UMNO Online - “Pengundi Perlu Pilih Parti Mampu Tubuh Kerajaan Yang Kuat, Bawa Kejayaan – Najib” plus 9 more |
- Pengundi Perlu Pilih Parti Mampu Tubuh Kerajaan Yang Kuat, Bawa Kejayaan – Najib
- Rakyat Perlu Istiqamah Untuk Elak Terpedaya Dakyah Pembangkang
- Dropped Candidates Should Respect Top Leadership’s Decision, Says Rais
- Makin Caca Merba… Pemimpin Pakatan Perlekeh Calon Parti Pakatan Sendiri
- Antara Seruan Dato’ Michelle Yeoh, Aishah dan Dayangku Intan
- Anwar “Pekena” Rakan Sendiri Bertanding Luar Kawasan – Nazri
- Mahkamah Persekutuan Putuskan Loji Lynas Boleh Beroperasi Di Gebeng
- Pecat Anggota Tanding Calon Bebas Wajar, Tepat Dengan Peraturan BN
- Kebenaran Terserlah, Rakyat Tolak Provokasi dan Manipulasi Pembangkang
- Wanita Terus Fokus Mantapkan Perjuangan Untuk Kemenangan BN – Shahrizat
Pengundi Perlu Pilih Parti Mampu Tubuh Kerajaan Yang Kuat, Bawa Kejayaan – Najib Posted: 22 Apr 2013 06:57 AM PDT SHAH ALAM, 22 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengundi perlu memilih parti politik yang mampu menubuhkan kerajaan yang kuat, dan yang mampu membawa kejayaan kepada negara. Perdana Menteri berkata untuk itu, rakyat harus kembali kepada objektif utama pilihan raya umum yang bertujuan untuk menubuhkan kerajaan yang kuat. “Kalau kita ikut perasaan, kita tumpu pada calon individu, maka kita sudah kalih daripada tujuan utama pilihan raya diadakan iaitu tidak lain tidak bukan adalah berkenaan soal masa depan negara dan anak-anak kita yang terlalu ternilai. “Ia tidak boleh terpesong pada hakikat bahawa kita perlu sebuah kerajaan di peringkat pusat dan negeri yang kuat dan berwibawa untuk menjayakan segala dasar negara, wawasan dan dasar transformasi nasional termasuk Aku Janji kita,” katanya di sini selepas turun padang ke beberapa kawasan Parlimen Selangor sejak pagi. Najib yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor sebelum itu melawat kawasan Parlimen Selayang, Gombak dan Shah Alam manakala malam ini kawasan Parlimen Subang. Najib yang juga Pengerusi BN berkata apa yang penting adalah untuk parti menggerakkan jentera pilihan raya dan mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 ini, dan soal calon tidak lagi sepatutnya berbangkit kerana keputusan sudah dibuat oleh pucuk pimpinan parti. “Kita sudah bagi panduan maka jentera harus fokus dan bekerja penuh semangat dan tenaga, saya yakin dan percaya berdasarkan kepada suasana serta sentiment yang semakin hari semakin yakin kepada BN. “Mereka (penduduk Selangor kini) kurang yakin malah kecewa dengan pakatan rakyat di Selangor, sudah ada keinginan untuk mereka kembali kepada BN,” katanya. Mengenai pentadbiran di negeri Selangor, beliau berkata kerajaan pusat dipimpin oleh BN dan negeri dipimpin pakatan pembangkang tidak mewujudkan satu keadaan yang membolehkan kelicinan pentadbiran. “Banyak kuasa kerajaan negeri yang menyentuh kepentingan kerajaan pusat, ini termasuk soal air dan kelulusan projek-projek pembangunan yang sah, jadi perlu penyelarasan di antara pusat dan negeri,” katanya. Mengulas mengenai lawatannya ke Selangor hari ini, Perdana Menteri berkata secara keseluruhannya suasana di kawasan tersebut sama ada di peringkat jentera pilihan raya parti mahupun sambutan pengundi, adalah baik. Mengenai tindakan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas hari ini, Najib berkata ia bukan satu isu kerana sudah dijangkakan. Ketika ditanya mengenai ada calon Bebas yang didakwa akan menjaja nama BN ketika berkempen, Pengerusi BN itu berkata apa yang penting sekali adalah parti dan bukannya individu atau calon. “Kita tekankan yang penting sekali adalah parti, pada kesudahannya pengalaman menunjukkan bahawa individu tidak kuat, nama-nama terkenal bertanding Bebas, mereka tidak dapat kejayaan,” katanya. |
Rakyat Perlu Istiqamah Untuk Elak Terpedaya Dakyah Pembangkang Posted: 22 Apr 2013 06:55 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan rakyat supaya sentiasa beristiqamah dan berpegang kepada pendirian teguh dalam apa jua keadaan bagi mengelak daripada terpedaya dengan dakyah pembangkang. Timbalan Perdana Menteri berkata ini penting memandangkan adanya pihak yang cenderung mengeluarkan kenyataan tidak berasas semata-mata untuk menarik perhatian ramai termasuk mengenai soal halal haram dan dosa pahala. “(Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) mengeluarkan fatwa sembahyang orang Umno tak dapat pahala, orang PAS sahaja dapat pahala. Maknanya sembahyang kita semua ni tak dapat pahala “Nama sahaja parti Islam tapi keluarkan fatwa songsang dan sesat kononnya nak tunjuk dia lebih Islam daripada orang lain,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini. Walaupun berlangsung dalam keadaan hujan lebat, namun ia tidak menghalang kira-kira 3,000 penduduk untuk hadir. Muhyiddin berkata tindakan PAS bukan sahaja memesongkan akidah orang Melayu dan masyarakat Islam, malah ia menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Menyedari hakikat itu, katanya, beliau pada 9 April lepas meminta Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan menteri besar Kelantan itu. “Saya bukan tak boleh bahas tentang perkara ini, saya ada latar belakang agama. Jangan perkecilkan saya tentang soal agama,” tegasnya. Timbalan perdana menteri berkata PAS, yang selama ini lantang memperjuang pembentukan negara Islam, kini berubah arah kepada Negara kebajikan gara-gara mendapat tentangan daripada DAP. “Matlamat PAS untuk perjuangkan negara Islam dah lari, kenapa? Sebab Karpal Singh (pengerusi DAP Kebangsaan) kata langkah mayat saya dulu,” katanya. Pada majlis itu Muhyiddin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan menyatakan harapannya agar rakyat dapat memberikan mandat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum 5 Mei ini untuk terus mentadbir negara. “Inilah pertama kali beliau (Najib) minta mandat, maka kita berilah kerana beliau sudah buat macam-macam sepanjang empat tahun lepas… sebelum ini beliau mengambil alih tugas daripada perdana menteri sebelum ini Tun Abdullah (Badawi),” katanya. Beliau menegaskan pilihan raya kali ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia sangat penting untuk meneruskan matlamat mencapai negara maju dalam tempoh tujuh tahun lagi. “Sebab itu kita tak boleh tukar kerajaan. Macamlah dalam F1 (Formula One), dah bawa laju ke depan takkan tiba-tiba nak tukar pemandu, mestilah akan kalah,” katanya. Dalam pada itu, timbalan perdana menteri menegaskan bahawa seseorang yang mempunyai karektor yang tidak baik, tidak harus dijadikan pemimpin negara kerana ia boleh dipertikaikan dan seterusnya menjejaskan imej negara. “Dalam sebuah negara Islam yang mempunyai pelbagai adat, budaya dan adat resam pastinya kita tak mahu pemimpin dipertikaikan dari segi moral. “Orang yang nak jadi PM jangan terpalit dengan tohmahan, fitnah atau benar kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti sebagai pemimpin,” katanya. Muhyiddin juga mengingatkan rakyat supaya mempercayai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa dalam mengendalikan PRU13, dan bukannya percaya kepada pembohongan atau fitnah parti tertentu. “Kita dengar ada kononnya dah bagi kursus kepada penyokong parti supaya bila hari pengundian, jangan terima kertas undi yang diberi oleh kerani SPR, tapi minta kertas undi yang di bawah. “Kenapa? sebab kononnya kertas yang dah diberi itu ada nombor siri dah catat untuk tahu sokong atau tidak. Nanti bila SPR tak bagi dia akan pertikaikan. Ini sengaja nak buat kecoh,” tegasnya. |
Dropped Candidates Should Respect Top Leadership’s Decision, Says Rais Posted: 22 Apr 2013 06:02 AM PDT KUALA LUMPUR, April 22 – Barisan Nasional (BN) leaders not nominated as candidates for the 13th General Election (GE13) should respect the decision made by the top leadership in not picking them, said Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim. He said anyone calling himself a leader should be able to face reality when his or her “time was up”. “We must respect the decision made by the top leadership. We should not, after having been a leader for a long time, suddenly decide to go against the party just because we have been dropped,” he told reporters at his office here today. He said this when asked to comment on the action of some BN leaders and former leaders who opted to go the independent route because they were dropped as candidates for GE13, polling of which is on May 5. Rais, a three-term MP of Jelebu who was also dropped from the BN candidate list this time around, said the BN leadership should also be quick to act on the issue of party hopping. Rais, 71, who has served under five prime ministers since Tun Abdul Razak Hussein and now under Abdul Razak’s son Najib, said:” This is a difficult thing (being dropped).” Hal ini memang sukar.” “But we must be able to face reality, because a person who leads cannot forever remain as an elected representative or minister, or hold a certain post,” said Rais, whose political career started off as parliamentary secretary to the Culture, Youth and Sports Ministry in 1974 at th age of 32. He said BN and Umno leaders who were dropped should not opt to desert at crucial moments. He said these leaders after gaining so much while they were in the party should not “bite the hands that feed them.” “We should not practice such a stand. We should not follow one or two who have done so, namely, disgruntled leaders,” he said. He said they must be aware that their actions “will be scrutinised, credibility questioned and cannot face those who had been supporting them all along.” He added:”As an ‘old timer’ in the government and party, in a struggle there is sadness, happiness, losses and profits but we must not disappoint the Prime Minister who has fostered the spirit of togetherness for us under the 1Malaysia concept, his deeds and other positive steps.” |
Makin Caca Merba… Pemimpin Pakatan Perlekeh Calon Parti Pakatan Sendiri Posted: 22 Apr 2013 05:44 AM PDT Salam Pengarang… Sehingga tamat proses penamaan calon pada 20 April 2013, terdapat sekurang-kurangnya 7 kerusi DUN & Parlimen yang menyaksikan pertindihan calon membabitkan PAS dan PKR. Pertindihan yang berlaku ini melibatkan satu kawasan Parlimen dan 6 DUN di beberapa negeri seperti Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Selangor, menyebabkan ramai penyokong PR pening memikirkan puncanya. Kebanyakan kerusi yang bertindih calon ini secara umumnya kuota untuk PKR tetapi dipertikaikan oleh PAS kerana merasakan jenteranya lebih kuat di kawasan terlibat. Namun menurut Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula, pertindihan ini sengaja dilakukan kononnya untuk menghalang kemasukan syaitan sambil mengaitkan peristiwa kejatuhan PR di Perak pada awal 2009. Katanya, “inilah sebabnya bertindak bertanding itu…nak menyelamatkan Pakatan Rakyat, kita tak mahu jadi macam Perak, perintah sekejap pastu jatuh, PAS bertindak, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.” “PAS bertindak untuk memelihara, keteguhan bukan saja masa pilihan raya, keteguhan selepas kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT, supaya syaitan-syaitan tidak boleh masuk Pakatan Rakyat.” Bijak alasan spin yang diberikan Hadi apabila mengaitkannya dengan isu kejatuhan PR di Perak kemudian disabitkan pula syaitan semata-mata untuk meredakan keresahan yang sedang membuak-buak di kalangan penyokong PR khususnya PKR tika ini. Tapi sedar tak sedar, Hadi sebenarnya meluahkan keraguan PAS terhadap calon-calon PKR, dengan kata lain, penjelasan yang dibuatnya itu mengesahkan lagi betapa selama ini PAS memang tidak percaya dengan kesetiaan pemimpin PKR. Sesebuah pakatan andainya tidak wujud kepercayaan sesama rakan sepakatan, itu tanda tiada nilai kerjasama utuh di kalangan mereka. Pakatan sedemikian takkan bertahan lama, tiba masanya masing-masing akan bercakaran. Apa yang berlaku ini memberi gambaran jelas betapa tidak sepakatnya PR untuk menghadapi PRU-13, gabungan rapuh sebegini mustahil untuk mendapat kepercayaan rakyat apatah lagi untuk diberi tanggungjawab menerajui negara. Justeru itu, tak usahlah PR berangan lagi untuk menang pada PRU-13, sebaliknya lebih baik masing-masing bersiap siaga untuk menghadapi perang sesama sendiri yang dijangkakan berlaku selepas PRU ini kelak. Azly Bakaruddin |
Antara Seruan Dato’ Michelle Yeoh, Aishah dan Dayangku Intan Posted: 22 Apr 2013 05:33 AM PDT Kehadiran Dato' Michelle Yeoh di dalam program BN di Pelaburan Klang semalam nampaknya berjaya memperbaharui semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Seramai 60,000 dikatakan menghadiri program tersebut, sekali gus meletakkan BN di tempat yang lebih selesa dalam menghadapi PRU-13. Dari sudut lain, kita melihat kehadian Dato' Michelle Yeoh sebagai memenuhi trend politik Malaysia hari ini, iaitu 'persaingan' antara parti-parti politik dalam meraih sokongan antara artis hiburan dengan para ulama. Parti Pas sering bermegah kerana parti tersebut menghimpunkan para 'agamawan'. Namun, hari ini kita melihat sendiri bagaimana Ulama-ulama pondok berbondong-bondong menolak Pas malah menfatwakan hukum haram menyokong Pas. Sebaliknya, para intelektual ugama muda akhir-akhir ini pula lebih ramai memilih untuk menyertai UMNO dan menolak Pas. Manakala, golongan artis hiburan yang bermasalah pula dilihat begitu 'galak' menyertai Pas dan kemudian berlagak sebagai agamawan sambil menghukum semua pihak yang menolak Pas sebagai jahil, sesat dan kafir, iaitu mengikut ajaran Pas tulen. Akibatnya, 'agamawan' yang tinggal di dalam Pas hari ini, kebanyakannya merupakan lulusan dari Pakistan, India dan bukannya dari pusat pengajian agama tersohor dunia. Selain mereka, terdapat ramai lagi yang merupakan para pelajar agama yang tidak lulus dan tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi memakai gelaran 'Ustaz' atau 'Ulama', hanya kerana pernah belajar agama. Pendekatan, tidak kira artis atau ulama yang memilih untuk menyokong pembangkang, kedua-duanya terdiri dari kumpulan yang gagal dalam bidang mereka.
Ulama yang menyokong UMNO kebanyakannya adalah terdiri dari mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan terbukti kerana UMNO sebagai kerajaan tidak akan mengiktiraf sesiapa sahaja sebagai Ulama berdasarkan pendapat sendiri. Sebagai Ulama sebenar, tidak hairanlah mereka kurang menonjol dan tidak menjadi 'selebriti' sebagaimana golongan agama pujaan Pas. Hanya mereka-mereka yang diberi tanggungjawab untuk membantu kerajaan sahaja yang akan ke hadapan bagi menjawab dan memperbetulkan kesesatan pembangkang yang keterlaluan. Begitu juga dengan golongan artis yang menyokong kerajaan, kebanyakannya merupakan artis yang berjaya dan dihormati. Antaranya, Dato' Michelle Yeoh yang telah menempa nama di persada antarabangsa. Dato' Michelle Yeoh yang pernah menjadi gadis 'Bond', 'Geisha' dalam Memoirs of a Geisha dan juga membawa watak Suu Kyii dalam filem 'The Lady' adalah antara segelintir rakyat Malaysia yang tidak pernah bertanya apakah jasa negara terhadapnya tetapi setia mencurahkan jasa kepada negara. Beliau tahu bahawa kedudukannya, pengiktirafan dan penghormatan yang diterimanya hari ini adalah berkat kehidupan yang baik yang dilalui di negara ini. Justeru, Dato' Michelle Yeoh semalam dengan penuh semangat dan tanpa teks, telah menyeru rakyat agar terus menyokong Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri atas dasar kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan beliau melakukan transformasi, penambahbaikan serta membawa Malaysia ke satu era baru yang jauh lebih maju. Sebagai seorang yang telah merantau ke seluruh dunia, Dato' Michelle Yeoh pastinya bercakap atas dasar pengalaman selain beliau tidak perlu membodek sesiapa. Beliau telah pun berjaya berkat keperihannya berusaha.
Dalam mengharungi dunia seni, beliau pernah beberapa kali tidak sedarkan diri ketika melakukan aksi ngeri dalam usahanya untuk menempa nama sebagai pelakon yang dihormati. Kegigihan dan kesungguhan beliau sepatutnya menjadi tauladan kepada semua. Beliau tidak akan mampu berada di tahap ini jika niat beliau berlakon adalah kerana 'glamour' sepertimana kebanyakan artis kita. Malah, beliau tidak pernah berputus asa atau menyalahkan sesiapa dalam jatuh bangun kariernya sebelum benar-benar berjaya. Beliau juga tidak pernah bertindak menghina dan melupakan negara ini walaupun telah berada di puncak dalam arena hiburan dunia. Artis sebeginilah yang boleh kita hormati dan bukannya artis yang tidak sempat ke mana, belum pun berusaha, tetapi sudah kecewa memberontak jiwa sehingga dilanda berbagai-bagai masalah lalu menyalahkan orang lain dan kerajaan atas apa yang menimpa dirinya. Mereka inilah artis yang menyertai pembangkang iaitu artis yang menyalahkan kerajaan kerana anaknya tak solat, artis yang menyalahkan kerajaan kerana gagal mendapat projek dan artis yang menyalahkan kerajaan kerana dia menjadi artis. Artis seperti mereka tidak wajar dihormati tetapi perlu dibimbing lagi. Malangnya, Pas bukannya membimbing mereka, tetapi meletakkan mereka sebagai pemimpin dengan mencalonkan mereka menjadi wakil kepada rakyat jelata. Justeru, antara menyahut seruan Aishah atau Dayangku Intan, lebih baik kita menyahut seruan Dato' Michelle Yeoh. Sekurang-kurangnya Dato' Michelle Yeoh punya kredibiliti untuk menasihat orang lain, beliau juga tidak mengajak kita ke arah kesesatan kerana langsung tidak menyentuh soal agama. Berbanding yang konon berjuang menggunakan nama Islam tetapi kerjanya hanyalah memecahbelakan ummah siang dan malam. Dr Muslim Umar |
Anwar “Pekena” Rakan Sendiri Bertanding Luar Kawasan – Nazri Posted: 22 Apr 2013 05:22 AM PDT KUALA KANGSAR, 22 April - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada semangat setiakawan apabila gagal menunaikan janji bertanding di luar kawasan sepertimana rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. Beliau mendakwa Anwar sanggup menikam rakan-rakannya dari belakang dengan membiarkan mereka bertanding di luar kawasan masing-masing pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sedangkan beliau sendiri tidak berbuat demikian. “Dia pekena Lim Kit Siang (penasihat DAP)…Kit Siang pergi Johor, dia (Anwar) janji akan datang ke Perak, Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) pun terjun dari Kelantan ke Putrajaya…dia seorang tak terjun,” katanya selepas majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) khas untuk Perak di sini, hari ini. Katanya tindakan Anwar terhadap rakan-rakannya itu boleh diibaratkan membiarkan “luncai terjun dengan labu-labunya”. Anwar yang juga penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini berkata beliau akan bertanding di Perak, namum kemudiannya membuat keputusan mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan. Lim, penyandang kerusi Parlimen Ipoh Timor, Perak kini berpindah ke Parlimen Gelang Patah, Johor manakala Husam, penyandang kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan berpindah ke kerusi Parlimen Putrajaya dan pada masa sama mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, Kelantan. |
Mahkamah Persekutuan Putuskan Loji Lynas Boleh Beroperasi Di Gebeng Posted: 22 Apr 2013 04:25 AM PDT PUTRAJAYA, 22 April – Lynas Advanced Material Plant (Lamp) boleh mengendali operasi loji nadir buminya di Gebeng, Kuantan buat masa ini berikutan ketiadaan perintah penggantungan sementara lesen operasi syarikat berkenaan. Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan perkara itu selepas menolak permohonan tiga penduduk Kuantan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang enggan memberi perintah bagi menggantung lesen operasi Lamp sementara menunggu pendengaran semakan kehakiman mereka. Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel itu, memutuskan penduduk berkenaan gagal memenuhi prasyarat Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk diberi kebenaran merayu. Dalam penghakimannya, beliau berkata isu itu masih hidup dalam permohonan semakan kehakiman penduduk berkenaan yang belum didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuantan. Zulkefli juga berkata Mahkamah Rayuan sebelum ini sudah menjawab isu yang dibangkitkan penduduk terbabit. Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan, memerintahkan penduduk berkenaan membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada setiap responden iaitu Lynas Malaysia Sdn Bhd dan kerajaan. Penduduk terbabit — Tan Bun Teet, 65, Syed Talib Syed Sulaiman, 61, dan Hasimah Ramli, 45 — memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah penggantungan bagi menggantung lesen pengoperasian sementara (TOL) yang diperoleh Lynas sementara menunggu pendengaran semakan kehakiman. Pada 8 Nov tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mariana Yahya menolak permohonan mereka dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 19 Dis tahun yang sama. Dalam semakan kehakiman, mereka memohon mahkamah membatalkan keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Lembaga Pelesenan Atom (LPTA) yang memberi TOL kepada Lamp. Sementara itu, Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan penduduk berkenaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 8 Nov tahun lepas, yang membenarkan Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia menjadi pencelah dalam semakan kehakiman. Panel tiga hakim diketuai Datuk Zaharah Ibrahim, yang membuat keputusan itu sebulat suara, menolak rayuan berkenaan tanpa kos. |
Pecat Anggota Tanding Calon Bebas Wajar, Tepat Dengan Peraturan BN Posted: 22 Apr 2013 04:19 AM PDT KEPALA BATAS, 22 April – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan Barisan Nasional (BN) memecat serta merta anggotanya yang ‘belot’ adalah wajar dan bertepatan dengan peraturan parti. Beliau berkata tindakan tegas perlu supaya tiada anggota yang berani bertindak sedemikian pada masa hadapan. “Keputusan itu memberi gambaran pucuk pimpinan parti benar-benar serius terhadap isu berkenaan dan saya mahu mereka bertindak tegas supaya tiada anggota yang berani bertindak sedemikian pada masa hadapan. “Jika mereka (anggota BN yang bertanding bebas) masih berada dalam parti, saya bimbang ia merebak dan lebih ramai pula akan menjadi pembelot,” katanya kepada pemberita di sini Isnin. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan parti memecat anggota secara automatik kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Antara anggota BN yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas pada PRU 5 Mei ini ialah bekas naib ketua Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim yang bertanding di Parlimen Kuala Kangsar. Turut dipecat ialah bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang. Datu Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan DUN Senallang. Abdullah, penyandang kerusi parlimen Kepala Batas, sebelum itu mengadakan perjumpaan dengan calon penggantinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Yang turut hadir pada pertemuan itu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga Mohd Zain Ahmad dan calon Bertam, Shariful Azhar Othman. Sementara itu, Abdullah berkata beliau berpuas hati dengan penerimaan calon-calon itu oleh pengundi di kawasan Kepala Batas dan percaya kesemua calon BN itu akan menang besar. “Saya juga turut membantu mereka untuk berkempen di Kepala Batas bagi memastikan BN menang dan mempertahankan kubu kuat kita,” katanya. |
Kebenaran Terserlah, Rakyat Tolak Provokasi dan Manipulasi Pembangkang Posted: 22 Apr 2013 04:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 April – Tindakan pakatan pembangkang yang gemar bermain dengan sandiwara politik bagi meraih undi rakyat terserlah juga apabila ramai anggotanya meninggalkan parti terbabit dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata dengan perkembangan semasa yang banyak memihak kepada BN lantaran imej transformasi yang dibawa oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selain tindakan negatif dalam kepimpinan pakatan pembangkang. "Rakyat bukan bodoh untuk melakukan penilaian terhadap pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling mereka malah dengan apa yang berlaku di kalangan kepimpinan pakatan pembangkang menjadikan masyarakat semakin muak dan menolak mereka khususnya dalam berdepan PRU ke-13 ini," ujarnya kepada UMNO-Online. Jelasnya, dengan pelbagai kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang sama ada PKR, Pas dan DAP yang antaranya dalam soal pemilihan calon kerana lebih mengutamakan kroni selain ketidakadilan terhadap anggotanya sendiri. "Anggota parti melahirkan rasa tidak puas hati dengan meninggalkan pemimpin dan perjuangan yang selama ini mereka dukung lantaran sedar bahawa apa yang mereka lakukan selama ini adalah sia-sia belaka. "Jika selama ini masyarakat tertipu dengan pelbagai manipulasi dan provokasi pakatan pembangkang terhadap BN maka dengan terserlahnya pelbagai kebenaran maka sokongan terhadap pembangkang semakin pudar." Tegas beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), jika sebelum ini kepimpinan dalam pakatan pembangkang seringkali menuding jari kepada pihak lain sebagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dimanipulasi dan dituduh tidak telus, BN dianggap negatif dan kemudiannya keputusan pendaftar pertubuhan (ROS) juga duputar belit. "Berkaitan dengan keputusan ROS berikutan pemilihan Jawatan Kuasa Pusat (CEC) DAP yang dianggap tidak telus maka orang lain juga dipersalahkan sedangkan terang-terangan bahawa ia tidak berkait dengan mana-mana pihak dan kemudiannya pemimpinnya memutarbelitkan keputusan berkaitan penggunaan logo sedangkan ROS tidak menyebut berkaitannya. "Secara tidak langsung ia membuktikan bahawa terdapat pemimpin pembangkang yang sengaja cuba menimbulkan isu lain bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap kesalahan yang sememengnya dibuat oleh mereka sendiri sedangkan rakyat tidak bodoh untuk menilai," tegasnya lagi. Berkaitan pelbagai kepincangan dalam pakatan pembangkang, lebih 100 ahli DAP yang diketuai Timbalan Ketua DAP Cawangan Changkat Keruing, G. Haridas telah mengisytiharkan keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN). Turut sama berbuat demikian, seramai 68 ahli DAP kawasan Tanjung Bungah mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN setelah mendapati DAP gagal menunaikan janji untuk membantu penduduk di kawasan tersebut. Tidak sampai 24 jam selepas proses penamaan calon yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri calon mereka, krisis dalaman pembangkang terus meruncing apabila Ketua PKR Cabang Lumut, M.P Shamugum bersama 13 ketua ranting parti di Parlimen itu mengisytiharkan meninggalkan PKR dan mengumumkan pembubaran PKR Cabang Lumut serta penutupan semua bilik gerakan jentera parti itu di 36 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkuatkuasa serta merta. Dalam masa yang sama, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Tan Hock Leong mengumumkan keluar daripada PKR kerana kecewa dengan tindakan tidak adil PKR yang hanya meletakkan calon kroni semata-mata. Dilaporkan juga, kira-kira 300 ahli dan penyokong PKR kawasan Parlimen Padang Serai di sini meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang didapati tidak memberi sebarang faedah kepada penduduk. Bagi Pas pula, Kira-kira 200 penyokong tegar Pas di Kampung Pauh Dua dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian turut bertindak keluar parti dan menyertai Parti Progresif Rakyat (PPP) kerana kecewa dengan perjuangan Pas yang didakwa tidak konsisten dalam perjuangan sementara di Kampung Tok Dor dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu seramai 35 anggota dan penyokong PAS bertindak keluar parti dan menyertai UMNO. - MediaUMNO |
Wanita Terus Fokus Mantapkan Perjuangan Untuk Kemenangan BN – Shahrizat Posted: 22 Apr 2013 03:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 April – Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) memantapkan fokus ke arah kemenengan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 biarpun berdepan dengan pelbagai dugaan, kata ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Ujarnya, jentera Wanita BN dan UMNO berteraskan sokongan akar umbi yang mempunyai kekuatan dalam menyerap apa jua halangan khususnya cabaran yang datang dalam berdepan PRU ini. "Jentera Pergerakan Wanita terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan kekuatannya bukan sahaja pada jumlah anggotanya yang bergerak melalui program Jalinan Rakyat (JR) tetapi juga ahli-ahli yang sentiasa komited pada teras perjuangan parti," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pergerakan Wanita UMNO bersama dengan ahli Biro Politik Wanita di Ibu Pejabatnya hari ini. "Wanita ibarat ibu dalam perjuangan parti yang sentiasa bersedia bekerja sebagai satu keluarga dan mempunyai hubungan yang akrab dengan semua peringkat termasuk Pemuda dan Puteri di peringkat bahagian serta melaksanakan berteraskan kepada struktur dan asas perjuangan parti. "Dengan komitmen dan dedikasi parti, jentera Wanita telah dibimbing untuk berdepan dengan apa jua dugaan dan cabaran termasuklah dalam berdepan dengan taktik pembangkang." Beliau turut mengulas berkaitan pencalonan golongan wanita dalam PRU ke-13 dan berpuas hati ekoran terdapat pertambahan dari segi bilangannya berbanding dengan PRU ke-12 yang lalu. "Bagi wanita BN, di peringkat Parlimen adalah 10.3 peratus sementara di peringkat DUN adalah 9.5 peratus manakala bagi wanita UMNO ia telah meningkat kepada lapan peratus berbanding PRU lalu hanya sekitar enam peratus sahaja di peringkat Parlimen namun keputusan ini tidak bermakna perjuangan wanita telah selesai." Dalam masa yang sama beliau turut mengulas berkaitan keputusan bekas Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar. "Kita menghormati keputusan yang dibuat oleh beliau dan tentunya beliau sedia maklum berkaitan tindakan yang bakal dikenakan oleh parti atas keputusan terbabit," ulasnya. – MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment