UMNO Online - “Kemenangan BN Di Selangor Penting Untuk Malaysia Capai Status Negara Maju – Najib” plus 9 more |
- Kemenangan BN Di Selangor Penting Untuk Malaysia Capai Status Negara Maju – Najib
- Jangan Ambil Tindakan Merugikan Parti Jika Tidak Dicalonkan – Zahid
- BN Bakal Menang 2/3 Di Negeri Sembilan
- BN Selangor Janji Ringankan Beban Kewangan Rakyat, Tingkatkan Kualiti Hidup
- Zulkifli Nordin Mampu Leraikan Doktorin Kebencian Disemai Pembangkang – Mohd Zin
- Md Rawi Mahmud Calon BN DUN Tanjung Bidara
- Rakyat Labuan Perlu Sokong BN Untuk Pastikan Kemajuan Industri Minyak – Muhyiddin
- ‘New Team’ To Bring Transformation Agenda For Najib – Assoc Prof
- Pasukan Transformasi BN Jauh Meyakinkan Berbanding Pasukan “Lapuk” Pembangkang
- IGP Warns Those Who Attempt To Disrupt Nomination Day
Kemenangan BN Di Selangor Penting Untuk Malaysia Capai Status Negara Maju – Najib Posted: 17 Apr 2013 08:18 AM PDT SHAH ALAM, 17 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) perlu menguasai semula Selangor bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat negeri ini, malah kepada seluruh rakyat Malaysia. Perdana Menteri berkata ini kerana Selangor yang terletak di Lembah Klang menyumbang peratusan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara sekali gus boleh memacu negara menjadi sebuah negara maju pada masa depan. Beliau berkata jika BN tidak dapat menguasai Selangor, kerajaan Pusat sukar untuk memastikan kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang diperlukan Malaysia bagi mencapai status negara maju. “Masalah bekalan air di Selangor (misalnya) satu perkara yang serius kerana ia boleh merosakkan pertumbuhan ekonomi Selangor dan Kuala Lumpur yang terletak di Lembah Klang yang strategik. “60 peratus GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) dari Lembah Klang, jadi potensi menjadi negara maju bergantung kepada Selangor sebab peratus GDP di Selangor begitu besar,” katanya ketika merasmikan Aku Janji BN Selangor di sini, malam ini. Sehubungan itu, Najib mengajak pengundi di Selangor untuk memilih BN pada pilihan raya umum 5 Mei ini bagi memastikan masa depan yang lebih baik kepada mereka. Beliau berkata rakyat perlu menilai kegagalan kerajaan pakatan pembangkang menunaikan janji mereka selama lima tahun mentadbir Selangor berbanding kejayaan Kerajaan Pusat memenuhi serta menepati keperluan rakyat menerusi pelbagai dasar dan inisiatif. “Saya yakin dan percaya kalau persoalan yang dibangkitkan dalam minda setiap pengundi di Selangor, kalau boleh lihat kegagalan mereka (kerajaan pakatan pembangkang) memenuhi janji selama lima tahun jika dibandingkan dengan kejayaan kita menepati janji di Pusat. “Saya beri jaminan pencapaian yang sama (dalam menepati janji kepada rakyat) akan kita saksikan di Selangor di bawah pemerintahan BN,” katanya. Najib turut mempersoal banyak janji kerajaan pakatan pembangkang yang masih tidak ditunaikan seperti elaun khas bulanan kepada ibu tunggal, pengurangan cukai pintu 20 peratus serta elaun RM75 sebulan kepada anak-anak yang dihantar ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak. Najib percaya calon-calon BN yang dipilih untuk bertanding di 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor mampu membawa perubahan serta dapat menunaikan segala aku janji kepada rakyat negeri ini. “Dengan penuh rendah diri, saya bagi pihak BN Selangor ingin nyatakan kepada rakyat Selangor, inilah pasukan yang menjadi harapan saya untuk membawa transformasi kepada Selangor… pasukan yang memenuhi harapan rakyat, membawa perubahan dan menentukan Selangor akan maju dengan lebih hebat di bawah BN,” katanya. Perdana Menteri berkata sebagai Pengerusi BN dan ketua kerajaan, beliau akan memastikan setiap aku janji parti itu akan ditepati jika BN memerintah kembali Selangor. “Walaupun saya tidak jadi Menteri Besar Selangor kerana saya akan bertanding di Pekan (Pahang), sebagai Perdana Menteri saya akan meneliti dengan begitu serius, mengawasi serta memantau agar semua Aku janji ditepati oleh barisan wakil rakyat (BN),” katanya. Pada masa sama, Najib berharap pengundi Selangor bijak memilih kerajaan yang mampu menunaikan janji dan tidak tertipu sekali lagi dengan janji-janji pakatan pembangkang dalam tempoh lima tahun lepas. Perdana Menteri berkata rakyat Selangor sudah serik dengan janji-janji kosong kerajaan pakatan pembangkang yang disifatkannya sebagai ‘orang munafik’ kerana memungkiri janji. Najib turut mengumumkan, antara perkara utama dalam Aku janji BN Selangor iaitu sambungan pajakan tanah secara automatik akan dipertimbangkan dan menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di 14 pihak berkuasa tempatan (PBT). PAKAR adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat dan memperkasakan system maklum balas kerajaan dan memudahkan pelaksanaan manifesto BN Selangor. “Manifesto (Aku janji) dianggap sebagai janji… kalau kita anggap sebagai janji, manifesto bukanlah satu dokumen yang boleh dipermainkan atau dipermudahkan oleh sesiapa. “Kalau manifesto itu bukan janji, saya nak tanya? Apa gunanya bentang manifesto kepada rakyat? Rekod BN tunaikan janji tidak boleh dipertikaikan lagi, malah penganalisis politik dan ekonomi mengakui kerajaan BN telah membawa perubahan besar berdasarkan kepada program transformasi nasional. “Ekonomi negara berkembang dengan lebih pesat dan kita menambahkan lagi keyakinan kepada rakyat bahawa kekayaan negara meningkat dengan kadar yang dikagumi dunia,” katanya. Aku janji BN Selangor adalah berdasarkan tujuh teras dan 56 janji dengan tema ‘Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran’. Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. |
Jangan Ambil Tindakan Merugikan Parti Jika Tidak Dicalonkan – Zahid Posted: 17 Apr 2013 08:10 AM PDT BAGAN DATOH, 17 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang akan merugikan parti. Katanya adalah mustahil untuk pucuk pimpinan parti memenuhi kehendak semua pihak yang berminat untuk menjadi calon kerana kerusi yang dipertandingkan adalah terhad. “Secara peribadi saya turut bersimpati dengan rakan-rakan yang tidak terpilih sebagai calon walaupun kita merasakan diri kita layak untuk bertanding berdasarkan kepada sokongan yang diperoleh,” katanya selepas melancarkan Skuad Gerak Gempur Motorsikal Pemuda BN Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini. Beliau berharap mereka yang tidak terpilih sebagai calon tidak merajuk sehingga menutup bilik gerakan, menurunkan bendera dan bahan-bahan promosi BN. “Kita jangan melakukan tindakan seperti menikam dari belakang atau tidak mahu keluar mengundi kerana ini bukan tindakan yang bijak,” katanya. “Ini akan merugikan parti kita sendiri dan saya harap bila keadaan reda atau sejuk tidak ada tindakan memboikot oleh mereka yang kecewa kerana tidak dicalonkan,” katanya. |
BN Bakal Menang 2/3 Di Negeri Sembilan Posted: 17 Apr 2013 06:57 AM PDT Penulis tidak begitu tergesa-gesa nak menggambarkan perasaan mengenai calon-calon BN Negeri Sembilan yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Mohammad Hasan di kediaman rasminya semalam. Tujuannya kerana penulis ingin menunggu dahulu respon balas masyarakat dan penyokong parti terhadap calon yang dipersediakan kepimpinan tertinggi parti untuk berkhidmat kepada mereka kelak. Pegang cakap tu, untuk berkhidmat, bukan semata-mata untuk berkuasa. Baiklah, setelah melihat senarai pencalonan itu, apa yang boleh dikatakan, melainkan 2 kerusi, BN ada peluang untuk menang majoriti lebih besar berbanding tahun 2008. Tentang calon pula, hampir kesemuanya adalah calon-calon yang menepati janji Perdana Menteri, boleh menang. Itu ringkasnyalah. Cuma dari senarai itu, agak sedih juga melihat sekurang-kurangnya 4 calon cina dari MCA dan Gerakan yang bertanding di beberapa kerusi DUN dan Parlimen, kerana mereka hampir pasti kalah akibat isu perkauman yang dimainkan DAP. Nasib baik jumlah kerusi terlibat tidak banyak, berbanding 7 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan. Berbalik pada 2 kerusi yang dikatakan bermasalah itu, kedua-duanya berada dalam Parlimen Seremban dan kedua-duanya juga adalah kerusi yang diwakili pembangkang. Macam biasa, kebanyakkan masalah itu berkaitan dengan asal usul calon dan latar belakang sebelum menjadi calon. Itu sahaja. Lagipun mereka yang kecewa ini ada 24 jam untuk merajuk, lepas itu eloklah. Dengan kerja keras dan kempen yang berkesan, penulis yakin diakhirnya nanti, calon-calon yang bermasalah ini boleh diterima masyarakat. Tambahan pulak Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sedang hebat bergolak. PKR masih tidak boleh putuskan siapa calon disemua kerusi yang diserahkan kepada mereka untuk ditandingi. Walaupun khabarnya malam ini (17/4/2013) senarai tersebut boleh dimuktamadkan, tapi tidak ada jaminan senarai tersebut akan kekal sehingga hari penamaan calon nanti. Atas sebab yang sama (pergolakan dalaman), sesiapa yang berkunjung ke Seremban hari ini boleh lihat betapa pudarnya kempen pembangkang, berbanding pada tahun 2008. Penyokong yang kecewa terpaksa pasang bendera parti pada kenderaan masing-masing kerana hampir keseluruhan bandar Seremban sehingga ceruk pendalaman rantau, dihampar dengan bendera biru BN. Insya Allah, kita menang besar. mykmu.net |
BN Selangor Janji Ringankan Beban Kewangan Rakyat, Tingkatkan Kualiti Hidup Posted: 17 Apr 2013 06:19 AM PDT SHAH ALAM, 17 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor, mengandungi tujuh teras dan 56 aku janji yang menumpukan kepada langkah-langkah meringankan beban kewangan warga Selangor sambil meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Antara lain BN berjanji mewujudkan koridor baharu “Selangor Global Logistic Hub” di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, bagi menarik pelaburan asing dan antarabangsa dengan penjanaan 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor. Tujuh teras aku janji BN Selangor itu ialah Masa Depan Lebih Cerah, Masyarakat Lebih Prihatin Lebih Penyayang, Kualiti Kehidupan Lebih Selamat dan Sejahtera, Perumahan Lebih Mampu Milik, Selangor Lebih Inovatif, Lebih Daya Saing, Selangor Lebih Progresif dan Selangor Lebih Mesra, Alam Lebih Bersih. BN Selangor berjanji bahawa jika ia kembali memerintah, ia akan memberi bantuan sara hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan rakyat miskin yang layak. BN juga akan mewujudkan pusat jagaan harian untuk kanak-kanak berumur dua bulan ke tiga tahun, kanak-kanak sekolah menunggu ibu bapa pulang dari bekerja dan untuk warga emas di bandar-bandar utama seperti di Shah Alam, Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Kota Damansara, Puchong, Ampang, Gombak, Selayang, Bangi, Kajang dan Rawang. Selain itu ia juga berjanji untuk menyemak dan menurunkan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yang membebankan rakyat yang dinaikkan oleh kerajaan pakatan pembangkang, jika BN kembali memerintah. BN Selangor juga akan menyediakan kemudahan WiFi dan pusat jalur lebar percuma untuk masyarakat di kawasan-kawasan strategik di seluruh Selangor, kemudahan taman tema dan pusat rekreasi tempatan serta kemudahan sukan untuk rakyat terutamanya mereka yang telah berkeluarga. Dua lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) baharu di Selangor akan diwujudkan iaitu Majlis Perbandaran Bangi dan Majlis Perbandaran Kota Raja, menjadikan jumlah PBT di Selangor meningkat dari 12 ke 14. Langkah itu adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan setiap 14 PBT itu ditingkatkan tahap prasarana keselamatannya dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan penubuhan “Rapid Response Team” bagi mencegah jenayah dan mengawal bencana alam. BN Selangor juga berikrar untuk menyediakan 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM50,000 seunit, 15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga RM80,000 seunit. Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor pula disediakan untuk bekas polis, tentera dan penjawat awam atau agensi kerajaan negeri. Juga dijanjikan ialah biasiswa untuk golongan miskin dan pinjaman boleh ubah sehingga RM80,000 untuk anak-anak Selangor yang cemerlang ke universiti bagi peringkat ijazah pertama selain daripada meneruskan penubuhan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA di Serendah, Hulu Selangor. Aku Janji BN Selangor juga menyentuh pemodenan pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baharu selain daripada penyediaan Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor sehingga RM40,000 untuk warga Selangor yang ingin menyertai program “Feed in Tariff” menggunakan tenaga suria. |
Zulkifli Nordin Mampu Leraikan Doktorin Kebencian Disemai Pembangkang – Mohd Zin Posted: 17 Apr 2013 05:36 AM PDT SHAH ALAM, 17 April - Datuk Zulkifli Noordin adalah calon terbaik bagi Barisan Nasional (BN) meleraikan doktorin kebencian disemai pembangkang kepada pengundi di Parlimen Shah Alam, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. Beliau berkata latar belakang Zulkifli yang pernah terlibat dengan pembangkang memudahkan bekas anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu menerangkan kepada penduduk di sini tentang penipuan pembangkang seterusnya memberi kelebihan kepada BN memenangi hati pengundi di kawasan Parlimen itu. “Zulkifli mempunyai peluang yang lebih baik kerana beliau amat memahami fahaman ekstremis diterap pembangkang sehingga mereka menjadi penyokong tegar yang langsung tidak percaya apa sahaja yang keluar daripada orang BN. Pengetahuan ini membuka jalan kepada beliau meleraikan kebencian itu. “Beliau memahami Khalid Samad (penyandang kerusi Parlimen Shah Alam) kerana datang daripada latar belakang sama dahulu. Tetapi bezanya sekarang Zulkifli sudah insaf dan tahu apa dibuat pembangkang itu salah, jadi sekarang dia tidak mahu rakyat tertipu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai calon rakan BN di Parlimen Shah Alam. Mohd Zin turut kesal dengan tindakan pembangkang yang cuba menyerang keperibadian Zulkifli dengan apa yang telah dilakukannya pada masa lampau ketika bersama pembangkang. “Bila dia keluar pembangkang dan telah menyatakan keinsafan, sampai minta maaf kepada orang terlibat secara terbuka, baru pembangkang ‘attack’ (serang) dia. Kalau tak betul kenapa tak ‘attack’ masa dalam pembangkang?” tanya beliau. Bulan lepas dalam sebuah majlis di Pasir Mas, Kelantan yang dihadiri kira-kira 15,000 orang, Zulkifli membuat permohonan maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah mencaci bekas Perdana Menteri itu ketika beliau masih bersama pembangkang. Ditanya tentang dakwaan DAP bahawa lima calon BN di Selangor mempunyai kelulusan palsu, Mohd Zin meminta parti itu mengemukakan bukti yang jelas dan bukan membuat tuduhan secara melulu. “Kita tidak sesuka hati meletakkan calon, setiap calon kita ada ‘credential’ (surat tauliah). Kita telah lakukan penyelidikan terperinci setiap calon sebelum mereka dipilih. Rakyat bebas untuk meneliti calon kita, kita sentiasa terbuka kepada rakyat,” katanya. |
Md Rawi Mahmud Calon BN DUN Tanjung Bidara Posted: 17 Apr 2013 04:51 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 April – Md Rawi Mahmud, 60, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Tanjung Bidara berikutan calon sebelum ini Datuk Kapt. (B) Abdul Karim Bin Sulaiman menarik diri atas faktor kesihatan. Md Rawi telah menerima watikah calon daripada wakil Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Saadun Basiron selaku Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, hari ini. "Saya amat terkejut dengan pemilihan ini dan menerima tanggungjawab untuk teruskan kelansungan BN dalam mentadbir negara dengan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Najib selaku Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka dan juga kepada Datuk Wira Abu Seman Yusop iaitu Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah atas kepercayaan memilih saya sebagai calon," katanya. Md Rawi adalah ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Masjid Tanah dan juga Ketua UMNO Cawangan Kampung Hujung Padang dan telah menyertai UMNO sejak awal tahun 1980-an lagi. Beliau yang merupakan pesara guru berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan meneruskan segala usaha dalam membantu masyarakat setempat. – MediaUMNO |
Rakyat Labuan Perlu Sokong BN Untuk Pastikan Kemajuan Industri Minyak – Muhyiddin Posted: 17 Apr 2013 04:40 AM PDT LABUAN, 17 April – Rakyat Labuan perlu terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) supaya kemajuan yang dicapai dalam industri minyak dan gas dapat diteruskan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata di bawah pemerintahan kerajaan BN, banyak syarikat terkemuka memilih untuk berpangkalan di Labuan sehingga menjadikan wilayah itu hab minyak dan gas terkemuka di rantau itu. “Labuan adalah wilayah yang amat istimewa kepada kerajaan persekutuan dan tentunya pembangunan ini tidak akan terhenti selagi BN memberi tumpuan untuk terus memajukannya. “Labuan mempunyai potensi yang sangat besar dengan kedudukan lokasinya yang amat strategik dan masa depannya adalah cerah di bawah BN,” katanya sambil disambut dengan sorakan penyokong-penyokong BN. Muhyiddin berkata demikian semasa berucap merasmikan terminal teksi dan bas Labuan, di sini, Rabu. Turut hadir ialah isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, calon BN Parlimen Labuan Rozman Isli dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Labuan Senator Datuk Yunus Kurus. Selain itu, Muhyiddin juga berkata kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha menyediakan kemudahan terbaik di wilayah itu setanding apa yang dinikmati rakyat di Semenanjung. “Kerajaan yang sedia ada di sini akan terus diperkasakan melalui pendekatan inovatif dan transformasi ke arah standard yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada penduduk,” katanya. Mengulas mengenai pembinaan terminal bas dan teksi itu, Muhyiddin berkata ia adalah langkah tepat ke arah mewujudkan sistem pengangkutan awam yang terancang dan teratur sekaligus mengurangkan kesesakan di pusat bandar Labuan yang semakin meruncing. Selain itu, terminal itu yang mula beroperasi pada 15 Mac lalu dan berharga RM5.8 juta diharap dapat mengurangkan masalah penduduk Labuan untuk mendapatkan pengangkutan awam ekoran tiada pusat sehenti bagi teksi dan bas sebelum ini. Terminal itu juga dapat menyelesaikan masalah mendapatkan pengangkutan awam dihadapi penduduk setempat selain berpotensi menjadi faktor penarik kepada pertumbuhan ekonomi kerana kedudukannya yang mudah diakses. Ucapan Muhyiddin juga mendapat sorakan dan tepukan gemuruh apabila beliau berkata: “Sekarang ini bangun tidur ingat BN, bersiar-siar dengan girlfriend ingat BN, jalan dengan keluarga ingat BN. Pendek kata, fikirkan BN!” Sementara itu, Raja Nong Chik dalam ucapannya berkata BN tidak pernah meminggirkan Labuan dan penting untuk ia terus ditadbir oleh BN untuk melengkapi dua lagi wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya. “Rugi jika Labuan jatuh ke tangan pembangkang yang tidak diketahui apakah agenda mereka yang sebenar,” katanya. |
‘New Team’ To Bring Transformation Agenda For Najib – Assoc Prof Posted: 17 Apr 2013 04:39 AM PDT JOHOR BAHARU, April 17 – In its quest to win the hearts and minds of the younger generation who are merely fresh voters, Barisan Nasional (BN) has announced a significant list of new faces for the coming 13th General Election (GE13) on May 5. The same goes for the opposition, Pakatan Rakyat (PR) coalition, which will also field new candidates. Dr Farish A. Noor, Associate Professor for the Contemporary Islam Programme, S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Nanyang Technological University (NTU) said: “The fact that so many new faces are to be seen seems to suggest that both the BN and PR coalitions are trying to present the image that they have changed and taken into consideration the aspirations and desires of the younger generation of first-time voters and fence-sitters. “This is particularly true for the BN, that has fielded many new candidates who have never been seen (before), and perhaps, this is part of the ‘new team’ to bring about the transformation agenda of Prime Minister (Datuk Seri) Najib (Tun) Razak,” he told Bernama. Farish, a Malaysian, was asked to comment on BN’s move to introduce many new faces, not only for the state seats but also parliamentary seats in the GE13. To conquer the opposition controlled states like Selangor and Kedah, he said the BN had carefully lined up 80 per cent and 50 per cent new candidates, respectively. “This election campaign has been very centrist, with both sides appealing to the economic needs of the public as a whole. On Tuesday, in efforts to re-take the opposition ruled-Selangor, Najib, who is also Selangor BN chairman, announced that BN would field 80 per cent new faces, among them professionals and credible individuals, in the state in the GE13. Kedah BN will have 50 per cent new candidates, while Kelantan unveiled a line up of 25 new faces and veterans. |
Pasukan Transformasi BN Jauh Meyakinkan Berbanding Pasukan “Lapuk” Pembangkang Posted: 17 Apr 2013 03:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 April – Barisan Nasional (BN) telah benar-benar bersedia untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan membariskan calon-calon mantap yang digelar 'pasukan transformasi' oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Penganalisis politik tempatan, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad menganggap Najib telah merealitikan 'winnable team' dalam senarai calon BN yang mana antaranya mempunyai karier yang mengkagumkan misalnya tokoh akademik, golongan profesional, ulama dan macam-macam lagi. "Perubahan besar dalam senarai calon adalah bukti transformasi yang dilaksanakan hasil daripada kajian secara holistik dengan barisan mantap yang sememangnya menjadi lambang bahawa BN tidak ketandusan calon dan sentiasa ada pelapisnya yang berwibawa sebagai pemimpin," katanya kepada UMNO-Online. Jelas beliau, ini adalah berbeza dengan pakatan pembangkang yang dilihat 'kaku' dan masih 'statik' dengan mengekalkan pasukan 'lapuk' yang telah beberapa kali menjadi calon dalam pilihan raya. "Pengerusi BN mendengar suara akar umbi dan memberikan peluang kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin khususnya kepada anak watan bagi berbakti di kawasan masing-masing sebagaimana mereka tahu dan kenal hati budi anggota masyarakatnya. "Sebaliknya, bagi pakatan pembangkang, mereka lebih terdedah kepada mencalonkan semula muka lama walaupun pernah tewas atau sudah berusia kerana tidak cukup korum yang memperlihatkan mereka tidak ada pilihan malah sehingga ke hari ini pun calonnya masih belum muktamad walaupun sebelum ini dah berkali-kali mengatakan ia telah ada." Ujarnya, pendekatan dan kelancaran pengumuman calon BN menunjukkan bahawa kesepakatan antara parti-parti kompenan dengan seluruh anggota jenteranya memberikan sokongan padu termasuklah mana-mana bekas wakil rakyatnya yang tidak dicalonkan semula. "Ini menunjukkan bahawa BN sentiasa sepakat, ada permuafakatan yang kukuh dalam kepimpinan tertingginya yang menjadi teras kepada anggota masyarakat untuk sentiasa memelihara kesejahteraan dan menjalankan tanggungjawab yang diberi. "Dalam hal ini ia amat berbeza dengan pakatan pembangkang yang kononnya sepakat tetapi dalam soal agihan kerusi telah menunjukkan bahawa mereka tidak sepakat apabila ada di antara pemimpinnya saling mencalonkan nama anggota masing-masing untuk bertanding di sesuatu kawasan sehinggakan ada kawasan yang ada dua calon berbeza sama ada dari parti yang sama atau anggota pakatan yang berlainan." Ulasnya yang juga pensyarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, kelebihan BN amat ketara bukan sahaja pelaksanaan yang lancar tetapi pengumuman calon yang dilakukan telah memberi kepuasan kepada anggota masayarakat. "Calon BN berada dalam keadaan yang cukup bersedia untuk berdepan pilihan raya dengan prestasi BN yang telah digilap dengan imej baru memberi gambaran sememangnya kerja keras yang ditonjolkan oleh kepimpinannya selama ini membuahkan hasil. "Dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini dalam penilaian antara pakatan pembangkang dan BN, maka tentunya rakyat akan dapat membuat keputusan yang bijak dan mempunyai pilihan yang tepat apatah lagi 'track record' BN selama lebih 55 tahun mentadbir Malaysia amat cemerlang," tambahnya lagi. – MediaUMNO |
IGP Warns Those Who Attempt To Disrupt Nomination Day Posted: 17 Apr 2013 03:13 AM PDT KUANTAN, April 17 – Those who attempt to disrupt the nomination process of the 13th general election on Saturday will be severely dealt with, said Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar. Issuing a stern warning against intended troublemakers, he told them not to get into trouble and cause fear among the public. “Don’t deliberately challenge the police for it is against the law,” he told reporters during his visit to the Pahang Police Contingent Headquarters here today. Ismail advised those involved to abandon their plan for if all political parties were to shoulder their responsibility, fights or untoward incidents could be averted. He said the police would act firmly and fairly without favour againt anyone who break the law. Despite minor fights occurring in the run up to the polls, the situation is under control, he said, adding that the police had identified those involved and some of them had been arrested and produced in court. Ismail also reminded party supporters and candidates to observe the law and police orders during political campaign and on the polling day on May 5. “Do not do things that can trigger fights and threaten public order,” he warned. He said the police had made a thorough preparation, including traffic control along roads leading to nomination centres to facilitate a smooth nomination process. On election offences in Pahang, he said 28 cases had been reported since April 4, but no arrests had been made. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment