SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, April 30, 2013

UMNO Online - “Understand Meaning Of “Transformation” And “Change” Before Voting – Political Analysts” plus 9 more

UMNO Online - “Understand Meaning Of “Transformation” And “Change” Before Voting – Political Analysts” plus 9 more

Link to UMNO Online

Understand Meaning Of “Transformation” And “Change” Before Voting – Political Analysts

Posted: 29 Apr 2013 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 29  – The people should really understand the difference between the Barisan Nasional (BN) government’s transformation concept and the ‘change’ which Pakatan Rakyat (PR) is pushing for before casting their votes in the 13th general Election on May 5, according to several academicians.

Universiti Utara Malaysia (UUM) College of Law, Government and International Studies’ Quality and Strategic Planning director Assoc Prof Dr Martadha Mohamad explained that the implementation of systematic transformation required time and detailed planning.

“On the other hand, in theory, drastic change can be effected in the blink of an eye. But in practical terms it’s not as easy as it sounds,” he told Bernama.

He felt that if PR wished to make a change they should first explain their action plan and the source of funds to bring about the change.

The people should be rational about whether such a change would benefit them and not be hasty in wanting a change just for the sake of it, he said and cited Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s transformation programme as a good example of successful change implemented in stages.

They should also determine if such a change was safe and ensure that it would not jeopardise the existing harmony among the multiracial communities, he added.

Political analyst Assoc Prof Datuk Zainal Abidin Borhan, who is the Malay Studies Academy director of Universiti Malaya, emphasised that people must be wise and evaluate the prime minister’s meaning of transformation and take into account all the achievements under the programme.

“Transformation is a process of change without altering the existing system.  It involves improving the present system to ensure a better quality of life for people,” he said.

Zainal Abidin also questioned the ability of the opposition coalition to make changes to the present government’s transformation process and policies.

“The word ‘change’ is just an extension of the word ‘reformation’. This is their (opposition) tactic for the coming election because the word ‘reformation’ might scare people. But in either case their mission is the same, namely to topple the government,” he said.

Meanwhile, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Social Sciences and Humanities Faculty lecturer Assoc Prof Datuk Dr Samsul Adabi Mamat said although the onus was on the people to vote for a government of their choice in the general election it should not however be based on a mere manifesto.

“It must be based on the performance and track record of a particular political party which can potentially administer the country,” he said.

He said people always wanted a perfect government but that was an impossible feat as each one had its flaws.

“If we like the present scenario of peace and stability, then it’s wise to keep the existing government,” he advised.

100,000 “Merah Bapak Lim” Members Support BN

Posted: 29 Apr 2013 05:43 AM PDT

BUKIT MERTAJAM, April 29 – More than 100,000 members of a non-governmental organisation, known as “Merah Bapak Lim”, today pledged their support for Barisan Nasional (BN).

Its leader, Lim Ah Hoi, said they would vote for BN in the May 5 general election to ensure the coalition remained in power and would be able to continue with the country’s development.

He said the organisation members, who were mostly businessmen, believed that only the BN government was capable of ensuring economic stability in the country.

“I can give the assurance that the organisation members and their family members will give their support to BN to ensure the present young generation gets to enjoy a better life,” he told a media conference here today.

He said the organisation was formed 50 years ago with the aim of helping the society, especially the young people from getting involved in social problems.

Meanwhile, its committee member, N.Mogan, said the Indians in the organisation also supported BN because of the various assistance given to the Indian community.

“BN not only helps the Malays, but the people of all race, while the opposition only help their cronies,” he added.

Another committee member, Ridzuan Muslim, said various form of assistance were given by the BN government for youths.

Ghaddafi Azam Jadikan Parit Buntar Hub Ekonomi Dan Sumber Asli Terkenal

Posted: 29 Apr 2013 05:27 AM PDT

PARIT BUNTAR 29 April – Calon Barisan Nasional (BN) Parit Buntar, Mua’amar Ghaddafi Jamaludin berazam untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai hub ekonomi serta hub sumber asli dalam usaha memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

Beliau yang berasal daripada kawasan berkenaan seterusnya memberitahu hub pendidikan juga boleh dibangunkan sekiranya pengundi memberikan kepercayaan kepada BN pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan.

"Parlimen Parit Buntar yang merupakan kampung saya sendiri banyak potensi yang boleh dibangunkan. Kita boleh lahirkan lebih banyak sumber asli, tempat peranginan yang boleh dinaiktaraf, sumber alam yang ada seperti perikanan dan sebagainya.

"Ini boleh dijadikan sebagai titik tolak untuk industri yang cukup baik. Kita ada jelapang padi, pusat nelayan dan sumber ini cukup banyak. Saya percaya penduduk di kawasan ini termasuklah orang muda mempunyai kesungguhan untuk menjayakan perkara ini," katanya kepada UMNO-Online selepas mengadakan perlawanan futsal bersama belia Parit Buntar di Taman Kerian, dekat sini.

Beliau yang merupakan Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia seterusnya menambah tindakan kepimpinan BN yang mengenengahkan beberapa kepimpinan muda sebagai calon parti itu pada pilihan raya kali ini menunjukkan satu kepercayaan yang menyeluruh.

"Macam Perdaa Menteri sebut sebelum ini orang muda dan belia bukan sahaja pemimpin masa depan tetapi pemimpin masa kini. Ini salah satu bukti kata-kata Datuk Seri Najib selain bukti tranformasi politik yang saya percaya impaknya cukup besar terutama di kalangan orang muda yang mahu melihat suara mereka boleh dibawa ke dewan rakyat.

"Orang muda mahukan tiga perkara antaranya mereka mahu suara mereka didengar, peranan mereka diktiraf dan mahu isu golongan muda ditangani dengan cara orang muda. Apabila Datuk Seri Najib melalui BN telah meletakkan beberapa calon muda ini pada saya dikira mendekatkan lagi golongan belia bersama kerajaan kelak," katanya. - MediaUMNO

Jentera Wanita Perlu Ingatkan Pengundi Tiada Demonstrasi Dakwat Kekal – Shahrizat

Posted: 29 Apr 2013 05:21 AM PDT

TUMPAT, 29 April – Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta jentera parti agar memastikan tiada pengundi terpedaya dengan tindakan pembangkang yang didakwa mahu mengadakan demonstrasi berkaitan kaedah penggunaan dakwat kekal di jari pengundi.

Beliau berkata semua petugas yang berkempen dari rumah ke rumah perlu terus mengingatkan orang ramai bahawa tidak akan ada demonstrasi seperti itu.

“Mereka (pembangkang) khuatir dan mereka tahu yang mana akan sokong (BN). Mereka akan masuk ke rumah dan berpura-pura hendak buat demonstrasi cat kepada semua, termasuk warga emas.

“Saya dah maklumkan kepada semua ketua Wanita bahagian dan jentera parti supaya berhati-hati serta memaklumkan perkara ini mungkin angkara pembangkang,” katanya selepas perjumpaan jentera Wanita BN di Parlimen Tumpat di Kampung Laut hari ini.

Shahrizat mengulas dakwaan bahawa parti pembangkang cuba membuat demonstrasi kepada kaum wanita berkaitan kaedah mencalit dakwat di jari yang kesannya akan menimbulkan pertikaian pada hari pengundian Ahad ini.

Sementara itu, beliau yakin dua calon wanita yang dipilih bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan Nik Noriza Nik Salleh dan DUN Kemahang Dayang Saniah Awang Hamid mampu membawa perubahan di Kelantan.

Shahrizat juga yakin Nik Noriza atau lebih dikenali sebagai Kak Chik, mampu berdepan calon PAS Datuk Ahmad Yakob, yang juga penyandang DUN Pasir Pekan dan Timbalan Menteri Besar.

“Kak Chik adalah calon muka baharu yang berpengalaman, berpendidikan dan diterima oleh masyarakat tempatan. Walaupun pesaing beliau adalah timbalan menteri besar Kelantan, jangan hairan jika BN melalui Kak Chik dapat tawan kerusi di sini,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Shahrizat mengingatkan kira-kira 300 jentera Wanita Tumpat agar tidak lemah semangat dengan pelbagai halangan serta rintangan daripada pembangkang dan terus bekerja keras demi memastikan BN diberi mandat pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Makkal Sakhti Minta Masyarakat India Supaya Tidak Tertipu Lagi

Posted: 29 Apr 2013 05:14 AM PDT

KULIM, 29 April – Parti Makkal Sakthi Malaysia meminta masyarakat India di negara ini mengambil iktibar daripada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) apabila mereka ditipu oleh janji pembangkang terutama PKR.

Presidennya Datuk R.S. Thanenthiran berkata semua pengundi India perlu memberi sokongan padu dalam memastikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada PRU kali ini.

“Jangan lagi sejarah berulang. Ramai pengundi India yang tertipu dengan janji manis PKR menyebabkan masyarakat India bukan sahaja di Lunas tetapi keseluruhannya di negara ini menjadi mangsa pemimpin parti yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian pusat sumber Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Ladang Lunas-Welessly, Lunas, dekat sini hari ini.

Calon BN bagi Parlimen Padang Serai Datuk Heng Seai Kie merasmikan pusat sumber berharga RM15,000 sumbangan Parti Makkal Sakthi untuk pelajar sekolah itu.

Hadir sama calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas S. Ananthan dan penyandang kerusi DUN Lunas Mohd Razhi Mohd Salleh yang pada 2008 menewaskan Ananthan sebagai calon PKR tetapi kemudian keluar parti itu.

Thanenthiran berkata sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran kerajaan empat tahun lepas, semakin banyak sekolah Tamil di negara ini mendapat pelbagai kemudahan melalui program transformasi yang dilaksanakan.

Katanya taraf sekolah Tamil turut ditingkatkan dan akan dijadikan sekolah bantuan penuh di seluruh negara.

Beliau berkata ini jelas membuktikan BN mampu memenuhi kehendak masyarakat India berbanding pembangkang yang memerintah beberapa negeri termasuk Kedah selama lima tahun, yang hanya menjayakan dua tiga peratus sahaja janji manifesto PRU12 lalu.

“Kini saya minta masyarakat India menilai sendiri prestasi kerajaan Pas yang memerintah negeri Kedah sejak lima tahun lalu, satu sen pun mereka tak beri bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil tetapi parti ini sendiri (Parti Makkal Sakhti) telah memberi sumbangan RM15,000 bagi mewujudkan pusat sumber kepada sekolah ini,” katanya.

Beliau berkata walaupun tiada calon daripada Parti Makkal Sakhti yang bertanding pada PRU13, tetapi beliau, anggota dan penyokong parti turut berusaha keras membantu kempen untuk memenangkan semua calon BN pada pilihan raya ini.

Pembangkang Dicabar Umum Nilai Harga Minyak Yang Akan Diturunkan

Posted: 29 Apr 2013 03:41 AM PDT

PARIT BUNTAR, 29 April – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini mencabar pakatan pembangkang untuk mengumumkan nilai harga minyak yang akan diturunkan jika berjaya mentadbir negara.

Beliau berkata dalam manifesto pembangkang, mereka hanya menyebut akan menurunkan harga minyak namun tidak pernah menyebut jumlah yang akan diturunkan.

“Dalam manifesto pembangkang dia kata kalau pakatan menang, dia hendak turunkan harga minyak tapi kita hendak tahu berapa harga minyak yang hendak diturunkan.

“Adakah dia ada umumkan? berapa? Ini menunjukan mereka terus hendak menipu rakyat kerana dia tidak bagi tahu berapa nilai penurunanya. Sama ada percuma atau pun hendak bagi turun 50 sen,” katanya pada majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama rakyat di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu berkata pakatan pembangkang perlu menyatakan jumlah yang akan diturunkan bagi membolehkan pengiraan dibuat untuk melihat kos yang perlu ditanggung kerajaan.

“Kalau betul pakatan pembangkang hendak turunkan harga minyak untuk 28 juta penduduk Malaysia, berapa sen dia hendak turunkan dan kementerian boleh tolong kira berapa yang mereka akan belanja, sebab kita ada pengalaman mengenai perkara ini,” katanya.

Katanya kerajaan telah memberi subsidi minyak kepada nelayan di mana mereka boleh membeli bahan itu untuk tujuan operasi menangkap ikan pada kadar RM1.25 berbanding harga industri sebanyak RM1.85 iaitu dengan subsidi sebanyak 60 sen.

“Bagi tujuan tersebut kerajaan telah membelanjakan RM600 juta setahun bagi memberi kemudahan kepada 60,000 nelayan di seluruh negara.

Lima Tahun Bergaduh Jawatan PM, Berapa Tahun Pula Bergaduh Rebut Jawatan Kabinet?

Posted: 29 Apr 2013 03:35 AM PDT

Selepas berjaya menafikan kedudukan 2/3 BN di Dewan Rakyat dan berjaya menang di 5 negeri dalam PRU 2008, pembangkang yang dulunya dengan idealogi dan fahaman masing-masing cuba membina ikatan mereka di bawah satu pertubuhan haram yang dinamakan pak-khatan rakyat.

Tempoh lima tahun(2008-2013) mereka cuba yakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka semua bersatu, bersefahaman, ukuh dan jitu.  Namun itu semua pembohongan.

Sampai ke hari ini pun mereka masih tidak mencapai persefahaman. Itulah bahana bila bernaung bawah ikatan haram. Sifat tamak dan tidak percaya mempercayai satu sama lain masih tebal dalam diri mereka.

Contoh yang pertama, pembahagian kerusi PRU….

Lima tahun mereka tidak boleh selesaikan soal pembahagian kerusi. Sampaikan selepas penamaan calon pun masalah itu tak selesai lagi. Kerana isu pembahagian kerusi tidak semena-mena salah seorang dari orang mereka menjadi mangsa. Nak tahu lanjut siapa yang menjadi mangsa sila baca di sini.

Contoh sifat tidak percaya mempercayai sesama mereka disahkan sendiri oleh Haji Hadi minggu lepas. Ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama mereka, Hadi berkata tindakan Pas menghantar borang penamaan calon di kerusi Dun Panti (Johor), kerana calon PKR tidak muncul di pusat penamaan calon.

Kerusi berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR. Calon PKR lewat tiba di pusat penamaan calon pada hari berkenaan.

Apabila calon PKR lewat, tiba-tiba calon Pas masuk menyerahkan borang pencalonan mereka. Selepas calon Pas serah borang pencalonan, calon PKR pula tiba serah borang. Sepatutnya bila calon PKR serah borang, Pas tarik balik borang mereka sebelum nama calon disahkan. Tetapi itu tidak berlaku. Itu bukti sifat tamak Pas.

Untuk mengemukakan borang pencalonan calon Pas perlu ada watikah yang perlu ditandatangani oleh setiausaha agung atau presiden Pas.  Ketika di pusat penamaan calon, bagaimana calon Pas boleh dapat watikah serta merta, sedangkan ketika itu setiausaha agung dan presiden Pas tidak berada di sana ?

Tidak lain tidak bukan watikah berkenaan telah disediakan awal-awal oleh Pas.

Kenapa Pas perlukan watikah untuk calon mereka sedangkan itu kerusi yang diperuntukkan kepada PKR ?  Jika di kerusi dun berkenaan Pas telah siap sedia dengan calon dan watikah, tidak mustahil di semua kerusi yang ditandingi PKR di seluruh negara Pas juga telah siap sedia dengan calon dan watikah mereka.  Itulah buktinya betapa tebalnya sikap tidak percaya Pas kepada rakan sebantal mereka.

Tinggalkan soal kerusi pilihan raya. Sekarang mari kita berbicara pasal siapa pula yang hendak dilantik sebagai PM.

Dari tahun 2008 – 2013 dan sekarang tinggal 7 hari lagi sebelum hari mengundi masalah siapa yang akan menjadi PM jika mereka menang, masih tak selesai-selesai lagi.

Sekejap kata semua setuju Anwar sebagai PM. Sekejap Pas kata pula PM belum diputuskan lagi. DAP pula kata hanya Anwar yang layak jadi PM. Orang Pas pula kata hanya Hadi yang akan layak jadi PM.

DAP pula kata mereka bimbang jika Hadi jadi PM. Lim Guan Eng pula kata pak-khatan rakyat setuju sebulat suara Anwar PM. Hari ini pula Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas kata Pas akan putuskan calon PM selepas mereka menang PRU ini.

SHAH ALAM: PAS tetap berpendirian bahawa calon perdana menteri sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya ke-13 ini akan diputuskan selepas 5 Mei ini meskipun Mursyidul Am parti itu melancarkan surat sokongan Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf  al-Qaradawi yang mengiktiraf  Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai layak memerintah negara.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Nik Salleh, pelancaran surat oleh  Datuk Nik Aziz Nik Mat, Jumaat lalu sebenarnya tidak memberi gamabaran penuh mengenai siapa calon perdana menteri pilihan pembangkang.

“Memang kita putus di peringkat pusat isu perdana menteri ini selepas pilihan raya, itu sahaja.

“Dia (Datuk Nik Aziz) tak ada masalah (lancarkan surat itu) sebab bukan memberi gambaran yang penuh,” katanya.

 Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini meremehkan tindakan Anwar yang sebegitu terdesak sehingga terpaksa mengheret ulama luar dalam memastikan agendanya menjadi perdana menteri berjaya.

 Beliau menegaskan pihak luar, termasuk Qardhawi tidak patut masuk campur dalam proses pilihan raya di Malaysia.

 ”Beliau (Yusuf Qardhawi) tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi,” kata Hadi.

Mengulas lanjut isu itu, Nik Zawawi berkata kepimpinan PAS Pusat sebelum ini juga telah bersepakat bahawa parti yang paling banyak kerusi di Dewan rakyat akan dipilih sebagai perdana menteri.

“Memang hak rakyat lah (dalam memilih calon perdana menteri), kita (tetap) akan bincang selepas pilihan raya.

“Selepas pilihan raya kita bincang, sebelum pilihan raya tidak ada siapa yang berhak untuk menentukan calon perdana menteri,” katanya lagi.

Antara Pos

Masalah yang tak selesai-selesai selama 5 tahun. Apakah perlu kita bagi mereka 5 tahun lagi ?

Cuba anda bayangkan betapa teruknya mereka….Lima tahun masa berlalu dan kini kita sedang membilang hari untuk keluar mengundi, mereka masih bergaduh pasal siapa nak jadi PM.

Jika nak putuskan seorang PM tidak boleh diselesaikan dalam masa 5 tahun, cuba anda bayangkan jika mereka menang kelak. Jawabnya 5 tahun lagi pun tak selesai berebut kerusi TPM, kerusi menteri dan kerusi timbalan menteri.

Teruk beb……teruk……manifesto entah kemana, ekonomi entah kemana, rakyat entah kemana, akhirnya negara yang dibina lebih 50 tahun ini hancur lebur. Semuanya kerana mereka bergaduh berebut jawatan.

Oleh yang demikian jangan sesekali kita lakukan perjudian tentang masa depan negara. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran gara-gara nak cuba kerajaan baru. Kita di BN sudah buktikan.

Negara ini kita ambil dari penjajah boleh dikatakan dalam keadaan kosong. Kita bangun, kita bina, kita majukan sampai ke tahap yang ada pada hari ini. Tidak dinafikan ada kesilapan-kesilapan yang dilakukan BN. Manusia mana yang tak silap ? Tetapi BN mengakui kesilapan dan belajar daripada kesilapan untuk membentulkan keadaan.

Datuk Najib sebagai seorang PM sanggup merendahkan dirinya memohon maaf kepada rakyat diatas kesilapan-kesilapan yang berlaku.

Apabila PM memohon maaf, puak-puak sebelah sana memperlekehkan PM. Kegagalan puak-puak mereka menunaikan manifesto PRU lepas di beberapa buah negeri yang mereka perintah, ada mereka merendahkan diri memohon maaf kepada rakyat ? Manifesto bukan janji, katanya. Akhirnya MB cabut lari tinggalkan kerusinya dan bertanding di kerusi lain.

Sifat semula jadi manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Itu tak betul, ini tak betul. Itu tak cukup, ini tak cukup. Cuba duduk diam-diam sekejap dan renungkan balik kehidupan kita 10 tahun lepas, 20 tahun lepas, 30 tahun lepas. Ada kalanya kita tidak sedar dengan kesenangan-kesenangan yang kita kecapi.

Dulu kita nak ke pekan, tunggu bas pun dah setengah jam. Hari ini kereta 2-3 biji depan rumah. Hidupkan dan jalan. Syarikat-syarikat bas pun semua dah nak bangkrap sekarang kerana tiada penumpang dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan.

Mungkin ada yang kata, saya beli kereta , beli rumah, beli itu ini semuanya guna duit saya bekerja, saya berniaga, saya buat projek, bukannya duit kerajaan bagi. Ya betul ! saya setuju.  Tetapi jika kerajaan tidak dapat sediakan persekitaran ekonomi yang baik kita boleh dapat kerja bagus ke ? Dapat perniagaan yang bagus ke ?

Mereka menuduh kerajaan yang ada pada hari ini mengamalkan rasuah yang berleluasa. Jika rasuah berleluasa di Malaysia jangan haraplah kita dapat maju seperti hari ini.

Lihat contoh di Indonesia cukuplah. Bagaimana negara mereka dan bagaimana negara kita ? Apakah BN yang memerintah Indonesia hingga rasuah berleluasa berakar umbi ?

Sekonyang-konyang BN yang mereka tuduh rasuah, tidak pernah terjadi lagi pemimpin BN keluarkan arahan kepada SPRM untuk menyiasat pemimpin BN, SPRM mesti siasat waktu pejabat dan perlu datang ke pejabat pentadbiran kerajaan. Tak boleh tangkap dan siasat di pejabat SPRM.

Di Selangor mereka tak boleh disentuh. MB nya menghalang. SPRM nak siasat. SPRM mesti datang ke bangunan pejabat MB dan diwaktu pejabat sahaja. PM dari BN sentiasa terbuka 24 jam untuk SPRM menyiasat mana-mana pemimpin BN.

Menjadi PM bukan satu perkara mudah seperti merebut jawatan Pengerusi PIBG. Dari menjaga keperluan rakyat, kesihatan rakyat, pembangunan negara, pembangunan ekonomi dan hinggalah hal ehwal dunia serta hubungan dengan negara-negara luar semua perlu diuruskan. Bukan sesedap naik kereta dengan diiringi polis trafik.

Apakah anda fikir Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan kesusasteraan melayu yang terpaksa diambil dua kali untuk lulus, boleh menguruskan ekonomi Malaysia ? Jika alasan yang diberikan dulu dia menteri kewangan dan boleh uruskan, itu silap.

Dulu Tun M ada di belakangnya. Banyak yang dia buat yang Tun batalkan. Temasuklah menaik kadar interest pinjaman waktu ekonomi tengah jatuh, menaikkan bayaran minimum kad kredit dan juga menaikkan bayaran lesen memandu daripada RM 20 kepada RM 50 di saat-saat ekonomi tengah gawat. Tun yang kemudian batalkan semua itu.

Di saat ekonomi sedang gawat, kita nak orang belanja wang supaya kegiatan ekonomi jadi meriah. Kalau semua orang ambil sikap tidak belanja dan simpan wang, hancurlah ekonomi. Jika bayaran interest pinjaman pembelian kereta dan rumah dinaikan berkali-kali ganda, siapa yang nak beli kereta dan rumah ? Jawabnya penjual-penjual kereta semua bungkus.

Apabila penjual kereta bungkus, jurujual mana nak dapat duit untuk sara hidup. Pekerja kilang kereta pun turut terjejas dan rantaian-rantaian seterusnya. Anwar punya bodoh pergi naikkan interest pula. Tun M marah dan batalkan semua itu.

Kemudian Tun buat pakej rangsangan ekonomi. Salah satu yang saya ingat adalah potongan KWSP kita dikurangkan. Jadi kita dapatlah gaji lebih sikit setiap bulan. Dengan gaji lebih itu Tun minta rakyat pergi belanja atau membeli belah, supaya kegiatan ekonomi kembali rancak.

Alhamdullillah, ekonomi kita pulih dalam masa setahun dua dan kita tidak perlu meminjam daripada IMF sepertimana yang dicadangkan Anwar.

Nak sokong Pas kerana islam ? Apa lagi yang islam ada pada Pas melainkan nama sahaja. Negara islam dah gugur, hukum hudud dah gugur, pejuang anti murtad di pecat, kalimah Allah digadai.

Dengar sini saya nak cakap…..

Hassan Ali sebelum ini adalah pemimpin Pas (Parti ISLAM Semalaysia). Sebagai seorang daripada parti ISLAM dan arif dari sudut agama beliau diberi kepercayaan untuk menjaga hal ehwal agama islam di Selangor.

Apabila ada laporan sebuah gereja di Petaling Jaya menjalankan kegiatan memurtadkan orang islam, Hassan Ali menggunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya untuk menghalang perkara tersebut.

Bab orang islam nak dimurtadkan, jangan kata ada kuasa, tiada kuasa pun kita wajib halang, apatah lagi Hassan Ali yang ada kuasa. Dia perlu gunakan segala kuasa yang ada padanya untuk halang perkara tersebut.

Apabila Hassan Ali bertindak, ianya telah menimbulkan kemarahan DAP dan PKR. Parti islam yang Hassan Ali bernaung mengarahkan beliau untuk tutup mulut. Kerana tidak mahu kehilangan sokongan pengundi bukan islam, akhirnya Hassan Ali dipecat kerana parti islam rasa Hassan Ali merugikan mereka.

Sebab apa Parti ISLAM Semalaysia pecat Hassan Ali ?

SEBABNYA HASSAN ALI MENGHALANG ORANG-ORANG ISLAM DARIPADA DIMURTADKAN.

Masyallah…..

rbfonline.net

Makin Terdesak… Fitnah, Politik Ganas Diguna Sebagai Talian Hayat

Posted: 29 Apr 2013 03:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 April – Masa berkempen memasuki fasa kedua apabila seminggu masa berlalu digunakan sepenuhnya termasuklah pakatan pembangkang yang lebih cenderung bertindak negatif dan menggunakan pentas ceramah sebagai medan bagi memburuk-burukkan kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Penganalisis politik, Prof Dr. Ahmad Atory Hussin tempatan menganggap tingkah pembangkang berbuat demikian ekoran idea mereka yang semakin kontang berdepan dengan BN.

"Melontar fitnah, melakukan dakwaan negatif dan bertindak agresif adalah jalan terakhir kepada pakatan pembangkang dengan harapan ia akan menjatuhkan BN serta para pengundi akan bertumpu kepada calon-calon dalam parti mereka," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ujar beliau, selain daripada bertindak sedemikian pakatan pembangkang tidak mempunyai modal lain lantaran mereka tidak mempunyai rekod yang baik bagi dibentangkan kepada pengundi sebagai bukti.

"Ini berbeza dengan kepimpinan dalam BN yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pentadbiran selama 55 tahun, ada hala tuju dan matlamat serta mempunyai keupayaan dalam membentuk perancangan masa hadapan sebagaimana yang telah dilakarkan oleh Datuk Seri Najib sebelum ini.

"Bukan itu saja, pakatan pembangkang juga terpaksa berdepan dengan anggota partinya sendiri yang telah melakukan penolakan terhadap kepimpinan mereka sehinggakan berlaku ahli-ahli di akar umbi keluar parti dan memberikan sokongan kepada BN."

Sepanjang kempen seminggu yang lalu, antara laporan menyebut berkaitan politik ganas dan budaya mensabotaj di pos BN di Kampung Talak Hujung, DUN Wakaf Bharu dalam Parlimen Tumpat yang diserang dengan molotov koktail sekitar jam 5 pagi.

Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal selain di Putrajaya, perbuatan membakar bendera BN dikesan di kawasan kediaman Presint 8.

"Ketidakseimbangan dalam pakatan pembangkang juga mewujudkan indikator menurun dari kalangan pengundi sebagaimana anggota partinya bertindak meninggalkan kepimpinan dan perjuangan yang lebih terarah kepada fitnah dan pembohongan.

"Rakyat bukanlah bodoh atau gagal membuat penilaian berkaitan apa yang berlaku di sekeliling mereka khususnya dalam soal menentukan siapakah wakil rakyat dan pemimpin negara ini," tegasnya lagi. – MediaUMNO

Terima Saya Sebagai Kawan Lama – Abdul Ghani

Posted: 29 Apr 2013 03:10 AM PDT

PONTIAN, 29 April –  ”Telah 18 tahun saya bersama rakyat Johor, terimalah saya bukan saja sebagai bekas menteri besar, tetapi kawan lama untuk kita bersama menubuhkan kerajaan lebih kukuh,” kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Abdul Ghani yang akan bertanding di kerusi ‘panas’ Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), mengajak rakyat Johor mempertahankan negeri ini bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan yang kukuh dan meneruskan kelangsungan pembangunan yang dirancang.

“Kita perlukan sokongan di seluruh negara termasuk di Tanjung Piai dan Pontian kerana sudah terbukti apa yang dilaksana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh empat tahun memerintah negara,” katanya.

Abdul Ghani berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan rakyat bersama Perdana Menteri di Dataran Pasar Lambak Pekan Nanas, di sini Isnin.

Majlis turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Turut hadir calon BN Parlimen Tanjung Piai Datuk Wee Jack Seng, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup Suhaimi Salleh dan calon DUN Pekan Nenas Wong You Fong.

Abdul Ghani mengakui sepanjang tempoh sebagai menteri besar, terdapat perkara yang tidak sempurna, namun beliau telah melakukan yang terbaik dan berharap dapat terus berkhidmat untuk rakyat Johor.

“Untuk meneruskan pelaksanaan itu, marilah kita di seluruh Johor daripada setiap lapisan masyarakat untuk bersama memberi sokongan kepada BN untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Abdul Ghani juga menyeru agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan politik yang membawa perpecahan dalam kalangan rakyat di negeri ini dan perlu mempertahankan sokongan terhadap BN.

Pada PRU13 5 Mei ini, Abdul Ghani akan menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Gesaan Tolak Pas : Candu Putrajaya Buat Pas Terus Rela “Kena Main” DAP

Posted: 29 Apr 2013 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 April – Pas nampaknya seperti tidak serik dipermainkan rakan pakatannya. Terbaru Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez meminta masyarakat bukan Islam tidak mengundi dan  memperjudikan masa depan mereka bersama Pas.

Mengulas perkara tersebut bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata kenyataan terbaru pemimpin DAP itu membuktikan Pas sebenarnya telah diberikan candu “Putrajaya” sehingga sanggup bertahan dihina dan dipermainkan rakan pakatannya tanpa mampu bertindak balas.

Tegasnya Pas tidak akan berdaya melawan kerana telah terperangkap dalam satu persetujuan seperti mana yang mereka perakui dalam Buku Jingga

"Pas sudah hilang kewarasan ekoran candu ‘Putrajaya’  sehingga terpaksa mengalah dalam apa jua keadaan.  Jika benar DAP ikhlas menjaga hati Pas sudah pasti DAP akan segera mengambil tindakan terhadap pemimpinnya itu.

"Nampaknya demi Putrajaya Pas menjadi tuli dan rela dipermainkan walaupun kenyataan Timbalan Pengerusi DAP itu jelas menghina pengorbanan Pas yang sanggup melakukan apa saja selama ini untuk DAP”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menjangkakan satu demi satu bakal meletup sehingga ke hari pembuangan undi pada 5 April nanti.

"Pada pandangan saya begitulah….Satu persatu bakal meletup dan kita boleh lihat dan kita boleh nampak depan mata bagaimana sandiwara mereka akan berakhir.

"Dan jangan lupa rakyat juga boleh melihat bagaimana segala kosmetik pakatan pembangkang ini yang persefahaman mereka hanya satu opera sandiwara yang tidak mampu bertahan lama”, ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT