SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, April 22, 2013

UMNO Online - “70 DAP Members Abandon Party, Pledge To Support BN In 13GE” plus 9 more

UMNO Online - “70 DAP Members Abandon Party, Pledge To Support BN In 13GE” plus 9 more

Link to UMNO Online

70 DAP Members Abandon Party, Pledge To Support BN In 13GE

Posted: 21 Apr 2013 06:50 AM PDT

PANTAI REMIS, April 21  - Seventy DAP members have abandoned the party and pledged to fully support the Barisan Nasional (BN) candidates in the Beruas parliamentary constituency and Pengkalan Baharu and Pantai Remis state seats.

The group comprising 50 from the Changkat Kruing division and 20 from the Taman Bintang division, said they were disappointed with Perak DAP chairman Datuk Ngeh Koo Ham, claiming he was oppressive towards Indian voters in the Beruas parliamentary constituency.

Changkat Kruing DAP deputy chief G. K. Haridas said Ngeh, the incumbent for the seat, had neglected the grassroots and failed to resolve problems faced by the local community, as promised in 2008.

“We pledge to ensure that Pakatan Rakyat’s dream to step into Putrajaya does not materialise. We give our full support to (Prime Minister) Datuk Seri Najib Tun Razak and (Perak Menteri Besar) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,” he said in a media conference here today.

In the 12th General Election in 2008, Ngeh defeated BN candidate Datuk Chang Ko Youn with a 1,828 majority.

BN To Ride Win Of Change To Victory In Kedah, Kelantan – Mustapa

Posted: 21 Apr 2013 06:07 AM PDT

SUNGAI PETANI, April 21 – International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed has expressed his confident that the Barisan Nasional (BN) would ride the wind of change to victory in Kedah and Kelantan due to growing support from the Malays, Chinese and Indians.

After five years of lethargic development under the opposition rule, he said the people in both states clamoured for change under the tutelage of Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“The opposition has hardly made any progress in Sungai Petani, Merbok and Jerai since wresting the parliamentary constituencies in the last general election,” he told reporters at the handing out of MyKasih cards to here today.

Mustapa, who is also Kelantan Umno Liaison Committee chairman, said BN campaigners and supporters should maintain high spirit and determination to recapture the three parliamentary seats.

Kedah MIC Youth chief P. Prabagaran said so far about 3,000 families in Sungai Petani, Merbok, Jerai, Alor Setar, Kuala Kedah and Padang Serai earning below RM1,500 a month are getting RM80 a month in food vouchers from the MyKasih Foundation, a non-governmental organisation.

Present were BN candidates for the Sungai Petani parliamentary seats Dr Syamsul Anuar, Ismail Daut (Merbok parliamentary seat), Datuk Tajul Urus Mohd Zain (Tanjung Dawai state seat), M.L. Maran (Bukit Selambau state seat), and Lee Heung Heng (Sidam state seat).

Kementerian Kewangan Terima Laporan Kemasukan Dana Asing Biaya PRU-13

Posted: 21 Apr 2013 06:03 AM PDT

BACHOK, 21 April –  Kementerian Kewangan menerima laporan yang boleh dipercayai mengenai terdapat dana asing daripada pelobi Zionis yang cuba mencampuri hal-ehwal politik negara ini, yang disalur kepada pihak tertentu untuk membiayai pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Bank Negara sedang memantau kegiatan itu dan berharap pihak berkuasa berkaitan turut menyiasat perkara tersebut.

“Ini mungkin disebabkan negara ini memberi sokongan kuat terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak menyenangkan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan secara tunai kepada 566 nelayan di sini, Ahad.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, turut berkata pihaknya menerima aduan cubaan menyogok pengundi antara RM200 dan RM300 di Kampung Sungai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok di sini, melibatkan beberapa individu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bachok itu mendakwa sebelum menyerahkan wang, pengundi yang ditemui dalam lawatan rumah ke rumah itu diminta bersumpah di hadapan surah Yasin supaya mengundi calon tertentu.

Menurut Awang Adek, tindakan serupa dilakukan di DUN Tawang dan tidak menolak kemungkinan ia berlaku di kawasan lain di Kelantan.

Beliau menggesa kegiatan itu dihentikan segera.

Turut hadir calon DUN Jelawat Datuk Dr Ilias Hussin, DUN Perupuk Datuk Zaidi Sidek dan DUN Tawang, Mohd Zain Yassin.

Kamilia Tahu Tawaran Parti Tanding Di DUN Bukit Chandan – Ahmad Husni

Posted: 21 Apr 2013 06:00 AM PDT

IPOH, 21 April –  Timbalan Pengerusi UMNO Perak Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata bekas naib ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim mengetahui mengenai tawaran parti untuk beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan di Kuala Kangsar.

“Saya kata dia tahu kerana pada satu ketika semasa saya bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib, ada menerima mesej daripada beliau (Kamilia). Saya tak nak beritahu apa mesej itu. Mengarut kalau dia tidak tahu,” katanya  selepas menghadiri majlis jamuan makan amal 1Malaysia anjuran Persatuan Kebajikan, Perpaduan dan Kemajuan Masyarakat India Negeri Perak (Permasip) di sini Ahad.

Ahmad Husni mengulas kemungkinan Kamilia tidak mengetahui tawaran parti untuk bertanding di DUN Bukit Chandan sehingga membawa kepada tindakan beliau bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

“Sebab dia besar kepala, dia rasa dia Naib Ketua Wanita, dia patut diberikan kerusi Parlimen, dia egoistik, dia akan menyesal, namun dah terlewat,” katanya.

Ahmad Husni berkata pilihan raya bukan berkisar hanya kepada calon dan nama besar, malah yang penting bergantung kepada kekuatan dan keampuhan jentera masing-masing.

“Bagaimana jentera dia, jentera dia nak ke mana, di mana dia akan mendapat sokongan jentera untuk dirinya. Saya rasa beliau akan kecewa kerana akhirnya tidak ada sesiapa yang akan membantunya,” katanya.

Di TAIPING, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula menyifatkan tindakan Kamilia sebagai satu pengkhianatan kepada parti dan contoh yang tidak baik ditunjukkan oleh seorang pemimpin tertinggi wanita, dan wajar dipecat.

“Orang yang bertanding bebas ini semuanya berkepentingan diri dan merasakan mereka seolah-olah layak menjadi calon tetapi terlupa bahawa dia nampak layak sebab parti yang menyokong dia. Tapi kalau dia bertanding sendiri secara bebas, dia tidak akan menang kerana yang kuat bukan individu tetapi parti,” katanya  selepas melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Perak di sini.

Semasa proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam, Kamilia, 61, membuat kejutan apabila mengemukakan borang pencalonan sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen Kuala Kangsar, menggunakan lambang buku.

Ia sekali gus menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara beliau, calon B NDatuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim daripada PAS.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar sebelum ini disandang bekas ketua wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz selama enam penggal bermula pilihan raya umum 1986.

Di PAPAR, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yakin sokongan kukuh anggotanya tidak akan mengakibatkan berlakunya pecahan undi di Parlimen Kuala Kangsar.

Malah, Shahrizat berkata tindakan itu sebaliknya akan membawa kelebihan kepada parti kerana lebih ramai pengundi, termasuk pengundi atas pagar, pasti memilih calon BN.

“Tindakan itu tidak akan memecah undi kerana orang Umno mengundi atas kepercayaan dan keyakinan kepada perjuangan parti dan BN.

“Jika ada sekalipun perkara itu, mungkin berlaku di pihak pembangkang. Mungkin akan ada yang nak bagi (undi) kepada Kamilia. Berapa…kita tengoklah,” katanya  selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera Jalinan Rakyat di Kampung Kuala, di sini Ahad.

Dalam pada itu, Shahrizat yang juga pengerusi Wanita BN membidas kenyataan pembangkang yang menyifatkan pertembungan di Kuala Kangsar sebagai persaingan antara Pas dan Bebas, seolah-olah memperkecilkan kemampuan BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Shahrizat yang menyesali tindakan Kamilia menegaskan bahawa tindakan itu tidak memberi kesan kepada persiapan atau menjejaskan moral jentera Jalinan Rakyat Kuala Kangsar.

“Saya berhubung dengan Naib Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar Nor Rizan Subehi dan beliau mengesahkan selepas tindakan mengejutkan itu, ada beberapa sahaja Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sana yang ditutup. Tetapi tak sampai sehari, iaitu malam Sabtu, semua PDM ini telah kembali dibuka dan kembali ke perjuangan UMNO serta BN,” katanya.

Shahrizat berkata beliau juga akan berkunjung ke Kuala Kangsar pada Selasa ini bagi menemui kepimpinan parti di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga calon BN Parlimen Papar memberi peringatan bahawa beliau juga tidak akan berkompromi dan tindakan tegas harus diambil terhadap mana-mana anggota pergerakan itu yang melanggar Perlembagaan atau Lembaga Disiplin Parti pada pilihan raya ini.

BN Beri Lebih Tumpuan Kepada Masyarakat Bandar Jika Diberi Mandat – Muhyiddin

Posted: 21 Apr 2013 05:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 April – Barisan Nasional (BN) memberi jaminan akan terus meningkatkan tumpuan kepada soal masyarakat yang tinggal di bandar sekiranya terus diberi kepercayaan untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata struktur kerajaan mungkin dirombak melalui pewujudan lebih banyak institusi penting untuk menangani masalah yang dihadapi penduduk kawasan bandar.

“Ada perkara khusus yang dihadapi masyarakat bandar termasuk penduduk yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan yang ada di sekitar Wilayah Persekutuan baik di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, yang tidak dihadapi masyarakat luar bandar.

“Ini termasuk isu seperti kemiskinan bandar, masalah sosial, bantuan-bantuan seperti projek perumahan kos rendah dan sederhana, perkhidmatan pengangkutan awam di bandar dan soal berkaitan kos hidup rakyat di bandar,” katanya ketika berucap pada program Pemimpin Bersama Rakyat di PPR Desa Rejang di sini Ahad.

Turut hadir isteri beliau Puan Sri Norainee Abdul Rahman, calon kerusi Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Ketua Umno Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan calon kerusi Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.

Sambil berkata kerajaan BN sedar ada banyak perkara dan masalah yang perlu diberi perhatian, Muhyiddin memberi jaminan sekiranya rakyat memilih calon BN, masa depan mereka akan menjadi lebih baik, maju dan sejahtera.

Berucap dalam keadaan hujan lebat, beliau menegaskan BN adalah parti terbaik yang terbukti telah mencipta pelbagai kejayaan demi kesejahteraan rakyat, termasuk di bawah empat tahun pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Justeru, beliau menggesa rakyat supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan BN sudah terlalu lama memerintah dan kekeringan idea untuk memajukan negara.

“Kita, BN, sentiasa bersama rakyat, dengar apa yang rakyat mahu untuk bantu di mana sahaja mereka berada,” katanya sambil menarik perhatian tidak seperti yang didakwa, pembangkanglah yang menceduk manifesto BN.

“Apa yang sudah dilakukan oleh BN itulah yang dia masukkan dalam manifesto mereka,” katanya.

PRU13: Pengundi Perlu Sedar Hanya Parti Yang Boleh Tubuh Kerajaan, Bukan Calon

Posted: 21 Apr 2013 04:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 April – Pengundi perlu sedar dalam menubuhkan kerajaan pusat dan negeri, hanya parti politik yang menang kerusi majoriti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja boleh berbuat demikian dan bukannya calon.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata sehubungan itu, pengundi tidak sepatutnya mengambil faktor calon sahaja dalam membuat keputusan.

“Pengundi kena ingat, kalau undi calon bebas, ia hanya memenuhi kehendak dan selera calon itu sahaja,” katanya pada majlis penyampaian program Peningkatan Hasil Pertanian Peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Langat hari ini.

Beliau berkata pada pilihan raya umum ke-13, calon bebas tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, oleh itu, pengundi perlu membuat pilihan yang bijak.

Mengulas tindakan segelintir artis bertanding pada PRU13, Noh menyifatkan mereka sebagai sekadar mencari populariti dan berkata calon yang bertanding terdiri daripada artis tahun 1980-an yang sudah lama tidak diberi publisiti oleh media.

“Herman Tino (Masrun Tamsi) baru dua hari lepas kata nak sokong saya, tapi tiba-tiba jadi calon (di Parlimen Tanjung Karang) sebab ada orang taja,” katanya.

Menyentuh Selangor, Noh berkata tindakan kerajaan negeri pimpinan parti pakatan PKR-DAP-PAS menolak projek kerajaan pusat kerana kepentingan politik, mengakibatkan rakyat Selangor terpaksa menanggung beban dan dinafikan pembangunan yang diterajui kerajaan pusat.

“Kita sudah kira 17 tahun dahulu yang bekalan air di Selangor akan kurang, jadi kita rancang Langat Dua. Kerajaan Persekutuan sudah lulus dan tinggal tandatangan sahaja, itupun mereka (kerajaan negeri Selangor) tidak mahu beri,” katanya sambil menambah kekurangan bekalan air di Selangor mengakibatkan 440 projek melibatkan 800 kilang, 20,000 rumah, hotel dan sekolah tergendala.

Beliau berkata jika kerajaan BN diberi mandat untuk memerintah semula Selangor,projek di bawah Dasar Agromakanan Negara akan diteruskan manakala tanah di Sungai Buaya akan dikembalikan kepada peneroka.

Kerajaan juga bercadang membina institusi pendidikan tinggi di tapak asal kampus UiTM sebagai ganti akibat pembinaan kampus itu dipindah ke Melaka.

Pada majlis itu, Lembaga Pertubuhan Peladang mengagih bantuan bernilai RM300,000 berbentuk anak pokok, anak ayam serta alatan pertanian kepada kira-kira 1,000 anggota Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Langat.

BN Akan Selesaikan Masalah Jambatan Runtuh Dan Banjir Kilat Di Dua Kampung DUN Chempaka

Posted: 21 Apr 2013 04:46 AM PDT

KOTA BAHARU, 21 April – Barisan Nasional (BN) berkeupayaan menyelesaikan masalah jambatan besi yang runtuh dan banjir kilat yang dihadapi penduduk Kampung Jambu dan Kampung Gayong dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di sini, yang diabaikan kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Calon BN bagi kerusi DUN itu, Wan Razman Wan Abdul Razak berkata bukan setakat membina jambatan konkrit yang baharu bagi menghubungkan dua kampung itu, BN juga akan menyelesaikan masalah banjir kilat yang membelenggu kira-kira 3,000 penduduk di Kampung Jambu.

“Dua masalah ini akan BN selesaikan jika menang di DUN ini yang gagal ditangani wakil rakyatnya daripada PAS iaitu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak menang pada 1990.

“Ini bukan janji kosong kerana hanya BN yang berkemampuan melaksanakannya sedangkan wakil rakyat yang ada menjenguk pun tidak masalah penduduk kampong ini,” katanya kepada pemberita di Kampung Jambu di sini, hari ini.

Pada PRU13, Wan Razman akan menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Wan Razman berkata bagi pembinaan jambatan baharu itu, ia memerlukan kos RM500,000 manakala parit untuk menyelesaikan banjir kilat ialah sepanjang hamper 2 kilometer adalah sebanyak RM350,000.

Jambatan sepanjang 150 meter yang merentangi Sungai Gayong itu telah dua kali runtuh dalam tempoh setahun yang kedua-duanya dibina Jabatan Pengairan dan Saliran.

Selain menghubungkan dua kampung berkenaan, jambatan itu juga sebagai laluan pintas untuk ke jalan utama Pengkalan Chepa dan bandar Kota Baharu.

Sementara itu, Wan Razman berkata kerajaan Pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM20,000 bagi membina pagar baharu untuk tanah perkuburan Islam Kampung Jambu yang akan dibina bermula minggu depan.

“Kami rasa sedih kerana tok guru (Nik Abdul Aziz) hanya berpolitik tanpa mengambil kisah masalah kami. Kali ini kami nekad mahu memilih kerajaan yang lain,” kata seorang penduduk Daud Ahmad, 84.

Bagi Siti Mahmud, 70, masalah banjir itu tidak pernah selesai sejak lebih 20 tahun lalu kerana masalah perparitan yang menyebabkan air tidak mengalir ke Sungai Gayong,” katanya.

Samsuddin Hussin, 41, merasa lega dengan jaminan Wan Razman yang mahu menyelesaikan masalah perparitan dan juga pembinaan jambatan baharu itu dan yakin usahanya itu akan dibantu rakyat DUN itu.

Mustapa Mohamed Yakin Rakyat Mahu Kedah Dan Kelantan Kembali Kepada BN

Posted: 21 Apr 2013 04:41 AM PDT

SUNGAI PETANI, 21 April – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin Kedah dan Kelantan akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) berikutan tiga kaum besar Melayu, Cina dan India bersatu menyokong parti itu.

Katanya, angin perubahan yang ditunjukkan rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini berbeza kerana mereka mahu melihat perubahan terus menerus berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Lima tahun pembangkang menguasai Parlimen Sungai Petani, Merbok dan Jerai. Tiada apa pun mereka buat untuk memajukannya mengikut kehendak rakyat,” kata Mustapa kepada pemberita pada majlis penyerahan kad MyKasih di sini, hari ini.

Calon-calon BN dari ketiga-tiga Parlimen tersebut termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) mengambil kesempatan hadir dan memperkenalkan diri kepada pengundi.

Antara yang hadir ialah calon Sungai Petani, Dr Syamsul Anuar; Ismail Daut (Parlimen Merbok); Datuk Tajul Urus Mohd Zain (DUN Tanjung Dawai); M.L. Maran (Bukit Selambau) dan Lee Heung Heng (Sidam).

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata penyokong BN perlu mengekalkan semangat tinggi dan berazam untuk merampas semula ketiga-tiga Parlimen tersebut.

Sementara itu, ketua Pemuda MIC Kedah, P. Prabagaran berkata program MyKasih dilaksanakan badan bukan kerajaan, MyKasih Foundation memberi bantuan dalam bentuk baucer barang makanan bernilai RM80 sebulan kepada keluarga miskin berpendapatan isi rumah kurang RM1,500 sebulan.

Katanya pada hari ini sahaja lebih 1,200 dari golongan tersebut dari kawasan Parlimen Sungai Petani, Merbok dan Jerai mendaftar.

Seramai 3,000 orang keluarga miskin dari ketiga-tiga Parlimen itu telahpun menikmatinya.

Menurut Prabagaran program itu turut dilaksanakan di Parlimen Alor Setar, Kuala Kedah dan Padang Serai tahun ini.

70 Anggota Keluar Parti Dap, Ikrar Sokong Calon BN

Posted: 21 Apr 2013 04:38 AM PDT

PANTAI REMIS, 21 April – Seramai 70 anggota DAP di sini mengumumkan keluar parti dan berikrar memberi sokongan penuh kepada semua calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Beruas dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Baharu dan Pantai Remis pada pilihan raya umum ke-13.

Lima puluh anggota DAP cawangan Changkat Kruing dan 20 anggota dari Taman Bintang di sini mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang mereka dakwa menindas pengundi India di Parlimen Beruas.

Timbalan Ketua DAP cawangan Changkat Kruing G. K Haridas memberitahu siding media di sini hari ini, mereka kecewa dengan Ngeh yang tidak pernah turun padang menyelesaikan masalah penduduk setempat.

“Tindakan keluar parti DAP diambil sebulat suara oleh ahli-ahli DAP Beruas sebagai protes dan bantahan secara terbuka kepada Ngeh dan calon-calon DAP di DUN Pantai Remis dan Pengkalan Baharu.

“Kami berjanji akan memberi sokongan padu kepada calon BN yang sentiasa menjaga nasib orang India di kawasan Parlimen Beruas.

“Kami berjanji akan menentukan mimpi Pakatan Rakyat ke Putrajaya tidak menjadi kenyataan. Kami sokong penuh pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak dan (Menteri Besar Perak) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir daripada kerajaan BN,” katanya.

Haridas berkata Ngeh yang juga penyandang Parlimen Beruas tidak pernah turun padang berkhidmat atau berjumpa pengundi India di kawasan itu.

“Janji-janji untuk menyelesaikan isu sekolah dan kuil atau menyediakan infrastruktur seperti jalan raya pada pilihan raya 2008 tidak pernah ditunaikan sehingga hari ini,” katanya.

Beliau mendakwa Ngeh hanya menjaga kaum Cina sahaja dan tidak pernah member tumpuan terhadap pengundi India di parlimen itu.

“Walaupun Parlimen Beruas dimenangi Ngeh dalam pilihan raya umum ke-12, calon BN Datuk Chang Ko Youn, Datuk Abdul Manap Hashim (calon BN Pengkalan Baharu) dan Kor Ser Yu (calon BN Pantai Remis) sentiasa membantu masyarakat India di Parlimen Beruas,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Ngeh mengalahkan Chang dengan majoriti 1,828 undi.

500 Quit SAPP, Force Closure Of 11 Branches

Posted: 21 Apr 2013 03:24 AM PDT

TAWAU, April 21 – About 500 members of the Sabah Progressive Party (SAPP) in Tawau have quit the party and expressed support for the Barisan Nasional (BN), thus causing the closure of 11 party branches, former Tawau SAPP vice-president Mohammad Dahuk said today.

He said several leaders were among those who left, including Tawau SAPP women’s wing head Masja Hussin and youth wing chief Illiyassufyan Mohammad.

Tawau Umno Division chief and Tawau BN chairman and the BN candidate for the Apas state seat Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, the BN candidate for the Tawau parliamentary seat Datuk Mary Yap Kain Ching and the BN candidate for the Sri Tanjong state seat Fung Len Fui were also present at the news conference to announce the closure of the SAPP branches.

The former SAPP members read out a pledge to support the BN and cut and snapped their SAPP membership cards in a symbolic gesture of quitting the party.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT