU-13 seterusnya menjadi Kerajaan Pusat pada keesokan harinya.

Hakikatnya, kebenaran amat pahit untuk ditelan apabila hasil tinjauan pendapat yang dilakukan sendiri oleh jentera PR menunjukkan gabungan tidak berdaftar itu bakal tewas teruk selain menyebabkan 11 orang pemimpin utamanya kalah di kawasan yang ditandingi.

Info ini didedahkan sendiri oleh sebuah blog pro PR, suarapakatanrakyat.com yang menyenaraikan semua 11 kerusi yang berisiko besar untuk kalah termasuklah 7 daripadanya merupakan kawasan yang dimenangi PR pada PRU 12 2008. Sumber asal maklumat ini datangnya dari pusat operasi PR di Tropicana.

11 kawasan yang dimaksudkan itu ialah Parlimen Putrajaya, Pulai, Pokok Sena, Shah Alam dan Pendang yang ditandingi pemimpin utama PAS, manakala bakinya ialah kawasan Parlimen ditandingi pemimpin utama PKR iaitu Kuantan, Lembah Pantai, Ampang, Padang Serai dan Bukit Katil. Satu lagi ialah Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP).

Maklumat yang didedahkan ini bagaimana pun tidaklah begitu mengejutkan kerana sebahagian besarnya memang diketahui umum sukar untuk dimenangi oleh PR apatah lagi di saat mood dan trend sokongan rakyat tika ini yang cenderung bersama BN.

Di mana-mana saja majlis atau program PR diadakan, kemeriahan sebenar sukar dirasai memandangkan rata-rata hadirin bukannya orang tempatan sebaliknya merupakan penyokong kerahan yang diangkut dari satu tempat ke satu tempat semata-mata untuk menunjukkan PR masih berpengaruh.

Pendedahan oleh suarapakatanrakyat.com ini boleh dianggap satu pengisytiharan mengaku kalah. Itu secara umumnya.

Apa pun, ini bukan maksudnya BN sudah boleh goyang kaki kerana masih banyak yang perlu dilakukan samada untuk mengekalkan momentum sekarang atau pun bagi meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada BN sementara menantikan tiupan wisel penamat PRU-13 yang masih berbaki beberapa hari lagi.

Ziad Hasani

Kerana Sokong Kerajaan, Pelakon Azhar Sulaiman Terima Ugutan

Posted: 30 Apr 2013 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 April – Dek kerana kelantangannya menyuarakan pendapat berkaitan politik, pelakon Azhar Sulaiman dihujani pelbagai ugutan dan kecaman serta akaun facebooknya telah digantung.

Rentetan daripada itu, Azhar membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail hari ini kerana bimbang akan keselamatannya berikutan tindakannya memuatnaik video yang menghentam pembangkang.

Menurut Azhar, beliau amat kesal kerana selama ini pakatan pembangkang sering melaung-laungkan kebebasan bersuara tetapi apabila dirinya menyuarakan pandangan yang tidak menyebelahi pembangkang, dirinya dicerca serta diugut.

"Saya kesal dengan sikap pembangkang yang cakap tidak serupa bikin. Inikah yang mereka katakan kebebasan bersuara. Saya hendak tegaskan di sini, apa yang saya muatnaik dan komen adalah pandangan peribadi saya sebagai rakyat negara ini.

"Saya tidak diupah oleh sesiapa malah saya tidak bekerja untuk sesiapa. Saya hanya mahu sistem yang ada sekarang dikekalkan kerana sistem ini adalah yang terbaik untuk semua orang.

"Patutkah saya menyokong pakatan pembangkang sedangkan apa yang mereka tunjukkan adalah tidak betul. Mereka tuduh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak telus tetapi tengok apa jadi dengan CEC. Ini baru satu contoh… Banyak lagi contoh yang sama sekali tidak membenarkan saya memihak kepada mereka.

"Sebagai rakyat, saya terpanggil untuk merakamkan pandangan saya agar ianya boleh difikrkan oleh mereka yang melihatnya. Tapi kebebasan saya untuk bersuara ditidakkan," ujarnya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Ujar Azhar, walaupun dia diugut dan dicerca namun ini sama sekali tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menyuarakan pandangannya. Sekiranya ada golongan artis bimbang akan hilang punca pencarian tetapi tidak pada dirinya.

"Saya akan terus bersuara… negara kita ada undang-undang dan Allah itu Maha Adil. Saya serahkan segalanya kepada Allah dan undang-undang," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Wanita UMNO Survey Predicts Two-Third Majority Polls Win For BN

Posted: 30 Apr 2013 05:43 AM PDT

IPOH, April 30 – A Wanita UMNO survey of voter sentiment shows that the Barisan Nasional (BN) is ahead of the Pakatan Rakyat (PR) in the 13th  General Election and can secure a two-third majority victory on Sunday.

Wanita UMNO Information chief Datuk Hamidah Osman said the survey was conducted by 250,000 members of the wing’s “Jalinan Rakyat” (People’s Network) on 7.5 million voters throughout the country except Sarawak.

She said that according to the survey, the BN had up to today garnered the support of almost 60 per cent of the voters.

The People’s Network had conducted surveys of voter sentiment since the by-elections in Hulu Selangor, Galas and Tenang in 2010 and its results had been “very accurate” (about 95 per cent).

"The survey, conducted through the People’s Network Information System, goes by parliamentary constituency, polling district centres and location. The results are more realistic, justified and comprehensive.

"Based on the survey, conservatively, we are confident the BN can establish the government by winning two thirds of the parliamentary seats. We are confident the support for the BN will rise by polling day (on Sunday),” he told a news conference, here.

Hamidah, who last held the Sungai Rapat state seat, said that based on the same survey, the BN could retain Perak with a simple majority.

"Up to today, conservatively, 34 seats in Perak are regarded as white areas. There are several grey areas but the response from the constituents is positive. Additional seats are a bonus,” she said.

Hamidah said that after 12 days of campaigning, the support for UMNO was growing and most encouraging.

"Many Malay voters in the state have swung to the BN. The collaboration among the parties of the Pakatan Rakyat – PAS, PKR and DAP – is not like in 2008. They are moving on their own and want to see who will arrive first,” she said.

Calon BN Karambunai Manfaatkan Kempen Perjelas Isu, Pembohongan Lawan

Posted: 30 Apr 2013 05:28 AM PDT

KOTA KINABALU, 30 April – Selepas hampir 10 hari berkempen, calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri Karambunai Datuk Jainab Ahmad mengakui tidak mudah untuk merungkai pembohongan yang dibuat pihak lawan.

Bagaimanapun katanya, selepas sesi dialog dan pertemuan dengan masyarakat, beliau dapat menjelaskan banyak isu yang sebelum ini diputar belit pihak tertentu demi kepentingan politik mereka.

“Mereka kini faham dan kita dapat lihat peralihan sokongan kepada kita sekarang,” katanya kepada Bernama selepas berkempen di empat buah kampung hari ini.

Jainab yang juga penyandang kerusi itu, berkata setakat ini hampir 80 peratus kawasan sudah dilawatinya yang dimanfaatkan dengan memberi penjelasan tentang manifesto BN serta menjawab isu-isu berbangkit.

Mengulas saingan daripada empat calon lain pada pilihan raya kali ini, Jainab berkata beliau tidak gentar dan yakin dapat mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak dua penggal lepas.

“Rakyat boleh melihat sendiri rekod perkhidmatan saya dan BN di sini. Kita telah membawa pelbagai pembangunan di sini dan banyak lagi dalam perancangan.

“Kita berharap rakyat akan menilai berdasarkan prestasi dan kredibiliti kerana semua keraguan yang dibangkit pihak tertentu telah kita jawab semasa berkempen ini,” katanya.

Selain Jainab, kerusi itu juga ditandingi Aziz Ibrahim (Parti Maju Sabah -SAPP),  Muali Aching (PKR) dan dua calon Bebas iaitu Ag Maidin Ag Apong dan Rano Susulan.

Karambunai mempunyai 28,971 pengundi dan pada pilihan raya lepas Jainab mengatasi calon lawan dengan kelebihan 3,018 undi.

Bancian Sikap Jentera Wanita Dapati Sokongan Kepada BN Meningkat – Shahrizat

Posted: 30 Apr 2013 05:24 AM PDT

ALOR SETAR, 30 April – Bancian sikap oleh jentera Wanita sejak tiga tahun lepas mendapati sokongan kepada Barisan Nasional (BN) semakin meningkat dan keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga kian melonjak.

Ketua Pergerakan Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jentera Wanita juga dikenali sebagai Jalinan Rakyat (JR), bertemu lebih 9.552 juta orang  daripada lebih 13.26 juta pengundi berdaftar.

“Walaupun ada yang tidak menerima kunjungan JR dengan baik, namun lebih ramai yang mengalu-alukan kedatangan jentera kami, dan mereka adalah pengundi yang berdaftar, bukan sekadar orang yang hanya tahu mengkritik tapi tidak layak mengundi.

“Bancian sikap ini dijalankan secara kiraan kepala oleh lebih 300,000 jentera JR, yang 260,000 daripadanya Wanita UMNO, manakala selebihnya Wanita parti komponen BN,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Tunku hari ini.

Beliau berkata berdasarkan bancian itu, faktor utama sokongan rakyat kepada BN ialah mereka tidak mahu politik yang membawa kepada kehancuran dan bersikap rasisme.

“Harapan pengundi amat tinggi dan percaya hanya di bawah pemerintahan BN, ia dapat meneruskan kesinambungan perpaduan antara kaum. Mereka tidak suka reformasi dan keganasan yang dibawa pembangkang, mereka percaya dengan Datuk Seri Najib,” kata Shahrizat, yang akan menyerahkan laporan bancian itu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Beliau berkata sudah menjadi tradisi BN bahawa setiap ramalan oleh JR hampir tepat dan dapat disimpul bahawa rakyat lebih percayakan BN, tidak seperti yang didakwa pakatan rakyat.

Shahrizat turut mengingatkan pengundi agar tidak mudah percaya dengan khabar angin, fitnah serta tohmahan bersifat provokasi yang sering dilempar terutama dalam laman sosial.

“Bagi jentera Wanita, semangat kami lebih kuat apabila diserang, difitnah dan dilempar bermacam-macam tohmahan, semangat kami tidak pernah turun. Jentera Wanita mampu menangkis fitnah, terutama taktik kotor dalam dunia siber,” katanya.

Mengulas calon di kalangan Wanita, Puteri dan parti komponen BN, beliau berkata pihaknya mendapati mereka mempunyai semangat yang tinggi serta kental dan mampu berdepan lawan masing-masing.

“Saya juga gembira melihat jentera wanita, yang merupakan tulang belakang parti, berjalan dengan baik dan saya sendiri telah turun untuk melihat sama ada mereka menggunakan prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya.

Pasukan Transformasi BN Diyakini Dari Wajah Pasukan Dinasti Pembangkang

Posted: 30 Apr 2013 04:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 April – Ketelusan dalam mengetengahkan pasukan transformasi diaplikasikan Barisan Nasional (BN) dengan calon-calonnya mempunyai kewibawaan dan meliputi pelbagai latar belakang termasuk peringkat profesional, penjawat awam, usahawan, ulama dan macam-macam lagi.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman melihat pasukan transformasi merealitikan wajah kepimpinan dalam Malaysia sebagai sebuah negara berbanding calon-calon pakatan pembangkang.

"Jika dalam BN ada pasukan transformasi maka dalam pakatan pembangkang ada 'pasukan dinasti' yang mana dalam masa yang sama anak beranak bertanding dan memegang jawatan tinggi dalam parti yang mereka anggotai.

"Walaupun dalam BN ada pemimpin yang mewarisi kepimpinan daripada ayahanda mereka tetapi ia bukanlah berlangsung dalam masa yang sama sebagaimana pembangkang yang mana bapa ketua umum merangkap ketua pembangkang, emak Presiden parti dan anak pula Naib Presidennya," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Dalam hal ini beliau merujuk kepada PKR apabila Datuk Seri Anwar bertanding di  Parlimen Permatang Pauh sementara anak sulungnya yang juga selaku Naib Presiden parti, Nurul Izzah bertanding di Parlimen Lembah Pantai manakala isterinya Wan Azizah adalah Presiden parti.

"Dalam UMNO legasi kepimpinan hanya akan dapat dirasa oleh anak-anak atau generasi seterusnya hanya apabila bapa mereka sudah tidak memegang jawatan lagi malah semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir, beliau amat tegas dalam soal ini dan anak-anaknya hanya dapat bergiat aktif dalam politik setelah beliau berundur.

"Begitu juga dengan Tun Hussein dan anaknya Datuk Seri Hishamuddin yang aktif dalam politik selepas bapanya sudah tidak menjadi Perdana Menteri dan Presiden parti."

Ujarnya keadaan tersebut amat berbeza dengan pakatan pembangkang yang menguasai kepimpinan tertinggi parti dan juga kawasan-kawasan tumpuan dalam pilihan raya.

"Bagaimana mahu mewujudkan sebuah kepimpinan yang benar-benar demokrasi apabila di dalam parti itu saja dikelilingi oleh anak beranak yang secara langsung memberi gambaran kepada masyarakat bentuk kerajaan akan datang sekiranya mereka inilah yang diberi mandat untuk memerintah."

Untuk PRU ke-13 ini juga, DAP turut membariskan kepimpinan anak beranak sebagai calonnya iaitu Lim Kit Siang yang bertanding di Parlimen Gelang Patah dan anaknya Lim Guan Eng yang menjadi calon di Parlimen Bagan dan DUN Air Putih manakala Pengerusinya, Karpal Singh bertanding di Bukit Gelugor sementara anaknya Gobind Singh Deo di Parlimen Puchong.

Dalam Pas pula, Mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat akan bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat bertanding di Parlimen Pasir Mas. - MediaUMNO

Dapatkan Keputusan Sahih PRU-13 Daripada SPR Sahaja

Posted: 30 Apr 2013 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 April –  Orang ramai perlu mendapatkan keputusan muktamad pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sahaja dan tidak bersandarkan maklumat tidak sahih yang dikeluarkan pihak lain.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sekali gus mengingatkan ejen-ejen parti politik yang berada di pusat pengiraan undi, supaya tidak menyebarkan maklumat berhubung keputusan PRU13 sebelum ia diumumkan SPR, bagi mengelak kekeliruan.

“Langkah menyebarkan maklumat sedemikian bukan sahaja boleh mengganggu perjalanan pilihan raya, malah akan menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap maklumat berkenaan.

“Maklumat keputusan pilihan raya hanya akan diumumkan oleh SPR. Tunggu keputusan muktamad daripada SPR,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Kem Wardieburn, Jalan Genting Kelang dan Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini Selasa.

Tegas menolak tanggapan pihak tertentu kononnya SPR lebih berpihak kepada kerajaan, Abdul Aziz berkata kalah menang calon atau parti hanya boleh ditentukan oleh pengundi sendiri dan bukannya SPR.

Beliau berkata SPR ialah sebuah badan bebas, dan pilihan rakyat tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

“Jika SPR mahu memastikan BN menang, mengapa mereka bekerja keras. Tengok Perdana Menteri, beliau bekerja keras, berapa jam sehari. Saya tak tahu. Jika mereka tahu akan menang mudah, mengapa perlu kerja keras.

“Di Malaysia, sesiapa sahaja boleh menang, calon-calon itu, bukan sebab SPR tolong atau kalau dia kalah, SPR tidak tolong. “SPR ialah badan bebas, yang menentukan menang atau kalah, raja (pada pengundian) ialah pengundi. Di Malaysia, pengundi adalah raja, tiada siapa boleh mencabar mereka”.

Beliau mengulas dakwaan bahawa SPR memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Abdul Aziz turut menafikan dakwaan bahawa SPR tidak telus dalam mengendalikan pilihan raya.

“Selaku Pengerusi SPR, SPR tidak akan menipu, tidak sama sekali, apa yang diterima dalam kertas undi itu, itulah yang akan dibawa keluar dan dibuka di hadapan ejen parti yang sama-sama akan buka sampul itu.

“Kami tidak bertindak, kami tidak mengambil kertas dari peti undi, tidak mungkin, tidak sama sekali,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan kumpulan yang cuba merancang membuat kekacauan pada hari pengundian Ahad ini supaya tidak meneruskan hasrat mereka berikutan polis telah mengenal pasti kumpulan terbabit.

Abdul Aziz yang berharap proses pilihan raya umum berjalan lancar, turut meminta rakyat, terutama penyokong parti politik, supaya tidak terlalu emosi sehingga menjejaskan keselamatan negara, sebaliknya menggunakan akal fikiran bagi memastikan negara terus aman.

Musa Denies Being A Pakatan Rakyat Security Advisory Council Member

Posted: 30 Apr 2013 04:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 30 – Former Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan today denied Pakatan Rakyat’s claim that he had joined the coalition pact and is a member of its Security Advisory Council.

Musa said he had periodically given advice on security matters at the request of the party in his capacity based on his experience in the field of security.

“I was only asked to give security advice, if needed, and am not officially involved in their security council,” he told Bernama.

Yesterday the media reported that Musa had joined the council as an advisor following several incidents involving political violence recently.

The coalition launched the Pakatan Rakyat Security Advisory Council on March 31.

Selangor Makin Goyang Buat Pakatan Pembangkang Jual Cerita Kurang Cerdik

Posted: 30 Apr 2013 04:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 April – Kempen pilihan raya umum ke-13 yang berbaki empat hari lagi  nampaknya terus menggusarkan parti pembangkang di Selangor apabila sanggup mengeluarkan alasan yang kurang cerdik ekoran kemaraan Barisan Nasional (BN) di negeri tersebut.

Justeru Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Mohamad Fairus Khairuddin tidak terkejut melihat pakatan pembangkang terpaksa mereka- cipta pelbagai cerita tak masuk akal ekoran melihat keyakinan rakyat negeri tersebut yang sedia untuk melakukan perubahan kerajaan negeri pada kali ini.

Malah beliau percaya apa jua alasan dan tuduhan yang dilemparkan sebenarnya hanyalah untuk menutup kelemahan diri sendiri.

"Itu semua bagi saya hanyalah dakwaan hasil imiginasi ketakutan diri sendiri kerana mereka berasa makin terancam dengan keyakinan serta kebangkitan rakyat Selangor pada pilihan raya umum kali ini setelah memberikan peluang pada pilihan raya umum yang lalu.

"Dan seperkara lagi semua itu sudah dijangkakan sepertimana pilihan raya sebelum ini. Itu Cuma cerita lama yang dihidupkan kembali sahaja. Tidak lebih sekadar itu," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dilapor mendakwa, risikan mereka mendapati UMNO telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.

Bagaimanapun, katanya  kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).

“Dari pemantauan terdapat penerbangan khusus yang dibuka bagi maksud tersebut dan pendaratan dilakukan bukan di lokasi biasa seperti KLIA dan LCCT tetapi di kawasan tertentu,” katanya tanpa menjelaskan lanjut dakwaan itu.

Fairus seterusnya menjangkakan putar belit dan pembohongan pembangkang akan berterusan menjelangnya hari pembuangan undi pada 5 April nanti.

"Apa pun yang cuba mereka lakukan, jika rakyat inginkan perubahan dan bersedia kembali kepada pemerintahan yang ditunjangi BN, insyaallah BN akan kembali menawan Selangor.

"Oleh kepada seluruh jentera BN khususnya, teruskan usaha untuk memastikan hasrat rakyat negeri Selangor itu mencapai realiti dan sebuah kerajaan baru yang ditunjangi BN kembali memerintah," ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT