SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, May 17, 2013

UMNO Online - “Anwar Patut Tepati Janji Jadi Pensyarah, Bukan Jadi Penghasut Rakyat” plus 9 more

UMNO Online - “Anwar Patut Tepati Janji Jadi Pensyarah, Bukan Jadi Penghasut Rakyat” plus 9 more

Link to UMNO Online

Anwar Patut Tepati Janji Jadi Pensyarah, Bukan Jadi Penghasut Rakyat

Posted: 16 May 2013 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menepatinya janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya Pakatan Pembangkang tidak berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke 13 sepertimana yang pernah dikatakan beliau sebelum ini, demikian menurut bekas Penolong Pengarah Antarabangsa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz  Abu Hassan Al Asha'ari.

Menurut beliau, sebagai seorang pemimpin, Anwar sepatutnya mengotakan kata-kata dan janjinya untuk bersara dari dunia politik tanahair dengan menjadi pensyarah, dan bukannya  cuba untuk menafikan kekalahannya itu dengan menghasut rakyat dan menyalah pihak lain.

"Tapi Anwar tidak mahu bersara kerana mendakwa Pakatan Pembangkang menang dalam PRU ke 13 baru-baru ini dengan melemparkan tuduhan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengatakan SPR tidak telus dan sebagainya.

"Tuduhan SPR tidak telus, berlakunya penipuan dan sebagainya, bukan isu baru yang cuba dimomokkan kepada rakyat, bahkan setiap kali berlakunya pilihanraya, itulah isu yang dimainkan. Kalau SPR tidak telus dan menipu, Anwar dan kepimpinan pakatan sepatutnya tidak mengangkat sumpah di negeri yang dimenangi oleh mereka," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau menegaskan, sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam, Anwar sepatutnya menerima keputusan PRU ini dengan hati yang terbuka dan redha dengan ketentuan Allah sebagai pemegang mutlak kekuasaan di langit dan di bumi.

"Ada pepatah pujangga yang mengatakan, sekiranya kita tidak dapat apa yang kita mahu, maka bersyukurkan dengan apa yang kita ada pada hari ini. Sepatutnya Anwar begitu. Jika beliau gagal ke Putrajaya, Anwar tidak sepatutnya kecewa sebaliknya perlu ber gembira kerana beliau masih lagi ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

"Sepatutnya Anwar tidak perlu bersusah payah untuk membuang masa beliau dengan menghasut rakyat supaya tidak berpuas hati dengan kemenangan BN pada PRU ini. Apa yang patut beliau lakukan ialah menumpukan pada amanah yang dipikulnya sebagai Ahli Parlimen di Permatang Pauh.

"Fokus pada rakyat di sana Permatang Pauh dan jaga kebajikan mereka. Itu lebih baik dari pusing ke seluruh negara dan menghasut rakyat dengan perkara-perkara yang tidak jelas dan lebih menjurus kepada fitnah," ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihati Ketua Pembangkang itu agar redha dengan ketentuan Allah dan berhenti menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada hari ini.

"Setiap dari kita kena berusaha. Selepas berusaha, sekiranya Allah mentakdirkan kegagalan pada kita, maka kita sebagai orang Islam perlulah menerimanya dan reda dengan keputusan itu. Pastinya setiap kejadian itu ada hikmahnya dan begitu juga dengan kekalahan pakatan ada hikmahnya.

"Dan bagi saya, kegagalan pembangkang dalam PRU ke 13 baru-baru ini merupakan satu hikmah yang Allah kurniakan kepada negara supaya kita terus boleh hidup dalam keadaan aman, harmoni untuk menjadikan Malaysia akan datang lebih baik daripada hari ini," akhiri beliau. -MediaUMNO

CEO Maybank Mahu Jadikan Ekonomi Malaysia Lebih Cemerlang

Posted: 16 May 2013 03:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei –  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, yang dinamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mahu membantu membawa ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.

Abdul Wahid, yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi, berhasrat mengaplikasi pengalaman beliau di sektor korporat untuk tugas baharunya yang mempunyai fokus lebih besar berbanding sebelum ini.

“Beri peluang untuk saya pelajari portfolio dari segi bidang-bidang yang diberikan kepada saya, dan selepas itu, saya akan memulakan tugas.

“Kalau diikutkan pengalaman menerajui syarikat korporat, ia memerlukan seseorang itu membuat perancangan yang rapi dari segi ekonomi, strategi korporat dan sebagainya. Saya akan cuba aplikasi pada portfolio yang diberi,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara pada Khamis.

Abdul Wahid, yang menerajui Maybank sejak 1 Mei 2008, akan mengangkat sumpah sebagai Senator pada 5 Jun.

Menganggap tugas yang diamanah kepadanya sebagai amat mencabar, beliau berkata: “Saya rasa tumpuan akan diberi terhadap kemampuan anda melaksanakan tugas. Saya akan berusaha melakukan yang terbaik sehabis upaya saya.”

Ditanya calon penggantinya di Maybank, beliau berkata, perkara itu akan diputuskan Lembaga Pengarah syarikat berkenaan.

Pahang Special Unity Committee Formed To Enhance National Integration

Posted: 16 May 2013 03:07 AM PDT

PEKAN, May 16  - Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said he would head a newly-formed Special Unity Committee aimed at enhancing national integration and regaining the Chinese community’s confidence in the Barisan Nasional (BN).

The special committee was set up in the wake of MCA’s dismal showing in the just-concluded 13th general election (GE13) which saw the Chinese-based party not taking up any appointments in the new federal cabinet.

In GE13 held on May 5, Pahang MCA won only two of eight seats it contested, through Datuk Lau Lee (Damak) and Datuk Fong Koong Fuee (Cheka).

“The fact that I have undertaken to be the chairman of the committe shows how important it is for us to move forward, taking into consideration the present scenario and glaring changes,” he told reporters here today after attending the oath-taking ceremony for state executive councillors (excos) at Istana Abu Bakar.

Ten state assemblymen took their oath before Pahang Sultan Ahmad Shah. Five of them are new faces while one was former 2004 state exco, Datuk Shahiruddin Ab Moin, who has been re appointed.

Adnan said 33 committees had been formed and the portfolios of the excos appointed today would be revealed on Monday.

Adnan who took his oath as Pahang Menteri Besar for the fourth term on May 9, said although the Chinese had not fully supported the BN in the last general election, the government would not disregard the community’s welfare, rights and needs.

Penggabungan Dua Kementerian Baik Untuk Kelangsungan Pendidikan – Idris Jusoh

Posted: 16 May 2013 03:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan penggabungan dua kementerian di bawah satu nama sebagai amat baik dalam memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak di negara ini.

Katanya, pendidikan merupakan asas kepada kesejahteraan rakyat dan penting bagi memastikan keseimbangan antara pencapaian akademik cemerlang dan pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar.

“Kita mahu pastikan kelangsungan pendidikan bukan sahaja di peringkat bawah tetapi juga di peringkat universiti. Saya akan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri untuk berbincang tugas selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di Istana Negara pada Khamis.

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I.

Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I, Datuk Mary Yap pula berkata, beliau mahu memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, dilaksana dengan bekesan kerana pelan itu mengandungi pelbagai inisiatif untuk mentransformasikan sektor pendidikan agar pelajar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

“Pendidikan merupakan keghairahan saya…justeru pelantikan ini yang memberisaya peluang untuk kembali ke bidang pendidikan adalah sesuatu yang saya tunggu,” katanya.

“Ini satu cabaran yang berat tetapi saya teruja. Teruja bukan kerana mengenai saya, tetapi kerana negara, rakyat dan perkhidmatan,” kata Yap yang dinamakan Tokoh Guru Kebangsaan pada 2012.

Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, P. Kamalanathan pula berkata, beliau sentiasa terbuka untuk menerima pendapat dan idea daripada semua pihak terutama golongan pendidik untuk terus memajukan bidang pendidikan.

Beliau bertekad memastikan objektif, visi dan misi yang ditetapkan Perdana Menteri akan terlaksana, khususnya dengan penggabungan dua kementerian utama pendidikan.

Kamalanathan juga berhasrat menjadikan 523 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil di seluruh negara sebagai denyut nadi masyarakat India yang berterusan.

“Tujuh buah lagi akan ditambah dan kita akan pastikan sekolah-sekolah ini terus diberi sokongan dan bantuan penuh pada masa akan datang,” katanya.

Cabaran Besar Bentuk Persepsi Positif Golongan Muda Terhadap Kerajaan – Khairy

Posted: 16 May 2013 02:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Khairy Jamaluddin menyifatkan jawatan Menteri Belia dan Sukan yang disandangnya sebagai amanah yang mempunyai cabaran besar dalam mendekati golongan muda dan membentuk persepsi positif mereka terhadap kerajaan.

“Ini satu amanah cukup besar dan kali ini portfolio ini saya lihat amat berat sekali terutama untuk mendekati generasi muda dan membentuk persepsi yang lebih positif terhadap kerajaan serta membawa suara generasi muda ke dalam kerajaan,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara di sini pagi Khamis.

Mengenai pembaharuan yang mahu dibuat dalam kementeriannya, Khairy Jamaluddin berkata ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.

Bagaimanapun berdasarkan tugasnya yang dibahagikan kepada hal ehwal belia dan sukan, beliau berkata beliau akan memfokus kepada usaha membentuk generasi muda yang cintakan negara dan mencuba sebaik mungkin untuk mengangkat martabat sukan bola sepak negara ke peringkat dunia.

“Pada Rabu dalam media sosial, semua meminta pasukan Harimau Malaya supaya layak ke Piala Dunia. Saya tidak tahu nak buat macam mana dalam tempoh masa yang singkat. Walaupun harapan mereka tinggi, saya anggap ini satu cabaran untuk saya menggalas tugas dan harapan ini,” katanya.

Beliu berkata beliau akan membawa pendekatan tersendiri mengikut perspektif dirinya sendiri sebagai golongan muda bagi melaksanakan perubahan terhadap program Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Saya tidak tahu dari segi perbezaan untuk masa sekarang tetapi mungkin saya datang daripada generasi yang berbeza daripada menteri-menteri sebelum ini. Mungkin perspektif saya berbeza sikit, jadi saya melihat melalui perspektif ini yang lebih muda mungkin saya dapat bawa sedikit perubahan kepada program-program dalam KBS,” katanya.

Khairy Jamaluddin juga mengharapkan Kabinet yang diistilah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet transformasi mampu benar-benar memahami kehendak generasi muda.

“Saya harap saya dapat menjadi jurucakap bagi generasi muda dalam jemaah menteri yang telah dibentuk ini,” katanya.

Agenda Gulingkan Kerajaan Sah : Usah Berselindung Di Sebalik Nama NGO

Posted: 16 May 2013 02:48 AM PDT

IPOH, 16 Mei – Pakatan Pembangkang kini dilihat cuba berselindung disebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengerakkan usaha demonstrasi secara  besar-besaran bertujuan bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah pada Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, pembangkang tidak perlu berselindung di sebalik NGO untuk melaksanakan agenda menjatuhkan kerajaan, kerana umum sudah mengetahui bahawa NGO-NGO tersebut adalah terdiri daripada orang-orang mereka sendiri.

"Kita tahu bahawa mereka cuba untuk menggunakan NGO bagi menjayakan matlamatnya untuk menjatuhkan kerajaan. Pakatan mendakwa bahawa NGO-NGO tersebut terdiri daripada rakyat Malaysia yang non partisan tetapi sebenarnya, mereka adalah ahli-ahli dan penyokong mereka.

"Jadi, apa yang jelas, mereka (pembangkang) menggunakan NGO untuk memperlihatkan seolah-olah mereka mendapat sokongan padu dari rakyat. Sedangkan, NGO-NGO yang terlibat itu merupakan orang-orang mereka juga tetapi cuba diperlihatkan atas gerakan rakyat Malaysia," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau seterusnya berkata, penggunaan NGO-NGO dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan ini sememangnya telah lama berlaku di luar negara dan ianya ternyata ditaja oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

"Kita tidak dapat nafikan, kemungkinan wujudnya tangan-tangan ghaib yang memberikan bantuan kepada NGO-NGO yang didalangi oleh Pakatan Pembangkang. Ini berdasarkan beberapa laporan baik dari akhbar media perdana, akhbar luar negara dan termasuklah akhbar milik pembangkang sendiri.

"Justeru itu, rakyat di negara ini harus sedar dan jangan terpengaruh dengan hasutan dan fitnah pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada,  yang telah dipilih secara sah melalui sistem demokrasi," jelasnya.

Tambahnya, sekiranya rakyat terpengaruh dengan bertindak menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring', kemungkinan selepas itu keamanan dan keharmonian yang dikecapi selama ini akan hancur dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

"Kita lihat contoh di Mesir, di mana selepas kerajaan Hosni Mubarak digulingkan, kini kerajaan yang dipimpin oleh Morsyi juga mengalami nasib yang sama. Jika dulu beliau antara yang menyokong  kaedah 'arab spring' untuk menjatuhkan kerajaan, hari ini kaedah yang sama digunakan untuk memberi  tekanan kepada beliau.

"Sebab itu, jangan kita ajar rakyat untuk menggunakan cara yang salah bagi memilih kerajaan. Jika kita ajar rakyat menjatuhkan kerajaan dengan kaedah demonstrasi jalanan, ia tidak akan berhenti di situ saja dan akan berterusan tidak kira siapa pun yang memerintah.

"Akibatnya, segala kenikmatan, keharmonian dan pembangunan baik dari sudut sosial dan ekonomi akan hancur dan  rakyat juga yang akan menderita akhirnya," ujarnya. -MediaUMNO

PRU-13 : Pembangkang Patut Hormati Pendirian Dewan Ulama Pas

Posted: 16 May 2013 02:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Mei – Pensyarah Kanan Jabatan Al-Qur'an dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM Ustaz Dr Fadlan Othman mengajak kalangan penyokong pembangkang khususnya Pas agar melihat dan meneliti dengan mendalam pendirian yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Sambil mengalu-alukan pendirian tersebut, beliau seterusnya menjelaskan itulah yang sepatutnya dilakukan oleh parti-parti yang bertanding kerana rakyat telah membuat keputusan parti mana yang membentuk kerajaan.

"Pilihan telah dibuat oleh rakyat. Kena terima apa yang telah dibuat oleh rakyat. Pemilihan dalam sistem demokrasi menunjukkan ada kawasan dimenangi oleh BN, ada kawasan yang dimenangi oleh parti-parti pembangkang.

“Waktu sekarang adalah masa untuk melaksanakan amanah rakyat. Amat tidak wajar proses pilihan raya seolah-olah dipanjang dengan pelbagai persepsi dan tohmahan yang dikhuatiri boleh membantutkan perkembangan negara dari semua sudut.

"Saya melihat gerakan oleh pihak tertentu  berhubung keputusan pilihan raya umum lalu adalah lebih menjurus kepada gerakan parti iaitu seolah-olah tidak dapat menerima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat pada 5 Mei yang lalu," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah pendirian oleh Datuk Harun Taib itu adalah sesuatu yang cukup murni dan keputusan oleh Ketua Dewan Ulama Pas itu sesuatu yang dialu-alukan.

"Banyakkan bersabar dan kerja kita kena ikhlas dan tersusun kerana tempoh lima tahun akan datang ianya akan lagi sekali dinilai oleh rakyat. Jika proses pilihan raya seolah-olah dipanjangkan, apa akan jadi kepada senario negara.

"Lihatlah dengan mendalam pandangan Ketua Dewan Ulama itu….Itu adalah yang sebaik mungkin dan semua pihak perlu hidup dalam realiti yang sebenarnya. Waktu bekerja bekerjalah untuk rakyat dengan amanah yang dipertanggungajwabkan," katanya. -MediaUMNO

Kabinet Kerajaan BN 2013 : Pilihan Tepat Walaupun Sukar

Posted: 16 May 2013 02:16 AM PDT

Umum tahu, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak banyak pilihan untuk menamakan anggota kabinet pasca PRu13 ini.  Selain jumlah wakil rakyat yang berkurangan berbanding 2008 (dibantu 8 kemenangan percuma), MCA dan Gerakan juga menolak dari menerima sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi buruk mereka dalam kempen PRU yang lepas.

Najib, walaupun mempunyai kuasa mutlak untuk menamakan anggota kabinetnya, tetap menghormati permintaan tersebut tapi dalam masa yang sama masih menamakan wakil orang Cina dalam pentadbirannya iaitu Datuk Paul Low dan Datuk Mary Yap.

Buat pertama kalinya juga sejak pilihanraya umum 1969, kabinet kerajaan persekutuan dianggotai hampir 90% Melayu dan bumiputera Sabah/Sarawak.

Seperti biasa, pemilihan anggota kabinet ini tidak lepas dari mendapat pelbagai bentuk komen oleh banyak pihak, termasuk dari kalangan pemimpin dan ahli UMNO sendiri.  Ada yang kecewa kerana pemimpin tertentu menjadi Menteri dan ada pula yang marah kerana pemimpin yang disokongnya tidak mendapat tempat.

Walaupun reaksi seumpama ini memang sudah dijangka tapi penulis sendiri berpandangan Perdana Menteri membuat keputusan yang tepat dalam keadaan yang sukar.

Walaupun reaksi seumpama ini memang sudah dijangka tapi penulis sendiri berpandangan Perdana Menteri membuat keputusan yang tepat dalam keadaan yang sukar.

Kalau kita lihat semula senarai tersebut, kebanyakkan anggota kabinet yang dilantik adalah mengikut kedudukan masing-masing dalam parti yang diwakili.

Selain itu, ada juga yang dipilih kerana kepakaran tertentu dalam bidang masing-masing yang tidak dimiliki oleh ahli Parlimen sedia ada.  Maklum sahajalah, bukan semua calon BN yang dikenalpasti mempunyai kepakaran dalam pengkhususan yang diperlukan, menang dalam pilihanraya umum yang lepas.

Jadi Najib menggunakan pilihan yang lagi satu, menerusi lantikan menggunakan kuota Dewan Negara (Senator).

Dalam masa yang sama, Najib bukan setakat perlu memikirkan keahlian dalam kabinetnya sahaja, kedudukan penyokong kerajaan di Parlimen juga perlu diberi perhatian.

Tolak semua yang telah dilantik, tinggal 82, berbanding 89 ahli Parlimen pembangkang di Parlimen.  Kalau semua yang bijak berhujah diangkat naik mengetuai kementerian, siapa yang nak mempertahankan kerajaan di Parlimen?

Bercakap tentang kedudukan dalam politik, penulis yakin dengan beberapa proses pemilihan parti-parti utama yang mungkin berlaku kali ini, kabinet ini mungkin akan mengalami perubahan lagi untuk disesuaikan dengan keputusan pemilihan itu nanti.  Lagipun tidak pernah berlaku dalam sejarah barisan kabinet yang sama kekal selama 5 tahun tanpa sebarang rombakan.

Justeru, janganlah ada diantara kita yang cepat nak 'melatah' dengan keanggotaan kabinet kali ini.  Perdana Menteri mempunyai pertimbangan-pertimbangan tertentu yang perlu difikirkan apabila melantik anggota jemaah Menterinya, yang mungkin ramai dari kita tidak begitu berminat untuk tahu.

Adamyan

Waythamoorthy’s Appointment Testimony To Najib Giving Priority To Indian Community

Posted: 16 May 2013 01:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 16 – The MIC today lauded Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak’s decision to appoint Hindu Rights Action Force (Hindraf)'s chairman P.Waythamoorthy as a deputy minister, saying that the prime minister was giving higher priority to the Indian community.

“Waytha had previously made extremely negative accusation at the PM and Barisan Nasional, but the very fact that the PM is willing to set aside all this shows that the PM puts the development of the Indian community above his own feelings,” MIC strategic director S.Vell Paari said in a statement.

He said that it was a testimony that Najib was committed in his promise to uplift the socio-economic standard of the Indian Community.

Yesterday, the prime minister announced the post-election cabinet line-up that includes two ministers and four deputy ministers from the Indian community.

Besides MIC president Datuk Seri G.Palanivel who was appointed National Resources and Environment Minister and his deputy Datuk Seri Dr S.Subramaniam as Health Minster, four others were appointed deputy ministers — Datuk M.Saravanan (Youth and Sports), P.Kamalanathan (Education), Datuk Dr J.Loga Bala Mohan (Federal Territories) and P.Wyathamoorthy (Prime Minister’s Department).

“As far as I am concerned, the more Indians holding government posts, the merrier,” said Vell Paari, adding that MIC must restructure and revamp the party in terms of ideology, policy and approach to remain relevant to all Malaysians.

Malaysia Supports UN Resolution On Situation In Syria

Posted: 16 May 2013 01:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 16 – Malaysia has reiterated its full support for the United Nations General Assembly’s resolution on the situation in Syria by encouraging all parties to engage in moderation, compromise and peaceful dialogue in order to resolve the senseless conflict in the republic.

Malaysia’s Permanent Representative to the United Nations, Datuk Hussein Haniff said Malaysia fully supported the determination of the Joint Special Representative of the United Nations and the League of Arab States envoy for Syria, Lakhdar Brahimi to resume efforts in resolving the crisis through negotiation.

“We will continue to call on all parties involved in the conflict to support him (Brahimi) in finding an amicable, peaceful and lasting political solution to the crisis.

“Malaysia encourages all parties to engage in moderation, good faith, compromise, understanding, rejection of extremism and peaceful dialogue in order to resolve this senseless conflict,” he said in his explanation of vote on the resolution which was passed yesterday in New York.

Hussein pointed out that the support was based on Malaysia’s strong belief in the multilateral system and its ability to find an amicable and peaceful solution, and in negotiating in good faith.

Malaysia voted in favour of the resolution, that was co-sponsored by 60 countries, including most member states of the League of Arabs States, the European Union (EU), the Organisation of the Islamic Conference (OIC) countries and the Non-Aligned Movement (NAM) countries.

Malaysia was not a co-sponsor of the resolution.

The resolution was adopted by the General Assembly after 107 members voted in support, compared to 12 against while 59 member states abstained.

In his explanation, Hussein asserted that all parties concerned inside and outside Syria should refrain from any action that would not only prolong the conflict but also contribute to further violence and killings in Syria.

“It would be important to recognise that there is no military solution to the conflict, and only a Syrian-led political transition can end this crisis,” he said.

Malaysia also urged the international community, in particular the United Nations, the League of Arab States, the influential nations and the regional players to seek ways and means to provide protection to the Syrian civilian population.

They were also called to express grave concern on the issue of chemical weapons and to stretch humanitarian assistance to the Syrian civilians who are the real victims in the unfortunate bloodshed.

Hussein said while Malaysia maintained its policy of non-interference in the domestic affairs and respect for the sovereignty and territorial integrity of another country, it was nontheless deeply concerned about the deterioration of the security situation in Syria which had grave consequences on the stability and the security of the region.

“We feel that a peaceful political solution is still viable and the only option to resolve the crisis,” he said.

Apart from that, Malaysia also welcomed the recent announcement by Russia and the United States on the convening of an international conference on Syria, with the aim of finding a political solution to the conflict, he added.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT