SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, May 28, 2013

UMNO Online - “Mitos Undi Popular PRU-13” plus 9 more

UMNO Online - “Mitos Undi Popular PRU-13” plus 9 more

Link to UMNO Online

Mitos Undi Popular PRU-13

Posted: 27 May 2013 03:13 AM PDT

Tawadhu’ dalam kemenangan, berlapang dada dalam kekalahan! Itulah sikap yang sepatutnya diambil oleh mana-mana insan yang berjiwa besar dalam menghadapi apa-apa pertandingan.

Sebaliknya Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyatakan akan bersara dan menjadi pensyarah jika kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), mengambil sikap berdolak dalik; enggan mengaku dia sudah ditolak secara muktamad oleh rakyat. Malah mengaku menang pula! Dan asas pengisytiharan kemenangan itu ialah kononnya undi popular (iaitu jumlah undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas) melebihi jumlah undi yang diperolehi Barisan Nasional (BN)!

Anwar dengan pembohongan dan putar-belit yang hebat cuba memperdaya dan memperbodohkan rakyat yang sudah sedia maklum kaedah pilihan raya yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak mula lagi (termasuk di banyak negara maju lain seperti Britain) adalah sistem first-past the-post; iaitu parti mana yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak membentuk kerajaan.

Jumlah undi dikutip secara keseluruhan tidak pernah diterima sebagai kayu ukur kemenangan!

Namun agak malang ada segelintir rakyat terutama penyokong tegar dan taksub yang begitu mudah terpedaya dan diperbodohkan oleh Anwar! Dan kini mereka cuba menggulingkan kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui jalan raya; setelah mereka ditolak di dalam pilihan raya!

Bayangkan dalam pertandingan akhir badminton Piala All-Malaysia di mana Datuk Seri Najib Tun Razak menentang Anwar, keputusannya seperti berikut:

1. Set 1 – Najib 21 Anwar 19;

2. Set 2 – Anwar 21 Najib 03;

3. Set 3 – Najib 21 Anwar 19.

Apabila pengadil mengumumkan Najib menang dengan 2-1, Anwar tiba-tiba bangkit melalak mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 poin atau 57% daripada jumlah keseluruhan point pertandingan (sebanyak 104); sedangkan Najib hanya mendapat 45 point atau 43% daripada keseluruhan point pertandingan!

Saya cukup pasti kalau Anwar mendakwa sedemikian, penonton sama ada akan berkata dia sakit otak, atau tidak ada otak langsung! Kerana apa? Kerana kita semua tahu dalam pertandingan badminton, penentuan juara ditentukan melalui jumlah set yang dimenangi, bukan jumlah point yang dikutip!

Begitu jugalah dengan pilihan raya umum. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia tahu bahawa pemenang PRU-13 ditentukan melalui jumlah kerusi yang diperolehi, bukan jumlah undi yang dikutip! Tetapi namanya Anwar, nafsu serakah yang meluap-luap untuk dimahkotakan sebagai Perdana Menteri bersemayam di Putrajaya menyebabkan dia sanggup melakukan pembohongan besar dan memutar-belit fakta. Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia!

Walau bagaimana pun, saya mahu mengupas isu berkenaan undi popular ini dan membuktikan kepada rakyat bahawa Anwar ini sebenarnya pembohong tegar dan kaki putar-belit yang cukup hebat.

Isunya, benarkah Anwar dan pembangkang DAP-PKR-Pas memperolehi undi popular terbanyak dalam PRU-13? Atau ia hanya sekadar mitos yang dibohongi dan diputarbelitkan untuk memperdaya golongan yang mudah diperdaya?

Mari kita lihat analisis berikut:

1. UNDI POPULAR BN YANG TERBANYAK

Dalam PRU-13, parti utama yang bertanding ialah BN, Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (Pas).

BN menggunakan lambang Dacing, DAP lambang roket, PKR lambang mata satu, dan Pas lambang bulan.

Jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRU-13 ialah 13,268,002; namun yang turun mengundi hanyalah 11,257,147 atau 84%. Pengundi akan memangkah nama calon mengikut nama dan nama serta lambing parti yang bertanding.

Kita tengok carta keputusan PRU-13 seperti berikut (setelah ditolak undi rosak 1.8%):

Jelas daripada carta di atas bahawa kalau mengikut undi popular, kedudukannya adalah seperti berikut:

1. BN memperolehi undi popular paling banyak iaitu 46.53% atau 5,237,699;

2. PKR kedua dengan 20.03% atau 2,254,328;

3. DAP tempat ketiga dengan 15.42% atau 1,736,267;

4. Pas tempat keempat dengan 14.51% atau 1,633,389;

5. Parti-parti lain & Bebas di tempat kelima dengan 1.71% atau 192,904;

6. Undi rosak pula adalah sebanyak 1.8% atau 202,560.

Jadi di mana logik Anwar menyatakan dia memperolehi undi popular paling banyak. Tohmahan Anwar mendakwa jumlah undi yang diperolehi oleh gabungan DAP-PKR-Pas sebanyak 5,623,984 (atau 49.96%), melebihi 386,285 undi (atau 3.43%) berbanding BN (yang memperolehi 5,237,699 atau 46.53%) adalah satu pembohongan dan putar-belit kerana:

1. DAP-PKR-Pas bertanding berasingan menggunakan lambang masing-masing; yang tertera di atas kertas undi ialah lambang roket (DAP)-bulan(Pas)-mata satu (PKR); langsung tidak ada lambang bersama pembangkang;

2. Ada konstituensi di mana berlaku pertandingan sesama sendiri di antara DAP-PKR-Pas; seperti Sg Aceh, Kota Damansara dan lain-lain;

3. Gabungan DAP-PKR-Pas sebagai Pakatan Rakyat tidak ujud dalam PRU-13 ini, malah ia sebuah badan yang tidak berdaftar dan tidak bertanding atas lambang sendiri pun!

Rumusannya ialah jika menggunakan kaedah undi popular sebagai kayu pengukur kemenangan dalam PRU-13, sebenarnya BN memperolehi undi terbanyak berbanding dengan tiga parti utama lain iatu DAP, PKR mahupun Pas!

Sewajarnya BN memenangi PRU-13, dan membentuk Kerajaan Persekutuan!

2. KENAPA DAP MENDAPAT 38 KERUSI?

Kalau mengikut logik Anwar bahawa undi popular sepatutnya menentukan jumlah kerusi, maka urutan jumlah kerusi sepatutnya saperti berikut:

1. BN dengan 46.53% undi sebanyak 103 kerusi (sebenarnya 133 kerusi);

2. PKR dengan 20.03% undi sebanyak 45 kerusi (sebenarnya 30 kerusi);

3. DAP dengan 15.42% undi sebanyak 34 kerusi (sebenarnya 38 kerusi);

4. Pas dengan 14.51% undi sebanyak 32 kerusi (sebenarnya 21 kerusi);

5. Bebas dengan 1.71% undi sebanyak 4 kerusi (sebenarnya tiada kerusi);

6. Undi rosak sebanyak 1.8% mewakili 4 kerusi.

Persoalannya ialah bagaimana DAP yang memperolehi undi popular ketiga sebanyak 15.42% sepatutnya hanya mendapat tempat ketiga dengan 34 kerusi kalau mengikut kaedah perkiraan undi popular. Tetapi sebaliknya DAP mendapat jumlah kerusi kedua terbanyak iaitu 38 melebihi PKR yang kononnya mendapat undi popular kedua terbanyak? Sedangkan PKR yang memperolehi undi popular kedua selepas BN sebanyak 20.03% hanya memperolehi 30 kerusi ditempat ketiga!

Mengapa Anwar tidak menjerit melalak mendesak kerusi DAP dikurangkan sebanyak 4 kerusi kepada 34 kerusi daripada 38 kerusi yang sebenarnya dimenangi oleh DAP?

Jawapannya mudah. Anwar sekadar memutar-belit fakta yang hanya menguntungkan dia dari segi politik. Tetapi bila kena batang hidung sendiri, dia sepi membisu sebagaimana dia membisu tentang dimana jam Omega yang ditemui Datuk Eskay dalam peristiwa China-Doll!

Datuk Zulkifli Noordin ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa)

Jusuf Kalla: Anwar Minta Saya Atur “Perjanjian Syaitan” Dgn Pak Najib!!

Posted: 27 May 2013 03:10 AM PDT

Manifestasi dari setiap gerakan, perbuatan dan percakapan Anwar, tidak lain dan tidak bukan adalah PENIPUAN yang akhirnya akan menghasilkan kekeliruan, fitnah dan pertentangan pemikiran di kalangan rakyat.

Dalam kamus hidup Anwar, tidak ada istilah “mengakui” tentang sesuatu perkara, jika perkara itu boleh menjejaskan reputasi dan krdibilitinya pada pandangan umum.

Walaupun wajah diphoto itu memang wajahnya sendiri, tetapi jika seandainya photo itu mampu mencalar atau menjejaskan kredibiliti dan reputasinya, dia tidak akan mengaku wajah diphoto itu, wajahnya. Sekurang-kurangnya dia akan berkata, “looks like me, but not sure if its me”.

Perjanjian yang dia tandatangani sendiri pun dia cuba nafikan. Dia sendiri yang minta jumpa Jusuf Kalla, tapi dia kata Jusuf Kalla yang nak jumpa dia. Dia sendiri yang mintak Jusuf Kalla jadi broker mautnya untuk merealisasikan cadangan “perjanjian syaitannya” untuk memerangkap Najib. Dia sendiri yang langgar perjanjian, dia kata Najib yang langgar.

Dia sendiri yang secara sukarela menyatakan akan bersara dari politik jika kalah PRU, dia sendiri yang menarik semula persaraannya.

Dia sendiri yang minta Zaid Mat Arif aturkan untuk jumpa Tun Ghafar untuk minta maaf, dia sendiri yang jaja Tun Ghafar nak jumpa dia dan minta maaf.

Dia sendiri yang berkata tidak akan sesekali memaafkan atau berkompromi dengan Tun Mahathir, dia sendiri yang hantar wakil berjumpa Tun M untuk minta appointment yang sampai 4 kali ditolak oleh Tun M.

Segala bukti dan saksi cukup banyak untuk seluruh rakyat tidak mempercayai apa saja kata-kata yang keluar dari mulut Anwar. Tetapi semua itu tidak mencukupi untuk para penyokongnya berfikir, dan menggerakkan kebolehan akal mereka untuk berfikir.

Petang semalam berjumpa dengan sekumpulan anak muda penyokong tegar Anwar. Mereka baru pertama kali mengundi. Bila saya sembang dan sebut “semasa Anwar jadi Timbalan Presiden UMNO…bla..bla..bla”, budak2 ni terkejut dan tanya balik, “Anwar pernah jadi Timbalan Presiden UMNO ke bang..? Maknanya, budak ni tahun 1998 umur dalam lingkungan 8 ke 10 tahun.

Inilah jenis anak-anak muda yang sedang diperkotak-katikkan minda mereka hingga begitu taksub dengan Anwar…kalau anak muda melayu sendiri pun tidak tahu latar belakang Anwar, apa lagilah anak-anak muda cina@tongsan.

Jadi tidak menghairankan jika Anwar boleh senang-senang kumpulkan puluhan ribu anak muda jenis “naive” macam ni di tengah padang dan dijamu dengan makanan fitnah dan dusta yang enak-enak.

Kamarulzaman Kamdias

Relationship Between Ict And Education Remains Contested – Muhyiddin

Posted: 27 May 2013 03:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 27 – Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today reminded the people on the contesting relationship between information and communication technology (ICT) and education.

“ICT does make a difference. And I think, this is our stand. We cannot afford to take a chance with the future of Malaysia,” he said.

Muhyiddin said that over 30 years of research had not yet concluded that ICT had impacted education.

“Instead, it is very much correlational and this is recognised even by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (Unesco).

“In 2011, their publication stated that the relationship between ICT and student learning was more complicated than one based on mere availability or use what matters is how ICT is used and what is tested.”

Muhyiddin said this in his speech for Digital Education Show Asia, here, today. The speech text was read out by Deputy Education Minister I Datuk Mary Yap Kian Ching.

In the speech, Muhyiddin also related the value and danger of ‘digital nannies’ where parents gave tablets to their children as young as four to take time off from the kids.

“In the current trend, children as young as four years old have IPads and other tablets which parents have given to them as a learning tool. Children’s uptake of these tablets have been phenomenal; they use these devices without having to learn from their parents. They just pick up and use them.

“However, I contend that this trend has both value and danger. Though learning can occur using these devices but more often than not, they are used as distractors, filling a gap where parents require ‘time off’ – digital nannies if you will,” he added.

Muhyiddin said many reports had stated that children played games and interacted online without supervision which had led to children being addicted to these devices.

He said this gap between learning and consuming was a paradox.

“At one end, we would like to see that children learn with these devices but at the same time, we want them to consume content and applications responsibly and ethically.

“Thus, I believe digital literacy is important as it ensures responsibility and ethics as part and parcel of being a netizen in Malaysia,” he said.

Muhyiddin said he was keenly aware that ICT and technology changed at a faster rate than change at the school level.

“Education thus needs to be flexible in incorporating ICT in schools. I also fear that the rate of technological change may result in teachers who are perpetually novices at technology.

“Other dangers such as social and ethical challenges need to be addressed. A coherent and structured implementation needs to accommodate these changes as well as support the inclusion and participatory nature of technology and society,” he added.

Pendedahan Jusuf Kalla Bukti Anwar Tidak Layak Dipercayai

Posted: 27 May 2013 02:58 AM PDT

LENGGONG, 27 Mei – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pendedahan yang dibuat oleh Mantan Wakil Presiden bagi Republik Indonesia (RI), Jusuf Kalla seharusnya membuka mata semua pihak terutamanya penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Ujarnya, pendedahan tersebut jelas membuktikan bahawa pemimpin pembangkang itu memang tidak boleh dipercayai.

"Saya percaya selepas ini sudah pasti Anwar akan meletakkan kesalahan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan menuduh kononnya kegagalan tersebut adalah kerana Najib.

"Apabila Anwar mula bersuara dan mengutarakan pelbagai alasan yang bertujuan menutup segala penipuannya, maka penyokong tegarnya sudah pasti akan percaya. Seharusnya, penyokong tegar Anwar bersikap realistik dan mengkaji pendedahan yang dibuat oleh Jusuf Kalla.

"Sebelum ini pelbagai pendedahan telah dibuat namun masih gagal untuk membuka mata penyokong Anwar Ibrahim. Kini, saya berharap agar mereka akan mula mengkaji perkara ini," ujarnya kepada UMNO-Online.

Baru-baru ini, Jusuf Kalla melahirkan rasa kecewanya apabila Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia yang dibuat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan enggan menerima kekalahan di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.

Tambah Shamsul, Jusuf Kalla adalah sahabat karib Anwar maka kekecewaan yang diutarakannya itu harus membuka mata dan minda penyokong pakatan pembangkang.

"Sudah pasti Anwar akan menafikan pendedahan yang dibuat oleh rakan karibnya itu. Kemudian apa yang diperkatakan Anwar akan dimainkan oleh media sosial pro pembangkang kononnya kerajaan dan BN yang bersalah.

"Rakyat mesti sedar bahawa inilah sikap dan perangai Anwar. Ini bukan pertama kali berlaku dan setiap kali itulah dia akan menafikan segala hal dan meletakkan kesalahan kepada BN. Walau siapapun yang membuka pekung Anwar, semuanya akan dinafikan kononnya semua orang tipu dan hanya dia yang berkata benar.

"Sepatutnya rakyat sudah boleh menilai siapa dan bagaimana sebenarnya Anwar Ibrahim ini. Persoalan yang akan timbul, mengapa dia memungkiri janji yang telah dibuat. Ini kerana dia terlalu yakin akan menang dan mengambil alih negara, sebab itu dia buat janji tersebut. Tapi bila kalah, dia mungkir janji.

"Pelbagai alasan akan dibuat untuk mengelak daripada melaksanakan janji tersebut. Bayangkan sekiranya dia memerintah negara dengan sikap yang sebegini. Apa akan jadi dengan masa hadapan rakyat nanti," jelasnya lagi. – MediaUMNO

Henti Berkokok Di Luar Gelanggang, Pembangkang Gunalah Saluran Undang-undang – Fairus

Posted: 27 May 2013 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Pakatan pembangkang seharusnya berhenti 'berkokok di luar gelanggang' berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu sebaliknya menggunakan tempoh untuk mengemukakan petisyen bagi mencabar keputusan yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata itu adalah jalan dan saluran terbaik dengan mengemukakan segala bukti-bukti yang mencukupi bagi menyokong segala dakwaaan mereka sebelum ini.

Menurut beliau tidak ada gunanya sekadar melemparkan pelbagai tohmahan kerana peluang dan ruang telah disediakan secukupnya oleh undang-undang berhubung apa yang mereka utarakan sebelum ini.

"Ruang yang disediakan itu menunjukkan kepada umum bahawa tohmahan mereka terhadap SPR dengan pelbagai cemuhan dan segala-galanya tidak benar sama sekali. Mana-mana pihak diberikan ruang seluasnya dalam tempoh tersebut.

"Kemukakan petisyen, tunggu tarikh perbicaraan dan tunggulah keputusan mahkamah kelak. Itu adalah sebaik mungkin," katanya kepada UMNO-Online, hari ini.

Beliau seterusnya menyarankan agar kerajaan mengenepikan segala tohmahan dan isu-isu berbangkit berhubung perkara itu sebaliknya menumpukan kepada pelaksanaan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Katanya banyak agenda yang mesti dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memastikan kesinambungan pembelaan terhadap rakyat dapat diteruskan.

"Bagi saya tidak perlu dilayani apa jua perkara yang boleh menrencatkan tumpuan ke arah kerajaan untuk membela nasib rakyat. Banyak manifesto dan akujanji yang mesti ditunaikan dan itulah yang perlu diutamakan," katanya. – MediaUMNO

Najib Jamin Kerajaan Boleh Lakukan Perubahan

Posted: 27 May 2013 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan oleh melakukan perubahan dalam negara dengan memahami keperluan belia.

Sambil menegaskan bahawa tidak ada yang bersifat tetap, perdana menteri berkata kerajaan mesti berani dan sedia melakukan perubahan yang dapat memenuhi ekpektasi rakyat.

“Sama ada cepat atau tidak, perubahan akan berlaku. Saya jamin bahawa kerajaan akan lakukan perubahan dalam negara, dan ini bererti memahami keperluan belia.

“Kita perlu mengubah sikap, strategi, program dan pendekatan kita kerana kita tidak lagi boleh menganggap apa yang kita amalkan sekarang sebagai penyelesaian terbaik untuk masa depan.

“Kita perlu punya minda terbuka dan bersikap pragmatik, bukan dogmatik,” kata beliau dalam kiriman Facebooknya.

Pentadbiran Baru Mula Beri Sinar Kepada Rakyat Kedah

Posted: 27 May 2013 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Mei – Pentadbiran kerajaan baru negeri Kedah yang ditunjangi  Barisan Nasional (BN) dilihat telah memberi sinar dan harapan baru kepada rakyat negeri berkenaan setelah mengambil alih pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Exco Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda Alor Setar Datuk Zubir Zabidi berkata sinar berkenaan dapat dilihat daripada kesungguhan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang telah mengorak langkah dengan mengambil beberapa tindakan drastik.

Menurut beliau tindakan itu juga termasuk komitmen daripada Exco yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka berasaskan portfolio masing-masing disamping kerjasama erat wakil rakyat yang telah dipilih.

"Tindakan drastik kerajaan negeri yang menghentikan aktiviti pembalakan contohnya telah melegakan penduduk setempat. Begitu juga dengan beberapa permasalahan lain yang sedang diambil oleh Exco bertanggungjawab.

"Saya kira sinar dan harapan yang ditunggu-tunggu sekian lama oleh rakyat Kedah telah menampakkan hasil. Saya yakin dan percaya, Insya-Allah barisan baru kerajaan negeri mampu melaksanakan amanah dan sinar yang ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri berkenaan," katanya.

Beliau seterusnya menjelaskan komitmen kerajaan negeri yang tidak lagi memikirkan soal politik termasuklah politik balas dendam tapi sebaliknya keikhlasan sebenar kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya diberikan.

"Saya lihat hari ini kerajaan negeri sedang giat menyusun gerak kerja khususnya melaksanakan apa yang dijanjikan. Inilah yang kita mahu dan saya percaya inilah yang rakyat juga inginkan.

"Ini adalah masa untuk berkhidmat kepada mereka setelah mereka memberikan kepercayaan baru-baru ini dan saya nampak kerajaan negeri cukup komited ke arah itu. Usaha tarik pelabur dan macam-macam lagi nampaknya telah bermula.Yang lepas itu lepaslah.

"Insya-Allah dengan berkat doa serta sokongan dan dokongan daripada semua pihak, apa yang diharapkan oleh rakyat Kedah akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya lagi. – MediaUMNO

Najib Guarantees Gov’t Can Make A Change

Posted: 27 May 2013 02:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 27 – Datuk Seri Najib Tun Razak today gave a guarantee that the government can make a change in the country by understanding the wants of the youths.

Stressing that nothing was constant, the prime minister said the government had to be bold and make changes that met the people’s expectations.

“Whether it is quick or not, change will happen. I can guarantee that the government can make a change in the country, and this means understanding the wants of our youths.

“We have to change our attitude, strategy, programmes and approach as we can no longer assume what we are practising now as the best solution for the future.

“We must be open-minded and be pragmatic, not dogmatic,” he said in a Facebook post today.

Jangan Bawa Politik Dalam Pendidikan – Mary Yap

Posted: 27 May 2013 02:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Timbalan Menteri Pendidikan yang baru dilantik Datuk Mary Yap Kain Ching hari ini berkata beliau komited dalam memastikan Kementerian Pendidikan bebas daripada pengaruh politik.

Beliau berkata komitmen sedemikian penting kerana beliau melihat pengaruh negatif secara meluas terhadap generasi muda agar mereka tidak menghargai usaha yang telah dijalankan kerajaan, adalah benar-benar membimbangkan.

“Sebagai pendidik dan timbalan menteri, saya tidak suka membawa masuk politik ke dalam pendidikan kerana kami di sini untuk mendidik generasi muda.

“Ia membimbangkan saya, apabila mendapati budaya mempengaruhi generasi muda untuk tidak menghargai apa yang kerajaan lakukan, ia benar-benar membimbangkan dan saya tidak mahu mengulas tentang itu,” jawab beliau ketika ditanya sama ada beliau menganggap dirinya sebagai pemimpin kaum Cina untuk Barisan Nasional (BN) dan pandangan beliau mengenai laporan Malay Mail baru-baru ini yang bertanya “What More The Chinese Want”.

Yap ditemui selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Pendidikan Digital Education Show Asia 2013, di sini hari ini.

Menjawab kepada satu soalan, sama ada beliau menganggapnya dirinya sebagai mewakili masyarakat Cina di dalam Kabinet, Yap berkata soalan sedemikian telah beberapa kali diajukan kepada beliau, sejak dilantik sebagai timbalan menteri.

“Saya telah bekerja di Kementerian Pendidikan sejak 36 tahun lalu, berinteraksi dengan semua kaum. Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai Cina tetapi saya seorang rakyat Malaysia.

“Saya rasa ia tanggapan konsep 1Malaysia. Apabila anda bercakap tentang mewakili kaum Cina, apa-apa isu berkaitan pendidikan Cina, anda bawakan kepada saya, ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya untuk mendalaminya,” tambah beliau.

Mengenai beliau tidak boleh berbahasa Mandarin, Yap berpendapat ia bukanlah satu isu.

“Kalau saya tidak fasih (Bahasa Mandarin), ini tidak bermakna saya tidak faham tentang pendidikan Cina atau latar belakangnya. Maklumat berkaitan system pendidikan Cina juga ada dalam Bahasa Inggeris atau dalam Bahasa Malaysia. Dan saya boleh baca mengenainya. Saya pandai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan saya ada pegawai-pegawai yang berpengalaman untuk membantu saya,” katanya.

Tambah Yap, pegawainya akan berperanan memberi nasihat dan membaca akhbar Cina serta menyampaikan segala maklumat mengenai apa yang dilaporkan.

“Ramai pemimpin di dunia yang tidak fasih Bahasa Inggeris tapi kerana mereka ada satu pasukan yang kuat dan penterjemah mereka boleh memimpin negara mereka dengan begitu berkesan dengan pembangunan dan kemajuan yang amat membanggakan.

“Jadi isu saya tidak boleh berbahasa Cina tidak sepatutnya menjadi satu isu dan kalau masih dijadikan isu, ini sangat tidak adil,” kata Yap.

Hakim Kendali Petisyen PRU13 Perlu Selesai Kes Dalam Enam Bulan – Ketua Hakim Negara

Posted: 27 May 2013 02:10 AM PDT

KUANTAN, 27 Mei – Semua hakim yang mendengar petisyen berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu menyelesaikan kes dalam tempoh enam bulan dari tarikh difailkan, kata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria hari ini.

Beliau berkata ini bagi mempastikan proses menetapkan keputusan setiap petisyen dikemukakan parti politik yang bertanding pada PRU13 itu tidak terlewat dan mengikut undang-undang ditetapkan.

“Selepas hakim pilihan raya (hakim yang mendengar petisyen) membuat keputusan, pihak yang terlibat akan membuat rayuan pula ke Mahkamah Persekutuan.

“Ia ambil masa juga sebab kita mempunyai tempoh enam bulan untuk selesaikan…kalau semua berjalan mengikut tempoh yang ditetapkan petisyen mengenai pilihan raya boleh diselesaikan dalam tempoh setahun,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Kuantan di Bandar Indera Mahkota, di sini oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjun, dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Seri Mariana Yahya.

Arifin bagaimanapun yakin semua petisyen pilihan raya dapat diselesaikan mahkamah mengikut tempoh ditetapkan.

“Setakat ini semua petisyen dapat kita selesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan, jadi InsyaAllah kali ini hal sama akan berlaku,” katanya.

Kepada satu soalan, beliau berkata setakat ini mahkamah masih belum menerima sebarang petisyen dari mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT