UMNO Online - “Anwar’s Allegations Are Lies To Confuse People – EC” plus 9 more |
- Anwar’s Allegations Are Lies To Confuse People – EC
- Undi Popular : Kecacatan Mental Anwar & Kerajaan Kelantan 2004
- Illegal Rally : Police Will Question Relevant Quarters – IGP
- Pertikai Keputusan PRU-13 : Pembangkang Kini Bahan Jenaka Rakyat
- Kibarkan Sang Saka Bangsa, Sambutan Hari UMNO Ke 67 Penuh Kesyukuran
- Abai Politik Pembangkang, Perkukuh UMNO Dengan Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
- Daftar Pemilih PRU-13 Antara ‘Terbersih’ Pernah Disediakan SPR
- Malaysia’s Electoral System, Electoral Law Based On Majority Win – EC
- UMNO 67 Tahun : Dulu, Kini dan Selamanya Tetap Bersama Rakyat
- Perhimpunan: Polis Akan Panggil Semua Yang Berkenaan – KPN
Anwar’s Allegations Are Lies To Confuse People – EC Posted: 10 May 2013 03:33 AM PDT KUALA LUMPUR, May 10 – The Election Commission (EC) has deemed Parti Keadilan Rakyat advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim’s allegation that it did not carry out any improvement in the 13th General Election (GE13) as a big, blatant lie aimed at confusing the people. EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said the commission had carried out various improvements for the just-concluded general election on Sunday, including providing the cleanest-ever electoral rolls. He said the electoral rolls used in GE13 had been gazetted through a thorough cleaning process and online review of citizen record and latest voters’ address in the data base of the National Registration Department. “As the voter registration system uses the unique 12-digit of the identification card as registration identifier, therefore, it was impossible to obtain multiple registration in GE13 electoral rolls,” he said in a statement here today. He explained that through the registration system, non-citizens – whether they were from Bangladesh, Indonesia, China or India – could not register as additional voters. Apart from that, Abdul Aziz said the electoral rolls used in GE13 had been verified, gazetted and finalised. “It is impossible to enter additional voter name after a certain electoral roll has been gazetted for the election. “As such, the allegation that 40,000 Bangladeshis were brought in to vote in GE13 was completely unfounded and slanderous after the electoral rolls were gazetted and finalised,” he added. In the general election, the EC also conducted early voting on April 30 which involved 235,826 police and armed forces staff and their spouses to replace the balloting process through the post for the group. He said in line with the claims of opposition political parties and non-governmental organisations, the EC introduced the indelible ink in GE13 as an additional element to strengthen the balloting procedure to prevent any attempt by a party to vote twice. |
Undi Popular : Kecacatan Mental Anwar & Kerajaan Kelantan 2004 Posted: 10 May 2013 03:23 AM PDT Pakatan menang undi popular? Anwar Ibrahim mungkin mengalam cacat mental yang teramat sangat kerana gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pakatan tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, bagaimana mereka boleh menjadi parti paling popular? Parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya umum kali ini ialah BN, PKR, Pas, DAP, Kita dan Bebas. Keputusan pilihan raya umum ke 13 menunjukkan BN mendapat 47% undi diikuti oleh PKR 20%, DAP 15.4%, Pas 14.5% dan lain-lain parti. Jadi di mana yang mengatakan Anwar lebih popular dan layak menjai Perdana Menteri? Malah Anwar Ibrahim sendiri mengalami kekurangan majoriti yang jelas di Permatang Pauh. Tidak wujud undi popular untuk PR melainkan sekadar undi yang diperolehi DAP, PKR dan PAS secara berasingan. Lagi pun, sistem pilihan raya Malaysia bukannya berasaskan peratusan undi popular sebaliknya ia bersandarkan pilihan pengundi di sesuatu kawasan DUN yang mana jika lebih banyak kerusi DUN atau Parlimen dimenangi sesuatu parti, maka parti itulah yang memerintah negeri atau negara atau kedua-duanya. Malah Amerika Syarikat sendiri yang menjadi kiblat politik pemimpin PR dalam hal-hal kebebasan bersuara dan demokrasi juga sedemikian kaedahnya di mana George Bush Jr yang gagal memperolehi undi popular tetap berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat. Jika hujah di atas gagal memuaskan hati penyokong DAP, PKR dan PAS, maka eloklah masing-masing mengimbas kembali keputusan PRU 11 2004 merujuk kepada negeri Kelantan di mana walau pun BN berjaya meraih sejumlah 269, 492 undi di peringkat DUN manakala PAS, PKR dan DAP pula cuma memperolehi 261,402 undi, namun hak pemerintahan Kelantan tetap milik PAS. Kenapa terjadi demikian rupa? Mudah saja jawapannya, ia disebabkan di peringkat DUN, PAS berjaya menguasai 24 kerusi DUN sementara BN pula hanya menang di 21 kerusi DUN yang lain, ini bermakna PAS tetap berhak memerintah Kelantan disebabkan kelebihan majoriti kerusi DUN. Walau pun selepas itu yakni pada 2005 BN berjaya menambah satu lagi bilangan kerusi DUN melalui pilihan raya kecil dan undi popularnya bertambah, tapi disebabkan PAS masih memiliki kelebihan kerusi DUN (PAS 23 & BN 22) maka parti berlabel Islam itu kekal sebagai Kerajaan Negeri dan Menteri Besarnya tetap Nik Abdul Aziz Nik Mat. Persoalan penting sekarang, adakah selama tempoh 2004 – 2008, BN menjadikan isu undi popular untuk membangkitkan sentimen rakyat seterusnya menggerakkan himpunan atau demonstrasi bagi menumbangkan pemerintahan PAS di Kelantan? Tentu sekali tidak, kerana polisi BN tetap menghormati keputusan rakyat dan rata-rata pemimpin BN pula bukannya dari jenis provokator seperti Anwar Ibrahim. mykmu.net |
Illegal Rally : Police Will Question Relevant Quarters – IGP Posted: 10 May 2013 03:19 AM PDT KUALA TERENGGANU, May 10 – The police will call on the relevant quarters, including political party leaders, to give a statement on an illegal rally held at the MBPJ Stadium in Kelana Jaya, Selangor last Wednesday. Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar told reporters here today, investigations were ongoing and action would be taken as the rally was illegally held. Earlier, he visited a police officer Supt Ghazali Daud who was involved in an accident on April 30, while he was on his way home for early voting here. The early morning incident also took the lives of Supt Ghazali Daud’s wife and two of their seven children. The rest of the children were injured, including two who were reported to be in critical condition. The illegal rally participated by opposition leaders is being investigated under Section 4(1) of the Sedition Act 1948 due to seditious elements in speeches, and Section 9(5) of the Peaceful Assembly Act 2012 as the event was held without a permit. The rally was held to protest against the results of the 13th General Election on May 5, which the opposition alleged was fraudulent. Commenting further, Ismail said the election process was carried out with democratic practices. “The people have chosen, so don’t do something that can worsen the situation,” he said, urging the public not to give or write opinions which could destroy unity. “Don’t create controversy which could affect public order and scare the public,” he added. |
Pertikai Keputusan PRU-13 : Pembangkang Kini Bahan Jenaka Rakyat Posted: 10 May 2013 03:10 AM PDT KUALA LUMPUR 10 Mei – Pembangkang dilihat bersikap 'double standard' apabila hanya seolah-olah mengiktiraf keputusan yang memihak kepada mereka dan mengambil sikap sebaliknya berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu. Tindak tanduk pembangkang ini sebenarnya sudah mula menjadi bahan jenaka rakyat. Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang dipilih semula oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu berkata semua pihak harus menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat apabila sekali lagi memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) yang membolehkan Datuk Seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri. Menurut beliau tindak-tanduk pembangkang hanyalah sekadar untuk menutup kegagalan mereka menawan Putrajaya sekaligus menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. "Semua pihak mesti menghormati keputusan yang telah dibuat rakyat. Rakyat adalah raja dan telah membuat keputusan dengan sekali lagi memberikan mandat kepada Najib menjadi PM. "Pada saya ini PRU paling telus dan tidak ada campurtangan kerajaan yang memerintah malah pelbagai pembaharuan adalah memenuhi tuntutan pembangkang atau NGO yang menyebelahi mereka termasuk tuntutan dakwat kekal oleh NGO BERSIH. "Malah kenyataan yang dibuat oleh kumpulan pemantau iaitu ASLI dan IDEAS yang menyifatkan PRU 13 berwibawa mengukuhkan lagi bahawa amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini adalah yang cukup baik," katanya kepada UMNO-Online. Beliau seterusnya menegaskan amat menghairankan apabila pembangkang bersikap selektif berhubung perkara berkenaan. "Amat menghairankan apabila Anwar mempertikaikan keputusan PRU ini tidak telus, tidak adil dan sebagainya. Namun pada masa iktiraf pula negeri-negeri yang dimenangi mereka. Ini menunjukkan Anwar seorang pemimpin yang suka mereka reka perkara yang tidak betul dan menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan. "Pada saya Anwar hanya mahu menutup kegagalannya menawan Putrajaya dengan kelemahan SPR yang menyebabkan mereka gagal. Dan lebih penting Anwar kecewa sebabnya PRU 13 adalah peluang terakhir beliau mahu ke Putrajaya. "Lebih mengecewakannya lagi, saya merasakan apabila beliau terlepas peluang untuk memadamkan segala isu yang melibatkan dirinya. Saya fikir Anwar sepatutnya bersikap 'gentleman', berilah ruang kepada Najib yang mendapat mandat rakyat mentadbir negara tanpa gangguan. Ini adalah mandat rakyat," ujarnya. -MediaUMNO |
Kibarkan Sang Saka Bangsa, Sambutan Hari UMNO Ke 67 Penuh Kesyukuran Posted: 10 May 2013 03:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 Mei – Sambutan ulang tahun UMNO ke-67 akan diadakan dengan penuh kesyukuran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dimulakan dengan solat Maghrib di Surau Ar-Rahman diikuti oleh bacaan surah Yassin, tahlil dan doa kesyukuran serta solat Isyak pada esok (11 Mei). Majlis yang bertemakan '67 Tahun Menepati Janji' tersebut akan dihadiri oleh para pemimpin tertinggi UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan ahli-ahli UMNO. Berlangsung seterusnya ialah upacara menaikkan bendera 'Sang Saka Bangsa' yang akan diiringi oleh lagu 'Bersatu Bersetia Berkhidmat' di Dewan Merdeka sebelum amanat daripada Presiden parti. Dalam masa yang sama, setiap UMNO Bahagian juga diminta untuk mengadakan Mmajlis Doa Selamat dan Tahlil sempenan Hari UMNO ke 67 selain mengibarkan bendera parti. Berikut adalah atur cara Hari UMNO yang akan diadakan di PWTC: 6.45 ptg: Ketibaan jemputan SOLAT DI SURAU AR-RAHMAN, ARAS 3 DEWAN MERDEKA, ARAS 4 |
Abai Politik Pembangkang, Perkukuh UMNO Dengan Bersatu, Bersetia, Berkhidmat Posted: 10 May 2013 02:39 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru rakyat khususnya ahli-ahli UMNO agar menghayati perjuangan parti sebagaimana yang telah dicapai sejak 67 tahun yang lalu. Beliau berkata demikian menjelang sambutan Hari UMNO yang diadakan sempena ulang tahun penubuhannya pada 11 Mei. "Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telahpun diketahui dengan Barisan Nasional (BN) kekal menerajui mandat pentadbiran negara setelah memenangi 133 kerusi Parlimen dengan UMNO memenangi kerusi terbanyak dan meningkatkan pencapaiannya daripada 79 kepada 88 berbanding PRU lalu," katanya kepada UMNO-Online di sini. Ujarnya, UMNO telah menjadi pelopor dalam perjuangan bangsa Melayu, menentang penjajah dan bertanggungjawab mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara setelah ia dicapai pada 31 Ogos 1957. "Banyak yang tidak sedar bahawa undi kaum Melayu mengikut saluran berdasarkan PRU yang lalu menunjukkan bahawa mereka menyokong UMNO dan ini menunjukkan bahawa UMNO bukan untuk dulu dan kini tetapi untuk selamanya kerana ia adalah harapan orang Melayu dan juga bangsa Malaysia untuk menjaga kepentingan masa depan generasi akan datang. "Memang kita telah menerima pelbagai tohmahan khususnya pembangkang yang mana mereka ini adalah orang-orang yang kecewa daripada UMNO setelah gagal mendapat tempat dalam parti, dan apabila keluar mereka membuat pelbagai tohmahan, fitnah dan desakan-desakan melalui demonstrasi jalanan." Tegasnya, di negara ini himpunan jalanan dan demonstrasi tidak sesuai kerana persekitaran rakyat namun ia telah dijadikan kesempatan oleh pembangkang untuk memainkan emosi untuk mencapai citarasa mereka. "Rakyat Malaysia adalah masyarakat yang rasional dan kerana itulah mereka telah memberi semula mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan dalam PRU-13 ini." Beliau turut membidas pakatan pembangkang yang menyalahkan SPR kononnya berlaku penyelewengan dalam PRU namun jika ia benar-benar berlaku maka tentunya pembangkang tidak ada wakil dalam Parlimen "Sekiranya benar berlaku penyelewengan maka tentulah pembangkang tidak akan menang tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Malangnya di negeri-negeri terbabit mereka tidak menyalahkan kerajaan sebaliknya dinegeri yang mereka kalah mereka menuduh berlaku penyelewengan." Selaras dengan itu beliau yang telah berjaya mempertahankan Parlimen Putrajaya pada PRU lalu menyeru ahli-ahli UMNO agar terus tabah dan tidakterlibat dalam kancah permainan politik pembangkang yang mahukan huru-hara berlaku dalam negara. "Kita mesti bersatu menyokong kepimpinan yang ada iaitu Datuk Seri Mohd Najib Razak dan seperti slogan UMNO itu sendiri iaitu kita mesti bersatu, bersetia dan berkhidmat kepada rakyat." Beliau turut menyarankan agar masyarakat tidak terpengaruh dengan permainan politik pembangkang sebaliknya kekal teguh menyokong perjuangan UMNO untuk bersatu, bersetia dan berkhidmat. - MediaUMNO |
Daftar Pemilih PRU-13 Antara ‘Terbersih’ Pernah Disediakan SPR Posted: 10 May 2013 02:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan pelbagai penambahbaikan bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang berakhir Ahad lepas, termasuk menyediakan Daftar Pemilih ‘terbersih’ pernah dilakukan badan bebas itu. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU-13 diwartakan melalui proses pembersihan terperinci dan semakan dalam talian dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). “Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai ‘identifier’ (pengenal pasti) pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU13,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat. Menjelas lanjut, Abdul Aziz berkata melalui sistem pendaftaran itu, tiada ruang bagi warga asing sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan. Justeru, dakwaan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SPR tidak melaksanakan apa-apa penambahbaikan pada PRU-13 merupakan pembohongan besar dan fitnah semata-mata, bertujuan mengelirukan rakyat, katanya. Selain itu, beliau berkata Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU-13 adalah sah, telah diwarta dan dimuktamadkan, sekali gus adalah mustahil untuk memasukkan nama-nama pengundi tambahan. “Oleh demikian, dakwaan kononnya terdapat 40,000 warga Bangladesh yang dibawa masuk untuk mengundi dalam PRU-13 adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan adalah muktamad,” tegas Abdul Aziz. Katanya SPR turut melaksanakan proses pengundian awal pada 30 April lepas, melibatkan 235,826 pengundi daripada kalangan polis dan tentera serta pasangan masing-masing bagi menggantikan proses pengundian pos. “Selaras dengan tuntutan utama parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan, SPR turut memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelak cubaan mengundi dua kali mana-mana pihak,” katanya. Dari segi tempoh berkempen pula, SPR melakukan penambahbaikan dengan memperuntukkan tempoh 15 hari berkempen bermula 20 April hingga Ahad lepas, berbanding 13 hari pada PRU 2008, katanya. Sementara itu, Abdul Aziz turut menjelaskan bahawa sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia adalah berlandaskan kemenangan mengikut majoriti mudah dan kemenangan perwakilan mengikut kawasan. Beliau berkata berasaskan sistem itu, yang diguna pakai di Malaysia sejak PRU pertama pada 1959, menetapkan parti yang berhak membentuk kerajaan bukan berasaskan jumlah undi popular yang diperoleh, sebaliknya jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi. “Dalam konteks ini, walaupun parti pembangkang memperoleh jumlah besar undi iaitu sebanyak 5,623,984, mereka hanya memenangi 89 kerusi bahagian pilihan raya. “Sebaliknya, Barisan Nasional (BN) memperoleh jumlah undi sebanyak 5,237,699, namun dari sudut jumlah bahagian pilihan raya, BN memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen dan berhak membentuk kerajaan di peringkat pusat,” katanya. “Sistem ini juga digunakan bagi menentukan parti yang berhak untuk menubuhkan kerajaan baik di peringkat pusat atau pun negeri, iaitu parti yang mendapat jumlah perwakilan (kerusi) terbanyak walaupun memperoleh majoriti satu kerusi berhak membentuk kerajaan,” katanya menambah sistem itu dikenali sebagai ‘First Past The Post’. |
Malaysia’s Electoral System, Electoral Law Based On Majority Win – EC Posted: 10 May 2013 02:25 AM PDT KUALA LUMPUR, May 10 - Malaysia’s electoral system and electoral law are based on a win with simple majority and based on representation by constituency, said Election Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. He said that the system was not based on the number of popular votes received but the number of parliamentary seats won. It was adopted since the first general election in 1959 to determine the rightful party to form the government. “In this context, although the opposition received a big number of votes totalling 5,623,984, they only won 89 parliamentary seats. Instead, Barisan Nasional (BN) which received 5,237,699 votes and won 133 parliamentary seats got the right to form the federal government,” he said in a statement here today. He was responding to allegation by Parti Keadilan Rakyat (PKR) adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim that the opposition can form the federal government after receiving more popular votes than BN. Abdul Aziz explained that under the electoral system, a candidate qualified to be declared the winner although he only won the parliamentary seat by a one vote majority. “This is also used to determine which party is entitled to form the government at federal or state level. “The party that won more representation (seats) although with majority of one seat has the right to form a government.” He said the electoral system is called the First-Past-The-Post (FPTP) or the candidate (party) who won the most seats become elected representatives at parliament or state level. |
UMNO 67 Tahun : Dulu, Kini dan Selamanya Tetap Bersama Rakyat Posted: 10 May 2013 02:22 AM PDT Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah melabuhkan tirainya. Keputusannya telah pun diketahui dan Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat kepercayaan rakyat dengan menjadi teraju kerajaan Persekutuan. Menerusi PRU-13 ini, UMNO memenangi kerusi terbanyak yang menjadi teras kepada pembentukan kerajaan bersama dengan anggota BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan dan parti-parti kompenan yang lain. Walaupun, hakikatnya, kerusi BN di Parlimen menyusut tetapi kekuatan UMNO tidak pudar sebaliknya terus teguh dengan memantapkan bilangan kerusi yang dimenangi kepada 88 berbanding PRU-12 yang mendapat 79 kerusi. Lebih manis apabila UMNO bersama BN berjaya mengembalikan Kedah dan Perak serta mengekalkan negeri-negeri lain bersama BN. Apa yang pasti, keputusan tersebut menjadi bukti bahawa UMNO terus unggul dalam membawa aspirasi rakyat khususnya bangsa Melayu. Setelah 67 tahun iaitu bermula 11 Mei 1946, UMNO telah menjadi pelopor dalam perjuangan bangsa Melayu, merintis laluan, membawa harapan dan menyemarakkan semangat rakyat keseluruhannya dengan berteraskan sokongan dari masyarakat di akar umbi. UMNO mempunyai hala tuju yang jelas iaitu berjuang untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Amanah dan tanggungjawab terpikul dalam mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara setelah ia dicapai pada 31 Ogos 1957. Selaras dengan itu, Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan menjadi tunjang yang sentiasa dipertahan daripada dicemari. Sebagai tampuk kerajaan juga, perjuangan UMNO turut bersendikan usaha untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara selain terus menghormati prinsip kebangsaan beragama yang menjadi pegangan setiap masa. Rekod UMNO sebagai pentadbir kerajaan, penegak perpaduan dan pembangun Islam telah terbukti sehinggakan pembangunan dan kemajuan negara dimanifestasikan bersama dengan perkembangan tahap celik huruf dan meningkatkan kemajuan modal insal di kalangan masyarakat. Biarpun ada yang iri hati dengan kejayaan dan kecemerlangan BN yang ditunjangi UMNO sehinggakan wujud sekumpulan individu yang sanggup mengkhinati negara sendiri namun ia tidak pernah berjaya.
Sebagai parti yang bertunjangkan akar umbi di serata pelusuk negara maka keupayaan UMNO dalam melaksanakan tanggungjawab dilakukan secara muafakat. Tohmahan, hasutan, manipulasi dan apa jua provokasi yang dilontarkan oleh pihak pembangkang akan memperteguh lagi kesatuan dalam UMNO. UMNO turut menerajui transformasi sebagaimana yang dilaungkan oleh Datuk Seri Mohd Najib dengan inisiatif Pindaan Perlembagaan UMNO agar pendemokrasian parti yang lebih inklusif dirasai serta memastikan ia tetap relevan sepanjang zaman. Antara perubahan paling ketara adalah jumlah perwakilan yang terlibat dalam proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi yang diluaskan dari 2010 orang pewakilan bahagian kepada 146,000 orang termasuklah kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu sendiri boleh ditandingi. Ini dibuat dengan penghapusan sistem kuota dan digantikan dengan sistem pendaftaran yang mempunyai kelayakan minimum untuk bertanding. Sebagaimana usia UMNO yang menghampiri tujuh dasawarsa, setiap generasi tentunya mempunyai penghayatan kepada cogan katanya iaitu 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' yang menjadi azimat sepanjang masa dan mengekalkan parti ini sejak dulu, kini dan selamanya. Pentingan rakyat terutamanya ahli-ahli UMNO bersatu, apatah lagi dalam kehidupan bermasyarakat yang akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah sama ada dari luar atau dari dalam malah bangsa dan negara bertambah kuat dalam pengaplikasiannya. Keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada parti atau kepercayaan yang tulen untuk pastikan bahawa parti ini akan mencapai kemenangan dalam apa jua cabaran adalah nilai kesetiaan yang tidak boleh dipertikaikan. Manakala untuk berkhidmat, ia adalah nilai terpenting dengan memahami jati diri bangsa Melayu, agama Islam dan tanah air tercinta yang akan membawa hasil cukup besar kepada Malaysia tercinta ini. Sesungguhnya, hanya UMNO yang menjadi teras orang Melayu, menjadi pemangkin kepada sebuah perjuangan bangsa, memastikan Malaysia terus berdaulat dan mempertahankan Islam daripada dicemari oleh insan tidak bertanggungjawab. Justeru, mandat baru daripada rakyat menjadi membawa makna yang amat besar sebagaimana UMNO perlu terus kekal dan menjadi teraju Malaysia. Dulu, kini, selamnya. Selamat Ulang Tahun UMNO ke-67. Ropikah Ahmad (Penulis Adalah Editor UMNO-Online.com) |
Perhimpunan: Polis Akan Panggil Semua Yang Berkenaan – KPN Posted: 10 May 2013 02:04 AM PDT KUALA TERENGGANU, 10 Mei – Polis akan memanggil semua yang berkenaan termasuk pemimpin parti politik bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Selangor, Rabu lepas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan dijalankan keranaperhimpunan itu diadakan tanpa kebenaran selain unsur-unsur lain yang menyalahiundang-undang. “Siasatan sedang dijalankan dan tunggulah, kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat. Beliau sebelum itu menziarahi pegawai polis, Supt Ghazali Daud yang terbabitkemalangan pada 30 April lepas ketika dalam perjalanan pulang untuk mengundi awal di sini. Kemalangan awal pagi itu turut meragut nyawa isteri Ghazali dan dua daripada tujuh anak mereka. Lima lagi anak mereka cedera termasuk dua parah. Perhimpunan haram yang disertai pemimpin parti pembangkang itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana ucapan berbaur hasutan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana diadakan tanpa permit. Perhimpunan itu bertujuan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5Mei lalu yang didakwa parti pembangkang sebagai mempunyai unsur-unsur penipuan. Mengulas lanjut, Ismail berkata proses pilihan raya umum itu berjalan mengikut amalan demokrasi. “Rakyat telah membuat keputusan jadi janganlah mana-mana pihak nak ambil kesempatan ini untuk lakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya. Ismail turut meminta semua lapisan masyarakat agar tidak bercakap, menulis atau mengeluarkan pandangan yang berbentuk negatif yang boleh merosakkan perpaduan. “Janganlah cetuskan provokasi yang boleh merosakkan ketenteraman awam dan menakutkan orang ramai,” katanya. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment